(429908681) garis panduan internship ppg - versi final 3 disember 2014

32
1 Definisi Istilah IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang melaksanakan Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. IPGM juga merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Guru yang dilaksanakan oleh IPG. IPG : Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. Senat : Senat Institut- institut Pendidikan Guru adalah badan akademik yang ditubuhkan di bawah Perkara 6, Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-institut Pendidikan Guru) 2010. PPG : Program Pensiswazahan Guru adalah kesinambungan daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama secara Pendidikan Jarak Jauh. Internship : Satu latihan amali bertujuan mengaitkan pengalaman amalan profesional perguruan pelajar yang terdahulu dengan dapatan pengetahuan baharu untuk diaplikasi dalam perkhidmatan pendidikan. Penilai : Pensyarah IPG dan mentor yang dilantik oleh Pengarah IPGK dan Pengarah JPN masing-masing untuk menilai prestasi pelajar semasa Internship. Mentor : Penolong Kanan/Ketua Panitia/Guru sekolah yang berpengalaman dalam mata pelajaran

Upload: ying-yew

Post on 14-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sem8

TRANSCRIPT

Page 1: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

1

Definisi Istilah

IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang melaksanakan Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. IPGM juga merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Guru yang dilaksanakan oleh IPG.

IPG : Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Senat : Senat Institut-institut Pendidikan Guru adalah badan akademik yang ditubuhkan di bawah Perkara 6, Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-institut Pendidikan Guru) 2010.

PPG : Program Pensiswazahan Guru adalah kesinambungan daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama secara Pendidikan Jarak Jauh.

Internship : Satu latihan amali bertujuan mengaitkan pengalaman amalan profesional perguruan pelajar yang terdahulu dengan dapatan pengetahuan baharu untuk diaplikasi dalam perkhidmatan pendidikan.

Penilai : Pensyarah IPG dan mentor yang dilantik oleh Pengarah IPGK dan Pengarah JPN masing-masing untuk menilai prestasi pelajar semasa Internship.

Mentor : Penolong Kanan/Ketua Panitia/Guru sekolah yang berpengalaman dalam mata pelajaran sekolah dan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Pengurus Sekolah : Pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Besar danGuru Penolong Kanan.

Pelajar : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG).

Murid : Murid sekolah tempat Internship dilaksanakan.

Bilik Darjah : Tempat sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.

Sekolah : Institusi pendidikan tempat Internship dilaksanakan.

Page 2: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

2

Pemantauan : Proses mengesan pelaksanaan Internship oleh ahliJKIAPIPGK/JKIPIPGK.

Gagal : Markah kurang 50 % atau gagal mematuhi garis panduanInternship.

Senarai Singkatan

IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia

IPGK : Institut Pendidikan Guru Kampus

JKIAPIPGK/ JKIPIPGK : Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus

JPN : Jabatan Pendidikan Negeri

PPD : Pejabat Pendidikan Daerah

PPG : Program Pensiswazahan Guru

PPPBS : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah

SM : sekolah menengah

PdP : pengajaran dan pembelajaran

RPH : Rancangan Pengajaran Harian

RPI : Rancangan Pengajaran Individu

TMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Page 3: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

3

INTERNSHIP

1. KONSEP

Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berinovasi.

2. OBJEKTIF

Melalui Internship, pelajar dapat:

i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.

iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.

iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi.

v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.

vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran serta projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang berterusan.

vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

Page 4: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

4

3. PROSEDUR PELAKSANAAN

i. Tempoh

Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu dengan peruntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8.

ii. Penempatan Internship

Pelajar wajib menjalani Internship di sekolah rendah sahaja.

iii. Bilangan Waktu Mengajar

• Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah rendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah.

• Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolah rendah seperti PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2 - 4 waktu seminggu di sekolah rendah.

iv. Mata Pelajaran

Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja di samping melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship.

v. Taklimat Internship

Pelajar wajib menghadiri taklimat Internship yang dikendalikan oleh UnitPraktikum IPGK.

vi. Portfolio

Pelajar mesti menyediakan portfolio Internship (rujuk Lampiran 3).

.4. PROJEK INTERNSHIP

i. Pelajar wajib melaksanakan satu (1) projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projek tersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 20 – 30 minit (satu waktu)

ii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan inovasi tersebut dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

iii. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaan sendiri.

iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif, strategi dan pelan tindakan projek inovasi.

Page 5: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

5

v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan projek inovasi dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, penulisan perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome, aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi.

vi. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 – 10 muka surat (tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya) mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan (rujuk Lampiran 1).

vii. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio internship berserta rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah diserahkan kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) minggu selepas tamat Internship untuk dinilai.

5. PENETAPAN MENTOR/PENILAI DAN PENGURUS SEKOLAH YANG MENGESAHKAN MARKAH PENILAIAN BAGI PELAJAR YANG MENGIKUTI INTERNSHIP

i. Ketetapan mentor dan pengurus sekolah/tempat bertugas yang mengesahkan markah penilaian bagi pelajar yang mengikuti Internship adalah seperti berikut :-

Kategori Pelajar Mentor/Penilai

Pengurus Sekolah/Tempat Bertugas Yang

Mengesahkan Markah Penilaian

Guru

Penolong Kanan/Ketua Panitia

ATAU

Guru yang berpengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam mata pelajaran major yang diajar di sekolah di tempat pelajar menjalani Internship.

DAN

Pensyarah IPGK

Guru Besar & Ketua Jabatan

Ketua Panitia Guru Kanan DAN Pensyarah IPGKGuru Besar & Ketua Jabatan

Penolong Kanan Guru Kanan DAN Pensyarah IPGKGuru Besar & Ketua Jabatan

Guru Besar Guru Kanan DAN Pensyarah IPGKGuru Kanan & Ketua Jabatan

PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagiandi KPM/JPN/PPD/SM

Guru Kanan DAN Pensyarah IPGKGuru Besar & Ketua Jabatan

Jadual 1: Penetapan Mentor/Penilai Dan Pengurus Sekolah Yang MengesahkanMarkah Penilaian Bagi Pelajar Yang Mengikuti Internship

Page 6: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

6

6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

(i) Pelajar

a) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK.

b) Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektifInternship.

c) Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas diBahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM):

i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakanInternship

ii. mentor yang telah dilantik oleh pengurusan sekolah berkenaan

d) Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan sebelum menjalani Internship.

e) Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untuk mencapai persetujuan bersama tentang projek inovasi yang akan dilaksanakan.

f) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru/pegawai dan staf sokongan.

g) Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan sekolah.

h) Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. Pelajar kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk sesi persekolahan dalam seminggu.

i) Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/bertugas.

j) Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship kepada UnitPraktikum IPGK.

k) Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara individu. Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan mata pelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam masa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak memplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan.Contoh Projek Inovasi dalam PdP:

i. Kaedah Baca Cepat Dalam Pengajaran Jawi (bidangPendidikan Islam)

ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik)

iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)

Page 7: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

7

l) Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projek inovasi tersebut berdurasi selama 20 hingga 30 minit (1 waktu) dalam bentuk cakera padat (CD) beserta RPH. Pelajar perlu membuat dua salinan rakaman video tersebut di mana satu salinan masing-masing untuk diserahkan kepada mentor dan Unit Praktikum IPG untuk proses penilaian dalam tempoh satu minggu selepas tamat Internship.(Pelajar juga dinasihatkan membuat 1 salinan rakaman dalam failperibadi)

m) Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi antaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepada mentor/penilai

n) Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksi pada setiap minggu sepanjang tempoh Internship berpandukan format yang ditetapkan. (rujuk Lampiran 2 dan 2a).

o) Menghantar portfolio internship untuk dinilai oleh mentor yang dilantik pihak sekolah dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship. Seterusnya portfolio internship yang telah dinilai oleh mentor perlu di hantar ke Unit Praktikum IPGK untuk proses penilaian oleh pensyarah selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas tamat Internship.

(ii) Pengurus Sekolah

a) Memahami, menghayati dan bekerjasama dengan IPGK ke arah pencapaian matlamat dan objektif Internship.

b) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.

c) Memastikan dan membantu pelajar melaksanakan tanggungjawab dan tugasan yang dipersetuju bersama oleh pihak sekolah sepanjang tempoh Internship.

d) Mencalonkan mentor dalam kalangan Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru untuk dilantik oleh JPN bagi membimbing pelajar semasa Internship. Seorang mentor dibenarkan membimbing maksimum dua orang pelajar.

e) Memaklumkan kepada IPGK jika terdapat kes-kes disiplin dan pelajar berpotensi gagal.

f) Mengesahkan markah penilaian Internship yang dibuat oleh mentor.

g) Menghantar markah penilaian Internship (Borang PR5) kepada Unit Praktikum IPGK dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship. Semua dokumen pemarkahan adalah SULIT.

h) Melaporkan kepada IPGK secara bertulis kes gagal Internship

Page 8: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

8

(iii) Mentor

a) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.

b) Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakan projek inovasi yang dijalankan.

c) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlang, kompeten dan berjiwa pendidik.

d) Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangan dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa.

g) Menilai pelaksanaan projek inovasi pelajar semasa Internship dengan menggunakan Borang PR5 dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship untuk disahkan oleh pengurus sekolah. Sila rujuk Lampiran 4 dan Lampiran 4a.

(iv) Pensyarah

a) Menerima surat pelantikan sebagai penilai daripada Pengarah IPGK.

b) Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum.

c) Menyemak dan menilai portfolio serta rakaman pelaksanaan projek inovasi pelajar dalam PdP.

d) Melengkapkan dan menyerahkan Borang Penilaian (PR5) kepada UnitPraktikum.

(v) Unit Praktikum

a) Melaksanakan garis panduan Internship yang dikeluarkan oleh IPGM.

b) Menguruskan pelantikan mentor/pensyarah yang telah dicalonkan oleh pengurus sekolah/Ketua Jabatan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri/IPGK.

c) Merancang dan menguruskan dokumen berkaitan pelaksanaanInternship.

d) Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan Internship kepada pelajar.

e) Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen/rekodInternship.

f) Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Internship (jika ada) untuk dibawa ke mesyuarat JKPIPGK/JKIAPIPGK.

g) Mengurus dan membentang keputusan Internship untuk disahkan oleh JKPIPGK/JKIAPIPGK sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan dan Penganugerahan Institut Pendidikan Guru.

Page 9: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

9

(v) Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru Kampus (JKIPIPGK/JKIAPIPGK)

a) Memastikan pelaksanaan garis panduan Internship dipatuhi.

b) Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh Internship, disiplin dan gagal serta mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

c) Mengesahkan kehadiran dan keputusan Internship pelajar.

7. KEHADIRAN INTERNSHIP

a) Pelajar wajib hadir 100% kecuali dengan kebenaran Pengarah JPN/ Pengarah IPGK /Pegawai Pendidikan Daerah /Pengetua/Guru Besar/ Ketua Jabatan tempat bertugas tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari internship adalah atas sebab-sebab berikut:

.• Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.

• Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.

• Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian. (Nyatakan ahli keluarga terdekat. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Awam – Bab Cuti)

• Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.

b) Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa kebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak jawatankuasa tatatertib IPGK untuk tindakan seperti yang berikut:

KehadiranInternship

Tindakan

90 % ke atasJKIPIPGK/JKIAPIPGK akan menentukan sama ada pelajar perlu melengkapkan kehadiran Internship atau tidak.

70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran Internship.

Kurang daripada69.9%

Pelajar wajib mengulang keseluruhan Internship.

Jadual 2: Tindakan Bagi Kes Kehadiran Internship TanpaSebab Atau Tanpa Kebenaran dan Kurang Daripada 100%

Page 10: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

10

8. PENANGGUHAN INTERNSHIP

a) Semua permohonan penangguhan Internship hendaklah dibuat kepadaRektor IPGM melalui Pengarah IPGK.

b) Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Rektor IPGM.

c) Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh pengajian.

d) Internship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dan sebelum boleh dianugerahkan ijazah.

e) Pelajar mesti melaporkan diri ke IPGK asal mereka selepas tamat tempoh penangguhan yang dimohon untuk meneruskan Internship.

f) Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali dengan kelulusan Pengarah IPGK.

g) Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPGK ketika melaksanakan Internshipkecuali dengan kebenaran Rektor IPGM.

9. PENILAIAN INTERNSHIP

a) Penilaian oleh mentor/pensyarah terhadap projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan selepas tamat internship.

b) Penilaian pelajar dalam Internship melibatkan aspek-aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian projek inovasi yang dijalankan, penulisan refleksi.

c) Penilaian Internship pelajar PPG dilakukan oleh mentor (50%) danPensyarah (50%) menggunakan Borang PR5 (Rujuk Lampiran 4 dan4a).

d) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh mentor dilakukan olehGuru Besar.

e) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh Pensyarah dilakukan oleh Ketua Jabatan di IPGK.

f) Wajaran bagi penilaian pelajar adalah seperti berikut:

Kategori PelajarWajaran Penilaian

Sekolah IPGPPPBS yang bertugas sebagai guru di sekolah rendah

50% 50%

PPPBS (Guru Besar, Penolong Kanan, pegawai bertugas Bahagian- bahagian di KPM/ JPN/ PPD/SM

50% 50%

Jadual 3: Wajaran Penilaian Internship

Page 11: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

11

g) Komponen Penilaian Internship adalah seperti berikut :-

Aspek Penilaian Rujukan Markah

A. Perancangan ProjekInovasi

Portfolio Internship/RPH 20%

B. Pelaksanaan ProjekInovasi

Portfolio Internship/RPHdanrakaman video projek inovasi dalam PdP.

30%

C. Penilaian Projek Inovasi 30%

D. Penulisan Refleksi Portfolio Internship 20%

JUMLAH 100%

Jadual 4: Komponen Penilaian Internship

10. SYARAT LULUS ATAU GAGAL INTERNSHIP

a) Syarat penentuan keputusan

Prestasi pelajar dalam Internship diputuskan mengikut gred seperti yang ditetapkan dalam syarat dan peraturan sistem peperiksaan, penilaian dan penganugerahan pendidikan guru yang dikeluarkan oleh Senat.

b) Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-

• Kehadiran 100 %.• Lulus dalam penilaian Internship (rujuk PR5)• Tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan

disabitkan kesalahan.

c) Penentuan gagal Internship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-

• Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam syarat penentuan lulus.

d) Pelajar yang lulus/gagal perlu disahkan oleh JKIPIPGK/JKIAPIPGK.

e) Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja.

Page 12: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

LAMPIRAN

12

Page 13: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

LAMPIRAN 1

13

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP(Laporan antara 8 – 10 muka surat)

NAMA PELAJAR : ………………………………………………………………………

NO. KAD PENGENALAN : ………………………………………………………………………

PROGRAM :………………………………………………………………………

NAMA SEKOLAH :………………………………………………………………………

NAMA PROJEK :………………………………………………………………………

TEMPOH PELAKSANAAN :………………………………………………………………………

1. OBJEKTIF…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………...

…...………………………………………………………………………………………………

2. STRATEGI PELAKSANAAN…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

3. REFLEKSI

a) Kekuatan Projek:………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

b) Kelemahan Projek:…………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

5. KESIMPULAN…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

Page 14: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

LAMPIRAN 2

14

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

3. Cadangan penambahbaikan:

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

Page 15: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

15

LAMPIRAN 2a

PENULISAN REFLEKSI

1. Definisi Refleksi

• Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

• Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

• Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

2. Tujuan Refleksi:

• Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.

• Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.

• Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.

• Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan.

3. Ciri-Ciri Refleksi

• Bermula dengan mengingat kembali

• Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu

• Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)

• Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam Internship

a) Satu proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh pelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan.

b) Antara panduan yang boleh diikuti ialah:-

i). Hendaklah dibuat selepas projek inovasi dalam PdP yang dijalankan oleh PPPBS selesai dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang dicadangkan adalah seperti berikut:

• Sejauh manakah objektif projek yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?

• Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti?• Jelaskan langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki

pelaksanaan aktiviti tersebut ?

• Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan projek tersebut?

ii) Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti diLampiran 2 dan 2a.

Page 16: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

LAMPIRAN 3

16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ______________________________ SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO INTERNSHIP PPG

Bahagian No. PerkaraTandakan

(! )

AMaklumat

Diri

A01 Biodata Pelajar

A02 Surat Pengenalan Diri

A03 Salinan Borang Kehadiran Internship

BMaklumat

Projek Inovasi

B01 Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam PdP

B02 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

B03 Menyediakan Laporan Projek Inovasi

B04 Cadangan Penambahbaikan

CAmalanRefleksi

C01 Catatan Refleksi Mingguan

D Lain-lain

D01 Maklumat Tambahan Projek Inovasi PdP

D02Rakaman video yang disimpan dalam cakera padat

(CD)

D03

Page 17: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

LAMPIRAN 4

17

BORANG PR5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU: KAMPUS

BORANG PENILAIAN INTERNSHIP

Perhatian: Borang ini digunakan untuk penilaian Internship yang perlu dilengkapkan oleh mentor/pensyarah dan pengurus sekolah.

Nama Pelajar : No. K.P.:

Kursus : Ambilan :

Major : Elektif :

Nama Sekolah :

RUMUSAN UNTUK INTERNSHIP

Petunjuk Tahap

Tahap 1 : Terdapat banyak kelemahan

Tahap 2 : Terdapat beberapa kelemahan

Tahap 3 : Pencapaian sederhana

Tahap 4 : Baik dalam banyak aspek

Tahap 5 : Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek

KRITERIA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP

TAHAP 10% 20% 30%

12345

0.0 - 1.92.0 - 3.94.0 - 6.46.5 - 7.9

8.0 - 10.0

0.0 - 3.94.0 - 7.98.0 - 12.9

13.0 - 15.916.0 - 20.0

0.0 - 5.96.0 - 11.9

12.0 - 19.419.5 - 23.924.0 - 30.0

Page 18: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

18

BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5)

Arahan: Sila bulatkan angka yang berkenaan

Aspek Tahap Ulasan

A. PERANCANGAN PROJEK INOVASI PdP (20 MARKAH)

- Objektif jelas dan sesuai- Pelan tindakan disediakan- Sasaran pelajar dinyatakan- Inovasi sesuai dengan sasaran

1 2 3 4 5

Markah A =

B. PELAKSANAAN PROJEK INOVASI DALAM PdP(30 MARKAH)

- Mengikut kesesuaian jadual perancangan- Penglibatan aktif murid- Impak kepada murid

1 2 3 4 5

Markah B =

C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP(rujuk portfolio)(30 MARKAH)

- Menyediakan laporan projek inovasi- Cadangan penambahbaikan- Laporan akhir pelaksanaan projek inovasi

1 2 3 4 5

Markah C =

D. CATATAN REFLEKSI (rujuk portfolio)(20 MARKAH)

- Isu/perkara difokus

- Analisis kekuatan/kelemahan- Cadangan penambahbaikan- Rumusan

1 2 3 4 5

Markah D =

Jumlah Keseluruhan Markah = (A + B + C + D) = %

RUMUSAN KESELURUHAN

Tandatangan Mentor/Pensyarah Tandatangan Pengurus Sekolah/KetuaJabatan

(Nama: ) (Nama: )Tarikh: Tarikh: _

Page 19: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

19

LAMPIRAN 5a

PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5)

1. Borang PR5 digunakan untuk membuat penilaian Internship.

2. Pengurus sekolah dan mentor perlu membuat perbincangan sebelum membuat rumusan dan penilaian pada borang PR5.

3. Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuat rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar.

4. BORANG RUMUSAN PR5 INI TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA PELAJAR.

A. PERANCANGAN INOVASI DALAM PdP

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Perancangan tidak jelas, tidak teratur, strategi tidak sesuai, tidak ada sumber rujukan, persembahan sangat lemah

Perancangan projek inovasi kurang jelas, kurang teratur, strategi kurang sesuai, sumber rujukan sangat terhad, persembahan lemah

Perancangan projek inovasi jelas, tetapi kurang teratur, strategi sesuai, sumber rujukan terhad, persembahan mengikut format

Perancangan projek inovasi jelas dan teratur, strategi sesuai, sumber rujukan sesuai dengan tajuk, persembahan mengikut format

Perancangan projek inovasi sangat jelas dan teratur, strategi sesuai, sumber rujukan pelbagai dan sesuai dengan tajuk, persembahan kreatif dan mengikut format

B. PELAKSANAAN INOVASI DALAM PdP

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Penglibatan muridtidak jelas, tidak teratur dan tidak mengikutjadual perancangan.

Projek inovasi tidak memberi Impak kepada murid

Penglibatan murid kurang jelas, kurang teratur dan kurang mengikut jadual perancangan.

Projek inovasi kurang memberi Impak kepada murid

Penglibatan murid jelas, tetapi kurang teratur dan kurang mengikut jadual perancangan.

Projek inovasi kurang memberi Impak kepada murid

Penglibatan murid jelas, teratur dan mengikut jadual perancangan.

Projek inovasi jelas memberi Impak kepada murid

Penglibatan murid sangat jelas, sangat teratur dan mengikut jadual perancangan.

Projek inovasi sangat jelas memberi Impak kepada murid

C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Tidak jelas dan tidak teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi

Tidak jelas dan tidak teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi

Kurang jelas dan kurang teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi

Kurang jelas dan kurang teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi

Jelas tetapi kurang teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi

Jelas tetapi kurang teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi

Jelas dan teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi

Jelas dan teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi

Sangat jelas dan sangat teratur dalam menyediakan laporan projek inovasi

Sangat jelas dan sangat teratur dalam menyediakan cadangan penambahbaikan dan laporan akhir pelaksanaan projek inovasi

Page 20: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

D. CATATAN REFLEKSI

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Kurang berusaha untuk menilai diri

Tidak dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang telah diambil.

Tidak menunjukkan usaha untuk menghubung kait dalam merancang dan membuat tindakan susulan.

Ada usaha untuk menilai kekuatan dan kelemahan diri.

Kurang dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang telah diambil.

Kurang mengaitkan situasi dan pengalaman untuk membuat inferens.

Sentiasa berusaha menilai kekuatan dan kelemahan diri.

Dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat yang telah diambil.

Dapat mengaitkan situasi dan pengalaman untuk membuat inferens.

Berjaya menilai kekuatan dan kelemahan diri.

Berjaya menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang diambil

Berjaya mengaitkan sebab dan akibat untuk membuat inferens.

Berjaya meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti, seterusnya merancang langkah susulan.

Sangat berjaya menilai kekuatan dan kelemahan diri.

Sangat berjaya menghubungkaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang diambil

Sangat berjaya mengaitkan sebab dan akibat untuk membuat inferens.

Sangat berjaya meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti, seterusnya merancang langkah susulan.

20

Page 21: (429908681) Garis Panduan Internship PPG - Versi Final 3 Disember 2014

AHLI PANEL PENGGUBAL:

Dr. Mohd. Nordin bin Abu Bakar Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia

En. Muhammad bin Ibrahim Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia

Tn. Hj. Aleas bin Hj. Md. Isa Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Tn. Syed Hamid bin Syed Alwi Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

En. Ahmad Tarmizi bin SallehKetua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

Tn. Hj. Azhar bin Hashim Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

En. Johari bin Joned Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Pn. Hjh. Hasnah bt. Razali Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan GuruKampus Bahasa Antarabangsa

Dr. Syed Ismail bin Syed MustafaKetua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

En. Mohd. Izan bin Yusop Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

21