agama islam

17
“Akidah adalah asas kepada pegangan agama umat Islam. Banyak faktor yang boleh membawa kepada kerosakan akidah dan meneruskan gejala murtad.” Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak" . Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, “Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia”Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.” Mutakhir ini, isu murtad dalam kalangan orang Islam terutama di Malaysia semakin banyak didengari. Murtad dalam kalangan orang Melayu ini semakin menjadi ancaman terhadap umat Islam. Isu ini menjadi barah yang semakin merebak dalam masyarakat Islam masa kini. Indeks pencemaran akidah pada tahun 1989 menunjukkan sebanyak 4776 orang Melayu yang memohon untuk menukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu dengan alasan telah menukar agama. Pada tahun 1997, apabila Saari Bustamah mengambilalih jawatan mufti daripada Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang beliau kemukakan ialah isu murtad.

Upload: jaded-jade

Post on 15-Apr-2016

224 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Agama Islam

“Akidah adalah asas kepada pegangan agama umat Islam. Banyak faktor yang

boleh membawa kepada kerosakan akidah dan meneruskan gejala murtad.”

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW

berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada

umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu

kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah

besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di

waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."

Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW

menjawab, “Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia”Imam Ghazali pernah

berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti

semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.”

Mutakhir ini, isu murtad dalam kalangan orang Islam terutama di Malaysia

semakin banyak didengari. Murtad dalam kalangan orang Melayu ini semakin

menjadi ancaman terhadap umat Islam. Isu ini menjadi barah yang semakin

merebak dalam masyarakat Islam masa kini. Indeks pencemaran akidah pada tahun

1989 menunjukkan sebanyak 4776 orang Melayu yang memohon untuk menukar

nama dari Melayu kepada bukan Melayu dengan alasan telah menukar agama.

Pada tahun 1997, apabila Saari Bustamah mengambilalih jawatan mufti daripada

Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang beliau kemukakan ialah isu murtad.

Menurut beliau, sehingga Julai 1997, terdapat kira-kira 3000 orang murtad di Kuala

Lumpur sahaja. Hakikat yang perlu dihadapi ialah jumlah ini kian meningkat

mengikut arus permodenan negara dengan memperlihatkan kelemahan umat Islam

zaman sekarang yang hanya mampu melihat saudara-saudara mereka dimurtadkan

tanpa paksaan.

Murtad dari segi bahasa menurut Kamus al-Munjid dan al-Marbawi membawa

maksud berundur, surut, kembali, berpatah semula dan berpaling tadah. Dari segi

istilah murtad membawa maksud keluar daripada Islam melalui salah satu atau dua

daripada tiga atau ketiga-tiga unsur iaitu niat, perkataan dan perbuatan. Murtad juga

Page 2: Agama Islam

dimaksudkan orang yang melakukan riddah, iaitu memutuskan Islam melalui ketiga-

tiga unsur yang dinyatakan.

Seseorang Muslim boleh dikatakan murtad melalui niat ataupun iktikad

sesuatu yang bertentangan dengan iman. Namun begitu, walaupun sudah terkeluar

daripada Islam, seseorang itu terlepas daripada hukuman had di dunia jika tidak

diikuti atau dibuktikan dengan perkataan atau perbuatan. Sebagai contoh,

seseorang meragui tentang kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan juga meragui

kebenaran ayat-ayat suci al-Quran walhal satu ayat sekalipun.

Murtad juga boleh terjadi melalui perkataan iaitu melalui ucapan yang

mengingkari kewujudan Allah S.W.T dan juga memohon sesuatu selain daripada

Allah S.W.T. Seseorang itu boleh dikatakan murtad apabila dia melakukan

perbuatan yang menjurus ke arah pengisytiharaan keluar daripada Islam.

Contohnya, menghalalkan sesuatu yang haram dan mengharamkan sesuatu yang

halal. Hal ini juga ditegaskan oleh Allah dalam surah an-Nahl ayat 105 yang

bermaksud, “sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang

yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah yang pendusta.”

Murtad tidak sah apabila dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila dan orang

yang dipaksa, tetapi sah apabila dilakukan oleh orang yang mabuk kerana meminum

arak. Hukum orang yang melakukan riddah jika disabitkan kesalahannya di

mahkamah syariah dan diadili secara Islam, dia diputuskan secara murtad yang sah,

dia diberi peluang dan penerangan selama tiga hari untuk bertaubat dan kembali

kepada Islam serta dibebaskan. Jika dia berkeras dengan riddahnya, dia dihukum

bunuh dan segala hartanya dirampas dan dibayarkan hutangnya, pampasan

jenayahnya, nafkah keluarga serta saudara maranya dan selebihnya diberikan

kepada Baitulmal sebagai fai iaitu sejenis rampasan tanpa perang.

Hukuman bunuh bagi Muslim yang murtad ada dinyatakan sepertimana suatu

hadis sahih iaitu:

Daripada Ibnu Mas’ud dan ‘Aisyah, Nabi S.A.W bersabda: Tidak halal darah

seseorang Muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan,

membunuh orang lain tanpa hak, mengasingkan diri daripada jemaah serta

meninggalkan agama (murtad).

Page 3: Agama Islam

(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

Allah pernah berfirman , yang menyatakan golongan yang murtad ini sesekali

tidak akan diterima dan kelak akan kekal berada di dalam neraka di akhirat di dalam

surah al-Baqarah ayat 127 yang bermaksud:

“Barang siapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati

dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat.

Dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Di Malaysia istilah Melayu dijelaskan sebagai penganut agama Islam, dan

Islam dan Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak

boleh dipisahkan. Hal ini dijelaskan dalam perlembagaan dan menjadi suatu

undang-undang untuk orang Melayu tidak dibenarkan keluar daripada agama Islam.

Perkara ini dirujuk berdasarkan Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang mana

mengaitkan orang Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah

tertakluk di bawah syariat Islam dan Perundangan Mahkamah Syariah.

Namun begitu, undang-undang yang digubal tidak meninggalkan sebarang

erti bagi mereka yang nekad untuk keluar daripada Islam. Antaranya ialah kes Lina

Joy. Lina Joy atau nama sebenarnya Azlina Jailani merupakan anak kepada

pasangan Islam iaitu ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama

Kalthum binti Omar. Kedua-dua mereka mengamalkan cara hidup mengikut ajaran

Islam sebenar. Beliau mempunyai wajah tipikal Melayu dan berbangsa Melayu

kacukan Jawa serta berumur 42 tahun semasa memohon untuk keluar daripada

agama Islam buat kali kedua.

Beliau pernah memohon sebanyak dua kali untuk menukar nama. Namun

begitu, permohonan pertama yang dibuat pada tahun 1997 dengan memohon untuk

menukar nama kepada Azlina Lelani telah ditolak kerana beralasan telah menukar

agama kepada agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada

Lina Joy pada tahun 1999 telah diluluskan tanpa mengemukakan sebab menukar

agama kepada agama Kristian. Walau bagaimanapun, perkataan ‘Islam’ masih

tertera pada Kad Pengenalan.

Lina Joy telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama

untuk kembali kepada agama Islam, namun beliau masih dengan pendiriannya.

Page 4: Agama Islam

Beliau menyatakan pilihan untuk keluar daripada agama Islam adalah kehendaknya

sendiri malah mengakui tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak lahir.

Kemurtadannya juga telah dimaklunkan kepada kedua-dua ibu bapa beliau. Lina Joy

juga mengakui bahawa telah menganuti Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 dan

mempunyai Sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998.

Selepas berkahwin dengan seorang India Kristian pada tahun 2000, Lina Joy

memohon supaya perkahwinan beliau didaftarkan tetapi ditolak atas alasan mereka

berlainan agama. Hal ini kerana, perkataan ‘Islam’ masih tertera di kad pengenalan

beliau walaupun sudah berjaya menukar nama. Oleh hal yang demikian, beliau

berusaha untuk menghilangkan perkataan ‘Islam’ tersebut dengan membuat

permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun yang sama. Namun,

permohonannya ditolak kerana tidak mendapat kebenaran daripada Mahkamah

Syariah yang memperakui beliau telah Kristian. Mahkamah Syariah telah mengguna

pakai undang-undang yang mengharamkan seseorang Muslim untuk keluar dari

Islam dan Sijil Tukar Agama tidak dapat dikemukakan kepada JPN menyebabkan

permohonan beliau untuk memadam perkataan ‘Islam’ terbantut.

Usaha beliau masih diteruskan dengan membuat permohonan melalui

Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 dan seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19

September 2005 yang mana kedua-duanya mengiktiraf bahawa kes adalah di bawah

kuasa Mahkamah Syariah. Apabila kesemua usaha memperoleh jalan buntu,

peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, yang juga merupakan Presiden Majlis Peguam

berjaya membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan yang didengar oleh tiga orang

hakim iaitu Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin dan Dato’ Richard. Pada

dasarnya, Mahkamah Persekutuan juga menyokong tindakan Mahkamah Rayuan

hinggalah Majlis Peguam yang diketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang

hanya menjadi peguam pemerhati yang menyokong supaya Lina Joy dipanggil untuk

memberi hujah dan bersuara. Hal ini tidak pernah terjadi dalam majlis perundangan

negara yang mana membenarkan peguam pemerhati memberi hujah dan yang

paling mengejutkan hujah yang diberikan disokong oleh mahkamah berkenaan.

Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis

Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak Mahkamah

Syariah tetapi member hujah bahawa Lina Joy berhak untuk mempraktikkan

Page 5: Agama Islam

kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti

yang dinyatakan di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu

dikatakan sudah tidak relevan dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11

dan Inter Faith-Council (IFC) dijadikan isu utama yang dibincangkan di Mahkamah

Persekutuan. Isu yang dibawa oleh mereka ialah dengan mendefinisikan perkataan

‘person’ iaitu individu yang terkandung dalam Artikel 11 tersebut yang merujuk

kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

Apabila definisi ‘person’ dikatakan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh

ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam

yang boleh mengongkongnya. Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia yang

mana hujah yang begitu berani dan bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk

menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman

peribadi seseorang penganut itu sendiri dan menafikan hak Islam sebagai agama

yang mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan dan syariat Islam seperti yang

terkandung dalam undang-undang Islam. Tidak cukup dengan itu, 11 NGO dan

organisasi telah menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuan untuk memberi

tekanan kepada hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan member hujah di

mahkamah. Antara yang menyokong ialah Malaysian Bar Council, Sisters In Islam

dan Catholic Lawyers Society.

Kes yang kedua pula mengisahkan Hartina binti Haji Kamarudin. Beliau

merupakan anak kepada seorang penjual sate di Perak iaitu Haji Kamarudin. Tidak

terlintas di hati seorang ayah untuk melihat anak yang dipelihara dari kecil sehingga

besar akan melakukan dosa besar yang sangat dimurkai Allah dengan

mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam. Kisah bermula selepas Haji

Kamarudin membenarkan anak yang disayangi dan dimanjai berhijrah ke Kuala

Lumpur dengan harapan dapat mencari pekerjaan yang elok sementara menunggu

keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dikeluarkan. Pada ketika itu Hartina hanya

berumur 18 tahun.

Tidak sampai sembilan bulan berada di Kuala Lumpur, Hartina berkunjung ke

restoran ayahnya tanpa tudung di kepala seperti kebiasaannya dan tanda di dahi

seperti orang beragama Hindu. Tidak cukup dengan itu, anak yang dimanjai dari

Page 6: Agama Islam

kecil ini juga mencabar bapanya dengan membawa teman lelakinya yang juga

beragama Hindu yang dikenali sebagai Rajeswari. Hati ayah mana yang tidak

hancur apabila melihat anak yang dibela dari kecil berpeluk-pelukan dengan lelaki

yang bukan mahram dan juga bukan beragama Islam. Haji Kamarudin yang tidak

dapat mengawal kemarahan menakik leher teman lelaki anaknya itu. Namun apalah

kudrat seorang tua, apabila dia juga turut dibelasah oleh rakan-rakan teman lelaki

Hartina. Bukan itu sahaja, anaknya yang juga merupakan adik kepada Hartina yang

berumur 16 tahun juga menjadi mangsa semata-mata mahu menyelamatkan akidah

kakaknya yang sudah terpesong itu. Mereka dipukul di hadapan kedai tanpa rasa

kasihan dan simpati sehingga hampir pengsan.

Namun begitu, Hartina hanya menonton dan memapah kekasih hati dengan

membiarkan sahaja ayah yang memberi nafkah dari kecil menggelupur kesakitan

akibat dipukul. Tidak cukup dengan itu, Hartina juga membuat laporan polis

menuduh ayah dan adiknya memukul kekasih Hindunya itu. Selama dua minggu Haji

Kamarudin bersama anak lelakinya merengkok dalam penjara akibat laporan yang

dibuat oleh anak kesayangan yang mempertahankan kekasih hati. Haji Kamarudin

turut disaman sebanyak 3 juta. Betapa hancur hati seorang bapa apabila anak yang

ditatang bagai minyak yang penuh sanggup mengheret dirinya ke penjara. Tidak

cukup dengan itu, Hartina binti Haji Kamarudin menghina bapanya dengan menukar

nama kepada Nivasni Rajeswari, nama seorang penganut Hindu.

Dengan keadaan yang masih belum pulih sepenuhnya akibat cedera dipukul

orang-orang kafir tersebut, sekali lagi Haji Kamarudin ditahan. Kali ini pertuduhan

cubaan untuk membunuh pula dikenakan. Hal ini kerana, kekasih hati Hartina telah

ditembak oleh orang yang tidak dikenali. Oleh itu, Haji Kamarudin diletakkan sebagai

suspek utama kes tersebut. Entah berapa kali air mata seorang ayah tumpah gara-

gara perlakuan seorang anak. Haji Kamarudin dikurung dipenjara dengan

menghadapi 4 tuduhan dan masih berada di dalam tahanan hanya kerana dilapor

oleh seorang anak yang derhaka dan juga murtad.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kemurtadan seseorang

berdasarkan kes-kes yang dikaji. Faktor utama yang terdapat dalam kedua-dua kes

ialah faktor cinta. Hal ini dapat dibuktikan apabila kedua-dua individu dalam kes ini

iaitu Lina Joy dan Hartina binti Hj Kamarudin memohon untuk keluar daripada

Page 7: Agama Islam

agama Islam selepas bercinta dan berkahwin dengan orang bukan Islam. Hanya

kerana cinta, mereka sanggup meninggalkan agama Islam yang murni. Malah,

amalan yang diamalkan semasa mereka masih lagi Muslim ditinggalkan dan

dilupakan terus. Jasa ibu bapa yang selama ini berusaha untuk membesarkan dan

memelihara dari kecil sehingga besar dilupakan dan sanggup membelakangi mereka

hanya kerana cinta. Sebagai contoh, Hartina sanggup menderhaka kepada ayahnya

dan paling kejam sanggup memenjara ayahnya sendiri semata-mata

mempertahankan kekasih yang beragama Hindu bernama Rajeswari.

Selain itu, antara faktor yang meyebabkan kemurtadan seseorang ialah

kerana kekurangan ilmu agama. Sejak dari kecil mereka hanya dimanjai dan segala

kehendak mereka dipenuhi oleh kedua-dua ibu bapa. Pendidikan agama kurang

diberi perhatian oleh ibu bapa, oleh hal yang demikian anak-anak tidak mempelajari

asas-asas agama Islam dan menyababkan mereka terus hanyut, tenggelam dalam

mengharungi hidup. Contohnya, Lina Joy sendiri membuat kenyataan bahawa beliau

tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak dari kecil.

Di samping itu, terdapat juga individu yang murtad kerana terpengaruh

dengan budaya Barat. Terdapat sebahagian daripada budaya Barat mengancam

keselamatan agama Islam. Contohnya ialah perkara yang menggalakkan

pengabaian terhadap agama, tidak peka terhadap agama dan tidak prihatin terhadap

agama. Hal ini mehyebabkan gejala murtad dipandang remeh dan ringan .

berdasarkan kes yang dikemukakan, Hartina menjadi lupa diri dan murtad selepas

beberapa bulkan bekerja di Kuala Lumpur. Hal ini menunjukkan bahawa pengaruh

Barat yang sangat kuat di Kuala Lumpur menyebabkan beliau murtad.

Undang-undang yang longgar juga membolehkan seseorang Muslim itu

murtad. Hanya sesetengah negeri di Malaysia yang mempunyai enakmen murtad

seperti Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. Undang-undang yang

longgar ini sekaligus menyebabkan individu itu lebih terdorong untuk murtad

disebabkan tiada inisiatif untuk menghalang mereka daripada terus sesat. Prosedur-

prosedur yang mudah untuk keluar dari Islam secara langsung menggalakkan

mereka murtad.

Dalam kes Lina Joy pula, beliau mendapat banyak sokongan daripada orang

ramai yang juga merupakan golongan bukan Islam yang menyebabkan beliau nekad

Page 8: Agama Islam

untuk keluar daripada Islam. Sudah tentu, golongan kafir terutama yang beragama

Kristian sebegini begitu suka apabila seorang Muslim murtad kerana itu adalah

matlamat mereka semenjak Nabi Muhammad S.A.W diutuskan dan semenjak

Portugis menjajah negara dengan membawa slogan Gold, Glory and Gaspel dengan

harapan Islam dapat dihapuskan walaupun dengan cara menjajah pemikiran umat

Islam.

Antara faktor yang kecil yang menyumbang kepada kemurtadan kedua-dua

ini ialah tentunya faktor media massa. Unsur negatif yang dengan Islam sama ada

media cetak apatah lagi media elektronik bertanggungjawab secara langsung atau

tidak langsung menghakis iman umat Islam. Ajaran agama lain sudah tentu

berusaha untuk menghakis iman umat Islam sedikit demi sedikit. Faktor globalisasi

juga salah satu faktor, dasar langit terbuka dan dunia luas tanpa sempadan

menyebabkan berlaku penjajahan bentuk baharu terutama dari segi kebudayaan

dan pemikiran. Hal ini sekaligus mencemarkan kesucian agama Islam. Bagi mereka

yang tidak kuat imannya sudah tentu faktor ini member kesan yang sangat

mendalam kepada mereka. Sebagai contoh, dalam kes Hartina yang berani

membawa balik kekasihnya sambil berpelukan dihadapan ayahnya yang mana

sekarang sudah menjadi tradisi di Barat, boleh bersentuh-sentuhan tanpa mengira

jantina.

Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang perlu diambil oleh umat Islam di

semua peringkat untuk mencegah gejala murtad ini daripada terus merebak menjadi

barah. Pertama sekali, sudah tentu tanggungjawab kepada diri sendiri. Setiap umat

Islam bertanggungjawab meningkatkan keimanan, ketakwaan dan amal soleh

dengan cara meningkatkan kefahaman, kesedaran dan keinsafan dalam setiap

aspek kehidupan. Seseorang Muslim itu hendaklah jihad dalam melawan nafsu.

Jihad dalam erti lain mengembleng segala daya dan kemampuan pada jalan Allah

iaitu memerah segala daya dan kebolehan manusia menghalang dan menjauhi

setiap perkara yang tidak diredhai oleh Allah. Hanya mereka yang berjaya melepasi

dugaan melawan nafsu serakah yang sahaja yang akan mendapat keuntungan di

akhirat kelak. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:

Page 9: Agama Islam

“budi pekerti yang baik itu dapat melenyapkan dosa sebagaimana air

melenyapkan salji. Manakala budi pekerti yang jahat itu akan merosakkan amalan

sebagaimana cuka melenyapkan madu.”

Di dalam al-Quran pula di dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8, Allah berfirman

yang bermaksud:

“Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia

akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat

zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”

Namun begitu, bagi individu yang sudah pun tergelincir ke jalan kehinaan dan

terlibat dalam murtad mereka diwajibkan untuk segera kembali kepada Islam.

Mereka berkewajipan untuk mencabut kemurtadannya dan wajib menyesalinya.

Selepas itu, mereka berkewajipan untuk mengukukuhkan azam untuk tidak

mengulangi perbuatan tersebut. Mereka juga wajib untuk mengqada semua

kewajiban syarak semasa ia murtad. Akhirnya, haruslah taubat nasuha kepada Allah

S.W.T.

Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting. Ibu bapa Muslim mestilah

melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah terhadap

anak-anaknya terutama dari segi asuhan dan didikan agama sejak awal lagi

hinggalah remaja dan dewasa. Sesungguhnya anak-anak ibarat kain putih dan ibu

bapalah yang berperanan untuk mencorakkan kain tersebut. Pihak sekolah juga

memainkan peranan. Pendidikan agama Islam di sekolah yang telah sedia ada

seharusnya diperkukuh dan dipertingkat. Penekanan khusus mengenai bahaya

gejala murtad harus diberi penekanan.

Selain itu, semua badan dakwah sama ada yang ditubuhkan oleh pihak yang

berwajib atau NGO seharusnya dari masa ke masa mempergiatkan lagi dakwah

Islamiah sama ada terhadap Muslim atau bukan Muslim. Islam sebagai agama rasmi

telah diperuntukkan dalam perlembagaan Negara. Undang-undang untuk melindungi

umat Islam daripada gejala murtad seharusnya diperkemas. Akta Perlindungan

Akidah dirasakan berkesan untuk mencapai matlamat itu. Contohnya, ialah Akta

Perlindungan Akidah Negeri Sembilan Peruntukan 90A (1) 1995. Di mana akta ini

mengggariskan bahawa seseorang Muslim tidak boleh keluar daripada Islam

Page 10: Agama Islam

melainkan setelah mendapat pengisytiharaan Mahkamah Tinggi Syariah.

Difahamkan tidak semua negeri di Malaysia mempunyai akta serupa ini. Justeru,

akta ini harus dijadikan enakmen oleh negeri-negeri lain yang belum ada. Malah

yang lebih penting ialah penyelarasan di peringkat pusat dan penguatkuasaannya

secara tegas dan berkesan.

Di samping itu, masyarakat di sekeliling juga memainkan peranan yang

penting. Bukan bermaksud untuk menjaga tepi kain orang lain, namun bagi

menegakkan syiar Islam. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda dan

diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:

“Barang siapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia ubah dengan

tangannya,jika tidak sanggup maka dengan lidahnya, jika tidak sanggup juga, maka

dengan hatinya,tetapi itu adalah selenah-lemah iman”

Yusof Qardawi dalam kitabnya juga ada menyatakan bahawa hendaklah

mempertahankan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Oleh yang demikian,

terbuktilah bahawa masyarakat memainkan peranan penting.

Kesimpulannya, tidak syak lagi gejala murtad merupakan ancaman utama

terhadap keselamatan agama Islam di alaf baru ini. Dengan itu, sebagai umat Islam

kita hendaklah mempertahankan kemurnian agama kita ini.

Page 11: Agama Islam

RUJUKAN

1) MUSTAFA DAUD . (2002) . CABARAN TAMADUN ISLAM PADA ALAF

BARU DI MALAYSIA . Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

2) Che Kamarudin Md. Daud . (2006) . ASAS-ASAS ISLAM KHALIFAH AKHLAK

Nik Aminah Nik Idris & KEPERCAYAAN . iBook Pulication

Sdn Bhd.

3) MARDZELAH MAKHSIN . (2003) . PENDIDIKAN ISLAM 2 . PTS

PUBLICATIONS & DISTRIBUTOR SDN. BHD.

Page 12: Agama Islam

NAMA PELAJAR : ZAHIDAH BINTI MD YUSSOF

ANGKA GILIRAN :

NO.K.P : 900407-06-5134

KUMPULAN/UNIT : PPISMP MATEMATIK KOHORT 5

KOD DAN MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM

NAMA PENSYARAH : UST NOORAZI BIN RANI

TARIKH SERAHAN: 17 SEPTEMBER 2008

Page 13: Agama Islam