adat istiadat melayu
DESCRIPTION
kTRANSCRIPT
ADAT ISTIADAT MELAYU
Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar
seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam
pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan
adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang
bertentangan tapi terus diamalkan.
Aspek Adat Dalam Masyarakat Malaysia dan Kepentingannya
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim
sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami
khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah
budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia
adalah konsep yang saling bergantung dan sama.
Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan
sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu
pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan
dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan
sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk
perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.
Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat
dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya.
Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap
iaitu boleh berubah, Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden,
ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh
berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah
kita katakan adat sebagai budaya yang asal.
Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia
pada hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah
untuk dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi
rakyat majmuk yang bersifat seragam.
Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia
juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai
latar belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai
latar belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia
pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza
dari segi adat dan budaya.
Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza.
Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini.
Bagi masyarakat Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi
lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat dalam konteks
Minangkabau bukan sekadar cara bersanding, cara menyantap hidangan makanan,
cara pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat ialah suatu peraturan hidup yang
perlu dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari ini. Justeru tidak hairanlah
jika didalam masyarakat mereka wujud istilah-istilah seperti “undang-undang adat”,
“mahkamah adat”, “ketua adat” dan sebagainya. Begitu juga dengan lain-lain kaum di
Malaysia, aspek adat masih lagi dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa
dan terus dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan
perlaksanaanya suatu ketika dahulu.
Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi penyatu
bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu
berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia.
Bagi maksud itu, didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang
mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah
sejarawan khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga
masyarakat pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep
merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu.
Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan
bahawa adat Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan
pemahaman kita berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan
cantuman ras-ras kecil yang beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil
Melayu itu. Ini menunjukkan pelbagai percampuran dalam pembinaan adat Melayu.
Dalam soal pembinaan adat Melayu, kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang
besar dalam proses pembinaan adat Melayu. Pertamanya ialah adat yang dipengaruhi
adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah adat yang dipengaruhi zaman Hindu/Buddha
dan Islam, yang ketiga ialah adat yang berteraskan Islam.
Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang
diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini
diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam
period Hindu dan Buddha ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah
melihat upacara persandingan didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu.
Ini merupakan salah satu contoh adat-adat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu
dahulu.
Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu
juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat
Melayu bahkan perkataan “Raja” itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu
yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat
lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.
Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan
Islam. Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun
sudah beragama Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan
Buddha masih diamalkan. Justeru zaman ini digelar zaman campuran adat
Hindu/Buddha dan Islam dalam masyarakat Melayu. Pada zaman ini, walaupun
masyarakat Melayu sudah Islam, namun mereka mengamalkan adat-adat yang
dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai contoh masyarakat Melayu
mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang
sial bulan Safar dalam kehidupan mereka. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam
yang menganggap perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja
pantai dan sebagainya. Ia jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap diamalkan
dengan meluas didalam masyarakat Melayu yang masih tebal dengan pengaruh Hindu
dan Buddha ketika itu.
Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu
pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi
masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu
Islam. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed
Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu.
Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang
beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ini
menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu.
Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang
Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat
Melayu menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang
bertentangan dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat
Melayu dan semakin dikurangkan penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-
adat lampau yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan
pengamalanya.
Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan,
seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat
ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya
merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.
Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika
seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan
iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur
rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari
ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal
bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran
Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan.
Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran
seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga
golongan tua Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup
didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan
didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal
dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.
Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan
manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi
maksud itu. Adat membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang
dianggap alim oleh masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang
menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan
mengikut perangai orang yang membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti.
MAKNA LUARAN DAN MAKNA DALAMAN
Mengikut Webster, estetik ialah pembelajaran tentang falsafah kecantikan dan ia juga
merupakan pandangan luar sesuatu hasil seni (Weitz). Perkataan ini berasal daripada
perkataan ‘aisthetikos’ yang bermaksud sensitif. Perkataan ini berkembang daripada
perkataan ‘aisthannesthai’ yang bermaksud ‘to perceive’ (tanggapan). Estetika
merupakan satu cabang falsafah keindahan, dari sinilah kriteria andaian rupa luar
sesuatu seni dinilai (Beardley, 1966). Kamus Dewan (1979) turut memberi pengertian
estetik sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang
indah.
Fry dalam artikelnya An Essay In Aesthetics dalam buku Morris Weitz (1959)
yang berjudul Problems In Aesthetics menyatakan tentang konsep keindahan dalam
seni. Mengikut beliau, sesuatu objek yang dicipta untuk menimbulkan kesan keindahan
seharusnya mempunyai fungsi yang bukan sahaja boleh digunakan tetapi dapat
melahirkan rasa menggembirakan atau menyenangkan hati. Sidi Gazalba (1977) pula,
dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa teori tentang
keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah sejak dahulu lagi dapat dibahagikan
kepada teori lama yang bersifat metal fizikal manakala teori moden yang bersifat
psikologikal. Baginya, akal bukan sahaja memiliki deria fikiran dan kemahuan (nafsu),
malah memiliki deria rasa yang boleh merangsangkan penghasilan dan penilaian seni
yang halus.
Sidi Gazalba (1977) dan Bearsley (1966) turut mengemukakan teori keindahan
yang dikemukakan oleh ahli falsafah metafizikal dan psikologikal oleh Plato, Plotinus
dan Hagel. Mengikut mereka, teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah
tentang keindahan mempunyai persamaan dan kebenaran , kebaikan dan mutlak
(‘Beauty=truth= the good=the absolute’). Perkara ini telah disokong oleh Othman Mohd.
Yatim (1989), yang turut menyatakan keindahan selalunya dikaitkan dengan rasa yang
menggembirakan, menyenangkan, memuaskan yang baik dan dihargai. Beliau
menambah lagi, sesuatu yang menggembirakan dan menyenangkan biasanya rasa
yang lahir daripada khalayak terhadap objek yang indah, yang dikatakan mempunyai
seni dalam konteks kebudayaan dan keseniaan yang berfungsi memenuhi nilai estetik.
Menurut Ku Zam Zam (1984), dalam menghayati estetika atau keindahan,
khalayak seni akan tertarik kepada sesuatu objek yang indah boleh menyebabkan
timbulnya rasa persatuan yang sejati dengan objek itu sehinggakan melahirkan
kebebasan dan kesempurnaan pada jiwa. Rasa yang menggembirakan atau
menyenangkan itu akan wujud apabila individu itu ditemukan dengan objek-objek yang
indah yang selalunya dikatakan mempunyai seni (Ku Zam Zam). Dalam konteks
kebudayaan , bidang yang berfungsi memenuhi nilai estetik manusia iaitu bidang
keseniaan.
Dari segi psikologi, keindahan merupakan sesuatu yang dapat dinilai oleh
pancaindera atau deria rasa. Dalam perkara ini, akal memiliki deria rasa fikiran atau
kemahuan (nafsu) dan juga deria rasa. Deria rasa pula mempunyai kepentingan yang
berbeza dengan indera rasa yang lain seperti makanan dan juga undang-undang moral
yang mempunyai kepentingan yang berbeza. Dari segi penilaian pula, keindahan
adalah lebih bersifat ideal yang bukan berkaitan dengan fakta sahaja. Dalam konteks
ini, sesuatu karya atau seni yang indah bukanlah hanya semata-mata terletak pada
karya atau seni itu tetapi ia adalah satu perasaan yang dihayati oleh khalayak ketika
meneliti. Hasilnya, sifat keindahan yang lahir daripada khalayak akan mewujudkan satu
kepuasan dan kesenangan yang dapat disebut sebagai estetika (Ku Zam Zam, 1984
dan Othman Mohd Yatim, 1989).
Read (1968) dalam bukunya, The Meaning of Art mendefinisikan seni sebagai
usaha untuk mencipta bentuk yang boleh melahirkan rasa kesenangan hati. Mengikut
beliau juga, seni yang menyenangkan boleh menyumbang kepada perasaan yang
dialami oleh pemerhati. Jadi dalam menilai seni, khalayak yang lebih menghayati seni
akan melahirkan satu perasaan suka dan senang pada jiwanya.
Ku Zam Zam (1984), menjelaskan bahawa keseniaan berkait rapat dengan
budaya kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsur budaya yang
melahirkan keseniaan ialah agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa.
Mengikut beliau, biasanya masyarakat membentuk keseniaanya yang tersendiri
berdasarkan pengalaman dan kehidupan yang dilalui. Keseniaan merupakan
pendorong kepada seseorang untuk bertindak dan mengakibatkan berkembangnya
ruang lingkup perasaan seseorang. Dalam menghayati seni, penghasilan seni yang
dapat memberi kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua, iaitu seni rupa
dua dimensi yang terdapat pada seni tekstil, dan seni rupa tiga dimensi yang dikenali
sebagai seni tampak yang terdapat pada seni ukir.
Moore (1942), menyarankan bahawa nilai keindahan sesuatu bentuk itu dapat
diukur melalui dua sudut, iaitu sudut objektif dan subjektif. Dari sudut objektif, ciri-ciri
yang dinilai adalah seperti bentuk objek atau karya itu. Bentuk karya yang menumpukan
kepada aspek-aspek yang nyata adalah berasaskan elemen rekabentuk seperti
warna,bentuk luar (shape), garis, tekstur, nada dan sebagainya. Selain bentuk
penilaian, keindahan secara objektif juga mengambil kira idea atau isi sesuatu karya itu.
Idea yang dimaksudnya disini merupakan gabungan kebijaksanaan daya pemikiran,
imaginasi dan emosi seseorang seniman dalam melahirkan karyanya. Untuk melahirkan
sesuatu karya yang harmoni, pencipta haruslah dapat menyatukan eleman reka bentuk
yang merangkumi warna, bentuk dan tekstur dalam bentuk kesatuan dan dalam masa
yang sama boleh memberi rangsangan kepada emosi, idea dan imiganasi. Hal ini
menggambarkan bahawa bentuk karya yang dilihat secara objektif merupakan struktur
luaran yang berasaskan reka bentuk. Oleh itu, masyarakat dapat menilai nilai estetika
menerusi pancaindera berdasarkan pandangan masing-masing.
Keindahan secara subjektif atau berdasarkan struktur dalaman pula diukur dari
sudut kegembiraan yang dirasai hasil daripada khalayak dan penilaian sesuatu karya
itu. Untuk menilai keindahan secara keseluruhan, seseorang perlu melihat secara
objektif karya itu dan juga merasakan keindahan itu secara subjektif. Penilaian secara
subjektif merupakan penilaian yang lebih bergantung kepada objek seni dan penilaian
itu sendiri. Dalam perkara ini, penilaian objek seni adalah berbeza antara individu
dengan individu yang lain.
Bagi masyarakat Islam, menilai keindahan adalah sesuatu yang digalakkan
seperti tercatat dalam hadis Nabi yang membawa maksud ‘Allah Itu Maha Indah, Dia
Sukakan Keindahan’. (Hadis Muslim). Ciri utama keseniaan Islam ialah keindahan, iaitu
sesuatu yang cantik, bagus benar, elok dan molek. Jarang sekali keindahan yang
dihasilkan oleh orang Islam melahirkan sesuatu bentuk lukisan manusia dan alam yang
naturalistik. Antara seni yang dihasilkan seni Islam adalah jenis yang rumit dan dikenal
sebagai ‘arabesque’ (tumbuh-tumbuhan yang digaya menurut sesuatu stail) yang terdiri
daripada beraneka bentuk seperti geometrik, tumbuh-tumbuhan yang digaya dan juga
kaligrafi (Othman Mohd. Yatim, 1989).
MAKNA LUARAN DAN MAKNA DALAMAN
Mengikut Webster, estetik ialah pembelajaran tentang falsafah kecantikan dan ia juga
merupakan pandangan luar sesuatu hasil seni (Weitz). Perkataan ini berasal daripada
perkataan ‘aisthetikos’ yang bermaksud sensitif. Perkataan ini berkembang daripada
perkataan ‘aisthannesthai’ yang bermaksud ‘to perceive’ (tanggapan). Estetika
merupakan satu cabang falsafah keindahan, dari sinilah kriteria andaian rupa luar
sesuatu seni dinilai (Beardley, 1966). Kamus Dewan (1979) turut memberi pengertian
estetik sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang
indah.
Fry dalam artikelnya An Essay In Aesthetics dalam buku Morris Weitz (1959)
yang berjudul Problems In Aesthetics menyatakan tentang konsep keindahan dalam
seni. Mengikut beliau, sesuatu objek yang dicipta untuk menimbulkan kesan keindahan
seharusnya mempunyai fungsi yang bukan sahaja boleh digunakan tetapi dapat
melahirkan rasa menggembirakan atau menyenangkan hati. Sidi Gazalba (1977) pula,
dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa teori tentang
keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah sejak dahulu lagi dapat dibahagikan
kepada teori lama yang bersifat metal fizikal manakala teori moden yang bersifat
psikologikal. Baginya, akal bukan sahaja memiliki deria fikiran dan kemahuan (nafsu),
malah memiliki deria rasa yang boleh merangsangkan penghasilan dan penilaian seni
yang halus.
Sidi Gazalba (1977) dan Bearsley (1966) turut mengemukakan teori keindahan
yang dikemukakan oleh ahli falsafah metafizikal dan psikologikal oleh Plato, Plotinus
dan Hagel. Mengikut mereka, teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah
tentang keindahan mempunyai persamaan dan kebenaran , kebaikan dan mutlak
(‘Beauty=truth= the good=the absolute’). Perkara ini telah disokong oleh Othman Mohd.
Yatim (1989), yang turut menyatakan keindahan selalunya dikaitkan dengan rasa yang
menggembirakan, menyenangkan, memuaskan yang baik dan dihargai. Beliau
menambah lagi, sesuatu yang menggembirakan dan menyenangkan biasanya rasa
yang lahir daripada khalayak terhadap objek yang indah, yang dikatakan mempunyai
seni dalam konteks kebudayaan dan keseniaan yang berfungsi memenuhi nilai estetik.
Menurut Ku Zam Zam (1984), dalam menghayati estetika atau keindahan,
khalayak seni akan tertarik kepada sesuatu objek yang indah boleh menyebabkan
timbulnya rasa persatuan yang sejati dengan objek itu sehinggakan melahirkan
kebebasan dan kesempurnaan pada jiwa. Rasa yang menggembirakan atau
menyenangkan itu akan wujud apabila individu itu ditemukan dengan objek-objek yang
indah yang selalunya dikatakan mempunyai seni (Ku Zam Zam). Dalam konteks
kebudayaan , bidang yang berfungsi memenuhi nilai estetik manusia iaitu bidang
keseniaan.
Dari segi psikologi, keindahan merupakan sesuatu yang dapat dinilai oleh
pancaindera atau deria rasa. Dalam perkara ini, akal memiliki deria rasa fikiran atau
kemahuan (nafsu) dan juga deria rasa. Deria rasa pula mempunyai kepentingan yang
berbeza dengan indera rasa yang lain seperti makanan dan juga undang-undang moral
yang mempunyai kepentingan yang berbeza. Dari segi penilaian pula, keindahan
adalah lebih bersifat ideal yang bukan berkaitan dengan fakta sahaja. Dalam konteks
ini, sesuatu karya atau seni yang indah bukanlah hanya semata-mata terletak pada
karya atau seni itu tetapi ia adalah satu perasaan yang dihayati oleh khalayak ketika
meneliti. Hasilnya, sifat keindahan yang lahir daripada khalayak akan mewujudkan satu
kepuasan dan kesenangan yang dapat disebut sebagai estetika (Ku Zam Zam, 1984
dan Othman Mohd Yatim, 1989).
Read (1968) dalam bukunya, The Meaning of Art mendefinisikan seni sebagai
usaha untuk mencipta bentuk yang boleh melahirkan rasa kesenangan hati. Mengikut
beliau juga, seni yang menyenangkan boleh menyumbang kepada perasaan yang
dialami oleh pemerhati. Jadi dalam menilai seni, khalayak yang lebih menghayati seni
akan melahirkan satu perasaan suka dan senang pada jiwanya.
Ku Zam Zam (1984), menjelaskan bahawa keseniaan berkait rapat dengan
budaya kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsur budaya yang
melahirkan keseniaan ialah agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa.
Mengikut beliau, biasanya masyarakat membentuk keseniaanya yang tersendiri
berdasarkan pengalaman dan kehidupan yang dilalui. Keseniaan merupakan
pendorong kepada seseorang untuk bertindak dan mengakibatkan berkembangnya
ruang lingkup perasaan seseorang. Dalam menghayati seni, penghasilan seni yang
dapat memberi kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua, iaitu seni rupa
dua dimensi yang terdapat pada seni tekstil, dan seni rupa tiga dimensi yang dikenali
sebagai seni tampak yang terdapat pada seni ukir.
Moore (1942), menyarankan bahawa nilai keindahan sesuatu bentuk itu dapat
diukur melalui dua sudut, iaitu sudut objektif dan subjektif. Dari sudut objektif, ciri-ciri
yang dinilai adalah seperti bentuk objek atau karya itu. Bentuk karya yang menumpukan
kepada aspek-aspek yang nyata adalah berasaskan elemen rekabentuk seperti
warna,bentuk luar (shape), garis, tekstur, nada dan sebagainya. Selain bentuk
penilaian, keindahan secara objektif juga mengambil kira idea atau isi sesuatu karya itu.
Idea yang dimaksudnya disini merupakan gabungan kebijaksanaan daya pemikiran,
imaginasi dan emosi seseorang seniman dalam melahirkan karyanya. Untuk melahirkan
sesuatu karya yang harmoni, pencipta haruslah dapat menyatukan eleman reka bentuk
yang merangkumi warna, bentuk dan tekstur dalam bentuk kesatuan dan dalam masa
yang sama boleh memberi rangsangan kepada emosi, idea dan imiganasi. Hal ini
menggambarkan bahawa bentuk karya yang dilihat secara objektif merupakan struktur
luaran yang berasaskan reka bentuk. Oleh itu, masyarakat dapat menilai nilai estetika
menerusi pancaindera berdasarkan pandangan masing-masing.
Keindahan secara subjektif atau berdasarkan struktur dalaman pula diukur dari
sudut kegembiraan yang dirasai hasil daripada khalayak dan penilaian sesuatu karya
itu. Untuk menilai keindahan secara keseluruhan, seseorang perlu melihat secara
objektif karya itu dan juga merasakan keindahan itu secara subjektif. Penilaian secara
subjektif merupakan penilaian yang lebih bergantung kepada objek seni dan penilaian
itu sendiri. Dalam perkara ini, penilaian objek seni adalah berbeza antara individu
dengan individu yang lain.
Bagi masyarakat Islam, menilai keindahan adalah sesuatu yang digalakkan
seperti tercatat dalam hadis Nabi yang membawa maksud ‘Allah Itu Maha Indah, Dia
Sukakan Keindahan’. (Hadis Muslim). Ciri utama keseniaan Islam ialah keindahan, iaitu
sesuatu yang cantik, bagus benar, elok dan molek. Jarang sekali keindahan yang
dihasilkan oleh orang Islam melahirkan sesuatu bentuk lukisan manusia dan alam yang
naturalistik. Antara seni yang dihasilkan seni Islam adalah jenis yang rumit dan dikenal
sebagai ‘arabesque’ (tumbuh-tumbuhan yang digaya menurut sesuatu stail) yang terdiri
daripada beraneka bentuk seperti geometrik, tumbuh-tumbuhan yang digaya dan juga
kaligrafi (Othman Mohd. Yatim, 1989)
ESTETIK DALAM KARYA AGUNG
ESTETIK DALAM KARYA AGUNG
Konsep keindahan Melayu Klasik
Karya sastera memang mempunyai nilai estetik, sama ada tahap tinggi atau bertaraf
rendah. Nilai estetik ini seharusnya dapat menikmati sebagai nikmat ketika membaca,
menghayati dan memahami setiap hasil karya. Begitulah, bagi karya novel, cerpen,
puisi (pantun, syair, gurindam, seloka dan sajak) drama dan sebagainya ada terselit
nilai-nilai estetika dan keindahan.
Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang
membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus
lagi membawa maksud ‘kepekaan’ manusia terhadap sesuatu gaya penulisan. Estetik
juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception), iaitu
merupakan istilah estetika yang digunakan untuk kajian falsafah. Selain itu, estetika
juga membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman
bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang
memperkenalkan perkataan aisthetika.
Estetik adalah rasa indah pada umumnya dan tentang kesenian pada khususnya.
Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat dengan kesenian.
Apabila disentuh tentang keindahan, maka secara langsung akan diperkatakan perkara
berkaitan seni dan kesenian Estetika secara umumnya bermaksud keindahan. Oleh
sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni.
Nilai estetika itu sendiri melibatkan seni dan keindahan. Apabila dilihat dari konsep
yang berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsure ini dengan karya yang
dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang estetik iaitu indah dan berseni. Secara
umumnya, estetika dikaitkan dengan karya seni manusia atau mengenai alam semesta.
William Haverson mengatakan estetika adalah segala hal yang berhubungan dengan
sifat dasar nilai-nilai non-moral suatu karya seni. Estetika sering diungkapkan sebagai
persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan ‘falsafah keindahan’, kerana estetika
tidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut
perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, yang merangkumi bidang ilmiah,
antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalaman
estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung
pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi,
sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan,
Selain itu, estetika juga dapat dikaitkan sebagai keindahan yang berdasarkan
penglihatan iaitu seni rupa dan keindahan yang boleh didapati melalui pendengaran
contohnya, muzik. Oleh sebab itu, keindahan dapat diertikan sebagai keindahan yang
meliputi aspek keindahan seni, keindahan alam, keindahan moral, dan keindahan
intelektual. Estetika sebagai keindahan dan keagungan. Estetika juga merupakan
sebahagian penciptaan simbol- simbol yang wujud dari perasaan manusia sebagai hasil
kesenian dan juga sesuatu yang mewakili perasaan amnesia. Maksudnya, estetika
bersifat simbolisme iaitu simbol-simbol yang dimaksudkan bukan sahaja hasil karya
seni lukis tetapi hasil binaan yang mempunyai simbolik tersendiri hasil ciptaan manusia.
Sebagai contoh, seni binaan bangunan yang kaya dengan simbol dan keindahan
tersendiri seperti rekaan bangunan Menara Petronas, Kuala Lumpur.
Perkataan keindahan atau kata dasarnya indah merupakan salah satu istilah pokok
dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan
budaya Melayu menurut V.I. Braginsky dalam Aminudin Mansor ialah terdapat tiga
aspek yang jelas dinyatakan dalam karya sastera menerusi penggantian perkataan
indah dengan kata yang sama maksud. Menurutnya lagi, keindahan sesuatu karya
sastera dipercayai mampu mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa
penyembuh tetapi akibat daripada keindahan itu lebih penting iaitu manfaat yang
terselindung di sebaliknya. Misalnya, pembaca akan berasa tenang atau sebaliknya
bergantung kepada keadaan jiwa seseorang itu ketika menghayatinya.
Aspek pertama yang akan dibincangkan ialah berhubung dengan asal usul keindahan.
Pengertian indah dipadankan dengan cara tertentu melalui kuasa Tuhan atau kekayaan
Allah. Ianya meliputi kekuasaan Allah mencipta sesuatu yang tidak terbatas. Contohnya
kehadiran pelbagai kehidupan di muka bumi, sistem cakerawala, keindahan alam
semula jadi dan sebagainya sehinggakan yang tidak mampu ditanggapi oleh akal
manusia biasa.
Kedua, estetika Islam juga membezakan keindahan mutlak daripada keindahan
fenomena dengan menggunakan perkataan elok dan indah dalam karya sastera dan
karangan tasawuf Melayu. Manakala, aspek keindahan ketiga ialah estetik atau
keindahan tersembunyi, tetapi bentuk iaitu susunan kata yang baik, makna yang
berlapis-lapis mampu menyerlahkan keindahan sehingga dapat dihayati. Tanpa bentuk
yang baik pasti isi kandungan dalam sesebuah karya tidak mempunyai daya tarikan.
(Aminudin Mansor, 2012).
Estetik dalam Sulalatus Salatin
Unsur estetik merupakan satu unsur keindahan dalam berbahasa iaitu dengan
memberikan sifat manusia kepada benda lain. Unsur personafikasi yang dapat dilihat
dalam karya Sulalatus Salatin ialah:
“rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak; rupa payung segala raja-raja”
(Muhammad Haji Salleh, 1997: 26)
Dalam ayat di atas, pengarang telah menggunakan kata kerja berarak yang
dilambangkan sebagai unsur personafikasi kepada awan. Awan merupakan kata nama
yang tidak bernyawa, tetapi diberi sifat manusia kepadanya. Unsur ini digunakan untuk
menunjukkan keindahan bahasa.
Penggunaan Bahasa Istana
Tidak dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya bahasa Melayu Klasik kerap
berlaku berbanding dalam karya Melayu Moden. Watak utama di dalam karya bahasa
Melayu klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibatkan sultan, permaisuri,
anakanda, dayang, pembesar, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, penggunaan
bahasa istana amat diperlukan untuk mewarnai karya sastera tersebut agar lebih
menarik dengan keindahan bahasa istana yang sangat lembut dan berlapik.
Penggunaan bahasa istana juga diperlukan dalam karya bahasa Melayu klasik bagi
mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dapat
dijelaskan lagi menerusi contoh ayat yang dipetik daripada Hikayat hang Tuah yang
dikemukakan oleh Kassim Ahmad yang berbunyi:
Maka pada ketika itu juga baginda pun melengkapi anakanda baginda itu dengan inang
pengasuh dan dayang-dayang sepertinya. Maka tuan putera Kemala ratna Pelingan
dipeluk cium dan ditangisinya oleh ayahanda baginda.
(Kassim Ahmad, 1997 :5)
Namun begitu, penggunaan bahasa istana ini kurang digunakan di dalam bahasa
Melayu Moden. Hal ini telah dibuktikan apabila karya yang ditulis menggunakan bahasa
Melayu Moden kurang menggunakan tema keluarga diraja. Kebanyakan penulis akan
menggunakan tema berkaitan dengan masyarakat moden yang tidak akan dikaitkan
dengan keluarga diraja seterusnya penggunaan bahasa yang indah seperti bahasa
istana tidak dapat dikekalkan dan semakin ditinggalkan oleh masyarakat Melayu
Moden.
Penggunaan ayat yang panjang juga merupakan salah satu unsur estetik dalam karya
agung iaitu salah satu aspek yang dapat membezakan bahasa Melayu Klasik dengan
bahasa Melayu Moden. Ciri ini boleh dilihat melalui beberapa ayat yang terkandung di
dalam Hikayat Hang Tuah iaitu:
Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat
segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakainnya terlalu
indah-indah- rata terang itu pun dengan perhiasannya keemasan-datang mendapatkan
Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna munu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam
pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anaknya besar turun dari keinderaan.
(Kassim Ahmad, 1997: 6)
Contoh ayat di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa yang meleret-leret dalam
Hikayat Hang Tuah. Ayat yang panjang merupakan satu unsur seni bahasa yang
mampu menjadikan sesebuah karya menjadi menarik. Ianya juga dipercayai berpunca
daripada gaya bahasa hiperbola yang biasa terdapat di dalam hasil sastera klasik.
Gaya bahasa hiperbola bermaksud sesuatu perkara itu diceritakan secara berlebih-
lebihan. Tujuan utama penggunaan gaya bahasa ini adalah untuk menekankan
keistimewaan sesuatu benda atau perkara. Selain itu, penggunaannya juga dapat
meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca kerana melalui penggunaan
hiperbola, pembaca akan dibawa bersama untuk menghayati sesuatu cerita kerana
penggunaan gaya bahasa hiperbola dapat membantu pembaca menghayati sesuatu
peristiwa dengan lebih mendalam. Melalui contoh yang diberi di bawah, jelas kelihatan
daripada keindahan bahasa atau unsur estetik yang digarap oleh pengarang bagi
mewarnai hikayat Hang Tuah menggunakan unsur hiperbola.
“Segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaian terlalu indah-
indah-rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan”.
(Kassim Ahmad, 1997: 6)
Selain itu, dalam karya klasik atau karya agung juga turut menggunakan penggunaan
imbuhan ‘nya’ untuk mengekalkan unsur estetik dalam karya. Penggunaan imbuhan
‘nya’ boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang beberapa kali. Ganti
nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi
tujuan meringkaskan sesebuah ayat. Penggunaan imbuhan ‘nya’ ini bertujuan
mengelakkan daripada kekerapan menggunakan ayat yang panjang seterusnya
menjadikan karya tersebut suatu karya yang tidak menarik, menyebabkan pembaca
menjadi bosan untuk meminati sesebuah karya. Sebagai contoh ayat yang
menggunakan imbuhan ‘nya’ dalam hikayat Hang Tuah ialah:
Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genaplah
bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang lelaki, terlalu elok rupanya
sikapnya. (Kassim
Ahmad, 1997: 11)
Berdasarkan contoh ayat di atas, menunjukkan penulis telah mengulang sebanyak
empat kali imbuhan ‘nya’ dalam satu ayat. Ayat tersebut ditulis sebegitu bagi
menjelaskan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat
orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan
sesebuah ayat itu berbelit-belit dan sukar difahami. Keadaan ini menunjukkan bahawa
penulis sangat bijak menggunakan bahasa dan memperlihatkan unsur estetik dalam
karya tersebut. Keindahan karya juga terletak kepada kebijaksanaan penulis untuk
menterjemahkan jalan cerita menggunakan seni bahasa yang dapat menarik minat
pembaca.
MAKNA LUARAN DAN MAKNA DALAMAN
Mengikut Webster, estetik ialah pembelajaran tentang falsafah kecantikan dan ia juga
merupakan pandangan luar sesuatu hasil seni (Weitz). Perkataan ini berasal daripada
perkataan ‘aisthetikos’ yang bermaksud sensitif. Perkataan ini berkembang daripada
perkataan ‘aisthannesthai’ yang bermaksud ‘to perceive’ (tanggapan). Estetika
merupakan satu cabang falsafah keindahan, dari sinilah kriteria andaian rupa luar
sesuatu seni dinilai (Beardley, 1966). Kamus Dewan (1979) turut memberi pengertian
estetik sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang
indah.
Sidi Gazalba (1977) dan Bearsley (1966) turut mengemukakan teori keindahan yang
dikemukakan oleh ahli falsafah metafizikal dan psikologikal oleh Plato, Plotinus dan
Hagel. Mengikut mereka, teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah tentang
keindahan mempunyai persamaan dan kebenaran , kebaikan dan mutlak
(‘Beauty=truth= the good=the absolute’). Perkara ini telah disokong oleh Othman Mohd.
Yatim (1989), yang turut menyatakan keindahan selalunya dikaitkan dengan rasa yang
menggembirakan, menyenangkan, memuaskan yang baik dan dihargai. Beliau
menambah lagi, sesuatu yang menggembirakan dan menyenangkan biasanya rasa
yang lahir daripada khalayak terhadap objek yang indah, yang dikatakan mempunyai
seni dalam konteks kebudayaan dan kesenian yang berfungsi memenuhi nilai estetik.
Menurut Ku Zam Zam (1984), dalam menghayati estetika atau keindahan,
khalayak seni akan tertarik kepada sesuatu objek yang indah boleh menyebabkan
timbulnya rasa persatuan yang sejati dengan objek itu sehinggakan melahirkan
kebebasan dan kesempurnaan pada jiwa. Rasa yang menggembirakan atau
menyenangkan itu akan wujud apabila individu itu ditemukan dengan objek-objek yang
indah yang selalunya dikatakan mempunyai seni (Ku Zam Zam). Dalam konteks
kebudayaan , bidang yang berfungsi memenuhi nilai estetik manusia iaitu bidang
kesenian. Ku Zam Zam (1984) turut menjelaskan bahawa kesenian berkait rapat
dengan budaya kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsur
budaya yang melahirkan kesenian ialah agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga
bahasa. Mengikut beliau, biasanya masyarakat membentuk keseniannya yang
tersendiri berdasarkan pengalaman dan kehidupan yang dilalui. Kesenian merupakan
pendorong kepada seseorang untuk bertindak dan mengakibatkan berkembangnya
ruang lingkup perasaan seseorang. Dalam menghayati seni, penghasilan seni yang
dapat memberi kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua, iaitu seni rupa
dua dimensi yang terdapat pada seni tekstil, dan seni rupa tiga dimensi yang dikenali
sebagai seni tampak yang terdapat pada seni ukir.
Dari segi psikologi, keindahan merupakan sesuatu yang dapat dinilai oleh
pancaindera atau deria rasa. Dalam perkara ini, akal memiliki deria rasa fikiran atau
kemahuan (nafsu) dan juga deria rasa. Deria rasa pula mempunyai kepentingan yang
berbeza dengan indera rasa yang lain seperti makanan dan juga undang-undang moral
yang mempunyai kepentingan yang berbeza. Dari segi penilaian pula, keindahan
adalah lebih bersifat ideal yang bukan berkaitan dengan fakta sahaja. Dalam konteks
ini, sesuatu karya atau seni yang indah bukanlah hanya semata-mata terletak pada
karya atau seni itu tetapi ia adalah satu perasaan yang dihayati oleh khalayak ketika
meneliti. Hasilnya, sifat keindahan yang lahir daripada khalayak akan mewujudkan satu
kepuasan dan kesenangan yang dapat disebut sebagai estetika (Ku Zam Zam, 1984
dan Othman Mohd Yatim, 1989).
Moore (1942), menyarankan bahawa nilai keindahan sesuatu bentuk itu dapat
diukur melalui dua sudut, iaitu sudut objektif dan subjektif. Dari sudut objektif, ciri-ciri
yang dinilai adalah seperti bentuk objek atau karya itu. Bentuk karya yang menumpukan
kepada aspek-aspek yang nyata adalah berasaskan elemen reka bentuk seperti warna,
bentuk luar (shape), garis, tekstur, nada dan sebagainya. Selain bentuk penilaian,
keindahan secara objektif juga mengambil kira idea atau isi sesuatu karya itu. Idea yang
dimaksudkannya di sini merupakan gabungan kebijaksanaan daya pemikiran, imaginasi
dan emosi seseorang seniman dalam melahirkan karyanya. Untuk melahirkan sesuatu
karya yang harmoni, pencipta haruslah dapat menyatukan elemen reka bentuk yang
merangkumi warna, bentuk dan tekstur dalam bentuk kesatuan dan dalam masa yang
sama boleh memberi rangsangan kepada emosi, idea dan imaginasi. Hal ini
menggambarkan bahawa bentuk karya yang dilihat secara objektif merupakan struktur
luaran yang berasaskan reka bentuk. Oleh itu, masyarakat dapat menilai nilai estetika
menerusi pancaindera berdasarkan pandangan masing-masing.
Keindahan secara subjektif atau berdasarkan struktur dalaman pula diukur dari
sudut kegembiraan yang dirasai hasil daripada khalayak dan penilaian sesuatu karya
itu. Untuk menilai keindahan secara keseluruhan, seseorang perlu melihat secara
objektif karya itu dan juga merasakan keindahan itu secara subjektif. Penilaian secara
subjektif merupakan penilaian yang lebih bergantung kepada objek seni dan penilaian
itu sendiri. Dalam perkara ini, penilaian objek seni adalah berbeza antara individu
dengan individu yang lain.
Sebagai contoh:
“ … Maka dilihatnya seekor pelanduk putih, seperti kambing besarnya, berhadapan
dengan anjingnya. Maka oleh pelanduk itu digigitnya akan anjing kedua itu. Maka anjing
itu pun berteriak keduanya lalu terjun ke dalam sungai itu. Maka pelanduk itu pun
mengusir anjing keduanya. … “ Ya Tuanku Syah Alam, ada patik dengar kata orang
tua-tua patik, jika ada pelanduk putih pada hutan atau barang tempat sekalipun, baiklah
tempat, patut diperbuat negeri; berdaulat negeri, tuanku.”
(Hikayat Hang Tuah : 64)
Petikan tersebut memberi tafsiran secara tersurat (luaran) dan juga tafsiran secara
tersirat (dalaman). Dari segi luaran, teks Hikayat Hang Tuah tersebut memberi makna
bahawa Tuanku terlihat ada dua ekor pelanduk di dalam hutan tempat baginda berehat
menggigit anjing baginda. Selepas digigit, anjing tersebut telah berteriak dan terjun ke
dalam sungai. Kemudian, seorang pembesar tuanku telah menyatakan bahawa, kata
orang tua-tua sekiranya ada pelanduk putih dalam hutan tersebut, itu merupakan
petanda bahawa tempat itu sesuai untuk dijadikan negeri.
Makna dalamannya pula ialah pada ketika Tuanku Syah Alam sedang berehat di bawah
sepohon pokok, Hang Tuah telah mengkhabarkan kepada Tuanku tentang Anjing
pemburuannya yang telah dikalahkan oleh seekor pelanduk putih. Tuanku Syah Alam
tertarik dengan cerita yang disampaikan dan bertanya kepada salah seorang pembesar
tentang peristiwa tersebut. Pada pandangan pembesar, menurut cerita yang di
sampaikan oleh orang tua-tua, jika terdapat seekor pelanduk putih, maka tempat itu
amat sesuai untuk dibuka sebuah negeri. Berdasarkan kepada peristiwa dan pendapat
yang diberikan oleh pembesar, Tuanku Syah Alam berpendapat, jika dibuka sebuah
negeri, negeri tersebut akan maju dan kuat.
Sulalat al-Salatin
Adikarya Akalbudi Melayu.
Muhammad Haji Salleh
Wabihi nasta ina billahi
Walau pun kritikan sastera meletakkan dasar yang rasional untuk penilaian sesebuah
karya namun begitu dalam ruang gerak bidang ini kita dibenarkan merasa ghairah,
merasa terkesan oleh pencapaian besar sebuah adikarya, secara yang istimewa
dan/atau menyentuh diri secara peribadi. Tetapi pembacaan karya sastera adalah suatu
tindakan yang masih berpijak pada tanah kenyataan yang cukup pejal - tanah sastera
yang tua dan bertradisi kukuh -- seni yang bersandarkan bahasa dan pengkisahan.
Maka dengan izin kritikan sastera ini saya memerikan gumpalan pengalaman saya
sewaktu menikmati sastera Melayu, mungkin dengan palitan ironi bahawa hal ini saya
lakukan setelah mempelajari sastera Inggeris, Jepun dan China. Dengan rasa
bahawa saya sedang berdiri di depan rimba rahasia fikiran leluhur maka sebagai
seorang pembaca Melayu, betapa pun saya terpisah dari akar ini, dan juga sebagai
seorang pengarang yang menghadapi pendahulunya, saya berdiri kagum. Inilah
suatu pengalaman bandingan, bukan saja dengan sastera barat tetapi juga dengan
karya-karya timur atau Afrika lainnya. Pengalaman ini cenderung mengatakan dalam
seluruh sastera berbahasa Melayu tiada sebuah karya pun yang menawan, mengesan-
ghairahkan seintens Sulalat al-Salatin/ Sejarah Melayu. Saya melalui suatu
pengalaman agung membaca sebuah karya agung, yang sering saya bandingkan
dengan membaca Shakespeare atau Goethe atau Ramayana. Sebuah karya yang baik
kekal lama dalam diri pembacanya dan malah bangsa yang menciptanya. Dan yang
dialami bukan saja suatu pengalaman estetik yang sublim tetapi juga pengalaman
perasaan dan akaliah yang bermakna, dan (untuk menggunakan istilah Robert Frost)
`membijaksanakan.’
Rasa tertawan, ghairah, dan dibijaksanakan ini menyerbu secara serentak, dari
berbagai sudut dan peringkat sekaligus, dan bukanlah suatu kesan yang simpel atau
berdimensi tunggal. Karya-karya besar seperti Sulalat al-Salatin, mengikut pandangan
Timothy Reiss (1992:5), memberi kepuasan daripada empat sudut, iaitu epistemologi,
estetik, moral dan politik. Kita dipuaskan oleh pemindahan ilmu dan maklumat, oleh
pengalaman keindahan karya itu, kesan kesimpulan moral serta makna politiknya.
Karya yang lebih besar akan mengesan secara lebih kompleks, tetapi juga lebih
menyeluruh dan kuat.
Dari sudut lain pula, sebagai pengkagum bahasa, saya ditawan oleh kebolehan Tun
Seri Lanang membancuh bumbu dasarnya untuk menghidangkan kita dengan pesta
bahasa yang nikmat. Sebagai seorang yang mencari sudut pandangan, akar konsep
dan keunikan sastera Melayu maka dalam karya ini saya dihadiahkan berbagai
bayangan teori sastera oleh mukadimah dan modus operandinya, oleh kata-kata dan
konsepnya. Sebagai seorang penyair dan pengamal sastera saya bersyukur dapat
contoh unsur-unsur puisi dan struktur karya yang istimewa. Pemerian dan mot justnya
memuncakkan rasa cemburu saya. Sebagai seorang yang sesekali diminta menulis
tentang kejayaan sastera Melayu karya maka saya melihat Sulalat al-
Salatin sebagai berada di atas sebuah bukit besar seni, kerana keunikan dan
keistimewaannya.
Dalam mukadimahnya Sulalat al- Salatin, versi awal atau yang dapat disebut versi pra-
Gowa atau Pasir Raja, (untuk mengelak penggunaan nama Shellabear dan Raffles
yang mengedit atau mengumpul, dan nama mereka tidak pula membayangkan tempat
atau negeri penulisannya) yang amat langka dan amat menjelaskan itu, karya
ini memerikan dirinya sebagai karya yang oleh pengarangnya di`…himpunkan
daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala…’ Inilah metodologi atau
pendekatan penyelidikan/ pengumpulan yang dipilih pengarang untuk mendapatkan
maklumat dan kisahnya, dan seterusnya menjadi rangka struktur yang membina karya
ini (Tun Seri Lanang, 1997: 4). Sementara itu dalam versi yang dibawa pulang dari
Gowa, atau yang saya namakan versi Batu Sawar, yang sudah ditambah dengan
santun mukadimah sastera Islam-Parsi, sebahagiannyca bercontohkan Bustan al-
Salatin, karya ini dilihat pula sebagai `mutiara segala ceritera dan cahaya segala peri
umpamanya.’ (Abdul Samad, 19798:3). Bahawa karya ini diminta untuk `diperbaiki,’
oleh Yang Dipertuan di Hilir (Raja Abdullah), untuk dikarang semula, juga
menyatakan betapa pentingnya karya asalnya ini. Inilah karya yang dipenuhi
maklumat tentang berbagai-bagai hal - daripada salasilah hinggalah kepada
peperangan, senibina, adat istiadat serta undang-undang, yang oleh Reiss disebut
sebagai fungsi epistemologi. Inilah salah satu sebab yang memperakukannya kepada
kepada Raja di Hilir Johor dan seluruh bangsa Melayu pada masa itu dan
seterusnnya pada masa setelah itu. Dalam tradisi Melayu tindakan ini adalah suatu
tindakan kritikan, dan boleh dianggap sebagai suatu cebisan kritikan sastera awal orang
Melayu terhadap karya ini, yang disanjung sebagai salah sebuah yang terbaik, tersohor
dari antara beberapa karya lainnya. Di dalamnya terbayang bukan saja genius
pengarangnya tetapi juga genius sastera serta bangsa yang menciptanya. Selain
dalam Sulalat al-Salatin, genius ini, pada pendapat saya, terlihat hanya dalam pantun
dan peribahasa Melayu. Malah Hikayat Hang Tuah yang amat traumatis kesannya
kepada bangsa Melayu tidak sekuat atau sedalam kesan atau pencapaiannya.
Walau pun Abdullah Munsyi jarang positif tentang orang Melayu, tetapi beliau cukup
memuji Sulalat al-Salatin. Jadi terdapat suatu julat pengiktirafan serta pemujian
terhadap karya, dari zaman kerajaan Johor pasca-Melaka hinggalah kepada zaman
Abdullah dan zaman kita hari ini.
Merintis Sejarah
Dalam pengenalan kepada Sulalat al-Salatin (1997) ini saya pernah
memeperlihatkan betapa besar jumlah naskhah karya ini dan hakikat bahawa kita
dapat menemuinya di seluruh dunia, dari Kuala Lumpur ke Jakarta dan London, dari St
Petersberg ke Leiden dan Manchester. Penyalinan yang begitu sering adalah suatu
cara mengiktiraf karya itu, juga suatu pernyataan kritikan terhadap kenyataan karya.
Komentar sastera di zaman tradisional disebut secara lisan dan malangnya menjadi
senyap setelah kata yang diucapkan itu berakhir. Pada hari ini kita tidak dapat
mendengarnya lagi dan tidak dapat mengutip atau menilainya.
Sementara itu penerimaan terhadap karya ini bukan saja terlihat di dalam negeri sahaja
- di Malaysia dan Indonesia, tetapi kita disedarkan kepada hakikat betapa ramai
peminat dan pengkajinya yang berasal dari England, Perancis, Belanda, Jerman dan
China.
Dalam bandingan dengan bangsa-bangsa Melayu orang-orang Eropah lebih
terbiasa serta teradat untuk menurunkan pandangan dan pendapat mereka tentang
karya-karya sastera mereka sendiri atau yang ditemui luar dari sempadan bangsa dan
negara mereka. Oleh yang demikian pegawai-pegawai Inggeris, pengkaji Belanda
serta Perancis, yang datang ke Tanah Melayu dan Kepulauannya sering menurunkan
catatan mereka tentang karya yang merkea sukai. Di antara yang dikagumi mereka
ialah Sejarah Melayu - Sulalat al-Salatin. Penulis yang terawal mencatat
pendapat tentang kitab ini ialah Petrus van der Vorm, seorang pelayar Belanda yang
mengumpul dan menerbitkan sebuah perbendaharaan kata Melayu, Collectanea
Malaica Vocabularia of Malaische Woordboekameling (1707-08). Roolvink dalam
(Brown, (1970:xvii-xviii) mengutip beliau,
Finally, it must be said that any one interested in the
Malay language ought to study the work … not only
on account of the language but also because of the
contents which inform us about the descent of the Malay
kings and the princes of the Malay kingdom and the fortunes
of the Malay kingdom till the coming of the Portuguese.
Pengiktirafan kepentingan dari sudut bahasa dan isinya ini diulang atau
disambung oleh ramai pengkaji lainnya. Ternyata buku ini bukan saja membantu
pembaca menikmati contoh bahasa yang baik tetapi juga sejarah yang cukup lengkap
tentang Melaka dan tanah jajahannya, terutama dalam situasi di mana tiada banyak
buku yang membentang sejarah bangsa Melayu secara menyeluruh.
John Leyden dari England pula merasa karya ini penting sehingga beliau telah
menyediakan sebuah terjemahan Inggeris untuknya (1821). Raffles telah memberi
pengantar kepadanya, dan buku itu diterbitkan setelah meninggalnya Leyden.
Seterusnya di Perancis, di antara pengkaji yang sebenarnya tidak banyak hubungan
kolonial dengan bangsa Melayu, Dulaurier tidak ketinggalan pula menyalinnya ke
dalam bahasa Perancis dalam tahun 1849, sebagai sebahagian daripada Collections
de principales Chroniques Malayes, Kumpulan Karya-karya sejarah Melayu terpenting
(Paris 1849-1856). Hans Overbeck, pelayar Jerman, yang juga pernah datang ke Alam
Melayu, telah mengalihbahasakannya ke dalam bahasa Jerman pada tahun 1938, dan
karya itu dinamakan Malaiische Chronik, Sejarah Melayu, (1938). Nampaknya
terjemahan Leyden kurang beredar dan pada pandangan C.C. Brown kurang
memuaskan. Oleh yang demikian beliau telah menterjemahkannya semula, kali ini
berdasarkan naskhah Raffles MS Malay 18 yang tersimpan di Royal Asiatic Society,
London, dan berlandaskan transkripsi Winstedt (1970). Pegawai kolonial dan pengkaji
yang inign mencari rahsia serta ilmu tentang orang Melayu akan menemuinya di
halamannya. Di sana tergambar bayangan dan contoh cara berfikir, bertindak, menulis
dan menghadapi seni yang cukup unik. Di sinilah juga dilihat konsep-konsep
pentadbiran, kerajaan, sejarah, ilmu, diplomasi, kewiraan, agama yang mendasari
bangsa itu, dari awal hingga zaman pasca-Melaka. Sekiranya dikumpul dan
dicantumkan unsur-unsur ini maka dapat dilihat garis kasar dan halus apa yang
mungkin disebut sebagai ‘jati diri’ bangsa Melayu. Walau mitos berjalinan dengan fakta,
seni bergandingan dengan logika, namun inilah kenyataan bangsa yang berteraskan
cara berfikir dan imaginasinya sendiri.
Tun Seri Lanang menulis dari suatu tradisi sastera Melaka yang membawakan
pengalaman dunia luas. Unsur-unsur India sudah sering disebutkan dan agak jelas
kelihatan. Tetapi di samping itu unsur Jawa, Parsi, Arab dan malah Portugis dapat kita
lihat dalam istilah, bahasa, gaya atau struktur penyususnan bab dsb. Kita dapat
bersetuju dengan Winstedt bahawa pengarang ini mengetahui bahasa-bahasa Jawa,
Arab dan Parsi (1969: 154) Ada bukti yang cukup pejal untuk pendapat ini. Bahasa
Jawa digunakan dalam geguritan khusus tentang Hang Tuah, mukadimah jenis Parsi
digunakan di awal karya dan seterusnya kutipan Arab dari Quran, hadith dan
peribahasa menjadi kebiasaan karya ini.
Tun Seri Lanang adalah seorang manusia yang berilmu dan terdapat beberapa
sudut kesarjanaan pada tulisan dan pengetahuan beliau. Karya ini sebenarnya adalah
suatu puncak intelektual bangsa Melayu.
Dalam kehidupannya juga Tun Seri Lanang bukanlah manusia biasa, tetapi seorang
bendahara yang berat dan besar tanggungjawabnya. Beliau manusia publik, walau pun
dalam bukti karyanya kita lihat juga sudut peribadi yang baik dan halus. Beliau juga lahir
dan wujud pada zaman pasca-Melaka yang cukup canggih, yang tidak sedikit menjadi
manfaat hubungan istana serta negara dengan negara-negara luar. Semua ini
bercantum untuk menjadikan beliau manusia pengarang yang luar biasa ini.
Genius Tun Seri Lanang dapat ditemui dalam bakat besarnya, dalam tebaran
persoalan yang luas dan tema besar yang universal dan peribadi, julat watak dan
pelakon sejarah yang dimasukkan ke dalam Sulalat al-Salatin dan akhir sekali bahasa
yang istimewa terlentur untuk berbagai persoalan, suasana dan situasi.
Bakat sebagai dasar Genius
Mungkin dari awalnya lagi Tun Seri Lanang sudah terkenal sebagai orang yang pandai
berkisah, yang mempunyai suara bercerita yang baik dan mungkin juga selalu dirujuk
dalam hal sejarah dan sastera, kerana beliau mengetaui hal-hal ini, berbading dengan
pegawai-pegawai istana lainnya. Bakat sastera beliau pasti sudah terjelma sebelum
beliau dilantik menjadi bendahara. Mungkin sewaktu beliau belasan tahun beliau sudah
selalu mendengar tukang cerita lainnya, cuba mengikut mereka dalam gaya dan
sebutan. Di dunia sastera bertulis juga beliau pasti sudah melihat beberapa orang
penyalin/pengarang membongkok di atas meja rendah, sambil bersila untuk
menulis/menyalin karya-karya disukai pada masa itu. Beliau pun sudah beberapa kali
mencobanya. Inilah cara biasa seorang anak muda dilatih secara tidak rasmi, dan Tun
Seri Lanang pun kemungkinan besar mengikut alur latihan yang agak sama. Kerana
untuk menulis di peringkat dan kehalusan karya seperti yang kita saksi pada Sulalat al-
Salatin ini sudah tentu pengarang ini harus melatihkan diri secara langsung atau tidak
langsung untuk suatu jangka waktu yang cukup panjang. Melihat, mendengar, meniru,
mengucap cerita dan berkisah adalah cara dia berlatih. Hasilnya menunjukkan bahawa
Tun Seri Lanang adalah seorang yang amat pintar, dan lebih dari itu, adalah seorang
yang bijaksana. Dengan kecerdasan alamiah dan perasaan halus serta dalam, beliau
telah dapat menangkap dan melukis kembali gerak suara, suasana hati kekasih
dan kelicikan politik yang mejalar di atas dan di bawah lantai istana. Beliau juga
adalah manusia mulia, bersih, menyanjung dan memperjuangkan manusia dan
masyarakat yang baik dan utuh. Dalam waktu sebelum penyerangan Portugis kita lihat
bagaimana beliau menangkap jaringan tipis korupsi dalam bahagian akhir sejarah
Melaka, yang seterusnya meruntuhkan segala yang baik dan mulia yang telah dibina
oleh beberapa generasi sebelumnya. Manusia ditelan kerakusan dan Bendahara Seri
Maharaja sendiri terjebak oleh wang pemberian Raja Mendeliar, yang dewasa ini
dapat kita baca sebagai rasuah. Kata Bendahara, dengan tanpa banyak bicara,
`Baiklah, tuan hamba memberi hamba, hamba ambil.’ (Tun Seri Lanang,
1977:160). Kata hati, kemuliaan diri dan maruah seorang bendahara tercicir sewaktu
beliau menerima emas itu. Cerita ini berakhir dengan sedih, kerana cerita ditambah
kepada kenyataan, musuh dikumpul dan rancangan dibesarkan, dan akhirnya
Bendahara dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud kerana dituduh hendak menderhaka.
Gambaranya diturunkan dengan tanpa banyak komentar. Peristiwa dibenarkan oleh
pengarang untuk berhujah sendiri, dengan cara yang malah lebih berkesan. Inilah di
antara pemecah Melaka.
Bakat besar sastera ini berintikan keupayaan menangkap kehidupan, memilih daripada
deretan peristiwa yang panjang dengan wawasan dan mata perenung, dan untuk
mengolahnya kembali dalam susunan baru di kertas atau suara, dengan bantuan
estetika dan kekuatan bahasanya. Pengarang mempunyai peribadi dan pandangan
yang selalu menilai, dalam maksud akal yang evaluative - dengan cara langsung atau
tidak langsung. Beliau mengambil ukuran nilai agama dan Melayu sebagai landasan.
Diambil juga istiadat dan peraturan yang digunakan luas sebagai ukuran. Pengarang
menilai dengan kata hati seorang penulis yang sesekali memisahkan dirinya dan berdiri
di luar istana untuk menilai istana itu. Inilah suatu situasi yang cukup menyulitkan
sesiapa saja, terutama kerana yang dikisahkan itu aialah leluhurnya sendiri, dan yang
menjadi penaungnya juga adalah rajanya dan mengikut salasilahnya juga bersaudara
dengannya. Namun, nampaknya beliau dapat membebaskan diri daripada raung
keluarga dan terus berperanan sebagai pengarang yang lebih bebas dan lebih
berlandaskan kebenaran dan keadilan - nilai-nilai yang beliau anggap penting untuk
masyarakatnya.
Kata hatinya bukan saja bersifat moralistik tetapi menilai juga di bidang politik, yang
tampaknya tidak diperkirakan sebagai terpisah dari etika Melayu. Pandangan beliau
tentang kuasa juga berbagai-bagai, tetapi umumnya berlandasakan ukuran moral.
Pada suatu sudut beliau menyokong raja yang sah - seperti menyebelah Raja Kasim
yang menjadi nelayan setelah adindanya dipilih menjadi Raja Melaka, kerana beliau
berhak merebut kembali haknya, dan Melaka tidak harus dikuasai oleh Rokan. Namun
demikian apabila seseorang raja melanggar batas-batas yang dianggap suci maka
beliau membenarkan orang seperti Tun Biajit (Tun Seri Lanang, 1997:157), mangsa
Sultan Mahumud, yang bermukah dengan isterinya, `menimang lembing’ dan memarahi
sultan. Sultan dilukiskan sebagai mengaku kesalahannya:
Maka segala hamba raja itu hendak gusar. Maka titah
baginda,`Jangan kamu sekalian amarah, kerana katanya itu benar.
Sebab sedia salah kita padanya, hukumnya patut dibunuhnya
oleh dia. Hamba Melayu tidak mau durhaka mengubah setianya,
maka demikian itu lakunya.’
Lukisan tentang Sultan Mahmud yang lama bertakhta itu mempunyai berbagai jalur dan
warna, dibentang dalam berpuluh peristiwa dan perbuatannya. Pada pandangan saya
cara ini melambangkan tandanya Tun Seri Lanang cukup saksama, dan selalu menilai
dengan kritis. Sultan Mahmud dihukum seperti dalam episod di atas, atau dalam
episod Tun Fatimah, yang dibunuh ayahnya dan suaminya, dan dia sendiri dipaksa
menjadi isteri kepada sultan. Namun begitu juga dia hampir-hampir dipuji di mana
dirasakan perlu, seperti dalam episod setersunya (Tun Seri Lanang: 1997:209)
Ada pun akan Tun Fatimah terlalu sangat percintaannya akan
bapanya. Selama ia diperisteri oleh Sultan Mahmud Syah,
jangankan ia tertawa, tersenyum pun ia tiada penah. Maka baginda
turut masyghul, terlalu sangat menyesal diri baginda.
Hatta maka Sultan Mahmud Syah pun membuangkan kerajaan baginda. Maka
anakanda baginda itu, Sultan Ahmad dirajakan
baginda.
Cukup jelas kelihatan bahawa Tun Seri Lanang mempunyai piawai keadilan yang
tinggi, dan lebih luas daripada itu mempunyai piawai budaya yang sama tersohornya.
Dia sendiri menjadi lambang seorang manusia yang hidup dalam suatu tamadun yang
bangga dengan pencapaiannya dan yakin pula dengan apa yang dicapainya.
Gaya yang muncul dari keyakinan diri, tamadun dan kematangan peribadi ialah yang
anggun, terhormat dan mulia.
Walau pun manusia harus dinilai perlakuannya tetapi sebagai seorang pengarang Tun
Seri Lanang melihat bahannya dengan daya imaginasi yang amat subur, yang
membenarkan, dalam lingkungan tradisinya, imaginasi itu mencipta dan menghias,
mencari strategi dan rupa pengkisahan yang berkesan tetapi indah. Dalam tulisannya
tercantum unsur dialognya dengan sastera lama Melayu dan sastera Islam (termasuk
dari India). Cerita Raja Culan turun ke Aftab al-Ard adalah bayangan imaginasi seorang
genius. Kita harus membacanya bukan sebagai mitos kosong tetapi sebagai alegori
seorang manusia yang sudah menakluki seluruh dunia dan ingin meneroka dunia
lainnya, dan ingin juga terus menaklukinya. Sementara itu dunia di bawah laut itu
terkurung oleh sempadannya dan hidup dengan nikmat kejahilannya. Raja negeri itu
mendengar dengan takjub. Setelah diperkenalkan kepada Raja Culan beliau bertanya,
`Adakah dunia lain dari dunia kami ini?’ Dalam soalan Raja Aftab al-Ard terdengar juga
jawapan Hamlet kepada Horatio dalam Hamlet Shakespeare,`There are more things in
heaven and earth, Horatio,/Than are dreamt in your philosophy.’ Manusia hanya dapat
menguasai atau memimpi secebis kenyataan dan khayalan. Di luarnya dunia dan
cakerawala masih luas. Cerita di bawah laut ini dikayakan imaginasi, diperkuatkan oleh
alegori cakerawala manusia yang tak terbatas. Begitu juga cerita Singapura dilanggar
todak dan kisah Puteri Gunung Ledang diabadikan di peringkat mitos dan alegori, yang
tidak berjejak kepada kenyataan kasar tetapi berterbangan dengan makna yang lebih
sarwa jagat dan dapat dinikmati oleh berbagai golongan manusia dan zaman.
Kita telah saksikan bagaimana Tun Seri Lanang amat cekap menangkap
persoalan besar dalam gerak sejarah yang lebar. Tetapi ada suatu lagi cabang
bakatnya yang sama mengkagumkan, iaitu menemukan episod kecil yang membawa
makna besar, yang menyentuh manusia seluruhnya. Episod begini, biasanya dilakar
dengan cara yang agak sederhana, cukup cepat beralih arus dan berubah jadi
tragedi, seperti dalam cerita bendahara membunuh diri kerana pintu ditutup sewaktu
dia akan datang mengadap raja. Atau kita dapat lihat episod Raja Zainal Abidin,
saudara Mahmud Syah yang baik paras,`seorang pun tiada taranya pada zaman itu,
baiknya tiada bercela lagi, kelakuannya pun terlalu baik, sedap manis, pantas, pangas.’
Zainal yang tampan dimusnahkan oleh rupanya sendiri kerana dicintai oleh berbagai-
bagai wanita dan oleh itu sultan telah murka akan dia.
Bakat bahasa
Tun Seri Lanang menganugerahkan `anak cucunya’ sejumlah kata, baris dan citra,
yang kekal dalam bahasa Melayu (dan imaginasi bangsa ini), yang diwarisi dariSulalat
al-Salatin. Kata-kata dan frasa seperti `hak rasanya,’ `sebicara’ `kerincangan,’ `junun,’
`gantal dan lekat’ dan `berbuang-buangkan’ memperkayakan khazanah naratif kita.
Kata dan frasa yang tepat menyampaikan maknanya ini pasti diciptakan berkat
bakatnya, dan digunakan dalam adunan situasi serta keperluan.
Tetapi di antara hal-hal yang sulit untuk disampaikan ialah perasaan
manusia, terutama apabila dibentangkan dalam ruang episod yang terbatas. Tetapi
syukurlah kerana Tun Seri Lanang adalah tukang dan ahli dalam seni episod
dan vignette, yang dalam ruang kecil dapat memunculkan perasaan seseorang watak
dengan cara yang cukup berkesan, bukan saja yang jelas, tetapi juga jaluran-jaluran
temaramnya, termasuk rasa merajuk, jengkel, ironi dan sinis, yang terkenal payah itu.
Misalnya dalam episod Seri Nara al-Diraja dititah untuk menangkap wakil Raja Siam di
Pahang (Tun Seri Lanang , 1997:17-110), yang bernama Maharaja Sura, anak buah
Seri Nara agak tidak sabar kerana ketua mereka masih memburu kerbau liar di tepi
sungai sementara yang diburu sudah jauh ke hadapan. Di suatu pihak mereka takut
tujuan mereka tidak tercapai dan dimurkai Raja Melaka, di pihak lainnya mereka juga
agak takut dengan ketua mereka yang hadir di pasir dan seperti tidak menghiraukan
titah ini. Cerita berputar kembali apabila kita diberitahu bahawa strategi Seri Nara
Diraja yang agak misterius itu cukup berkesan dan Maharaja Sura dapat ditangkap
kerana waktu tindakan disesuaikan dengan tepat sekali. Banyak episod karya ini
adalah bentangan halus dan kompleks situasi dan perasaan manusia. Inilah
pencapaian besar Tun Seri Lanang yang mengekalkan seni dan cerita-ceritanya dalam
khazanah anak cucunya.
Tebaran Persoalan
Seorang pembaca bukan Melayu yang berasal Melaka (dan Johor) akan cepat sedar
akan perspektif karya yang berpusatkan kepada kerajaan Melaka dan bangsa Melayu.
Inilah tumang penting dan karya ini tidak berubah arah atau kesetiaannya walau pun
Melaka telah kalah dan raja mengungsi jauh ke Sumatera. Pandangan dan
kecenderungan dapat kita sebut sebagai etnosentrik, yang berpusarkan bangsanya,
dengan penuh setia dan rasa benar.
Dalam pandangan dan rangka inilah pengarang menakluki aliran sejarah,
mengabadikan waktu yang bergerak pantas dan cepat menghilang itu. Oleh kerana
bentuknya berlandaskan sejarah, dan ruang waktu cukup lebar, bergandingan dengan
ruang geografi yang sama luasnya, maka hal-hal yang dimasukkan ke dalam karya ini
juga amat rencam dan berbagai-bagai.
Oleh itu kita saksikan bahawa pengarang memulakan dari awal lagi - asal usul kejadian
alam, dengan pujian kepada Allah s.w.t. dan salawat terhadap nabi Muhammad,
sebelum menyentuh benang salasilah raja-raja Melayu. Setelah permulaan ini negeri
diperikan pengarang yang memantau bagaimana manusia memulakan masyarakat dan
negeri serta memperkembangkannya. Zaman perkembangannya
memenuhi sebahagian besar dari karya ini, tetapi beliau tidak lupa untuk memberi
ruang kepada gerak kehancurannya, yang juga harus diketahui pembaca semasa dan
selepas zamannya.
Dalam berbuat demikian Tun Seri Lanang secara langsung atau tidak langsung
mentakrif bangsa, nilai dan jatidiri Melayu, kerana yang dipersoalkan adalah inti
pergerakan, fikiran, perasaan, hasrat bangsa itu.
Tapi sastera/sejarah memeriksa juga perjalanan kehidupan dan perlakuan manusia.
Sejarah dalam pandangan hidup Tun Seri Lanang dan orang Melayu tidak hanya
bercerita tetapi juga menghukum, membuat kesimpulan dan dengan agak langsung,
menilai dan menghukum, dan dengan itu menyampaikan makna moralnya. Pengarang
menggalur asal-usul raja Melayu, daripada Iskandar Zukarnain hinggalah
kepada Sultan Mahmud di zaman pasca-Melaka, di Kampar. Sebenarnya pengarang
tidak hanya menurunkan kembali apa yang diceritakan kepadanya, tetapi sebagai
pengarang yang besar wawasannya beliau masuk ke gelanggang sejarah dan
berdialog dengan zamannya, dengan nilainya, dengan hasrat dan harapan bangsa itu
dan akhirnya dengan masa depan. Bingkai geografinya ialah Kepulauan Melayu, tetapi
karya ini tidak sempit, kerana segala hubungan bangsa-bangsa di daerah Melayu ini
dengan dunia luar juga dijelaskan dan diperikan, dalam rangka fikiran bahawa inilah
suatu daerah penting dan hubungan dengan bangsa dan budaya luar yang besar
adalah salah satu syarat untuk menumbuhkannya.
Pengarang karya ini hidup dalam dunia akaliah yang lebar. Yang terkuat adalah agama,
tetapi berserta dengannya terdapat dunia pemikiran sastera, pentadbiran, undang-
undang dan juga adat istiadat. Pengarang harus mengetahui dengan cukup mendalam
hal-hal begini kerana beliau seorang yang pasti menjadi rujukan mereka yang ingin
penjelasan, tambahan pula beliau bendahara, intelektual terpenting dalam istana
Melayu di Johor.
Kita menyebut sebelum ini bahawa sekiranya dicantumkan berbagai-bagai unsur dan
sudut unik karya ini maka kita akan dapat mengumpul maklumat yang cukup jelas
tentang jatidiri Melayu, yang dewasa ini amat dicari, kerana semua bangsa sedang
ditenggelamkan oleh gelombang tsunami arus penduniaan - globalisasi. Untuk terus
wujud sesuatu bangsa itu bukan saja perlu wajah dan jasad tapi juga jiwa atau akalbudi
yang mengakarkannya kepada negara, tanah, bahasa dan budaya. Inilah dunia samar
jatidiri, dan di seblaiknya pula ruang besar akalbudi. Wanita yang dipingit dan diingini
lelaki dan raja, keghairahan beragama, adat istiadat yang menjadi ritual kerajaan,
keprihatinan pegawai dan pemerhati, rasa bangga menggunakan bahasa yang halus
dan patut, pengorbanan untuk Melaka dalam melawan musuh, dan segala perasaan
yang halus bangsa itu - semuanya diperikan dalam berbagai cara, situasi dan jalur
warnanya.
Dalam jala besar sejarah dan naratif karya ini ditangkap visi dan mimpi bangsa Melayu,
yang mulanya kecil dan terpisah jauh di sudut pulau dan semenanjung, tetapi akhirnya
disatukan dan berdiri megah dengan negara-negara lain, termasuk China dan Benua
Keling (sebahagian dari India). Dalam beberapa episod ceritanya mimpi ini
dapat bermula dari seorang manusia, tetapi akhirnya dikembang sehingga menjadi
mimpi negara, seperti yang kita saksikan pada Tun Perak, Hang Tuah dan Hang
Kasturi.
Suatu hal yang sering kita perhatikan dalam cerita-cerita Sulalat al-Salatin ini ialah apa
yang dinamakan sebagai `contact and collusion.’ Manusia dipertemukan, berbaik,
bekerja sama, tetapi kadang-kadang berlaku perselisihan pendapat dan arah. Namun
begitu Tun Seri Lanang tidak selalu muram, kerana dalam karyanya sering dicari
penyelesaian antara wataknya. Ini politik dan perasaan manusia, rasa dan kuasa
dibenarkan mengalir bersama.
Namun begitu pengarang memperlihatkan suatu kesedaran sejarah yang panjang dan
terlibat. Pada dasarnya karya ini adalah sejarah raja-raja Melayu Melaka dan
jajajahannya, yang dijalinkan melalui sebuah salasilah. Beliau cuba menangkap sejarah
sebagai pengalaman bangsa - yang tidak dilukis hanya sebagai peristiwa kosong, tetapi
dianggap sebagai hasil langsung dari perlakuan dan perbuatan manusia itu. Oleh yang
demikian ada akibat dan kesannya. Jadi setiap peristiwa bermakna, menjadi tangga
kepada suatu rumah makna, dalam hubungan sebab-akibat yang cukup penting.
Menyusun peristiwa tidak terpisah daripada perbuatan menyusun makna untuk
dijadikan kesimpulan tentang kehidupan.
Tun Seri Lanang melihat sejarah sebagai seorang moralis Melayu, dengan dasar yang
agak simpel dan diyakini - perbuatan yang baik akan dibalas baik, dan perbuatan yang
jahat bukan saja akan merosakkan diri seseorang tetapi juga memusnahkan
negaranya.
Inilah suatu pendekatan moral terhadap sejarah dan manusia - yang dapat
dipandang sebagai lebih filosofis and berakar kepada pandangan hidup orang Melayu,
dalam agama-agama Hindu dan Islam.
Rumusan dari pengalaman luas ini terserlah dalam dunia kebangsaan (Melaka),
manusia kebangsaan yang penuh imaginasi dan perasaan bangga-bangsa. Jatidiri
bangsa dapat dilihat dalam cara berfikir, cara berperasaan dan cara berbuat. Bahasa
yang menangkap semua ini bersama membayangkan jatidiri ini pula.
Yang amat dipentingkan dalam adikarya ini juga ialah kedatangan dan
penyebaran agama Islam di Kepulauan Melayu, yang bermula di pantai Barat
Sumatera dan seterusnya menyebar hinggalah ke pulau-pulau lainnya.
Walau pun sejarah pusat dipentingkan, dan inilah sudut pandangan Melaka,
namun ada juga negeri-negeri yang sama kuat seperti Pasai dan Majapahit, yang
diberikan ruang dan fokus. Oleh yang demikian kita melihat raja-raja negeri ini dan
kejayaannya diberi tempat yang hak. Pengarang memperlihatkan betapa Melaka
menghormatinya. Misalnya dalam kutipan berikut (Tun Seri Lanang, 1997:61-62)
disebut tentang cara menyambut surat dari Pasai,
Jikalau seperti surat dari Pasai dijemput dengan selengkap alat
kerajaan - nafiri, nagara, payung putihdua berapit. Gajah dikepilkan
di ujung balai, kerana raja dua buah negeri itu sama, jikalau tuan
muda sekali pun berkirim salam juga.
Apakah dalam baris-baris ini ada sedikit dekonstruksi terhadap pusat, terhadap
pandangan etnosentrik? Sekiranya boleh maka sekali lagi Sulalat al-Salatin juga dapat
dianalisa dari sudut teori terbaru dekonstruksi.
Sebagai kesimpulan, pembaca sedar bahawa Tun Seri Lanang menyukai bukan saja
tema-tema sarwa jagat tetapi juga yang menyentuh hati kecil manusia kerdil. Beliau
prihatin terhadap semua jenis pengalaman, dari yang gembira kepada yang sengsara.
Pergerakan besar mendapat tempatnya di samping yang kecil, tapi bermakna. Dalam
peristiwa dirumus maksud dan makna sejarah. Di akhirnya beliau cuba membayangkan
kemungkin bangsa, mimpi besar bangsa Melayu, usaha, kejayaan dan dan
kegagalannya.
Tema-tema Besar
Sekiranya kita pantau kerja-kerja genius sastera dunia kita akan menemui hakikat
bahawa mereka amat pandai memilih tema, dan dalam pemilihan ini mereka mencari
yang lebih besar dan sarwa jagat sifatnya, yang akhirnya juga melampaui sesuatu
zaman. Persoalan cinta antara dua darjat kita temui dalam Shakespeare melalui Romeo
dan Julia; dalam karya-karya Goethe kita disedarakn kepada kerumitan kesengsaraan
anak muda yang sedang mengenali hidup. Dr Faustus menghujah makna ilmu yang
dicari tanpa batas etika. Dalam Ramayana pula kita dibawa ke pentas pertempuran
antara baik dan jahat, serta kesucian seorang wanita. Tema-tema ini diulang kembali
sepanjang sejarah manusia, dalam berbagai bentuk. Oleh yang demikian kita juga
lihat Laila dan Majnun, Love Story, Uda dan Dara dalam tiga buah budaya yang amat
berlainan, dan masih dikarang hari ini cerita yang mengisahkan masalah ini.
Yang menjadi arus Sulalat al-Salatin ini ialah gerak nasib manusia dalam
sejarah, gerak naik-turun bangsa, jalur-jalur zaman yang mewarna manusia dan
kerajaan. Maka banyak pula kemungkinan tema penting dilatardepankan. Dan Tun Seri
Lanang tidak melepaskan peluang untuk membentangkan tema sejagat kerana beliau
merasakan bahawa pengarang yang penting harus dapat menangkap persoalan
penting dalam berbagai situasi manusia. Oleh yang demikian beliau menggali makna
dari perselisihan di antara dua kumpulan Melayu, Tun Perak dan Seri Nara al-Diraja,
dan seterusnya sebelum kekalahan Melaka di antara Bendahara Seri Maharaja dan
Laksamana. Makna mujarad kemenangan dan kekalahan dilukiskan dengan garis besar
serta halus. Yang dialami dalam gelanggang besar sebuah negeri juga digandingkan
peristiwa yang lebih individu sifatnya dengan makna perbadi pengalaman ini.
Tema yang sering diulang dalam Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin, dan yang sering
merundung kerajaan Melayu - keadilan dan kekejaman - diulang pula dalam adikarya
ini. Dari episod Sang Rajuna Tapa, kepada penjajahan Melaka, dan tidak lupa kepada
sifat maharajalela Sultan Mahmud Syah, kekejaman Melayu dirangkai dalam banyak
bab karya ini.
Semua yang saya sebut ini adalah tema besar, agak samar dan mujarad, yang
menarik pengkaji seperti kita. Tetapi Sulalat al-Salatin juga menangkap imaginasi
pembaca biasa dengan cerita kesetiaan Hang Tuah, dan derhaka Hang Kasturi,
kecantikan Tun Fatimah yang hampir mengorbankan dirinya sendiri, hak wanita dan
hak orang Aslian dsb. Sulalat al-Salatin telah memulakan sejumlah tema Melayu dan
juga team sarwa jagat, dan kerana kebenarannya maka pengarang-pengarang
setelahnya, terutama pada kurun kedua puluh, telah merasakan betapa Tun Seri
Lanang bukan saja berdialog dengan zamannya tetapi juga dengan anak cucunya di
kurun kedua puluh ini. Maka tema-tema ini (dan ceritanya) telah dikitar kembali dalam
berbagai buah buku, drama, sajak dan cerpen. Kepadanya ditambah bakat pengarang
berkenaan dan juga tafsiran khusus dirinya dan zamannya.
A.Samad Ahmad, yang akhirnya menjadi pengkaji Sulalat al-Salatin yang penuh
dedikasi dan ghairah, menulis buku yang mendapat ilham dari karya sejarah ini, malah
karyanya tersebar luas dan digunakan di sekolah, misalnya Laksamana Tun
Tuah dan Zaman Gerhana. Seterusnya dalam bentuk lain kita saksikan Dang
Anum yang mendasarkan ceritanya kepada episod Sang Rajuna Tapa dan Singapura
dilanggar todak.
Pengarang esei ini sendiri menulis sebuah buku sajak yang diilhamkan oleh berbagai
tema dalam Sulalat al-Salatin. Buku itu berjudul Sajak-sajak Sejarah Melayu. Tafsiran
penyair dari awal lagi telah dicantumkan kepada dasar asalnya. Misalnya ditulis
sebuah sajak pendek yang bermula dengan mengutip dari bab kedua puluh empat,
yang berbunyi seperti berikut: `Maka kata pula Raja Pahlawan, “Lain surat, lain dibaca;
remuk hati di Tanah Pasai, jangan mati di Tanah haru; jikalau dimakan anjing Pasai pun
biarlah sebab sepatah ini.”’
Kepada seseorang penyair persoalan bahasa, kebenaran dan juga kesetiaan terhadap
makna amat penting sekali. Maka dengan ghairah Raja Pahlawan diciptakan sebagai
memarahi sikap Pasai yang tidak menghormati tulisan dalam kiriman Sultan Melaka,
cih, pasai yang tiada sayang pada bahasa,
pada rasa dan hati yang dikandunginya.
ayat dilengkungkan dengan pembacaan,
makna dipindahkan kepada kehendak.
tiada akan besar bangsa
yang tiada kasihkan bahasanya
tiada kebenaran pada manusia
yang tidak dapat melihat kenyataan.
biar kusampaikan juga makna surat di sini
dengan keris dan amuk baru
kenyataan harus dihantarkan juga
kepada pasai yang leka.
Bakat besar Tun Seri Lanang tidak sedikit menumbuhkan daunnya di zaman kita ini.
Pengarang moden mengutipnya untuk membawakan makna kontemporer dengan
tafsiran semasa. Inilah yang dilakukan oleh Taufik Ikram Jamil dari Riau dan akan
dilakukan oleh suatu siri televisyen di Malaysia, yang saya difahamkan, akan terbit tidak
lama lagi.
Terjalin dalam tema manusia dan drama hidupnya ialah pemerian istiadat,
undang-undang Melaka dalam perlaksanaan. Seni bina istana yang melambangkan
kemakmuran dan keunikan Melaka dilukis berus halus (Tun Seri Lanang, 1997,101):
Besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa,
besar tiangnya sepemeluk, tujuh pangkat, kemuncaknya pun
tujuh.Pada antara itu diberinya berko’. Maka pada segala ko’ itu
diberi gajah menyusu(dan pada gaja menyusu) itu diberinya
bubungan melintang; sekalinnya bersayap layang-layang dan
sayap layang-layangnya itu semuanya berukir…
Tapi sayangnya istana ini di terbakar dan dibina kembali suatu kompleks yang lengkap
dan lebih megah. Cukup menarik bahawa istana itu juga membayangkan simbol
penyatuan jajahan Melaka kerana tukang yang membinanya dibawa dari beberapa
pulau di Selat Melaka dan Sumatera (Tun Seri Lanang, 1997:103):
… maka orang Ungar{an} dan Orang berbuat istana,
sertanya orang Bentan Karangan beramu akan dia,
orang Pancur Serapung berbuat balairung, orang Buru
balai mendapa, orang Syoyar berbuat dia balai itu,
balai apit pintu yang di kiri itu, orang Sayung berbuat
dia kandang, orang Apung berbuat dia danu gajah,
orang Merbau berbuat dia penaggahan, orang Sawang
berbuat dia danu permandian, orang Tungkal berbuat dia
danu mesjid, orang Tentai berbuat dia pintu pagar istana, orang Muar berbuat dia kota
wang.
Bangsa Melayu adalah bangsa yang ghairah dengan politiknya. Masalah
kekuasaan, siapa yang menjadi raja dan berkuasa, puak dan penyokong menjadi
persoalan abadi. Sulalat al-Salatin memberi ruang yang luas dan bersambungan
kepada bentuk dan cara-cara raja dan pegawai mendapatkan kuasa ini dan bergaduh
atau bersatu untuk mengekalkannya.
Terjalin rapuh di antaranya ialah masalah hak wanita.Walau sering wanita
dianggap sebagai barang dan hiasan lelaki, namun sesekali hak wanita
dilatardepankan. Biasanya watak-watak yang agak kuatlah yang merebut kuasa ini
kerana jarang sekali kuasa diserahkan oleh lelaki. Tun Fatimah yang menggugurkan
anaknya dengan Sultan Mahmud sebagai protes terhadap kekejaman baginda
membunuh suami dan ayahnya dan memaksanya menjadi isterinya. Tiada protes yang
lebih agung dari meniadakan zuriat dari jurai yang dianggap mulia dan bermula
daripada Iskandar Zukarnain. Akhirnya Sultan telah berjanji akan merajakan anaknya
sekiranya Tun Fatimah terus menjaga kandungannya. Inilah hak yang diperjuangkan
oleh seorang mangsa raja lelaki yang tidak dapat mengekang diri atau perasaannya.
Seterusnya episod Puteri Gunung Ledang juga boleh dibaca sebagai protes wanita
yang biasanya dianggap tidak berkuasa. Dalam permintaan Puteri itu, sebagai
hantarannya disyaratkan darah anak raja sendiri. Apakah ini dapat dibaca sebagai
ejekan raja yang selalu merasakan dia akan mendapat apa saja yang dihajati, dan
begitu kaya dia dapat menyediakan segala-galanya? Pengarang ini seperti berkata
bahawa masih ada orang yang tidak boleh dibeli dan ada syarat yang tidak mungkin
dipenuhkan, walau pun oleh Raja besar Melaka. Kedua-dua peristiwa ini boleh dibaca
sebagai unsur feminis awal dalam karya Melayu. Sebab itu juga karya ini diperkirakan
besar, kerana banyak hal boleh ditemui di dalamnya, termasuk unsur-unsur yang dapat
ditafsirkan dari sudut aliran pemikiran terbaru, yang tidak pun terbayangkan oleh
pengarang asalnya.
Beberapa nilai juga mendasari karya ini - kesetiaan rakyat kepada raja, dan janji
bahawa raja tidak mengaibkan rakyatnya, betapa pun besar kesalahannya. Kesetiaan
menemui berbagai wajah dan penyempurnaannya. Pengaiban juga tidak kurang
leluasanya, dari penyulaan anak Sang Rajuna Tapa yang ternyata tidak
bersalah, hinggalah kepada Tun Fatimah yang menjadi mangsa lelaki.
Sama pentingnya ialah keadilan. Sering tema ini diulang di sepanjang karya
besar ini, kerana sering pula kebenaran dikesampingkan untuk dibenarkan hasrat atau
kerakusan raja atau pegawainya. Jadi pengarang mengulangkan situasi yang berbagai-
bagai ini untuk menggarisbawahi betapa petingnya nilai ini untuk kelangsungan bangsa,
manusia dan raja serta negeri.
Sulalat al-Salatin juga menyanjung ilmu dan orang berilmu. Dalam sebuah episod
Sultan harus meninggalkan gajahnya dan berjalan ke rumah gurunya sebagai pelajar
biasa, kerana dalam bidang ilmu tiada yang lebih tinggi dari guru, walau pun dia
seorang sultan negeri yang besar. Begitu juga mereka yang pandai dalam bidang ini
dihormati dan dijadikan `makhdum’, kadhi dsb.
Pembaca (khususnya pegawai) sering diajar bagaimana menjadi pentadbir yang baik,
suatu lagi masalah yang nampaknya amat mengganggu kerajaan Melayu. Jadi
bendahara dan raja sering berpesan kepada pegawai dan anak cucunya, kadang-
kadang dengan nafas terakhir mereka, supaya berlaku adil kepada rakyat dan terus
menjaga mereka dengan baik, kerana mereka menjadi akar kepada pohon negara.
Tanpa rakyat tidak mungkin wujud raja atau pentadbir.
Oleh itu nilai-nilai dasar Melayu yang kekal ditekankan. Manusia Melayu diajak
menjadi manusia moral, berkata hati, berbudi bahasa dan setia membangunkan
negerinya.
Julat Watak dan Pelakon Sejarah
Sulalat al-Salatin melibatkan dirinya bukan saja dengan persekitaran alamiah, tetapi
secara lebih besar lagi dengan manusianya. Karya yang amat peka ini menyusup di
bawah permukaan kata dan perbuatan. Pengarang menyelam masuk ke lautan
kehidupan untuk menggambarkan berbagai-bagai watak dan pelakon sejarah. Beliau
menangkap garis-garis sepunya manusia, persamaan yang mendalam di antara
mereka. Oleh yang demikian kita dibayangkan dengan bermacam-macam situasi di
mana manusia mengejar kuasa, dan mengatur usaha mengekalkannya dan juga
memberi makna kepada kuasa itu. Pengarang melihat ke dalam apa yang dipanggil
Reiss (1992:4) sebagai hal-hal kekal lagi mendalam tentang manusia `deep
permanancies of human beings.’
Karya-karya besar seperti Genji Monogatari, Odysseus, Mahabharata serta King
Lear dan La Galigo membawakan sejumlah watak atau pelakon sejarah yang cukup
ramai dan mengesankan. Setiap watak penting ini dilukiskan dengan warnanya sendiri
dan disalut oleh keunikan peribadinya. Inilah yang membuat wataknya kekal dalam
ingatan pembaca serta bangsanya. Demikianlah kita mengingati Odysseus
yang mengembara jauh dengan keberanian dan kepimpinan. Demikian juga kita
mengingati Genji dan kekasih-kekasihnya. Mahabaharata termuat sarat dengan
perselisihan dua puak yang saling bersaingan dan bermusuh-musuhan. King Lear pula
terkenal kerana bukan saja watak raja itu yang menuntut kasih dari anaknya dan
merajuk setelah tidak tercapai tujuannya, tetapi juga kelainan ketiga anaknya, dari
Cordelia yang lembut hinggalah Regan yang keras tegar, dan kering dari kasih sayang.
Dalam Sulalat al-Salatin, seperti juga Hikayat Hang Tuah, kita dihadiahkan dengan
sejumlah watak yang amat mengesankan, dari kalangan raja, melalui bendahara,
temenggung, hinggalah kepada perwira, mufti dan batin masyarakat Aslian. Kita
mengingati mereka kerana walau pun mereka muncul dalam jumlah yang besar namun
demikian setiapnya dilengkapkan dengan sifat-sifat kekhasannya sendiri, atau apa yang
disebut dengan particularity.
Tun Perak terkenal dengan kebijaksanaan dan logikanya yang
luarbiasa, Raja Zainal Abdidin pula tampan dan menjadi penunggang kuda yang
romatis, melalui lorong pasar dan kampung, Seri Wak Raja yang berkahwin sewaktu
beliau agak tua cukup gembira dengan penyelesaian masalah yang
menganugerahkannya seorang bekas isteri raja yang terkenal cantik. Seterusnya kit
amenemui Maharaja Sura dari Pahang, yang kehilangan kerajaannya setelah dia tidak
mempedulikan gajah kesayangannya, Batin Singapura, Patih Ludang yang dibunuh
anak buahnya walau pun setelah mendapat persetujuan Sultan, mungkin kerana dia
orang Aslian, Sultan Alauddin dan gerakan keamanan Melaka, Raja Maluku yang
pandai bermain sepak raga dan senjata, Raden Surabaya/Patih Adam yang
menggemparkan negeri dengan mengepung rumah Seri Nara Diraja untuk mengambil
Tun Minda, isteri yang dijanjikannya dalam guraun beberapa tahun sebelum itu.
Semuanya dilukis dengan palitan cat yang khusus, dengan situasi dan wataknya
sendiri. Ada keuinkan kepada cara dan lakuan mereka. Oleh yang demikian kita dapat
dengan mudah menyimpannya dalam diri dan pengalaman sastera kita.
Dari antara berpuluh watak ini kita menemui wira bangsa Melayu, yang kadang-
kadang mencapai peringkat mitos, dan menjadi kekasih negara untuk berbagai-bagai
zaman. Watak Tun Perak yang mempunyai logikanya sendiri, Sultan Alauddin yang
gagah lagi berani, Sultan Mahmud yang lama memerintah, Gajah Mada yang licik dan
penuh tipu helah, dan malah Hang Isak Pantas yang cepat bekerja, Badang yang
mencapai kuasa jasmaniah luar biasa dari muntah halimunan adalah di antara wakak
yang kekal dalam imaginasi bangsa Melayu. Tetapi terdapat juga beberapa orang anti-
wira seperti Tun Mai Ulat Bulu yang mengejek orang Arab yang mencari kepentingan
sendiri, Megat Seri Rama yang cepat mencarut, Makhdum Sadar Jahan yang
bertaubat tidak mahu mengajar Tun Mai kerana dia memulang paku buah keras dengan
mengejek caranya menutur bahasa Melayu, Mi Duzul yang rabun yang menyangka
kambing sebagai musuhnya, Hang Hasan Cengang yang tidak mahu berhenti makan
sewaktu bersuapan-suapan di pelamin, kerana katanya, dia mengeluarkan belanja yang
banyak, Bendahara Seriwa Raja yang pelaram yang cukup melucukan.
Yang luar biasa tentang perwatakan Sulalat al-Salatin ini ialah jalinan berbagai
jenis watak - daripada yang serius, kepada yang lucu, ironis, gagah, setia, pencarut,
pemain sepak raga, pahlawan yang setia dan pemberontak, penjaga gajah, ayam dsb.
Jadi kita dianugerahkan dengan suatu julat yang nampaknya memuatkan amat banyak
jenis manusia. Mungkin di suatu pihak lain kita bertemu Mi Duzul, Hang Hasan dan
manusia sejenisnya dalam konteks kegila-gila bahasa, dan membawakan kelucuan
yang kadang-kadang cukup canggih seninya. Namun begitu semuanya terbina dalam
tradisi lucu imaginasi bangsa. Mereka tahan dalam hakisan waktu kerana dicerita
dengan bakat besar dan teknik naratif yang tahan ulangan.
Seperti tema diulang tafsir, ditulis tentangnya oleh beberapa zaman maka watak-watak
ini, khususnya yang diangkat ke taraf mitos, juga diulang tafsirkan, kerana mereka juga
membawa watak bangsa Melayu, keunikan dan kebijaksanaan, walau pun logikanya
mungkin aneh untuk masyarakat umumnya. Setengah daripada mereka menjadi
contoh, diangkat menjadi lambang negara.
Sulalat al-Salatin bukanlah hanya sebuah sejarah bangsa tetapi sebagai sub-plotnya
kita dibawa melalui suatu lorong-lorong kecil perisitwa bangsa Melayu dan bangsa-
bangsa yang berhubungan. Sementara banyak unsur sejarah yang dapat dianggap
sebagai berunsur sejarah karya ini juga memasukkan unsur-unsur fiksi dan
pembesaran yang mengasyikkan.
Karya ini melukis bangsa Melayu di banjaran kejayaannya. Pengarang melukis
pencapaian bangsanya, sewaktu bangsa berada di puncak sejarah. Oleh yang
demikian diceritakan tentang kebolehan dan kemungkinannya, kekuatan dan
kehalusannya. Mereka ditempatkan di tengah kota kosmopolitan atau di anak sungai
untuk mentadbir negeri. Mereka harus berhadapan dengan berbagai-bagai
jenis penduduk dan pendatang, semuanya dengan budaya dan caranya. Oleh yang
demikian kita dibawa kepada suatu padang sejarah yang luas dan pelbagai.
Bahasa Perasa dan Pemikir
Dalam pengenalan kepada Sejarah Melayu yang dieditnya, Abdullah Munsyi (1959,
edisi Gunung Agung: 13) mengatakan bahawa `jikalau engkau belajar akan kitab ini
sampai engkau faham sekali akan bahasanya dan ertinya … engkau telah pandai akan
bahasanya … barang siapa yang tiada mengendahkan bahasanya seperti kelakuan
orang Melayu itu, maka itulah tinggal dalam bodoh dan menjadi bangsa yang kecil
adanya. Maka jikalau engkau hendak mengetahui akan sebabnya barang siapa yang
membuangkan bahasanya itu maka akan menjadi bangsa kecil dan hina, maka inilah
sebabnya.’ Karya ini dianggap sebagai contoh bahasa yang halus, yang harus dikaji,
walau pun isinya `sia-sia.’
Abdullah yang jarang dapat menurunkan kata-kata baik tentang raja dan orang-orang
Melayu nampaknya melihat suatu sudut halus sastera Melayu, di sini seperti yang
dibayangkan oleh adikarya bangsa itu.
Sifat yang utama karya ini ialah keunggulannya, kehalusan melukis watak atau nasib
manusia. Kata-katanya terpilih dan suaranya merdu dan prihatin. Lihat, misalnya,
bahagian permulaan bab XIX (Tun Seri Lanang, 1997:140) yang menceritakan
Pahang dan Tun Teja:
Alkisah maka tersebutlah perkataan Sultan Mahmud Syah,
Raja Pahang yang tua itu telah mangkatlah. Maka anak baginda
Sultan `Abdul Jamal kerajaan menggantikan ayahanda baginda.
Adapun akan Bendahara Pahang tatkala itu Seri Amar Wangsa al-
Diraja gelarnya akan dia, beranak seorang perempuan, Tun Teja
Ratna Menggala namanya, terlalu baik parasnya. Dalam Tanah Pahang seorang pun
tiada samanya pada zaman itu; pada barang lakunya sedap manis, tiada berbagai.
Itulah sebabnya maka diikatkan orang nyanyi, demikian bunyinya,
Tun Teja Ratna menggala,
Pandai membelah lada sulah;
Jika tuan tidak percaya,
Mari bersumpah kalam Allah.
Walau pun kata-kata ini disusun dari pemerian sastera lama tetapi cara Tun Seri
Lanang memberi rentak dan memaniskannya dengan pantun itu amat berkesan sekali.
Suasana pemeriannya ringan dan riang, serta disulami sopan santun sastera.
Inilah suatu bahasa yang matang, yang telah pun digunakan oleh beratus
pengarang, untuk suatu jangka waktu yang cukup panjang. Kita menyimpul bahawa
yang kita baca ini adalah hasil dari pengalaman yang telah masak oleh ujian. Tun Seri
Lanang yakin dengan bahasanya. Bahasa ini pula yakin akan strukturnya. Pengarang
dapat berubah daripada pemerian istana Pahang yang lebih rasmi bentuknya, kepada
pemerian kecantikan peribadi seorang puteri. Setelah itu beliau menutup dengan
pantun yang separuh berbahasa lisan dan separuh berbahasa istana.
Tetapi di tempat lain kita diberikan berbagai-bagai bukti betapa sedarnya pengarang ini
kepada kekayaan budaya dunia dan juga sumbangan yang dapat diberikan kepada
bahasa Melayu. Telah kita sebutkan contoh-contoh kata asing yang digunakan
seperlunya, dengan sedikit rasa keinginan mempamerkan kebolehannya (yang boleh
dimaafkan), kerana pada perasaan saya, tidak berlebihan atau secara menjolok.
Sering pula pengarang harus lama duduk mencari kata dan strategi naratif untuk
melakarkan persoalan baru. Misalnya peperangan Melayu-Portugis memerlukan kata-
kata baru untuk istilah senjata dan kapal. Begitu juga istilah khusus untuk bahagian-
bahagian istana dan persoalan agama dan tafsir.
Sulalat al-Salatin hidup, malah berdrama di depan kita. Walau pun pada
dasarnya karya ini harus memeri keadaan dan perjalanan waktu, namun dalam strategi
pengkisahan yang digunakan bukan sahaja naratif ceritaan, tetapi watak-watak
dibenrakan berkata, berperasaan dan berbalahan. Pertemuan dan percakapan watak
melakonkan persoalan, atau memberi suara yang lebih nyaring kepada gagasan
pengarang, tetapi karya ini mendapat nadi daripada perasaan watak dan rentak kata-
kata mereka.
Dalam naskhah aslinya kita tidak akan menemukan tanda berhenti atau koma,
namun demikian kita dapat mencipta kembali patah-patah frasa dan
rentak rhetorikanya. Dialog membayangkan kenyataan suara dan manusia dengan
lebih berkesan daripada pemerian langsung.
Oleh yang demikian kita diberikan peluang untuk mendengar suara pelakon-
pelakon di halaman kertas baru, walau pun suara yang kita dengarkan itu adalah
ciptaan baru yang kita dasarkan kepada pemerian dan pengalaman kita sendiri. Namun
begitu kesan karya ini dihidupkan oleh penciptaan kembali terhadap cerita dan
wataknya.
Kenyataan juga ditangkap melalui cerita dalam cerita, seperti sebuah teleskop kisah
yang boleh dimasukkan ke dalam yang lebih awal atau yang lebih besar.
Jarang kita dengar/baca yang dibuat-buat dalam Sulalat al-Salatin. Hampir setiap
halaman mempersembahkan bahasa yang cukup sederhana tetapi tepat dan patut.
Pengarang bukan saja tahu dirinya tetapi tahu juga bahasa yang sesuai dan dapat
digunakan dalam berbagai-bagai keadaan. Seterusnya bahasanya tidak berpusat
kepada dirinya, walau dirinya penting.
Watak-wataknya dibenarkan meneruskan kehidupan sasteranya, dan pengarang
menghormati mereka. Ruang yang sesuai diperuntukkan kepada mereka.
Salah sebuah teori tentang bahasa sastera ialah bahawa bahasa ini adalah
sesuatu yang dianehkan. Walau apa pun takrif aneh yang mungkin diberikan, saya
merasakan bahawa bukanlah tujuan utama pengarang untuk menganehkan bahasa
atau peristiwanya. Tetapi oleh kerana bakat yang tajam pandangannya melihat
peristiwa dari sudut yang agak berlainan maka seluruh wajah pengalaman atau
peristiwa menjadi sedikit berlainan dari biasa. Tetapi keanehan ini jugalah yang
memberikan kita pengalaman sastera yang agak berlainan dan memuaskan
pengalaman estetik kita.
Kita telah beberapa kali menyebut tentang kias dan ibarat yang digunakan dalam
cerita todak melanggar Singapura, Puteri Gunung Ledang dan Raja Culan. Selain dari
cara berkisah, ini juga adalah cara menggunakan bahasa. Dalam episod-episod ini
teknik bahasa yang mengapungkan cerita di atas kenyataan juga terlibat dalam seluruh
naratifnya. Melalui teknik dan bahasa ini, akhirnya makna di seberang waktu dapat
dicapai sebagai legenda dan mitos.
Sulalat al-Salatin diperakui ramai sebagai kaya dengan imaginasi bahasa. Bentuk
wacana untuk menggambarkan hidup yang kompleks dengan watak dan peristiwa
bebagai-bagai mengalir dan berubah dengan keperluan. Oleh yang demikian kita
mempunyai mukadimah dari contoh Parsi, bahasa salasilah yang cepat
bergerak, patah-patah kalimat cepat mengulang gantian generasi. Tetapi dalam
pemerian wanita cantik atau hutan bahasa ini lebih beralun dan mungkin ditambah
dengan `nyanyi,’ bentuk pantun yang disukai ramai, dan sempurna untuk bercerita. Di
tempat lain terlihat pula bahasa tafsir al-Quran, atau bahasa ilmiah yang dikuatkan
dengan peribahasa dan kutipan dari buku lama. Inilah bahasa yang amat lentur dan
dapat diubah untuk berbagai-bagai keperluan dan keadaan.
Sulalat al-Salatin juga cukup luar biasa kerana menggunakan berbagai-bagai bentuk
dan jalur ucapan dalam wacananya. Berdasarkan suatu prosa teras kelasik kurun ke-16
dan 17 kita lihat bahawa pengarang cuba melaksanakan tugasnya untuk menulis
sebuah sejarah bangsa itu.
Pengarang ini kemungkinan telah belajar, atau sekurang-kurangnya, berkongsi tradisi
sasteranya dengan Hikayat Raja-raja Pasai. Walau pun kelihatan bersahaja wacana
yang digunakan Tun Seri Lanang adalah suatu campuran berbagai jalur ekspresi yang
dimatangkan oleh kegunaan dan aliran waktu. Oleh yang demikian kita menemui naratif
sejarah sebagai terasnya, di sepanjang 31 bab versi awal (atau Pasir Raja) dan 34 bab
(versi Batu Sawar). Bentuk itu terbukti luwes, dapat digunakan untuk sejarah dan
digabungkan dengan wacana bentuk lainnya, dan pada dasarnya sudah tercipta, walau
pun dalam bentuk yang lebih mudah. Dari dasar inilah Tun Seri Lanang membina
naratifnya. Beliau memasukkan, di suatu pihak, naratif rasmi, yang dekat kepada
sejarah, dan di suatu pihak lainnya, yang tidak rasmi, yang membawakan episod yang
dekat kepada cereka. Namun begitu di antara wacana sejarah dan wacana
peribadi/cereka ini terjalin wacana kecil humor serta tragedi, yang membenarkan
pengarang menjangkau daerah pengalaman yang luas dan dalam.
Akhir sekali wacana yang menyediakan simbol dan citra untuk wacana bangsa
itu adalah bahasa yang padat, halus, luwes, tepat, tetapi boleh beralun, berperasaan
dan sesekali taksa untuk keperluan kritikan dan ejekan.
Genre Sejarah Melayu
Karya-karya Melayu terkenal kerana genrenya yang bercampuran. Sulalat al-
Salatin juga meneruskan wajah dan struktur campuran ini. Walau berdasaran sejarah,
seperti sudah disentuh sebelum ini, kadang-kadang sejarah meringan dan cereka
mengambil alih. Dalam bahagian-bahagian begini karya berkomunkasi dengan
pembacanya melalui kekuatan cereka, dengan watak yang bertindak di pentas
cerita. Untuk menawan pembacanya pantun/nyanyian ditambah. Dialog dibenarkan
menjadi teras kepada drama antara manusia.
Episod digunakan sebagai unit cerita, yang akhirnya bercantum menjadi keseluruhan
yang utuh. Tetapi semua unit cerita ini disimpulkan oleh simpai moral dalam tradisi lama
Asia.
Khalayak
Khalayak karya ini sudah melalui hampir empat kurun. Kita tidak dapat melukis
khalayak sebelum zaman kita, melainkan yang kita alami sendiri beberapa puluh tahun
ini. Tapi oleh kerana persoalannya beraneka ragam dan strategi naratifnya juga
berbagai-bagai maka khalayak sasarannya juga berbagai-bagai pula. Cerita Singapura
dilanggar todak sendiri boleh dibaca sebagai cerita raja yang bodoh, atau cerita aneh
ikan yang melanggar pantai oleh khalayak anak-anak. Tetapi untuk orang di perguruan
tinggi, tafsirannya boleh dibawa kepada kerajaan dan pentadbiran yang anti-intelektual
dan yang mengongkong perkembangan bangsanya, kerana yang pintar dan dapat
menyelamatkan bangsa itu dimusnahkan oleh orang yang takut akan kuasanya
dirampas. Ini juga dapat dibaca sebagai wacana politik tentang pergeseran dan
pengekalan kuasa.
Sulalat al-Salatin kaya dengan makna dan di dalamnya lapisan makna. Oleh yang
demikian kitab ini boleh dibaca dari beberapa sudut, dari yang mudah kepada yang
rumit dan berjaringan, serta misterius. Khalayak buku ini boleh umum, dan boleh juga
khusus. Yang mencari salasilah akan mendapat maklumat dari sini, begitu juga yang
inginkan sejarah kepulauan Melayu, kedatangan Islam, perkembangan Melaka,
peraturan, ritual dan adat istiadat, cerita tentang raja-raja, pentadbiran, peperangan
dsb.
Yang berminat kepada agama ditawarkan hal-hal agama, termasuk tafsir dari Durr
Manzum, cara berlagak kadhi berketurunan Arab, raja berhari raya, dan cara sesuai
belajar agama dsb.
Ramai yang menyanjungi bahasa Sulalat al-Salatin, oleh yang demikian inilah medan
bahasanya yang cukup luas dan penuh dengan hidangan berbagai-bagai.
Karya ini begitu beraneka sasaran dan minatnya, maka permintaannya juga berbagai-
bagai. Setiap generasi dapat membacanya dan mengalami dari sudut zamannya, dan
juga cara berfikirnya. Kita masih ingat lagi pada tahun-tahun sebelum 1950an beberapa
bab daripada kitab ini dibaca sebagai pelajaran bacaan untuk anak-anak sekolah.
Tetapi bab yang sama boleh juga dijadikan bahan untuk teori sebuah disertasi
doktoran. Kekayaan karya ini juga memajmukkan khalayaknya. Teksnya menawarkan
pengalaman untuk setiap pembaca yang sudi membacanya dan menghadiah makna
kepada setiap seseorangnya.
Akhir sekali khalayak ditawarkan suatu pengalaman estetik yang sublim, yang halus
dan menawan.
Demikianlah genius Sulalat al-Salatin .
Bibliografi
Reiss, Timothy J
1992 The Meaning of Literature. Ithaca, Cornell University Press.
Tambling, Jeremy
What is Literary Language? Milton Keynes, Open University Press.
Tun Seri Lanang
1997 Sulalat al-Salatin. Muhammad Haji Salleh, editor. Kuala Lumpur, Yayasan
Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
1970 Sejarah Melayu or Malay Annals. Diterjemahdan diberi nota oleh C.C.Brown.
Kuala Lumpur, Oxford University Press.
Zalila Sharif dan jamilah Haji Ahmad, ed.
1993 Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).Diselenggarakan A.Samad Ahmad. Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
*******
Hikayat Hang Tuah Bab VII
Perkahwinan Radin Mas Ayu
dengan Raja Melaka (Sang Maniaka)
Sinopsis
Latar tempat di Majapahit. Radin Mas Ayu adalah anak kepada Betara
Majapahit. Upacara perkahwinan dimulakan dengan majlis berjaga-jaga. Hang Tuah
pada ketika ini masih berjawatan seorang Bentara sahaja. Hantaran belanja pula
adalah emas tujuh bahara, kain tujuh peti dan perempuan dayang 70 orang. Sultan
Melaka pun mengadap Betara Majapahit. Dalam majlis tersebut Hang Tuah telah
dicabar berlawan dengan perajurit Majapahit. Hang Tuah telah menunjukkan
kehebatannya memarang mata tombak dan membunuh pencabarnya. Semua halangan
terhadap hang Tuah adalah rancangan Patih Gajah Mada.
Kemdian datang pula Taming Sari datang mengamuk dan menikam ramai orang. Hang
Tuah berani berhadapan dengan tentangan Taming Sari ketika pihak lain termasuk
Patih Gajah Mada melarikan diri. Pada awalnya Taming Sari sukar dikalahkan kerana
tidak lut diparang oleh Hang Tuah. Kekuatan Taming Sari ada pada kerisnya. Hang
Tuah pun membuat muslihat agar mereka berdua bersama-sama mengamuk Betara
Majapahit. Hang Tuah mengajak Taming Sari bertukar keris. Apabila sahaja Hang Tuah
mendapat Keris Taming Sari, beliau telah memekis dan berlawan semula dengan
Taming Sari. Hang Tuah telah berjaya mengalahkan Taming Sari dan dianugerahkan
keris yang dimiliki oleh Taming Sari. Hang Tuah juga diberi gelaran Laksamana oleh
Ratu Majapahit serta anugerah Sungai Jemaja.
1. Mengenal pasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional terpilih.
Jenis karya di atas adalah sejenis karya sastera epik seperti definisi berikut:
Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya,
pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang
lama. Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-
kala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia
mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan peristiwa yang
meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi
perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa
yang melahirkan epik tersebut.[1]
Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai
seorang wira, dia perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk
kepahlawanan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran dan dapat membuktikan
kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat menerima dan mengakui kepahlawanan wira
tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.
Ciri-ciri epik adalah:
1. Pahlawan tampil sebagai susuk tubuh yang mengkagumkan. Hang Tuah mampu
mengalahkan pencabarnya seorang diri dan memenangi pertarungan tersebut. Malah
Hang Tuah sangat bijaksana kerana mampu memperdaya Taming Sari agar mereka
saling bertukar keris.
2. Latar penceritaan pahlawan adalah luas, universal dan berlaku di sebarang tempat.
Asal Hang Tuah daripada Melaka sedangkan penceritaan di atas adalah di Majapahit.
3. Keberanian tokoh dijadikan bahagian penting dalam keseluruhan tema.
Hang Tuah digambarkan sangat berani menentang musuh seorang diri tanpa bantuan
rakan-rakan yang lain.
4. Ada keterlibatan unsur supernatural (kuasa luarbiasa). Hang Tuah tidak cedera
walau sedikitpun dalam pertarungannya. Perkara ini adalah suatu yang luar biasa.
5. Tindakan pahlawan bersifat objektif. Watak epik dilukiskan secara tidak langsung
melalui dialog dan aksinya sahaja...seperti Hang Tuah diceritakan berjaya mengelak
tikaman, melompat ke kiri dan kanan. Hal ini menggambarkan ketangkasan watak Hang
Tuah.
2. Menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat
melayu tradisional.
Sekiranya kita mengkaji sikap dan sifat Hang Tuah, beliau boleh dijadikan contoh
kepada setiap individu manusia seperti berikut:
2.1 Perlu bersikap berani
Seseorang individu yang dianggap berani ialah, sanggup menggadaikan nyawa demi
membantu orang lain. Dalam konteks Hikayat Hang Tuah, keberanian Hang Tuah tidak
dapat dinafikan. Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup
menggambarkan beliau seorang yang sanat berani. Apatah lagi menentang musuh
yang handal seperti Taming Sari.
2.2 Manusia perlu bijaksana.
Kebijaksanaan adalah sesuatu yang penting dan signifikan kepada diri seseorang.
Selalunya aspek kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu
menyelesaikan masalah dan dapat mengatasi masalah dengan jayanya. Ketika Hang
Tuah bertikam dengan Taming Sari, Hang Tuah sangat bijaksana mencari punca
masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming Sari.
Seterusnya, dengan kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat dibunuh.
2.3 Taat setia kepada ketua.
Kemana sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah sentiasa bersamanya.
2.4 Menghargai jasa dan sumbangan pihak lain.
Hang Tuah diberi anugerah Sungai Jemaja oleh Betara Majapahit sebagai salah satu
cara menghargai jasa-jasanya.
2.5 Sentiasa berwaspada.
Perlu bersikap waspada terutama dengan pihak yang tidak kita kenali saperti Patih
Gajah Mada. Apabila kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati.
2.6 Hormat menghormati.
Sebarang tindakan yang dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat restu pemerintah
di sana. Sultan Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka berada di
negara orang (Majapahit).
2.7 Menghormati tetamu.
2.8 Gambaran adat dan budaya masyarakat.
Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan Radin Emas Ayu digambarkan
mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Di antara adat
perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga, hantaran mas kahwin, berarak dan
mengadap raja.
********sekadar beberapa pandangan yang boleh difikir bersama.
3. Menjelaskan watak dan perwatakan
Watak Hang Tuah.
Seorang rakyat Melaka, pengiring kepada Sultan Melaka. Mendapat Gelaran
Laksamana apabila berjaya mengalahkan Taming Sari. Ada lima sahabat.
Perwatakan Hang Tuah
1. Taat setia
2. Berani
4. Bijaksana
5. Tangkas bermain senjata.
6. Sangat menghormati raja.
**** perwatakan di atas perlu dihuraikan.
.
4. Menyatakan aspek estetik dalam karya kajian.
4.1 Penggunaan bahasa yang indah sesuai dengan zaman.
4.2 Ketepatan pemilihan kata.
4.3
Rujukan untuk pengetahuan tambahan: http://resam-melayu.com/2010/03/hang-tuah-
antara-sejarah-mitos-atau-hikayat.html
..........................akan dikemaskini.
Posted by Anja/TK at 9:16 PM No comments:
Panduan Kajian Puisi
Puisi Tradisional
Banyak daripada puisi Melayu tergolong dalam genre tradisional yang muncul dalam
zaman sebelum berkembangnya tradisi tulisan pencetakan. Puisi dalam Bahasa
Melayu larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil kesenian,
tetapi juga mengjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah pemeliharaan adat,
pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmupengasih,
pertahanan, hiburan, dan kepercayaan[1].
Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar sejarah mula perkembangan puisi Melayu
tradisional. Berdasarkan kajian oleh ramai sarjana, dapat dikatakan perkembangan
puisi Melayu tradisional telah bermula secara bersama dan sezaman dengan
perkembangan prosa Melayu tradisional. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak
genre puisi tradisional dalam karya hikayat dan cerita-cerita rakyat.
Calon seharusnya dapat:
a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri puisi tradisional terpilih;
b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat
Melayu tradisional;
c) menyatakan aspek estetik dalan karya kajian;
d) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
e) menjelaskan nilai kemanusiaan, kepercayaan, dan keagamaan dalam puisi
tradisional;
f) menganalisis karya.
Masa pemelajaran 20 waktu
Puisi tradisonal terdapat 7 tajuk.
Puisi Moden
Calon-calon seharusnya dapat:
a) mengenal pasti dan menjelaskan aspek intrinsik dan ekstrinsik dalam puisi moden
terpilih;
b) menyatakan aspek estetika dalam karya kajian;
c) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
d) menganalisis karya.
Masa pembelajaran 20 waktu
Jumlah sajak = 7 tajuk
Posted by Anja/TK at 6:20 PM No comments:
Sajak Seorang Jemaah oleh A. Wahab Ali
Seorang Jemaah
A Wahab Ali
I
Pada setia subuh bening
Sedang azan memancar di menara masjid
Kutemui dia tenang berjalan
Jubahnya putih, serbannya putih, kasutnya putih
Sesekali aku berhenti
Mempelawanya menaiki kereta
Dia memberikan salam
Bersamanya menerpa wangi haruman
Bila berjemaah
Sesekali kami bersebelahan
Sebelum takbir
Dia sibuk bersugi.
Sebaik selesai imam memberi salam
Dia berdoa singkat
Kemudian menerjah ke luar
Melipat jubahnya
Dia ligat berjoging di asfalt
Putih topinya, putih bajunya, putih seluarya,
Putih kasutnya.
Setiap derap sepatunya
Dia menyebut kebesaran Allah
Setiap denyut jantungnya
Dia menyambung doa yang tertinggal
Minta umur dipanjangkan
Minta selamatkan anak isteri
Minta selamatkan saudara seagama
Selamat yang hidup Selamat yang mati
Selamat di dunia
Selamat di akhirat
Selamat semuanya.
II
Kini
Setiap subuh bening
Azan tetap memancar di menara masjid
Jalan tinggal sepi, pintu keretaku tertutup
Tetapi setiap aku lalu di tempat aku mengambilnya
dulu
Wangi harumnya masih menerpa
Putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama.
Kini
Ketika aku berjemaah
Di sisiku dia tiada
Tetapi sugi dan usallinya
Memanjang di mataku
Kini
Bila selesai imam memberi salam
Tidak kelihatan dia bergegas ke luar
Asfalt lama merindukan seretan kasut putihnya
Pejalan kaki pagi
Merindukan topi putihnya
Doanya masih mengambang
Tetapi degup jantungnya sudah lama berhenti
Dia telah lama selamat
Berbaring bersama deretan pusara
Dato’ dan Tan Seri
Kuala Lumpur – Kuala Terengganu
5-6.12.1991
Maksud Sajak
Bahagian 1
Ketika ahli jemaah masjid itu masih hidup.
R1: Aktiviti jemaah pada waktu subuh yang datang ke masjid dengan berjalan kaki
dengan pakaian jubah.
R2: Penyajak sering mengajak jemaah tersebut menaiki kenderaannya.
R3: Amalan sunnah nabi iaitu bersugi merupakan amalan jemaah tersebut.
R4: Selesai solat jemaah tersebut melakukan aktviti senaman/riadah dengan pakaian
lengkap.
R5: Sepanjang aktiviti kehidupannya jemaah berkenaan senstiasa mengingati den
menyebut nama Allah. Beliau juga sentiasa berdoa kebaikan dan keselamatan kepada
saudara seagama yang lain.
Bahagian 2
Ahli jemaah masjid itu sudah meninggal dunia.
R6: Penyajak terkenang kisah hidup jemaah. Beliau merasa kehilangan pada waktu
pergi ke masjid.
R7: Malah penyajak juga merasakan ketiadaan ahli jemaah tersebut. Namun perbuatan
jemaah ketika solat tetap menjadi ingatan beliau.
R8: Ketika selepas solat penyajak merindukan aktiviti jemaah yang telah pergi itu.
Penyajak rindukan topi putih dan doa bekas jemaah itu. Jemaah tersebut telah kembali
ke rahmatullah dan bersemadi di kubur. Ahli jemaah yang telah meninggal itu
dahulunya mungkin orang ternama, ada gelaran dan berpangkat besar.
Tema sajak
Sajak ini bertemakan kemanusiaan. Penyajak merakam kisah seorang pesara tua
ketika pengujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua tersebut
manfaatkan hujung usianya dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan dengan
beriadah. Sifatnya sangat mulia kerana sentiasa mendoakan kebaikan untuk seluruh
saudara Islamnya. Pemergiannya sangat dirasai oleh penyajak dan sentiasa
terkenangkan kisah rutin hidupnya.
Pemikiran sajak
1. Manfaatkan kehidupan kita dengan beribadat dan amal kebaikan.
Perbuatan bangun pagi dan solat berjemaah di masjid adalah amalan yang sukar bagi
mereka yang tidak biasa beramal dengannya. Jika amal ini berjaya dilaksanakan, sudah
tentu amalan solat di waktu yang lain telah dilakukan oleh jemaah itu.
2. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain.
Hati manusia yang suci bersih digambarkan melalui warna putih dalam ayat penyajak.
Sebaik-baik manusia adalah orang yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang
lain. Individu itu tiada dendam malah pemaaf orangnya.
3. Menjaga kesihatan dengan beriadah.
Kegiatan beriadah adalah salah satu ikhtiar hidup kita untuk menjaga kesihatan. Malah
ia menjadi bukti kerajinan seseorang dan menjauhi sifat malas. Manusia akan lebih
cergas dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti kehidupan.
4. Setiap yang hidup pasti akan mati.
Mengakui hakikat kehidupan bahawa penghujungnya adalah mati walau kita hebat
menjaga kesihatan dengan bersenam. Segala aktiviti yang diusahakan merupakan
ikhtiar semata-mata. Takdir Allah akan mengatasi segala-galanya. Jemaah tetap pergi
apabila ajalnya telah tiba.
Pandangan Sarwajagat
Melakukan sesuatu yang bermakna di penghujung kehidupan kita.Semua orang tahu
bahawa seseorang manusia tidak akan hidup kekal. Apabila mencapai umur persaraan,
selalunya kita kian kuat beribadat dan cuba mengisi seluruh ruang kehidupan yang
masih berbaki dengan aktiviti yang bermanfaat. Namun kita tidak boleh menolak
ketentuan Ilahi bahawa manusia mempunyai umur yang terhad. Akhirnya manusia akan
sampai ajalnya jua. Bagi mereka yang masih hidup tentunya akan mengenang rakan
mereka yang telah pergi.Kita akan ingat jasa rakan kita malah akan mengingati
kenangan indah sewaktu bersama rakan tersebut.
Posted by Anja/TK at 5:46 PM No comments:
Sajak Pahlawan Ialah Dia
Pahlawan Ialah Dia
Abdul Ghafar Ibrahim
Dewan Sastera 2001
Pahlawanialah warga yang mengalirkan keringat
demi menyuburkan ladang negara sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
demi menghidupkan simfoni negara berbilang.
Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga
siap sedia
atas nama negara yang tidak dibiarkan leka
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.
Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela
masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
peluang bangsanya tertutup.
Khidmat cemerlangnya mengapung
pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara
di udara kaji dan uji.
Mentari waktu menyambar kasih sayangnya
pada keluarga semasa bertugas jauh
Bulan masa merebut tidurnya
dari sisi dikasihi oleh jadual cemas.
Dialah laskar pelindung kota penyokong desa
warga yang tekadnya disimpulmatikan
oleh jawapan sejahtera aman
dialah nadi ketahanan industri
teknologi kembangan
memikul amanah tak berkesudahan
demi mencari jawawapan makmur raya.
Tubuhnya perisai tembus peluru.
Boom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
dia tunggu
Tret-tet-tret-tett
dia terus maju.
Baktinya bunga harum warna-warni
dia tak peduli
dia tak terpegun
dia terus tugas tekun.
Sebagai warga bangga bermaruah
dia terus gemakan gunung hasrat:
Selamatkan negara
Besar bangsa
Pelihara agama
Daulat bahasa
Cemerlang budaya
Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan
Kerana dialah kelompok rakyat
pengunjung amanat
yang bersandar pada sinar takwa
yang pernah mengalami erti sengsara.
Cedera di bukit
tangis di laut
jerit di udara
tempang di sempadan
buta di ladang
emas di sungai
lesu di sawah
parah di lembah
Yang menjadikan kematian bukti hidupnya
pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi
zaman yang menjadi saksi
kepada nilai kemanusiaan yang megah
dipertahankan.
Sumber: Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Ogos 2001.
Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan adalah yang sering
berusaha untuk menjaga jegara. Pahlawan juga adalah orang yang sanggup berkorban
demi negara.
Rangkap 2
Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tidak lalai dengan tugasnya. Pahlawan
juga perlu taat dan tabah berjuang demi negara.
Rangkap 3
Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau siang demi memberi peluang
kesenangan kepada anak bangsanya.
Rangkap 4
Khidmat pahlawan sentiasa adalah terbuka untuk menerima pujian dan cacian.
Pahlawan perlu tahan cabaran.
Rangkap 5
Pahlawan sanggup berkorban masa meninggalkan jauh keluaga tersayang. Malah
berkorban waktu rehat dengan jadual tugas yang bahaya.
Rangkap 6
Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang penduduknya hanya tahu
aman sentosa. Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi negara tertakluk kepada
khidmat pahlawan negara.
Rangkap 7
Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara bahaya untuk maju ke
hadapan.
Rangkap 8
Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan terus berjuang hingga
mencapai matlamat.
Rangkap 9
Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri. Kerana pahlawan kita
menjadi orang yang menerima amanat. Kerana pengorbanan pahlawan kita dapat
meningkatkan taqwa kepada Allah. Kerana pahlawan juga kita memahami erti
kesusahan.
Rangkap 10
Pahlawan sanggup menanggung derita di mana sahaja (bukit, laut dan udara)
Rangkap 11
Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan. Mereka sentiasa terdedah
kepada bahaya.
Rangkap 12
Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti kepada perjuangannya. Mereka
menjadi bukti kepada zaman ketika negara sedang diancam musuh.
Posted by Anja/TK at 5:15 PM No comments:
Sajak Menyongsong Arus
Menyongsong Arus
(mengenang Bahamanhttp://lipis-zaini.blogspot.com/2009/09/dato-bahaman-tok-gajah-
pahlawan-pahang.html dan Mat Kilau http://www.malaysiasensasi.net/2010/11/mat-
kilau-pahlawan-pahang.html )
Kemala
Kuala Tahan Taman Negara 2000
Sesekali arus wajar kusongsong
kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala
di hulu sungai ada negeri sejuta tahun
beribu pohon belum disentuh
sejuta erang cengkerik di liang-liangnya
aroma daun dibasahi embun
gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung
"tak kulihat bayang pengembara jauh
menyelam di jeram dugaan
tak kutatap sayang meranum
dan berahiku gigil sendiri"
selasih di genggaman
dan kasih di pautan.
Sesekali arus kusongsong
untuk kukenal wajah kilatan maut
ambil cemuh, simpan di peti-peti besi
menunda-nunda serapah tuk batin
jejak pendekar padam sudah
batu-batu dihakis sejarah
seribu kerikil dengan gigi tajamnya
menyeringai menepis gerimis
"dialah yang melandai tubuhku
dentum peluru sepoi Inggeris
meringgis kulit, hanya desis
menyibak kebal embun tujuh subuh
dia berlalu meninggal bayang
tak berwajah, hanya dentuman
menerjah cengal, membalik
berdebur ke sungai
penuntun mata angin
taufan dalam diri
serigala mengilau di mata
"nyeberang kuala trenggan!"
Sesekali arus wajar kusongsong
merempuh jeram
batu-batu hidup, angin berdarah
membawa alamat
"masih belum kiamat, dik
kau tiba pada senja
lewat seribu musim
aku menggenggam keris lok tujuh
kau menggumam pantun
dan gurindam. Namun
masih kita punya satu ibu!"
Sesekali arus wajar kusongsong
untuk kembalikan kilat diri
ke padang sasar sejarah.
Untuk mencium bau merbau dan keruing
dan terjemahkan
rintih sejuta cengkerik
di liang-liang rumahnya
di hutan purbawi ini.
Ada cermin
di dasar kali
ada amin
di dasar hati
menyongsong kali
menyongsong diri.
Kuala Tahan
Taman Negara
Sumber: Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Jun 2005
Maksud Sajak
Rangkap 1
Sesekali penyajak berpendapat seseorang itu perlu menjadi pihak yang bertentangan
arah. Jika tidak, mungkin kita akan berada ditakuk lama dan tidak berubah (jumud).
Sesekali kita perlu meredah kepayahan dan berjuang.
Rangkap 2
Apabila kita berubah arah (pendapat), kita akan dapat mendengar cacian manusia yang
selama ini diam tidak berkata apa-apa. Malah akan terbongkar sikap buruk sebenar
pihak penjajah dan penguasa yang sebenarnya bersifat bengis dan zalim.
Rangkap 3
Terserlahlah segala sikap dan keburukan diri .
Rangkap 4
Sesekali kita perlu melawan arah dan berani meredah kepayahan. Pejuang dahulu
berjuang dengan senjata tetapi kita kini berjuang melawan arah hanya dengan bahasa
penulisan yang penuh dengan kiasan. Tetapi matlamat perjuangan tetap sama seperti
pejuang dahulu (Bahaman dan Mat Kilau).
Rangkap 5
Kita memang perlu melawan arus sekali sekala kerana ia boleh mendidik diri kita
mengerti tentang sejarah lama. Kita akan dapat merasakan kepedihan dan kesusahan
lampau. Kemudian kita dapat terjemahkan kisah kehidupan lampau itu.
Rangkap 6
Penyajak menyatakan bahawa terdapat pedoman tanda dan harapan yang positif
apabila menyongsong arus.
Tema sajak
Sajak ini bertemakan semangat cintakan negara atau nasionalisme.
Beberapa alasan boleh diketengahkan bagi menyokong pendapat ini. Sajak ini
mengajak setiap individu yang membaca sajak ini agar tidak menjadi pak turut dalam
semua keadaan. Kadangkala kita perlu berkorban dengan memberanikan diri untuk
menyongsong arus yang kita ketahui banyak cabaran dan dugaan. Di antara cabaran
ketika menyongsong arus adalah kepayahan mengharungi deruan arus air yang kuat.
Malah bersama arus tentunya ada bahaya yang pelbagai. Terdapat batu batan yang
tajam, pelbagai sampah sarap dan hanyutan yang datang bersama arus. Risiko bahaya
menyongsong arus boleh mencapai tahap korban jiwa. Namun sekiranya kita sentiasa
memilih untuk berada di zon selesa, maka kehidupan ini akan hanya menjadi biasa-
biasa sahaja tanpa mengenal erti perjuangan dan pengorbanan.
Oleh itu, untuk mengharungi kehidupan dalam sebuah negara yang moden ini kita
haruslah sentiasa berfikir dan bertindak demi kebaikan masa depan negara. Jika kita
merasakan wujudnya perkara yang memerlukan pembelaan terhadap golongan yang
tertindas, maka kita perlu berani mengemukakan pendapat kita. Sesekali kita perlu
berani bersuara kepada pihak penguasa kerana tanpa tindakan sebegitu mungkin kita
akan berada ditakuk lama dan tidak memberi apa apa erti dalam kehidupan kita
sehingga penghujung usia seperti mana kata-kata pada baris sajak "kalau tidak aku
akan tetap mendap di kuala". Tindakan menyongsong arus ini sebenarnya telah
dilakukan oleh pejuang terdahulu iaitu Dato Bahaman dan Mat Kilau yang berani
menentang kezaliman penjajah Inggeris.
Namun tindakan yang dilakukan ini bukan menjanjikan kebahagian yang segera.
Kita mungkin terpaksa menghadapi cemuhan dan cabaran bahaya yang mengundang
maut. Kita tidak perlu berjuang sehingga mengangkat senjata sebagaimana pejuang
dahulu yang terpaksa bertempur dengan keris, tetapi cukuplah berjuang melalui media
penulisan sebagaimana contoh berikut:
"masih belum kiamat, dik
kau tiba pada senja
lewat seribu musim
aku menggenggam keris lok tujuh
kau menggumam pantun
dan gurindam. Namun
masih kita punya satu ibu!"
Kemampuan kita memberikan pendapat dan berani menyatakan kebenaran
sebenarnya adalah mewarisi sifat nasionalisme yang terdapat dalam diri pejuang
terdahulu. Oleh itu tindakan menyongsong arus bukanlah satu penderhakaan tetapi
merupakan sesuatu kebijaksanaan demi cintakan negara dan menyelamatkan negara
dari kehancuran. Cuma tindakan kita itu perlu bijaksana dan bukan di atas kepentingan
diri.
Soalan perbincangan:
Bincangkan kemungkinan yang boleh anda lakukan dalam penulisan anda demi
membuktikan bahawa anda seorang yang cintakan negara anda.
[25]
Posted by Anja/TK at 4:46 PM No comments:
Wednesday, July 25, 2012
Sajak Keris Itu Masih Di Tanganmu Ahmad Sarju
Keris Itu Masih Di Tanganmu
Ahmad Sarju
Keris itu masih ditanganmu
untuk menyambung perjuangan
yang sewaktu-waktunya engkau terpaksa mengalah
hati terhiris luka
suara terpaksa membisu
diam mematahkan fitnah
berlembut mencari hikmah
Jika terlalu pahit kaurasi
kembalilah kepada realiti
perjuangan itu pasti ada ranjau durinya
perjuangan itu pasti ada liku-likunya
perjuangan itu pasti ada pahit getirnya
perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya
jika genting janganlah kauputuskan
jika tegang janganlah kaurentapkan
jika retak janganlah kauhancurkan
jika putus janganlah kuahanyutkan
jika bocor janganlah kaukaramkan
Ketika kini engkau teruji erti ketabahan
setia seorang musuh tikaman seorang sahabat
jujur seorang seteru fitnah seorang kerabat
kerana sewaktu-waktunya
yang diam mentertawakan kita
yang mengangguk membenci kita
yang berpura-pura rajin bersuara
yang menetang menjadi sahabat
yang bijak merendah suara
yang berhemah memanjatkan doa
yang setia rela mengorbankan dirinya
Keris itu masih di tanganmu
untuk menyambung perjuangan
setelah engkau menjahit dengan ketajamannya
seharusnya engkau telah belajar dan mahir
menepis tikaman mencemburui persahabatan
kerana yang mengatur kejatuhan
bukanlah musuh tetapi muslihat seorang teman.
Sumber: Dewan budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Oktober 2000
Maksud Sajak
Keris = perlambangan tentang kuasa, kemampuan, keupayaan, kelebihan, kekuatan
dan sebagainya.
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa kuasa yang ada di tangan kita sekarang perlu
dimanfaatkan untuk menyambung perjuangan. Namun ada waktunya kuasa tidak patut
digunakan dan kita perlu mengalah, menahan perasaan dan cuba bertindak secara
lembut dan bijaksana.
Rangkap 2
Perjuangan itu sesuatu yang pahit dan kita perlu memahami hakikat kesusahannya.
Pejuang tidak boleh kecewa dan menambahkan masalah yang sedia ada sehingga
memusnahkan sesuatu perkara yang hampir rosak.
Rangkap 3
Kadangkala dalam perjuangan, seorang kawan boleh mengkhianati perjuangan. Rakan-
rakan sekeliling ada yang jujur setia namun ada yang berpura-pura.
Rangkap 4
Penyajak menasihatkan agar kita meneruskan perjuangan kerana kita sudah
berpengalaman dengan ranjau perjuangan. Malah para pejuang sudah mengenali rakan
dan lawan. Penyajak sedar bahawa punca kejatuhan dalam perjuangan sebenarnya
berpunca dari khianat rakan-rakan sendiri dan bukan oleh kekuatan musuh.
Tema sajak
Perjuangan tentang hidup. Selagi kita ada kekuatan, keupayaan, kebolehan,
kemampuan, kekuasaan dan sebagainya kita perlu berani menghadapi segala
pancaroba hidup. Kadang-kadang kita terpaksa mengalah dan kecewa dalam
perjuangan. Realiti perjuangan adalah perlu menghadapi ranjau dan halangan. Dalam
perjuangan juga ada rakan yang jujur dan ada yang khianat. Namun selagi kita ada
kekuasaan, keupayaan, kemampuan, kebolehan dan sebagainya maka kita perlu terus
berjuang.
Pemikiran sajak
1. Hidup perlu berjuang.
2. Mengalah bukan bererti kalah perjuangan.
3. Memahami realiti perjuangan.
4. Berhati-hati dengan sahabat.
*******huraikan.
Pandangan sarwajagat
Sajak di atas menjadikan perkataan "keris" sebagai kata kunci bagi memahami maksud
keseluruhan sajak. Jika keris dimaksudkan dengan kekuasaan politik maka ia boleh
dikaitkan dengan survirval bangsa terutamanya bangsa melayu. Maka sajak ini
menjurus kepada unsur patriotik yang mengajak masyarakat sedar tentang perjuangan
survirval bangsa. Malah dalam perjuangan tersebut bangsa melayu kadangkala perlu
berkorban dan mengalah lantaran adanya tolak ansur dengan lain-lain bangsa yang
telah menjadi sebahagian rakyat Malaysia. Namun yang menyedihkan ialah adanya
perbuatan khianat yang berlaku di kalangan rakan-rakan sendiri.
Jika kita ingin meluaskan maksud sajak ini, kita boleh mentafsirkan perkataan keris
sebagai keupayaan, kebolehan, kekuatan dan kemampuan seseorang. Dalam hidup,
kita memang perlu berjuang bagi menghadapi segala halangan dalam hidup.
Umpamanya, ketika umur kita masih muda, kuat dan berupaya belajar, maka kita perlu
berusaha untuk mencapai kejayaan setinggi mungkin. Situasi tersebut juga boleh
diibaratkan sebagai keris atau senjata yang ada pada diri kita. Andai kita tidak mahu
berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh, kita akan rugi. Kita perlu faham hakikat
perjuangan dan perlu berkorban. Kepada mereka yang tahan perjuangan, wujud pula
cabaran lain termasuklah sifat dengki dan irihati rakan-rakan seperjuangan. Oleh itu kita
perlu berhati-hati dan waspada.
Keris juga boleh dikaitkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri kita.
Jika kita mempunyai apa-apa kelebihan, maka kita perlu menggunakannya dengan
baik. Ia adalah satu peluang yang perlu dimanfaatkan. Seorang yang berbakat dalam
bolasepak tentunya mempunyai kelebihan umpama mempunyai sebilah keris. Maka
individu tersebut perlu memanfaatkan kebolehannya untuk kebaikan diri. Namun untuk
berjaya sebagai pemain bolasepak, individu tersebut perlu banyak berkorban jiwa dan
raga.
Posted by Anja/TK at 11:12 PM No comments:
Sajak Aku Tidak Mahu Lagi T. Alias Taib
Aku Tidak Mahu Lagi
T. Alias Taib
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada kebenaran
kerana kebenaran sering disalahertikan
menjadi tidak benar lagi
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada kepalsuan
kerana kepalsuan sering diputarbelitkan
menjadi tidak palsu lagi
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada pembunuhan
kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan
hingga pembunuh melangkah tenang
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada penipuan
kerana penipuan sering disalahtafsirkan
hingga penipu bersiul riang
Sumber: Pasar Pengalaman, T. Alias Taib, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2004.
Maksud Sajak
Rangkap 1
Kebenaran tidak mampu ditunjukkan kerana sering disalah anggap. Orang yang benar
dianggap telah melakukan kesalahan.
Rangkap 2
Kepalsuan pula telah diputarbelitkan. Sesuatu yang palsu telah menjadi sesuatu yang
dianggap benar.
Rangkap 3
Pembunuhan tidak dapat dibuktikan kesalahannya. Pembunuh terselamat daripada
hukuman.
Rangkap 4
Penipuan yang ditafsirkan sebagai kebenaran. Penipu gembira kerana berjaya menipu.
Pandangan Sarwajagat.
Penyajak enggan menjadi saksi kepada segala kepincangan yang sedang berlaku di
kalangan masyarakat yang penuh dengan tipu muslihat. Perkataan “saksi” boleh
diertikan sebagai keengganan penyajak terlibat atau penyajak tidak mahu
dipertanggungjawabkan. Maksud lain bagi perkataan saksi pula, penyajak tidak mahu
melihat lagi situasi songsang yang sedang berlaku.
Kebenaran, kepalsuan, pembunuhan dan penipuan merupakan isu yang sering berlaku
di kalangan umat manusia. Secara khusus ia berlaku dalam persekitaran masyarakat
penyajak. Namun penyajak hanya menyebut secara umum sahaja tanpa menyatakan
siapa yang melakukan dan tidak menyebut punca sebenar situasi tersebut berlaku.
Segala yang berlaku telah menjadi sebaliknya kerana ada pihak telah berjaya
menukarkan situasi berkenaan berdasarkan kebijaksanaan diri mereka. Kebenaran
telah menjadi palsu manakala yang palsu telah menjadi benar. Dari sudut keadilan pula
seorang pembunuh telah berjaya melepaskan diri dan bebas dari hukuman. Golongan
yang suka menipu pula sangat gembira kerana berjaya meyakinkan orang ramai
bahawa dirinya benar.
Mungkin pihak yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Pemimpin masyarakat (golongan berpengaruh). Pemimpin sering berucap di
khalayak ramai dan mempunyai ramai pengikut. Kata-kata mereka akan dipercayai
ramai orang samada sumber itu bernar ataupuan palsu.
Media. Sumber media samada bercetak maupun elektronik adalah sumber
maklumat orang ramai. Berita yang dikemukakan akan mampu mempengaruhi
pemikiran masyarakat.
Hakim. Beliau adalah pihak yang membuat keputusan di mahkamah. Keputusan
hakim dianggap muktamad dan beliau mampu memberi keputusan ke atas seseorang
yang dituduh itu samada bersalah atau tidak.
Peguam.
Golongan ini adalah terdiri dairpada bijak pandai yang mempunyai kelulusan tinggi.
Mereka pandai berhujah untuk kepentingan pelanggan mereka. Sebahagian kes yang
dimenanginya mungkin menimbulkan rasa kurang senang pihak lain.
Ahli politik
Penulis/Wartawan
Orang awam (massa). Orang awam sering membicarakan pelbagai isu di mana-
mana tempat yang selesa bagi mereka terutama di warung kopi. Mereka saling
mempengaruhi antara satu sama lain dan sentiasa bertukar maklumat. Sebarang
maklumat yang salah akan menambahkan lagi salah tafsir tentang sesuatu isu negara.
Sesiapa sahaja yang mungkin terlibat.
Posted by Anja/TK at 11:08 PM 2 comments:
Sajak Di Titian Kemerdekaan - Darmawijaya
Di Titian Kemerdekaan
Dharmawijaya
telah datang angin kemerdekaan
melambai tanah air berlagu sentosa
telah gemilang sumpah kerelaan
membelai bangsa sepanjang usia.
setiap menjelang kemerdekaan ini
bergemalah di hati anak peribumi
sejahtera bangsa menggenggam kemenangan
keramat bangsa menentang keagungan.
kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak
di sini langit jernihmu dijunjung
cinta kasih tiadakan retak
meski debar sengketa melanda jantung.
tanah air tercinta hamparan setia
kamilah kini pewaris kemerdekaan
seluhur suara seteguh cita
menjunjung bakti mahkota kedaulatan.
1990
Sumber: Derita Buana, Dharmawijaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1992.
Maksud Sajak
Rangkap 1
Sambutan kemerdekaan datang untuk kesekian kali dengan suasana aman dan
semangat yang membara kepada seluruh warganegara.
Rangkap 2
Semangat rakyat yang berbangga dan merasakan diri mereka telah mencapai
kemenangan daripada kuasa besar.
Rangkap 3
Semangat kemerdekaan telah menjadikan rakyat bertambah cinta dan setia kepada
negara sekalipun ada bibit sengketa.
Rangkap 4
Janji penyajak selaku pewaris kemerdekaan untuk menjunjung mahkota kedaulatan
negara.
Posted by Anja/TK at 11:02 PM No comments:
Sajak Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian -Baha Zain
Sajak
Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
Baha Zain- 2003
i
Aku terbangun pada waktu tengah malam
membuka jendela melihat seluas alam
pernahkah engkau terbangun seperti ini?
Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.
Lihatlah gelap pekat di mana-mana
nampakkah engkau di sana ada pelita?
Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang
tidak pekat hitam, tapi remang-remang.
ii
Sepi malam melindungi engkau dari bisikan
orang
kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan
putuskanlah ke mana matamu memandang
pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan?
masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu
dan akal budi
atau tergoda bisikan halus ayaitan-syaitan itu.
Kita sering melihat cahaya benderang
jauh ke depan
meskipun berdiri dalam gelap pekat atas
tanah perkuburan
di situ kita injak keamanan dengan mencerca
keganasan
kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah
kita malaikat
agama jadi alasan, jadi boneka permainan
kita benci perang, kita cinta kedamaian
jadi slogan perjuangan
kita nyaringkan suara supaya orang tidak
mendengar bisikan hati nuraninya sendiri,
syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti
keamanan
'Engkau harus kuasai mereka dengan harga
setinggi mana pun
atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian
sebuah kota yang telah menjadi perebutan'.
iii
Perang akan memusnahkan kubu, bangunan,
muzium, galeri dan universiti
perang telah mengoyakkan halaman-halaman
sejarah
perang akan mencipta sejarah baru
di halaman-halaman yang baru
sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar
yang dahulu
Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas
keagungan pemimpin lama
jadi tirani apabila mencium bau wang
pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium
bau keuntungan?
Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian
yang merumahkan kemanusiaan.
Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan
untuk semua bangsa yang membenci
persengketaan.
Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau talah
dipermainkan?
Sumber: Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, April 2003.
Perkataan perlu difahami
1. Tirani = Corak pemerintahan yang zalim. Menggunakan kekuasaan sesuka hati
Maksud sajak
Rangkap 1
Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak
cuba mengaitkan kegelapan pekat malam yang dapat dilihat remang-remang kerana
ada sedikit cahaya pelita. Secara intrinsiknya, penyajak cuba mengaitkan keadaan
gelap dan cayaha remang tersebut dengan kehidupan yang sedang dihadapinya.
Rangkap 2
Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap (sukar) menyebabkan diri rasa terasing.
Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri.
Rangkap 3
Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian
masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara-suara
pejuang keamanan yang dilahat amat baik. Terdapat juga manusia yang suka
menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang keamanan melaungkan
slogan cinta kedamaian. Seruan mereka supaya manusia berjuang dengan harta dan
tenaga. Di atas nama “matlamat mencapai kemenangan”, maka manusia sanggup
bertelingkah.
Rangkap 4
Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perbutan kuasa akan
memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah
kegemilangan negara.
Rangkap 5
Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terpedaya
dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan
tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.
Rangkap 6
Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam
kehidupan. Penyajak juga mengingatkan supaya kita berwaspada supaya tidak
dipermainkan tanpa sedar.
Pemikiran sajak
1. Bandingan kegelapan malam dengan kesusahan hidup
2. Godaan anasir jahat (syaitan)supaya melakukan kejahatan
3. Sikap pura-pura – konon memperjuangkan keamanan tetapi sebenarnya membawa
kemusnahan.
4. Menjadikan agama sebagai topeng
5. Manusia sanggup mati kerana berebut kuasa
6. Akibat peperangan adalah kemusnahan
7. Sikap pemimpin yang zalim
Posted by Anja/TK at 10:57 PM No comments:
Monday, July 23, 2012
922/1 Sajak Pertemuan di Hyde Park
SAJAK
Pertemuan di Hyde Park
Adi Badiozaman Tuah
Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.
Atas munggu itulah aku selalu berdiri
bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan tanaman ladanya.
Bagaikan membahaskan isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara
Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah yang mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaiannya
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.
Sumber: Wajah Kita: Kumpulan karya Penulis Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2004
Hiyde Park
Perkataan yangperlu difahami
1. Hyde Park
2. munggu = Busut, longgokan, mungguk timbunan tanah.
3. langkau = batas, baris tanaman.
Maksud Sajak
Oleh Adi Badiozaman Tuah halaman 19-20. Tahun 2004. Sebelum memahami sajak ini
kita perlu tahu latar belakang dan sejarah Hyde Park. Menurut Wikipedia Hyde Park
ialah seperti berikut:
Hyde Park is one of the largest parks in central London, United Kingdom, and one of
the Royal Parks of London, famous for its Speakers' Corner.
The park was the site of the Great Exhibition of 1851, for which the Crystal Palacewas
designed by Joseph Paxton. The park has become a traditional location for mass
demonstrations. The Chartists, the Reform League, the Suffragettes and the Stop The
War Coalition have all held protests in the park. Many protesters on the Liberty and
Livelihood March in 2002 started their march from Hyde Park. On 20 July 1982 in
the Hyde Park and Regents Park bombings, two bombs linked to the Provisional Irish
Republican Army caused the death of eight members of the Household Cavalry and
the Royal Green Jackets and seven horses.
Hyde Park adalah satu tempat yang dikategorikan sebagai taman diraja yang dipenuhi
dengan kehijauan persekitarannya yang seluas 630 ekar. Pernah dibom oleh tentera
pemberontak Ireland (IRA) yang menyebabkan 8 orang mati.
Pada rangkap pertama pengarang telah membandingkan sebidang tanah pemberian
ayahnya di kampung dengan pepohon rimbun di Hyde Park. Pengarang telah
menceritakan sejarah tanahnya daripada sebuah hutan kepada sebuah ladang huma
milik keluarga.
Rangkap kedua pula menjelaskan bagaimana aktiviti pertanian yang telah dijalankan di
kebun ayahnya itu.
Rangkap ketiga membicarakan tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaan
tanah. Kita sebagai pentadbir kebada tanah yang dimiliki adalah pihak yang
menentukan batas-batas kegunaan tanah tersebut.
Rangkap keempat adalah ingatan ayah penyajak tentang tanggungjawab pewaris tanah
dan nasihat yang dikemukakan supaya jangan alpa (lupa) terhadap amanah yang
mereka miliki. Segala milik kita akan kembali menjadi milik alam semesta sekiranya kita
lupa.
Pandangan Sarwajagat.
Jika kita mengetahui sejarah Hyde Park tentunya terdapat beberapa keadaan yang
perlu difahami oleh kita mengapa pertemuan di tempat penyajak berada menjadi titik
tolak pendapatnya tentang alam sekitar. Sebagai taman diraja, Hyde Park menjadi satu
tempat yang indah di tengah kota London. Di sekeliling taman berkenaan pula telah
dipenuhi dengan pembangunan yang pesat seperti rumah dan pusat-pusat
perdagangan. Malah Hyde Park juga menjadi tempat awam masyarakat kota London
melakukan aktiviti sosial termasuklah berhibur dengan konsert di sana. Malah sejarah
juga mencatatkan tentang serangan tentera Ireland yang telah memberontak pada
tahun 1982. Lalu penyajak mempunyai beberapa padangan tentang fungsi sebidang
tanah sebagaimana tanah milik ayahnya yang telah digunakan untuk tujuan pertanian.
Ayat sajak ini mencatatkan seperti berikut:
“betapa kegunaannya bias berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa”
“segalnya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara”
Ayat sajak di atas menggambarkan tentang kekuasaan manusia ke atas tanah atau
alam sekitar yang dikuasai boleh berfungsi mengikut kehendak pemiliknya. Jika melihat
kepada Hyde Park, ia sehingga kini mampu dipertahankan sebagai satu kawasan
semulajadi yang terpelihara sedangkan persekitaran Hyde Park sudah dibangunkan
menjadi Bandar kosmopolitan yang maju dan sibuk
(rujuk:http://en.wikipedia.org/wiki/Hyde_Park,_London).
Tema Sajak.
Persekitaran Hyde Park telah menimbulkan idea penyajak untuk menyampaikan
amanat melalui puisi beliau dengan tema “menghargai tanah warisan”. Tanah warisan
adalah kurnia yang perlu dijaga sebaiknya. Kita sebagai penerima amanah
bertanggungjawab untuk memanfaatkan tanah mengikut keperluan semasa. Tanah
boleh digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa mengorbankan hutan dara
kerana keperluan untuk makanan lebih utama. Bagi Hyde Park, tanah tersebut perlu
dijaga keindahan persekitarannya kerana kemusnahannya memungkinkan masyarakat
setempat tidak dapat menikmati kawasan yang sedemikian rupa lagi. Persekitara Hyde
Park sendiri sudah dikorbankan untuk kepentingan komersial dan penempatan
manusia. Oleh itu masyarakat di kampung halaman penyajak perlu disedarkan tentang
usaha mengurus sumber tanah yang terhad ini dilakukan dengan berhati-hati supaya
terpelihara dari kemusnahan. Penyajak sering ingat nasihat ayahnya yang selalu
bercerita tentang erti “sebuah tanah” (rangkap 3 hlm. 19).
Pemikiran.
1. Menjaga amanah tanah warisan
2. Menghargai pemberian warisan keluarga
3. Mengurus harta warisan dengan bijaksana
4. Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan mengakibatkan
kemusnahan.
(persoalan di atas perlu dihuraikan)
Aspek Estetik.
1. Aspek bahasa
2. Pemilihan kata
3. Rima sajak
4. Unsur bunyi – Asonansi dan Aliterasi
(sila huraikan)