2.8 bangunan struktur & objek
TRANSCRIPT
B
1
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Inventori Dan Analisa 2.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
2.8. Bangunan, Struktur dan objek
Kajian mengenai bangunan, struktur dan objek dapat
memenuhi keperluan manusia terhadap pekerjaan dan
penggunaan tanah. Aspek-aspek seperti fungsi-fungsi, bahan-
bahan, tarikh, keadaan, kaedah pembinaan dan lokasi dapat
mengambarkan aktiviti-aktiviti bersejarah, tradisi, citarasa dan
kemahiran mereka yang membina dan menggunakannya.
Bangunan direkabentuk untuk perlindungan manusia, ini
termasuklah rumah kediaman, sekolah, rumah keagamaan,
dewan orang ramai, bangsal, stor dan sebagainya. Sementara
struktur pula direkabentuk untuk fungsi selain perlindungan
seperti sistem perpagaran, sistem pengairan, jambatan dan
juga lebuhraya. Manakala objek adalah lebih kecil tetapi
merupakan satu binaan yang penting. Ini termasuklah batu
tanda, tugu, bot-bot kecil dan juga peralatan lain.
Kajian mengenai bangunan, dapat dilihat melalui gaya
senibinanya. Gaya senibina dapat dilihat melalui fasad
hadapan, kiri, kanan dan belakang bangunan, tingkap dan
hiasan atau ukiran pada fasad itu sendiri.
Rumah – rumah melayu Negeri sembilan di
Kampung Kuala Kepis banyak yang telah
dimodenkan. Walaubagaimanapun terdapat
tinggalan rumah Negeri Sembilan yang asli di kawasan kajian.
Senibina rumah – rumah yang terdapat di kawasan
kajian banyak dipengaruhi oleh senibina yag berasal dari
minangkabau. Dalam usaha untuk mengkaji senibina yang
terdapat kawasan kajian, hampir 70 peratus di kawasan kajian
masih lagi mempunyai rekabentuk yang ketara pada
bumbungnya. Seimbas lalu dijalanraya di kawasan kajian,
terlihat pada bumbungnya yang melentik sedikit yang dikenali
sebagai bumbung panjang. Terlihat juga tiang – tiang berlantai
tinggi dan serambi dengan kawasan halaman yang bersih dan
luas menarik perhatian penulis.
Begitu indah dan uniknya rekaan senibina yang
ditonjolkan pada fasad rumah – rumah tradisional di Kampung
Kuala Kepis.
B
2
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
2.8.1 Reka Bentuk Rumah Melayu Negeri
Sembilan
2.8.2 Bentuk – Bentuk Bangunan Dan
Rekabentuk Rumah Yang Terdapat Di Kawasan Kajian
2.8.3 Falsafah Senibina Rumah Melayu Negeri Sembilan Di
Kampung Kuala Kepis
2.8.4 Senibina Rumah Berkenaan Dengan Konsep, Fungsi
Ruang Dan Komponen – Komponen Senibina Yang
Terdapat Di Kampung Kuala Kepis.
Gambar : Keindahan fasad rumah tradisional di kampung Kuala Kepis boleh dilihat dari jalan utama.
2.8.1 Reka Bentuk Rumah Melayu Negeri Sembilan Sumber : Penulis
Hasil kajian dan analisa yang dijalankan di Kampung
Kuala Kepis, didapati rumah – rumah yang terdapat di
Kampung Kuala Kepis telah berusia hampir 80 tahuan dan
terdapat 3 buah rumah yang berusia hampir 150 tahun. Akan
tetapi rumah lama yang terdapat kawasan kajian tidak
dipelihara dan terbiar di mamah usia.
Rekabentuk rumah Melayu di Negeri Sembilan
mempunyai beberapa bahagian iaitu Anjung, Serambi, Rumah lbu, Kelek Anak, Dapur dan Pelantar. Serambi adalah terletak
dibahagian hadapan manakala rumah ibu terletak di bahagian
dalam rumah yang mempunyai ruang yang lebih besar dari
serambi. Dalam senibina Rumah Melayu Negeri Sembilan,
pembinaan serambi terbahagi kepada 2 iaitu pangkal serambi dan hujung serambi. Biasanya pangkal serambi terletak
berhampiran tangga. Kelek Anak adalah penyambung di antara
bahagian rumah ibu dan ruang dapur. Pelantar pula terletak di
Kajian analisa mengenai senibina yang dijalankan di
Kampung Kuala Kepis adalah berdasarkan kepada beberapa
sub tajuk seperti berikut:
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
B
3
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan belakang dapur yang bertujuan untuk mencuci pinggan
mangkuk.
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
Jika dilihat, senibina pada bumbung yang terdapat di
rumah – rumah Negeri Sembilan, kebanyakan bumbung yang
dapat dilihat adalah melentik pada perabungnya yang dikenali
sebagai bumbung panjang. Bumbung tersebut telah
diadaptasi daripada bumbung rumah Minangkau di Sumatra,
Indonesia. Ciri – ciri senibina rumah Melayu Negeri Sembilan
adalah berlantai tinggi yang boleh dikatakan setinggi seorang
manusia dewasa.
Kini, rumah - rumah di Kampung Kuala Kepis telah
diubahsuai darisegi bahan binaan bumbungnya yang telah
diperbuat daripada zink.
Penggunaan bahan-bahan baru seperti zink untuk
bumbung dan batu - bata untuk dinding telah memberi
pengaruh negatif kepada rumah Melayu. Walaupun kurang
sesuai dari segi iklim khatulistiwa, kerana mudah dipasang dan
tahan lama, bahan-bahan baru itu telah menjadi lebih popular.
Malah banyak pemilik rumah yang mengangap bahawa
penggunaan bahan-bahan itu memberi mereka
status yang lebih tinggi.
Gambar : Senibina rumah melayu Negeri Sembilan mempunyai ciri – ciri seperti berbumbung panjang dan berlantai tinggi. Sumber : Penulis
2.8.2 Bentuk – Bentuk Bangunan Dan Rekabentuk Rumah Yang Terdapat Di Kawasan Kajian.
2.8.2(a) Bangunan Hasil analisa yang dijalan, di dapati rekabentuk
bangunan yang terdapat di Kampung Kuala Kepis adalah tidak
bercirikan senibina melayu Negeri Sembilan. Ini kerana
bangunan seperti Masjid, balai raya, dan sekolah sudah
mengikut senibina moden yang mengikut spesifikasi yang di
B
4
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Inventori Dan Analisa 2.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
tetapkan olah kerajaan. Peredaran senibina semasa telah
melenyapkan struktur asal pembinaan bangunan yang
mempunyai ciri senibina melayu masyarakat setempat. Analisa
menunjukkan Cuma 5 % bangunan yang mengikut spesifikasi
kerajaan iaitu menuding kepada bangunan bagi kemudahan
awam.
2.8.2(b) Rumah Melayu Di Kawasan Kajian. Dari analisa dan pemerhatian yang dijalankan di
kawasan kajian, Cuma 25% daripada rumah – rumah yang
terdapat di kawasan kajian adalah mengikut senibina moden.
Penggunaan bahan – bahan pembinaan seperti batu – bata,
konkrit, marmar dan sebagainya telah mencalarkan sedikit
landskap perkampungan Kampung Kuala Kepis darisegi
senibina. Walaubagaimanapun penduduk kampung masih lagi
mengekalkan gaya senibina melayu Negeri Sembilan dengan
mengekalkan struktur asal bahan binaan yang diperbuat
daripada kayu dan gaya senibinanya. Walaupun perubahan
teknologi darisegi penggunaan bahan binaan seperti zink untuk
dijadikan atap tetapi penduduk kampung masih lagi
mengekalkan gaya senibinanya pada gaya
bumbung yang sedikit melentik yang dipanggil
bumbung panjang.
Hasil kajian yang dijalankan, terdapat beberapa jenis
rumah melayu di Kampung Kuala Kepis. Perbezaan yang
ketara dapat dilihat darisegi rekabentuk bumbung yang
mempunyai gaya senibina unik iaitu :
1. Bumbung Panjang Negeri Sembilan
2. Bumbung Perak.
Hasil analisa dan pemerhatian yang dijalankan,
kebanyakan rumah diKampung Kuala Kepis tidak banyak
mempunyai pintu kerana memang tidak banyak biliknya. Pintu
itu biasanya dibuat daripada papan kayu dan fungsinya yang
utama ialah memisahkan ruang dalam daripada luar rumah.
Di samping itu pintu juga berfungsi sebagai tirai dalam
bentuk pintu 'swing, yang tidak dikunci. Terdapat juga setengah-
setengah rumah terdapat separuh pintu yang berfungsi
menghadkan pergerakan kanak-kanak dalam kawasan tertentu
B
5
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Inventori Dan Analisa 2.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
tanpa menyekat pandangan orang-orang dewasa, pencahayaan
dan peredaran udara. Hasil analisa menunjukkan, kebanyakan
pintu - pintu rumah seringkali dihiasi dengan ukiran, malah
jenang dan sengkang jenang pun diukir dengan indah. Dalam
bentuk aslinya engsel dan selak pintu diperbuat daripada kayu.
Dinding pada kedua-dua hujung bumbung panjang
dikenal sebagai tebar layar atau tubulair. la memberi ciri-ciri
yang unik kepada rumah di kawasan kajian. Ada yang terdiri
daripada satu panel sahaja, tetapi kebanyakannya terdiri dari
dua atau tiga panel. Ada tebar layar yang dipasang menegak,
tetapi kebanyakannya agak miring ke luar. Pada setengah-
setengah rumah tebar layar merupakan dinding mati yang
sering dihiasi dengan motif bunga matahari, tetapi
kebanyakannya mengandungi jendela kecil, kekisi atau ukiran
tebuk untuk peredaran udara.
2.8.3 Falsafah Senibina Rumah Melayu Negeri Sembilan Di Kampung Kuala Kepis.
Dari pemerhatian dan analisa yang dijalankan, falsafah
senibina melayu yang terdapat di Kampug Kuala Kepis adalah
mengikut senibina rumah Melayu Negeri Sembilan
yang mempunyai ciri – ciri asas seperti berikut :-
1. Beralas tiang
2. Berlantai dan bertiang tinggi
3. Berserambi
4. Berbumbung panjang, tinggi dan curam
5. Bertebar layar atau tubulair
6. Atap bertingkat dan ukiran tebuk
7. pembinaannya menggunakan pasak dan sistem tebuk.
Hasil kajian yang dijalankan terdapat sebuah rumah
sahaja yang masih lagi mengikut falsafah senibina yang
dinyatakan seperti di atas. Akan tetapi rumah tersebut tidak
dijaga dan dipulihara oleh pemiliknya.
Hasil kajian yang dijalankan, pemikiran penduduk
kampung yang menjurus ke arak senibina moden
mendorong kepada revolusi pembinaan rumah mengikut
peredaran masa.
Analisa menunjukkan falsafah senibina melayu yang
terdapat di Kampug Kuala Kepis adalah mengikut senibina
B
6
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Inventori Dan Analisa 2.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
rumah Melayu Negeri Sembilan seperti yang dinyatakan di
atas dapatlah disimpulkan kepada perkara berikut:-
1. Beralas Tiang
• Alas tiang berfungsi bagi menjaga pangkal tiang
dari kelembapan dan dapat mencegah dari
dimakan oleh anai – anai.
2. Berlantai Dan Bertiang Tinggi
• Pembinaan tiang yang tinggi dapat menjamin
keselamatan daripada binatang buas dan
berbisa dan dapat memberi pencahayaan ke
dalam ruang ruamah dan bahagian kolong.
3. Berserambi
• Serambi adalah keperluan adat bagi sesuatu
majlis yang diadakan di rumah seperti
melaksanakan adat peminangan, akad nikah
kahwin dan kenduri doa selamat.
4. Berbumbung Panjang, Tinggi Dan Curam.
• Atap yang curam dapat
memaksimakan pengaliran air hujan
supaya atap dapat bertanah lebih
lama dan tidak mudah bocor.
5. Bertebar Layar Atau Tubulair
• Mengeluarkan haba dalam rumah.
6. Atap Bertingkat Dan Ukiran Tebuk.
• Memudahkan pengaliran angin untuk membuang
haba di dalam dengan cara mengeluarkan haba
ke tebar layar atau tubulair.
7. Pembinaannya Menggunakan Pasak Dan Sistem
Tebuk.
• Pembinaan penegakkan rumah melayu hanya
menggunakan pasak kayu dan sistem tebuk
kerana ianya menentingkan kesenian dan pada
masa dahulu sukar untuk mendapatkan bekalan
paku.
B
7
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
Gambar : Atap yang curam dapat memaksimakan pengaliran air hujan supaya atap dapat bertahan lebih lama dan tidak mudah bocor.
Gambar : Alas tiang berfungsi bagi menjaga pangkal tiang dari kelembapan dan dapat mencegah dari dimakan oleh anai – anai. Sumber : Penulis Sumber : Penulis
Gambar: Pembinaan penegakkan rumah melayu hanya menggunakan pasak kayu dan sistem tebuk kerana ianya menentingkan kesenian dan pada masa dahulu sukar untuk mendapatkan bekalan paku.
Gambar : Bumbung bertingkat memudahkan pengaliran angin untuk membuang haba di dalam dengan cara mengeluarkan haba ke tebar layar atau tubulair. Sumber : Penulis
Sumber : Penulis
Gambar : Pembinaan tiang yang tinggi dapat menjamin keselamatan daripada binatang buas dan berbisa dan dapat memberi pencahayaan ke dalam ruang rumah dan bahagian kolong
Gambar: Tebar layar atau Tubulair berfungsi mengeluarkan haba dalam rumah dan pelindung tempias air hujan. Sumber : Penulis
Sumber : Penulis
B
8
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Inventori Dan Analisa 2.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
2.8.4 Senibina Rumah Berkenaan Dengan Konsep, Fungsi Ruang Dan Komponen – Komponen Senibina Yang Terdapat Di Kampung Kuala Kepis.
Kajian telah dijalankan berkenaan contoh senibina
rumah berkenaan dengan konsep, fungsi ruang dan komponen
– komponen senibina yang terdapat di kampung kuala kepis.
Terdapat beberapa contoh rumah yang dipilih sebagai kajian
analisa mengenai kekayaan senibina rumah melayu Negeri
Sembilan yang terdapat di Kampung Kuala Kepis. Pemilihan
contoh rumah adalah berdasarkan kepada :-
1. Kekayaan senibina yang terdapat pada rumah yang
dipilih
2. Rumah – rumah yang mempunyai kepentingan yang
terdapat di Kampung Kuala Kepis
3. Latar belakang sejarah terhadap rumah yang dipilih.
Terdapat sebuah yang dipilih di kawasan kajian iaitu:-
2.8.4(a) Rumah Arwah Atok Osman b.
Kaya.
.
` Hasil analisa yang dijalankan terdapat
beberapa sub – sub tajuk yang dapat
menerangkan senibina rumah yang dipilih. Berikut
adalah sub – sub tajuk skop kajian:-
i. Konsep ruang Rumah
ii. Tataruang dan tatacara pergerakan di dalam rumah.
iii. Perubahan – perubahan dalam pembinaan rumah
mengikut peredaran masa.
iv. Fungsi dan komponen – komponen binaan.
2.8.4(a) Rumah Arwah Atok Osman b. Kaya.
Rumah Arwah Atok Osman b. Kaya adalah merupakan
rumah di antara rumah yang terawal pembinaanya di Kampung
Kuala Kepis. Hasil kajian yang dijalankan terhadap rumah
tersebut, bahan binaannya telah berusia hampir 150 tahun pada
bahagian rumah ibunya. Menurut Uwan Jahara, pada usia
beliau masih kecil, bahagian rumah ibu adalah rumah asal.
Kenyataan tersebut menjadi sebagai bukti lisan mengenai
anggaran kewujudan rumah tersebut. Kini rumah tersebut telah
ditinggalkan kerana faktor ketahanan pada struktur binaannya.
B
9
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
ibu dan ruang dapur. Ruang tersebut adalah
dikhaskan untuk anak – anak menjalankan aktiviti
mereka.
2.8.4(a)(i) Konsep Ruang Rumah
Hasil analisa yang dijalankan, konsep ruang – ruang
rumah yang digunakan di rumah Arwah Atok Osman adalah
mempunyai serambi, rumah ibu, kelek anak, dapur dan pelantar.
Selepas ruang kelek anak pula dipanggil bahagian
dapur yang digunakan untuk memasak. Terdapat juga pelantar yang mengakhiri senibina rumah tersebut. Ianya adalah
merupakan ruang terbuka yang tidak berbumbug yang
digunakan untuk mencuci pingggan mangkuk. Akan tetapi
bahagian pelantar telah tiada.
Pada bahagian hadapan yang menghadap ke kawasan
sawah padi adalah dipanggil serambi. Terdapat dua jenis
serambi iaitu pangkal serambi yang terletak dihilir dan hujung serambi yang terletak di hulu rumah. Biasanya ruang di anggap
istimewa dan menjadi satu keperluan dalam melaksanakan adat
dalam kenduri kendara.
Menurut Atok Yusuf, rumah tersebut adalah rumah tiang 16 belas kerana Konsep ruang yang besar dan lebar.
Menurut Atok Yusuf b. Arob, beliau adalah generasi
lebih kurang sebaya dengan arwah Atok Osman menyatakan
bahawa pada belakang serambi di panggil rumah ibu. Ruangnya adalah lebih besar daripada serambi adalah rumah
asal yang berusia lebih kurang 150 tahun.
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
Menurutnya lagi, selepas rumah ibu, terdapat pula ruang
yang dipanggil Kelek Anak yang terletak diantara ruang rumah
Gambar: Serambi yang terletak di bahagian hadapan rumah. Sumber : Penulis
B
10
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Gambar: Ramah ibu adalah ruang yang lebih besar daripada serambi
Gambar: Hujung Serambi
Sumber : Penulis Sumber : Penulis
Gambar: Kelek Anak yang terletak diantara ruang rumah ibu dan ruang dapur.
Gambar: Pangkal Serambi
Sumber : Penulis Sumber : Penulis
Gambar: Bahagian dapur dan pelantar yang terletak di bahagian belakang rumah.
Sumber : Penulis
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
B
11
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
Rajah : Keratan rentas pandangan hadapan rumah Arwah Atok Osman b. Kaya di Kampung Kuala Kepis. Sumber : Penulis
Rajah : Keratan rentas pandangan sisi rumah Arwah Atok Osman b. Kaya di Kampung Kuala Kepis. Sumber : Penulis
Serambi
Dapur
Rumah Ibu Kelek Anak
Pelantar
Belakang
Hadapan
Tenganh Tenganh
Rajah : Pandangan pelan rumah Arwah Atok Osman b. Kaya. Biru ialah Anjung, merah Ialah Serambi, oren ialah rumah ibu, kuning ialah kelek anak, hijau ialah dapur, hijau tua adalah pelantar. Anjung Dapur Sumber : Penulis
B
12
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Inventori Dan Analisa 2.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
2.8.4(a)(ii) Tataruang Dan Tatacara Pergerakan Di Dalam Rumah.
2.8.4 (a)(ii)(1) Ruang Serambi
Hasil kajian yang dijalankan, ruang serambi terdapat di
bahagian hadapan rumah ibu dan lantainya juga dibina rendah
sedikit dari lantai rumah ibu. Luasnya ruang ini ialah di antara 7
hingga 9 kaki. Ruang serambi ini boleh dibiarkan terbuka
ataupun ditutup dengan dinding Untuk menyejukkarn serarnbi,
ruang ini diberi banyak tingkap. Ruang ini diberi banyak tingkap
kerana ia merupakan ruang yang paling aktif dan dengan itu
juga memerlukan cahaya selain dari udara yang nyaman.
Ruang serambi adalah ruang khusus untuk lelaki. Pada ruang
inilah kaum lelaki yang bujang tidur dan menyambut tetamu
lelaki yang lain. Pada waktu kenduri ruang ini juga digunakan
untuk sembahyang, membaca doa dan menjamu selera.
Ruang serambi dibina rendah sedikit dari rumah ibu.
kerana tiga sebab utama Sebab pertama adalah untuk
mengelakkan kepala orang yang masuk ke ruang ini dari
tercecah atau terhantuk pada bahagian atap yang
sememangnya curarn Sebab kedua lebih bersifat
simbolik di mana pintu rnasuk ke ruang serambi ini
memang rendah dan orang yang menjejak masuk
mesti tunduh apatah lagi ketika melangkah bahagian bendul.
Perbuatan memaksa mereka tunduk kepala ini secara
tidak langsung mengingatkan pengunjung bahawa mereka
tetamu dan dengan itu perlu manghormati tuan rumah.
Sebab ketiga ialah ruang serambi sengaja dibina rendah untuk
mengingatkan kaum lelaki bahawa walaupun mereka
mernegang jawatan adat seperti Buapak Lembaga dan Undang
tetapi kedudukan kaum ibu adalah lebih tinggi lagi kerana jurai
keturunan atau suku adalah mengikut nasab ibu. Kaurn
perempuan merupakan saka atau pengembang zuriat suku dan
kedudukan ketua adat bergantung rapat dengan zuriat atau
perut dia dilahirkan.
Ruang lebar serambi telah dibina begitu rupa untuk
menampung semua aktiviti sosial ini. pada waktu tidur bantal
atau bahagian kepala akan diletakkan berhampiran dengan
dinding, sama ada dinding yang befrsempadan dengan rumah
B
13
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Inventori Dan Analisa 2.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
ibu ataupun dinding serambi. Susunan ini akan meninggalkan
ruang yang luas di bahagian kaki untuk mereka yang tidur di
hujung serambi lalu lalang ke bilik air dan sebagainya. Pada
waktu kenduri ruang ini pula boleh digunakan untuk menjamu
tetamu lelaki dengan menyusun dulang di tengah- tengah dan
para tetamu pula duduk bersandarkan kedua-dua belah dinding.
setiap hidangan dulang adalah untuk empat orang
tetamu makan. Sistem penyusunan dulang ini juga mudah
dengan menyediakan dulang yang hujung terlebih dahulu.
Susunan Ini dibuat sampai ke pangkal serambi. Waktu
mengemas pula akan dimulakan dari pangkal hingga ke hujung.
Biasanya yang, duduk di bahagian hujung serambi ini
adalah orang-orang penting seperti Imam, ketua kampung
Penghulu, Pak Haji-Pak Haji dan sebegainya. Ruang hujung
dianggap istimewa kerana pengantin lelaki ketika diakad-
nikahkan juga didudukkan di bahagian hujung serarnbi kerana
dia dianggap raja walaupun sehari pada ketika itu. Ruang
hujung juga dianggap sebagai ruang yang suci dan bersih dan
boleh dijadikan tempat sembahyang orang lelaki.
2.8.4 (a)(ii)(2) Ruang Rumah Ibu dan Dapur
Ruang rumah ibu adalalah ruang yang paling terhormat
sekali dalam rumah Melayu. Ruang ini dikenali sebagai rumah
ibu kerana seperti seorang ibu ia diberi tugas dan
tanggungiawab yang banyak. Selain dari rnenjadi ruang khusus
untuk kaum perempuan ruang ini juga pelbagai kegunaannya.
Selain dari menjadi tempat tidur orang perempuan ruang ini
juga digunakan untuk bersalin pakaian sembahyang,
rnelahirkan anak dan sebagainya. Ruang tengah ibu juga
biasanya digunakan untuk menempatkan orang sakit dan mayat
rnereka yang telah meninggal dunia. Ruang ini digunakan
kerana ia luas dan boleh menerima rarnai pelawat dan orang
yang membaca surah Yassin. Memandikan mayat juga
dilaksanakan di ruang ini dan untuk tujuan ini tukang rumah
akan menjarakkan beberapa keping lantai di bahagian belakang
rumah ibu.
Pada waktu perkahwinan pelamin juga biasanya
didirikan di dalam rumah ibu iaitu dengan membelakangi bilik
B
14
Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Inventori Dan Analisa 2.0
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
atau dinding. Ruang ini dipilih kerana ia lebih luas dari ruang
serambi dan boleh memuatkan ramai tetamu. Pada masa ini
adalah satu kelaziman untuk melihat sebuah bilik dibina di
sebelah kanan ruang rumah ibu. Kalau tiada bilik, ruang bilik
akan diwujudkan dengan menggunakan tabir. Tabir ini akan
dibuka apabila ruang yang maksimum diperlukan dan ditutup
apabila ruang persendirian diperlukan , seperti waktu hendak
tukar pakaian atau waktu hendak tidur. Jelasnya ruang rumah
ibu merupakan kawasan yang persendirian dan hanya orang -
orang tertentu sahaja dibenarkan masuk dan berada di
dalamnya.
2.8.4 (a)(ii)(3) Ruang Kelek Anak Ruang ini terletak di antara ruang dapur dan rumah ibu.
Ia digunakan untuk anak – anak Uwan Jahara bermain dan
menjalankan aktivitinya sendiri. Menurut Uwan Jahara, beliau
mempunyai 14 orang anak dan ruang kelek anak di sediakan
khas untuk anak – anak perempuannya bermain. Biasanya
anak perempuannya yang bungsu suka menjahit pakaian. Tidak
hairan seorang dari anaknya sudah barjaya membuka kedai
jahitan di Pekan Bahau. Ruang ini juga digunakan
oleh anak – anaknya bermain congkak dan juga
mengulangkaji pelajaran.
2.8.4(a)(iii) Perubahan – perubahan dalam pembinaan rumah mengikut peredaran masa.
Menurut Uwan Jahara rumahnya yang terdapat di
kawasam baruh adalah merupakan tanah dan rumah pusaka
peninggalan arwah ibunya. Pada awal pembukaan kampung,
rumah ini yang terdapat sekarang adalah rumah asal yang telah
berusia lebih kurang 150 tahun.
Setelah ibu bapanya telah tiada rumah tersebut telah di
Uwan Jahara dan suaminya Atok Osman. Memandangkan
beliau mempunyai anak yang ramai, beliau telah menambah
bahagian serambi,dapur, kelek anak dan pelantar.
Bahagian rumah ibu adalah kekal dan tiada
penambahan di lakukan. Terdapat bukti yang menunjukkan
bahawa rumah ibu adalah rumah yang terawal dibina iaitu jika
dilihat dari bahan binaan pada dindingnya, kulit kayu kopong
B
15
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
dijadikan sebagai dinding manakala pada bahagian
penambahan pada bahagian dapur dan serambi, papan lapis
terlah digunakan. Analisa menunjukkan berlaku revolusi
pembinaan iaitu dari kulit kayu kopong digunakan sebagai
dinding dan kemudian menggunakan papan lapis sebagai
bahan binaan pada dinding.
Hasil analisa menunjukkan pembinaan serambi adalah
seakan – akan sama atau symmetrical. Jadi keunikan rumah
melayu Negeri sembilan adalah terletak kepada keseimbangan
senibinanya.
Gambar : Kayu papan lapis digunakan pada bahagian dapur yang dibina di sekitar tahun 1950-an Sumber : Penulis
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
Pada bahagian bumbungnya, menurut Uwan Jahara,
dahulunya adalah atap rumbia tetapi telah ditukar kepada atap
zink tahun 1970-an. Hasil analisa menunjukkan atap zink
tersebut adalah yang asal sejak pembinaannya. Ia
menunjukkan atap zink lebih tahan lama dari atap rumbia.
Gambar : Kulit kayu Kopong sebagai bahan binaan pada dinding di rumah ibu yang dibina pada awal pembukaan kampung kira – kira 150 tahun yang lalu.
Sumber : Penulis
B
16
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
jahat. la juga berfungsi sebagai alat yang
menghalang kemasukan unsur-unsur yang tidak
diingini seperti binatang-binatang buas, makhluk-
makhiuk pengacau dan sebagainya ke dalam rumah. Selain itu
kayu palang juga dapat digunakan sebagai senjata sekiranya
penghuni rumah diserang oleh orang jahat semasa mereka
membuka pintu. Rumah-rumah Melayu moden sekarang
menggunakan kunci dan mangga sebagai alat untuk menutup
pjntu rumah.
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
Gambar : Atap rumbia diganti dengan atap zink. Sumber : Penulis
2.8.4(a)(iv) Fungsi Dan Komponen – Komponen Binaan Rumah Uwan Jahara mempunyai tiga buah pintu, iaitu
pintu hadapan yang terletak di serambi atau di anjung, pintu
selang yang terletak di selang atau di kelek anak dan pintu
belakang pula terletak di belakang dapur. Pintu tersebut
biasanya diperbuat daripada papan kayu dan fungsinya yang
utama ialah memisahkan ruang dalam daripada luar rumah. Di
samping itu pintu juga berfungsi sebagai tirai dalam bentuk
pintu 'swing, yang tidak dikunci. Di setengah-setengah rumah
terdapat separuh pintu yang berfungsi menghadkan pergerakan
kanak-kanak dalam kawasan tertentu tanpa menyekat
pandangan orang-orang dewasa, pencahayaan dan peredaran
udara.
2.8.4(a)(iv)(1) Pintu
Hasil analisa yang dijalankan, pintu berfungsi untuk
memberi laluan kepada penghuni rumah untuk keluar dan
masuk. Pintu mempunyai dua daun pintu yang boleh dibuka ke
dalam. Rumah-rumah Melayu jarang sekali mempunyai pintu
yang boleh dibuka keluar. Rumah Uwan Jahara, pintu-pintu
rumah tradisi pada masa dahulu biasanya menggunakan selak
dan palang pintu. Palang pintu mempunyai beberapa fungsi
dalam sistem sesebuah rumah. Palang berfungsi sebagai alat
supaya pintu tidak boleh dikopak atau dibuka oleh anasir-anasir
B
17
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
berfungsi sebagai pengaliran udara dan tingkap
tersebut mempunyai sekeping daun tingkap yang
dibuka ke arah dalam rumah.
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
Gambar : Pintu pada bahagian serambi adalah rendah bagi menghormati tuan rumah.
Pada bahagian serambi, aspek pembinaan tingkap
adalah berkonsepkan tingkap yang banyak. Analisa
menunjukkan pada masa dahulu, hanya terdapat ruang kosong
pada dinding yang di panggil sebagai lompa. Kemudian bagi
mencantikan senibina ruang serambi tersebut, pada ruang
tingkap yang terbuka biasanya dipasang kayu kekisi.
Sumber : Penulis
Pintu rnasuk ke ruang serambi ini memang rendah dan
orang yang menjejak masuk mesti tunduk apatah lagi ketika
melangkah bahagian bendul. Perbuatan memaksa mereka
tunduk kepala ini secara tidak langsung mengingatkan
pengunjung bahawa mereka tetamu dan dengan itu perlu
manghormati tuan rumah.
Dari aspek psikologi dan falsafah, serambi bukanlah
ruang yang tertutup sebaliknya serambi adalah ruang yang
terbuka yang lebih mementingkan kawasan persekitaran iaitu
halaman yang luas dan ditumbuhi tumbuhan hiasan dan pokok
buah buahan.
2.8.4(a)(iv)(2) Tingkap
Rumah Uwan Jahara menggunakan tingkap-tingkap
yang lebih kecil berbanding dengan tingkap-tingkap rumah
limas Melayu yang ada sekarang. Kajian menunjukkan pada
bahagian rumah ibu, hanya terdapat satu tingkap kecil yang
Gambar : Tingkap yang berukuran 60 x 40 cm mempunyai 2 daun tingkap. Sumber : Penulis
B
18
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan 2.8.4(a)(iv)(3) Bumbung
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
Bahagian bumbung merangkumi berbagai-
bagai kayu rangka, dari kayu alang panjang (kepala tiang)
hingga ke tulang perabungnya yang di atas sekali. Gambar : Kayu Kesisi yang berukuran 80 x 60 cm yang terdapat pada serambi.
Sumber : Penulis Analisa menunjukkan terdapat ruang loteng pada
rumah Uwan Jahara menggalakkan peredaran udara melalui
celah-celah sambungan dan lubang lubang atau tingkap-tingkap
pada tebar layar. la berfungsi sebagai ruang penampan yang
membolehkan ruang di bawahnya sentiasa sejuk. Selain itu ia
juga digunakan sebagai stor tempat menyimpan barang –
barang.
Gambar : Tingkap kecil yang terdapat pada dinding rumah ibu. Sumber : Penulis
Analisa menunjukkan unjuran bumbung yang lebar
memberi teduhan terhadap sinar matahari dan hujan. la juga
rnemandang ke luar rumah. dan perlindungan yang baik
mengurangi kesilauan waktu memandang ke rumah.
Menurut Atok Yusuf, binaan bahagian bumbung rumah
Uwan Jahara adalah terdiri daripada tunjuk langit, kayu kekuda, kayu alang dan peran. Biasanya kayu kekuda
Gambar : Ruang kosong pada dinding serambi yang di panggil sebagai lompa. Sumber : Penulis
B
19
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
bumbung akan terkeluar sedikit pada hadapan serambi. Analisa
menunjukkan, kayu kekuda diperbuat dari kayu cengal dan
mempunyai ukiran – ukiran yang motifkan flora. Menurutnya,
terdapat peran yang digunakan untuk meletakkan barang –
barang.
2.8.4(a)(iv)(4) Lantai
Menurut Atok Yusuf, lantai rumah Uwan
jahara disokong oleh rasuk, pelancar dan gelegar atau jeriau. Pelancar adalah selari dengan gelegar manakala rasuk pula
terletak di atas gelegar. Bagi penduduk Kampung Kuala Kepis,
gelegar dipanggil jeriau untuk tujuan sebagai pelapik
meletakkan lantai.
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
Gambar : Kayu kekuda yang mempunyai ukiran bermotifkan flora
Sumber : Penulis
Gambar : Ruang kosong dijadikan sebagai loteng tempat menyimpan barang – barang.
Gambar : , pelancar dan gelegar atau jeriau. Sumber : Penulis Sumber : Penulis
B
20
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
berdekatan. Menurut Uwan Jahara, kayu tersebut
adalah kayu Pokok Ponak. Jika dilihat pada tiang
rumahnya adalah seakan – akan bulat tetapi
sebenarnya bersegi lapan. Menurut Atok Yusuf, potongan tiang
kayu yang sedemikian adalah di panggil tiang pecah lapan. Ianya di alas dengan batu supaya tidak reput dari terkena air
‘kelimbahan’ dan air hujan.
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
LantaiPelancar
Susuh
Rasuk Gelegar / Tiang Jeriau Gambar : Tiang pecah lapan yang
berusia kira – kira 150 tahun. Rajah : Struktur binaan lantai. Sumber : Penulis
Sumber : Penulis
Analisa yang dijalankan terhadap jenis tiang pecah
lapan di kawasan kajian adalah tidak terdapat rumah lain yang
mempunyai tiang sedemikian melainkan rumah Uwan Jahara.
Dianggarkan usia tiang tersebut hampir kira – kira 150 tahun.
2.8.4(a)(iv)(5) Tiang Rumah Hasil analisa yang dijalankan, tiang rumah Uwan Jahara
adalah diperbuat dari kayu yang di ambil dari hutan yang
B
21
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Ianya masih kukuh dan tidak dimakan anai – anai walaupun
rumah tersebut telah tiada penghuni.
Rumah ibu
2.8.4(a)(iv)(6) Dinding
Hasil analisa yang dijalankan, dinding rumah Uwan
Jahara adalah di perbuat daripada kuli kayu Kopong
sepertimana sumber yang diperolehi dari pemiliknya. Bahan
binaan yang menggunakan kulit kayu kopong adalah hanya
pada rumah ibu sahaja. Pada bahagian serambi dan dapur
pula, bahan binaan dindingnya adalah dari papan lapis.
Gambar : Kulit kayu Kopong sukar untuk dicederakan dan di tembusi dengan menggunakan objek tajam yang terdapat pada rumah ibu. Sumber : Penulis
Serambi
Menurut Atok yusuf, kulit kayu kopong adalah tahan
lama dan sukar untuk patahkan. Tambahan beliau, jika ditetak
dengan parang ianya sukar untuk dicederakan dan dengan
peluru ianya sukar untuk ditembusi.
Dapur
Gambar : Pada bahagian serambi dan dapur pula, bahan binaan dindingnya adalah dari papan lapis Sumber : Penulis
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
B
22
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
2.8.5 Lokasi Rumah Arwah Atok Osman b. Kaya.
Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III / 22 2.8 Bangunan, Struktur dan Objek
Kawasan rumah Arwah Atok Osman b. Kaya.