6.0 pati

11
TAJUK: • Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI) telah banyak menimbulkan masalah kepada Malaysia. Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dibawa oleh PATI tersebut. Bincangkan. Kehendakan esei: • masalah yang dibawa oleh PATI • Langkah-langkah mengatasi masalah ini.

Upload: lim-kg

Post on 20-Feb-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: 6.0 pati

TAJUK:

• Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI) telah banyak menimbulkan masalah kepada Malaysia. Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dibawa oleh PATI tersebut. Bincangkan.

Kehendakan esei: • masalah yang dibawa oleh PATI • Langkah-langkah mengatasi masalah ini.

Page 2: 6.0 pati

PENGENALAN

i. Pada zaman yang lebih moden ini,ekonomi Malaysia kini turut berkembang pesat. Projek pembanguan berjalan lancar,peluang pekerjaan yang melimpah ruah terutamanya dalam sektor perladangan, pembinaan, dan perkilangan.

ii. Akibat daripada keadaan tersebut, maka timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Malaysia terpaksa mengambil banyak pekerja asing dan menimbulkan juga masalah kemasukan pendatang tanpa izin(PATI).

iii. kemasukan banyak pendatang tanpa izin ini telah mewujudkan keadaan yang tidak tenteram dan selamat kerana mereka telah banyak menimbulkan masalah kepada Malaysia.

Page 3: 6.0 pati

Langkah-langkah Mengatasi Masalah yang dibawa oleh PATI

Page 4: 6.0 pati

1. Semua pihak harus bertanggungjawab untuk memastikan hanya pekerja yang layak dan sah sahaja bekerja di Malaysia

• Pihak berkuasa seperti polis dan imigresen hendak melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab bagi membanteras kemasukan PATI ke Malaysia bagi menjamin kesejahteraan rakyat daripada gangguan PATI.

• Mereka hendaklah membuat pemeriksaan dan pemantauan ke tempat-tempat yang disyaki menggaji PATI.

Page 5: 6.0 pati

2. MELAKSANAKAN PROGRAM 6P• Kerajaan juga telah melaksanakan Program 6P

iaitu pendaftaran, pemutihan, penguatkuasaan, pengusiran, pemantauan, dan pengampunan.

• Program tersebut dilaksanakan adalah untuk tujuan mendapatkan anggaran statistik jumlah PATI yang berada di Malaysia, selain mengumpul maklumat peribadi mereka termasuklah data biometrik. Menerusi program 6P ini, kerajaan akan mengenalpastikan keperluan jumlah pekerja yang diperlukan setiap sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing di negara ini.

Page 6: 6.0 pati

3. MELAPORKAN KEPADA PIHAK BERKUASA • Masyarakat juga harus berperanan

dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat majikan yang menggaji PATI. Terdapat majikan di kawasan pendalaman berkemungkinan mengambil PATI kerana kosnya yang rendah dan juah dari pemantauan pihak berkuasa.

Page 7: 6.0 pati

4. HUKUMAN• Hukuman yang sewajarnya kepada majikan

yang mengambil PATI sebagai pekerja mereka. Hukuman denda dan penjara wajar dikenakan ke atas majikan dan PATI itu sendiri sebagai pengajaran kepada majikan dan PATI yang lain. PATI yang telah menjalani hukuman dan denda hendaklah dihantar balik ke negara masing-masing.

Page 8: 6.0 pati

5. KERJASAMA ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LAINKerjasama antara kerajaan Malaysia dengan negara lain hendaklah dieratkan bagi membanteras kemasukan mereka secara haram. Sekatan dan kawalan yang ketat di pintu masuk Malaysia dan negara mereka dapat mengurangkan kemasukan PATI ke Malaysia secara berleluasa.

Page 9: 6.0 pati

KESIMPULAN• Kedatangan pekerja asing ini tetap ada kebaikannya - kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial – kesejahteraan dan pembangunan negara

• Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, negara memerlukan pekerja asing tetapi bukan kebanjiran.

• Jika langkah-langkah tertentu tidak diambil,masalah-masalah ini akan menimbulkan implikasi yang negatif terhadap sistem sosial,ekonomi mahupun politik dan ketenteraman negara. Jika kerajaan dan rakyat Malaysia menyayangi Malaysia maka milik kita"Malaysia" mesti dijaga dan diurus dengan sebaiknya.

Page 10: 6.0 pati

Langkah Mengatasi Isu PATI

• Memantau kedudukan pendatang asing selepas tamat tempoh VISA

- Merujuk dalam Utusan Malaysia kerajaan bercadang mewujudkan jabatan khusus bagi menangani isu pekerja asing termasuk memantau kedudukan mereka semasa bekerja di negara ini selepas tamat tempoh visa.

- Jabatan berkenaan juga berfungsi untuk mengatasi lambakan pekerja asing di negara ini yang didapati menimbulkan banyak masalah sosioekonomi kepada negara.

- Selain itu, warga asing yang ingin datang ke Malaysia perlu menjalani proses saringan di nagara asal masing-masing supaya tidak timbul masalah selepas berada di negara ini.

Page 11: 6.0 pati

• Memperketatkan Kawalan dan Pengawasan Disepanjang Persisiran Pantai

- Pihak kerajaan perlu lebih mengambil berat iaitu dengan memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu-pintu masuk negara dan pengawasan di sepanjang persisiran perairan negara diperketatkan.

- Hal ini demikian kerana, terdapat kawasan- kawasan yang menjadi laluan pendatang asing untuk menceroboh masuk ke negara kita tanpa izin menyebabkan ramai pendatang asing terutamanya rakyat dari Indonesia yang datang ke negara kita untuk mencari sumber pendapatan.

- Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengenal pasti kawasan yang dijadikan sebagai tempat

pendaratan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin atau dikenali sebagai PATI.