4 kealpaan baca al-qur'an

3
4 Kealpaan dalam Membaca Al-Quran Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda. ***Saya pun dulu sering melakukan kesalahan ini... selepas Ustaz Hj Ismail Noh -Sanad Ulama Mesir (Kedah) mengajar... baru lah kesalahan ini diperbetulkan..**** Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada 'kuantiti' bukannya 'kualiti' bacaan. Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb). Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah 1) Surah Huud ayat 41 Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Upload: ipang

Post on 19-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Ada ayat-ayat dalam Al-Qur'an yang sering salah dibaca oleh beberapa orang yang membacanya.

TRANSCRIPT

Page 1: 4 Kealpaan Baca Al-Qur'An

4 Kealpaan dalam Membaca Al-Qur’an

Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik

sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.

***Saya pun dulu sering melakukan kesalahan ini... selepas Ustaz Hj Ismail Noh -Sanad Ulama

Mesir (Kedah) mengajar... baru lah kesalahan ini diperbetulkan..****

Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada

'kuantiti' bukannya 'kualiti' bacaan.

Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi

melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan

sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid,

kaedah bacaan dsb).

Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah

1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Page 2: 4 Kealpaan Baca Al-Qur'An

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah ( الةاإلم )

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA

(minit ke 0:40)

2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'Laa tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktu nun sabdu (macam nak

cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan

dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam اإلشمام

3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini

di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab: A'jamiy - yang bermaksud

'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung

dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada

Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Page 3: 4 Kealpaan Baca Al-Qur'An

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0

(minit ke 4:40)

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik)

perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.

Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atas juga, tapi dibaca dengan

baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah,

sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A

(minit ke 0:53)