5 minit teks pidato skpp

Upload: julaiha1

Post on 10-Oct-2015

398 views

Category:

Documents


34 download

DESCRIPTION

Teks pidato

TRANSCRIPT

Saudara pengerusi, dif-dif terhormat, kombinasi kehakiman, hadirin dan hadirat sekalian. Selamat pagi dan salam satu Malaysia,Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya meminjam sebentar mata dan telinga hadirin sekalian untuk melihat dan mendengar idea-idea yang akan saya sampaikan sebentar lagi. Minda Kelas Pertama Teras 1 Malaysia begitulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada hari ini.Hadirin dan hadirat sekalian,Minda kelas pertama membawa maksud daya pemikiran terbaik seseorang manusia. Minda unggul inilah asas kepada kejayaan 1 Malaysia. "1 Malaysia" sebuah slogan hebat yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri kita. Melalui gagasan ini beliau menyeru setiap rakyat Malaysia mengamalkan nilai-nilai penting demi perpaduan dan pembangunan Negara. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Pertama, "Pembangunan modal insan cemerlang dari segi JERIS". Minda Kelas Pertama seharusnya mempunyai ciri-ciri cemerlang dari segi jasmani,emosi,rohani, intelektual dan sosial bagi segenap masyarakat. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya kerjasama dan pembangunan jati diri yang bersifat holistik. Inilah yang boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri. justeru,modal insan yang benar-benar berkualiti adalah satu kemestian. Ini sebagai satu langkah kita ke era negara maju yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.Sidang warga dewan,Budaya Ilmu Disemai, Insan Berkualiti Dicanaidemikianlah bunyi idea saya yang ke-2, Teras Kedua misi nasional dalam Rancangan Malaysia Ke-9 ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Dalam konteks ini rakyat malaysia digalakkan untuk menambah ilmu pengetahuan, mengamalkan budaya membaca, menulis dan berdiskusi untuk merealisasikan impian negara menjelang 2020. Penguasaan ilmu dan pengetahuan yang tinggi akan melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama yang mampu menjulang nama Malaysia di persada dunia.Hadirin dan hadirat sekalian,Beralih pula kepada Idea saya yang terakhir, "Inovasi dijulang rakyat cemerlang", kerajaan telah menggalakkan rakyat malaysia agar sentiasa mempertingkat saintifik dan inovasi yang berpaksikan kepada aset modal insan yang berpengetahuan serta berinovasi tinggi. Dunia kini tidak mengenal siapa yangkaya dengan sumber fizikal, lokasi atau usia tamadun semata-mata, tetapi memandang kepada kualiti modal insannya yang menjadi peneraju kekayaan dan potensi negara.

Hadirin sekalian,Konklusinya, negara sudah bergerak dalam pemupukan minda kelas pertama ini. Justeru, kitalah yang bakal menggalas segala hasrat kerajaan ini untuk meletakkan nama Malaysia gah sebaris dengan negara membangun yang lain. Ini bertepatan dengan kata-kata yang pernah diucapkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamed:

... sekiranya terdapat hanya sepuluh negara maju di dunia ini, pastikan Malaysia salah satu daripadanya. Sekiranya hanya terdapat lima negara maju di dunia ini, pastikan Malaysia salah satu daripadanya. Maka, seandainya ditakdirkan hanya terdapat satu sahaja negara maju di dunia ini, pastikan ianya milik Malaysia...

Sekian sahaja pidato saya, Sekian dan terima kasih