agenda tanggungjawab korporat
TRANSCRIPT
AGENDA TANGGUNGJAWAB KORPORAT
“MEMACU PERNIAGAAN MELANGKAU KEBERUNTUNGAN”
AGENDA TANGGUNGJAWAB KORPORAT
ms33 BAB III: Melaksanakan Pelbagai Peranan
Sektor Awam dalam Tanggungjawab Korporat• MelaksanakanPerananPemberi Mandat• MelaksanakanPerananMemudah
Cara,RakanKongsi&Mengendors• PenubuhanPusatPadanan
PerniagaanTanggungjawabKorporat• PenubuhanMajlisPenasihat
TanggungjawabKorporatSSM• PenubuhanInisiatifPenyelidikan BersamamengenaiTanggungjawab
Korporat• MenggalakkandanMewujudkan
KesedaranAwamMengenaiTanggungjawabKorporatMelaluiPerkongsian&KerjasamaStrategik
ms45 BAB IV: Tanggapan SSM mengenai CR
• PenglibatandiPeringkat Antarabangsa• Kesimpulan
ms2 KataAlu-AluanMenteri
ms5 PerutusanPengerusi
ms7 PerutusanKetuaPegawaiEksekutif
ms10 LatarBelakangAgendaCRSSM
ms11 BAB I: Gambaran Ringkas mengenai
Tanggungjawab Korporat• LatarBelakang• PerananSektorAwamdalam
TanggungjawabKorporat• PembangunanTerkini
TanggungjawabKorporat• TanggungjawabKorporatdiMalaysia• MasaHadapanTanggungjawab
Korporat
ms23 BAB II: Parameter Agenda CR SSM
• TakrifTanggungjawabKorporatSSM• PernyataanOrganisasiSSMmengenai TanggungjawabKorporat• ObjektifSSMdalamMencapai AgendaTanggungjawabKorporat• SlogandanLogoAgenda
TanggungjawabKorporatSSM• KlasifikasiInisiatifTanggungjawab
KorporatOrganisasi
“MEMACU PERNIAGAANMELEBIHI KEBERUNTUNGAN”
KATAALU-ALUAN
MENTERI
Pembentukan dan penyediaan Agenda Tanggungjawab Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Agenda CRSSM) memang tepat pada waktunya supaya masyarakat korporat di negara ini bersedia untuk meneroka paradigma baru dalam dunia perniagaan. Secara tradisinya, matlamat utama pembentukan sesebuah syarikat atau perniagaan adalah untuk mengejar keuntungan. Dengan pelbagai bentuk krisis ekonomi yang melanda sepanjang abad ke-20 dan ditambah pula dengan peningkatan tahap kesedaran tentang hak pemegang saham dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah, kematangan dunia korporat dan perniagaan telah meningkat ke tahap yang lebih maju berasaskan pertimbangan tadbir urus korporat yang baik. Di kala pertimbangan ke atas tadbir urus korporat yang cemerlang masih menjadi perkara yang relevan dan berterusan sehingga hari ini, konsep perniagaan moden juga menekankan idea mengenai kemampanan perniagaan dan tanggungjawab korporat. Idea tersebut kini dikenali sebagai tanggungjawab korporat (CR).
3
Daripada huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa suatu bentuk evolusi telah muncul dalam paradigma pengendalian perniagaan. Pendek kata, persoalan mengenai ‘bagaimana hendak menjana keuntungan’ telah diperkembangkan kepada ‘bagaimana hendak menjana keuntungan dan pada masa yang sama memastikan pentadbiran syarikat terpelihara dan undang-undang dipatuhi’. Persekitaran perniagaan abad ke-21 menjadi lebih kompleks apabila pertimbangan perniagaan tidak lagi tertumpu kepada isu keuntungan semata-mata. Isu mengenai alam sekitar dan sosial dititikberatkan dan seterusnya membawa syarikat dan perniagaan semakin hari semakin dekat untuk menjadi sebahagian daripada komponen masyarakat.
Berbeza dengan tanggapan ramai, CR sepatutnya diamalkan pada setiap masa dan bukan hanya semasa kemakmuran ekonomi. Malah, usaha CR sepatutnya dipertingkatkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak seimbang – usaha ini tidak semestinya melibatkan sumbangan berbentuk wang sahaja. Amalan baik dan sumbangan oleh sektor korporat dan perniagaan boleh dalam rupa apa-apa bentuk dan cara seperti masa, idea dan usaha. Sebuah syarikat kejuruteraan sebagai contoh, boleh menyumbangkan kepakarannya dengan memberi tuisyen dalam subjek matematik kepada kanak-kanak sekolah di luar bandar, pengamal milikan tunggal veterinar boleh memperuntukkan masa lebih kurang satu atau dua jam sebulan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan haiwan secara percuma di zoo, anggota �rma guaman boleh memperuntukkan beberapa jam setahun untuk menyelesaikan kes-kes pro bono, dan perundingan perkongsian perniagaan boleh memberikan idea mengenai cara untuk mengoptimumkan kos pengendalian rumah anak yatim. Bentuk sumbangan seperti ini hanya dibatasi oleh imaginasi semata-mata. Saya percaya bahawa semua perkara ini adalah suatu bentuk pelaburan, yang mungkin tidak memberi manfaat secara langsung kepada perniagaan tetapi dapat menambah baik persekitaran hidup masyarakat di sekeliling kita.
4
Dalam keadaan ketidakseimbangan ekonomi masa kini, aktiviti CR boleh menyumbang secara positif ke arah kecairan domestik. Aktiviti CR boleh membantu Kerajaan dalam mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara melalui pembelian, perolehan, penggunaan dan juga peningkatan penggunaan domestik. Nilai ekonomi CR dalam perkara ini, sangat ketara dan dapat meringankan beban masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan persekitaran. Dalam konteks pakej rangsangan ekonomi Kerajaan yang diumumkan baru-baru ini, Agenda CR SSM memainkan peranan dalam menyokong matlamat Kerajaan ke arah mewujudkan kepesatan ekonomi negara.
Dalam konteks perdagangan antarabangsa, suatu usaha agenda CR yang kemas dan tersusun, berpotensi untuk menarik FDI, membangunkan tenaga kerja berkemahiran, meningkatkan keluaran dan perkhidmatan, di samping mewujudkan reputasi perniagaan yang baik. CR boleh menjadi satu elemen penting bagi membolehkan syarikat dan perniagaan meneruskan daya saing mereka dalam persekitaran perniagaan. Kita telah menyaksikan penghasilan premium perniagaan melalui amalan tadbir urus korporat yang baik. Tren penghasilan premium melalui amalan CR ini yang mempunyai publisiti yang baik dan meluas, akan meningkatkan momentum masa kini dan, hanya masa yang akan menentukan perjalanan perniagaan di mana-mana jua yang akan tertumpu kepada CR.
Melalui Agenda CR SSM, SSM telah meletakkan hala tujunya ke arah mewujudkan kerangka CR yang tersusun bagi organisasi, komuniti perniagaan; terutamanya negara. Usaha mega dalam memacu komuniti perniagaan menghadapi paradigma baru, walau bagaimanapun, menghendaki sokongan daripada semua pihak. Bagi maksud itu, SSM akan bekerjasama dengan Kementerian, agensi Kerajaan, badan profesional lain dan komuniti perniagaan secara umumnya untuk memastikan bahawa semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Di samping itu, Agenda CR juga merupakan suatu usaha jangka panjang yang akan sentiasa dilaksanakan dan tidak hanya merupakan manifestasi semata-mata atau perlu dibuktikan dengan kejayaan. Oleh yang demikian, saya yakin bahawa CR sebenarnya adalah berkaitan dengan kejujuran dan keikhlasan. Malah, kedua-dua nilai murni ini menjadi tonggak aktiviti CR. Kepuasan diri yang diperoleh hasil usaha aktiviti CR yang dijalankan dengan sendirinya menjadi penghargaan terbaik yang boleh diraih bersama.
Marilah kita bersama-sama berusaha menuju ke arah Malaysia yang mampan.
Dato’ Sri Ismail Sabri Bin YaakobMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna25 Mei 2009
5
PERUTUSAN
PENGERUSI
Tidak ada satu perkataan atau ungkapan yang tepat yang boleh digunakan untuk memperihalkan topik mengenai tanggungjawab korporat (CR). Ia adalah, pada masa yang sama, sesuatu yang mudah tetapi kompleks. Idea asas mengenai CR yang meliputi aspek kesukarelaan dan kemoralan, sejak mula evolusinya, merangkumi isu kemampanan, persekitaran hidup, kecekapan dan globalisasi. Pelaksanaan CR melibatkan pelbagai perkara termasuk sosiologi, sejarah, pengurusan perniagaan, falsafah, ekonomi, kewangan, peraturan serta dasar dan juga sains gunaan. Kerumitan dan pengertian CR yang sedemikian tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia adalah lambang ketamadunan manusia. Perkara yang paling utama mengenai CR ialah ia merupakan suatu proses yang berterusan yang pastinya akan melibatkan individu, keluarga, masyarakat dan juga Kerajaan.
Dalam merealisasikan kepentingan CR dalam ekonomi kontemporari, wujud keperluan bagi sektor awam dalam memainkan peranan yang penting dan strategik untuk menggalakkan dan memacu budaya CR di kalangan komuniti perniagaan. Peranan CR yang signi�kan dalam membentuk persekitaran perniagaan masa hadapan telah mendorong Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggubal Agenda Tanggungjawab Korporat SSM (Agenda CR SSM), yang menjadi pelan induk bagi meneruskan dan memacu CR sebagai suatu agenda korporat dan perniagaan di negara ini. Oleh yang demikian, SSM telah menanda aras pendekatannya terhadap empat peranan sektor awam yang digariskan oleh Bank Dunia. Peranan yang diterima pakai SSM yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini akan seiring dalam menetapkan pendekatan CR yang tersusun oleh sektor awam di Malaysia.
PERUTUSAN
PENGERUSI
6
Sebagai pengawal selia korporat, SSM akan mengambil langkah yang signi�kan untuk mewujudkan ‘persekitaran yang membolehkan’ bagi CR berkembang dan diterima sebagai suatu budaya oleh komuniti perniagaan melalui pengenalan dan pelaksanaan Agenda CR SSM. Saya percaya Agenda CR SSM akan mampu membantu dalam menanda aras CR dalam komuniti perniagaan bagi meningkatkan kerangka CR negara. Bagi membolehkan bentuk kesedaran ini mendapat tempat, adalah penting bagi komuniti perniagaan dan anggota masyarakat untuk mengetahui dengan sepenuhnya perkara ini, sesuatu yang saya percaya boleh dicapai melalui pemahaman Agenda CR SSM.
Ramai bertanggapan bahawa usaha untuk mencapai CR memerlukan pendekatan perniagaan yang berbeza dilaksanakan oleh syarikat dan perniagaan. Tanggapan ini adalah salah atas dasar CR boleh diintegrasi dengan mudah melalui amalan dan objektif perniagaan sedia ada. Objektif dan aktiviti perniagaan boleh disusun semula dengan matlamat yang lebih komprehensif dengan mengintegrasikan pertimbangan ekonomi, sosial dan persekitaran. CR bukanlah mengenai penciptaan semula pendekatan perniagaan tetapi lebih kepada menggabungkan pertimbangan ekonomi, sosial dan persekitaran ke dalam amalan perniagaan sedia ada. Keperluan utama untuk mencapai tahap ini ialah dengan perubahan minda. Hal ini, walau bagaimanapun, tidaklah dapat dicapai dengan mudah. Dengan strategi tertentu dan kerjasama sewajarnya daripada komuniti perniagaan dan peranan yang proaktif yang dijalankan oleh SSM bagi pihak sektor awam, saya percaya objektif tersebut boleh direalisasikan pada masa hadapan.
Saya mengucapkan tahniah kepada SSM kerana melahirkan Agenda CR SSM dan berharap agar usaha sedemikian dalam mempromosikan CR akan juga dilaksanakan oleh agensi lain dalam sektor awam melalui usaha sama dengan SSM.
Dato’ Mohd Zain bin Mohd Dom,PengerusiSuruhanjaya Syarikat Malaysia26 Mei 2009
7
PERUTUSAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengenal pasti tanggungjawab korporat (CR) sebagai satu bidang yang terpenting dan strategik untuk dibangunkan di bawah Pelan Hala Tuju Strategik Kedua SSM 2009 – 2013 (SDP Kedua). Dalam persekitaran perniagaan abad ke-21, langkah untuk meneruskan agenda CR yang berlandaskan isu tadbir urus korporat yang baik menjadi keutamaan dan amat relevan.
Kemunculan era globalisasi menjadikan CR suatu topik yang hangat diperkatakan. De�nisi baru mengenai perkara ini telah dilahirkan dengan persepsi baru diterokai setiap hari. Sektor awam mahupun swasta telah menerokai bidang dan perkembangan baru yang boleh dikongsi mengenai skop ini. Teori baru telah dibawa, dibincangkan, dikritik, diterima mahupun ditolak. Pendek kata, CR melalui proses pengembangan setiap hari. Syarikat-syarikat di seluruh dunia dinilai dan seterusnya diklasi�kasikan oleh para penyelidik berdasarkan usaha inisiatif CR mereka. Sehingga kini terdapat inisiatif yang diperkenalkan untuk menilai bidang kuasa kerangka CR. Hanya masa yang menjadi penentu apabila CR dikaitkan dengan saingan ekonomi sesebuah negara, sama ada faktornya dengan kos mengusahakan perniagaan, masa yang diambil untuk memulakan perniagaan, struktur tadbir urus korporat dan dasar pekerja telah mempengaruhi tahap bidang kuasa berhubung dengan pengendalian perniagaan. Kepesatan pembangunan CR telah mendorong SSM untuk mengambil langkah yang pantas bagi mempertaruhkan daya saingan negara dalam jangka masa panjang.
Kajian terperinci menunjukkan bahawa CR merupakan suatu sub-bahagian tadbir urus korporat. Walau bagaimanapun, dalam masa yang terdekat ini, saya percaya CR akan mencapai kedudukan yang setaraf dengan tadbir urus korporat, terutamanya apabila ia berkisar tentang isu kemampanan korporat. Aspek tadbir urus korporat telah berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, daripada peraturan semata-mata kepada amalan terbaik perniagaan yang merangkumi pengurusan perniagaan dan syarikat secara berhemah melalui pengurusan risiko, pengurusan projek dan perancangan strategik. Demikian juga
PERUTUSAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
8
dengan CR, yang mana konsep itu kini menjadi lebih penting dalam persekitaran perniagaan moden. Evolusi ini menjadi lebih ketara dalam sektor perniagaan dan korporat apabila syarikat dan perniagaan mempunyai kedudukan yang sama dalam suasana saingan perniagaan dengan menerima pakai CR sebagai sebahagian daripada budaya perniagaan mereka. Pada masa ini, CR dilihat sebagai matlamat kedua dalam perniagaan bagi melengkapi matlamat utamanya iaitu menjana keuntungan. Sesetengah syarikat telah berjaya memperoleh keuntungan di samping mengamalkan CR. Suatu bentuk evolusi dalam CR yang terpenting ialah apabila sesebuah syarikat atau perniagaan meletakkan CR sebagai agenda utama perniagaan mereka yang daripadanya keuntungan akan dijana.
Dalam mengenal pasti CR sebagai agenda strategik ekonomi negara, SSM menyedari bahawa dalam masa terdekat, CR akan dapat menentukan kemampanan dan keberterusan perniagaan dan organisasi khususnya dalam suasana ekonomi masa kini. Oleh itu, pembangunan Agenda CR SSM adalah tepat pada masanya dalam menangani kesulitan ekonomi semasa. Selain menjana kecairan dalaman, jika dimanfaatkan dengan sebaiknya dan diteruskan secara strategik, CR mempunyai potensi untuk mengurangkan komitmen kewangan Kerajaan dalam memenuhi keperluan masyarakat. Bayangkan jika kesemua 843,000 buah syarikat dan 3.5 juta perniagaan yang berdaftar dengan SSM di seluruh negara tampil dengan inisiatif CR mereka masing-masing, implikasi positif yang besar kepada negara akan tercapai. Perkara ini boleh merangkumi sumbangan derma kebajikan mahupun hanya pelaburan dalam bentuk masa dan usaha. Pelaburan sebegini mungkin tidak bermakna kepada mereka yang bernasib baik namun sangat bererti kepada mereka yang amat memerlukannya.
Penjelajahan ke arah CR tepat pada masanya dalam kesukaran ekonomi semasa yang dihadapi oleh negara pada masa ini dan dunia pada amnya. Dengan pelbagai isu semasa yang diperkatakan seperti perubahan cuaca, kesan pelepasan karbon, tenaga bersih, kebuluran dan kemiskinan global, kekurangan bekalan air, bencana alam dan sebagainya memerlukan perhatian semua pihak termasuk komuniti korporat dan perniagaan. Sumbangan dan impak yang diberikan oleh warga korporat dan perniagaan yang bertanggungjawab bagi menangani masalah ini adalah melebihi ukuran wang semata-mata. Hakikatnya inisiatif untuk menangani masalah ini dapat memberi sumbangan dalam mewujudkan keadaan ekonomi yang mampan kepada rakyat dan perniagaan dalam jangka masa panjang.
Saya telah menghuraikan mengenai apakah yang dimaksudkan dengan CR. Benarkan saya untuk menyentuh secara ringkas huraian mengenai ‘bila’. Inisiatif ke arah menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik ialah ‘sekarang’. Ia merupakan suatu bentuk pelaburan masa hadapan – mungkin bukan kepada kita tetapi kepada generasi yang akan datang. Sesetengah usaha dan inisiatif awal yang dilaksanakan pada masa ini akan menghasilkan implikasi positif pada masa hadapan. Semua pihak dalam komuniti korporat dan perniagaan boleh menyumbang walaupun sedikit, namun ia akan terus hidup dan berkembang menjadi sesuatu yang sangat bererti. Bayangkan umpama menanam sebatang pokok hari ini, yang memerlukan masa yang panjang untuk menjadikannya matang dan berbuah. Mungkin kita tidak sempat merasai hasilnya tetapi generasi hadapan akan menghargai usaha yang sangat signi�kan ini. Pokok yang ditanam itu akan memberikan sumber makanan dan perlindungan di samping menghasilkan oksigen dan terus menjalankan fungsinya selagi ia hidup. Mengambil kesimpulan daripada analogi ini, SSM menggalakkan semua masyarakat korporat dan perniagaan untuk mula membuat pelaburan demi masa hadapan dalam apa jua bentuk dan cara daripada setiap syarikat, syarikat milikan tunggal atau perkongsian. Pembangunan Agenda CR SSM merupakan suatu langkah yang kecil tetapi sangat bermakna bagi mengalakkan amalan CR di kalangan komuniti korporat dan perniagaan. Secara tradisinya, SSM adalah Pendaftar syarikat dan perniagaan, penyampai maklumat korporat dan perniagaan, dan juga pengawal selia korporat, namun usaha terhadap CR adalah sesuatu yang baru bagi organisasi ini. Walaupun pendekatan CR dilihat dalam bentuk
9
kehendak penyediaan laporan korporat dan melalui penyebaran amalan tadbir urus korporat, namun ia agak terhad jika dilihat dari terma skopnya. Walaupun tidak banyak ditekankan, elemen CR terdapat dalam peruntukan undang-undang seperti kehendak untuk mengemukakan penyata tahunan, mengadakan mesyuarat agung tahunan dan mekanisme untuk memastikan tahap kawalan dalaman sesebuah syarikat mencukupi. Peruntukan ini diperkenalkan bagi membolehkan pentadbiran dan pengurusan syarikat dan perniagaan dijalankan dengan sewajarnya dan bagi memastikan pemegang saham dilindungi. Seterusnya, kehendak ini diperkenalkan untuk memastikan bahawa perniagaan dapat dijalankan dalam jangka masa panjang dengan memanfaatkan pemilik dan pewarisnya dan juga untuk mengekalkan suasana perniagaan yang kondusif di negara ini.
Dalam bergerak ke hadapan, SSM meletakkan dirinya sebagai pengawal selia korporat bagi mewujudkan perniagaan yang mampan di samping berusaha bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan kerangka tadbir urus korporat negara. Paduan tenaga dalam usaha sama ini adalah jelas memandangkan ia berkait rapat dengan CR yang menjadi satu komponen tadbir urus korporat. Sebagai tempat permulaan di mana syarikat dan perniagaan dilahirkan, SSM mempunyai peranan yang strategik dalam membantu memelihara tadbir urus korporat dan memacu CR bagi manfaat seluruh komuniti perniagaan dan negara secara umumnya.
Dengan adanya Agenda CR SSM, SSM akan bekerjasama dengan sektor awam dan sektor swasta dalam menggalakkan dan menyemai budaya CR. SSM percaya bahawa akan wujud paduan tenaga yang kuat melalui usaha sama strategik dengan badan profesional, syarikat, pemilik perniagaan, ahli akademik dan agensi Kerajaan serta pengawal selia lain dalam usaha untuk mencapai CR. Memanfaatkan kekuatan semua pihak sangat penting dalam membawa Agenda CR SSM ke mercu kejayaan.
Dato’ Azmi bin Ari�nKetua Pegawai Eksekutif,Suruhanjaya Syarikat18 Mei 2009
10
LATAR BELAKANG AGENDA TANGGUNGJAWAB
KORPORAT SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
1. Agenda Tanggungjawab Korporat (CR Agenda) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan suatu kerangka strategik yang menggariskan pendekatan SSM mengenai tanggungjawab korporat (CR).
2. CR Agenda SSM menyediakan parameter organisasi SSM terhadap CR yang merangkumi de�nisi CR SSM, matlamat usaha SSM berkaitan CR, dan juga perihalan ke atas pendekatan, projek dan inisiatif yang akan dijalankan oleh SSM ke arah meningkatkan kerangka CR negara. Oleh yang demikian, ia adalah suatu dokumen yang sangat penting bagi SSM kerana ia menyediakan panduan am bagi organisasi untuk mengusahakan CR sebagai sebahagian daripada agendanya.
3. Perjalanan pelaksanaan untuk pendekatan bagi projek dan inisiatif yang telah digariskan akan
dijalankan mengikut peringkat dengan pendekatan terhadap CR yang terancang dan sainti�k. Oleh yang demikian, SSM akan melibatkan kedua-dua sektor iaitu sektor awam dan swasta yang terdiri daripada syarikat dan perniagaan, organisasi, badan profesional, Kementerian, agensi Kerajaan, pengawal selia korporat dan institusi akademik.
4. Projek dan inisiatif yang dihuraikan di sini tidak dibatasi. Lebih banyak projek dan inisiatif akan ditambah bagi memastikan Agenda CR SSM relevan dengan peredaran masa.
GAMBARANRINGKASMENGENAITANGGUNGJAWAB KORPORAT
BAB I:
12
13
GAMBARANRINGKASMENGENAI
TANGGUNGJAWAB KORPORAT
Latar Belakang
5. CR (juga disebut sebagai ‘Tanggungjawab Sosial Korporat’ atau singkatannya ‘CSR’) adalah suatu konsep yang seiring dengan perjalanan perniagaan itu sendiri. Konsep ini juga disebut sebagai ‘Tanggungjawab Perniagaan’, ‘Hubungan Kemasyarakatan’, ‘Kewarganegaraan Korporat’ dan ‘Tanggungjawab Sosial’. Ungkapan ‘Tanggungjawab Sosial Korporat’ atau singkatannya ‘CSR’ muncul di era 1970-an berikutan dengan kebangkitan kesedaran sosial. Ungkapan tersebut kemudiannya dikhususkan skopnya kepada CR kerana ia memberi suatu konotasi yang lebih luas mengenai tanggungjawab sosial termasuk isu mengenai ekonomi dan persekitaran.
6. Sejarah CR adalah isu kontroversi dan susah untuk ditentukan titik asal mulanya. Di Mesopotamia semenjak 5,000 tahun dahulu telah wujud kon�ik di antara kepentingan untuk membalak secara komersil dengan kepentingan dan keperluan untuk memelihara hutan. Keperluan ini telah memaksa undang-undang diperkenalkan untuk mengawal selia kecuaian dan kesusahan yang timbul kepada rakyat. Undang-undang tersebut telah dijumpai mengandungi elemen CR di dalamnya. Perbadanan multinasional pertama, Syarikat India Timur Belanda telah melihat wujudnya aktivisme di kalangan pemegang saham apabila mereka membangkitkan isu mengenai kerahsiaan mengenai aspek pengurusan dan memperkayakan diri sendiri. Bentuk kesedaran sosial ini juga terkandung dalam konsep CR.
7. Walaupun mustahil untuk mengenal pasti titik permulaannya, evolusi CR boleh, pada tahap tertentu, dipastikan. Di United Kingdom, idea bahawa perniagaan patut mengambil kira isu sosial dapat dikesan, sekiranya kita menoleh kembali ke era perindustrian Victoria. Di Perancis dan Jerman, CR dikenali semasa Abad ke-19. Di Malaysia pula, konsep CR bermula pada penghujung Abad ke-19, hampir sezaman dengan wujudnya perbincangan dan kesedaran mengenai isu tadbir urus korporat.
14
8. Jean-Jacques Rousseau (1712 – 1778) dalam bukunya ‘The Social Contract’ meramalkan kewujudan
hubungan simbiotik antara perbadanan dengan masyarakat dan menyatakan bahawa
perbadanan, sebagai warga masyarakat, mempunyai tanggungjawab untuk mengembalikan
kepada masyarakat secara saksama apa yang diterima daripada masyarakat tersebut. Andrew
Carnegie (1835 – 1919) menyuarakan dengan jelas keberkesanan kapitalisme, prinsip kebajikan
dan konsep pengawasan oleh komuniti perniagaan hendaklah ke arah membantu masyarakat
secara am.
9. Sekitar tahun 1920-an, perbincangan mengenai CR dan hubungan di antara perniagaan dengan
masyarakat secara kontemporari mula menjadi lebih serius di kalangan ahli akademik. Struktur dan
elemen CR telah dikenal pasti dan dianalisa. Konsep ini menjadi lebih relevan dalam persekitaran
perniagaan moden, terutamanya topik mengenai CR yang mendapat momentum bukan hanya
di kalangan komuniti perniagaan tetapi juga Kerajaan dan orang ramai secara amnya.
10. Pada pertengahan tahun 90-an, konsep ‘triple bottom line’ telah diperkenalkan oleh John
Elkington melalui bukunya, ‘Cannibals with Forks: the Triple Bottom Line of 21st Century Business’.
Konsep itu secara prinsipnya menetapkan bahawa selain usaha untuk mencapai nilai ekonomi,
syarikat hendaklah juga mengambil kira nilai persekitaran dan sosial. Triple bottom line juga
dikenali dengan singkatan TBL, 3BL atau disebut sebagai konsep ‘People, Planet, Pro�t’. Pada masa
ini, konsep ‘triple bottom line’ telah diterima pakai secara global sebagai suatu garis panduan
dalam mengukur inisiatif CR dan kejayaan dalam laporan syarikat.
11. CR yang dibangunkan daripada konsep kedermawanan, sejak mula pengembangan dan
kematangannya dan sejak beberapa tahun yang lalu telah merangkumi kerangka yang lebih luas
dalam aspek kewarganegaraan korporat, kemampanan perniagaan, tanggungjawab alam sekitar,
tanggungjawab sosial dan hak asasi manusia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, CR telah
dihubungkaitkan dengan pembangunan yang mampan, iaitu suatu konsep yang holistik dan
menyeluruh.
12. Minat yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat mengenai CR tidak hanya mencetuskan banyak
perdebatan mengenai sejarah, skop, komponen, pemakaian, bentuk mahupun kaitannya. Tanpa
mengira perbezaan pendapat tersebut, CR telah menjadi perkara utama yang diperkatakan
dalam perbincangan perniagaan moden. Secara amnya terdapat beberapa de�nisi mengenai CR
yang diberikan oleh berbagai organisasi dan individu. De�nisi tersebut termasuklah yang berikut:
15
“CSR is a concept whereby organizations consider the interest of society by taking responsibility
for the impact of their activities on customers, employees, shareholders, communities & the
environment in all aspects of their operations.” - Wikipedia
“… a business approach that creates long term shareholders value by embracing opportunities
& managing risks deriving from economic, environmental & social development.”- Dow Jones Sustainability Index
“CSR is a commitment of businesses to contribute to sustainable economic development by
working with employees, their families, the local community & society at large to improve
their lives in ways that is good for business & for development” - International Financial Corporation (World Bank)
“… operating a business enterprise in a manner that consistently meets or exceeds the
ethical, legal, commercial & public expectations society has on business.” Business for Social Responsibility
“A concept whereby companies integrate social & environmental concerns in their
business operations & in their interaction with their stakeholders on a voluntary basis.” -
Commission of the European Union
“The continuing commitment by businesses to behave ethically & contribute to economic
development while improving the quality of life of the workforce & their families as well as
of the local community & society at large.” - World Business Council for Sustainable Development
16
Kesedaran
Kepentingan masyarakat Kesukarela-
wanan
Tanggungjawab Kemoralan
Nilai jangka panjang
pemegang saham
Kemampanan
Sumbangan
TANGGAPAN CSR
13. Mengikut takrif di atas, CR bolehlah dikaitkan dengan nilai-nilai yang abstrak seperti sumbangan,
tanggungjawab, kesukarelawanan, kemoralan dan kesedaran. Semua perkara ini adalah subjektif
tetapi nilai-nilai murni yang terkandung mampu menjadi kayu pengukur dalam menilai kualiti
individu, keluarga, masyarakat dan ketamadunan.
17
14. Sepanjang tahun-tahun yang lalu, dan dengan munculnya konsep syarikat sebagai suatu entiti
yang berasingan dari segi undang-undang, usaha murni ini telah diperluaskan kepada syarikat
dan perbadanan. Konsep baru ini yang menyarankan supaya usaha murni dijalankan oleh
entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang berkemungkinan telah melahirkan istilah
‘tanggungjawab sosial korporat’ sebagai istilah yang lebih dikenali dan diterima pakai dalam
kamus ketamadunan manusia abad ke-20. Hari ini, konsep CR dilihat sebagai suatu usaha murni
dalam memburu keuntungan untuk perniagaan dan syarikat.
15. Perbincangan mengenai CR tidak boleh dibatasi hanya kepada kaitannya dengan perniagaan
semata-mata. Sebaliknya, topik mengenai CR sepatutnya melibatkan gabungan pelbagai perkara
seperti – dasar Kerajaan, undang-undang dan peraturan, ekonomi, agama, sains kemasyarakatan,
falsafah dan yang terkini globalisasi. Inilah topik yang berkait rapat dengan ketamadunan
manusia. Pendekatan terhadap CR seharusnya dibuat dengan mengkaji semua faktor ini bagi
membolehkan kefahaman yang lebih baik mengenai CR.
Peranan Sektor Awam Dalam CR
16. CR merupakan suatu konsep yang berkait rapat dengan komuniti perniagaan. Walau
bagaimanapun, adalah tidak tepat untuk dikatakan bahawa ia hanya didokong oleh sektor swasta,
terpisah daripada sebarang penglibatan Kerajaan dan sektor awam. Bank Dunia telah mengenal
pasti 4 peranan utama sektor awam berhubung dengan CR, iaitu:
(i) Peranan memberi mandat – Pengenalan kepada undang-undang dan peraturan
yang berkaitan dengan CR
(ii) Peranan memudah cara – Pembangunan dasar dan pemberian insentif untuk
menggalakkan inisiatif CR
(iii) Peranan rakan kongsi – Pembentukan perkongsian strategik dengan sektor swasta
(iv) Peranan mengendors – Sokongan dan pengendorsan politik terhadap CR
Pelaksanaan keempat-empat peranan ini oleh sektor awam memerlukan kerjasama erat antara
pengawal selia dengan penggiat industri.
17. Dalam peranan memberi mandat, sektor awam boleh memperkenalkan undang-undang
dan peraturan-peraturan berhubung CR. Ini merupakan suatu pendekatan secara tradisional.
Penetapan undang-undang dan peraturan mandatori dan dilengkapi dengan unsur-unsur
sekatan merupakan suatu cara tradisi yang terdapat dalam kebanyakan bidang kuasa. Pengenaan
standard CR melalui obligasi dapat dilihat terutamanya dalam bidang alam sekitar, kesihatan dan
keselamatan, tadbir urus korporat, dan hal ehwal pengguna. Syarikat dan perniagaan dikehendaki
untuk mematuhi tanggungjawab mandatori tersebut, disebut sebagai ‘hard rules’ untuk diterima
pakai sebagai standard sosial yang ditetapkan.
18
18. Pengenaan tanggungjawab bagi ‘hard rules’ ini adalah untuk memastikan syarikat-syarikat
terus berperanan sebagai warga korporat yang baik. Suatu contoh peranan memberi mandat
sektor awam ialah wujudnya pelbagai perundangan mengenai tadbir urus korporat termasuk
perlindungan pemegang saham, kehendak penzahiran melalui pengemukaan maklumat
dan laporan, dan juga garis panduan mengenai kewajipan dan tanggungjawab ahli lembaga
pengarah. Pengenaan tanggungjawab ‘hard rules’ berkaitan CR lain yang relevan dengan
komuniti perniagaan termasuklah pelbagai undang-undang mengenai alam sekitar, perlindungan
pengguna dan juga undang-undang berkaitan pekerja. Undang-undang ini, walaupun jarang
dikaitkan dengan undang-undang korporat adalah merupakan undang-undang dan peraturan
yang diperkenalkan untuk memastikan tatalaku korporat yang baik.
19. Pengenaan tanggungjawab ‘hard rules’ melalui peranan memberi mandat seperti itu adalah
mencapai ke arah CR. Ini mungkin tidak disedari oleh Kerajaan dan agensi pengawalseliaan
kerana mereka telah pun menjalankan peranan mengikut CR. Sebagai contoh, penguatkuasaan
undang-undang SSM terhadap penyerah-simpan penyata tahunan dan akaun teraudit adalah
merupakan suatu usaha dalam meningkatkan penzahiran hal ehwal syarikat kepada pihak-pihak
yang berkepentingan dan orang awam. Ini adalah suatu inisiatif yang berkait dengan CR. Melalui
penyerah-simpan penyata tahunan dan akaun teraudit setiap tahun, penilaian pertimbangan
perniagaan dan penentusahan boleh dilaksanakan, yang seterusnya memberi keuntungan
terhadap usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan - tindakan ini akhirnya
akan melindungi kepentingan awam.
20. ‘Soft rules’, sebaliknya, melibatkan pengenalan kepada amalan terbaik yang tidak mengikat
dan tidak bersandar kepada sekatan undang-undang. Berbeza dengan ‘hard rules’, pendekatan
‘soft rules’ adalah secara sukarela. Sememangnya, tahap ‘kesukarelaan’ ini boleh dibentuk dan
lazimnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran seperti persepsi dan harapan masyarakat,
dan yang terkini persepsi dan harapan pemegang saham. Mengikut harapan masyarakat,
sebagai contoh, orang ramai semakin prihatin terhadap alam sekitar dan memilih untuk
menggunakan produk mesra alam sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka. Malahan,
sebahagiannya menyelidiki operasi syarikat untuk memastikan bukan hanya produk mesra alam
ditawarkan tetapi pengurusan dan pengendalian syarikat juga berlandaskan konsep mesra alam.
21. Pendekatan ‘soft rules’ juga mengandungi banyak kelebihan kerana ia lebih �eksibel dan mudah
diterima oleh komuniti perniagaan. Pendekatan ‘soft rules’ yang berbentuk sukarela menjadi
tarikan kepada perbadanan dalam usaha mereka untuk mencapai CR seterusnya membuka lebih
banyak peluang perniagaan di samping menjana lebih keuntungan.
22. Dalam melaksanakan peranan memudah cara, mengadakan usahasama dan mengendors,
pengawal selia boleh menyumbang dalam menggalakkan CR dengan memberi sokongan dan
galakan terhadap pembangunannya. Peranan ini menghendaki kerjasama yang erat antara
pengawal selia dengan penggiat industri yang terlibat dalam penggubalan polisi dan aktiviti
berbentuk CR.
19
23. Dalam melaksanakan peranan memudah cara, sektor awam membantu komuniti perniagaan
dalam mencapai agenda CR. Dalam hal ini, sektor awam bertindak sebagai pemangkin dan
berperanan sebagai penyokong. Dalam melaksanakan peranan mengadakan usahasama,
perkongsian strategik antara sektor awam dengan sektor swasta akan melengkapi antara satu
sama lain dalam aspek pendanaan, kemahiran dan peranan yang ditekankan melalui agenda
CR. Pengendorsan pula melambangkan sokongan politik dan dapat dilihat jika diberikan dalam
bentuk pengiktirafan. Pengasingan tugas yang jelas antara peranan memudah cara, mengadakan
usahasama dan mengendors oleh sektor awam adalah samar-samar. Perkara ini, walau
bagaimanapun tidak menjadi halangan ke arah membangunkan agenda CR secara sistematik
kerana yang lebih penting adalah hasil dan impak yang dijana.
24. Dalam memperkukuh peranan sektor awam dalam CR, Bank Dunia telah mengenal pasti 5 kunci
utama:
• MembinakesedarantentangagendaCRdanimplikasinya;
• MembangunkankapasitibagimembentukagendaCR;
• Mewujudkanpersekitaranyangstabildantelusterhadappelaburanpro-CR;
• Melibatkansektorswastadalampelaksanaandasarawam;dan
• Mewujudkanrangkakerjabagimenilaistrategikeutamaandanpembangunan.
Pembangunan terkini CR
25. Tema CR abad ke-21 tertumpu kepada usaha untuk mencapai kemampanan. Dalam berbuat
demikian, CR menyarankan suatu bentuk keseimbangan antara usaha untuk mengejar
keuntungan dengan peranan untuk menyumbang ke arah kesejahteraan sosial dan persekitaran.
Lingkungan CR dikenal pasti dan diklasi�kasikan untuk memudahkan usaha dan pendekatan CR
yang lebih tersusun.
26. Prestasi syarikat terhadap isu sosial dinilai berasaskan sumbangan syarikat terhadap masyarakat
melalui aktiviti perniagaan atau sosial yang dilaksanakan, manakala prestasi persekitaran syarikat
dinilai berasaskan sebaik mana syarikat mengasimilasikan pertimbangan persekitaran ke dalam
aktiviti perniagaan syarikat.
20
CR di Malaysia
27. Di Malaysia, CR merupakan suatu topik yang agak baru tetapi menonjol hasil dari pelbagai inisiatif
yang telah dijalankan oleh Kerajaan dan sektor awam dalam menyokong dan menggalakkan CR
ketika peralihan ke abad baru. Wawasan 2020 yang ditetapkan sebagai pelan tindakan umum
kepada Negara, diterapkan dengan pelbagai elemen CR. Ini adalah kerana Kerajaan menyedari
bahawa untuk mencapai tahap ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan, penekanan kepada
faktor lain seperti kesejahteraan sosial dan persekitaran mestilah diberi keutamaan yang sama.
28. Empat daripada sembilan cabaran yang digariskan dalam Wawasan 2020 berkait secara langsung
dengan CR. Cabaran-cabaran tersebut adalah:
(i) Cabaran keempat - mewujudkan masyarakat yang bermoral tinggi dan
beretika, teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan
didokong dengan standard etika yang tinggi.
(ii) Cabaran ketujuh - mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
prihatin.
(iii) Cabaran kelapan - memastikan masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi; iaitu masyarakat yang melaksanakan
pengagihan kekayaan Negara yang adil dan saksama
yang terdapat perkongsian sepenuhnya dalam
perkembangan ekonomi.
(iv) Cabaran kesembilan - mewujudkan suatu masyarakat yang makmur, dengan
ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan
berdaya tahan.
Inisiatif dalam menangani dan mengatasi cabaran yang tersebut di atas oleh sektor swasta
adalah merupakan CR. Dalam hubungan yang sama, dengan menggariskan dasar itu, Kerajaan
telah memainkan peranannya dalam mengendors CR sebagai satu amalan yang akan terus
dilaksanakan oleh warga korporat.
29. Sokongan Kerajaan terhadap CR jelas terbukti dalam banyak agenda negara iaitu:
(a) Rancangan Malaysia Kesembilan
• RancanganMalaysiaKesembilanmengandungilima(5)terasutamaiaitu:
(i) Untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian yang lebih tinggi;
(ii) Untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara
serta memupuk ‘minda kelas pertama’;
(iii) Untuk menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan
secara membina dan produktif;
21
(iv) Untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; dan
(v) Untuk mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.
• Banyak inisiatif akan diambil ke arah melaksanakan lima (5) teras utama
berkaitan dengan CR. Ia termasuklah menggalakkan etika amalan perniagaan
dan program CR ke arah mempertingkatkan tahap tadbir urus korporat
negara.
(b) Pelan Integriti Nasional
• Salahsatuobjektifstrategikadalahuntukmeningkatkantadbiruruskorporat
dan etika perniagaan yang kesemuanya mempunyai hubung kait dengan
CR.
(c) Bajet 2007
• Meningkatkan siling cukai bagi potongan cukai daripada 5% kepada 7%
daripada agregat pendapatan ke atas sumbangan yang dibuat oleh sektor
swasta kepada badan kebajikan.
• Mengenakankeperluankeatassyarikatawamtersenaraiuntukmelaporkan
inisiatif CR dalam laporan kewangan tahunan.
• Memperkenalkan ‘Anugerah CSR Perdana Menteri’ bagi mengiktiraf dan
menghargai penglibatan sektor swasta dalam CR.
(d) Bajet 2008
(i) Penubuhan Dana CSR dengan peruntukan awal sebanyak RM50 juta untuk
membiayai projek CR yang terpilih.
(ii) Potongan cukai bagi pelaburan yang memberi manfaat kepada masyarakat
setempat, seperti pembinaan jejantas dan taman permainan.
(iii) Keperluan ke atas syarikat awam tersenarai untuk menzahirkan komposisi
pekerja mereka mengikut kaum dan gender, serta program untuk memajukan
pembekal tempatan dan Bumiputera.
(iv) Penubuhan sekretariat tetap bagi program PINTAR, yang melibatkan sekolah
angkat oleh syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan.
22
Masa Hadapan CR
30. Suatu agenda atau pendekatan CR yang berkesan perlu dibentuk bagi jangka panjang dengan
matlamat untuk mencapai pembangunan yang mampan. Oleh itu, pembentukan tersebut perlu
mengambil kira isu berkaitan CR yang mungkin akan wujud di masa hadapan. Berdasarkan kajian
yang dijalankan di rantau Asia Pasi�k, CSR Asia telah mengenal pasti beberapa isu berkaitan CR
yang mungkin akan dihadapi oleh syarikat di tahun-tahun yang akan datang. Isu tersebut ialah:
(i) Alam sekitar dan perubahan cuaca
(ii) Hak pekerja dan hak asasi manusia
(iii) Ketelusan dan akauntabiliti
(iv) Penginstitusian CR
(v) Penglibatan pemegang saham
(vi) Pengurusan bakat
(vii) Pelaburan komuniti
(viii) Rantaian bekalan dan keselamatan produk
(ix) Perusahaan sosial
(x) Pembasmian kemiskinan
31. PricewaterhouseCoopers 12 CEO Global Survey memberi amaran bahawa ketika krisis kewangan
menjadi perkara utama pada tahun 2009, krisis seterusnya yang mungkin berlaku pada
sebahagian negara di dunia adalah perubahan cuaca. Kajian tersebut telah membuat kesimpulan
bahawa semasa pemahaman komuniti perniagaan mengenai krisis global ini sedang meningkat,
masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan dalam memastikan pelepasan karbon di
peringkat global diberi perhatian. Kesedaran sedemikian membuktikan bahawa inisiatif CR ke
arah menangani isu perubahan cuaca akan menjadi sebahagian daripada agenda masa depan
bidang perniagaan.
32. Sudah ada syarikat-syarikat dan perniagaan yang mengambil inisiatif ke arah mengintegrasikan
CR seiringan dengan aktiviti perniagaan mereka. Ada yang telah mengambil langkah seterusnya
dengan memberi perhatian yang tinggi kepada CR di samping berusaha meraih keuntungan.
Dalam hal ini, aspek perniagaan seperti pengeluaran, pemasaran, rantaian bekalan, modal insan
dan pengurusan keseluruhan syarikat dilaksanakan dengan mengambil kira aspek CR.
PARAMETERAGENDACRSSM
BAB II:
25
33. SSM menganggap CR sebagai suatu sub-bahagian tadbir urus korporat walaupun skop CR boleh
dikatakan lebih luas jangkauannya. Salah satu fungsi statutori SSM di bawah subseksyen 17(d)
Akta Suruhanjaya Syarikat 2001 (Akta SSM 2001) adalah untuk menggalakkan perilaku yang betul
dan baik bagi tadbir urus korporat. Subseksyen 17 (d) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001
menyatakan:
Fungsi Suruhanjaya adalah……
(d) untuk mendorong dan menggalakkan tatalaku yang sepatutnya di kalangan pengarah,
setiausaha, pengurus dan pegawai lain sesuatu perbadanan, dan pengawalseliaan diri
oleh perbadanan, syarikat, perniagaan, kumpulan perindustrian dan badan ikhtisas dalam
sektor korporat demi untuk memastikan bahawa segala kegiatan korporat dan perniagaan
dijalankan mengikut norma-norma yang telah mantap mengenai pentadbiran korporat
yang baik;
34. Memandangkan usaha CR adalah selaras dengan peruntukan subseksyen 17(d) Akta SSM 2001,
SSM berpendapat adalah perlu untuk membangunkan parameter organisasi bagi membolehkan
pendekatan yang tersusun dan sainti�k diambil ke arah mempromosikan CR sebagai agenda
untuk diterima pakai dan diinternalisasikan oleh SSM, selaku pengawalselia kepada lebih kurang
843,000 syarikat berserta 3.7 juta perniagaan.
PARAMETERAGENDA
CR SSM
26
35. SSM berpendapat bahawa ia berada dalam kedudukan yang terbaik untuk memacu budaya CR di
kalangan syarikat dan perniagaan di negara ini atas faktor-faktor yang berikut:
(a) SSM adalah Pendaftar bagi semua syarikat dan perniagaan di Malaysia.
Terdapat lebih daripada 843,000 buah syarikat dan 3.7 juta perniagaan sedia ada
yang membentuk suatu kumpulan besar yang terlibat secara langsung dengan CR.
Oleh itu, peraturan-peraturan, dasar dan amalan terbaik berkaitan dengan CR boleh
diperkenalkan dengan lebih berkesan di masa hadapan termasuk mewujudkan
kesedaran.
(b) SSM sebagai titik permulaan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia.
SSM merupakan platform yang terbaik untuk menyemai budaya CR. Salah satu
pendekatan terbaik bagi membolehkan idea-idea baru dicapai dengan lebih berkesan
adalah dengan menyemai budaya ini pada peringkat awal. Dalam hal ini, SSM boleh
memainkan peranan yang strategik dalam memupuk idea dan konsep CR dari sudut
pemerbadanan atau pendaftaran syarikat dan perniagaan.
(c) SSM sebagai rangkaian hubungan organisasi.
Hakikat bahawa SSM diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna membolehkan organisasi memanfaatkan hubungan dan
kapasiti rangkaian, memandangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna adalah Kementerian yang bertanggungjawab bagi sebarang aktiviti
perdagangan domestik. Di samping itu, SSM juga boleh bekerjasama secara berkesan
dengan Kementerian dan pengawal selia korporat yang lain di Malaysia berdasarkan
hubungan erat dan baik yang sedia ada.
(d) Adanya elemen tambahan yang menyokong.
Selain syarikat dan perniagaan, setiausaha dan juruaudit syarikat juga merupakan pihak
berkepentingan SSM. Badan professional seperti Persatuan Institut Setiausaha dan
Pentadbir Berkanun Malaysia (MAICSA), Institut Akauntan Malaysia (MIA), Persatuan
Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA), Majlis Peguam Malaysia, Persatuan
Setiausaha Syarikat Malaysia (MACS), Institut Setiausaha Syarikat yang Diluluskan
(IACS), Persatuan Peguambela Sarawak, Persatuan Undang-undang Sabah, dan
Persatuan Peguam Korporat Malaysia (MCCA) boleh membantu SSM dan memainkan
peranan penting dalam menyebarkan mesej CR kepada syarikat-syarikat. Platform
penglibatan pihak-pihak berkepentingan sedia ada seperti Dialog Tahunan SSM dan
Forum Perundingan Amalan Korporat (CPCF) juga boleh digunakan oleh SSM untuk
mengemas kini perkembangan terbaru mengenai CR.
27
36. Bagi menggalakkan syarikat dan perniagaan menjadikan CR sebagai sebahagian daripada budaya
mereka, SSM merangka parameter tertentu untuk memastikan pendekatan yang berkesan dan
strategik diambil mengenai perkara ini. Parameter ini termasuklah:
(i) Membangunkan takrif organisasi CR;
(ii) Mewujudkan pernyataan organisasi mengenai CR;
(iii) Mengenal pasti objektif dalam mencapai Agenda CR;
(iv) Mengklasi�kasikan inisiatif umum CR; dan
(v) Mengenal pasti dan membangunkan pendekatan organisasi mengenai CR
37. Pembangunan parameter organisasi tersebut di atas adalah penting untuk memastikan SSM
terus giat dalam usahanya untuk mencapai CR. Ia juga akan membolehkan penilaian maklumat
yang penting ke arah mengenal pasti trend CR dan memudahkan pembangunan masa hadapan.
38. SSM akan meneruskan agenda CR secara tersusun dan akan menjadi penanda aras bagi kehendak
standard antarabangsa sebagaimana yang dibangunkan oleh Bank Dunia. Sebagai sebahagian
daripada sektor awam, SSM akan mengambil bahagian dalam 4 peranan utama sebagaimana
yang telah dikenal pasti oleh Bank Dunia iaitu peranan memberi mandat, memudah cara,
mengadakan usahasama dan mengendors.
39. 4 peranan utama yang dimainkan oleh SSM akan ditetapkan berdasarkan konsep triple bottom line
yang berfungsi sebagai parameter umum dalam usaha mencapai CR. Bagi tujuan itu, pertimbangan
SSM bagi maksud mencapai Agenda CR tidak hanya terbatas kepada aspek pengawalseliaan
korporat dan komersial secara tradisi sahaja tetapi juga meliputi subjek kesejahteraan sosial dan
persekitaran.
Takrif CR SSM
40. Dengan mengambil kira konsep triple bottom line dan kebolehpakaian CR dalam komuniti
perniagaan secara umum, SSM mentakrifkan CR sebagai:
“Penglibatan syarikat dan perniagaan dalam mencapaikeadaan sosial, ekonomi dan persekitaran hidup yang mampan
di samping berusaha untuk meraih keuntungan.”
28
41. Berdasarkan perkara yang tersebut di atas, takrif SSM mengenai CR terdiri daripada empat (4)
elemen penting;
(a) Kebolehpakaian konsep kepada syarikat dan perniagaan
CR terpakai bagi semua jenis syarikat tidak kira apa jua jenisnya (sama ada syarikat
awam atau persendirian), saiz operasi, jenis perniagaan yang dijalankan dan sama ada
ia disenaraikan atau tidak. Konsep CR juga terpakai bagi semua bentuk perniagaan
lain yang dijalankan di Malaysia seperti syarikat milikan tunggal, perkongsian atau
perkongsian liabiliti terhad (yang akan diperkenalkan oleh SSM tidak lama lagi).
Dalam hal ini, SSM berpandangan bahawa perkataan ‘korporat’ dalam CR tidak hanya
melibatkan syarikat dan perbadanan. Malahan, apabila terma itu digabungkan dengan
perkataan ‘tanggungjawab’ ia lebih melambangkan konotasi organisasi daripada
menggambarkan bentuk perniagaan. Dalam hal ini, syarikat milikan tunggal dan
perkongsian adalah sebahagian daripada institusi perniagaan. Oleh yang demikian,
mereka boleh memainkan peranan yang penting dalam CR kerana pemakaian
ungkapan tersebut boleh diperluaskan bagi memasukkan bentuk penyertaan dalam
aktiviti perniagaan.
(b) Konsep ‘triple bottom line’
Konsep ini menghendaki syarikat, syarikat milikan tunggal dan perkongsian mengambil
kira keadaan sosial, ekonomi dan persekitaran semasa menjalankan perniagaan mereka.
(c) Usaha bagi kemampanan dan kondusif
Syarikat dan perniagaan hanya boleh wujud apabila ada seseorang untuk
mengendalikan perniagaan dan sumber (sama ada dalam bentuk semula jadi atau
selainnya), yang ada di sekeliling mereka untuk berniaga. Hanya dengan mengekalkan
elemen-elemen ini, syarikat dan perniagaan boleh menjadi mampan. Konsep
kemampanan ini juga menetapkan bahawa pelaksanaan ‘triple bottom line’ bukan
sahaja untuk manfaat generasi sekarang tetapi juga bagi manfaat generasi yang akan
datang dan seterusnya.
(d) Mengejar keuntungan
SSM mengakui bahawa sebab utama di sebalik perbadanan syarikat dan pendaftaran
perniagaan adalah untuk mengejar keuntungan. Mengejar keuntungan, walau
bagaimanapun, boleh diharmonikan dengan konsep kemampanan dan kondusif
selaras dengan triple bottom line.
29
Pernyataan organisasi SSM mengenai CR
42. Pernyataan organisasi SSM mengenai CR adalah seperti berikut:
“CR merupakan suatu usaha murni syarikat dan perniagaan ke arah mencapai keadaan hal
ehwal sosial, persekitaran hidup dan ekonomi negara yang mampan dan kondusif. Pelaksanaan
perniagaan moden tidak lagi hanya tertumpu kepada isu keuntungan semata-mata tetapi juga
menitikberatkan keperluan generasi yang akan datang. CR tidak terhad kepada tanggapan
kebajikan sahaja tetapi boleh merangkumi suatu inisiatif yang luas ke arah mewujudkan
kelestarian jangka panjang vis-à-vis dengan konsep triple bottom line. SSM percaya bahawa
konsep CR terpakai bagi semua pihak dalam komuniti perniagaan dan bahawa semua pihak
boleh memainkan peranan yang penting ke arah mengukuhkan kerangka kerja CR negara.
Persekitaran korporat dan perniagaan yang peka terhadap CR dan yang secara proaktif berusaha
mencapai agenda CR sebagai sebahagian daripada perniagaan mereka, memberi sumbangan
terhadap pembangunan negara selain meningkatkan daya saing negara. Sebagai suatu destinasi
perniagaan, CR adalah suatu budaya yang mesti disemai melalui kerjasama dan inisiatif pelbagai
pihak.”
Objektif SSM dalam Mencapai Agenda CR
43. Objektif SSM dalam mencapai agenda CR adalah seperti yang berikut:
(a) Untuk menyemai budaya CR dalam persekitaran perniagaan di Malaysia;
SSM akan memberi tumpuan kepada inisiatifnya dalam Agenda CR bagi menjadikan
CR sebagai sebahagian daripada budaya korporat dan amalan perniagaan di Malaysia.
CR merupakan suatu keprihatinan yang berterusan dan akan bersepadu sebagai
sebahagian daripada perjalanan perniagaan. Dalam berbuat demikian, SSM akan
melaksanakan empat (4) peranan utama yang diketengahkan oleh Bank Dunia.
(b) Untuk menggalakkan syarikat berusaha mencapai keseimbangan dalam mengejar
keuntungan dan mewujudkan persekitaran hidup yang mampan;
SSM percaya bahawa usaha ke arah kemampanan jangka panjang mengikut triple
bottom line tidak boleh terpisah daripada usaha untuk memperoleh keuntungan. Malah,
mengejar kedua-duanya secara serentak akan memberi manfaat kepada syarikat dan
perniagaan dalam jangka masa panjang.
(c) Untuk memupuk budaya korporat di kalangan ahli korporat di Malaysia yang
menghargai dan mengiktiraf semua inisiatif CR yang dilaksanakan oleh syarikat sebagai
menghasilkan premium bagi syarikat dan perniagaan; dan
30
Konsep keuntungan dalam perniagaan yang telah diamalkan dalam CR kebelakangan
ini menghasilkan premium dalam syarikat dan perniagaan. Syarikat dan perniagaan
yang mengamalkan CR sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan mereka
mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat tawaran yang lebih baik,
menikmati reputasi yang membanggakan, serta menarik minat pekerja yang berkaliber.
Nilai syarikat dan perniagaan tidak lagi diukur dari aset �zikal, nilai kontrak, dan kecairan
kewangan, tetapi daripada penerapan amalan kewarganegaraan korporat yang baik
melalui amalan CR.
(d) Untuk meneruskan dan menyebarluaskan tadbir urus korporat yang baik dalam asas
yang lebih holistik.
Akhir sekali, usaha Agenda CR SSM dijalankan berasaskan suatu komponen tadbir urus
korporat yang baik. Mandat statutori yang diberikan bagi menggalakkan amalan tadbir
urus korporat yang baik membuktikan bahawa usaha penggalakan CR adalah konsisten
dengan obligasi berkanun SSM. Ia memperlihatkan pendekatan SSM mengenai tadbir
urus korporat adalah lebih menyeluruh dan bukan sahaja terhad kepada rangka kerja
pengawalseliaan korporat tradisional.
Slogan dan Logo Agenda CR SSM
44. SSM menerima pakai slogan yang berikut untuk menyampaikan peranannya berhubung dengan
CR kepada orang ramai:
“Memacu perniagaan melebihi keberuntungan”
45. SSM akan menerima pakai logo yang berikut dan melekatkan logo tersebut pada semua dokumen
yang dikeluarkan dan dipamerkan dalam aktiviti-aktivitinya selaras dengan usaha mencapai
Agenda CR sebagai lambang pengakujanjian CR SSM:
31
46. Logo CR SSM melambangkan pendekatan triple bottom line yang merangkumi tiga dimensi
utama iaitu kemampanan - ekonomi, sosial dan persekitaran. Penjelasan berkaitan dengan ikon
abstrak yang terdapat di dalamnya adalah seperti yang berikut:
• Ikonmanusiayangterdapatdisebelahkirimelambangkanmasyarakatmanusia.
• Ikonburungyangterdapatdisebelahkananmelambangkanalamsekitar.
• Warnahijaujugamelambangkanalamsekitar.
• IkonMenaraBerkembarPETRONASyangterdapatdibahagiantengahmelambangkan
kemuncak kejayaan ekonomi.
• Bentukbulatikonmelambangkankemampanandanpandangansejagat.
Logo tersebut akan dilekatkan pada semua penerbitan atau inisiatif yang melibatkan CR yang
dijalankan oleh SSM.
Klasi�kasi Organisasi Inisiatif CR
47. SSM secara umumnya mengkategorikan inisiatif CR kepada dua kategori utama:
(a) Inisiatif ekstrinsik – semua program, aktiviti dan inisiatif yang dijalankan oleh syarikat
dan perniagaan yang membawa kesan positif luaran dalam parameter kesejahteraan
sosial, ekonomi dan alam sekitar di negara ini. Secara ringkasnya, inisiatif ekstrinsik
didorong secara dalaman oleh institusi perniagaan ke arah mewujudkan kemampanan
luaran sosial, ekonomi dan alam sekitar. Contoh inisiatif ekstrinsik meliputi usaha
kerja amal dan derma untuk rumah anak yatim, kempen kesedaran awam mengenai
pemeliharaan alam sekitar, pemuliharaan tenaga, dan sebagainya.
(b) Inisiatif intrinsik – semua program, aktiviti dan inisiatif yang dijalankan oleh syarikat
dan perniagaan yang membawa impak positif dalaman kepada persekitaran institusi
dalam parameter kesejahteraan sosial, ekonomi dan alam sekitar. Secara ringkasnya,
inisiatif intrinsik didorong secara dalaman bagi membawa manfaat secara dalaman
atau dalam lingkungan organisasi perniagaan berkenaan. Contoh inisiatif intrinsik
termasuk inisiatif untuk mewujudkan persekitaran kerja dan kehidupan yang seimbang
di pejabat, inisiatif kitar semula dalaman, pengurusan - pekerjaan bagi pekerja dan
sebagainya.
32
Sosial
Inisiatifekstrinsik
CR
Organisasi/Institusi
Alam sekitar
Ekonomi
Sosial
Alam sekitar
Ekonomi
Inisiatifinstrinsik
CR
48. Klasi�kasi aktiviti CR yang disebutkan di atas merupakan suatu klasi�kasi utama. Klasi�kasi dan
kelompok lanjut boleh dikaitkan pada konsep triple bottom line. Diagram yang memaparkan
konsep ini ditunjukkan seperti yang berikut:
MELAKSANAKANPELBAGAIPERANANSEKTORAWAMDALAMCR
BAB III:
35
MELAKSANAKAN PERANAN MEMBERI MANDAT
49. Suatu contoh yang baik bagi sektor awam memainkan peranan memberi mandat dalam CR
ialah memperkenalkan pelbagai perundangan dan dasar mengenai tadbir urus korporat, yang
merangkumi perlindungan pemegang saham, kehendak bagi penzahiran dan garis panduan
mengenai kewajipan dan tanggungjawab pengarah.
50. Pengenalan kepada undang-undang lain seperti undang-undang mengenai alam sekitar,
undang-undang mengenai perlindungan pengguna dan undang-undang pekerja juga menjadi
suatu bentuk peranan memberi mandat CR kerana undang-undang ini diperkenalkan bagi
memastikan tatalaku tadbir urus korporat adalah selaras dengan kehendak asas dalam konsep
triple bottom line; iaitu kehendak sosial dan persekitaran.
51. Undang-undang seperti ini adalah pengenaan mandatori, lazimnya disebut sebagai ‘hard rules’,
yang mana syarikat dan perniagaan dikehendaki untuk mematuhi standard sosial yang ditetapkan.
52. Terdapat juga amalan terbaik yang tidak mengikat dan tidak bersandar kepada sekatan undang-
undang yang dikenali sebagai ‘soft rules’ dan tidak seperti ‘hard rules’, pematuhan kepada ‘soft
rules’ adalah berbentuk sukarela, walaupun tahap ‘kesukarelaan’ itu selalunya dipengaruhi oleh
pelbagai faktor seperti persepsi dan harapan pihak berkepentingan.
MELAKSANAKANPELBAGAIPERANAN
SEKTOR AWAM DALAM CR
36
53. Pendekatan ‘soft rules’ mempunyai kelebihan kerana ia lebih �eksibel dan mudah diterima oleh
komuniti perniagaan kerana ia bukan bersifat paksaan. Memandangkan ‘soft rules’ adalah secara
sukarela, ia lebih menarik minat perbadanan kerana dapat memberi peluang kepada mereka
memanfaatkan CR bagi peluang perniagaan dan meraih lebih keuntungan.
54. SSM bercadang untuk melaksanakan peranan memberi mandat melalui pengenaan ‘hard rules’
di samping pengenalan kepada ‘soft rules’. Pengenalan kepada ‘hard rules’ dan ‘soft rules’ akan
mengambil kira isu yang terpakai yang daripadanya dan SSM akan memperkenalkan peraturan-
peraturan, dasar dan amalan terbaik yang relevan mengenai isu tersebut.
55. Salah satu usaha yang berpotensi bagi pendekatan ‘hard rules’ adalah pengenalan kepada
laporan pematuhan wajib harta intelek. Harta intelek merupakan satu isu kontemporari yang
mana masalah pelanunan perniagaan software dibincangkan secara meluas pada masa ini.
SSM berpandangan bahawa penggunaan barangan daripada perniagaan software yang tidak
didaftarkan dan tidak sah di sisi undang-undang adalah tidak selaras dengan prinsip tadbir urus
korporat yang baik. Pelanunan perniagaan software tidak boleh dilihat secara berasingan sebagai
suatu masalah harta intelek biasa yang lain tetapi seharusnya dilihat dengan lebih menyeluruh
memandangkan ia berkaitan dengan amalan korporat dan perniagaan.
56. Sebagai pengawal selia korporat, SSM boleh membantu Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan mengenakan tanggungjawab kepada syarikat untuk
menzahirkan secara tahunan penyata tahunan syarikat. Dengan memberi mandat kepada
tanggungjawab tersebut, SSM berharap pelanunan perniagaan software dapat dibanteras di
negara ini, seterusnya memastikan pengendalian perniagaan yang bersih oleh syarikat semasa
menjalankan perniagaan di Malaysia.
57. Pendekatan sedemikian juga akan meningkatkan keyakinan di kalangan pelabur asing apabila
mereka diberi jaminan bahawa bagi pengendalian dan perjalanan perniagaan syarikat tempatan
tidak hanya tertakluk kepada undang-undang syarikat yang sedia ada tetapi juga merangkumi
skop yang luas mengenai pematuhan korporat. Pengenalan kepada kehendak sedemikian juga
merupakan suatu bentuk penzahiran, sejajar dengan prinsip tadbir urus korporat yang baik.
58. Selain ‘hard rules’, SSM akan juga memperkenalkan pelbagai bentuk pendekatan ‘soft rules’ bagi
melengkapkan pengenaan ‘hard rules’ sebagaimana yang diperihalkan terdahulu. Sebahagian
daripada ‘soft rules’ yang dicadangkan yang boleh diperkenalkan oleh SSM adalah:
• PenzahiransecarasukarelabagiaktivitiCRyangdijalankanolehsyarikatdanperniagaan.
Hal ini boleh dicapai melalui memperuntukkan ruang yang perlu dalam Borang Penyata
Tahunan (bagi syarikat) dan Borang A1 (bagi perniagaan) yang diserah-simpan kepada
SSM. Penzahiran tersebut mesti dibuat secara sukarela; dan
37
• Pelancaran dokumen Pekeliling Amalan Terbaik Perniagaan (BBPC) bagi syarikat
dan perniagaan yang tidak mengikat. BBPC akan diterbitkan secara berkala kepada
syarikat dan perniagaan untuk digunakan sebagai garis panduan bagi meningkatkan
dan memperbaiki amalan perniagaan mereka, dan juga dalam pengurusan dan
pengendalian syarikat dan perniagaan. Selain aspek undang-undang korporat dan
pengawaseliaan, BBPC juga akan menyentuh perkara yang berkaitan dengan konsep
triple bottom line. Antara perkara yang akan disentuh termasuklah:
- Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi syarikat;
- Rumusan mengenai kerangka CR bagi syarikat dan perniagaan; dan
- Rumusan mengenai amalan terbaik dan perkongsian maklumat bagi
syarikat dan perniagaan dalam memelihara tenaga dan sumber asli.
Melaksanakan Peranan Memudah Cara, Mengadakan Ushasama dan Mengendors
59. Berhubung dengan pelaksanaan peranan memudah cara, mengadakan usahasama dan
mengendors, semua peranan tersebut akan dijalankan serentak memandangkan sukar untuk
meletakkan suatu garis pemisah antara ketiga-tiga peranan tersebut. Hal ini adalah kerana projek
dan inisiatif yang dijalankan oleh sektor awam sentiasa berkait dengan dua (2) atau lebih peranan
yang digariskan di atas. Antara projek yang dikenal pasti untuk dijalankan di bawah peranan ini
termasuklah:
• PenubuhanPusatPadananPerniagaan-CR;
• PenubuhanMajlisPenasihatCRSSM;
• PenubuhaninisiatifkajiselidikbersamamengenaiCR;dan
• Penggalakan dan pewujudan kesedaran awam mengenai CR melalui perkongsian
dan kerjasama strategik.
Penubuhan Pusat Padanan Perniagaan-CR
60. Selaras dengan saranan kerajaan baru-baru ini bagi menggalakkan CR di kalangan entiti
perniagaan di Malaysia, SSM akan menubuhkan suatu Pusat Padanan Perniagaan-CR (CBMC)
yang bertujuan untuk memudahkan inisiatif CR dan memacu ke arah pendekatan CR yang lebih
tersusun. CBMC adalah perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh SSM untuk membolehkan
penyertaan syarikat dan pemilik perniagaan yang berminat dalam aktiviti CR.
38
61. Objektif penubuhan CBMC adalah seperti yang berikut:
(a) Untuk membolehkan amalan CR di Malaysia dijalankan di atas asas yang lebih tersusun;
(b) Untuk membolehkan pengagihan faedah dan insentif CR yang lebih saksama; dan
(c) Untuk menggalakkan komuniti perniagaan mengamalkan CR sebagai sebahagian
daripada agenda perniagaan mereka.
62. Program CBMC akan terdiri daripada syarikat dan perniagaan (penderma CR) yang akan
menyatakan jenis aktiviti CR yang boleh atau dapat dijalankan oleh mereka. Pihak yang satu
lagi akan terdiri daripada mereka yang berhasrat untuk menerima faedah daripada aktiviti CR
(Penerima CR). Peserta program CBMC akan menyediakan butir-butir mengenai keupayaan,
kapasiti, lokasi, aktiviti dan keperluan CR mereka kepada SSM. SSM akan menyimpan data
tersebut di dalam sistem yang akan digunakan kelak bagi maksud CBMC. Maklumat yang
dikehendaki daripada kedua-dua Penderma CR dan Penerima CR termasuklah yang berikut:
63. SSM akan menyimpan dalam pangkalan data dan akan mencari padanan mengikut pro�l
Penderma CR dan Penerima CR. Selepas menyuai-padan Penderma CR dan Penerima CR, SSM akan
memaklumkan kedua-dua pihak. Penderma CR dan Penerima CR akan seterusnya berhubung dan
mengenal pasti terma penglibatan. Apabila persetujuan dicapai antara mereka Penderma CR dan
Penerima CR dikehendaki untuk memaklumkan kepada SSM. Begitu juga, sekiranya Penderma CR
dan Penerima CR gagal mecapai persetujuan, SSM perlu dimaklumkan mengenai keputusan ini.
Proses CBMC mungkin lebih jelas diperihalkan dalam bentuk diagram dan carta aliran di bawah:
Penderma CR
(i) Butir-butir syarikat/perniagaan
(ii) Aktiviti/inisiatif CR yang ditawarkan
(iii) Perihalan kapasiti dan kebolehan
melaksanakan aktiviti yang
dicadangkan
(iv) Lokasi/lokasi-lokasi yang diperlukan
bagi menjalankan aktiviti CR
Penerima CR
(i) Identiti penerima
(ii) Jenis manfaat CR yang diperlukan
39
Penderma CR Penerima CR
Pangkalan Data Penderma CR(Disenggara oleh SSM)
Pangkalan Data Penerima CR (Disenggara oleh SSM)
Rekuisisi Penderma/Penerima CR
Pegawai SSM
Proses pemadanan CR
Cadangan komunikasi pemadanan CR
Perjumpaan Penderma/Penerima CR
Penamatan Persetujuan
Tidak bersetuju (i) Laporan pelaksanaan oleh Penderma CR
(ii) Penentusahan oleh SSM
Data rujukan silang
40
Potensi dan manfaat CBMC pada asasnya tiada batasan. Senario mengenai perihalan CBMC
adalah seperti yang berikut:
• X Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat perkapalan yangmemiliki armada kapal laut dankapal tangki.XSdn.Bhd.menyimpanmaklumatdenganSSMbahawa iamempunyaikeupayaan dan kapasiti untuk berkongsi pengalaman kelautan dengan kanak-kanak yang mempunyai minat. A seorang kanak-kanak yang menghidap kanser yang tiada harapan untuk sembuh tetapi mempunyai impian untuk belayar di lautan luas di atas kapal tangki yang besar. Maklumat mengenai A kemudiannya disampaikan kepada SSM melalui pegawai CR-nya dan melalui sistem pengkomputerannya memadankan X Sdn. Bhd. denganA sebagai Pendermadan PenerimaCR yangberpotensi. X Sdn.Bhd. kemudiannya menghubungi A dan kedua-duanya bersetuju untuk berkongsi pengalaman satu hari belayar di atas kapal tangki X Sdn. Bhd. A kemudiannyamengesahkan dengan SSM melalui suatu laporan ringkas tentang aktiviti yang telah dijalankan itu.
• Y Enterprise adalah perkongsian kecil yang menjalankan perundingan seni bina. YEnterprise tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk menderma kepada badan amal. Walau bagaimanapun, memandangkan ia menjalankan perniagaan perundingan senibina,operasiYEnterprisedikendalikanolehjuruteradanarkitekyangmahirdalambidangmatematik. PengurusanY Enterprise inginmenyumbang kepada inisiatif CRdenganmenawarkankemahirandankepakarankakitanganyangada.YayasanBialahsebuah rumah anak yatim yang beroperasi dengan peruntukan kewangan yang kurang mencukupi untuk membiayai aktivitinya. Ia sedang mencari sukarelawan sebagai guru tuisyen untuk mengajar subjek matematik kepada anak-anak yatim yang masih bersekolah. Kedua-dua pihak membekalkan maklumat mereka kepada SSM dan sistem menyuaipadankan pihak-pihak tersebut.
• Z Bhd. berhasrat untuk menderma RM1 juta kepada rumah anak yatim di satukawasan terpencil di Sarawak tetapi tidak mempunyai maklumat tentang rumah anak yatim yang terletak di sana. Rumah C ialah rumah anak yatim yang jauh
terletak di Sarawak. Maklumat kedua-dua pihak dikemukakan kepada SSM di mana
penyuaipadanan kemudiannya tercapai.
Pemadanan pro�l Penderma CR dan Penerima CR. Proses pemadanan dilakukan melalui aplikasi
komputer yang mengimbas hanya maklumat CBMC berdasarkan beberapa kriteria. Setelah
ditemui, aplikasi itu akan memaparkan suatu senarai Penderma CR dan Penerima CR yang sepadan,
berserta dengan semua maklumat yang diperlukan seperti alamat, kategori sumbangan, jumlah
sumbangan dan sebagainya.
64. Proses seterusnya ialah SSM memaklumkan kedua-dua pihak bahawa padanan maklumat
telah tercapai dan selepas itu kedua-dua pihak boleh sama ada hendak menerima atau
menolak padanan itu. Pada peringkat ini SSM berperanan sebagai ‘penyuai padan’. Langkah
seterusnya perlu diambil oleh pihak-pihak berkenaan, iaitu Penderma CR dan Penerima CR
akan membincangkan butir-butir mengenai pelaksanaan inisiatif CR. Akhir sekali SSM akan
dimaklumkan mengenai status aktiviti CR tersebut dan maklumat itu hendaklah
disimpan oleh SSM bagi membolehkan analisis tren dan aktiviti CR di Malaysia dijalankan.
41
Penubuhan Majlis Penasihat CR SSM
65. SSM akan menubuhkan Majlis Penasihat CR untuk menasihati organisasi mengenai perkara-
perkara berkaitan dengan CR. Anggota Majlis Penasihat CR hendaklah dibentuk daripada pelbagai
golongan masyarakat termasuk ahli akademik, wakil badan profesional, pengamal korporat dan
wakil daripada sektor swasta di samping pakar dalam bidang yang berkaitan.
66. Anggota Majlis Penasihat CR akan bermesyuarat secara berkala untuk membincangkan isu
berkaitan dengan CR dan juga memberi nasihat kepada CR mengenai pelaksanaan Agenda CR.
67. Majlis Penasihat CR akan mempunyai tanggungjawab utama untuk memberikan nasihat dan
cadangan arahan kepada SSM berhubung dengan CR. Sebagai tambahan, Majlis Penasihat CR
akan memantau pelbagai projek dan aktiviti CR yang dijalankan oleh SSM. Tanggungjawab
khusus Majlis Penasihat CR adalah untuk:
• MengkajisemuladanmengesyorkanstrategiCRkepadaSSM;
• MenasihatiSSMmengenaidasar,kawalandansistemCR;
• MenasihatiSSMmengenaiisudantrendterkiniberhubungdenganCR;dan
• Menyediakan semakan semula yang bebas mengenai infrastruktur, keupayaan,
persekitaran dan proses CR, jika perlu.
68. Majlis Penasihat CR akan beroperasi mengikut terma dan syarat yang tertentu dan hendaklah
dilantik oleh anggota Suruhanjaya SSM.
Penubuhan Inisiatif Penyelidikan Bersama CR
69. SSM akan memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bersama dengan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) bagi mengadakan usaha sama dan penyelidikan strategik mengenai CR. Dapatan
penyelidikan dan usaha sama tersebut akan digunakan bagi meningkatkan kerangka CR negara.
Kerjasama antara SSM dengan UKM akan mengandungi antara lain, ciri-ciri utama yang berikut:
• Penyediaan maklumat korporat, data dan statistik oleh SSM kepada UKM bagi
penyelidikan dan analisis mereka;
• KajianbersamadanaktivitipembangunanmengenaiCR;
42
• RumusanmengenaikerangkaCRbagisyarikatkecildansederhana;
• Mempromosikan CR kepada komuniti perniagaan dan orang awam secara
keseluruhannya bagi mengukuhkan kerangka CR negara; dan
• PenerbitanbersamamengenaiCR.
70. MoU yang dimeterai antara SSM dengan UKM akan menjadi batu loncatan kepada MOU dan
perjanjian lain dilaksanakan oleh SSM untuk membolehkan lebih banyak penyelidikan dan aktiviti
berorientasikan pembangunan dilaksanakan. Ia melambangkan usaha sama yang dilaksanakan
oleh SSM sebagai pengawal selia korporat dengan golongan akademik bagi membangunkan
negara dan meningkatkan tadbir urus korporat yang baik.
Galakan dan mewujudkan kesedaran awam mengenai CR melalui perkongsian dan kerjasama strategik
71. SSM akan meneruskan usaha bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna bagi meningkatkan kesedaran melalui pelbagai publisiti mengenai usaha
dan aktiviti yang dijalankan. Sebagai Kementerian yang terlibat dengan pelaksanaan aktiviti
perdagangan dalam negeri, SSM berpendapat bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna dapat memainkan peranan yang strategik dalam meningkatkan
Agenda CR negara dengan menggalakkan CR di kalangan komuniti perniagaan tempatan.
72. Kerjasama seterusnya dengan Kementerian dan agensi Kerajaan lain yang berkaitan juga akan
dijalankan bergantung kepada jenis program kesedaran yang akan dilaksanakan.
73. Malahan, SSM juga akan berusaha mewujudkan kesedaran mengenai CR di kalangan anggota
masyarakat melalui program Kaunter Pendaftaran Perniagaan Bergerak, Kaunter Pendaftaran
Perniagaan Litar dan juga melalui penglibatan dengan orang ramai dan pemegang saham.
Bentuk penglibatan lain ialah melalui kempen kesedaran di peringkat sekolah dan universiti
dalam menyemai budaya CR di kalangan ahli perniagaan, pemimpin korporat, pengarah dan
pekerja sektor swasta masa hadapan.
74. Akademi Latihan SSM (COMTRAC), yang ditubuhkan pada tahun 2007 dapat memainkan peranan
penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai CR di kalangan orang
awam dan komuniti perniagaan. Sebagai tambahan kepada modul latihan yang sedia ada seperti
Akta Syarikat 1965, tadbir urus korporat dan perakaunan, COMTRAC boleh menambah modul
latihan yang baru iaitu CR. Pewujudan modul tersebut boleh dilaksanakan bersama dengan pakar
dalam bidang yang berkaitan atau melalui penglibatan penceramah luar negara.
43
75. SSM juga akan memanfaatkan platform penglibatan pihak berkepentingan sedia ada seperti
Dialog Tahunan atau CPCF untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan konsep dan amalan
CR di kalangan pengamal setiausaha syarikat. Setiausaha syarikat adalah suatu komponen
penting dalam syarikat, yang berkhidmat sebagai penasihat korporat serta penghubung antara
pemegang saham dengan ahli lembaga pengarah syarikat. Oleh itu, mereka boleh memainkan
peranan penting dalam CR dengan menasihati ahli lembaga pengarah serta pemegang saham
berkaitan dengan sesuatu hal perkara.
76. Sebagai pendaftar syarikat dan perniagaan dan juga sebagai pengawal selia korporat, SSM akan
bekerjasama rapat dalam menggalakkan CR melalui tiga (3) bidang teras yang berikut, iaitu:
(a) Menggalakkan rangkaian positif antara CR dengan keuntungan,
(b) Menyemai budaya CR seiring dengan tadbir urus korporat, dan
(c) CR sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan Negara.
77. Sebagai sebuah syarikat dan pendaftar perniagaan, SSM berpandangan bahawa terdapat
hubungan yang positif antara inisiatif CR dengan keberuntungan. Hubungan sedemikian
bagaimanapun jarang berlaku secara langsung. Syarikat dan perniagaan yang memiliki dasar,
amalan dan reputasi CR yang baik mungkin akan dapat menarik minat tenaga kerja yang
berpotensi, selain dapat mengekalkan tenaga kerja yang sedia ada. Ini adalah kerana wujudnya
kepuasan bekerja di kalangan mereka sebagai sebahagian daripada entiti perniagaan yang
mempunyai integrasi dengan masyarakat serta isu yang berkaitan dengannya. Dalam konteks
perniagaan moden, amalan CR juga boleh mewujudkan saingan sihat yang dapat membezakan
sesuatu produk, perkhidmatan, syarikat, atau perniagaan dengan yang lain. Elemen premium
boleh disuntik ke dalam nilai saham syarikat di samping reputasi yang baik dapat dinikmati oleh
pelanggan, pembekal dan masyarakat secara amnya.
78. SSM juga akan menumpukan perhatian dalam usaha untuk menjadikan amalan CR sebagai
sebahagian daripada budaya perniagaan di Malaysia. Ini boleh dicapai jika nilai-nilai yang betul
diterapkan di tahun-tahun awal penubuhannya serta mesej CR disampaikan dengan berkesan
kepada pelbagai komponen syarikat seperti ahli lembaga pengarah, juruaudit, setiausaha syarikat
serta pemegang saham - kesemuanya dikawal selia oleh SSM dengan berbagai bentuk dan cara.
79. Dalam menggalakkan CR di kalangan pihak berkepentingan, pelbagai bentuk program juga
boleh dilaksanakan oleh cawangan-cawangan SSM yang terletak di seluruh negara. Dalam hal
ini, cawangan SSM negeri hendaklah bertindak sebagai pejabat satelit di mana cawangan boleh
terlibat dengan pihak berkepentingan secara langsung di tempat mereka. Dengan demikian,
SSM berharap bahawa pengetahuan dan mesej yang berkaitan dengan CR akan tersebar di
seluruh negara.
44
80. Akhir sekali, SSM akan meyakinkan pihak berkepentinganya bahawa CR bukanlah suatu
tanggapan mengenai kebajikan semata-mata, tetapi penglibatan mereka dalamnya sangat
bermanfaat kepada pembangunan negara. Dalam krisis ekonomi global semasa, sokongan
dan bantuan daripada sektor korporat dan perniagaan boleh menyumbang ke arah mencapai
kecairan dalaman melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan. Malahan, aktiviti CR banyak memberi
implikasi sosial yang positif.
TANGGAPANSSMMENGENAICR
BAB IV:
46
47
81. SSM berpendapat bahawa CR merupakan suatu konsep yang berkait secara langsung dengan
komuniti korporat dan perniagaan. Bagi sektor awam seperti SSM, peranan mereka adalah lebih
kepada memberi mandat, memudah cara, mengadakan usahasama dan mengendors aktiviti
dan inisiatif CR yang dijalankan oleh sektor swasta. Walau bagaimanapun, intipati tanggapan
mengenai CR masih terpakai bagi SSM. Hal ini adalah dengan mengambil kira takrif CR oleh
Wikipedia (rujuk perenggan 12 dokumen ini).
82. Takrif CR oleh Wikipedia mengaitkan CR dengan organisasi berbanding syarikat atau perniagaan
pada dasarnya. Takrif ini adalah signi�kan kerana ia membawa maksud bahawa konsep CSR luas
dan melampaui entiti perniagaan. Walaupun terdapat hujah mengatakan bahawa konsep CR
terpakai kepada syarikat dan perniagaan, SSM berpendapat bahawa ia juga boleh mengambil
bahagian dalam pelbagai aktiviti berkaitan CR dan seterusnya menyumbang kepada tanggapan
murni CR.
83. Selama ini, SSM sentiasa menjalankan inisiatif yang selaras dengan prinsip CR melalui inisiatif
ekstrinsik dan instrinsik. Inisiatif ekstrinsik CR SSM termasuklah penganjuran ceramah dan seminar
secara percuma bagi mengukuhkan agenda tadbir urus korporat negara di samping menjalankan
pelbagai aktiviti bersama pekerja seperti majlis makan malam tahunan, aktiviti sukan dan hari
keluarga organisasi dan juga inisiatif lain seperti semakan semula gaji dan faedah pekerja bagi
menjadikan SSM suatu persekitaran tempat kerja yang mampan dan kondusif.
TANGGAPANSSM
MENGENAI CR
48
84. Sebagai pengawal selia korporat, SSM memandang ke hadapan dalam menerapkan budaya
CR dalam operasi hariannya. Beberapa aktiviti berkaitan CR yang akan dilaksanakan oleh SSM
termasuklah:
(a) Promosi dan inisiatif kitar semula
SSM akan memperkenalkan polisi dalamannya mengenai kitar semula untuk diterima
pakai oleh organisasi kerana ia dapat menyumbang kepada pengurusan sumber
dalaman organisasi yang lebih baik. Produk sampingan yang tidak digunakan
seperti kertas, plastik, bateri, dan toner boleh dikitar semula untuk meminimumkan
penggunaan sumber pada masa hadapan.
Antara aktiviti instrinsik yang dikenal pasti untuk dilaksanakan termasuklah:
• Penjualan surat khabar lama dan kertas terincih kepada peniaga barang
terpakai yang berdekatan. Dana yang dikumpul dapat digunakan untuk
kebajikan dan aktiviti pekerja.
• Mengadakan tong kitar semula untuk diletakkan di pejabat SSM seluruh
negara. Tong kitar semula ini hendaklah mengikut kod warna antarabangsa
bagi membolehkan pembuangan barangan kitar semula seperti kertas,
plastik, kaca dan tin aluminium.
• Meminimumkan penggunaan kertas denganmenggunakan di kedua-dua
belah muka surat oleh kakitangan SSM semasa menjalankan tugas harian
mereka.
• MemberigalakankepadakakitanganSSMuntukmengitarsemulabarangan
yang boleh dikitar semula seperti surat khabar, produk kertas, tin aluminium
dan plastik.
• SSMakanmempunyaikomunitikitarsemuladalamKelabSukanSSM.Komuniti
kitar semula ini akan membimbing, menggalakkan dan mempromosikan
aktiviti berkaitan kitar semula di SSM.
Aktiviti ekstrinsik yang akan dilaksanakan oleh SSM termasuklah:
• Menggalakkanpromosi kitar semula sebagai suatucarahidupdi kalangan
pihak berkepentingan SSM.
• Merangka dasar BBPC mengenai inisiatif kitar semula sebagai suatu garis
panduan umum kepada syarikat dan perniagaan yang berhasrat untuk
memperkenalkan dasar kitar semula dalam organisasi mereka.
49
(b) Pengurusan tenaga organisasi SSM
SSM akan mengadakan dasar pengurusan tenaga yang berkesan untuk memastikan
penggunaan kuasa yang cekap. Sementara menunggu SSM berpindah ke ibu pejabatnya
yang baru tahun hadapan, SSM telah merangka suatu pelan yang komprehensif untuk
memastikan penggunaan tenaga yang minimum dan cekap yang melibatkan reka
bentuk dan seni bina bangunan dan perkakasan yang akan digunakan.
Aktiviti intrinsik yang akan dilaksanakan oleh SSM berhubung dengan pengurusan
tenaga yang cekap termasuklah:
• Penggunaan peralatan jimat tenaga di ibu pejabat baru SSM. Bangunan
baru SSM akan dilengkapi dengan peralatan elektrik dan elektronik yang
jimat tenaga seperti komputer, komputer bimbit, projektor LCD, lampu
dan penghawa dingin. Peralatan jimat tenaga ini akan mengurangkan kos
elektrik serta mengurangkan masalah alam sekitar. Pereka bentuk dalaman
bagi bangunan baru SSM akan menggabungkan pendekatan tenaga yang
cekap. Pemasangan lampu yang maksimum namun penggunaannya secara
minimum serta penggunaan elektrik hanya bagi maksud berkaitan kerja.
• Mengamalkan penjimatan tenaga yang cekap dan menyebarkan
maklumat mengenai penjimatan tenaga kepada kakitangan SSM.
Aktiviti ekstrinsik yang akan dijalankan oleh SSM termasuklah:
• merumuskanBBPCmengenaipenjimatantenagadanpenggunaantenaga
yang cekap sebagai suatu garis panduan kepada syarikat dan perniagaan.
(c) Berusaha ke arah mencapai persekitaran tempat kerja yang mampan
Melalui pelbagai inisiatif instrinsik, SSM akan berusaha untuk menyediakan persekitaran
tempat kerja yang mampan kepada semua kakitangannya. Berbagai inisiatif yang
diperkenalkan sebelum ini seperti penganjuran Hari Keluarga SSM, Majlis Makan Malam
Tahunan, Hari Sukan Tahunan, Mencari Harta Karun dan sebagainya akan diteruskan dan
dipertingkatkan. SSM juga akan memberi ganjaran bagi pencapaian akademik kepada
anak-anak kakitangannya dan menganjurkan acara bersama kakitangan seperti majlis
berbuka puasa dan sambutan Hari Raya. Penganjuran majlis seperti ini tidak hanya
memanfaatkan pekerja SSM, tetapi juga kepada anggota keluarga mereka. Inisiatif lain
yang akan dilaksanakan pada masa hadapan termasuklah menaikkan saraan pekerja
SSM, memberi ganjaran kepada prestasi kerja dan sebagainya. Adalah diharapkan
inisiatif instrinsik ini akan menjadikan SSM sebagai suatu persekitaran tempat kerja
yang mampan dan kondusif.
50
85. Usaha CR SSM yang digabungkan dengan parameter yang diwujudkan menghendaki SSM
menyusun semula pendekatan dan aktivitinya berkaitan CR. Ia melibatkan antara lain, penubuhan
sebuah unit yang tersendiri untuk menangani portfolio CR, penyusunan semula aktiviti harian
yang dijalankan, penjenamaan semula aktivitinya dan sebagainya. Dalam hal ini, peningkatan
kapasiti dan keupayaan modal insan secara berperingkat akan dilakukan. Ini mengambil kira
kerumitan dan kepelbagaian perkara dalam CR, pembangunan pesatnya dan cabaran yang
dihadapi oleh SSM dalam meningkatkan tahap kesedaran CR.
86. Penyusunan semula aktiviti CR termasuklah:
(a) Menyebarluaskan konsep CR kepada semua pekerja SSM ke arah mencapai wawasan
bersama. Sebagai organisasi yang menggalakkan CR sebagai sebahagian daripada
agenda organisasinya, adalah penting bagi semua kakitangan SSM dimaklumkan dan
dilengkapkan dengan tahap pengetahuan yang mencukupi.
(b) Memanfaatkan aktiviti harian sedia ada yang dilaksanakan oleh SSM untuk menggalakkan
Agenda CR. Promosi tersebut dijalankan melalui program yang berikut:
(i) Kaunter Pendaftaran Perniagaan Bergerak;
(ii) Kaunter litar;
(v) Derma dan kebajikan; dan
(vi) Program kesedaran dan pendidikan yang dilaksanakan oleh SSM terutama
oleh Seksyen Hal Ehwal Awam dan COMTRAC.
87. Struktur keseluruhan secara umum inisiatif CR SSM diterangkan pada muka surat berikutnya.
51
AgendaSSM CR
Konsep Triple Bottom Line +
Kemampanan
Peranan Memberi Mandat• PerananMemudahCara• PerananRakankongsi• PerananMengendors
Inisiatif Ekstrinsik
Pengenaan‘hard rules’
Pengenaan‘soft rules’
Amalan tadbir urus yang baik
InisiatifInstrinsik
InisiatifEkstrinsik
Tempat kerjayang mampan
CBMC
Pengurusan tenaga
ekonomi
persekitaran
Pembangunan sosial
Kitar Semula
Pengurusan tenaga
Kitar Semula
Modul Pelaksanaan Agenda CR SSM
52
JANJI DITEPATI: IBU PEJABAT KORPORAT BARU SSM BERCIRIKAN HIJAU
Ibu pejabat baru SSM di KL Sentral telah direka bentuk untuk menggabungkan pelbagai ciri hijau
dan cekap tenaga ke arah memastikan kemampanan persekitaran. Aspek hijau dan cekap tenaga
boleh diperihalkan seperti yang berikut:
Pengenalan bangunan
Pengenalan �zikal sesebuah bangunan mempunyai impak yang signi�kan terhadap penggunaan
tenaga. Tingkap yang menghala ke arah timur, memerangkap cahaya matahari pada waktu pagi,
dan tingkap yang menghala ke barat akan menyimpan haba panas pada waktu petang. Keadaan
ini menyebabkan bangunan menjadi panas dan memerlukan lebih tenaga untuk menyejukkannya.
Untuk mengelakkan penyerapan haba masuk secara terus, kaedah terbaik ialah mengelakkan
mukaan bangunan menghadap secara langsung ke arah timur atau barat. Konsep ini telah diterima
pakai di bangunan SSM yang mana permukaan bangunan utamanya disudutkan sedikit menghadap
ke arah barat laut dan tenggara.
Pelan pembangunan tapak
53
Olahan mukaan – dinding tirai kaca
Tingkap dan dinding luar bangunan baru
SSM dilindungi oleh mekanisme pembayang
yang sesuai untuk membolehkan cahaya
menembus masuk secara maksimum di samping
meminimumkan pemindahan masuk haba. Ciri
ini akan membolehkan bangunan mendapat
cahaya semula jadi pada waktu siang bagi
mengurangkan penggunaan cahaya elektrik
dan pada masa yang sama menahan masuk
haba untuk mengekalkan suhu sejuk di ruang
dalam pejabat. Sirip melintang aluminium
dan pelindung cahaya matahari menghalang
penembusan cahaya matahari dan pada masa
yang sama memantulkan sinar ke dalam bilik.
Tindakan yang berbaur ini mengeluarkan
lebih haba di samping membenarkan cahaya
yang mencukupi masuk, dan seterusnya
meningkatkan penjimatan tenaga dan memberi
keselesaan kepada pengguna sebagaimana yang
ditunjukkan dalam diagram di bawah.
installed at o�ce �oors windowsSun heat is bounced onto �oor ceiling for absorption
54
Perlindungan tambahan terhadap haba yang ditampung oleh kaca bahan hijau yang berketebalan
8 - 10mmpada kepingan yangmembolehkan 65%cahayamasukpadawaktu siangdi samping
menghalang 49% habamasuk danmengurangkan penggunaan penghawa dingin. Ram tempat
letak kereta disusun untuk membolehkan cahaya menembus masuk pada waktu siang dan pada
masa yang sama menjadi pelindung visual luar seperti yang ditunjukkan dalam diagram yang berikut:
Dek bangunan
Bangunan pejabat SSM dibina di atas platform di atas bekas landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM)
dan Sistem Kereta Api Laju (ERL). Oleh yang demikian, pembinaan dapat dimaksimumkan dengan
penggunaan tanah yang terhad. Dengan itu hutan dan pokok tidak ditebang untuk membina
bangunan baru SSM. Kelebihan bagi konsep seni bina bertingkat ini ialah:
• Kerjatanahyangminimumdiperlukanberbandingpembinaantempatletakkeretabawah
tanah di mana penggalian kerja tanah yang besar diperlukan;
• Tempatletakkeretabertingkatbertindaksebagaipenampanterhadapgetarandanbunyi
kepada penghuni bangunan;
• Tempat letak keretadi atas tanahmembolehkanpengudaraanbersilang secara semula
jadi dan tidak memerlukan pengudaraan mekanikal sebagaimana yang ditunjukkan dalam
diagram pada muka surat yang berikutnya; dan
• Membenarkancahayasemulajadimasukketempatletakkeretaseterusnyamengurangkan
penggunaan tenaga pada waktu siang.
55
Mengoptimumkan susun atur lantai
Pelan susun atur lantai telah direka bentuk untuk membolehkan cahaya matahari masuk secara
maksimum. Kedalaman daripada dinding tirai ke teras bangunan membolehkan lebih cahaya masuk
dan mengurangkan penggunaan elektrik sebagaimana yang ditunjukkan dalam diagram di bawah.
Bahan bangunan
Pemilihan bahan bangunan dan kemasan sebahagian besarnya daripada jenis yang bukan toksik,
malah kebanyakannya daripada bahan semula jadi. Pembinaan konkrit menggunakan sistem acuan
MIVAN yang boleh digunakan berulang kali berbanding jenis acuan papan lapis yang terhad
penggunaannya sebelum ia boleh dibuang seperti yang ditunjukkan dalam diagram pada muka
surat yang berikut:
Sistem penyaman udara Variable Refrigerant Volume (VRV)
Sistem penyaman udara yang digunakan bagi bangunan baru SSM adalah sistem VRV. Sistem
penyaman udara ini dibina untuk menjimatkan tenaga
yang fungsi dan operasinya adalah berdasarkan permintaan
penggunaan sebenar. Sistem ini menggabungkan peranti
yang dikenali sebagai penyongsang - unit kawalan pintar
yang boleh mengawal kapasiti sistem kerja bagi menampung
permintaan beban. Kelebihan lain VRV ialah:
• Kos pengendalian yang lebih rendah berbanding
sistem chilled-water;
56
• Lebihfleksibeldalamoperasidimanasetiapzonmempunyaikawalannyasendiri,dengan
itu boleh menjimatkan tenaga;
• Cekaptenagaterutamasemasaseparabeban(hujungminggudanselepaswaktupejabat);
• Termostatindividuyangmenyediakankawalanketepatandisetiapzon;
• Sistem diagnosis sendiri yang mengenal pasti masalah dengan cepat dan tepat,
memastikan kecekapan perkhidmatan dan penyelenggaraan;
• Sistem “Intelligent Manager” yang menyediakan sistem pemantauan dan pengawalan
berpusat bagi keseluruhan sistem VRF; dan
• Bahan pendingin yang digunakan adalah R410A yang mesra alam dan bebas klorin,
menggantikan bahan pendingin R22 yang berasaskan klorin dan akan dihentikan
penggunaannya menjelang tahun 2010.
Sistem Automasi Bangunan (BAS)
Bangunan baru dipasang dengan BAS yang menyediakan fungsi yang berikut bagi tujuan penjimatan
tenaga:
• Semua pencahayaan kawasan guna sama seperti lobi, tempat letak kereta, tandas dan
tangga adalah mengikut jadual masa yang dikawal oleh BAS, justeru menjimatkan tenaga;
• Semuapencahayaandikawasanluardanmukaanbangunanjugamengikutjadualmasa
yang dikawal oleh BAS, oleh itu menjimatkan tenaga;
• Peralatan mekanikal seperti kipas ekzos tandas, kipas ekzos bilik loji, AHU pradingin
dikawal mengikut jadual masa oleh BAS untuk menjimatkan tenaga;
Eskalator
Eskalator di bangunan ini dipasang dengan in-built censor, iaitu alat yang menghentikan eskalator
secara automatik apabila tidak digunakan dan bergerak secara automatik apabila penggunaan
diperlukan.
57
PENGLIBATAN CR DI PERINGKAT ANTARABANGSA
88. CR telah menjadi suatu agenda antarabangsa yang dilaksanakan oleh pengawal selia korporat
dan syarikat di seluruh dunia. Oleh yang demikian, SSM bukan sahaja terhad di peringkat nasional
sahaja tetapi meluaskan horizonnya dengan melibatkan diri dengan pengawal selia korporat di
seluruh dunia bagi bertukar-tukar pendapat, pengetahuan dan pengalaman mengenai CR. SSM
merupakan salah satu anggota pengasas bagi Forum Pendaftar Korporat (CRF). Keanggotaan
CRF terdiri daripada pendaftar korporat dan perniagaan daripada United Kingdom, Australia,
Bermuda, Botswana, Negara Kepulauan British, Kanada, Kepulauan Cook, Hong Kong, Mauritius,
NewZealand,Nigeria,Pakistan,Samoa,Singapura,AfrikaSelatan,SriLanka,EmirateArabBersatu,
VanuatudanZambia.
89. CRF merupakan platform antarabangsa yang tersedia sebagai tempat perbincangan
mengenai CR di peringkat antarabangsa. Semasa CRF 2007 yang diadakan di Vancouver, SSM
telah diundang untuk membentangkan kertas kerja mengenai CR bertajuk “Corporate Social
Responsibility: A Regulator’s Approach”. Perbincangan mengenai isu itu telah diperkatakan selepas
pembentangan tersebut.
90. SSM sedang merancang untuk terlibat dengan United Nation (UN) Global Compact dengan
objektif untuk melebarkan skop CRnya merentasi negara dan membawa masuk pengetahuan
dan pengalaman pakar di UN mengenai perkara itu. United Nation (UN) Global Compact telah
dilancarkan pada tahun 2000 yang pada masa ini mempunyai lebih kurang 4,000 peserta syarikat
dan 1,300 peserta bukan syarikat daripada 120 negara.
Peralatan dan Reka Bentuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Peralatan ICT dan reka bentuk yang dipilih bagi bangunan baru SSM pada umumnya adalah produk
cekap tenaga dan menggunakan elektrik hanya apabila diperlukan atau digunakan. Peralatan ICT
yang digunakan umumnya merupakan energy star product dan produk yang berasaskan sumber
kitar semula. Peralatan yang dipilih bagi pusat data SSM akan dapat menjimatkan penggunaan kuasa
elektrik sebanyak lebihkurang40%sebulanberbandingpusatdatabiasayangdikendalikanoleh
organisasi lain. Peralatan untuk mengekalkan suhu sejuk di pusat data dan bilik server menggunakan
chilled-water technology dan bukannya penyejukan langsung melalui penghawa dingin. Malahan,
semua spesi�kasi dan peralatan tersebut pada umumnya kurang menggunakan tenaga elektrik dan
jimat tenaga.
58
91. United Nation (UN) Global Compact telah menggariskan sepuluh (10) prinsip yang boleh
dikategorikan kepada empat (4) perkara pokok seperti yang berikut:
Hak Asasi Manusia : 1. Perniagaan seharusnya menyokong dan menghormati
perlindungan hak asasi manusia yang diproklamasikan di peringkat
antarabangsa.
2. Perniagaan mestilah memastikan mereka tidak bersubahat dalam
pencabulan hak asasi manusia
Piawaian buruh : 3. Perniagaan mestilah mendokong secara efektif hak untuk
berpersatuan dan mengiktiraf hak untuk berunding secara kolektif
4. Perniagaan hendaklah menyokong secara efektif penghapusan
semua bentuk buruh paksa dan buruh wajib
5. Perniagaan hendaklah menyokong secara efektif penghapusan
buruh kanak-kanak
6. Perniagaan hendaklah menyokong secara efektif penghapusan
diskriminasi pekerja dan pekerjaan
Alam Sekitar : 7. Perniagaan hendaklah menyokong pendekatan berjaga-jaga
mengenai cabaran alam sekitar
8. Perniagaan hendaklah menjalankan inisiatif untuk menggalakkan
tanggungjawab yang lebih besar terhadap alam sekitar
9. Perniagaan hendaklah menggalakkan pembangunan dan
melaksanakan teknologi mesra alam
Pencegahan Rasuah : 10. Perniagaan hendaklah menentang segala bentuk rasuah, termasuk
pemerasan dan sogokan
10 prinsip yang digariskan ini adalah selari dengan gagasan untuk mencapai kemampanan dan
relevan dengan usaha SSM dalam memacu CR di kalangan komuniti perniagaan.
KESIMPULAN
92. Dow Jones Sustainability World Index (DJSWI) adalah indeks global yang menilai 2500
syarikat-syarikat terkemuka di seluruh dunia berhubung kepada isu kemampanan. Indeks tersebut
mengenal pasti pemimpin mapan berdasarkan kriteria tertentu, termasuk tadbir urus korporat,
kedermawan korporat, pengurusan risiko, pembangunan modal insan, dan prestasi alam sekitar.
59
Dua (2) syarikat Malaysia pada mulanya berada pada kedudukan 300 syarikat teratas berdasarkan
kajian pada tahun 2003/2004. Angka ini menurun kepada satu (1) pada tahun 2004 dan kajian
terakhir pada tahun 2008 mendapati bahawa tiada syarikat Malaysia berada dalam kedudukan
300 syarikat teratas dalam senarai.
93. Walaupun penilaian dan penemuan DJSWI mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar
inisiatif CR di Malaysia, ia boleh, pada tahap tertentu menjadi petunjuk bagi pendirian negara
berhubung dengan CR. Siri The World Bank’s Doing Business contohnya telah diteliti dengan
terperinci serta dikritik hebat tentang metodologi penilaiannya. Walau bagaimanapun, perkara
ini perlu diberi perhatian yang serius memandangkan penerbitan ini dibaca oleh ahli perniagaan,
kakitangan Kerajaan, mahupun masyarakat umum di seluruh dunia. Penerbitannya yang meluas
ditambah dengan kepantasan sistem penyampaian maklumat global masa ini telah memberi
kesan dan mempengaruhi komuniti perniagaan dan pelabur di seluruh dunia.
94. Agenda CR SSM merupakan suatu inisiatif SSM untuk meningkatkan standard amalan dan inisiatif
CR di negara ini di peringkat global. Aktiviti dan inisiatif yang digariskan dalam dokumen ini
bertindak sebagai pelan tindakan umum terhadap inisiatif CR SSM. Lebih banyak aktiviti, projek
dan inisiatif CR akan diperkenalkan untuk membolehkan rangka kerja CR negara diperkukuhkan.
Dalam melaksanakan pelbagai inisiatif yang dikenal pasti, SSM akan bekerjasama dengan
pemegang sahamnya, agensi-agensi Kerajaan, komuniti perniagaan dan masyarakat umum
seluruhnya.
60
Suruhanjaya Syarikat MalaysiaCompanies Commission of Malaysia
Menara SSM @ Sentral, 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur, MALAYSIATel: 603 2299 4400 Faks: 603 2299 5526 E-mel: [email protected]
www.ssm.com.my
Dicetak atas 100% kertas kitar semula