3-parang
DESCRIPTION
tahun 3TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3
Tahun : 3 Rajin
Bilangan : 36 orang
Bidang : Mengenal Kraf Tradisional
Tema : Objek Buatan Manusia
Aktiviti : Alat Pertahanan Diri
Tajuk : Parang
Tarikh : 22 April 2015 (Rabu)
Masa : 10.45 – 11.45 pagi (60 minit)
Media : Alat - Gunting
Bahan – Kertas warna,pensel, pensel warna
dan gam
Bahan Bantu Mengajar : Puzzle dan contoh gambar alat pertahanan
diri
EMK : Keusahawanan, kreativiti dan inovasi
Nilai Murni : Ketekunan, kekemasan, kebersihan dan
daya usaha, menghargai warisan
Pendekatan Pengajaran : Berasaskan guru, pelajar, bahan dan aktiviti
Objektif Pembelajaran :
1. Murid dapat menghasilkan model alat pertahanan diri dengan
menggunakan kertas warna dengan memberikan penekanan pada unsur
bentuk dan prinsip imbangan.
2. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Standard kandungan :
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, warna dan
imbangan yang terdapat pada objek buatan manusia dalam penghasilan
model parang.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan teknik dalam penghasilan model parang.
3. Pengzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan
karya.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni dan budaya.
Standard Pembelajaran:
4.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang
ada pada alat pertahanan diri..
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Bentuk – konkrit
4.1.1.2 Warna – tertiar dan neutral
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Imbangan – tidak simetri
4.2 Aplikasi Seni
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta
proses dan teknik dalam penghasilan alat pertahanan diri.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
4.2.2.1 Alat – gunting
4.2.2.2 Bahan – kertas tebal, pensel, pensel warna dan gam
4.2.2 Memahami teknik yang sesuai dalam penghasilan karya.
4.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual,
media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya.
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam
penghasilan karya.
4.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
4.4.2 3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN
Persepsi estetik (5 minit)
Guru menjalankan aktiviti
”cuba teka”.
Guru menampal dua keping
kepingan puzzle di papan
hitam dan meminta murid
untuk meneka objek dalam
gambar tersebut.
Guru memilih seorang demi
seorang murid untuk
menyelesaikan puzzle.
Guru menerangkan definisi
alat pertahanan diri serta
menunjukkan contoh alat
pertahanan diri yang lain.
Guru memperkenalkan tajuk
iaitu parang.
Soalan:
Apakah yang anda dapat lihat
dalam gambar ini?
- Parang (alat pertahanan
diri)
Definisi:
Senjata yang digunakan untuk
mempertahankan diri sendiri
daripada serangan musuh dan
binatang liar.
BBM:
Puzzle dan
gambar alat
pertahanan diri
Kemahiran:
Kemahiran
berfikir
Pendekatan:
Berasaskan
bahan bantu
mengajar
Strategi:
Penerangan
Aplikasi seni
(Perkembangan - 10 minit)
Guru menyoal dan
menyatakan media yang
akan digunakan sambil
BBM: Carta
alir/ langkah
Pendekatan:
Pendekatan
menunjukkan alat dan bahan
tersebut.
Guru menunjukkan cara
membuat model parang
melalui carta alir.
- Langkah 1
Melakar rupa parang pada
kertas.
- Langkah 2
Mewarna corak pada
parang.
- Langkah 3
Menggunting rupa parang
dengan menggunakan
gunting.
- Langkah 3
Menghias model parang.
Guru menunjukkan contoh
model parang yang telah
siap.
Soalan:
1. Apakah alat dan bahan yang
diperlukan untuk menghasilkan
model parang?
- Gunting, kertas warna, gam,
pensel dan pensel warna.
Contoh model parang
berasaskan
murid
Strategi :
Penerangan,
Demonstrasi
EMK: Kreativiti
dan inovasi
Ekspresi Kreatif
(Perkembangan - 30 minit)
Murid menghasilkan model
parang berpandukan
langkah yang ditunjukkan
oleh guru.
Murid menghias hulu model
parang mengikut kreativiti.
Langkah 1
Langkah 2
Media:
Gunting,
kertas, pensel
warna, gam
dan pensel
Pendekatan :
Pengajaran
berasaskan
bahan dan
aktiviti
Nilai:
Langkah 3
Daya usaha,
ketekunan
Apresiasi seni visual (10 minit)
Murid mempamerkan hasil
kerja dan memberi pendapat
tentang hasil karya mereka
dengan bimbingan guru.
Murid menceritakan langkah
keselamatan penggunaan
alat pertahanan diri dengan
bimbingan guru.
Murid mempamerkan hasil
kerja masing-masing di
hadapan kelas.
Membuat penilaian
berdasarkan bahasa seni
visual, kekemasan, kekreatifan
dan kerjasama kumpulan.
Kemahiran:
Kemahiran
berfikir
Penutup (5 minit)
Guru mengulangi tajuk hari
ini dan menerapkan nilai
murni yang sesuai.
Guru memastikan kelas
sentiasa bersih.
- Murid membersih dan
mengemas kelas.
Merumuskan tajuk alat
pertahanan diri dari segi
kegunaan, cara pembuatan
dan alat dan bahan untuk
menghasilkan.
Menerapkan nilai.
Nilai:
Kebersihan,
kekemasan,
menghargai
warisan