akta penagih dadah (rawatan dan pemulihan) 1983
TRANSCRIPT
Hemy Annerina binti Haja Mydin
Penasihat Undang-Undang
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Kementerian Dalam Negeri
Latar belakang Digubal pada 1983
Tarikh berkuatkuasa 15 April 1984
Kini Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diberi tanggungjawab dan peranan melaksanakan rawatan dan pemulihan ke atas penagih dadah di Malaysia
Dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Dipinda pada 1 September 1998 melalui P.U(B) 329/98
2
Tujuan Digubal bagi membuat peruntukan mengenai rawatan
dan pemulihan penagih dadah
Mengandungi peruntukan penting:
tatacara penahanan penagih dadah
perintah Majistret ke atas penagih dadah
rawatan penagih dadah secara sukarela
Penubuhan Pusat Pemulihan Kerajaan dan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian
Kesalahan-kesalahan dan hukuman
3
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selepas 1998? Rawatan dan pemulihan di Pusat Jagaan Lanjutan (PGL)
dimansuhkan dan digantikan dengan perintah pengawasan selama 2 tahun
Bon digantikan dengan syarat pengawasan Majistret tiada budibicara menimbangkan keadaan kes, watak,
riwayat, umur, kesihatan, pelajaran, pekerjaan, keluarga dan hal keadaan lain penagih dadah sebelum membuat perintah
Perakuan Pegawai Perubatan diterima sebagai keterangan konklusif dan tidak boleh dicabar kecuali kesilapan teknikal pada Borang 1
Hukuman bagi pelanggaran bon iaitu tinggal di PS (2 tahun) dan PGL dimansuhkan
Jawatankuasa Pemulihan dimansuhkan Kuasa Lembaga Pelawat dihadkan
4
Penagih Dadah? Seseorang yang melalui penggunaan mana-mana
dadah berbahaya
Mengalami suatu keadaan psikik(psychic) dan kadangkala keadaan fizikal (physical state) yang dicirikan dengan gerak balas tingkah laku (behavioural) dan gerak balas lain (other responses)
yang meliputi desakan mengambil dadah secara berterusan (continous) atau berkala (periodic) untuk mengalami kesan psikiknya dan untuk mengelakkan ketagihan kerana ketiadaannya.”
5
Tangkapan Pegawai polis atau pegawai pemulihan mempunyai kuasa
untuk menahan saspek yang disyaki penagih dadah di bawah seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
Saspek ditahan tidak melebihi tempoh 24 jam di mana-mana tempat yang sesuai
Tujuan saspek ditahan untuk menjalani ujian-ujian
Perlu dapatkan perintah reman sekiranya: Ujian tidak boleh dijalankan
Ujian tidak boleh disiapkan
Keputusan Ujian tidak dapat diperolehi dalam tempoh 24jam
6
Hak-hak orang yang ditahan Hak asasi manusia (fundamental rights) di bawah
Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan
Seksyen 28A Kanun Tatacara Jenayah termasuk:
Wajib dimaklumkan oleh Pegawai kepada saspek
Sebab-sebab tangkapan (grounds of arrest)
Komunikasi dengan saudara atau kawan mengenai kedudukan (whereabouts)
Komunikasi dan mendapatkan nasihat peguambela pilihannya sendiri (communicate and consult lawyers of his own choice)
7
Jaminan Pegawai Seksyen 4(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan) 1983
Pegawai polis atau Pegawai pemulihan
Bebas saspek dengan jamin (bail) dengan penjamin atau tanpa penjamin
Syarat Jaminan adalah supaya saspek hadir pada masa dan di tempat yang ditetapkan dalam bon
Lazimnya 1 atau 2 penjamin warganegara tempatan
8
Jaminan Mahkamah Bon Jaminan oleh Mahkamah
Penjamin atau Tanpa Penjamin
SYARAT: hadir pada masa dan tempat yang disebut dalam bon bagi tujuan menerima ujian-ujian atau menerima keputusan ujian sekiranya saspek telah menjalani ujian tetapi keputusan ujian masih belum diketahui
Seksyen 4(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
9
Perintah Reman Dikeluarkan oleh Majistret di bawah seksyen 4(1)(b) Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 atas permohonan Pegawai Polis atau Pegawai Pemulihan
Pegawai melaporkan kepada Majistret bahawa saspek perlu ditahan bagi maksud menjalani ujian-ujian
Tujuan perintah reman adalah untuk menahan saspek selama tempoh tidak melebihi 14 hari bagi tujuan menjalani ujian-ujian
Saspek ditahan di tempat tahanan yang sah iaitu lokap
Kegagalan mendapatkan perintah reman menyebabkan tahanan lanjut oleh Pegawai menjadi tidak sah dan merupakan tahanan salah (wrongful detention)
10
Kegagalan mematuhi Bon Jaminan Pegawai atau Mahkamah Pegawai memohon agar Mahkamah mengeluarkan
waran tangkap terhadap saspek
Bon Jaminan dilucuthak di bawah seksyen 404 Kanun Tatacara Jenayah
11
Pemulihan wajib melalui Perintah Mahkamah Seksyen 6 (1)(a)Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan) 1983
Seksyen 6(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952
Seksyen 38A Akta Dadah Berbahaya 1952
12
Syarat-syarat Pengawasan 6 syarat-syarat utama Di bawah seksyen 6(2)(a) hingga (f) Akta Penagih Dadah (Rawatan
dan Pemulihan) 1983 Terpakai ke atas semua perintah pemulihan dbs 6, 8 atau 9 Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Penagih Dadah diawasi oleh salah seorang Pegawai iaitu Pegawai
Pemulihan, Pegawai Polis, Pegawai Provost, Pegawai Atasan (commanding officer)
Tugas Pegawai adalah memastikan penagih dadah sentiasa diawasi, tidak terlibat dengan dadah dan kekal kepulihan sepanjang tempoh pengawasan iaitu 2 atau 2-3 tahun sebagaimana yang ditetapkan oleh Majistret
Pegawai hendaklah memastikan semua syarat pengawasan dipatuhi (full compliance) dan tiada pelanggaran kepada mana-mana syarat
13
Pemulihan wajib atas Perintah Majistret Berdasarkan seksyen 6(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan) 1983 Kehendak utama yang perlu dipatuhi oleh Majistret sebelum
memberikan perintah rawatan dan pemulihan ke atas penagih dadah iaitu Pegawai Perubatan memperakui bahawa saspek merupakan Penagih
Dadah Syor Pegawai Pemulihan Peluang untuk membuat representasi kepada Penagih Dadah
Majistret mengeluarkan perintah menggunakan Borang 3 atau Borang 4
Butiran Borang 3 atau Borang 4 hendaklah dipastikan betul dan disemak bagi mengelakkan kesilapan dan menyebabkan penagih dadah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi
Borang yang telah ditandatangani oleh Majistret diterang, dibaca, diserahkan kepada Penagih Dadah oleh Pegawai dengan bukti serahan
14
Syarat-syarat Pengawasan Tinggal di dalam Negeri atau
Wilayah Persekutuan atau mana-mana kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;
Tidak boleh meninggalkan kawasan tempat dia tinggal tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah;
Melaporkan diri di balai polis yang paling hampir atau bagi anggota angkatan tentera di tempat yang ditetapkan oleh Pegawai;
Tidak boleh mengambil, menggunakan atau memiliki apa-apa dadah berbahaya;
Menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang diperintahkan oleh Pegawai;
Menjalani apa-apa jua program pemulihan penagih dadah yang diadakan oleh Kerajaan.
15
Pemulihan Sukarela PUSPEN (2 tahun + 2 tahun pengawasan dalam komuniti)
Tindakan proaktif daripada penagih dadah sendiri mendapatkan rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Kerajaan (PUSPEN)
Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Syarat pengawasan Langgar syarat dikenakan hukuman
PENGAWASAN DALAM KOMUNITI (2-3 tahun) Penagih dadah perlu berjumpa dengan Pegawai Pemulihan Seksyen 8 (3)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Syarat pengawasan Langgar syarat dikenakan hukuman
PENAGIH DADAH SUKARELA tidak didakwa: Apabila melarikan dari dari jagaan yang sah (seksyen 19(3)) Melanggari mana-mana terma/syarat berhubung kediaman, rawatan atau pemulihan di
Pusat Pemulihan dbs 20(1)(a) Melanggari mana-mana kaedah berhubungan dengan sesuatu Pusat Pemulihan dbs
20(1)(b)
16
Pemulihan sukarela Pusat Pemulihan Dadah Persendirian
Doktor Kerajaan
Doktor Swasta
Seksyen 16 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
17
Kesalahan-kesalahan Pelanggaran syarat pengawasan oleh Orang Kena
Pengawasan (OKP) di bawah seksyen 6(3) APD(R&P)1983 –penjara tidak lebih 3 tahun atau 3 kali sebatan atau kedua-duanya sekali
Lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang di bawah seksyen 19(3) APD(R&P)1983 -
Kesalahan Penghuni di PUSPEN atau Orang Kena Pengawasan (OKP) di bawah seksyen 20 APD(R&P)1983
18
Lain-lain peruntukan Sumbangan bagi kos saraan, rawatan dan pemulihan (seksyen 22) Perlindungan orang-orang yang bertindak di bawah kuasa Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (seksyen 25) Aktiviti yang membantu rawatan dan pemulihan (seksyen 26) Memisahkan orang yang belum dewasa (seksyen 27) Bidang kuasa Mahkamah (seksyen 24) Tempoh pemenjaraan atau tahanan disifatkan sebagai tempoh
kediaman, jagaan lanjutan atau pengawasan (seksyen 21) Pemberitahuan wajib mengenai penagih dadah (seksyen 18) Pemindahan di antara Pusat-Pusat (Seksyen 17) Penyingkatan tempoh kediaman di Pusat Pemulihan (seksyen 12) Pusat Pemulihan (seksyen 10) Lembaga Pelawat (seksyen 11)
19