3. ret.ppt

Upload: cda-sulaiman

Post on 02-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • TEORI RASIONAL EMOTIF

    Mohammad Firdaus Sukry PISMP 7.07

  • Albert EllisKerjaya bermula sebagai kaunselor keluarga kemudian berubah kepada psikoanalisis

    Kecewa dengan perubahan yang lambat dan minima pada diri klien berubah minat kepada teori tingkah laku dan kemudian menjadi pengasas kepada RET

    Teori berasaskan andaian bahawa individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahu pun tidak rasional

    Ellis melihat manusia pada dua sudut iaitu individu yang sihat yang dianggap rasional dan individu yang tidak sihat yang dianggap tidak rasional

  • Objektif RETMeminimakan perasaan salah diri klien dan mewujudkan falsafah kehidupan yang lebih realistik, toleransi, dan rasional

    Mengajar klien untuk menilai semula peristiwa lepas dan falsafah yang dipegang supaya lebih realistik dan logik dari segi pemikiran, emosi dan tingkah laku

    Mengajar klien menjadi lebih berdikari dan berani memberi peneguhan positif terhadap dirinya

  • Membantu memperkembang pemikiran rasional dan logikal

    Menggalakkan memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang dialami.

    Bimbing klien melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan gangguan emosi yang dialami.

    Hasil: klien memahami punca gangguan emosi dan mengikisnya dengan gantian percayaan

    Matlamat Teori Rasional Emotif

  • Oleh itu, Terapi Emosi Rasional secara umumnya bolehlah dinyatakan sebagai falsafah kehidupan dan sebagai rawatan untuk mengubah sikap (Wessler dan Hankin, 1988).

  • Pandangan Ellis Terhadap ManusiaFikiran dan emosi manusia adalah berhubung kait

    Manusia mudah dipengaruhi oleh perkara negatif & menyusahkan

    Pemikiran adalah punca masalah atau kejayaan manusia.

    Manusia menghadapi masalah bukan akibat daripada peristiwa tetapi lebih kepada apa yang mereka fikirkan terhadap peristiwa itu

    Manusia mempunyai pilihan untuk mengawal pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka

  • Andaian RET tentang sifat asas manusiaRET percaya manusia berkecenderungan mereka-reka kepercayaan yang menyebabkan diri terganggu. Ellis berpendapat penyebab utama gangguan emosi ialah diri individu sendiri dan bukannya apa yang berlaku ke atasnya

    Pemikiran yang tidak rasional dan tidak logik mengakibatkan gangguan emosi atau psikologi yang kemudiannya membawa kepada tingkah laku negatif

    Pemikiran dan emosi negatif serta sikap mengalah (self-defeating behaviour) mesti disusun semula menjadi logik dan rasional

  • Konsep RETA Activating eventB Belief systemC ConsequenceD DefenceE - New Emotion

  • Model Interaksi KonsepA-B-C-DdanE

    ABCDEpengalaman atau peristiwa, dialami oleh seseorang.Sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang.Akibat hasil daripada penilaian oleh B akan A dan ditafsirkanya.Akibat kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan tidak rasional yang menyebabkan seseorang individu mengalami reaksi emosi yang tidak rasional.Berlaku apabila pemikiran / perasaan menjadi normal & mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif.

  • -A (peristiwa). Zack, seorang budak 15 Tahun dimarahi bapanya, kerana terlepas kentut di depan bapanya. Dia merasakan bahawa dia terlanjur melakukan sesuatu perkara yang tak perlu pun bapanya mahu marah-marah, kerana bagi Zack masalah itu bukanlah besar sangat. -B, (kepercayaan). Persepsi yang yang dirasakan oleh Zack bahawa bapanya betul-betul benci kepada dia. Buktinya, kesalahan sedikit sahaja yang tidak disengajakan bapanya telah marah dan cakap yang bukan-bukan. -C, (emosi yang terhasil) Zack merasa ia tidak dihargai, tidak dilayani sebagai seorang manusia, ia merasa terhina, merasa rendah diri, beginilah kalau jadi anak yang tidak disayang. Dan ia merasa seakan-akan hidup ini tak ada gunanya. Contoh situasi tentang prinsip gangguan emosi berdasarkan konsepA-B-C-DdanE

  • -D, (pertikaian) (antara kepercayaan yang dipersepsikan) Zack membolak balik pemikirannya terhadap kejadian itu, kenapa bapanya boleh marah macam itu, mungkin ia sudah tidak sayangkan Zack lagi. -E, (emosi normal). Sebetulnya menurut emosi yang normal Zack tidak perlu berfikir yang bukan-bukan, bapanya marah bukan disebabkan ia tak sayangkan Zack , bukan ia tidak menghargai Zack tapi bapa marah kerana dia mahu Zack lebih beradap sopan pada masa hadapan. kalau Zack tidak berubah sikap maka dia juga yang akan rugi. Bukan bererti bapa marah kerana tidak sayangkannya.

  • Gaya PemikiranPemikiran Rasionalmempunyai unsur kreatif, mampu berkomunikasi dengan orang lain dengan jelas dan bebas, boleh belajar dari kesilapan, fleksibel, penerimaan kendiri, dan mempunyai matlamat jelas

    Tingkahlaku rasional ialah sesuatu hasil yang berbentuk positif

    Pemikiran Tidak RasionalCenderung untuk memusnahkan diri (self destructive), mengelak memikirkan tentang sesuatu perkara, mengulangi sesuatu kesilapan, menyalahkan diri sendiri, tidak mempunyai daya toleransi, merasa diri terlalu sempurna.

    Tingkahlaku yang berbentuk negatif dan tidak menguntungkan diri

  • Peranan KaunselorMengajar kemahiran baru; membimbing

    Memberi maklumat / tugasan

    Mencabar pemikiran tidak rasional

  • Peringkat IPeringkat IIPeringkat IIIPeringkat IVProses Kaunseling Teori Rasional Emotif

  • Peringkat IMembina hubungan kaunselor-klien dengan teknik mendengar dan membina iklim yang kondusif

  • Peringkat IIMembimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku emotif dan behavioral di bawah sistem Model ABCDE

  • Peringkat IIIKaunselor membantu klien membezakan kepercayaan rasional dan tidak rasional dan memahami bagaimana kepercayaan rasional membawa hasil positif manakala kepercayaan tidak rasional membawa hasil negatif.

  • Peringkat IVMenggunakan teknik pertikai dari masa ke semasa untuk melatih klien mencabar percayaan pemikiran tidak rasionalnya. Latihan diberikan untuk menangani kepercayaan tidak rasional dan mengekalkan percayaan rasional yang baru dipelajari.

  • SEKIAN, TERIMA KASIH.

    .*.*.*.*