53662267 kertas kerja surau skda

12
KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SEK KEB PADANG PEKAN JALAN ISTANA 06000 JITRA, KEDAH Disediakan oleh:

Upload: pi-la-biaq

Post on 30-Jul-2015

260 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: 53662267 Kertas Kerja Surau Skda

KERTAS KERJA

PEMBINAAN SURAU SEK KEB PADANG PEKAN

JALAN ISTANA06000 JITRA, KEDAH

Disediakan oleh:Jawatankuasa Pembinaan Surau SK Padang Pekan

Page 2: 53662267 Kertas Kerja Surau Skda

KANDUNGAN HALAMAN

Mukadimah

Objektif

Rasional

Ahli jawatankuasa pembinaan surau SK Padang Pekan

Fasa-fasa pembinaan

Cadangan pembinaan surau SK Padang Pekan

Kos pembinaan

Pelan tapak surau SK Padang Pekanlampiran

Pelan bangunan surau SK Padang Pekanlampiran

Penutup

Page 3: 53662267 Kertas Kerja Surau Skda

MUKADIMAH

SK Padang Pekan merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Jitra, Kedah. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang baru beroperasi selama 3 tahun. Ini bermakna sekolah ini telah di buka pada Disember 2009 dan memulakan tahun persekolahan pada Januari 2010. Jumlah keseluruhan pelajar sekolah ini ialah sebanyak 400 orang murid dan semuanya beragama Islam.

Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk kegunaan menjalankan aktiviti Agama dan j-Qaf. Buat masa sekarang, surau merupakan kelas kosong yang dijadikan surau sementara manakala bilik yang sedia ada merupakan makmal j-QAF yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Kedudukannya di tingkat 4 bangunan sekolah serta kiblatnya yang tidak mengikut arah menyukarkan para guru, waris dan pelajar mengerjakan ibadat solat. Kedudukannya yang berada di tingkat 4 juga menyulitkan tugas guru serta membazir masa pembelajaran apabila ingin digunakan memandangkan kedudukannya di tingkat 4 dan bangunan yang tidak bersambung antara satu sama lain.

Melihat kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua pelajar, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan sebuah surau baru khas di dalam kawasan sekolah ini. Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadahseperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup pelajar Islam di sekolah ini. Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk /membina akhlak yang baik. Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan komitmen jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Pembinaan Surau SK Padang Pekan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Kertas kerja ini akan memberi maklumat lengkap pembinaan surau yang dimaksudkan.Sehubungan dengan itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau SK Padang Pekan berharap kepada sumbangan pihak-pihak yang ingin memberikan sumbangan berupa kewangan dan sebagainya demi tercapainya cita-cita seluruh Warga sekolah SK Padang Pekan ini.

OBJEKTIF

“Mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan jemaah sekolah SK Padang Pekan serta memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa selaras dengan tuntutan Islam”

Page 4: 53662267 Kertas Kerja Surau Skda

RASIONAL

1. Ketiadaan surau khas di dalam kawasan sekolah yang selesa.2. Memiliki tapak yang amat sesuai dibangunkan sebuah surau khas untuk menjalankan aktiviti keagamaan.3. Keperluan pelajar yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang sesuai, baik dan selesa.4. Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur5. Premis surau sementara adalah sebuah kelas yang kecil tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin ramai bagi menjalankan aktiviti.

Page 5: 53662267 Kertas Kerja Surau Skda

AHLI JAWATANKUASA PEMBINAANSURAU SK PADANG PEKAN

PENASIHATTUAN HAJI AHMAD BIN OSMAN

( GURU BESAR SK PADANG PEKAN)

PENOLONG PENASIHATENCIK IDRIS BIN LONG

( PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK PADANG PEKAN)

PENGERUSIENCIK ZULKIFLE BIN MANSOR

( YDP PIBG )

TIMBALAN PENGERUSIEN ABDULLAH BIN HASSAN

( NAIB YDP PIBG )

SETIAUSAHAPUAN ROSHILAH BINTI SHUIB

PENOLONG SETIAUSAHAPUAN ROSHIMAH BINTI ARIFIN

BENDAHARIPUAN SUHAIDA MANSOR

AHLI JAWATANKUASAPENTADBIR SEKOLAH SK Padang Pekan

AJK PIBG SK Padang Pekan GURU AGAMA DAN j-QAF

SEMUA GURU-GURU DAN KAKITANGAN SK PADANG PEKAN

DERMA/SUMBANGAN PENYEDIAAN DOKUMENTASIENCIK AKMAL BIN AHMAD

Page 6: 53662267 Kertas Kerja Surau Skda

FASA PEMBINAAN

Terdapat empat (4) fasa-fasa pembinaan yang telah diatur untuk pembinaan Surau SK Padang Pekan iaitu:

FASA 1

Menjalankan urusan-urusan rasmi dengan pihak-pihak kerajaan dan pihak berkuasaseperti:1. Pengurusan permohonan Penentuan Arah Qiblat dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Kedah dan kelulusan arah qiblat2. Pengurusan permohonan kebenaran membina surau dan kebenaran memohon derma dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu dan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah3. Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Surau SK Padang Pekan4. Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan

FASA 2

1. Pengurusan memohon derma dari penduduk sekitar SK Padang Pekan2. Pengurusan memohon derma dari Lembaga Zakat Negeri Kedah, Kumpulan Dana Wakaf Majlis Agama Islam Kedah dan Baitumal Kedah3. Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat4. Pengurusan memohon derma dari syarikat dan majikan5. Pengurusan Resit dan senarai derma6. Pengurusan rekod dan pengauditan

FASA 3

1. Pembinaan Surau SK Padang Pekan2. Pemantauan dari Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK terlibat

FASA 4

1. Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Surau Padang Pekan2. Pengurusan perasmian Surau SK Padang Pekan

Page 7: 53662267 Kertas Kerja Surau Skda

CADANGAN PEMBINAAN SURAU SK PADANG PEKANSPESIFIKASI SURAU SK PADANG PEKAN

BIL PERIHAL KEPERLUAN DAN CATATAN

1. Kapasiti jemaah 350 orang jemaah2. Jenis bangunan Bangunan satu tingkat3. Keluasan Bangunan/dewan solat 1600 kaki persegi ( 40 X 40 ) kaki4. Struktur Konkrit tetulang5. Binaan bangunan Batu bata berplaster ( reinforce )6. Kemasan dinding Lepaan simen ( plaster luar dan dalam )7. Bumbung Concrete tile and Metal deck ( Kerangka bumbung jenis kayu/besi )8. Siling 2 X 4 asbestos9. Kemasan cat Emulsion - kelas sederhana putih11. Pintu Pintu gelungsur aluminium12. Tingkap Tingkap aluminium berkaca jernih13.Kemasan lantai a.dewan solat – mozek b. teres koridor – mozek c. stor barangan – mozek d. teres keliling – lepaan simen14. Bilik air/Wudhu’ a. tangki simpanan air b. tandas lelaki – 1 unit c. tandas perempuan – 1 unit d. tempat wudhu’ lelaki – 20 unit e. tempat wudhu’ perempuan – 20 unit

BIL PERIHAL KEPERLUAN DAN CATATAN

Pendawaian letrik

Single phase – 60 Amphere ( punca utama )a. punca lampu – double fluorescent with reflectorb. punca kipas – kipas siling dan dindingc. punca kuasa 13A – domestikd. punca kuasa 15A – penyaman udara

Lain-lain kelengkapana. longkang – i. 6 inci dalam

Page 8: 53662267 Kertas Kerja Surau Skda

ii.8 inci lebar iii.bentuk Ub. salur air i. UPVC gutterc. pagar i. keliling kawasan pelan tapakd. pintu pagar i. pintu utama ii.2 pintu kecile. halaman surau i. memindah dan membina semula gelanggang sepak takraw ii. menurap semua kawasan halaman surau dengan batu tar

KOS PEMBINAAN

Kos keseluruhan pembinaan Surau SK Padang Pekan ialah:RM350,000.00( Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja )

SUMBANGANSebarang sumbangan hendaklah ditulis atas nama:

Persatuan Ibu Bapa dan Guru,SURAU SK Padang Pekan

PELAN TAPAK SURAU SK Padang PekanSeperti lampiran yang disertakan

PELAN BANGUNAN SURAU SK Padang PekanSeperti lampiran yang disertakan

Page 9: 53662267 Kertas Kerja Surau Skda

PENUTUP

Pembinaan Surau SK Padang Pekan ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua warga sekolah ini. Kewujudan surau ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin antara sesama penduduk, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan juga para penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian Warga sekolah dan penduduk setempat. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar pembinaan Surau SK Padang Pekan ini dapat disegerakan demi kesejahteraan warga sekolah.

Pihak jawatankuasa pembinaan Surau SK Padang Pekan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.Sekian.

Disediakan oleh:

JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU SK PADANG PEKANJALAN ISTANA, MUKIM NAGA06000 JITRA KEDAH