adat kematian india

Upload: aremar-aezat

Post on 03-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Adat Kematian India

    1/2

    Adat Resam Kaum India Sewaktu Kematian

    Apabila berlaku kematian, ahli keluarga akan melaksanakan beberapa adat sebagai

    penghormatan terakhir pada si mati sebelum jenazah di bakar atau di kebumikan.

    Apabila seorang individu meninggal dunia, ahli keluarganya atau waris terdekat

    perlu mendapatkan Sijil Kematian dan permit untuk melangsungkan upacara

    pembakaran mayat.

    Selepas mendapat permit, ahli keluarga atau waris perlu menghubungi syarikat

    yang menyediakan perkhidmatan pengurusan upacara kematian bagi menentukan

    masa dan tempat jenazah boleh dibakar. Selain itu, kenderaan untuk membawa

    keranda ke tempat pembakaran juga perlu ditempah.

    Di rumah, beberapa persediaan perlu dilakukan untuk menjalankan upacara

    kematian. Hanya anak lelaki, (anak sulung jika ibu yang meninggal dan anak

    bongsu jika ayah meninggal) atau saudara lelaki terdekat dengan si mati akan

    melangsungkan adat-adat tersebut.

    Jenazah akan diletakkan diruang tamu dengan kepala jenazah menghadap kearah

    selatan, ibu jari kedua-dua kaki diikat bersama dan kedua-dua tangan diletakkan

    diatas dada dengan ibu jari kedua-dua tangan diikat bersama. Jenazah ditutup

    sampai ke paras leher dengan kain putih untuk lelaki atau janda atau kain

    berwarna jingga, kuning atau merah untuk wanita yang berkahwin atau bujang.

    Sebelum jenazah dimandikan, ahli keluarga terdekat akan menyapu minyak dan

    serbuk seeka pada dahi jenazah. Hanya kaum lelaki akan memandikan jenazah

    jika simati adalah lelaki dan begitu juga jika simati adalah seorang wanita.

    Selepas dimandikan, jenazah akan dipakaikan pakaian kegemaraanya atau

    pakaian yang digunakan ketika majlis perkahwinan.

    Jenazah kemudian akan dimasukkan dalam keranda and di letakkan di anjung

    rumah dengan kaki simati menghala ke pintu masuk rumah.

    Ahli keluarga dan kawan akan memberi penghormatan terakhir dengan

    mendendangkan lagu-lagu sembahyang, meletakkan beras dan duit berdekatan

    dengan mulut jenazah dan berjalan keliling keranda sebanyak 3 kali. Ketika ini,

  • 7/29/2019 Adat Kematian India

    2/2

    cucu-cucu simati akan berdiri di keliling keranda dengan memegangpandam,

    iaitu batang pisang yang diikat dengan kain yang direndam dalam minyak sapi

    dan dinyalakan.

    Keranda kemudian diarak keluar dan di masukkan kedalam kenderaan khas untuk

    jenazah dengan diiringi anak lelaki atau waris yang akan melangsungkan upacara

    pembakaran dan kaum lelaki sahaja.Kaum wanita tidak dibenarkan ke tempat

    pembakaran mayat.

    Di tempat pembakaran, mula-mula, orang yang membantu dalam upacara

    kematian akan berjalan mengelilingi keranda sebanyak 3 kali bermula dari kaki

    jenazah diikuti dengan ahli keluarga lelaki yang akan mengelilingi keranda hanya

    sekali.

    Bacaan doa akan dilakukan dan seterusnya, anak lelaki atau waris akan

    mengangkut sebuah pasu tembikat berisi air di bahu kirinya dan berjalan

    mengelilingi keranda sebanyak 3 kali. Diakhir setiap pusingan, waris terdekat

    akan membuat satu lubang pada pasu dan di pusingan akhir belanga itu dijatuhkan

    ke tanah. Selepas itu, jenazah akan dibakar oleh anak lelaki atau waris.

    Di rumah, kaum wanita akan membersihkan rumah dan segala alatan yang

    digunakan untuk upacara kematian akan dibuang.

    Keesokan hari, anak lelaki atau waris dan beberapa orang yang terlibat dengan

    upacara pembakaran akan mengumpul abu dan tulang jenazah dan membawanya

    ke laut atau sungai dan dikocakkan dalam air.

    Selepas itu, pada hari ke 10, 12, 16 atau 31, anak lelaki akan ke kuil dan

    sembahyang.

    Tempoh berkabung adalah selama setahun dan orang yang melakukan upacara

    pembakaran tidak akan ke luar negara, sembahyang di kuil atau menyambut

    sebarang perayaan.