abanksoalanpenulisanupsr_set5.pdf

2
SET 5 Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini. Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Andaikan bahawa anda dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah. Anda diminta menyampaikan ucapan atas pelantikan tersebut. Tulis ucapan anda itu selengkapnya. 2 Andaikan bahawa anda pembangkang dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk “Tinggal di Rumah Lebih Baik daripada Tinggal di Asrama Sekolah”. Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya. 3 Andaikan bahawa anda seekor burung yang dipelihara di dalam sangkar. Tulis karangan yang menarik tentang diri anda. http://gudangsoalan.blogspot.com http://gudangsoalan.blogspot.com

Upload: john-logan

Post on 21-Dec-2015

213 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: aBANKSOALANPENULISANUPSR_set5.pdf

SET 5 Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80

patah kata.

1 Andaikan bahawa anda dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah. Anda diminta

menyampaikan ucapan atas pelantikan tersebut.

Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

2 Andaikan bahawa anda pembangkang dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk

“Tinggal di Rumah Lebih Baik daripada Tinggal di Asrama Sekolah”.

Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya.

3 Andaikan bahawa anda seekor burung yang dipelihara di dalam sangkar.

Tulis karangan yang menarik tentang diri anda.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 2: aBANKSOALANPENULISANUPSR_set5.pdf

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya

jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam

satu perenggan.

Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membeli-

belah. Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai

perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan

di jalan raya.

Nazim kagum akan sikap ayahnya. Beliau bukan saja memandu dengan

cermat, malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya. Ayahnya tidak pernah

mengherdik pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya

dan melanggar peraturan lampu isyarat.

Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan

pertolongan kepada orang lain. Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki

kerosakan enjin kereta seorang wanita. Walaupun wanita itu ingin memberinya wang,

namun ayah menolaknya atas alasan pertolongannya itu ikhlas.

Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan. Beliau sentiasa berjimat

cermat ketika berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak

dibeli dan menganggarkan kosnya.

Sememangnya, Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang

bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontoh perilaku

ayahnya itu.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com