a pembentukan kata - pelangibooks.com focpbs b… · a pembentukan kata pemajmukan rangkai kata...
TRANSCRIPT
1© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Pembentukan Kata
A Pembentukan Kata
Imbuhan Awalan
Imbuhan Akhiran
Imbuhan awalan ialah imbuhan yang kedudukannya di awal sesuatu kata dasar.
Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang kedudukannya di akhir sesuatu kata dasar.
(a) beR- ➼ bekerja, belajar, berdamai, bertarung, dan sebagainya.
(b) di- ➼ dicari, digantung, dirampas, disuruh, dan sebagainya
(c) ke- ➼ ketua, kelima, kekasih, dan sebagainya
(d) meN- ➼ melawat, memasak, mengetuk, mendayung, dan sebagainya
(e) mempeR- ➼ memperdaya, mempercermin, dan sebagainya
(f) peR- ➼ pelajar, pesawah, perburu, pertapa, dan sebagainya
(g) peN- ➼ pemain, penasihat, pengurus, pengecat, dan sebagainya
(h) se- ➼ seibu, semasa, seminggu, selama, sekerja, dan sebagainya
(i) teR- ➼ terkejut, tertiarap, ternampak, tergunting, dan sebagainya
(a) -an ➼ ajaran, buaian, ratapan, tarikan, dan sebagainya
(b) -i ➼ hiasi, gemari, naiki, sanjungi, dan sebagainya
(c) -kan ➼ ambilkan, harapkan, habiskan, sandarkan, dan sebagainya
2 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Pembentukan Kata
A Pembentukan Kata
Imbuhan Apitan
Imbuhan apitan bermaksud kata yang diberikan imbuhan awalan dan akhiran.
(a) beR-...-an ➼ berterbangan, berkaitan, berlawanan, berguguran, dan sebagainya
(b) beR-...-kan ➼ berdasarkan, bersandarkan, berpaksikan, dan sebagainya
(c) di-...-i ➼ dibayangi, disakiti, ditemui, dan sebagainya(d) di-...-kan ➼ dicampakkan, digantikan, dimatikan, dan
sebagainya(e) dipeR-...-i ➼ diperbaharui, diperingati, diperyakini, dan
sebagainya(f) dipeR-...-kan ➼ diperbuatkan, dipersembahkan, dipertontonkan, dan
sebagainya(g) meN-...-i ➼ mencampuri, mendalami, membanjiri, dan
sebagainya(h) meN-...-kan ➼ mendamaikan, membayangkan, mengemaskan,
dan sebagainya(i) ke-...-kan ➼ keberanian, kehebatan, kesayangan, dan
sebagainya(j) mempeR-...-i ➼ mempelajari, memperbaiki, mempersenjatai, dan
sebagainya(k) mempeR-...-kan ➼ mempergunakan, memperdengarkan,
memperebutkan, dan sebagainya
(l) peR-...-an ➼ perbatasan, pertunjukan, pertikaman, dan sebagainya
(m) pe-...-an ➼ pelarian, pendakian, pengamanan, dan sebagainya
(n) teR-...-i ➼ terpenuhi dan sebagainya(o) teR-...-kan ➼ terbalikkan, terlaksanakan, dan
sebagainya(p) se-...-nya ➼ sebagusnya, seharusnya,
sekerjanya, dan sebagainya
3© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Pembentukan Kata
A Pembentukan Kata
Imbuhan Sisipan
Imbuhan Pinjaman
-el- tapak ☛ telapak, kembung ☛ kelembung
-em- gerlap ☛ gemerlap, serbak ☛ semerbak
-er- cucuk ☛ cerucuk, sabut ☛ serabut
-in- sambung ☛ sinambung
ImbuhanPinjaman
ImbuhanSisipan
Imbuhan pinjaman bahasa Inggeris, Latin, Yunani
Imbuhan pinjaman bahasa Sanskrit
antikomunis, automobil, fotokopi, kilogram, miligram, politeknik, telegram, subtopik, kritikal, linguistik, kritis, patriotisme
maharani, tatacara, prasyarat, prokerajaan, ekabudaya, dwibahasa, pancanegara, jurumasak, supragolongan, swalayan, tatasusila, budiman, karyanita, sukarelawan, olahragawati
4 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Pembentukan Kata
A Pembentukan Kata
Penggandaan
•Prosesmenggandakanseluruhkatadasarsamaadakatadasaritumengandungi imbuhan atau tidak.
Contoh:• paku-paku • comel-comel • jentik-jentik• makan-makan • tiba-tiba • satu-satu
Contoh:• ketua-ketua • pertubuhan-pertubuhan• kehendak-kehendak
Penggandaanpenuhkata dasar yang tidak
ada imbuhan
Penggandaanpenuhkatadasar yang mengandungi
imbuhan (termasuk imbuhan)
• Prosesmenggandakankatadasarmengikutrentakbunyitertentudalamkatadasartersebut.
•Bolehberlakudihadapanataudibelakangkatadasar.
Penggandaan berentak pengulangan vokalContoh:• kuih☛kuih-muih • gotong ☛ gotong-royong • ramah ☛ ramah-tamahPenggandaan berentak pengulangan konsonanContoh:• batu☛batu-batan • huyung ☛ huyung-hayang • mandi ☛ mandi-mandaPenggandaan berentak bebasContoh:• anak☛anak-pinak • ulang ☛ ulang-alik
•Prosesmenggandakansebahagiandaripadakatadasar.•Bolehberlakudihadapanataudibelakangkatadasar.
Contoh:• daun-daun ☛ dedaun • labah-labah☛ lelabah• rambut-rambut☛ rerambut
Contoh:• jalan ☛ berjalan-jalan • tari ☛ menari-nari• senyum ☛ tersenyum-senyum
Penggandaanseparakatadasar tunggal
Penggandaanseparakatadasar berimbuhan (tidak
termasuk imbuhan)
Penggandaan Separa
Penggandaan Seluruh
Penggandaan Berentak
5© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Pembentukan Kata
A Pembentukan Kata
Pemajmukan
Rangkai kata bebas:perdana menteri, daun pintu, alat tulis, kereta api
Istilah khusus:analisis teks, kanta lekap, besi
berani, temu duga
Kiasan/Simpulan bahasa:lepas tangan, tangan besi, panjang tangan, gelap mata
PemajmukanKata Nama
•Katakerjamajmukialahpenggabungan dua patah kata yang terdiri daripada kelas kata kerja atau daripada kelas-kelas yang lain.
Pola Contoh
KK+KNcampur tangan, susun atur, tutup mulut, lepas tangan, gulung tikar
KK+KA
membuta tuli, menganggap mudah, mengambil berat, memandang ringan
KK+KK
membawa masuk, membaik pulih, menarik balik, makan suap, bergurau senda
•Kataadjektifmajmukialahkata yang terbentuk daripada kelas kata adjektif.
Pola Contoh
KA+KN
kecil hati, ringan mulut, merah jambu, ringan tulang, lemah semangat, gelap mata, gila kuasa, busuk hati, jauh hati
KA+KA
putih kuning, lemah lembut, sunyi sepi, tinggi rendah, gagah berani, aman damai
PemajmukanKata Adjektif
PemajmukanKata Kerja
6 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Perbendaharaan Kata
B Perbendaharaan Kata
Kata Hampir Sama Makna
Kata Banyak Makna
•Himpunanbeberapakatayangmempunyaimaksudyanghampir sama tetapi setiap kata mempunyai maksud tertentu berdasarkan situasi sesuatu ayat.
akhir ➠ kemudian sekalihabis ➠ tidak ada yang tinggal lagiselesai ➠ sudah siap dikerjakantamat ➠ berakhir
berhamburan ➠ keluar bertabur-tabur ke sana ke siniberkeliaran ➠ menuju ke serata tempatberserakan ➠ tidak tersusun atau tidak kemasbertempiaran ➠ berlari ke sana ke mari dengan tidak tentu hala
• Katayangmempunyaimaksudyanglebihdaripadasatu.
Bekas
• pernahmenjadi• kesanatautanda• tempat
menyimpan sesuatu
Dalam
• keadaan• tidakcetek• tempoh• luas
pengetahuan
Lanjut
• tua• panjang• lebihmendalam
7© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Frasa
C Frasa
Frasa Nama
Frasa Adjektif
Berfungsisebagaisubjek atau objek dalam ayat.Contoh:Gadis itu jurujual.
Berfungsisebagaipredikat dalam ayat.Contoh:Orang itu kerani.
• Susunankatayangbolehterdiridaripadasatukataataubeberapa kata yang mengandungi kata nama sebagai inti.
• Sekumpulankatayangmempunyaikataadjektifsebagaikata utamanya.
• Berfungsisebagaipredikatayat.• Bolehdisertaikatapenguatsepertiamat, nian, paling,
sangat, sekali, sungguh, dan lain-lain.• Bolehdisertaikatabantuyangdiletakkandihadapannya,
contohnya sudah terlalu lambat. Contoh:Begyangdisandangnyaituamat berat.
8 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Frasa
C Frasa
Frasa Kerja
Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif
• Mestimengandungifrasanama sebagai objek.
• Berfungsisebagaipredikat.
Contoh: PuanKhalidahmencuci baju di bilik air.
• Tidakmengandungifrasa nama sebagai objek.
• Berfungsisebagaipredikat.
Contoh:Mereka berjalan di tepi pantai.
9© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan
DKepentingan Sungai
kepada Manusia
Sebagai sumber bekalan air – manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan – minuman – kegunaan domestik – pakaian – mengairi tanaman
Sebagai sumber makanan – sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang, dan ketam yang membekalkan sumber protein yang mencukupi untuk manusia – membolehkan tumbesaran badan kita berkembang dengan seimbang – terdapat pelbagai jenis hidupan – ketam, udang, ikan – menjadi sumber pencarian para nelayan
Sebagai medium pengangkutan dan perhubungan – sungai telah menjadi jalan perhubungan utama untuk menghubungkan kawasan bandar dengan kawasan luar bandar – memajukan sistem pengangkutan negara
Sebagai sumber rezeki – mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan – memberi rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran dengan sungai – dapat melakukan aktiviti menangkap hasil sungai seperti ikan dan udang.
Sebagai medium pengangkutan dan perhubungan – sungai telah menjadi jalan perhubungan utama untuk menghubungkan kawasan bandar dengan kawasan luar bandar – memajukan sistem pengangkutan negara
10 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan
DKeruntuhan Akhlak dalam
Kalangan Remaja
Punca-punca
Langkah-langkah
• Sikap ibu bapa yang kurangmenumpukan perhatian kepada anak-anak –terlalu mengejar duniawi – menganggap wang adalah segala-galanya
• Pengaruhrakansebaya–mudahterikutolehperbuatanrakan–mahuditerimadalam kelompok rakan yang berpengaruh
• Perananmediamassa–memaparkanunsur-unsurnegatif–sukardibendung– gemar mencuba sesuatu yang baharu
• Pengabaianmasyarakat–anggapmasalahbiasa–kurangmengambilberat– tidak mahu menjaga tepi kain orang
• Kurangnyadidikanagama
• Didikanawaldaripadaibubapa–carayangterbaikuntukmembentuksahsiahanak
• Gurumenggunakan kemahiran dan kreativitimereka untukmenarikminatmurid – mempelbagaikan pendekatan pembelajaran agar murid tidak cepat berasa bosan
• Peranan institusi agama perlu diperkasa – menggunakan platform untukmenyeru remaja mematuhi prinsip agama
• Pergerakanbeliamengadakanaktiviti-aktivitisosialyangbermanfaat–remajadapat menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah
• Penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan oleh pihak berkuasa –menyekat keinginan remaja untuk terlibat dalam jenayah
11© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan
DMutu Sukan Negara
Cara-cara untuk Meningkatkan Mutu Sukan Negara
• Membawamasukjurulatihdarinegaraluar–mempunyaikemahiranyangtinggi
• Menghantaratletnegaramenjalani latihan intensifdi luarnegara–koslebih murah tanpa perlu membina fasiliti yang menelan belanja yang besar
• Menubuhkan akademi sukan yang lebih banyak – platform bagi atletnegara untuk memantapkan mutu persembahan dan kemahiran
• Mengimportatletdariluarnegara–membukaruangpersaingankepadaatlet negara
• Inisiatifmencungkil bakat-bakatbaharudalambidangsukan–mencaribakat-bakat baharu melalui platform sekolah
• Ibu bapa yang bertindak sebagai tunjang keluarga harus mengubahperspektif mereka terhadap aktiviti sukan anak-anak mereka – memberi sokongan penuh kepada anak-anak yang berminat dalam bidang sukan – tidak tertumpu kepada kejayaan akademik semata-mata
• Aktiviti riadah keluarga pada hujung minggu dapat juga menyemaisemangat kesukanan dalam diri anak-anak – ibu bapa seharusnya menjadikan sukan sebagai budaya keluarga – dapat mencambah minat bersukan dalam diri anak-anak sehingga ke sekolah
• Pihakpentadbirandanunit kokurikulumsekolahperlumemperkasakanaktiviti sukan sebagai lapisan asas dalam pembentukan atlet berkualiti peringkat antarabangsa – peruntukan yang diberikan bagi tujuan aktiviti sukan sekolah perlu disediakan secukupnya
12 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan
DKekeluargaan
Cara-cara Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan
• Melakukanaktivitimakanbersama-sama–setiapkeluargaharusmemperuntukkansatu masa untuk semua ahli keluarga berkumpul dan makan bersama-sama – ahli keluarga berpeluang berkumpul dan menceritakan aktiviti seharian mereka di samping berkongsi segala peristiwa suka dan duka
• Ibubapaharusmemberikanperhatianterhadappencapaianakademikanak-anak– anak-anak berasa disayangi dan semakin bersemangat untuk belajar sekiranya mereka mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap prestasi pelajaran mereka
• Hujung minggu merupakan hari yang dinanti-nantikan keluarga penyayangmemandangkan hujung minggu merupakan ruang keemasan bagi mereka meluangkan masa bersama-sama – contohnya berkelah bersama-sama keluarga – aktiviti ini merupakan satu langkah yang bijak – bukan sahaja menyediakan tempat perkelahan yang pelbagai buat keluarga, malah menyediakan tempat perkelahan yang pelbagai buat keluarga, malah menyediakan ruang ibu bapa menyelitkan nilai-nilai moral serta pengajaran ke dalam diri anak-anak mereka seperti menghayati keindahan semula jadi
• Cutipersekolahanmerupakanmasayangtepatbagiibubapamerancangaktivitiyang lebih rumit dan panjang seperti melancong – aktiviti ini dapat menyemaikan perasaan kasih sayang dan menghargai satu sama lain – aktiviti melancong dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman berguna buat anak-anak yang sedang membesar bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengalaman
13© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan
DPermainan Tradisional
Usaha-usaha untuk Mempopularkan Permainan Tradisional
• Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta mempopularkan permainan tradisional kepada anak-anak – ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil – bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya – mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun cemerlang dalam akademik di sekolah
• Usahamengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita–kempeniniperludijalankanolehJabatanKebudayaandanKesenianNegarasecara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik – pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita
• Menganjurkan pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia – melalui pertandingan yang diadakan, semua pihak yang mengambilbahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhuwah antara mereka
• Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikanpermainan tradisional sebagai salah satu kegiatan kokurikulum di sekolah – pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional – murid boleh belajar cara membuat, cara bermain, dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional – murid akan berasa berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut – hal ini bertepatan dengan peribahasa, tak kenal maka tak cinta
• Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional – apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akanberpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini – apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga mereka
14 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan
DTeknologi Maklumat dan
Komunikasi
Manfaat Bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
• Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai masyarakat berinformasi, iaitu peka akan perkembangan dan pergolakan dunia – masyarakat tidak akan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan semasa – maklumat yang diterima amat pantas
• Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita setanding dengan negara-negara maju – dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan pencapaian dalam bidang teknologi – sebagai sebuah negara yang ingin mencapai statusnegaramaju.Malaysiamestilahmenitikberatkanbidanginidanmenjadikankita duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju
• Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara – perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan elektronik – peniaga tidak lagi perlu menyediakan ruang niaga yang besar dan memerlukan kos yang tinggi – pasaran dapat diperluas melalui Internet
• Teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara kita – kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan – guru akan dianggap sebagai pemudah cara – segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer
• Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan mengalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung – pembinaan Koridor Raya Multimedia telah membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat antarabangsa untuk beroperasi di sini – mereka akan memindahkan teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat negara kita – kerajaan tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar pegawai berkuasa di luar negara
15© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan
DAktiviti Perkhemahan
Faedah yang Diperoleh daripada Aktiviti Perkhemahan
• Dapatmelatihparapesertamengendalikansesuatutugasansecarabekerjasamadenganrakan-rakan
• Dapatmembinahubungansosialyangbaikdanmembentuksifatberdikari• Dapatmeningkatkankecergasanfizikaldankecerdasanmindaparapeserta• Dapatmenghindarkanparapesertadaripadamelakukankegiatanyangtidaksihatpada
masa lapang mereka• Dapatmemberikanpeluangkepadaparapesertamenonjolkanbakatyangterpendam• Dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada para peserta tentang
pengendalian sesuatu perkhemahan• Dapatmemupuksikapyakindiridantabahdalammenghadapisituasiyangmencabar
16 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Malaysia Ting. 1 Karangan
DKempen
Tujuan Diadakan Kempen
• UntukmemupukrakyatMalaysiamengamalkancarahidupyangbertatasusilasertabekerjadenganjujur–contohnyaKempenBudiBahasadanNilai-nilaiMurni
• Untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kerajaan kepada rakyat – contohnyaKempenBelilahBaranganBuatanMalaysia
• Untukmeningkatkankesedarandalamkalanganmasyarakatsupayalebihmenghargaidanmenyayangibayidankanak-kanak–contohnyaKempenKamiPrihatin
• Untukmenyedarkanmasyarakatagarmenjauhkandiridaripadaamalanyangbolehmenjerumuskan diri ke kancah yang tidak sihat dan merugikan diri sendiri – contohnya KempenKatakan“TakNak”kepadarokok
• Untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul demi kepentingan rakyat –contohnya Kempen Berkongsi Kereta – mengurangkan kesesakan lalu lintas dibandar-bandar utama