adat perkahwinan masyarakat bisaya

2
Adat Perkahwinan Masyarakat Bisaya Suatu yang istimewa pada perkahwinan ini kerana adat dan budaya lama tidak dilupakan. Sehari sebelum majlis persandingan, acara sembelih kerbau, memasak dan persiapan pelamin/majlis dilakukan. kumpulan anak muda berlatih bermain alat muzik dan aku begitu kagum dengan kehebatan mereka mengalunkan beberapa melodi yang cukup enak didengar telinga. Lagu Selamat Pengantin Baru semestinya tidak ketinggalan untuk didendangakn. Pada sebelah malamnya, upacara dimulakan dengan solat berjemaah, bertahlil dan berzanji. Selepas itu, majlis diteruskan dengan Malam Berinai. Malam berinai ini dimulakan dengan pengantin diberikan mandi pengantin. Aku pada masa ini cuma berada di rumah pengantin lelaki. Badan pengantin digosok denga bahan herba dan beras yang digiling/blender. Tujuannya untuk membuang sel kulit yang mati dan memberi ketenangan dan seri kepada bakal pengantin. Seorang pakcik membaca doa sebelum bakal pengantin dimandikan. Selepas itu pengantin disandingkan secara solo di rumah masing- masing. Adat menepung tawar pengantin dilakukan dan selepas itu majlis diteruskan dengan adat berinai. Sebelum berinai, pengantin digosokkan badannya dengan campuran beras dan herba seperti mandi pengantin. Tetapi teksturnya lebih halus. Seluruh badan disapu dan digosok dan dibiarkan sehingga kering. Selepas itu, adat berinai pun bermula. Adat berinai ini dilakukan oleh ahli kelurga yang terdekat seperti mak saudara, nenek dan anak saudara perempuan. Selepas semuanya selesai, pengantin bolehlah mencuci badannya.

Upload: fadz-zilah

Post on 03-Feb-2016

296 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adat Perkahwinan Masyarakat Bisaya

Adat Perkahwinan Masyarakat Bisaya

Suatu yang istimewa pada perkahwinan ini kerana adat dan budaya lama tidak dilupakan. Sehari sebelum majlis persandingan, acara sembelih kerbau, memasak dan persiapan pelamin/majlis dilakukan.

kumpulan anak muda berlatih bermain alat muzik dan aku begitu kagum dengan kehebatan mereka mengalunkan beberapa melodi yang cukup enak didengar telinga. Lagu Selamat Pengantin Baru semestinya tidak ketinggalan untuk didendangakn.

Pada sebelah malamnya, upacara dimulakan dengan solat berjemaah, bertahlil dan berzanji.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan Malam Berinai. Malam berinai ini dimulakan dengan pengantin diberikan mandi pengantin. Aku pada masa ini cuma berada di rumah pengantin lelaki. Badan pengantin digosok denga bahan herba dan beras yang digiling/blender. Tujuannya untuk membuang sel kulit yang mati dan memberi ketenangan dan seri kepada bakal pengantin. Seorang pakcik membaca doa sebelum bakal pengantin dimandikan.

Selepas itu pengantin disandingkan secara solo di rumah masing-masing.

Adat menepung tawar pengantin dilakukan dan selepas itu majlis diteruskan dengan adat berinai.

Sebelum berinai, pengantin digosokkan badannya dengan campuran beras dan herba seperti mandi pengantin. Tetapi teksturnya lebih halus. Seluruh badan disapu dan digosok dan dibiarkan sehingga kering. Selepas itu, adat berinai pun bermula.

Adat berinai ini dilakukan oleh ahli kelurga yang terdekat seperti mak saudara, nenek dan anak saudara perempuan.

Selepas semuanya selesai, pengantin bolehlah mencuci badannya.

pihak lelaki menjemput pengantin perempuan di rumahnya dan dibawa balik ke rumah pengantin lelaki.

Sebelum pengantin bersanding mengenakan pakaian tradisional, mereka dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional dan diiringi dengan pukulan muzik tradisional juga

Majlis diakhiri dengan memotong kek di rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan.