27. siti nur fatihah binti bunyaimi (160-168)

9

Click here to load reader

Upload: johnkopey

Post on 03-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

cth tesis

TRANSCRIPT

Page 1: 27. Siti Nur Fatihah Binti Bunyaimi (160-168)

Jurnal MATHED, 2013, Bil. 1, 160-168

160

KAEDAH CERAI DAN CANTUM BERBANTUKAN SLAID ANIMASI MEMBANTU

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENDARAB SEBARANG NOMBOR

DENGAN NOMBOR DUA DIGIT DALAM KALANGAN

MURID TAHUN 4

Siti Nur Fatihah binti Bunyaimi

[email protected]

Tan Kah Kheng

[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan mendarab sebarang

nombor dengan nombor dua digit menggunakan Kaedah Cerai dan Cantum

berbantukan slaid animasi ke atas lapan orang responden Tahun 4. Kajian ini

bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran pengkaji melalui

pengajaran Kaedah Cerai dan Cantum berbantukan slaid animasi. Instrumen

kajian terdiri daripada Ujian Pra, Ujian Pasca, senarai semak pemerhatian

dan soal selidik. Dapatan hasil analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca telah

menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan min markah ujian daripada 4.13 kepada 26.50. Hasil daripada soal selidik dan pemerhatian mendapati

minat murid terhadap Kaedah Cerai dan Cantum meningkat dan penglibatan

yang aktif sepanjang proses pembelajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan

keberkesanan Kaedah Cerai dan Cantum dengan bantuan slaid animasi untuk

meningkatkan penguasaan murid mendarab sebarang nombor dengan nombor

dua digit. Cadangan kajian selanjutnya ialah menambah bilangan responden,

mempelbagaikan cara pengumpulan data dan slaid animasi dihasilkan dalam

perisian yang lebih canggih dan menarik seperti Adobe Flash.

Pendahuluan

Menurut Hamdan (2000), penguasaan dan kecemerlangan dalam Matematik adalah

prasyarat bagi Malaysia mencapai kemajuan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada

orientasi teknologi maklumat sejajarlah dengan peranan pendidikan sebagai penyumbang utama

modal sosial dan ekonomi negara. Pusat Perkembangan Kurikulum (2005) melaporkan bahawa

Matematik merupakan mata pelajaran teras yang perlu dikuasai oleh para pelajar. Oleh yang

demikian, terdapat empat fakta asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu operasi tambah,

tolak, darab dan bahagi (Kennedy, 2000). Justeru itu, pendaraban merupakan salah satu operasi

yang sangat penting untuk dikuasai oleh semua murid di peringkat rendah sebelum melangkah ke

peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana kemahiran mendarab bukan sahaja dipelajari murid untuk

menjawab soalan ujian mahupun peperiksaan, malah amat berguna untuk diaplikasikan dalam

kehidupan seharian mereka.

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menyelesaikan soalan pendaraban namun terdapat

kaedah alternatif yang membolehkan murid-murid memahami kemahiran yang diajar dengan baik.

Selain itu juga, gaya pengajaran guru seharusnya kreatif agar dapat menyampaikan kaedah yang

Page 2: 27. Siti Nur Fatihah Binti Bunyaimi (160-168)

Jurnal MATHED, 2013, Bil. 1, 160-168

161

diperkenalkan dengan berkesan dan efektif. Pengajaran guru berbantukan penggunaan teknologi

maklumat dapat membantu murid-murid memahami isi pemahaman konsep dengan baik kerana melibatkan pelbagai deria terutama deria pendengaran dan deria penglihatan (Jamalludin Harun &

Zaidatun Tasir, 2003).

Dengan ini, pengkaji berharap agar Kaedah Cerai dan Cantum berbantukan teknologi

maklumat dapat membantu murid-murid untuk lebih cemerlang dalam Matematik terutamanya

untuk topik pendaraban. Menurut Mayer (2001), multimedia menawarkan peluang untuk

membentuk semula pengajaran dan pembelajaran dengan ciri-ciri yang tidak dapat dicapai melalui

kaedah tradisional.

Fokus Kajian

Murid-murid dapat mendarab sebarang nombor dengan nombor satu digit dengan baik

sebaliknya tidak dapat mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit dengan baik. Justeru

itu, pengkaji menggunakan kelebihan murid-murid dengan memperkenalkan kaedah alternatif

Kaedah Cerai dan Cantum yang menggunakan prinsip Hukum Taburan.

Kaedah ini memenuhi ciri-ciri kebolehtadbiran, kepentingan, kawalan, kolaborasi dan

kerelevanan. Selain daripada itu, bagi penambahbaikan dalam perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran guru, pengkaji menggunakan aplikasi teknologi maklumat iaitu slaid beranimasi untuk

mengukuhkan pemahaman konsep Kaedah Cerai dan Cantum. Pengkaji yakin bahawa kaedah dan

penyampaian yang menarik dengan bahan bantu mengajar seperti teknologi maklumat dapat

membantu murid untuk lebih memahami kaedah yang diperkenalkan. Penyataan ini disokong oleh

Herlinda (2008), yang menyatakan penggunaan bahan bantu dapat meningkatkan kefahaman murid selain dapat merangsang minat dan sikapnya yang lebih positif. Tambahan lagi, semakin banyak

pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu kerana setiap pancaindera akan

saling melengkapi kekurangan antara satu sama lain (Wan Nur Azyyanti,2007).

Soalan Kajian Dan Persoalan Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

a) Meningkatkan penguasaan mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit menggunakan

Kaedah Cerai dan Cantum.

b) Menarik minat murid mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit menggunakan

Kaedah Cerai dan Cantum berbantukan slaid animasi.

Soalan kajian adalah seperti berikut:

a) Adakah Kaedah Cerai dan Cantum dapat meningkatkan penguasaan mendarab sebarang nombor

dengan nombor dua digit?

b) Adakah Kaedah Cerai dan Cantum berbantukan slaid animasi dapat menarik minat murid

mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit?

Page 3: 27. Siti Nur Fatihah Binti Bunyaimi (160-168)

Jurnal MATHED, 2013, Bil. 1, 160-168

162

Kumpulan Sasaran

Terdiri daripada 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan yang dipilih berdasarkan markah 5

dan ke bawah daripada 10 markah penuh kesemuanya dalam Ujian Diagnostik. Responden

merupakan penduduk setempat dan responden mempunyai latar belakang keluarga yang sederhana

ekonomi.

Prosedur Tindakan

Merancang

Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid melalui temubualdengan guru

subjek Matematik Tahun 4 secara tidak formal dan menganalisis markah Ujian Bulanan yang lalu. Selain itu juga, pengkaji turut membuat pemerhatian terhadap buku-buku latihan Matematik murid-

murid tersebut dan menjalankan Ujian Diagnostik.

Bertindak

Menjalankan Ujian Pra, Intervensi dan Ujian Pos. Disusuli dengan soal selidik dan

pemerhatian berdasarkan senarai semak.

Jadual 1: Slaid Animasi semasa sesi intervensi

Slaid Penerangan

Langkah-langah kaedah cerai dan cantum

diperkenalkan pada Menu Utama. Slaid

dipaparkan secara Slaid Master.

Tekan Langkah 1 > Pilih nombor yang

kecil.

Anak panah muncul secara animasi

menunjukkan nombor yang kecil.

* Klik pada ikon Home pada sebelah kiri

untuk ke Menu Utama.

Menu Utama > Pilih Langkah 2 >

Ceraikan mengikut nilai digit.

Digit 3 dan 10 muncul secara animasi

menunjukkan nilai tempat bagi rumah puluh dan sa.

Ulang *

Page 4: 27. Siti Nur Fatihah Binti Bunyaimi (160-168)

Jurnal MATHED, 2013, Bil. 1, 160-168

163

Menu Utama > Pilih Langkah 3 >

Darabkan satu persatu.

Nilai 0 pada pendaraban digit puluh

dialihkan ketepi memandangkan sebarang nombor yang didarabkan dengan 0 akan

menghasilkan nilai 10.

Ulang *

Cantumkan kedua-dua jawapan dengan tambahkan kedua-dua hasil darab .

Jawapan akhir diperoleh.

Memerhati

Berdasarkan markah bagi kedua-dua ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca, pengkaji

memerhatikan samaada berlaku peningkatan atau penurunan markah. Selain itu juga , pemerhatian

turut dilakukan terhadap tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden semasa sesi intervensi yang

dijalankan. Pengkaji juga turut membuat pemerhatian terhadap pola kesilapan yang dilakukan oleh

pengkaji samada dari segi kecuaian mahupun miskonsepsi

Refleksi

Pengkaji membuat refleksi dan kesimpulan berdasarkan analisis yang telah dibuat ke atas

dapatan data yang diperoleh. Selain daripada itu, pengkaji menganalisis dan menilai hasil dapatan

supaya dapat menjawab persoalan kajian yang dikemukakan

Cara Pengumpulan Data

Instrumen yang digunakan ialah Ujian Diagnostik, Ujian Pra dan Pasca, soal selidik dan

senarai semak pemerhatian. Menurut Mills (2003), menyatakan bahawa seorang penyelidik tidak

seharusnya bergantung kepada satu sumber atau instrumen sahaja. Dengan erti kata lain, pengkaji

seharusnya menggunakan beberapa instrumen untuk pengumpulan data bagi mendapatkan

triangulasi yang baik. Ujian Diagnostik dijalankan untuk mengenalpasti murid-murid yang lemah dalam operasi mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit. Tujuan ujian ini adalah untuk

memilih responden yang digunakan oleh pengkaji bagi tujuan pelaksanaan kajian ini.

Ujian Pra ini diberikan pada responden pada awal kajian untuk mengesan sejauh mana

tahap penguasaan operasi darab sebarang nombor dengan nombor dua digit. Manakala, Ujian Pasca

pula diberikan kepada responden bagi tujuan melihat keberkesanan penggunaan Kaedah Cerai dan

Cantum yang diperkenalkan kepada mereka semasa sesi intervensi. Semua aspek Ujian Pasca

adalah sama seperti Ujian Pra cuma susunan soalan ujian telah ditukar sedikit namun masih dalam

bentuk yang sama.

Borang soal selidik diedarkan kepada murid-murid membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan Kaedah Cerai dan Cantum berbantukan slaid animasi. Borang

soal selidik yang digunakan mengandungi dua ruangan jawapan yang berbentuk YA atau

TIDAK.Pemerhatian secara berstruktur telah digunakan untuk memerhati, mendengar dan mencatat

Page 5: 27. Siti Nur Fatihah Binti Bunyaimi (160-168)

Jurnal MATHED, 2013, Bil. 1, 160-168

164

05

1015202530

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

Peningkatan Markah Ujian

Markah Ujian Pra

Markah Ujian Pasca

maklumat responden berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenal pasti

dengan menggunakan senarai semak.

Dapatan Kajian

Analisis dan Interpretasi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 2: Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca

Responden Markah Ujian Pra Markah Ujian Pasca Peningkatan

R1 3 28 25

R2 3 25 22

R3 15 30 15

R4 0 23 23

R5 3 30 27

R6 3 28 25 R7 6 30 24

R8 0 18 18

Min 4.13 26.50 22.37

Sisihan Piawai 4.48 4.00 -0.48

Jadual 2 menunjukkan peningkatan min Ujian Pasca kepada 26.50 markah, perbezaan

sebanyak 22.37 jika dibandingkan dengan min Ujian Pra iaitu 4.13 markah. Jika dilihat pada sisihan

piawai pula, bagi ujian Pra ialah 4.48 manakala Ujian Pasca pula ialah 4.00 telah menunjukkan

menurunan sebanyak 0.48. Ini menunjukkan taburan skor bagi Ujian Pasca terserak dengan lebih

dekat dari nilai min dalam taburannya berbanding dengan Ujian Pra. Hal ini jelas menunjukkan

keberkesanan Kaedah Cerai dan Cantum yang diperkenalkan oleh pengkaji. Rajah 1 dan Rajah 2

menunjukkan dengan lebih jelas peningkatan markah dan min bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Rajah 1: Peningkatan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Page 6: 27. Siti Nur Fatihah Binti Bunyaimi (160-168)

Jurnal MATHED, 2013, Bil. 1, 160-168

165

4.13

26.50

0

5

10

15

20

25

30

Pra Pasca

Min

Ujian

Perbandingan Min

Series1

Rajah 2: Perbandingan Min Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Analisis dan Interpretasi soal selidik

Jadual 3: Hasil Kutipan Data Melalui Soal Selidik

Soalan / Item

Ya Tidak

Bilangan

Responden

Peratus

(%)

Bilangan

Responden

Peratus

(%)

Soalan 1:

Adakah anda meminati subjek Matematik ? 6 75 2 25

Soalan 2:

Adakah subtopik mendarab sebarang

nombor dengan satu digit terlalu susah untuk

kamu pelajari?

0 0 8 100

Soalan 3: Adakah kaedah yang diperkenalkan

membantu anda menguasai mendarab

sebarang nombor dengan nombor dua digit ?

8 100 0 0

Soalan 4:

Adakah anda berminat dengan kaedah yang

diperkenalkan?

8

100

0

0

Soalan 5:

Adakah pengajaran Kaedah Cerai dan

Cantumberbantukan slaid animasi

membantu meningkatkan kefahaman tentang

subtopik yang diajar?

8 100 0 0

Soalan 6:

Adakah anda akan menggunakan kaedah

yang diperkenalkan untuk menjawab soalan

yang selari (mendarab sebarang nombor dengan nombor 2 digit) pada masa akan

datang?

7

87.5

1

12.5

Soalan 7:

Adakah anda gembira belajar Matematik

dengan menggunakan kaedah yang

diperkenalkan?

8 100 0 0

Page 7: 27. Siti Nur Fatihah Binti Bunyaimi (160-168)

Jurnal MATHED, 2013, Bil. 1, 160-168

166

Soalan pertama menunjukkan75% responden bersetuju dan mereka sangat meminati mata

pelajaran Matematik manakala25% tidak meminati mata pelajaran Matematik. Manakala, pada soalan kedua, 100 % responden menyatakan ‘Tidak’ bahawa mendarab sebarang nombor dengan

satu digit terlalu susah untuk dipelajari. Hal ini bermaksud, murid-murid dapat menguasai mendarab

sebarang nombor dengan satu digit dengan baik. Soalan ketiga, 100% responden bersetuju Kaedah

Cerai dan Cantum dapat membantu menguasai mendarab sebarang nombor dengan nombor dua

digit. Soalan keempat, 100% responden bersetuju dan memberi respon “Ya” berkenaan dengan

minat terhadap kaedah yang diperkenalkan. Kaedah ini sangat membantu dan memudahkan jalan

kerja responden memandangkan kaedah ini diperkenalkan kerana mengambil kira kelebihan yang

ada pada responden iaitu berkebolehan mendarab dengan baik sebarang nombor dengan nombor

satu digit untuk diguna pakai dalam konsep mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit.

Bagi soalan kelima, 100 % responden mengatakan pengajaran Kaedah Cerai dan Cantum berbantukan slaid animasi membantu meningkatkan kefahaman tentang subtopik yang diajar. Bagi

soalan keenam, 87.5 % mengatakan “Ya” mereka akan menjawab soalan yang selari (mendarab

sebarang nombor dengan nombor dua digit) pada masa akan datang dengan menggunakan Kaedah

Cerai dan Cantum. Namun , terdapat hanya 12.7 % yang menjawab “Tidak” menggunakan kaedah

ini pada masa akan datang. Responden ini masih lagi terikat dengan pengiraan dalam bentuk lazim

yang masih diajar oleh guru Matematik mereka. Tambahan pula, responden tersebut menguasai

kaedah bentuk lazim yang lama dan kaedah cerai dan cantum dengan baik.

Bagi soalan ketujuh, 100 % responden gembira belajar Matematik menggunakan kaedah

yang diperkenalkan. Melalui pemerhatian pengkaji mendapati responden sangat gembira dan

seronok menjawab soalan melibatkan pendaraban sebarang nombor dengan nombor dua digit.

Keterujaan mereka menjawab soalan dapat diperhatikan apabila masing-masing bersaing hebat untuk menjawab soalan latih tubi yang diberikan dan apabila sesi perbincangan diadakan mereka

menawarkan diri untuk menunjukkan jalan pengiraan di papan putih.

Analisis dan Interpretasi senarai semak pemerhatian

Jadual 4: Hasil Kutipan Data melalui Senarai Semak Pemerhatian

Berdasarkan Jadual 4, item yang pertama menunjukkan kehadiran responden yang amat

baik apabila mencatatkan 100% kehadiran penuh oleh kelapan-lapan responden sepanjang kajian

dijalankan. Aspek yang kedua pula menunjukkan 100% responden menumpukan perhatian semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang tiga minggu berturut-turut pemerhatian dijalankan.

Item

ASPEK

Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

1 Kehadiran responden semasa

P & P

8 0 8 0 8 0

2 Responden menumpukan

perhatian semasa sesi P & P

8 0 8 0 8 0

3 Penglibatan aktif responden

dalam proses P & P

5

3

7

1

7

1

4 Kebolehan responden

menggunakan kaedah cerai dan cantum dalam menyelesaikan

soalan.

5

3

7

1

8

0

Page 8: 27. Siti Nur Fatihah Binti Bunyaimi (160-168)

Jurnal MATHED, 2013, Bil. 1, 160-168

167

Melalui rekod kehadiran yang amat baik dan perhatian yang diberikan oleh responden semasa sesi

intervensi menunjukkan responden tertarik dengan Kaedah Cerai dan Cantum yang diperkenalkan dan slaid animasi yang dipersembahkan. Hal ini disokong oleh Gagne (1985) yang mengatakan

animasi merupakan langkah yang praktikal dan rasional untuk mendapatkan perhatian pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Minat yang ditunjukkan oleh responden disokong lagi dengan aspek yang ketiga iaitu

berlakunya peningkatan penglibatan aktif responden semasa sesi pembelajaran. Pada minggu

pertama hanya 62.5 % sahaja melibatkan diri secara aktif dan meningkat kepada 87.5 % pada

minggu kedua dan minggu ketiga. Sepanjang pemerhatian yang dilakukan, responden bersemangat

dan berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menyelesaikan soalan pendaraban di papan putih.

Rumusan

Adakah Kaedah Cerai dan Cantum dapat meningkatkan penguasaan mendarab sebarang nombor

dengan nombor dua digit?

Penguasaan murid terhadap Kaedah Cerai dan Cantum ini ditunjukkan melalui

peningkatan markah yang ketara Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Peningkatan gred Ujian Pra

yang tiada seorang responden pun yang mendapat A kepada 6 orang responden mendapat A. 6

orang gagal pada Ujian Pra dan tiada yang gagal pada Ujian Pasca. Min Ujian Pra kepada Ujian

Pasca meningkat dari 4.13 kepada 26.50. Hasil soal selidik dan pemerhatian juga membuktikan

murid-murid sangat cenderung untuk menggunakan Kaedah Cerai dan Cantum untuk

menyelesaikan soalan pendaraban melibatkan sebarang nombor dengan nombor dua digit dan 100%

responden memberi maklum balas bahawa kaedah ini membantu mereka mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit dengan lebih baik.

Adakah Kaedah Cerai dan Cantum berbantukan slaid animasi dapat menarik minat murid mendarab

sebarang nombor dengan nombor dua digit?

Melihat kepada kehadiran yang 100 %, penglibatan yang aktif dan perhatian yang

diberikan sewaktu pembelajaran membuktikan Kaedah Cerai dan Cantum berbantukan slaid animasi

dapat menarik minat murid mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit. Minat yang dan

peningkatan yang memberangsangkan pada Ujian Pasca membuktikan keberkesanan bantuan slaid

animasi dalam menguasai Kaedah Cerai dan Cantum. Hubungan minat dan pemahaman responden

ini ternyata membuktikan keberkesanan penggunaan slaid animasi membantu Kaedah Cerai dan Cantum dengan lebih berkesan. Hal ini disokong oleh Gagne (1985) yang mengatakan animasi

merupakan langkah yang praktikal dan rasional untuk mendapatkan perhatian pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhannya, kedua-dua persoalan kajian terjawab dengan hasil yang positif dan

sekaligus membuktikan bahawa Kaedah Cerai dan Cantum berbantukan slaid animasi membantu

meningkatkan penguasaan mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit dalam kalangan

murid Tahun 4.

Page 9: 27. Siti Nur Fatihah Binti Bunyaimi (160-168)

Jurnal MATHED, 2013, Bil. 1, 160-168

168

Cadangan Kajian Seterusnya

Antara cadangan penambahbaikan untuk kajian pada masa akan datang ialah :

1. Menambah bilangan responden dan masa kajian dipanjangkan.

2. Mempelbagaikan lagi kaedah pengumpulan data

3. Perisian Microsoft Powerpoint berunsurkan animasi boleh diperbanyakkan dan disimpan di

dalam CD ROM dan dibekalkan kepada setiap sekolah

4. Slaid animasi dihasilkan dalam perisian yang lebih canggih dan menarik contohnya Adobe

Flash.

Rujukan

Gagne, R.M. (1985). The condition of learning, (4th ed.). New York: Holt Rinechart

Hamdan Said (et.all) (2000). Peranan ketua panitia matematik di sekolah menengah. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia

Herlinda Abdul Rahim.(2008).Penerapan unsur sejarah matematik dalam matematik KBSM. Tesis

Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir.(2003). Multimedia dalam pendidikan. PTS Publications.

Kennedy L.M. and Tipps S. (2000). Guiding children’s learning of mathematics.

Wadsworth/Thomsom Learning.United States of America

Mayer, R.E. (2001). Multimedia learning. UK: Cambrige University Press.

Mills.(2003). Qualitatives data analysis: A source book of new methods. Newbury Park , CA:Sage

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Diperoleh daripada http://www.moe.gov.my/bpk/sp_h

sp/ict/sp_ict2006.pdf

Wan Nur Azyyanti.(2007). Psikologi Kognitif. Johor: Universiti Teknologi Malaysia, Kuala

Lumpur, Malaysia.