8. laporan harian

2
Hari ke- 1: 19 Ogos 2013 (Isnin) Hari ini merupakan hari pertama persekolahan selepas cuti penggal selama 16 hari. Ada murid yang hadir ke sekolah dengan penuh suka hati kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan mereka, ada juga yang masih dalam “mood” cuti. Saya telah melapor diri dengan Guru Besar, En Wong Kee Chiew dan Penolong Kanan Akademik, En Chew Han Guan bersama dengan dua orang guru yang sedang mengikuti Program PISMP di Institut Perguruan Ipoh yang juga menjalankan PBS di sekolah selama satu minggu. Saya telah berinteraksi dengan mereka dan seterusnya menghadiri perhimpunan sesi pagi di tapak perhimpunan sekolah. Perhimpunan pada pagi ini mengambil masa satu jam, mungkin kerana banyak pengumuman. Pelajar sekolah ini telah mendapat tempat saguhati dalam Pertandingan Bakat Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan Anjuran Astro dan China Press, dan juga tempat ketiga dalam Pertandingan Tarian Traditional Cina peringkat kebangsaan di negeri Terengganu semasa cuti penggal yang lepas. Sebanyak RM3500 telah dimenangi menerusi kedua-dua pertandingan ini dan RM2500 telah didermakan kepada tabung PIBG sekolah. Pencapaian kokurikulum di sekolah ini semakin cemerlang dan memang membanggakan sebagai warga sekolah ini.

Upload: mei-yee

Post on 21-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: 8. Laporan Harian

Hari ke- 1: 19 Ogos 2013 (Isnin)

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan selepas cuti penggal

selama 16 hari. Ada murid yang hadir ke sekolah dengan penuh suka hati

kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan mereka, ada juga yang masih

dalam “mood” cuti. Saya telah melapor diri dengan Guru Besar, En Wong

Kee Chiew dan Penolong Kanan Akademik, En Chew Han Guan bersama

dengan dua orang guru yang sedang mengikuti Program PISMP di Institut

Perguruan Ipoh yang juga menjalankan PBS di sekolah selama satu minggu.

Saya telah berinteraksi dengan mereka dan seterusnya menghadiri

perhimpunan sesi pagi di tapak perhimpunan sekolah.

Perhimpunan pada pagi ini mengambil masa satu jam, mungkin kerana

banyak pengumuman. Pelajar sekolah ini telah mendapat tempat saguhati

dalam Pertandingan Bakat Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan Anjuran

Astro dan China Press, dan juga tempat ketiga dalam Pertandingan Tarian

Traditional Cina peringkat kebangsaan di negeri Terengganu semasa cuti

penggal yang lepas. Sebanyak RM3500 telah dimenangi menerusi kedua-dua

pertandingan ini dan RM2500 telah didermakan kepada tabung PIBG

sekolah. Pencapaian kokurikulum di sekolah ini semakin cemerlang dan

memang membanggakan sebagai warga sekolah ini.

Selepas perhimpunan, saya terus hadir ke bilik PK Akademik untuk

mendapatkan maklumat umum sekolah dan juga jumlah murid pelbagai

bangsa daripada PK Hal Ehwal Murid (HEM). Menurut PK HEM, jumlah murid

di sekolah ini sering berubah kerana murid pergerakan masuk dan keluar

sering berlaku.

Selain itu, saya telah mengirimkan kiriman takziah kepada rakan

sejawat saya Puan Pua Siew Hoo yang suaminya En Tan Hock Guan (Guru

Besar SJK (C) Ladang Harcroft) yang telah meninggal dunia semasa cuti.

Selepas itu, saya pun meneruskan aktiviti proses pengajaran dan

pembelajaran saya seperti biasa di kelas 3I dan 4Z. Apabila tamat

Page 2: 8. Laporan Harian

persekolahan sesi pagi, saya juga menghadir diri ke perhimpunan sesi

petang.