akhlak pembentuk jati diri muslim.ppt
DESCRIPTION
sTRANSCRIPT
TAJUK LIMA
AKHLAK DALAM PEMBENTUKAN JATI DIRI
MUSLIM
• Fasilitator:• Hj Fadzlullah Hj Shuib
• CITU,UiTM NEGERI SEMBILAN
04/21/23
Pengertian akhlakKategori akhlak
Pembinaan akhlakCabaran2 akhlak
04/21/23
i. Mukaddimah Akhlak
@ Akhlak berasaskan syariat Islam, berbeza dengan
peraturan nilai lain spt moral & etika.
@ Etika : teori2 berkaitan peraturan, adat, kebiasaan
dan budi hasil pemikiran manusia.
@ Moral : disiplin atau peraturan yg berkaitan
hukum, tatasusila/ tatatertib masyarakat yang di
tetapkan oleh pandangan dan kehendak masyarakat pada
sesuatu tempat.
@ Akhlak Islam bersumberkan wahyu Allah swt
berbeza dgn etika & moral, akhlak tidak dipengaruhi
hawa nafsu, pandangan masyarakat, adat & budaya.
04/21/23
2. Pengertian akhlak
@ Bahasa : Berasal dari perkataan – Khuluq yang
bermaksud budi pekerti, tingkahlaku & tabiat.
@ Istilah : Sifat yang tertanam di dalam jiwa
seseorang dan darinya terbentuk perbuatan
dengan mudah tanpa berkehendakkan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.Ia terbit
dari manusia itu sendiri menurut
pertimbangan akal dan syariah. ( Imam al
Ghazali)
04/21/23
3. 3 Aspek Akhlak Islam
a. Aspek batin/keadaan jiwa seseorang yang
merupakan tenaga penggerak kepada
pembentukan tingkahlaku
b. Aspek luaran iaitu tingkah laku itu sendiri yang
dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau
desakkan luar seperti paksaan, kebendaan,
kepentingan diri dan sebagainya.
c. Perbuatan akhlak Islam hendaklah dilakukan
secara berterusan hingga menjadi darah daging
seseorang.
04/21/23
• Akhlak berasal daripada kalimah khuluq yang
bermaksud sifat dalaman manusia yang meliputi
budi pekerti,tingkah laku dan tabiat.Perkataan
khalaq pula bermaksud sifat lahiriah atau
ciptaan.(Lihat Surah al-Qalam ayat 4 dan Surah
al-Sajadah ayat 7).
• Dari aspek peristilahan pula Imam al-Ghazali
mendifinisikan akhlak sebagai sifat yang
tertanam dalam diri atau jiwa seseorang yang
melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa
berfikir terlebih dahulu.
04/21/23
• Akhlak terdiri daripada 3 aspek berikut :
• i. batin atau jiwa merupakan
pencetus tingkahlaku yang zahir
• ii.luaran atau tingkah laku zahir
• iii.perbuatan yang bersebati serta
menjadi kebiasaan seseorang.
04/21/23
• Akhlak terdiri daripada dua kategori; Mahmudah (terpuji) dan
Mazmumah (tercela).Akhlak yang terpuji amat dituntut oleh Islam.Ia
merupakan kebaikan yang bertitiktolak daripada konsep keimanan
kepada Allah,ketaqwaan,keikhlasan dan ihsan.Ia merupakan
pelaksanaan tanggungjawab kepada Allah SWT dengan melaksanakan
suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
• Akhlak mazmumah pula adalah segala perkara yang keji dan buruk
yang dicela oleh syarak.Sifat mazmumah bermula dengan
syirik,melakukan perkara bid’ah yang bercanggah dengan Sunnah
Rasulullah SAW,derhaka kepada kedua ibu
bapa,khianat,sombong,hasad & rasuah yang merupakan pelanggaran
terhadap hak2 Allah dan hak2 makhlukNya.
• Metodologi al-Quran dalam mendidik akhlak adalah;
• a. Menjelaskan konsep kebaikan & keburukan secara
terperinci
• b. Kaedah pujukan & ancaman
• c. Pensejarahan & penceritaan04/21/23
4. Kategori Akhlak
a. Akhlak Mahmudah (Terpuji)
• Nilai2 yg selari dgn akidah & syariah
Islam. Ia mengambarkan perlaksanaan
tanggungjawab kpd Allah sama ada
mentaati perintah Allah swt atau
meninggalkan laranganNya.
04/21/23
• Akhlak mahmudah spt taqwa, taat, ihsan, zuhud,
qana’ah , siddiq, amanah, benar, bijaksana,
sabar & merendah diri.
• Istilah Al Quran ttg akhlak antaranya :
– Al Khair – kebaikan
– Al Biir – kebajikan
– Al Qist – kesaksamaan
– Al ‘Adl – keadilan
– Al Haq – kebenaran
– Al Makruf – suatu yang baik dan benar.
04/21/23
b. Akhlak Mazmumah (Tercela)
Akhlak mazmumah :akhlak keji & tercela di segi syara’.
Akhlak ini mengambarkan sifat manusia ingkar dan
derhaka kepada perintah Allah swt & melanggari
laranganNya. Ia terdapat pada golongan yang fasiq, kafir,
munafik dan musyrik di kalangan masyarakat. Sifat2 ini
seperti syirik, derhaka, khianat, sombong, bohong, fitnah,
hasad dengki, mengadu domba, bertelagah, mengumpat,
cemburu, marah, benci membenci dsbnya.
04/21/23
Istilah2 Al-Quran ttg akhlak
mazmumah:
i. Al-Sayyiaat – keburukan
ii. Al-Suu’ - kejahatan
iii. Al-Fahsya’ – kekejian
iv. Al-Mungkar –kemungkaran
v. Al-Ma’siyah – keingkaran.
04/21/23
5. Skop akhlak Islam
i. Akhlak manusia dengan Allah swt
Ia merangkumi cara-cara membina aqidah dan
keimanan kepada Allah swt melalui melaksanakan
perintah dan meninggalkan larangan allah swt.
ii. Akhlak manusia sesama manusia
Ia berkaitan cara manusia bermuamalah dalam
kehidupan bermasyarakat, dan mewujudkan
hubungan baik sesama insan.
iii. Akhlak manusia dengan alam
Ia berkaitan akhlak manusia dengan alam dan
haiwan.
04/21/23
5. Pembinaan akhlak• Kaedah untuk membina & memantapkan akhlak
mestilah dilakukan melalui cara yang diajarkan oleh
al-Quran dan al-Sunnah. Ia harus dilakukan secara
pelaksanaan yang berterusan dan bersungguh2,
antaranya :
• a)Penghayatan terhadap Al-Quran
• Maksud hadis : Rasulullah saw bersabda, “ Didiklah
anak2 kamu atas tiga perkara ; Cinta kepada Nabi
kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta
membaca Al-Quran …..”
04/21/23
b. Uswah Hasanah
• Ia merujuk kepada tanggungjawab orang
Islam menjadikan Rasulullah saw sebagai
contoh ikutan yang terbaik dalam segala
aspek kehidupan mereka baik dalam
hubungan dengan Allah, dengan sesama
manusia dan juga dengan alam.
04/21/23
c) Melaksanakan Ibadah
• Semua ibadah Islam yang dilakukan dengan sebaik-
baiknya akan dapat membina peribadi serta akhlak
yang unggul sama ada solat, puasa, zakat dan haji.
• Di dalam al Quran Allah swt menjelaskan peranan
Ibadah,iaitu :
• Surah al-Ankabut : 45 – Ia menjelaskan solat dapat
mencegah manusia dari perbuatan keji dan mungkar.
• Surah al-Baqarah : 183 – menjelaskan puasa dapat
membina manusia yang bertaqwa.
• Surah al Taubah : 103 – menjelaskan zakat dapat
membersih manusia dari dosa dan sifat yang tercela.
• Surah al-Baqarah : 179 – menjelaskan tentang
peranan ibadah haji.
04/21/23
• d) Ilmu pengetahuan dan latihan
• Ilmu pengetahuan penting dalam
pembentukan akhlak, kerana orang
berilmu akan dapat membezakan antara
akhlak yang baik dan akhlak yang buruk.
Ia dapat dibina melalui latihan dan
pendidikan yang berterusan serta
bimbingan sama ada secara langsung
seperti di institusi pendidikan atau secara
tidak langsung seperti di rumah
04/21/23
• e) Tarbiyyah Ruhiyyah
• Pendidikan rohani dapat dilakukan
melalui zikrullah, membaca al-Quran ,
tadabbur, istighfar, salawat, tasbih,
tahmid dan munajat kepada Allah swt.
Ia akan melahirkan kemanisan iman
dan jiwa yang bersih dan khushuk
kepada Allah.
04/21/23
• f) Muhasabah diri• Sentiasa membuat penilaian dan menghitung diri
terhadap segala perbuatan yang dilakukan agar
dapat memperbaiki kelemahan dan kesilapan, serta
dalam masa yang sama dapat meningkatkan
kesedaran terhadap tanggungjawab kepada Allah,
diri , keluarga dan masyarakat.
• Kata Umar : Hitunglah diri kamu sebelum kamu
dihitung, dan bersiaplah untuk menghadapi hari
pembentangan yang besar, sesungguhnya hisab
yang ringan pada hari kiamat ialah sesiapa yang
menghitung dirinya di dunia.
04/21/23
6. Cabaran2 akhlak
i. Ideologi2 Moden Barat
• Ideologi/fahaman yang diasaskan oleh
pemikiran barat yang tidak berteraskan
agama, ia adalah berbentuk doktrin
yang sesat dan syirik, seperti
sekularisme, liberalisme, materialisme,
modenisme dan sebagainya.
04/21/23
ii. Budaya sesat• Ia merupakan cara hidup yang merosakkan dan
menyesatkan manusia dari cara hidup beragama
serta bertamadun, akhirnya ia akan menimbulkan
gejala sosial yang lebih teruk. Antaranya ialah
hedonistik, individualistik, hip hop, black metal, dsb
• Budaya rosak ini telah melahirkan gejala dadah,
pergaulan bebas, seks bebas, berpeleseran, lumba
haram, pembuangan bayi, bahkan jenayah juvana
yang semakin serius
04/21/23
• iii. Media Massa
• Peranan media massa sama ada media cetak,
media elektronik, internet, cyber dan
sebagainya yang diterbitkan/siarkan dalam
negara atau luar negara telah memberi
pengaruh yang negatif kepada nilai dan cara
hidup umat Islam. Ia bebentuk unsur-unsur
ganas, lucah, bebas, nafsu, yang terpesong dari
agama.
04/21/23
iv. Agama dan kepercayaan sesat
• Agama2 selain Islam juga banyak memberi
kesan buruk kepada aqidah dan akhlak umat
Islam seperti gerakan kristian, Freemason,
Hindu, dan juga ajaran2 sesat dalam dan luar
negara. Ia telah menyebabkan berlakunya
murtad, syirik, dan gejala yang menyeleweng
dari ajaran Islam
04/21/23
v. Pengabaian Syariah
• Masyarakat Islam terdedah kepada kerosakan
yang lebih teruk apabila ramai dari mereka yang
mengabaikan syariat Islam seperti solat, puasa,
zakat dan haji.Perkara ini diburukkan lagi
dengan jenayah yang makin meningkat
disebabkan undang2 jenayah Islam tidak
dilaksanakan dalam masyarakat & negara.
04/21/23
• vi) Kelemahan sistem keluarga
• Ibubapa gagal membina sistem
keluarga yang berasaskan pendidikan
Islam dan tidak memberi perhatian
kepada tingkahlaku anak2 mereka
serta tidak mengawal aktiviti anak2
sama ada dalam atau luar rumah.
04/21/23
7. Penyelesaian masalah akhlak
i. Penguatkuasaan undang2& peraturan
• Undang2 yang berkesan mesti dilaksanakan
khususnya berkaitan undang2 Islam terhadap
gejala akhlak yang disabitkan dengan
kesalahan jenayah syariah. Begitu juga
masalah akhlak lain perlu ditandatangani
dengan peraturan yang lebih tegas dan
membina.
04/21/23
ii.Persekitaran yang baik
• Persekitaran yang baik mestilah
diwujudkan di dalam masyarakat dan
negara melalui pembasmian, pengawalan
tempat-tempat yang merosakkan akhlak
seperti pusat2 hiburan, rumah2 pelacuran,
perjudian, dsbnya. Di samping itu
mewujudkan suasana baik & sihat .
04/21/23
iii. Mengukuhkan institusi keluarga
• Ia boleh dilaksanakan melalui langkah-langkah
tertentu :
• i. Mendapatkan pasangan hidup yang baik
dan beragama
• Membina pendidikan agama yang berkesan
• Ibubapa menjadi model kepada anak-anak
• Membentuk suasana keluarga yang harmoni dan
bertanggung jawab.
04/21/23
iv. Mengukuhkan institusi pendidikan– Ia boleh dicapai melalui :
• Wujudkan sistem pendidikan yang bersepadu dan berasaskan konsep pendidikan sepanjang hayat.
• Menyeragamkan pendidikan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah di semua peringkat pengajian dari rendah sehingga pendidikan tinggi.
04/21/23
v. Peranan pemimpin dan ulama’/cendikiawan
• Mewujudkan pemimpin yang beragama dan berakhlak
• ii. Pemimpin mesti menjadi contoh kepada
masyarakat
• iii. Pemimpin mesti bekerjasama dengan ulama’ dan
cendikiawan dalam membimbing masyarakat
• iv. Pemimpin mesti bijaksana dan berwawasan Islam
vi.Menjadikan al Quran sebagai manhaj hidup
• Keseluruhan sistem hidup sama ada politik, ekonomi,
sosial, budaya dan sebagainya harus berteraskan kepada
sistem hidup al Quran. Al Quran merupakan sistem dan
peraturan yang komprehensif, tepat dan berkesan
kerana ia dijamin oleh Allah swt.
04/21/23
CABARAN DAN PENYELESAIAN DALAM
PEMBENTUKAN AKHLAK • Antara penyebab berlaku
dekadansi akhlak:• 1. serangan ideologi moden Barat seperti
sekularisme,humanisme & materialisme yang mengancam dalam lapangan politik,ekonomi,sosial,pendidikan,perundangan.Akibatnya generasi yang dipengaruhi ideologi2 tersebut tidak berkeyakinan dengan penyelesaian Islam,jiwa mereka kosong tanpa akidah yang mantap,bersifat duniawi tanpa mempedulikan wawasan kehidupan selepas mati & tidak berlaku keseimbangan di antara tuntutan ilmu fardhu ‘ain & fardhu kifayah.
04/21/23
• 2. ancaman daripada aspek negatif globalisasi seperti budaya negatif daripada Amerika Syarikat yang menganjurkan pergaulan bebas , dadah , budaya melepak , budaya gay , uniseks , hedonisme dan pelbagai gejala pensejagatan yang merupakan neo imperialism ke atas umat Islam dan negara Dunia Ketiga.
04/21/23
• 3. Ancaman daripada pemaparan budaya songsang oleh media massa kontemporari seperti pornografi,kehidupan sosial yang berteraskan liberalisme dan konsumerisme,melebelkan Islam sebagai penganjur terrorisme,kebanjiran maklumat yang tidak terkawal,pemaparan adegan ganas dan seumpamanya.Implikasi daripada semua pemaparan media yang tidakbertanggungjawab itu akan mencetuskan gejala sosial yang negatif dan ledakan informasi yang tidak terkawal.
04/21/23
• 4. Cabaran akidah pula meliputi ancaman ajaran sesat , ancaman faham modenisme , ancaman emansipasi feminisme dan pelbagai bentuk jahiliyyah moden.
• 5. Cabaran daripada pengabaian umat Islam terhadap syariah Islam;Umat Islam kurang menitikberatkan ibadah dan muamalat dalam kehidupan seharian.Institusi kekeluargaan Islam semakin rapuh tidak berupaya menghadapi cabaran kehidupan jahiliyyah yang melingkari segenap aspek kehidupan.Sistem perundangan konvensional gagal membentuk masyarakat madani yang mantap.
04/21/23
Elemen2 Pembinaan Akhlak
• i. Sifat kefitrahan manusia yang merupakan potensi yang sedia ada dalam diri insan yang boleh dibentuk ke arah kebaikan.
• ii. Warisan atau genetik juga merupakan sebahagian daripada potensi yang boleh membantu ke arah pembinaan akhlak mulia.
04/21/23
• iii. Persekitaran atau lingkungan yang baik dan kondusif menjadi asset terpenting kepada pembentukan akhlak yang bermula daripada pemilihan pasangan hidup,faktor kandungan ibu,faktor keutuhan rumahtangga,faktor rakan sebaya, faktor undang-undang yang kukuh dan adat kebiasaan atau norma sosial sesebuah masyarakat juga berupaya membentuk akhlak anggota masyarakat.
04/21/23
• iv. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang atau sesebuah masyarakat berupaya membentuk akhlak dan keperibadian ummah.
• v. Penghayatan ibadah dalam kehidupan seharian memainkan peranan yang penting dalam pembinaan akhlak yang baik.
04/21/23
بالصواب اعلم والله
• العالمين رب لله والحمد
04/21/23