8096603-jenisjenis-kitab-hadis

Upload: muhamaad-faiz

Post on 07-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    1/14

    JENIS-JENIS KITAB-KITAB HADIS

    (Saringan dan adaptasi dari Muqaddimah Lami` al-Darari Ala Jami` al-Bukhari karangan Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi oleh UstMuhammad Hanief Awang Yahya dan Hakim-eze)

    Berikut adalah 29 jenis kitab hadis:

    1) Jami/ jawami2) Sunan/ ahkam3) Mathani/ musnad4) Maajim/ mujam5) Masyikhat6) Ajza/ rasail7) Arbainat8) Afrad dan Gharaaib

    9) Mustadrak10) Mustakhraj11) ilal12) Atraf13) Tarajim14) Taaliq15) Taghrib wa tarhib16) Mursalsalat17) Tsulasiyyat18) Al-amali19) Zawaid

    20) Al-Mukhtasarat21) Takharij22) Syarhul atsar23) Asbab nuzul hadis24) At-tartib25) At-Taliq26) Al-Mawdhu`at27) Al-mathurat28) an-Nasikh wal Mansukh29) Mutasyabih/ Musykil hadis

    1) Jami atau Jawami

    Penulisan Jami` bermaksud menghimpunkan hadis-hadis berkenaan denganbidang aqidah, ahkam, riqaq, adab, tafsir, tarikh dan sirah, fitan dan manaqib.

  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    2/14

    Kitab hadis Sahih Bukhari merupakan salah satu kitab yang digelar kitabJami(atau Jawami) . Untuk dipanggil sesebuah kitab hadis sebagai Jami sebuahkitab hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya lapan bidang . Di kalanganulama ada yang menyusun hadis-hadis dalam bidang-bidang ini secara

    berasingan. Antaranya ialah:1. Aqaid (akidah): Contohnya:Kitab al-Tauhidkarangan Abu Bakar Ibn Abi

    Khuzaimah, Kitab al-Asma wa al-Sifat oleh al-Baihaqi

    2. Ahkam: Kitab hadis hukum yang disusun seperti dalam kitab-kitab fiqh

    seperti Bulugh maram dan Umdatul ahkam.

    3. Riqaq ( raqaaiq) : dinamakan juga sebagai Ilmu al-Suluk wa al-Zuhd iaitumenyebut tentang peringatan di hari akhirat dan azab kubur yang akanmelembutkan hati sesiapa yang mendengarnya dan menjadikannyaseorang yang zuhud.

    Contohnya: Kitab Zuhudoleh Abdullah Ibn Mubarak, Imam Ahmad,

    4. Adab: Adab sopan, adab tidur, adab solat, adab makan dan sebagainya.Contohnya kitab al-Adab al-Mufradoleh al-Bukhari dan Kitab Syamailoleh Tirmizi

    5. Tafsir: Hadis-hadis yang mentafsirkan al-Quran.

    Contohnya kitab Tafsir ibn Mardawaih, ibn Jarir at-Tabari, Tafsir al-Dailami dan Tafsir Jailani.

    6. Tarikh: SejarahTerbahagi kepada dua jenis:

    a- Sejarah tentang kejadian alam ( bada al-khalq) seperti kejadian langit danbumi,syurga,neraka,jin,syaitan, malaikat dan sebagainyab- Sejarah tentang kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sepertiSirah Ibn Hisyam,Sirah Mulla Umar,dan sebagainya.

    7. al-Fitan iaitu fitnah-fitnah yang muncul di akhir zaman bermula selepas

    kewafatan Rasulullah s.a.w. Contohnya, kitab Muin bin Hammad (gurual-Bukhari) tentang Dajjal, turunnya nabi Isa as, kemunculan ImamMahdi, dan sebagainya. Beliau telah mencampuradukkan antara yangsahih dan tidak sahih.

  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    3/14

    8. Manaqib (tentang kelebihan seseorang seperti AbuBakar,Umar,Uthman,dan Ali, tabiin, ahlul bait, isteri-isteri Rasulullahs.a.w., Nawasib dan sebagainya) contohnya, al-Riyadh al-Nadhirah FiManaqib al-`Asyarah oleh Muhib al-Tabari,Zakhair al-`Uqba FiManaqibZawi al-Qurba dan lain-lain.[1]

    Antara kitab-kitab hadis yang termasuk dalam kategori ini ialahSahih al-BukhariJami al-Tirmizi, Sahih Muslim, Misykat al-Masabih, Jami` Suyfan al-Thauri, Jami`Abdul Razzaq bin Hammam al-San`ani, Jami al-Darimi, danlain-lain.

    KitabSahih Muslim pula terdapat pertikaian tentangnya. Jumhur ulamamengatakan ianya termasuk kitab Jami namun sebahagian yang lainmenyatakan tidak kerana hadis-hadis tafsir di dalam kitabnya terlalu sedikit.

    2) al-Sunan dan al-Ahkam

    Ianya disusun mengikut tertib fiqh yang bermula dengan bab Taharah,sembahyang dan seterusnya. Walaubagaimanapun di dalam sunan sendiri ianyatidak hanya memuatkan tentang hukum-hakam tetapi ada juga perkara-perkaralain yang dibincangkan.

    Contoh kitab-kitab yang termasuk dalam kategori ini ialah:Sunan al-Nasaie,Jami` al-Tarmizi, Sunan Ibn Majah, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Daruqutni,

    Sunan Abi Ali bin al-Sakan dan lain-lain.

    3- Masanid dan Musnad

    Penulisan Musnad bermaksud menyusun hadis-hadis mengikut nama-namasahabat. Sama ada mengikut susunan abjad atau terdahulu memeluk Islam.

    Imam Ahmad yang menulis musnad telah mendahulukan hadis-hadis Abu Bakar

    daripada hadis-hadis sahabat yang lain.

    Antara cara penyusunan musnad:

    1. memuatkan hadis-hadis tentang 10 orang sahabat yang dijamin masuksyurga, atau tentang khalifah yang empat.

    2. mengikut siapa yang lebih dahulu yang memeluk Islam.3. dengan melihat siapakah ahli Badar/ Hudaibiah dahulu.

    http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn1#_ftn1http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn1#_ftn1
  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    4/14

    4. dengan melihat siapakah yang memeluk Islam terlebih dahulu ketikaPembukaan Mekah.

    5. dengan melihat lelaki dahulu perlu diutamakan. Tetapi dari kalanganwanita pula isteri-isteri nabi diutamakan terlebih dahulu.

    6. atau dengan melihat jenis qabilah (qabilah bani Hasyim didahulukan).

    Di dalam musnad juga taraf hadis tidak diambil kira. Ia cuma mengumpulkansebanyak mungkin hadis-hadis yang menerangkan tentang sesuatu perkara.Namun begitu musnad yang paling sahih adalahMusnad Ahmadkeranabeliau telah menyaring hadis-hadisnya. Kebanyakan ulama salaf menulishadis-hadis dalam bentuk musnad.[2]

    4- Maajim dan mujam

    Mujam pula disusun mengikut tertib huruf ejaan, atau mengikut susunannama guru-guru mereka. Nama guru-guru mereka pula disusun mengikutejaan nama atau kelebihan mereka.

    Mujam juga hanya mengumpulkan hadis-hadis nabi saw tanpa melihat tarafhadis-hadisnya.

    Contoh kitab-kitab mujam ialahMujam Tabrani, Mujam kabir, Mujam as-Sayuti, danMujam as-Saghrir,Mujam Abi Bakr, ibn Mubarak, dansebagainya.

    Kitab rijal yang mengumpulkan orang-orang yang tersebut dalammeriwayatkan hadis-hadis nabi s.a.w. mengikiut ejaan bersama dengankuniyyahnya. Ini semua adalah untuk memastikan kesahihan sesebuah hadis.

    Golongan. Orientalis sendiri mengakui kehebatan ilmu hadis. [3]

    5- Masyikhat

    Di dalam penulisan masyikhat, hadis-hadis dikumpul dari seorang syeikhsama ada dia mengumpulkan sendiri hadis tersebut atau orang lain yangmengumpulkannya. Contohnya,MasyikhatIbn al-Bukhari, yang dibuattambahan oleh Hafiz al-Mizzi,Masyikhah Ibn Syadam al-Kubra dan al-Sughra, dan dibuat tambahan oleh al-`Iraqi.

    Ali bin Anjab al-Baghdadi mempunyai 20 jilid kitab masyikhat.

    Antara kitab Masyikhat yang disebutkan juga maajim sepertiMujam al-Sayuti, Abu Bakar Ibn Mubarak. Kitab yang ada sanad pula sepertiMusnadal-Firdaus oleh al-Dailami,

    Istilah lain bagi mujam dengan makna kamus dan bukannya bermaksudpenulisan hadis. Ada juga yang menyebut mujam itu sebagai kamus geografi

    http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn2#_ftn2http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn3#_ftn3http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn2#_ftn2http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn3#_ftn3
  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    5/14

    yang menyebut tentang geografi sesuatu tempat sepertiMu`jam al-Buldanoleh Yaqut al-Hamawi. Ada juga yang mengumpulkan tentang biografiseseorang tokoh di dalam kitab mujamnya seperti al-Mu`jam fi AtharMuluk al-`Ajam.

    6- Ajza/ Rasail

    Hadis-hadis yang dikumpulkan berhubung dengan sesuatu perkara atau tajuksepertiRaf` al-Yadaian oleh al-Bukhari. Dalam kitab ini beliaumengemukakan hadis-hadis tentang mengangkat tangan tanpamembahaskan kedudukan hadis-hadis tersebut samada mansukh, syaz, ataumujmal dan sebagainya.

    Contoh-contoh lain sepertiJuz al-Niyyah oleh Ibn Abi al-Dunya,Juz al-Qiraah Khalf al-Imam oleh al-Baihaqi[4], Juz Fadhail Ahl al-Baitoleh Abual-Husin al-Bazzar,Juz al-Munziri Fi Man Ghufira Lah Ma Taqaddama MinZanbih,Juz Asma al-Mudallisin[5] danJuz `Amal al-Yaum wa al-Lail.

    Tujuan kitab Rasail ini ditulis adalah:

    1- Untuk membuktikan sesuatu perkara itu sabit daripada Rasulullah s.a.wdengan mengumpulkan pelbagai riwayat tanpa mengira kedudukan hadis-hadis tersebut.

    2- Supaya lebih mudah untuk membuat kajian terhadap sesuatu perkara.

    7- Arbainat

    Kitab-kitab hadis yang mengumpulkan hadis sebanyak 40 buah hadis. Usahaini dilakukan berpandukan hadis riwayat dari Abu al-Darda yang disebutoleh al-Baihaqi: Sesiapa yang hafal untuk ummatku 40 hadis berhubungurusan agamanya, Allah akan bangkitkannya nanti sebagai seorang faqih danaku (Muhammad) pada hari kiamat nanti akan menjadi syafaat kepadanya.Imam Ahmad berkata, hadis ni masyhur tetapi tidak sabit.

    Hadis-hadis dikumpul dalam bentuk ini juga disebabkan ianya termasukdalam bab fadhail seperti pendapat al-Nawawi.

    Abdullah bin Mubarak adalah orang pertama yang menulis kitab arbainat ini.Ibn Hajar pula telah menulis 2 kitab Arbain. Kitab Arba inat yang palingmashyur ialah karangan al-Nawawi. Antara syarahnya pula ialahSyarah IbnRajab, Syarah Mulla Ali al-Qaridan lain-lain.

    Ada juga ulama yang mengumpul Hadis 40 berkenaan tauhid, mensabitkansifat-sifat Allah, hadis hukum, hadis-hadis yang sanadnya semua sahih,

    http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn4#_ftn4http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn5#_ftn5http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn4#_ftn4http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn5#_ftn5
  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    6/14

    mengumpulkan hadis-hadis yang mempunya lafaz panjang, mengumpulhadis-hadis yang mengambil hadis-hadis tersebut dari 40 tokoh ulama atau40 orang sahabat. Ada juga hadis-hadis dikumpulkan mengikut keturunanyang sama, dan ada juga kumpul hadis yang sanadnya hanya daripada Malikdaripada Nafi` daripada Ibn Umar sahaja.

    Selain itu ada hadis-hadis dikumpul tentang jihad dan hadis-hadis yangmengatakan ketika berdoa tangannya diangkat. Ibn Hajar pulamengumpulkan hadis-hadis yang diambil dari Sahih Muslim yang manahadis-hadisnya lebih tinggi sanadnya dari Bukhari.

    8- Afrad dan Gharaaib

    Penulisan tentang hadis-hadis yang hanya terdapat pada seorang syaikhtetapi tidak ada pada syaikh yang lain. Tegasnya hadis-hadis yang mempunyaiseorang perawi sahaja pada setiap generasi sama ada:Fard nisbi atau fard mutlak (seorang sahaja yang meriwayatkannya darisahabat).

    9- Mustadrak

    Iaitu kitab hadis yang mengumpulkan hadis-hadis yang tidak disebutkan olehseseorang pengarang sebelumnya secara sengaja atau tidak. Contohnya kitabMustadarak al-Hakim setebal 4 jilid di mana hadis-hadis tersebut dikumpulmenepati syarat-syarat yang digunakan oleh Bukhari dan Muslim.

    Kitab ini tidak boleh dibaca begitu sahaja, tetapi mesti bersama dengantakhrijnya oleh al-Zahabi.

    Antara contoh kitab-kitab mustadrak yang lain adalah sepertiMustadrakHafiz Ahmad al-Maliki.

    Di dalam kitab masyikhat ianya dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagianketiga tersebut adalah tentang Mustadrak. Oleh itu kitab Mustadrak bolehdikatakan kitab Masyikhat.

    Tujuan penyusunan kitab Mustadarak ialah:

    Supaya kita tidak menganggap hadis sahih hanyalah apa yang terkandung didalamSahih al-Bukharidan Muslim sahaja.

    10- Mustakhraj

  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    7/14

    Mengumpulkan hadis-hadis yang sama dalam satu kitab tetapi sanadnyaberlainan di mana sanadnya bertemu dengan syeikh kitab asalnya (gurunya)seperti hadis tentang niat.

    Contoh kitab Mustakhraj ialahMustakhraj Abu Awanah `Ala Sahih Muslim.

    Ada juga yang hanya membawa hadis-hadis tersebut tetapi tidak membawasanadnya. Beliau cuma menyebut kitab-kitab yang menyebut tentangperawinya.

    Tujuannya adalah: Supaya hadis-hadis tersebut akan lebih meyakinkantambahan pula jika lafaznya hampir sama antara satu sama lain.

    Contoh lain pula ialah Mustakhraj ala Sahihain:

    1) Mustakhraj atas kitab Sahih Muslim oleh Abu Ja`far bin Hamdan, AbuBakar al-Jauzaqi, Abi Imran Musa bin Abbas, Abi Said bin Utsman dansebagainya.

    2) Mustkhraj ke atas Bukhari sahaja seperti karangan al-Ismaili, Abu Abdillahdan lain-lain.

    3) Mustakhraj ke atas Bukhari dan Muslim pula seperti Mustakhraj oleh AbiAbdillah, Abi Muhammad al-Khallan, Abi Bakar al-Siraji, dan sebagainya.

    Ada juga Mustakhraj atas al-Tirmizi oleh Abi Ali al-Tusi,Mustakhrajatas AbuDaud,Kitab al-Tauhidkarangan Ibn Khuzaimah. Bagaimanapun merekatidak beriltizam tentang kesahihannya.

    Ada juga yang mentakrifkan Mustakhraj yang mana sanadnya bertemudengan tabi`in tetapi ada iktilaf mengenainya.

    Faedah penyusunan kitab Mustakhraj:

    1-Ketinggian sanad- ia ditulis untuk menunjukkan sanadnya lebih tinggi dari

    kitab asal seperti Muslim. Contoh Abu `Awanah dalam kitabnyaMustakhrajAbu Awanah yang mengambil sanad hadis tersebut atas lagi daripada guruMuslim.

    2-Menunjukkan kekuatan hadis itu. Contohnya jika hadis itu hanyadisebutkan di dalam Sunan Abu Daud sahaja, tetapi tidak diriwayatkan olehorang lain. Sekiranya hadis tersebut terdapat dalam Sunan Abu Daud itu pulabertentangan dengan hadis yang lain, maka ia perlukan penguat. Dengan

  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    8/14

    adanya kitab Mustakhraj, kita dapat mencari penguat-penguatnya yang lainsupaya proses pentarjihan dapat dilakukan dengan baik. Oleh itu, kitabMustakhraj penting sebagai penguat apabila riwayatnya bertentangan denganriwayat yang lebih kuat.

    3-Menerangkan sanad yang tidak jelas. Contohnya pada peringkat permulaanseseorang perawi itu masih kuat ingatannya tetapi semasa menghampiri akhirhayatnya ia menjadi seorang yang mukhtalit(nyanyuk). Dengan itu dapatdipastikan bilakah sesebuah hadis itu diambil samada ketika ingatannyamasih kuat atau selepas menjadi nyanyuk. Contohnya perawi Bukhari danMuslim, Hisyam bin Urwah bin Zubair yang nyanyuk selepas berhijrah keIraq..4-Kitab asal riwayat dari mudallis yang dikira daif sekiranya menggunakanlafaz an. tetapi dengan adanya Mustakhraj, adanya sanad lain yangmengunakan lafaz yang menunjukkan dengan jelas yang dia mendengarhadis.

    5-Riwayat secara mubham- iaitu perawi yang tidak dijelaskan namanyaseperti haddatsana rajulun min ahli bait. Tidak diketahui siapa rajulunitu? Nama perawi mubham akan diketahui apabila memeriksa kitabMustakhraj.

    6-Mengetahui siapakah orang yang disebut namanya secara muhmaltanpakunyahnya-contoh Muhammad. Muhammad yang mana?

    7-Isnad asal ada `illah yang sukar untuk diselesaikan tanpa berpandukankepada riwayat yang bebas `illah. Contohnya perawi tersebut dituduh sebagai

    Syiah, Irja[6]dan sebagainya.

    11-`Ilal

    Sesebuah kitab yang menyebut tentang penyakit pada riwayat trsebut padamatannya atau sanadnya. Contohnya kitab al`Ilalkarangan Ibn al-Jawzi danMuhammad Abu Hatim al-Razi yang mengikut susunan bab-bab fiqh.

    12-Atraf

    Kitab yang mana menyebut sebahagian dari hadis sama ada menyebut

    permulaannya sahaja, di tengah-tengahnya, atau diakhir sahaja. Hal inibanyak dilakukan terutama oleh Bukhari untuk mengeluarkan sesuatu hukumdari sesebuah hadis.

    Ada jugaAtraf Sunan Abi Daud, Jami al-Tirmizi dan Sunan al-Nasaidansebagainya.

    Ibn Hajar al-Asqalani pula ada mengarang kitab yang berjudul Ithafal-

    http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn6#_ftn6http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn6#_ftn6
  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    9/14

    MaharaBi Atraf al-`Asyarah yang mengumpulkan 10 buah kitab hadis didalamnya berserta sanadnya iaitu:

    1-al-Muwatta2-Musnad Ahmad

    3-Musnad al-Syafi`e4-Sahih Ibn Khuzaimah5-Mustadrak al-Hakim6-Sunan al-Daruqutni7-Jami al-Darimi8- Muntaqa Ibn al-Jarud9-Sahih Ibn Hibban10-Mustakhraj Abi Awanah.

    13-Tarajim

    Penulisan yang mengumpulkan hadis-hadis dari sanad-sanad yang tertentuseperti Malik daripada Nafi` daripada Ibn Umar.

    14- Taaliq

    Penulisan yang mengumpulkan hadis-hadis dari sesebuah kitab tanpamenyebutkan sanad seperti yang disebut oleh Bukhari secara taliq.[7]

    15- Taghrib Wa Tarhib

    Hadis-hadis tentang galakan dan ancaman terhadap sesuatu perkara.

    Contohnya, Targhib al-Solat karangan al-Baihaqi, al-Targhib wa al-Rahib olehIbn al-Munzir. Termasuk dalam kategori ini ialah kelebihan amalan khusussepertiFadhail al-JihadIbn Syaddad al-Musuli danFadhail al-A`malolehIbn Zanjuwaih

    16-Musalsalat

    Hadis yang mengumpulkan isnad yang disebut secara berturut-turut sepertisemuanya dengan lafaz samitu, samitu hinggalah akhir sanad. Ada jugariwayat yang mana perawi meriwayatkan hadis-hadis dengan memegangjanggut kerana semasa Nabi s.a.w. meriwayatkannya, baginda memegang

    janggutnya.

    Musalsalat ini termasuk dari sudut Qauli(ucapan) atauFili(perbuatan) Nabis.a.w.Contohnya seseorang perawi itu akan memberi buah tamar dahulu kepadaseseorang itu sebelum dia meriwayatkannya kepada orang tersebutsepertimana Nabi s.a.w. meriwayatkan hadis tersebut pada asalnya.

    http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn7#_ftn7http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn7#_ftn7http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn7#_ftn7http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftn7#_ftn7
  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    10/14

    17-Thulathiyyat

    Hadis yang mempunyai jumlah perawinya hanya 3 orang sahaja antaranyadan Nabi s.a.w. (sanadnya pendek). Contohnya seperti thulathiyyat Bukhari,Muslim, dan sebagainya. Ada juga hadis berbentukrubaiyat(empat orangperawi) dan thunaiiyat(dua orang perawi)

    18-al-Amali

    Kitab yang ditulis oleh seseorang anak murid daripada syaikh yangmendiktekkan hadis. Contohnya dia mengatakan kitab ini adalah yang dibacaoleh syaikh dan dicatat oleh muridnya. Imlak ini berdasarkan kepada tulisan,kitab atau ingatan.

    19-Zawaid

    Hadis yang dikumpul sebagai tambahan dari kitab asal tetapi syarat-syaratpengumpulannya sama dengan kitab asal. Contohnya kitabZawaid IbnHibban Ala al-Sahihain oleh Ibn al-Mughaltai,Zawaid Sunan al-Baihaqial-Kubra,Zawaid Imam AhmaddanZawaid Abi Ya`la.Walaubagaimanapun, kitab Zawaid tidak setaraf dengan kitab asalnya.

    20-al-Mukhtasarat

    Penulisan yang berbenutuk saringan dan ringkasan kepada sesebuah kitab.

    21-Takhrij

    Kitab yang membahaskan hadis-hadis yang hanya disebutkan dalam sesebuahkitab di mana hadis-hadis tersebut tidak dihukum oleh pengarang asalnyaseperti yang dibuat oleh al-`Iraqi terhadap kitabIhya al-Ghazzali. Begitu jugadengan takhrij terhadap kitab TafsirKasyaf.Contoh lain ialah takhrij hadisTirmizi.

    Salah satu keistimewaan Jami` al-Tirmizi ialah apabila Imam al-Tirmiziselesai mengemukakan sesebuah hadis seperti hadis daripada Abu Hurairah,

    diakhirnya beliau akan mengatakan seperti dalam bab ini, ia jugadiriwayatkan oleh Ali, Ibn Abbas, Ibn Mas`ud, al-Zubair dan lain-lain tanpamengemukakan sanadnya secara lengkap. Oleh itu ulama mengarang kitab-kitab lain secara khusus untuk menyebutkan kembali sanad yang tidakdisebutkan oleh Imam al-Tirmizi.

    22-Syarh al-Atsar

  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    11/14

    Kitab-kitab yang mengumpulkan atsar-atsar sahabat. Di dalam bab hukum-hakam pula kitab yang masyhur ialahSyarhu Maani Atharoleh Imam al-Tahawi. Kitab ini telah disyarah oleh Amir Jamaah Tabligh, MaulanaMuhammad Yusuf yang mengarang kitabHayat al-Sahabat. Bagaimanapun,

    kitab syarah tersebut tidak dapat disiapkan kerana ajal lebih dahulumenjemputnya. Di antara kitab-kitab yang lebih lama pula ialahMusannafIbnAbi Syaibah yang mengandungi banyak atsar-atsar sahabat.

    Faedah penyusunan kitab syarah atsar ialah:

    Memudahkan proses pentarjihan hadis. Contohnya tentang hadis jilatananjing. Ada yang berpendapat wajib membasuh sebanyak 7 kali, salah satudengan tanah. Ada yang mengatakan tiga kali dan ada yang berpendapatsekali basuh sahaja.

    Bagaimana mentarjihkan jika terdapat begitu banyak pandapat?

    Antara caranya ialah dengan melihat pada atsar sahabat iaitu bagaimanakebanyakan sahabat mengamalkannya.

    23- Asbab Wurud al-Hadith

    Penulisan kitab hadis tentang sebab-sebab hadis disabdakan. Antara ulamayang menulis kitab seperti ini ialah Taqiyudiin Ibn Daqiq al-Iid, Abi Ya`ala,Ibn Hamzah al-Husaini, dan sebagainya. Amatlah penting bagi kita untukmengetahui latar belakang kenapa sesebuah hadis itu datang supaya tidak

    berlaku salah faham dan tafsiran.

    Contohnya:

    1- Tentang hadis Nabi s.a.w. melarang makan di atas meja. Sekiranya kitatidak mengetahui sebab-sebabnya, pastinya kita juga di zaman sekarang initidak akan makan di atas meja. Tetapi baginda melarangnya pada masa ituialah untuk menghapuskan budaya orang-orang bangsawan yang sombongkerana mereka menganggap meletak dan makan makanan di atas lantai ituadalah taraf orang miskin dan tidak layak bagi mereka.

    2- Nabi s.a.w. mengatakan bahawa sesiapa yang melabuhkan kain melebihibuku lali akan masuk neraka atau Allah s.w.t. tidak memandang kepadamereka di akhirat nanti.3-Sesiapa yang berbekam maka batal puasanya. Bagi Imam Ahmad, beliauhanya berpegang dengan zahir hadis tersebut sahaja iaitu memang batalpuasanya, tetapi Imam al-Syafi`e mengatakan tidak kerana hadis tersebut adalatar belakangnya. Sebenarnya terbatalnya puasa tersebut merujuk kepada

  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    12/14

    terhapusnya atau batalnya pahala orang yang berbekam tersebut kerana padamasa itu mereka yang membekam dan dibekam itu sedang mengumpat.

    24- al-Tartib

    Oleh kerana ada sesetengah kitab hadis yang ditulis tidak mengikut susunanatau bab yang tertentu, maka ada ulama lain yang menyusun kembali hadis-hadis tersebut mengikut bab-bab yang tertentu.

    Tujuannya ialah supaya senang untuk membuat rujukan serta mencari hadisyang terdapat di dalamnya. Contohnya, sepertiMusnad Imam Ahmadyangtidak tersusun mengikut bab-bab tertentu. Ini kerana kaedah penyusunanmusnad adalah dibuat mengikut susunan nama sahabat yang meriwayatkansesebuah hadis. Antara ulama yang menyusun kitab tartib ialah bapa kepadaHasan al-Banna, Abdul Rahman al-Banna yang menyusun Tartib MusnadImam Ahmadmengikut tartib fiqh. Nama kitab tersebut ialah al-Fath al-Rabbani Fi Tartib Musnad Ahmad al-Syaibani. Tetapi kitab tersebut jugatidak siap kerana beliau meninggal dunia terlebih dahulu.

    Contoh-contoh lainya seperti Tartib kitab al-Umm, Tartib Musnad Ahmadoleh Ibn Kathir dan lain-lain.

    25- At-Talif `ala Huruf fil mujam

    Penulisan hadis berdasarkan kepada huruf yang pertama iaitu bermuladengan huruf alif, ba dan seterusnya. Contohnya, al-Jami` al-Saghirkarangan al-Suyuti,al-Maqasid al-Hasanah oleh al-Sakhawi, al-Maudhu`at

    al-Kubra dan al-Maudhu`at al-Sughra oleh Mulla Ali al-Qari.

    26- Al-MuaduatKumpulan hadis-hadis maudu iaitu menghimpunkan hadis-hadis palsu.Antara ulama yang menyusun hadis-hadis palsu dan mendedahkankedudukannya termasuklah Ibn al-Jauzi, al-Suyuti, al-Syaukani, Muhammadbin Tahir al-Fattani dan lain-lain. Sementera kitab yang menyebutkanperawi-perawi yang melakukan pendustaan dan perawi yang dhaif ialah al-Kamiloleh Ibn Adi, al-Dhu`afa wa al-Matrukin,Mizan al-I`tidaloleh al-Zahabi,Lisan al-Mizan oleh Ibn Hajar dan lain-lain lagi.

    27- Al-MathuratKitab tentang doa-doa yang mathur iaitu doa yang terdapat di dalam hadis-hadis Rasulullah s.aw.seperti al-Azkarkarangan Imam al-Nawawi,Amal al-Yaum wa al-Lailah oleh al-Munziri dan sebagainya.

    28- al-Nasikh wa al-Mansukh

  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    13/14

    Mengumpulkan hadis yang nasikh dan mansukh. Contoh tentang solatdengan memakai selipar yang sudah mansukh, Rasulullah s.a.w. sembahyanglepas asar dan subuh (mansukh), mutah (mansukh), angkat tangan lepasbangun dari sujud yang pertama (sudah mansukh) tetapi tetap dilakukan oleh

    Syi`ah. Antara ulama yang menulis tentangnya seperti Qasim bin Asbagh, al-Nuhhas, Abu `Ubaid, Ibn al-Anbari, al-Hazimi, Ibn al-Jauzi dan Ibn Shahin.Orang pertama yang menulis kitab tentang hadis-hadis mansukh ialahMuhammad bin Syihab al-Zuhri.

    29- Mutasyabih/ Musykil hadis

    Penulisan ini mengumpulkan hadis-hadis yang sukar untuk difahami sebagaiterdapat di dalam al-Quran beberapa ayat yang samar-samar. Contohnya,hadis neraka tidak akan penuh selagi Allah tidak letakkan tapak kaki-Nyasehinggalah neraka berkata, cukuplah, cukuplah.Antara kitab yang baik iaituMusykil al-Hadith wa Bayanuhu hadis karangan Ibn Furak dan TakwilMuktalif al-Hadith karangan Ibn Qutaibah.

    Jawapan bagi kemusykilan di atas ialah perkataan qadam dalam hadistersebut adalah mutasyabih. Qadam itu tak semestinya bermakna tapakkaki akan tetapi ia bermakna keputusan atau taqdir Allah s.w.t. kepadahamba-hamba-Nya.

    [1]Nawasib atau nasibi (golongan Syiah memanggil Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan nama nasibi di dalamkitab-kitab muktabar mereka). Nasibi sebenarnya golongan-golongan yang berlebih-lebihan terhadapMuawiyah.Imam al-Nasaie dibunuh kerana menulis kitab berkenaan manaqib ahlul bait kerana pada masa tersebutterlalu kuat pengaruh Nawasib.

    2. Kata Imam Ahmad al-hadisu daif aqwal min rayuMaksudnya hadis daif itu lebih baik dari pendapat akal.Kenapa hadis itu daif lebih baik dari rayu?Jawab: Ini kerana, hadis daif itu walaupun ianya daif tetapi ianya adalah kata-kata yang berkemungkinandatangnya dari nabi s.a.w. yang masum. Sebenarnya hadis itu daif disebabkan kecacatan pada sanadnyaatau perawinya. Akan tetapi rayu pula berada dalam keterbukaan yang luas untuk berlakunya kesalahan,kerana akal manusia itu amatlah terbatas.

    http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftnref1#_ftnref1http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftnref1#_ftnref1
  • 8/6/2019 8096603-JenisJenis-Kitab-Hadis

    14/14

    3 Ingatlah Imam al-Bukhari sendiri kencing berdarah dalam mengkaji hadis . Imam Muslim pula meninggaldunia disebabkan tidak cukup makan, mati dalam lautan ilmu.4. Di dalam masalah bacaan makmun di belakang imam, Abu Hanifah dan pengikut-pengikutnyaberpendapat bacaan imam itu sudah menjadi bacaan mereka.5 Perawi-perawi yang melakukan Tadlis iaitu mereka yang menyembunyi nama-nama guru mereka di dalam

    periwayatan hadis.[6]Irja, fahaman yang mengatakan keimanan tidak akan terjejas kerana maksiat dilakukan.[7] Membuang sanad daripada matan dengan mengekalkan perawi teratas atau tidak.

    http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftnref6#_ftnref6http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftnref7#_ftnref7http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftnref6#_ftnref6http://www.darulkautsar.com/penghadis/kitabhadis.htm#_ftnref7#_ftnref7