38158806 1 0 reka bentuk bengkel

Upload: eusoff-mysuff

Post on 14-Jul-2015

691 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

1.0 REKA BENTUK BENGKEL

PEMERHATIAN

Reka bentuk bengkel di semua sekolah adalah hampir sama. Begitu juga dengan bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs ini. Ruang yang agak terhad membuatkan bengkel kelihatan agak sesak apabila kesemua murid yang seramai 40 orang memasuki bengkel. Kawalan kelas yang baik perlu supaya muridmurid dapat mematuhi peraturan keselamatan bengkel. Apa yang dapat saya perhatikan ialah susunan meja kerja yang kurang sesuai. Meja yang disusun melintang agak kurang bersesuaian untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, murid cenderung untuk duduk menghadap rakan dan membelakangkan guru. Ini sekaligus mengakibatkan murid tidak menumpukan perhatian pada pengajaran guru. Sistem pencahayaan dan pengudaraan di bengkel ini juga kurang memuaskan. Setiap kali bengkel digunakan, lampu sentiasa dipasang untuk pencahayaan kerana cahaya dari tingkap dan pintu kurang. Kedudukan bengkel yang berjauhan dari bilik darjah adalah sesuai agar bunyi bising dari bengkel tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas lain.

1

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Susun atur perabot yang rapi dan laluan yang selamat dan selesa.

Penggunaan warna yang cerah dan ceria membantu pencahayaan.

1

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya mencadangkan agar susun atur meja kerja murid dibuat secara menegak. Kedudukan ini memudahkan murid-murid memandang ke hadapan untuk melihat guru mengajar. Ianya dapat membantu murid memberikan perhatian terhadap sesi pengajaran. Selain itu, kedudukan ini dapat menambahkan keluasan kepada laluan guru untuk memantau setiap kumpulan. Murid-murid juga boleh bergerak dengan lebih selesa. Almari menyimpan alatan pula hendaklah disusun sebaris dan menghadap ke depan. Ianya akan kelihatan lebih teratur dan tersusun serta memudahkan proses pengambilan alatan dan bahan.

2

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Penggunaan warna yang cerah dan ceria seperti bengkel ini memperlihatkan ianya lebih terang walaupun penuh dengan pelbagai alatan. Warna yang cerah tetapi tidak ceria di bengkel sekolah ini perlu diubah supaya dapat menarik minat murid dan meningkatkan semangat ingin belajar.

1