abstrak - fp.utm.my · kandungan bab perkara muka surat pengakuan ii dedikasi iii penghargaan iv...
TRANSCRIPT
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran bagi modaliti
yang diamalkan oleh pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG)), Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dan mengenalpasti sama ada
pencapaian mata pelajaran Matematik bagi pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan
4SPT(PKPG)) dipengaruhi oleh gaya pembelajaran mereka. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ialah borang soal selidik yang diambil daripada “Learning Style Questionaire”
daripada Johnson (2004) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Instrumen ini
mengandungi 30 item yang dikategorikan kepada tiga modaliti iaitu modaliti visual, modaliti
auditori dan modaliti kinestetik. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α= 0.8586.
Kajian ini dijalankan dengan kaedah tinjauan dan melibatkan 50 orang responden (pelajar
4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan 4SPT(PKPG)) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Hasil kajian ini menunjukkan sebanyak 32% pelajar 4SPM1, 4SPM2, 4SPT dan
4SPT(PKPG) mengamalkan gaya pembelajaran mengikut satu modaliti. Manakala terdapat
sebanyak 36% pelajar berkecenderungan tinggi mengamalkan gaya pembelajaran mengikut
dua modaliti dan 32% pelajar pula berkecenderungan tinggi mengamalkan gaya
pembelajaran mengikut ketiga-tiga modaliti. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tiada
hubungan yang signifikan di antara pencapaian mata pelajaran Matematik dengan pelajar
yang mengamalkan ketiga-tiga modaliti. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian
untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
1
ABSTRACT
The purpose of this study is to examine the learning styles based on three modalities
among final year students (4SPM1, 4SPM2, 4SPT and 4SPT(PKPG)) of Faculty Education,
University Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. This study was also conducted to identify
the Mathematics achievement of final year students (4SPM1, 4SPM2, 4SPT and
4SPT(PKPG)) based on their learning style. The instrument in this study was taken from
“Learning Style Questionnaire”’ by Johnson (2004) and which had been translated in
“Bahasa Melayu”. The instrument consists of 30 items and had been categorized into three
modalities which are visual, auditory and kinesthetic. The value of reliability for this
instrument was α = 0.8586. This study involved 50 respondents from Faculty of Education.
The outcomes of this study showed that 32% of the students practised the learning style
based on a single modality. Besides, 36% of the students practised learning style based on
two modalities and 32% of the students practised learning style based on three modalities.
However the research findings showed that there were no significant correlation between
Mathematics achievement and the students who were practising learning style based on
three modalities. Finally, several recommendations were given to enhance students’
teaching and learning effectiveness.
2
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SIMBOL xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang 3
1.3 Pernyataan masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Hipotesis Kajian 6
1.6 Persoalan Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Skop dan Batasan Kajian 8
3
1.9 Definisi Istilah 9
1.10 Kesimpulan dan Organisasi Bab 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Maksud pencapaian 11
2.3 Konsep gaya pembelajaran 12
2.4 Model gaya pembelajaran 14
2.4.1 Model modaliti VAK 14
2.4.2 Model pelbagai kecerdasan Gardner 17
2.3.3 Model Dunn & Dunn 19
2.3.4 Model Kolb 20
2.3.5 Model sistem 4MAT 22
2.5 Kajian lepas 24
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka bentuk kajian 27
3.3 Populasi dan sampel kajian 28
3.4 Instrumen kajian 29
3.5 Kesahan dan kebolehpercayaan 30
3.6 Prosedur kajian 31
3.7 Analisis data 32
3.7.1 Analisis deskriptif 32
3.7.2 Analisis inferens 33
3.8 Kesimpulan 36
4
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Respoden 38
4.3 Analisis dapatan kajian bahagian B 38
4.3.1 Gaya pembelajaran pelajar bagi modaliti 39
4.3.2 Hubungan di antara pencapaian Matematik 40
dengan gaya pembelajaran.
4.3.2.1 Satu modaliti 41
4.3.2.2 Gabungan dua modaliti 42
4.3.2.3 Gabungan tiga modaliti 44
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 45
5.2 Rumusan 45
5.3 Perbincangan 47
5.3.1 Gaya pembelajaran pelajar tahun akhir 47
bagi modaliti VAK
5.3.2 Hubungan di antara pencapaian Matematik 48
dengan gaya pembelajaran
5.3.2.1 Satu modaliti 49
5.3.2.2 Gabungan dua modaliti 49
5.3.2.3 Gabungan tiga modaliti 50
5.4 Cadangan kajian 51
5.5 Cadangan lanjutan 52
5.6 Kesimpulan 53
RUJUKAN 54
LAMPIRAN 59
ix
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL MUKA SURAT
2.1 Ciri-ciri umum pelajar dan strategi pembelajaran mengikut gaya 16
pembelajaran modaliti VAK
2.2 Model pelbagai kecerdasan Gardner 18
2.3 Gaya pembelajaran model Dunn & Dunn 19
2.4 Gaya pembelajaran mengikut sistem 4MAT 23
3.1 Taburan bilangan dan peratusan respoden mengikut program 29
pengajian.
3.2 Taburan gaya pembelajaran pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 33
4SPT, 4SPT(PKPG)) bagi modaliti VAK
3.3 Taburan gaya pembelajaran pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 33
4SPT, 4SPT(PKPG)) bagi bilangan modaliti
3.4 Sifat hubungan antara pembolehubah-pembolehubah mengikut 34
nilai pekali hasil darab Momen Person
4.1 Taburan bilangan dan peratusan respoden mengikut keputusan 38
peperiksaan SPM
4.2 Taburan gaya pembelajaran pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 39
4SPT, 4SPT(PKPG)) bagi modaliti VAK
4.3 Taburan gaya pembelajaran pelajar tahun akhir (4SPM1, 4SPM2, 40
4SPT, 4SPT(PKPG)) bagi bilangan modaliti
4.4 Hubungan antara pencapaian mata pelajaran Matematik dengan 40
gaya pembelajaran
x
4.5 Kolerasi di antara pencapaian mata pelajaran Matematik dengan 41
gaya pembelajaran satu modaliti.
4.6 Kolerasi di antara pencapaian mata pelajaran Matematik dengan 42
gaya pembelajaran gabungan dua modaliti.
4.7 Kolerasi di antara pencapaian mata pelajaran Matematik dengan 44
gaya pembelajaran gabungan tiga modaliti.
xi
SENARAI SIMBOL
α - Alpha
n - bilangan sampel
r - pekali korelasi
p - pearson Korelation
Ho - hipotesis nol
H1 - hipotesis alternatif
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN MUKA SURAT
A Soal selidik kajian 59
B Learning Styles Questionnaire 64
C Korelasi Pearson antara gaya pembelajaran pelajar 66
dengan gred Matematik
D Kesahan dan kebolehpercayaan 69
E Surat pengesahan untuk menjalankan kajian 70
daripada Universiti Teknologi Malaysia.
xiii
SENARAI SINGKATAN
VA - Visual dan Auditori
VK - Visual dan Kinestetik
AK - Auditori dan Kinestetik
VAK - Visual, Auditori dan Kinestetik
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
IPT - Institut Pengajian Tinggi
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPM1 - Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Matematik/kimia)1
SPM2 - Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Matematik/kimia)2
SPT - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
xiv
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Selaras dengan wawasan 2020, peranan pendidikan untuk merealisasikan perubahan
dan pencapaian Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya merupakan agenda yang begitu
mencabar dan kritikal. Lataran itu, pencapaian pelajar dalam akademik menjadi kayu
pengukur yang utama dalam menentukan kejayaan sesuatu sistem pendidikan tersebut.
Secara umumnya, mata pelajaran Matematik adalah tunggak segala ilmu sama ada
dalam bidang sains, kejuruteraan, ekonomi mahupun dalam bidang teknologi (Juliah, 1992).
Sehubungan dengan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang digariskan
oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) telah menyediakan pendidikan Matematik
yang umum, menyeronokkan, mencabar serta menfokuskan kepada keseimbangan antara
kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penyelesaian masalah serta cara
pemikiran yang logik, kritis dan bersistematik.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di institut pengajian tinggi, pensyarah
merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi cara pembelajaran pelajar.
Pembelajaran yang berkesan akan membawa ingatan jangka panjang pelajar terhadap
sesuatu kemahiran atau ilmu. Oleh kerana bukan semua pelajar mengamalkan gaya
pembelajaran yang sama, justeru kajian ini adalah penting bagi pensyarah mengenali dan
memahami perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Setelah mendapat maklumat berkenaan,
pensyarah dapat menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai
dan berkesan agar objektif pembelajaran di dalam bilik darjah tercapai. Kenyataan ini amat
disokong oleh Dunn (1989) yang menyatakan bahawa apabila pelajar tidak dapat belajar
mengikut pengajaran guru, guru mesti mengajar mereka mengikut cara mereka belajar. Ini
bermakna guru haruslah mengajar mengikut gaya pembelajaran pelajar supaya pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dapat tercapai.
Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dan berpadanan dengan gaya
pembelajaran pelajar boleh meningkatkan keyakinan pelajar. Malahan ia akan
membolehkan pelajar memperkembangkan kebolehan diri dan pembelajaran bermakna
dapat dilaksanakan. Dengan itu, seseorang pensyarah perlu mengetahui gaya pembelajaran
pelajar dan mempelbagaikan aktiviti atau teknik pengajaran supaya bersesuaian dengan gaya
pembelajaran yang diamalkan oleh pelajarnya.
Pelajar mungkin berhadapan dengan masalah belajar jika tidak memiliki gaya
pembelajaran yang sesuai. Masalah akan berlaku apabila aktiviti dan gaya pengajaran
pensyarah tidak sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar akibatnya pelajar rasa bosan dan
tidak menumpukan perhatian. Seterusnya mereka akan menghilangkan minat, berputus asa
serta tidak dapat mencapai keputusan yang baik (Baharin Abu, 2000; Felder & Silverman,
1988; Godleski, 1984; Oxford et al., 1991; Smith & Renzulli, 1984).
Sehubungan dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran di universiti adalah
untuk melengkapkan diri individu dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan dan seterusnya
dapat membantu individu untuk menghadapi dunia pekerjaan dan berjaya dalam kehidupan.
Bagi mendapat peluang pekerjaan, pencapaian akademik akan menjadi aset utama. Dalam
usaha untuk mendapat kejayaan akademik, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang
12
pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran supaya dapat mengurangkan masalah
belajar.
Oleh itu, kajian mengenai gaya pembelajaran bagi modaliti visual, auditori dan
kinestik (VAK), perlu dibuat supaya boleh membantu pihak universiti dan pensyarah
menyediakan persekitaran dan kaedah mengajar yang lebih sesuai dengan kecenderungan
belajar pelajar.
1.2 Latar Belakang
Pada zaman kemajuan sains dan teknologi ini, mata pelajaran Matematik telah
menjadi satu jentera atau penggerak yang penting kepada pembangunan dan perkembangan
negara. Dengan itu, tindakan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan mata pelajaran ini
melalui pengubahsuaian bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris
untuk semua peringkat mulai 2003 adalah bersesuaian. Lebih-lebih lagi, usaha ini adalah
sejajar dengan perkembangan media telekomunikasi di mana bahasa penghubung dalam
internet adalah Bahasa Inggeris.
Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang kompleks dan memerlukan strategi
atau kaedah yang khas untuk mempelajarinya. Matematik sering dikaitkan sebagai suatu
mata pelajaran yang mempunyai taraf pembelajaran yang tinggi. Isi kandungannya adalah
berturutan dan berhieraki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi. Bagi menguasainya
pelajar perlu berfikir secara analitis, rasional, logik serta berupaya membuat penaakulan dan
mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2004), huraian sukatan pelajaran
Matematik telah direka bentuk dengan bertujuan memberi peluang kepada pelajar
3
memperoleh pengetahuan dan kemahiran Matematik yang boleh digunakan untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Pada masa dahulu, kebanyakan pensyarah di institut pengajian tinggi mengajar
Matematik dengan kaedah menyebarkan ilmu pengetahuan Matematik sahaja. Mereka
jarang mengamalkan teori-teori pembelajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mereka. Akibatnya, Matematik menjadi suatu mata pelajaran yang bukan sahaja sukar
untuk dipelajari tetapi juga membosankan. Di samping itu, pelajar juga kehilangan
minatnya dalam pembelajaran Matematik.
Menurut Rohaty (2006), kemerosotan pencapaian pelajar dalam subjek Matematik
sama ada di sekolah atau institut pengajian tinggi adalah berpunca daripada pelbagai faktor.
Menurut beliau lagi, kajian menunjukkan wujud beberapa faktor yang menjadi punca
kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan masalah tersebut
adalah berkait rapat dengan faktor budaya, ibu bapa, kawan, persekitaran dan tekanan
peperiksaan.
Didapati kesukaran dalam proses pembelajaran wujud apabila seseorang itu cuba
belajar dengan cara belajar yang tidak sepadan dengan gaya mengajar yang diamalkan oleh
guru mereka (Wong, 2000). Selain daripada itu, terdapat juga pelajar yang belajar dengan
cara tersendiri tanpa menyedari bahawa dia mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza
dengan rakan mereka.
Menurut Dunn (1989) juga, kegagalan pelajar menguasai kemahiran Matematik
adalah dipengaruhi oleh gaya pembelajaran pelajar dan pengajaran guru. Maka gaya
pembelajaran pelajar yang dapat disesuaikan dengan gaya pengajaran guru akan
meningkatkan prestasi pelajar dan penguasaan kemahiran Matematik.
Kajian yang dijalankan oleh Johnson (2004) menunjukkan bahawa 29% daripada
kita lebih gemar menggunakan gaya pembelajaran visual untuk belajar, 34% pula lebih
4
gemar menggunakan gaya pembelajaran auditori manakala 37% pula lebih gemarkan gaya
pembelajaran kinestetik.
Gaya pembelajaran berkaitan dengan tahap ingatan seseorang. Ini sejajar dengan
dapatan Reif (1993), iaitu peratusan maklumat yang dapat disimpan atau diingati oleh
individu mengikut gaya pembelajaran yang berbeza. Didapati pembelajaran melalui cara
menyebut dan membuat, tahap ingatan terhadap pembelajaran baru adalah paling tinggi iaitu
sebanyak 90%. Ini diikuti cara menyebut semula yang mencatat tahap ingatan sebanyak
70%. Cara melihat dan mendengar mencatat peratusan tahap ingatan sebanyak 50%
manakala cara melihat hanya mencapai tahap ingatan sebanyak 30%. Cara mendengar dan
membaca mencatat tahap ingatan yang rendah iaitu masing-masing sebanyak 20% dan 10%
sahaja.
Dengan itu, boleh dirumuskan bahawa kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan
gaya pembelajaran pelajar adalah penting supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan.
Seseorang pensyarah perlu mengetahui gaya pembelajaran yang diamalkan oleh majoriti
pelajarnya. Pensyarah juga harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar.
Menurut Mamchur (1984), guru harus membantu pelajar mengenalpasti gaya
pembelajaran mereka dengan menyediakan tugasan atau menggunakan kaedah mengajar
yang melibatkan pelbagai gaya pembelajaran. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengajaran yang
sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dan
juga keyakinan terhadap kebolehan mereka sendiri. Oleh itu, pensyarah harus menggunakan
pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang mempunyai
gaya pembelajaran berbeza-beza itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai objektif
hasil pembelajaran.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Pada amnya, pencapaian pelajar di institut pengajian tinggi dalam mata pelajaran
Matematik dewasa ini majoritinya adalah cemerlang. Namun, masih terdapat sekumpulan
kecil pelajar yang lemah dalam Matematik. Adakah keadaan ini disebabkan oleh gaya
pembelajaran mereka? Dengan itu, kajian ini dijalankan memperihalkan pencapaian
Matematik di kalangan pelajar bidang Matematik (SPM1, SPM2, SPT, SPT(PKPG)) di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dengan gaya pembelajaran bagi modaliti
visual, auditori dan kinestetik (VAK) pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
1.4 Objektif Kajian
Terdapat dua objektif disediakan dalam kajian ini, iaitu:
1.4.1 Mengenalpasti gaya pembelajaran bagi modaliti VAK yang diamalkan oleh pelajar
(4SPM1, 4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) dalam mata pelajaran Matematik.
1.4.2 Mengenalpasti hubungan pencapaian mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar
(4SPM1, 4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) di Fakulti Pendidikan ini dengan gaya
pembelajaran.
1.4.2.1 Satu modaliti.
1.4.2.2 Gabungan dua modaliti.
1.4.2.3 Gabungan tiga modaliti.
6
1.5 Hipotesis Kajian
Hipotesis telah dibentuk bagi soalan kajian yang kedua di mana H0 mewakili
hipotesis nol dan H1 mewakili hipotesis alternatif.
H0: Tidak terdapat hubungan pencapaian Matematik di kalangan pelajar (4SPM1,
4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) dengan gaya pembelajaran.
H1: Terdapat hubungan pencapaian Matematik di kalangan pelajar (4SPM1,
4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) dengan gaya pembelajaran.
1.6 Persoalan Kajian
Berikut adalah persoalan-persoalan yang telah dipertimbangkan dalam kajian.
1.6.1 Apakah gaya pembelajaran bagi modaliti VAK yang diamalkan oleh pelajar (4SPM1,
4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) dalam mata pelajaran Matematik?
1.6.2 Apakah hubungan pencapaian mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar (4SPM1,
4SPM2, 4SPT, 4SPT(PKPG)) di Fakulti Pendidikan ini dengan gaya pembelajaran.
1.6.2.1 Satu modaliti.
1.6.2.2 Gabungan dua modaliti.
1.6.2.3 Gabungan tiga modaliti.
7