abdullah presiden angkasa majlis pra pelancaran...
TRANSCRIPT
![Page 1: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/1.jpg)
1
TEKS UCAPAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PRA PELANCARAN
KARNIVAL PRODUK DAN
PERKHIDMATAN KOPERASI
![Page 2: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/2.jpg)
2
MALAYSIA 2019 (MACCOPS 2019)
18 SEPTEMBER 2019 (RABU)
10.30 PAGI
DEWAN DATO’ MOHD ALI BAHARUM
A, ANGKASA
![Page 3: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/3.jpg)
3
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
(PROTOKOL SAPAAN AKAN
DIBERIKAN PADA MAJLIS)
1. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih
![Page 4: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/4.jpg)
4
kepada semua wakil pengarang
dan rakan–rakan media yang hadir
pada Majlis Pra Pelancaran
MACCOPS 2019 pada pagi ini.
2. Saya juga amat menghargai
sokongan padu yang telah Tuan–
tuan dan Puan–Puan berikan
![Page 5: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/5.jpg)
5
dalam menyebar luas peranan,
tanggungjawab dan aktiviti yang
dijalankan ANGKASA dalam usaha
memperkasa Gerakan Koperasi
Negara.
Para Rakan Media Yang
Dihormati,
![Page 6: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/6.jpg)
6
3. Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia Berhad (ANGKASA) akan
menganjurkan KARNIVAL PRODUK
DAN PERKHIDMATAN KOPERASI
MALAYSIA 2019 (MACCOPS 2019)
EDISI KE-EMPAT yang akan
berlangsung dari 28 sehingga 30
November 2019 di Persada
![Page 7: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/7.jpg)
7
International Convention Centre,
Johor Bahru.
4. Penganjuran MACCOPS 2019
edisi ke-4 ini akan dianjurkan
bersama-sama Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) di mana
edisi tahun ini akan menjadi
![Page 8: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/8.jpg)
8
tumpuan koperasi-koperasi dari
sektor-sektor ekonomi utama
negara, iaitu pembangunan
komuniti, kewangan, inovasi dan
teknologi, pertanian, perladangan,
pembangunan hartanah dan
pemborongan dan peruncitan,
pelancongan, penjagaan diri dan
![Page 9: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/9.jpg)
9
kesihatan yang akan membawa
pelbagai produk dan
perkhidmatan gerakan koperasi ke
peringkat perdagangan global.
5. MACCOPS telah julung kalinya
diadakan pada tahun 2014 dan
pada masa itu juga, ANGKASA
![Page 10: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/10.jpg)
10
telah mula mengorak langkah ke
pemerkasaan sektor koperasi
secara komprehensif untuk
menyebar luas produk dan
perkhidmatan mereka ke pringkat
global. MACCOPS 2017 yang
dianjurkan bersempena ICA KL
yang menghimpunkan 1,000
![Page 11: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/11.jpg)
11
pemimpin koperasi dari 104 buah
negara telah menjadi “game
changer” yang membawa nama
Malaysia ke peringkat Global.
6. Bertemakan ‘Coop Global
Gateway to Sustainable Trade’
atau ‘Koop Gerbang Global
![Page 12: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/12.jpg)
12
Perdagangan Lestari’ untuk
MACCOPS 2019 berasaskan prinsip-
prinsip strategik untuk menjadikan
Koperasi sebagai ejen
memperkasakan pembangunan
ekonomi bagi masyarakat di
seluruh dunia disamping menjadi
alat dorongan ekonomi bagi
![Page 13: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/13.jpg)
13
kumpulan terpinggir selain tempat
bergantung usahawan generasi
baru.
7. Tema ini juga sejajar dengan
hasrat ANGKASA sebagai badan
apeks koperasi negara untuk
memenuhi keperluan dan
![Page 14: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/14.jpg)
14
perkembangan ekonomi digital
ahli dan gerakan koperasi.
MACCOPS 2019 juga diharapkan
untuk memperkasa peranan
koperasi sebagai aset kelas baru
dan menjana keuntungan kepada
40 Ekonomi Global yang terendah
untuk menjadikan Malaysia
![Page 15: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/15.jpg)
15
sebagai landasan Ekonomi Halal
Dunia yang kukuh.
Para Rakan Media Yang
Dihormati,
8. Strategi MACCOPS 2019 juga
telah diselaraskan dengan Dasar
![Page 16: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/16.jpg)
16
Keusahawanan Nasional 2030 yang
diterajui Kementerian
Pembangunan Usahawan.
ANGKASA juga akan memastikan
ekspo perdagangan kali ini akan
menerapkan teras-teras Wawasan
Kemakmuran Bersama yang
![Page 17: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/17.jpg)
17
dilaksanakan oleh Kerajaan
Malaysia.
9. Seperti yang diumumkan pada
Mesyuarat Khas Kabinet yang lalu,
Wawasan baharu ini menunjukkan
komitmen Kerajaan untuk
menstruktur semula ekonomi
![Page 18: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/18.jpg)
18
Malaysia bagi menjamin ianya
terus berkembang dengan
mampan dan memberikan
kesejahteraan kepada semua
lapisan masyarakat. Hasrat
wawasan ini juga adalah agar
seluruh rakyat Malaysia mengecapi
taraf hidup wajar atau a decent
![Page 19: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/19.jpg)
19
standard of living menjelang tahun
2030.
10. Gerakan Koperasi dan
ANGKASA akan menjajarkan hala
tuju sektor koperasi dengan dasar-
dasar yang positif seperti di atas
dan InshaAllah, Gerakan Koperasi
![Page 20: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/20.jpg)
20
dengan 14, 247 koperasi dan 6
JUTA AHLI akan bersama-sama
dengan kerajaan melaksanakan
objektif Wawasan Kemakmuran
Bersama sebelum 2030 dengan
sumbangan dari sektor – sektor
koperasi ini.
![Page 21: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/21.jpg)
21
Para Rakan Media Yang
Dihormati,
11. ANGKASA akan bekerjasama
dengan pelbagai pemain industri
dalam dan luar negara secara
proaktif kerana MACCOPS 2019
merupakan persada yang terbaik
![Page 22: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/22.jpg)
22
di mana gerakan koperasi di
Malaysia dapat berdagang
memastikan ekosistem koperasi
negara berdaya tahan di samping
menjadi penyumbang kepada
KDNK Negara sehingga RM60 bilion
(unjuran) pada 2030 atau lebih
awal.
![Page 23: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/23.jpg)
23
12. Beberapa program khusus dan
berimpak tinggi yang
dirancangkan semasa MACCOPS
2019 termasuk Sesi Pemadanan
Perniagaan, Demonstrasi Produk
dan Perkhidmatan, Pocket Talk,
Perjanjian Persefahaman dan
Kontrak, Persidangan Tahunan
![Page 24: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/24.jpg)
24
ASEAN Cooperative Organization,
dan Seminar Cooperative to
Cooperative (C2C) di antara
koperasi tempatan dan
antarabangsa. Beberapa koperasi
utama antarabangsa dan syarikat
multinasional telah dijemput untuk
merancakkan pameran dan aktiviti
![Page 25: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/25.jpg)
25
perbincangan perdagangan yang
akan dilaksanakan sepanjang
MACCOPS 2019.
13. Saya bagi pihak ANGKASA
berharap penganjuran edisi ke-4
MACCOPS 2019 akan menarik
pelawat-pelawat dari masyarakat
![Page 26: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/26.jpg)
26
tempatan dan dari negara jiran
seperti Singapura dan Indonesia.
Terdapat pelbagai acara menarik
yang boleh memberi manfaat
kepada setiap lapisan masyarakat
seperti golongan kanak-kanak,
belia dan seisi keluarga. MACCOPS
2019 juga akan melaksanakan
![Page 27: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/27.jpg)
27
“jualan harga patut” yang akan
menawarkan produk-produk
barangan asas dengan harga
yang lebih rendah dan kompetitif.
14. Justeru, Sokongan padu
daripada semua pengamal media
adalah amat penting bagi
![Page 28: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/28.jpg)
28
menjayakan MACCOPS 2019.
Anda semua boleh memainkan
peranan yang penting kerana
liputan yang meluas akan memacu
gerakan koperasi Negara dan
akan memberi impak yang positif
kepada semua 6 juta ahli koperasi
![Page 29: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/29.jpg)
29
yang merupakan 20% daripada
rakyat Malaysia
15. ANGKASA menerusi Bahagian
Komunikasi Koporat ANGKASA
akan senantiasa berhubung
dengan semua pengamal media
bagi mengumumkan acara-acara
![Page 30: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/30.jpg)
30
menarik yang dirangka oleh
ANGKASA semasa MACCOPS 2019.
Semoga hubungan rapat
ANGKASA dan rakan – rakan
media akan terus diperkukuh
dengan lebih erat.
![Page 31: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/31.jpg)
31
16. Akhir kata, saya mengharapkan
Karnival MACCOPS 2019 akan terus
menjadi platform perdagangan
antara koperasi dan koperasi
(C2C) di peringkat nasional dan
global serta menjadi jambatan
yang menghubungkan masyarakat
dengan gerakan koperasi.
![Page 32: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/32.jpg)
32
17. dengan lafaz
bismillahirrahmanirrahim, saya
merasmikan Majlis Pra Pelancaran
MACCOPS 2019.
Sekian, terima kasih.
![Page 33: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN …angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/... · teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis pra](https://reader031.vdocuments.pub/reader031/viewer/2022021812/5e42650abb39f23f660e05a4/html5/thumbnails/33.jpg)
33
WabillahiTaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh