aktiviti 2 (gambar)
TRANSCRIPT
-
7/22/2019 Aktiviti 2 (gambar)
1/8
Aktiviti 2: Gambar
A)Persediaan I stiadat perkahwinan
1)Adat Istiadat Meri sik:
Rombongan mer isik pengantin perempuan.
Permulaan tertib perkahwinan kaum Murut pihak lelaki akan menghantar angundan atau angkaunan
untuk melakukan adat merisik bagi memastikan perempuan yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masihbelum berpunya. Kebiasaan rombongan merisik ini dihadiri oleh lapan orang wakil iaitu empat orang
lelaki dan empat orang perempuan. Rombongan ini juga mengenakan pakaian tradisional semasa prosesmerisik dilaksanakan.
2)Adat Bertunang:
-
7/22/2019 Aktiviti 2 (gambar)
2/8
Angundan atau angkaunan sedang berbincang hal perkahwinan
Angundan atau angkaunan yang terdiri daripada lapan orang iaitu empat lelaki dan empat perempuan
akan membawa bungkusan dan tapai untuk membincangkan hal perkahwinan. Dan memastikan berianyang dipersetujui dihantar mematuhi seperti ketetapan berian yang telah dipersetujui
B)Amalan Ritual
1)Pengir aan tibuku:
Amalan ri tual bagi menetapkan tar ikh dan masa bagi upacara tinauh
Ritual ini bermula apabila angundan yang datang bertandang ke rumah pengantin perempuan untukmeminang dan ingin menentukan tarikh yang sesuai bagi majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan.
Dalam ritual ini, rotan digunakan sebagai alat penentu tarikh yang utama, di mana ia diikat pada tanganangundan yang hadir dalam majlis tersebut. Tarikh tersebut diperolehi melalui simpulan yang dibuat
pada rotan tersebut sehinggalah tarikh yang dingini menjelang tiba apabila simpulan terakhir pada rotantersebut diperolehi.
2) Upacara Upan-Upan Baawang
-
7/22/2019 Aktiviti 2 (gambar)
3/8
Kedua-dua pihak akan bersepakat untuk bertemu di suatu kawasan pertengahan perj alanan
ke rumah pengantin perempuan.
Upacara ini ialah upacara pertemuan antara rombongan pengantin lelaki dan perempuan. Kedua-dua
pihak akan bersepakat untuk bertemu di suatu kawasan pertengahan perjalanan ke rumah pengantinperempuan sebelum rombongan pihak lelaki (tambului) tiba di tempat persandingan. Upacara ini
diamalkan bagi memastikan kedua-dua pasangan diarak dan di bawa bagi mendapat restu dari semuapihak. Kebiasaanya para penggantin diiringi dengan penuh meriah terutamanya dengan pemakaianpakaian tradisional dan kepahlawanan murut.
3)Upacara sinapapar:
Pawangsedang melakukan r itual sinapapar
Ritual ini diadakan bagi bertujuan untuk menolak bala semasa acara tinauh dilangsungkan. Dalamupacara ini, seorang pawang akan memainkan peranan dalam melancarkan amalan ritual ini. Dalamamalan tradisi ritual ini, pawang akan memulakan ritual dengan menggunakan dua ruas buluh yang telahdipotong halus. Kemudiannya ia diisikan ke dalam bekas air yang bercampur darah binatang dan
kemudiannya ia dijampi mengikut istiadat perkahwinan kaum murut. Setelah jampi dibaca oleh pawangtersebut, bekas yang berisi dua ruas buluh dan darah binatang kemudiannya diletakkan di bawahsasangjang iaitu pentas khas yang dibina
4)Animpuun:
-
7/22/2019 Aktiviti 2 (gambar)
4/8
Kedua-dua pihak akan berbalas pantunDalam ritual animpuun ini, kedua-dua pihak akan berbalas pantun ketika berada di langsaran. Langsara
merupakan satu tempat yang disediakan semasa upacara perkahwinan diadakan di mana ia merupakansebuah lantai yang dibina dan diperbuat dengan menggunakan buluh dan kayu-kayu yang disusun secaramenindih antara satu sama lain manakala tujuan pantun diadakan adalah untuk mengeratkan lagihubungan antara pihak tambului dan amahun . Di samping itu juga rombongan disajikan dengan makantradisional semasa majlis dilangsungkan.
C)Pakaian Tradisional
Puputul:
Lelaki M urut memakai Puputul , Aba puputul dan Tupi sinu latan
Puputul merupakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada kulit kayu. Pakaian ini merupakan
pakaian tradisional kepahlawanan kaum murut. Manakala Babaru puputul merupakan baju yang
dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket. Babaru puputul kebiasaannya dihiasai dengan corak fauna
bagi melambangkan keperkasaan kaum lelaki sebagai pahlawan. Di samping itu juga, pakaian ini
-
7/22/2019 Aktiviti 2 (gambar)
5/8
dilengkapi dengan Aba puputu l . Ia merupakan cawat sepanjang iaitu kira-kira dua meter di mana ia
diperbuat daripada isi kayu yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Kaum lelaki juga
dilengkapi dengan Tupi sinul atan di mana ia merupakan hiasan kepala yang diperbuat daripada kulit
kayu. Kebiasaan tupi sinulatan ini dihiasi dengan pelbagai corak manik dan bulu burung.
Pinongkolo:
Wanita Murut memakai Pinongkolo
Pinongkolo iaitu sejenis pakaian di mana ia terdiri daripada baju dan gaun yang panjang. Pakaian inidiperbuat dari kain kapas dan dihiasi dengan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Di sampingitu juga wanita Murut akan dipakaikan dengan perhiasan diri dari manik seperti rantai r arangkol dan
hiasan kepala salupai. Beberapa pakaian kaum wanita juga sering dipakai wanita murut semasa upacaraperkahwinan ialah pipir ot, salupai, sin ikot, rarangkol dan holong. Bagi kaum wanita hiasan kepala iaitu
salupi kebiasaannya
D)Juadah
Nasi:
-
7/22/2019 Aktiviti 2 (gambar)
6/8
Nasi yang dimasak biasanya dimasak menggunakan beras padi bukit. Ia dimasak secara tradisioal denganmembungkuskan ia menggunakan daun ikek. Nasi ini kebiasaannya dijadikan juadah utama semasa hari
perkahwinan berlangsung.
I kan :
Ikan kebiasaannya dimasak dalam buluh mengikut adat kaum murut. Kebiasaan ikan ini dijadikanhidangan makan pengantin dan juga tetamu yang hadir. Masakan ini melibatkan penggunaan buluh
sebagai alat masakan di samping penggunaan bahan seperti ikan, buah dan sayur-sayuran.
I kan Jeruk:
Ikan jeruk merupakan juadah pilihan kaum murut semasa majlis perkahwinan dilangsungkan.
Kebiasaannya ikan ini akan dihidang bersama-sama juadah lain seperti ikan pelian masak stim,
gulai ayam dan ubi kentang bersama cendawan, gulai daging, ikan pekasam, khinzir pekasam, khinzir
masak dalam buluh, ikan masak dalam buluh, umbut masak dalam buluh, pisang dan tembikai serta air
tapai.
-
7/22/2019 Aktiviti 2 (gambar)
7/8
H iasan Dalaman
-
7/22/2019 Aktiviti 2 (gambar)
8/8
Makanan jamuan untuk tetamu Sebahagian barang hantaran
Barang hantaran Makanan untuk hantaran balas pihak perempuan
Tempat jamuan tetamu
Bagi hiasan dalaman ia melibatkan kawasan dalam rumah penggantin. Hiasan dalaman melibatkan tempatmakan tetamu yang hadir sepanjang majlis perkahwianan dilangsungkan. Kebiasaannya ia dihiasaidengan pelbagai jenis manik berbentuk jurai langsir yang pelbagai warna bagi memberi suasana yangmenarik sebagai tanda kawasan makan.
Tempat Barang Hantaran
Tempat barang hantaran akan diasingkan dari tempat jamuan tetamu. Kebiasaannya kawasan dalam
rumah panjang akan dikhaskan kepada panggantin lelaki bagi meletakkan barang hantaran. Ini keranabilangan barang hantaran adalah banyak. Bagi hantaran yang berharga ia akan diletakan di dalamkawasan rumah panjang dengan ditabiri dengan kain disamping barang hantaran lain.