4.0 lampiran

13
LAMPIRAN A Ajaran dan Ilmu Kebatinan, Tahap Diri ( kuasa ghaib) Keputusan: Bahawa ajaran dan amalan ilmu kebatinan, tahan diri (kuasa ghaib) seperti yang diajar dan diamalkan oleh : 1. Nasrul Haq 2. Budi suci 3. Al Watan 4. Budi suci sejati 5. Jawa Faradin 6. Silat sunda pukulan ghaib 7. Tusuk hikmat 8. Ilmu kebatinan 9. Potong maya 10. Naluru 11. Kaula 12. Haqqulah 13. Shahadah Rampai 14. Wali suci 15. Kalimat sakti 16. Silat pukulan jarak jauh 17. Ilmu tenaga dalam hikmat 18. Zikir sha'ban 19. Islam Haq 20. Asal wujud 21. Garis laksamana 22. Al Ma'zat dan seumpamanya; I. Bukan daripada ajaran Islam bahkan menyeleweng daripada akidah Islamiah oleh itu orang Islam ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya di Wilayah Persekutuan. II.Ahli-ahli Ilmu Kebatinan yang telah bersumpah Syarie hendaklah Menghanaskannya (membatalkan sumpahnya).

Upload: kar9251

Post on 05-Dec-2014

140 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

latihan ilmiah

TRANSCRIPT

Page 1: 4.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN A

Ajaran dan Ilmu Kebatinan, Tahap Diri ( kuasa ghaib)

Keputusan: 

Bahawa ajaran dan amalan ilmu kebatinan, tahan diri (kuasa ghaib) seperti yang diajar dan diamalkan oleh :

1. Nasrul Haq2. Budi suci3. Al Watan4. Budi suci sejati5. Jawa Faradin6. Silat sunda pukulan ghaib7. Tusuk hikmat8. Ilmu kebatinan9. Potong maya10. Naluru11. Kaula12. Haqqulah13. Shahadah Rampai14. Wali suci15. Kalimat sakti16. Silat pukulan jarak jauh17. Ilmu tenaga dalam hikmat18. Zikir sha'ban19. Islam Haq20. Asal wujud21. Garis laksamana22. Al Ma'zat dan seumpamanya;

I. Bukan daripada ajaran Islam bahkan menyeleweng daripada akidah Islamiah oleh itu orang Islam ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya di Wilayah Persekutuan.

II.Ahli-ahli Ilmu Kebatinan yang telah bersumpah Syarie hendaklah Menghanaskannya (membatalkan sumpahnya).

Status Penwartaan:  DiwartakanNombor Rujukan:  JAWI/A/145; PN. (PU²)197/IIAkta/Enakmen:  Seksyen 41- Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Bagi Negeri SelangorNegeri: WP Kuala Lumpur

Page 2: 4.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN B

Risalah Gerak Kilat (Silat Abjad)

Huraian Tajuk/Isu:

 

Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bermesyuarat pada 10

November 1976 telah meneliti sebuah risalah yang bernama 'Risalah Gerak Kilat Menyambar

Dan Mutiara Di Tengah Mata' karangan Syeikh Mahmud Nasri Usmani (Hj. Mahmud Nasri b.

Hj. Osman) Baling, Kedah.

Keputusan: 

Jawatankuasa Ftawa Negeri Kedah mendapati ianya adalah mengelirukan Akidah Islam dan

bercanggah dengan ajaran-ajaran di dalam syariat Islam yang suci dan untuk memelihara kaum

muslimin di negeri ini dari dirosakkan akidah mereka dan amalan-amalan mereka oleh ajaran-

ajaran dan amalan-amalan yang ada di dalam risalah Gerak Kilat. Maka Jawatankuasa bersidang

pada hari ini mencadangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah supaya diharamkan

risalah itu dari disebar dan ditegah dari diajar dan belajar dan beramal dengan ajaran-ajaran di

dalamnya.  

Keterangan/Hujah: 

Mesyuarat Fatwa yang telah diadakan pada hari Isnin 23/8/1976, hari Isnin 25/10/1976 dan

10/11/1976 telah membuat keputusan :- Setelah dikaji isi kandungan Risalah Gerak Kilat

Menyambar dan Mutiara Di Tengah Mata, karangan Hj. Mahmud Nasri b. Hj. Osman (Syeikh

Mahmud Nasri Usmani) dengan cermat dan telitinya khasnya terhadap ajaran-ajaran amalan dan

butir-butir ajaran itu baik pun yang menggunakan bahasa sendiri "Bahasa Malaysia" 

Status Penwartaan: 

 Tidak Diwartakan

Negeri : Kedah

Sumber: Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah. ( 1970-1978)

Page 3: 4.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN C

SENARAI AJARAN-AJARAN SALAH / SESAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

1. Pergerakan Kumpulan Al-Arqam.

1.1. Pengharaman bagi pergerakan Kumpulan Al-Arqan di Negara Brunei Darussalam ini telah

dikeluarkan melalui fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Allahyarham Yang Dimuliakan

Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz,

Bekas Mufti Kerajaan Brunei adalah seperti berikut:-

(i) Siri 43/88 bertarikh 28hb Zulkaedah 1408 bersamaan 13 Julai 1988, Bil: (32)

dlm.MKB/PS/5/1987.

(ii) Siri 15/89 bertarikh 6hb Syaaban 1409 bersamaan 14hb Mac 1989, Bil: (22)

dlm.MKB/JUB/6/1982.

(iii) Siri 65/89 bertarikh 15hb Rabiulakhir 1410 bersamaan 14hb November 1989 Bil: (57)

dlm.MKB/PS/5/1987.

1.2. Pengharaman Kumpulan Al-Arqam di Negara Brunei Darussalam ini telah dibuat oleh

Pemangku Menteri Hal Ehwal Luar Negeri di bawah bab 9 (1) Akta Persekutuan-

Persekutuan, Penggal 66 dan telah disiarkan dalam Warta Kerajaan bertarikh 11hb Mac

1991. Pengharaman ini adalah bagi membolehkan tindakan-tindakan dibuat keatasnya

sebagai pertubuhan / persatuan.

1.3. Cadangan pengharaman Kumpulan Al-Arqam di Negara Brunei Darussalam telah dibawa ke

Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama Islam di bawah bab 42 (2)

dari Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi, Penggal 77 Semakan 1984.

Pengharaman ini adalah bagi membolehkan pengikut-pengikut Pergerakan Kumpulan Al-

Arqam yang mengamalkan aqidah dan ajaranajaran kumpulan itu dapat dibicarakan atau

disabitkan di MahkamahMahkamah Syariah untuk tindakan mengenainya menurut

undangundang yang ada.

Page 4: 4.0 LAMPIRAN

2. Ajaran Abdul Razak bin Haji Muhammad.

2.1. Pengharaman ke atas ajaran Abdul Razak bin Haji Muhammad ini dibuat oleh Majlis Ugama

Islam bersidang pada 10hb Syaaban 1414 bersamaan 22hb Januari 1994.

2.2. Pengharaman ajaran Abdul Razak bin Haji Muhammad juga dibuat di bawah Akta

Persatuan-Persatuan, Penggal 66 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No: 144

bertarikh 25hb Zulkaedah 1425 bersamaan 25hb April 1995.

2.3. Pengharaman bagi segala buku-buku atau risalah-risalah ajaran Abdul Razak bin Haji

Muhammad dibuat di bawah Akta Terbitan-Terbitan Yang Terlarang Penggal 25 dan telah

diwartakan No: 145 bertarikh 25hb Zulkaedah 1415 bersamaan 25hb April 1995.

24. Fatwa mengenai Ajaran Abdul Razak bin Haji Muhammad ini telah dikeluarkan menerusi

Siri Fatwa 14/96, Bil: 4-1.2/1Ej (5) bertarikh 24hb Syawal 1416 bersamaan 24hb Syawal

1416 bersamaan 14hb Mac 1996 yang difatwakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri

Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan

Brunei.

2.5. Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama Islam dalam mesyuaratnya yang

berlangsung pada 15hb Syaaban 1422 bersamaan 1hb November 2001 telah mengeluarkan

fatwa pengharaman keatas Ajaran Abdul Razak bin Haji Muhammad ini dibawah bab 42 (2)

Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dan telah diwartakan

dalam Warta Kerajaan Bil: 18 bertarikh 24hb Ogos 2002.

Page 5: 4.0 LAMPIRAN

2. Ajaran-Ajaran Salah Yang Bertentangan Dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Yang Diamalkan oleh Ahli-Ahli Pergerakan Yang Digelarkan Al-Ma’unah Di Negara

Brunei Darussalam.

3.1. Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam telah mengharamkan gerakan Ajaran-

Ajaran Salah Yang Bertentangan Dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Yang

Diamalkan oleh Ahli-Ahli Pergerakan Yang Digelarkan Al-Ma’unah Di Negara Brunei

Darussalam pada 10hb Jamadilakhir 1421 bersamaan 9hb September 2000.

3.2. Fatwa mengenai Ajaran-Ajaran Salah Yang Bertentangan Dengan Akidah Ahli Sunnah Wal

Jama’ah Yang Diamalkan oleh Ahli-Ahli Pergerakan Yang Digelarkan Al-Ma’unah Di

Negara Brunei Darussalam ini telah dikeluarkan melalui Siri Fatwa 07/2001, Bil: 2.2/1Rh(7)

bertarikh 9hb Safar 1422 bersamaan 3hb Mei 2001 yang difatwakan oleh Yang Berhormat

Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned,

Mufti Kerajaan Brunei.

3.3. Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama Islam dalam mesyuaratnya yang

berlangsung pada 15hb Syaaban 1422 bersamaan1hb November 2001 telah mengeluarkan

fatwa pengharaman keatas Ajaran-Ajaran Salah Yang Bertentangan Dengan Akidah Ahli

Sunnah Wal Jama’ah Yang Diamalkan oleh Ahli-Ahli Pergerakan Yang Digelarkan

AlMa’unah Di Negara Brunei Darussalam ini dibawah bab 42 (2) Akta Majlis Ugama Islam

dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan

Bil: 18 bertarikh 24hb Ogos 2002.

4. Ajaran Saihoni bin Tasipan

4.1. Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam telah mengharamkan gerakan Ajaran

Saihoni bin Tasipan pada 10hb Jamadilakhir 1421 bersamaan 9hb September 2000.

Page 6: 4.0 LAMPIRAN

4.2. Fatwa mengenai Ajaran Saihoni bin Tasipan ini telah dikeluarkan melalui Siri Fatwa

49/2000, Bil: 14-2.2/1Rh(7) bertarikh 22hb Ramadhan 1421 bersamaan 19hb Disember

2000 yang difatwakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri

Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei.

4.3. Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama Islam dalam mesyuaratnya yang

berlangsung pada 15hb Syaaban 1422 bersamaan 1hb November 2001 telah mengeluarkan

fatwa pengharaman keatas Ajaran Saihoni bin Tasipan ini dibawah bab 42 (2) Akta Majlis

Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dan telah diwartakan dalam

Warta Kerajaan Bil: 18 bertarikh 24hb Ogos 2002.

5. Pergerakan Free Masons Atau Masoniah dan Kelab-Kelab Cawangannya Seperti Kelab

Rotary, Kelab Lions, Syuhud Yahuh Atau Yahova's Witness Dan Lain-Lain

Seumpamanya dan Hukum Orang Islam Yang Bergabung Atau Menganggotai Kelab-

Kelab Tersebut.

5.1. Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama Islam dalam mesyuaratnya yang

berlangsung pada 13hb Rabiulawal 1406 bersamaan 26hb November 1985 telah

mengeluarkan fatwa mengenai dengan Pergerakan Free Masons Atau Masoniah dan Kelab-

Kelab Cawangannya Seperti Kelab Rotary, Kelab Lions, Syuhud Yahuh Atau Yahova's

Witness Dan Lain-Lain Seumpamanya dan Hukum Orang Islam Yang Bergabung Atau

Menganggotai Kelab-Kelab Tersebut dibawah bab 42 (2) Akta Majlis Ugama Islam dan

Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Bil:

20 bertarikh 26hb September 1987. Pengharaman Pergerakan Free Masons Atau Masoniah

Dan Kelab-Kelab Cawangannya Seperti Kelab Rotary, Kelab Lions, Syuhud Yahuh Atau

Yahova's Witness Dan Lain-Lain Seumpamanya Dan Hukum Orang Islam Yang

Bergabung Atau Menganggotai Kelab-Kelab Tersebut telah dibuat oleh Jawatankuasa Bagi

Undang-Undang Bagi Majlis Ugama Islam pada 13hb Rabiulawal 1406 bersamaan 26hb

November 1985 t dibawah bab 42 (2) Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-

Mahkamah Kadi Penggal 77 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Bil: 20 bertarikh

26hb September 1987.

Page 7: 4.0 LAMPIRAN

6. Ajaran Bahai’yyah Atau Babiyyah

6.1 Pengharaman pendaftaran Persatuan Agama Babiyyah atau Bahai’yyah di Negara Brunei

Darussalam telah dibuat oleh Majlis Ugama Islam pada 12hb Oktober 1971.

6.2. Fatwa Mufti Kerajaan Brunei telah memutuskan bahawa orang-orang yang berpegang

dengan ajaran agama Bahai ini dihukumkan kufur dan murtad keluar dari ugama Islam dan

tidak termasuk dalam bilangan orang Zimmi sebagaimana fatwa-fatwa yang difatwakan

oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin

Omar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei, bilangan: (30)dalam MKB 3/1967 bertarikh

19hb Jamadilakhir 1390 bersamaan 22hb Ogos 1970 dan bilangan (36) dalam MKB 3/1967

bertarikh 11hb Syaaban 1390 bersamaan 12hb Oktober 1970.

6.3. Pengisytiharan pengharaman Persatuan Bahai di Brunei (The Spiritual Assembly of the

Bahais of Brunei) juga telah dibuat oleh Menteri Besar di bawah Bab 9 (1), Penggal 66

dari Undang-Undang PersekutuanPersekutuan Brunei pada 12hb Februari 1979.

6.4. Disusuli dengan pewartaan dalam Warta Kerajaan Brunei oleh Pendaftar Persekutuan

Persekutuan Brunei Bil. 10 Naskhah XXIX, Sabtu 7 April 1979.

6.5. Cadangan perwartaan Fatwa Mufti Kerajaan mengenai Ajaran Bahai’yyah Atau Babiyyah

akan dicadangkan di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama

Islam bagi sebarang ketetapan mengenainya.

7. Ajaran Qadiani (Ahmadiah)

7.1. Fatwa Mufti Kerajaan Brunei telah memutuskan bahawa orang-orang yang berpegang

dengan ajaran agama Bahai ini dihukumkan kufur dan murtad keluar dari ugama Islam dan

tidak termasuk dalam bilangan orang Zimmi sebagaimana yang difatwakan oleh Yang

Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar Abdul

Page 8: 4.0 LAMPIRAN

Aziz, Mufti Kerajaan Brunei, bilangan: (30)dalam MKB 3/1967 bertarikh 19hb

Jamadilakhir 1390 bersamaan 22hb Ogos 1970.

7.2. Cadangan perwartaan Fatwa Mufti Kerajaan mengenai Ajaran Qadiani (Ahmadiyah) akan

dicadangkan di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama

Islam bagi sebarang ketetapan mengenainya.

8. Tarikat Mufarridiyyah

8.1 Pengharaman Tarikat Mufarridiyyah telah dibuat melalui Fatwa Yang Dimuliakan Pehin

Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan

Brunei bilangan (39) tahun 1979.

8.2. Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama telah meneliti Fatwa Mufti Kerajaan

mengenai cadangan pewartaan fatwa Mufti Kerajaan mengenai Tarikat Mufaridiyyah di

bawah bab 42 (2) dari Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi, Penggal

77 Semakan 1984.

8.3. Cadangan perwartaan Fatwa Mufti Kerajaan mengenai pengharaman Tarikat Mufaridiyyah

akan dicadangkan di bawa lagi ke Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis

Ugama Islam yang akan datang bagi sebarang ketetapan mengenainya.

9. Ajaran Silat Lintau

9.1 Pengharaman Ajaran Silat Lintau telah dibuat melalui Fatwa Mufti Kerajaan bilangan (163)

dalam MKB/31/1967-pt2 bertarikh 27hb Oktober 1980.

10. Ajaran Haji Kahar Bin Ahmad

10.1 PengharamanAjaran Haji Kahar bin Ahmad telah dibuat melalui Fatwa Mufti Kerajaan

yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia

Page 9: 4.0 LAMPIRAN

Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Siri

Fatwa (01/2006) bilangan: 96-102/Ej (2) bertarikh 04hb Zulhijjah 1426 bersamaan 04hb

Januari 2006 mengenai Ajaran Haji Kahar bin Ahmad di Negara Brunei Darussalam akan

dibuat pengharamannya di bawah bab 42 (2) dari Akta Majlis Ugama Islam dan

Mahkamah-Mahkamah Kadi, Penggal 77 Semakan 1984.

10.2. Cadangan perwartaan Fatwa Mufti Kerajaan mengenai pengharaman Tarikat Mufaridiyyah

akan dicadangkan di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis

Ugama Islam yang akan datang bagi sebarang ketetapan mengenainya.

Disediakan oleh:

Jabatan Majlis Ugama Islam.

Kementerian Hal Ehwal Ugama,

Negara Brunei Darussalam.

Rujukan: MU/JUb/29/1970 (1991)Pt. VI

Tarikh: 07hb Rabiulakhir 1432 / 12hb Mac 2011

SU3/SU3B

Page 10: 4.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN D