90245158 lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Upload: fadhlinaabubak8364

Post on 04-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 90245158 Lima Tonggak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

    1/6

    KERJA KURSUS I TUGASAN INDIVIDU

    Tulis satu tugasan 600-800 perkataan ( termasuk quotes ) berdasarkan mana-mana

    topik yang diberi. Rujukan hendaklah ditulis dengan jelas.

    5 TONGGAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    MATEMATIK.

    PENGENALAN

    Subjek Matematik adalah merupakan satu mata pelajaran yang sangat

    penting. Melalui Matematik kita mampu untuk mempelajari yang betul dalam

    pengiraan. Ini kerana Matematik sentiasa berada di sekeliling kita dan banyak

    perkara dalam kehidupan ini menggunakan matematik. Dalam pengajaran dan

    pembelajaran matematik, terdapat lima tonggak utama yangperlu kita ketahui dan

    pertimbangkan iaitu:

    Penyelesaian masalah dalam Matematik

    Komunikasi dalam Matematik Penaakulan Matematik

    Perkaitan Matematik

    Aplikasi teknologi

    1. PENYELESAIAN MASALAH DALAM MATEMATIK

    Tonggak yang pertama iaitu penyelesaian masalah dalam matematik adalah

    merujukkepada penerangan mengenai bagaimana kita menggambarkan matematikitu. Masalah adalah satu kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang

    memerlukan penyelesaian. Manakala penyelesaian masalah pula ialah sesuatu

    proses yang digunakan untuk menentukan jawapan kepada sesuatu yang tertentu

    dengan terancang.

    Kemahiran di dalam penyelesaian masalah adalah satu fokus utama yang

    perlu diberi penekanan yang sewajarnya dalam kurikulum matematik,

    1

  • 7/31/2019 90245158 Lima Tonggak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

    2/6

    memandangkan pelbagai masalah adalah berasaskan persekitaran dan dalam

    lingkungan seharian kita. Dalam menghadapi sebarang masalah baru murid dapat

    mengaplikasikan pelbagai strategi dan mengadaptasikan apa yang telah dipelajari

    dengan lebih berkesan. Dengan adanya situasi masalah yang berbeza murid juga

    dapat memperkukuhkan diri apabila menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan

    seharian.Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek matematik

    inidapat berjalan dengan lancar, teras yang pertama ini sewajarnya diwujudkan di

    dalamkurikulum sekolah. George Polya ( 1945) di dalam bukunya iaitu How to Solve

    It ada menyatakan mengenai model peyelesaian masalah yang boleh

    digunakanoleh para pelajar dalam menyelesaikan semua masalah matematik. Model

    ini sangat mudah digunakan kerana ianya adalah ringkas dan senang difahami.

    Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan atau dipertimbangkan bagi

    menyelesaikan masalah, antaranya mencuba kes yang lebih mudah terlebih dahulu,

    cuba jaya, mengenalpasti pola, membuat jadual, membuat simulasi, menggunakan

    analogi, melukis gambarajah dan bekerja ke belakang. Pengetahuan di dalam

    menyelesaikan masalah matematik ini akan membina pengetahuan yangbaru

    dalam diri pelajar. Pemilihan permasalahan yang sesuai akan membantu

    pelajar untuk menggunakan konsep dan prosedur yang telah dipelajari sebagaipanduan untukmereka menyelesaikan masalah tesebut.. Strategi-strategi

    penyelesaian masalah yang pelbagai, yang digunakan dapat dikembangkan dan

    dihubungkaitkan masalah yang lama dengan yang baru. Secara tidak langsung,

    membolehkan minda murid berfikir secara kreatif dan inovatif. Jadi, jelaslah bahawa

    pengajaran dan pembelajaran menyelesaikan masalah ini akan memberi banyak

    manfaat kepada pelajar.

    2. KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK

    Komunikasi dalam matematik merangkumi pelbagai bentuk peluang komunikasi di dalam

    pelbagai persekitaran. Seperti dalam subjek bahasa,komunikasi matematik jugamencakupi aspek

    pembacaan, lisan dan penulisan.

    2

  • 7/31/2019 90245158 Lima Tonggak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

    3/6

    Penggunaan pembacaan, lisan atau perbincangan serta penulisan akan

    meningkatkanpemahaman murid dengan lebih berkesan dalam pembelajaran matematik. Cara

    guru memberi penerangan dalam memberitahu sesuatu perkara mempengaruhi sesi pengajaran

    danpembelajaran. Kemahiran dalam menerangkan bahasamatematik danmengetahui

    segala kosa kata matematik serta kefahaman terhadapdefinisi dan kesesuaian penggunaannya

    akan menjadikan masalah matematik itu dapat difahami dan diselesaikan dengan mudah.

    Terdapat empat prinsip utama komunikasi mengenai kebolehan yang sepatutnya ada

    pada pelajar bermula dari prasekolahsehingga ke sekolah menengah. Prinsip-prinsip tersebut

    adalah mengorientasi danmenguatkan pemikiran matematik mereka menerusi komunikasi,

    menyampaikan ideadan hasil pemikiran matematik dalam struktur yang jelas pada guru,

    rakansekelas dan orang lain, menganalisis dan menilai pemikiran dan strategi matematikyangdigunakan oleh orang lain dan penggunaan bahasamatematik untuk menyampaikan idea

    matematik dengan lebih jelas. Prinsip-prinsipini sepatutnya menjadi pegangan kepada pelajar-

    pelajar supaya konsepkomunikasi ini dapat mereka gunakan dalam matematik. Apabila murid

    dapat menguasai kemahiran komunikasi ini maka mereka akan lebih berkeyakinan dan ingin

    mempelajari sesuatu yang baru.

    3. PENAAKULAN MATEMATIK

    Penaakulan adalah tekaan atau telahan dalam menentukan sesuatu

    penemuan atau penyelesaian. Penaakulan merupakan asas di dalam memahami

    matematik. Ia berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid.

    Penaakulan matematik ini perlu ditekankan kepada murid supaya mereka dapat

    mengembangkan pemikiran secara logik dan dapat berfikir secara lebih kritis.

    Terdapat empat ciri utama yang sangat penting dalampenaakulan matematik ini iaitu

    mengecam penaakulan sebagai perkara pentingdalam matematik, membuat dan

    menyiasat masalah matematik, memperkembangkanpenaakulan dan bukti dalam

    permasalahan dan memilih serta menggunakan pelbagaicara penaakulan.

    3

  • 7/31/2019 90245158 Lima Tonggak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

    4/6

  • 7/31/2019 90245158 Lima Tonggak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

    5/6

    5. APLIKASI TEKNOLOGI

    Aplikasi teknologi dalam matematik juga menjadi teras dalampengajaran dan

    pembelajaran matematik. Penggunaan teknologi akanmembantu murid dalam

    memahami dan menyelesaikan masalah matematik. Contohnya, penggunaan

    komputer,kalkulator, dan internet secara tidak langsung akanmenjadikan murid celik

    ilmu. Aplikasi teknologi ini dapat membantu murid memahami konsep-konsep

    matematik secara jelas, tepat dan lebih mendalam. Murid juga boleh meneroka idea-

    idea matematik yang baru. Aplikasi matematik juga dapat membantu pelajar

    menambah ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang lain selain daripada matematik.

    KESIMPULAN

    Keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa setiap tonggak dalam

    pengajaran danpembelajaran matematik ini banyak memberi manfaat kepada

    pelajar. Ianya juga dapat membantu pelajar memahami matematik secara

    menyeluruhserta dapat menggunakannya dalam kehidupan harian.

    5

  • 7/31/2019 90245158 Lima Tonggak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

    6/6

    BIBLIOGRAFI

    1. WWW.SCRIBD.COM - Teras dalam pengajaran dan pembelajaran

    Matematik

    2. WWW.4SHARED.COM Lima tonggak dalam matematik

    3. http://jmat.ipgmksm.edu.my/pdf/toggak.pdf

    4. Modul BPG MTE 3102

    http://www.scribd.com/http://www.scribd.com/http://www.4shared.com/http://www.4shared.com/http://jmat.ipgmksm.edu.my/pdf/toggak.pdfhttp://jmat.ipgmksm.edu.my/pdf/toggak.pdfhttp://jmat.ipgmksm.edu.my/pdf/toggak.pdfhttp://www.4shared.com/http://www.scribd.com/