8.2 sistem sokongan dalam tumbuhan
DESCRIPTION
Sains Tingkatan 2 Bab 8TRANSCRIPT
8.2 Sistem sokongan dalam tumbuhan
Disediakan oleh:Cikgu Ong
SMK Rantau
8.2 Sistem sokongan dalam tumbuhan
Sistem sokongan tumbuhan darat
1. Terdapat dua jenis sistem sokongan dalam tumbuhan darat iaitu sistem sokongan tumbuhan berkayu dan sistem sokongan tumbuhan tidak berkayu (tumbuhan herba).
2. Tumbuhan berkayu disokong oleh tisu-tisu berkayu. 3. Tisu-tisu berkayu ini adalah keras dan tegar untuk
memberikan bentuk dan kekuatan kepada batang supaya tumbuhan dapat kekal tegak untuk memperoleh cahaya matahari.
4. Sesetengah tumbuhan berkayu juga mempunyai struktur khas seperti duri, akar banir, dan akar sokong yang memberikan sokongan tambahan kepada tumbuhan.
Cangkuk atau duri pada tumbuhan seperti rotan, pokok bunga ros, dan pokok bunga kertas
Akar banir pada tumbuhan seperti pokok ru, pokok semarak api, pokok angsana, dan pokok meranti
Akar sokong pada tumbuhan seperti pokok bakau
5. Tumbuhan herba yang tidak berkayu seperti pokok sawi, pokok kubis, dan pokok keembung disokong oleh tekanan air di dalam sel-selnya.
6. Air di dalam sel menekan pada dinding sel dan menyebabkan sel-sel tumbuhan menjadi segah dan teguh.
Pokok betik Pokok kubis Pokok keembung
7. Kesegahan air tidak mampu menahan beban yang berat. 8. Oleh itu, tumbuhan herba adalah lebih rendah
berbanding tumbuhan berkayu. 9. Sesetengah tumbuhan herba perlu mempunyai struktur
khas yang memberinya sokongan tambahan. 10.Struktur khas seperti sulur paut dan batang berlilit
membantu sesetengah tumbuhan herba memanjat batang pokok lain untuk memperoleh cahaya matahari.
Struktur khas Contoh tumbuhan
Akar sokong Pokok jagung Pokok tebu
Sulur paut Pokok peria Pokok timun
Batang berlilit Pokok seri pagi Pokok kacang panjang
Akar cengkam
Pokok orkid Pokok duit-duit Pokok lada hitam Pokok sirih
Struktur khas pada tumbuhan herba
Akar sokong
Sulur paut
Batang berlilit
Akar cengkam
Sistem sokongan tumbuhan akuatik
1. Air memberikan sokongan kepada tumbuhan akuatik seperti pokok teratai, hidrila, lembayung, dan kiambang.
2. Tumbuhan akuatik mempunyai banyak ruang udara di dalam daun dan batang.
3. Keadaan ini menjadikannya kurang tumpat dan mudah terampai pada dalam air atau terapung di permukaan air.
pokok teratai hidrila kiambang
Ingat Semula
1. Manusia dan haiwan vertebrata darat yang lain disokong oleh sistem rangka dalam.
2. Sistem rangka berfungsi untuk memberikan sokongan dan perlindungan kepada organ- organ yang lembut serta menjadi asas bagi pautan otot yang membantu pergerakan.
3. Haiwan vertebrata darat mempunyai lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang besar dan kuat untuk menyokong berat badannya.
4. Vertebrata akuatik besar seperti ikan paus mempunyai lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang kecil dan lemah kerana berat badan haiwan itu disokong oleh daya apungan air.
5. Haiwan invertebrata seperti belalang dan kala jengking disokong oleh sistem rangka luar.
6. Haiwan invertebrata yang berbadan lembut seperti beluncas dan cacing tanah menggunakan rangka hidrostatik (bendalir badan) sebagai sokongan.
7. Tumbuhan berkayu menggunakan tisu-tisu berkayu sebagai sokongan.
8. Tumbuhan herba menggunakan tekanan segah di dalam sel sebagai sokongan.
9. Tumbuhan seperti rotan menggunakan duri untuk memanjat pokok lain.
10. Tumbuhan seperti pokok peria dan pokok timun menggunakan sulur paut untuk melilit pokok lain.
11. Tumbuhan seperti pokok tebu dan pokok jagung menggunakan akar sokong untuk mendapatkan sokongan tambahan.
12. Tumbuhan seperti pokok sirih dan pokok orkid menggunakan akar cengkam untuk mendapatkan sokongan tambahan.
13. Tumbuhan seperti pokok ru dan pokok meranti menggunakan akar banir untuk mendapatkan sokongan tambahan.
14. Daya apungan air memberikan sokongan kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mempunyai banyak ruang udara di dalam batang atau daunnya untuk membolehkannya terampai atau terapung pada permukaan air.