5 sistem persekitaran dalam teori ekologi bronfenbrenner

Upload: nor-syarina-ahmad-tarmizi

Post on 04-Jun-2018

436 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 5 Sistem Persekitaran Dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner

    1/8

    5 SISTEM PERSEKITARAN DALAM TEORI EKOLIGI BRONFENBRENNER

    4

    Menurut teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) persekitaran

    kanak-kanak terdiri dari satu set sistem sosial yang kompleks dan saling

    berinteraksi. Beliau melihat sistem sosial ini sebagai struktur berlapis yang

    bermula dengan mereka yang terdekat dengan kehidupan kanak-kanak ini

    secara langsung atau tidak langsung.

    Menurut beliau, persekitaran individu terdiri daripada lima lapisan sistem

    iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem.

    Rajah 1: Interaksi elemen-elemen dalam lima sistem

    ekologikal berasaskan Teori Ekologi Bronfenbrenner

  • 8/13/2019 5 Sistem Persekitaran Dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner

    2/8

    5 SISTEM PERSEKITARAN DALAM TEORI EKOLIGI BRONFENBRENNER

    5

    SISTEM HURAIAN CONTOH

    Mikrosistem Merujuk kepada

    persekitaran yang terdekat

    dengan dunia kanak-

    kanak.

    Ibu bapa, penjaga, adik beradik,

    rakan, jiran, guru, sekolah serta

    alam persekitaran

    Mesosistem Menghubungkaitkan dua

    mikrosistem.

    Ibu bapa dengan pengasuh, ibu

    bapa dengan jiran, ibu bapa

    dengan sekolah, ibu bapa dengan

    rakan sebaya anak mereka,

    sekolah dengan organisasi

    berkuasa serta sekolah dengan

    jiran.

    Eksosistem Pengalaman individu

    mempengaruhi individu

    lain.

    Implimentasi sesuatu program

    untuk peningkatan pencapaian

    murid-murid oleh Persatuan Ibu

    Bapa dan Guru-guru dengan pihak

    sekolah

    Makrosistem Pengaruh elemen-elemen

    sosiobudaya dan

    kedudukan sosioekonomi.

    Jantina, etnik, adat resam, norma-

    norma, nilai dan amalan

    masyarakat.

    Kronosistem Fokus pengaruh keadaan

    sosiohistorikal dan

    peristiwa-peristiwa.

    Kehadiran anak baru dalam

    sesebuah keluarga

  • 8/13/2019 5 Sistem Persekitaran Dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner

    3/8

    5 SISTEM PERSEKITARAN DALAM TEORI EKOLIGI BRONFENBRENNER

    6

    Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat dan mewakili

    hubungan serta interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa, penjaga, adik beradik,

    rakan, jiran, guru, sekolah serta alam persekitaran. Mikrosistem merujuk kepada

    persekitaran yang terdekat dengan dunia kanak-kanak tersebut. Masyarakat

    dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam

    perkembangan kanak-kanak.

    Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa

    keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung,

    mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode,

    hal. 326). Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling

    penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu

    terdekat atau berhampiran dengan kehidupan seorang kanak-kanak, mereka

    mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh,

    kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran

    seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas

    semua aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005).

    Ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang dan penjagaan yang baik akan

    memberi kesan berbeza jika dibanding dengan ibu bapa yang tidak kisah atau

    garang. Dalam masa yang sama tingkah laku atau respon kanak-kanak juga

  • 8/13/2019 5 Sistem Persekitaran Dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner

    4/8

    5 SISTEM PERSEKITARAN DALAM TEORI EKOLIGI BRONFENBRENNER

    7

    akan mempengaruhi sikap ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak

    tersebut. Misalnya, kanak-kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh

    orang dewasa disekitarnya dan mereka berkemungkinan akan memberi respon

    positif terhadap kanak-kanak ini.

    Di samping itu, hubungan antara ibu bapa juga memberi kesan kepada

    pengalaman kanak-kanak. Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi

    sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan

    ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan

    menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka.

    Dalam kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu

    bapa luar bandar berada pada tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini

    Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model

    peranan ibu bapa untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak di

    sekolah. Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan sesama sendiri adalah lebih

    berkesan dalam hal asuhan dan penjagaan kanak-kanak (Berk, Laura E, ms 27).

    Maka jelaslah bahawa institusi keluarga memainkan peranan yang

    penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing,

    memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini

    akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.

  • 8/13/2019 5 Sistem Persekitaran Dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner

    5/8

    5 SISTEM PERSEKITARAN DALAM TEORI EKOLIGI BRONFENBRENNER

    8

    Mesosistem adalah lapisan kedua dalam Teori Sistem Ekologi. Ia

    merujuk kaitan-kaitan di antara dua mikrosistem. Ia juga melibatkan interaksi

    antara ibu bapa dengan pengasuh, ibu bapa dengan jiran, ibu bapa dengan

    sekolah, ibu bapa dengan rakan sebaya anak mereka, sekolah dengan

    organisasi berkuasa serta sekolah dengan jiran dan bagaimana ia

    mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, penglibatan ibu

    bapa dalam aktiviti kanak-kanak di sekolah boleh memeberi sokongan yang

    dapat membantu kemajuan akademik kanak-kanak.

    Selain itu keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkahlaku dan

    personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang

    mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal

    ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah

    tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.

    Mengikut Bronfenbrenner, kanak-kanak yang diberi galakan untuk

    berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi

    yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.

  • 8/13/2019 5 Sistem Persekitaran Dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner

    6/8

    5 SISTEM PERSEKITARAN DALAM TEORI EKOLIGI BRONFENBRENNER

    9

    Lapisan ketiga digelar sebagai lapisan eksosistem. Ia diwakili oleh

    lapisan yang tidak melibatkan kanak-kanak tetapi mempunyai pengaruh secara

    langsung ke atas kanak-kanak tersebut. Dengan kata lain, sistem ini melibatkan

    persekitaran luar yang mana kanak-kanak memainkan peranan secara pasif

    tetapi perkembangan mereka dipengaruhi dengan tindakan ahli-ahli dalam

    ekosistem ini misalnya implimentasi sesuatu program untuk peningkatan

    pencapaian murid-murid oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru dengan pihak

    sekolah.

    Contoh yang lain adalah peraturan-peraturan tempat kerja ibu bapa

    seperti cuti atau waktu kerja fleksi. Eksosistem juga merangkumi saudara mara

    dan rakan ibu bapa yang dapat membantu keluarga. pengalaman individu

    tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran

    sekolah dan pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-

    peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak

    langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

  • 8/13/2019 5 Sistem Persekitaran Dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner

    7/8

    5 SISTEM PERSEKITARAN DALAM TEORI EKOLIGI BRONFENBRENNER

    10

    Makrosistem merujuk kepada sesuatu sistem mengenai pengaruh

    elemen-elemen sosiobudaya dan kedudukan sosioekonomi terhadap

    perkembangan kanak-kanak. Ia juga mewakili jantina, etnik, adat resam, norma-

    norma, nilai dan amalan masyarakat serta mempengaruhi perkembangan kanak-

    kanak. Sebagai contoh, di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang

    lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan

    yang penting. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah

    dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu

    bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka

    mengganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas

    wanita hanyalah di dapur sahaja.

    Di negara-negara Barat, kaum wanita mempunyai peluang dan hak yang

    sama. Ini memberi kesan ke atas perkembangan sosial dan emosi khususnya ke

    atas peranan mereka dalam masyarakat.

    Selain itu, kemiskinan adalah dihuraikan sebagai salah satu aspek yang

    penting dalam makrosistem ini yang menghalang perkembangan kanak-kanak

    disamping mengurangkan keupayaan mereka belajar.

  • 8/13/2019 5 Sistem Persekitaran Dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner

    8/8

    5 SISTEM PERSEKITARAN DALAM TEORI EKOLIGI BRONFENBRENNER

    11

    Kronosistem mengetengahkan konsep bahawa persekitaran tidak kekal

    sama. Ia juga memfokus pengaruh keadaan sosiohistorikal dan peristiwa-

    peristiwa terhadap perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu zaman tertentu.

    Sebagai contoh, kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga akan memberi

    kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Contoh seterusnya adalah prestasi

    kanak-kanak yang lahir dalam zaman Komunikasi Maklumat dan Teknologi (ICT)

    adalah berbeza dengan kanak-kanak yang lahir sebelum alat computer direka

    dan diperkenalkan.

    Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya

    bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan

    sebagainya. Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi

    implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek.

    Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh.

    Namun begitu, setiap benda terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-

    kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah bersama

    komputer. Selain itu, anasir-anasir negatif juga semakin meningkat andainya

    pembangunan sesebuah negara semakin maju.