3.0 fungsi & kepentingan sungai -...
TRANSCRIPT
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 7
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
3.0 FUNGSI & KEPENTINGAN SUNGAI
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 8
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
3.0 KEPENTINGAN DAN FUNGSI SUNGAI SECARA UMUM
Secara asasnya, kita perlu mengetahui apa yang dimaksudkan dengan air dan kepentingannya?
Air merupakan sebahagian daripada elemen utama untuk penghidupan. Secara saintifiknya, lebih 70
peratus (%) kandungan di dalam tubuh manusia adalah air. (Sila rujuk Jadual 2.1)
Jadual 2.1 : Peratus Kandungan Air di Dalam Tubuh Manusia
Bil Tahap Umur Peratus (%) air dalam badan
1 Dewasa 65
2 Bayi 90
Bil Bahagian Badan Manusia Peratus (%) air dalam bahagian badan
1 Darah 83
2 Otak 75
3 Tulang 22
Antara sumber air adalah hujan, laut, tasik, sungai, kawasan tadahan di bukit/ gunung dan air bawah
tanah. Kajian menunjukkan, hampir 97 peratus sumber air bersih adalah dari sungai.
3.1 DEFINISI SUNGAI SEBAGAI JASAD SEMULAJADI
Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata
air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit dan merupakan cara
biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti
tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.
Sumber : Global Environment Centre (GEC) – River Ranger Programme
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 9
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran yang terdiri daripada dasar sungai yang di
antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam
perjalanannya ke laut. Sesebuah Lembangan Sungai biasanya terdiri dari beberapa anak sungai
yang bergabung.
Sumber : Global Environment Centre (GEC) – River Ranger Programme
3.2 APAKAH CIRI-CIRI SUNGAI ?
Secara asasnya, ciri-ciri sungai boleh dibahagikan kepada 4 ciri utama iaitu :
i. Sungai sebagai jasad hidup,
ii. Berliku-liku,
iii. Mempunyai kawasan jeram dan lubuk, dan
iv. Mempunyai flora dan fauna di tebing dan hidupan akuatik.
3.3 APA ITU LEMBANGAN SUNGAI ?
Lembangan sungai dapat dinyatakan maksudnya seperti berikut :
i. Kawasan tanah di mana air mengalir melaluinya ke kawasan yang paling rendah – anak
sungai, sungai, tanah lembap atau tasik,
ii. Kawasan yang menakung air hujan,
iii. Air ini akan mengalir di permukaan atau terkumpul di bawah tanah,
iv. Wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz, dan
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 10
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
3.4 KITARAN/ EKOSISTEM SUNGAI
Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi. Hidrologi merupakan kajian sains
mengenai ciri-ciri air, pengagihan air di atas dan di bawah paras muka bumi serta di atmosfera.
(Definisi : Kamus Merriem Webster). Kitaran hidrologi pula dikenali sebagai pergerakan air antara
bumi dengan atmosfera.
Melalui kitaran hidrologi juga, menunjukkan bagaimana berlakunya air hujan yang menjadi titik
permulaan wujudnya sumber air bagi kegunaan manusia dan kehidupan di muka bumi ini. Air hujan
tersebut akan menyerap masuk ke dalam tanah dan ada yang mengalir ke sungai kemudiaannya
terus ke laut.
Sungai ialah laluan air semulajadi yang boleh dibahagikan kepada kawasan tadahan, bahagian
tengah sungai dan bahagian muara sungai. Sistem sungai terdiri daripada anak-anak sungai
yang mengalir ke sungai utama.
3.5 FUNGSI-FUNGSI UTAMA SUNGAI
Secara ringkasnya, sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia serta
flora dan fauna. Justeru, bagi menjelaskan fungsi-fungsi utama sungai, ianya dapat dibahagikan
kepada dua (2) kegunaan utama iaitu :
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 11
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
3.5.1 Sungai menjadi sumber air untuk :
i. Sumber Minuman - pertumbuhan bagi manusia, flora dan fauna,
ii. Aktiviti Pertanian/ Akuakultur – pengairan sawah padi, buah-buahan, dan sayur-
sayuran,
iii. Aktiviti Perindustrian – industri makanan, pembuatan logam, perkayuan, produk
kertas, kimia dan gasoline serta minyak, dan
iv. Kegunaan rumah/ harian - mencuci dan mandi
3.5.2 Kegunaan-kegunaan lain, adalah seperti berikut :
i. Tempat pembiakan - Ikan, burung dan haiwan-haiwan lain,
ii. Habitat - kepada pelbagai (termasuk spesis unik) tumbuh-tumbuhan atau haiwan dan
mikro-organisma,
iii. Petempatan Bandar dan Kampung,
iv. Perdagangan,
v. Pelabuhan,
vi. Pengangkutan utama bagi kebanyakan komuniti tempatan untuk mengangkut barang
dan orang,
vii. Tempat riadah untuk kegiatan naik bot, berakit, berkelah, berenang dan memancing,
viii. Kuasa hidro – menjana bekalan tenaga elektrik, dan
ix. Sumber perlancongan – pelancongan agro, homestay, river cruise dll.
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 12
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
Foto 3.1 : Sungai - Pelancongan dan Rekreasi, di Agrotek, Hulu Langat.
Foto 3.2 : Sungai – Akuakultur (Ternakan ikan dalam sangkar)
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 13
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
Foto 3.3 : Sungai - Pelabuhan dan Pusat Ekonomi seperti di Pelabuhan Klang.
Foto 3.4 : Sungai - Perhotelan dan Perdagangan seperti di Sungai Melaka.
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 14
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
Foto 3.5 : Sungai - Pengangkutan awam seperti ‘water taxi dan water buses’ di New York City.
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 15
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
Foto 3.6 : Sungai – Pelancongan Warisan di Sungai Duoro, Porto, Portugal.