adakah keris bersilang masih relevan dengan sprm

5
ADAKAH KERIS BERSILANG MASIH RELEVAN DENGAN SPRM ? 19/07/2009 Di suatu petang yang hening, aku telah membelek-belek sebuah akhbar tempatan, lalu akan terbaca rencana yang menyatakan BPR akan menjadi Suruhanjaya Bebas, maka aku sebagai salah seorang pegawai BPR terus termenung memikirkan, bagaimana pula rupanya Suruhanjaya Bebas ini dan macamanalah akan dilaksanakan serta berbagai-bagai lagi persoalan yang timbul dimindaku. Dalam angan-angan yang melayang entah kemana itu, aku terpandang akan sebuah Buletin BPR, entah bulan berapa pun aku tak ingat, cuma yang aku perasan dalam tahun 2007. Maka terpandanglah wajah logo BPR dengan moto “Amanah, Tegas dan Adil”. Lalu, yang menjadi tajuk penceritaan pada aku adalah mengenai lambang Keris Bersilang yang tertera pada logo BPR. Aku pun mencari apa yang dimaksudkan dengan lambang tersebut. Setahu aku, kalau nak ambil peperiksaan Jabatan atau nak ambil PTK saja, barulah nak cari apa makna lambang pada Logo BPR, kalau tidak, takkan siapa pun nak ambil tahu tentang semua itu. Dalam pada itu, teringatlah aku akan laman web BPR dan portal BPR yang boleh aku buat rujukan. Setelah dicari, dapatlah cerita tentang maksud lambang Keris Bersilang pada Logo BPR. Mengikut rasionalnya, ianya adalah melambangkan bahawa pegawai-pegawai BPR mempunyai kuasa yang telah ditetapkan dalam menjalankan tugas mencegah amalan rasuah, sedia berkorban apa sahaja demi mendukung hasrat semua warga walau seribu rintangan dan segala cabaran tetap mara ke hadapan. Rasanya tak payah diperjelaskan lagi maksud tersebut kerana semua telah mengetahui dengan maksud-nya itu. Mengikut peradaban Melayu, keris merupakan senjata berunsurkan mistik dan lambang kepada kekuatan pahlawan Melayu. Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa dalam adat pertabalan Raja-raja Melayu keris akan dikucup sebagai tanda lambang kedaulatan Kerajaan Melayu. Menurut buku rujukan yang lama, menceritakan dengan tertegaknya kedaulatan Melayu adalah di atas tiga (3) perkara iaitu Keturunan, Ilmu dan Alat Kebesaran. Disini membawa maksud pemilik kepada keris adalah perlu dari keturunan yang baik-baik, kalau di zaman dahulu pemiliknya adalah seorang pahlawan atau panglima yang telah masak sangat dalam ilmu kepahlawanan Melayu. Tuturkatanya, peradabannya, tingkahlakunya bersopan santun bak kata semuanya menjadi ikutan orang pada masa itu.

Upload: vino

Post on 18-Jun-2015

261 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

pendidikan moral

TRANSCRIPT

Page 1: Adakah Keris Bersilang Masih Relevan Dengan Sprm

ADAKAH KERIS BERSILANG MASIH RELEVAN DENGAN SPRM ?19/07/2009

Di suatu petang yang hening, aku telah membelek-belek sebuah akhbar tempatan, lalu akan terbaca rencana yang menyatakan BPR akan menjadi Suruhanjaya Bebas, maka aku sebagai salah seorang pegawai BPR terus termenung memikirkan, bagaimana pula rupanya Suruhanjaya Bebas ini dan macamanalah akan dilaksanakan serta berbagai-bagai lagi persoalan yang timbul dimindaku.

       

Dalam angan-angan yang melayang entah kemana itu, aku terpandang akan sebuah Buletin BPR, entah bulan berapa pun aku tak ingat, cuma yang aku perasan dalam tahun 2007. Maka terpandanglah wajah logo BPR dengan moto “Amanah, Tegas dan Adil”. Lalu, yang menjadi tajuk penceritaan pada aku adalah mengenai lambang Keris Bersilang yang tertera pada logo BPR. Aku pun mencari apa yang dimaksudkan dengan lambang tersebut. Setahu aku, kalau nak ambil peperiksaan Jabatan atau nak ambil PTK saja, barulah nak cari apa makna lambang pada Logo BPR, kalau tidak, takkan siapa pun nak ambil  tahu tentang semua itu.

 

Dalam pada itu, teringatlah aku akan laman web BPR dan portal BPR yang boleh aku buat rujukan. Setelah dicari, dapatlah cerita tentang maksud  lambang Keris Bersilang pada Logo BPR. Mengikut rasionalnya, ianya adalah melambangkan bahawa pegawai-pegawai BPR mempunyai kuasa yang telah ditetapkan dalam menjalankan tugas mencegah amalan rasuah, sedia berkorban apa sahaja demi mendukung hasrat semua warga walau seribu rintangan dan segala cabaran tetap mara ke hadapan. Rasanya tak payah diperjelaskan lagi maksud tersebut kerana semua telah mengetahui dengan maksud-nya itu.

 

Mengikut peradaban Melayu, keris merupakan senjata berunsurkan mistik dan lambang kepada kekuatan pahlawan Melayu. Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa dalam adat pertabalan Raja-raja Melayu keris akan dikucup sebagai tanda lambang kedaulatan Kerajaan Melayu. Menurut buku rujukan yang lama, menceritakan dengan tertegaknya kedaulatan Melayu adalah di atas tiga (3) perkara iaitu Keturunan, Ilmu dan Alat Kebesaran.

 

Disini membawa maksud pemilik kepada keris adalah perlu dari keturunan yang baik-baik, kalau di zaman dahulu pemiliknya adalah seorang pahlawan atau panglima yang telah masak sangat dalam ilmu kepahlawanan Melayu. Tuturkatanya, peradabannya, tingkahlakunya bersopan santun bak kata semuanya menjadi ikutan orang pada masa itu.

 

Keduanya Ilmu, kerana pada masa yang lampau, orang yang berilmu sahaja memiliki keris pusaka nenek moyang mereka. Dimana keris dikatakan berpuaka, barang siapa yang tidak mempunyai ilmu keris maka mereka tidak dapat memiliki atau menjaga keris itu. Keris juga dikatakan boleh hidup dan akan terbang serta merayau-rayau kalau tidak dijaga dengan betul. Hanya orang yang berilmu sahaja yang boleh berbuat demikian, bak kata perpatah Melayu “ Hanya Jauhari Mengenal Manikam”.

 

Seterusnya Keris adalah sebagai Alat Kebesaran. Kalau direnung kembali Orang Melayu tidak dapat lari dengan kisah-kisah  keris. Sejak zaman dulu lagi,orang Melayu apabila berjalan akan ternampaklah keris terhunus dipinggang,dengan megahnya menunjukkan Kekuatan Melayu. Keris dijadikan alat

Page 2: Adakah Keris Bersilang Masih Relevan Dengan Sprm

kebesaran Raja-Raja Melayu lama sehinggalah sekarang dijadikan amalan dalam adat istiadat Melayu termasuklah pengantin lelakinya akan menyisip keris semasa adat persandingan diantara dua mempelai .

 

Merujuk kepada Keris Bersilang BPR, hasil daripada soalselidik dengan ahli bijak pandai keris, mereka menyatakan Keris Bersilang pada logo BPR adalah keris dari jenis  4 lok. Keris 4 lok menurut ahli bijak pandai keris, adalah bukan mudah untuk diperolehi kerana ianya amat merbahaya dan hanya orang tertentu sahaja dapat memiliki keris dari jenis 4 lok ini. Keris 4 lok adalah membawa maksud 4 perkara yang dibawa oleh keris itu iaitu lok pertama membawa makna Siddiq (benar), Lok yang kedua ialah Tabligh (telus), ketiga ialah Amanah dan lok yang terakhir atau yang keempat yang membawa maksud Fatonah (bjikasana).

 

Keempat-empat perkara inilah yang digunapakai oleh Baginda Rasulullah S.A.W. dan menjadi tanda aras kepada setiap pegawai BPR Malaysia. Dengan itu, sebagai pegawai BPR maka kita mestilah bersifat benar dan tegas dalam percakapan dan juga perbuatan.Manakala sifat telus yang mesti diamalkan dalam menjalankan tugasan, Bagi sifat amanah sebagai pegawai BPR yang bertanggungjawab akauntabliti dan boleh dipercayai serta mengamalkan ciri-ciri kejujuran, keikhlasan dan ketaqwaan dalam semua urusan. Sifat yang terakhir ialah sifat  bijaksana dan cekap terhadap semua perkara yang dipertanggungjawabkan dan membuat keputusan dalam melaksanakan tugas.

 

Persoalannya sekarang, adakah logo KERIS BERSILANG masih relevan dengan Suruhanjaya Bebas ini atau dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ? Seandainya BPR akan menjadi sebuah Suruhanjaya Bebas yang dikenali sebagai SPRM  menjelang 1.1.2009 nanti. Jawapan itu hanya akan terjawab, sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaksanakan pada 2009 dengan logo baru tetapi masih mengekalkan lambang lama dengan lambang Keris Bersilang. Tanpa Keris bermakna tanpa semangat Kemelayuan dan Kedaulatan kepada Kesultanan Kerajaan Melayu, sama-samalah kita nantikan jawapannya pada tahun hadapan 2009.

Page 3: Adakah Keris Bersilang Masih Relevan Dengan Sprm

PENJELASAN LOGO

Bintang (14 Bucu) Bulan Sabit Keris Bersilang Perisai Bunga Padi Harimau Pengertian warna (Emas, Kuning, Biru, Hitam, Putih )

  MOTO SPRM

Amanah Tegas Adil

    Latar Belakang SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia.  Ia ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).  Sejarah usaha pencegahan rasuah secara formal telah dimulakan oleh sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah. Pada masa yang sama, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Criminal Investigation Department (Special Crime) yang diletakkan di bawah Pasukan Polis Diraja Malaysia. Manakala itu, pendakwaan kes-kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara.  Memandangkan usaha-usaha pembanterasan rasuah tersebut dilaksanakan secara terasing oleh agensi yang berlainan, Kerajaan telah bersetuju menggabungkannya di bawah satu bumbung dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967.

Pada 29 Ogos 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi  lebih kuasa kepada BSN yang bukan sahaja terlibat menyiasat kes-kes rasuah bahkan kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah Akta. Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan. Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah. Pada tahun 2008, Kerajaan dan Parlimen telah bersetuju supaya sebuah SPRM ditubuhkan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya.  SPRM akan turut disokong oleh mekanisme check and balance dalam memastikan Suruhanjaya bertindak selaras dengan kehendak perundangan, negara dan aspirasi masyarakat.

Page 4: Adakah Keris Bersilang Masih Relevan Dengan Sprm

Suruhanjaya ini telah mula beroperasi pada 1 Januari 2009 dan telah dilancarkan secara rasmi pada 24 Februari 2009 di mana kelima-lima mekanisme yang diwujudkan secara perundangan dan pentadbiran juga telah terbentuk secara rasmi.

 Nama Ketua Pengarah / Ketua Pesuruhjaya

Tahun Perkhidmatan

1. Tan Sri Harun Bin Hashim 10 Ogos 1967 - 25 Mac 1971

2. Tan Sri Ibrahim Bin Salleh 25 Julai 1971 - 4 November 1977

3. Dato' Abdullah bin Ngah 5 November 1977 - 26 Ogos 1981

4. Dato' Abdul Aziz bin Ahmad 27 Ogos 1981 - 15 Mei 1985

5. Tan Sri Dato' Abu Bakar Mohd. Noor 16 Mei 1985 - 30 Julai 1987

6. Tan Sri Zulkifli bin Mahmood 31 Julai 1987 - 15 Julai 1994

7. Dato' Shafee bin Yahaya 16 Julai 1994 - 13 September 1998

8. Dato' Ahmad Zaki bin Haji Husin 24 Mac 1999 - 23 Mac 2001

9. Datuk Seri Zulkipli bin Mat Noor 1 April 2001 - 31 Mac 2007

10. Dato' Sri Haji Ahmad Said bin Hamdan 1 April 2007 - 31 Disember 2009

11. Dato' Haji Abu Kassim bin Mohamed Mulai 1 Januari 2010* Mulai 1 Januari 2009 jawatan Ketua Pengarah BPR dikenali sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM