52035303 kertas kerja ping pong

Upload: xx

Post on 08-Jul-2015

211 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0

PENGENALAN Pingpong atau juga dikenali sebagai Tenis Meja adalah sejenis permainan yang

diperkenalkan pada tahun 1898.Beberapa perubahan juga telah berlaku sejak ia mula diperkenalkan iaitu dari segi undang-undang permainan, jenis dan warna bola, bentuk dan permukaan bet, pakaian pemain dan teknik permainan. Pingpong adalah permainan yang patut digalakkan di setiap sekolah atau mana-mana institusi kerana ia dapat menambah dan memperluaskan lagi kemahiran asas kesukanan pelajar. Selain daripada itu, permainan ini hanya mengunakan peralatan asas seperti bet, jaring dan bola yang harganya adalah murah dan tahan lama berbanding dengan alatan permainan lain.Permainan pingpong ini juga tidak memerlukan kawasan yang besar untuk dijadikan tempat bermain.

2.0

RASIONAL Karnival Sukan Kolej-Kolej Kediaman merupakan salah satu aktiviti tahunan

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Pelbagai acara yang dipertandingkan seperti bola tampar, bola jaring, hoki, catur dan juga termasuklah permainan ping pong. Karnival sukan ini diadakan bertujuan untuk memenuhi keperluan kursus PISMP Semester 5 berdasarkan subjek PJM 3112, Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan dimana kami dikehendaki untuk merancang dan mengelolakan salah satu permainan di dalam Karnival Sukan ini. Di samping itu juga, karnival diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili Institut ke peringkat lebih tinggi.

3.0

OBJEKTIF I. Untuk member pendedahan dan pengalaman langsung kepada guru pelatih dalam merancang dan mengendalikan sesuatu kejohanan/ pertandingan. II. III. Untuk melahirkan pelatih guru yang sihat dan cergas fizikal. Untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan peserta yang mengambil bahagianIV. V.

Untuk memilih wakil IPGM KSM ke Kejohanan KAGUM. Untuk menggalakkan semangat kesukanan dan persaingan yang sihat di kalangan peserta.

VI.

Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan kebolehan masing-masing.

VII.

Untuk

mengeratkan

silaturrahim

di

kalangan

peserta

yang

bertanding.

4.0

BUTIRAN PROGRAM KARNIVAL SUKAN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS SULTAN MIZAN

SESI 2010 (PERTANDINGAN PING PONG) Tarikh Tempat Masa : 27 Februari 2010 : Gelanggang Ping Pong IPGM KSM : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Penyertaan : Semua guru pelatih IPGM KSM 5.0 TENTATIF PROGRAM

6.0

BELANJAWAN

7.0

JAWATANKUASA KERJA Penasihat Pengerusi : En Lukman Bin Saadon : Wan Nadia Farhana Binti Wan Mohd Norudin

Setiausaha : Nur Farah Hani Bt Isa Bendahari AJK Urusetia : Aina Nabila Bt Othman : : Muhammad Aziz B. Che Nordin Nurul Amalia Husna Yusof Shamel Ameri Bin Sabtu Ketua Referee : Muhammad Fakhruzzaman Bin Abd Razak Mohamad Hadi Fakhrullah Bin Mohd Zain Badruddin Bin Abu Bakar AJK Teknik dan Alatan : Muhamad Faiz B. Abu Ashaari Muhamad Afif B. Mohd Aris AJK Statistik : Muhammad Fakhrulrazi B. Abd Wahab Norhusyiah Bt. Mohammed Nor AJK Makanan/Minuman : Nurliyana Bt. Sarip

Siti Mursyidah Bt. Ahmad Sabri AJK Hadiah : Noor Ain Binti Mat Nur Azia Bt. Ramli

8.0 9.0 10.0

LAMPIRAN UNIT PISMP SAINS SEMESTER 5, INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS SULTAN MIZAN.

PERTANDINGAN PING PONG SEMPENA KARNIVAL SUKAN

BORANG PENYERTAAN KATEGORI : NAMA PASUKAN NAMA KETUA PASUKAN NO. H/P UNIT

PERSEORANGAN LELAKI NAMA :

NO. K/P : UNIT :

NO H/P : PERSEORANGAN PEREMPUAN NAMA :

NO. K/P : UNIT :

NO H/P : BEREGU LELAKI NAMA :

NO. K/P : UNIT :

NO H/P : NAMA :

NO. K/P : UNIT :

NO H/P :

BEREGU PEREMPUAN NAMA :

NO. K/P : UNIT :

NO H/P :

NAMA

:

NO. K/P : UNIT :

NO H/P : BEREGU CAMPURAN NAMA :

NO. K/P : UNIT :

NO H/P : NAMA :

NO. K/P : UNIT :

NO H/P :

PENGAKUAN DIRI Kami akan mematuhi segala peraturan, undang-undang dan syarat yang ditetapkan dalam pertandingan ini. Kami bersetuju membenarkan sebarang pindaan atau perubahan dibuat dari semasa ke semasa sebelum atau semasa pertandingan dijalankan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Kami mengakui semua butiran yang diberikan adalah benar dan jika penipuan dilakukan, kami bersedia permohonan kami ditolak. Kami tidak akan menuntut atau mendakwa Jawatankuasa Pertandingan jika berlaku sebarang musibah ke atas diri kami (seperti nama yang diberikan) sebelum, semasa atau selepas pertandingan diadakan.

TANDATANGAN KETUA PASUKAN :

TARIKH:

PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG 1. PERATURAN AM: 1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang PERSEKUTUAN PINGPONG ANTARABANGSA ( ITTF ). 1.2. Peserta dikehendaki membawa kayu pemukul ( bat ) sendiri. 2. TARIKH PERTANDINGAN: 27 Februari 2010 3. TEMPAT PERTANDINGAN: Dewan Bendahara Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 4. PENYERTAAN: Terbuka kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan . Yuran penyertaan bagi satu pasukan ialah RM30.00. 5. PENDAFTARAN PEMAIN: Setiap kontinjen dibenarkan mendaftar pemain seperti berikut; Pemain Lelaki - 4 orang Pemain Wanita - 4 orang

8 orang

6. TARIKH TUTUP PENYERTAAN: Tarikh tutup penyertaan ialah pada 23 Februari 2010

7. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN: 7.1. Pertandingan Ping Pong akan dijalankan dalam kategori berpasukan sahaja dengan acara-acara seperti berikut; 7.1.1. Perseorangan Lelaki 7.1.2. Perseorangan Wanita 7.1.3. Beregu Lelaki 7.1.4. Beregu Wanita 7.1.5. Beregu Campuran 7.2. Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan peringkat awal manakala peringkat suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir secara kalah mati.

8. MENARIK DIRI: 8.1. Pasukan atau pemain yang terlewat 15 minit dari masa yang telah dijadualkan bermain akan dianggap menarik diri serta kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.

8.2. Menarik diri (walk over) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika ianya berlaku maka pasukan atau pemain akan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan.

9. BANTAHAN: 9.1. Bantahan hendaklah dibuat melalui Ketua Pasukan dalam masa 15 minit dari perlawanan tamat dengan disertakan wang tunai RM 50.00 sebagai pertaruhan. 9.2. Wang pertaruhan tersebut akan luput sekiranya bantahan tersebut ditolak.

9.0

PENUTUP

Diharapkan semoga Karnival Sukan Kolej-kolej Kediaman IPG Kampus Sultan Mizan 2010 akan mendapat sokongan penuh oleh pihak pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Sehubungan itu juga diharapkan agar kertas kerja ini dipertimbangkan serta diluluskan. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disokong oleh,

_____________________ (Nur Farah Hani Bt. Isa) Setiausaha, Karnival Sukan Kolej-kolej Kediaman 2010 (Pertandingan Ping Pong) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

___________________ (En. Lukman B. Saadon) Penasihat Karnival Sukan Kolej-kolej Kediaman 2010 (Pertandingan Ping Pong) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Diluluskan oleh;

_________________________________ Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 22200, Besut Terengganu.