aktiviti/program pusat pengajian kejuruteraan … filesesi ice-breaking dikendalikan oleh pihak psu...
TRANSCRIPT
AKTIVITI/PROGRAM PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN PEMBUATAN
SEPANJANG TAHUN 2019
Nama Program : Community Service & Education (CSE) UniMAP X PSU
Anjuran Bersama : Kelab Gyrosociety
Tarikh : 19 hingga 22 April 2019
Lokasi : Prince Of Songkhla University, Hatyai, Thailand
Peserta : 4 orang pengiring PPK Pembuatan
14 orang peserta daripada Kelab Gyrosociety
2 orang peserta daripada PPIPT
1 orang peserta daripada PPK Alam Sekitar
Perincian Program : Program ‘CSE’ ini merupakan program tahunan anjuran kelab rasmi aktiviti
pelajar PPK Pembuatan iaitu Kelab Gyrosociety.
Program ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam di Prince of Songkhla
University, Hatyai, Thailand. Para peserta bermalam di hotel Full House
berhampiran PSU.
Hari pertama 19 April 2019 (Jumaat):
Pada hari ketibaan, dialu-alukan oleh Pelajar Kesatuan (Student Union)
PSU. Pihak PSU membawa sekitar kafeteria berdekatan dengan Bangunan
Pelajar (Student Building). Selepas itu, pihak PSU membawa ke Historical
Building. Historical Building banyak menceritakan sejarah Thailand dan
universiti tersebut. Para peserta melawat Fakulti Kejuruteraan dan
mengadakan sesi perbincangan bersama dekan fakulti dan Timbalan Dekan.
Para peserta dibawa ke Farmer Market sekitar PSU untuk makan malam.
Sesi ice-breaking dikendalikan oleh pihak PSU di Bangunan Aktiviti
Pelajar. Pelbagai permainan dimainkan seperti The ‘Big Plastic Bag’, ‘Cat
Catch the Mouse’ dan ‘Police catch Thief’.
Hari Kedua 20 April 2019 (Sabtu):
Para peserta UniMAP diambil oleh pelajar PSU dengan menaiki bas ke
Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Gelandangan di Chanwirote, Hatyai. Wakil
PSU menceritakan keadaan kanak-kanak disana, cara hidup mereka, apa
yang mereka hadapi dan situasi keluarga mereka. Para peserta bermain
permainan bersama kanak-kanak dan mempelajari ilmu yang diajari oleh
wakil PSU. Barangan cenderahati seperti alatan persekolahan; kotak pensil,
pensil warna, buku menulis, buku mewarna dan sedikit makanan diberikan
kepada kanak-kanak. Pihak PSU membawa para peserta ke Hatyai Park
untuk menikmati pemandangan dan beriadah. Tambahan pula, Pihak PSU
membawa para peserta ke Khlong Hae Floating Market untuk makan malam
dan membeli buah tangan untuk dibawa pulang.
Hari Ketiga 21 April 2019 (Ahad):
Pihak PSU membawa para peserta ke Tok Ham Village. Perjalanan dari
PSU ke Tok Ham Village mengambil masa selama 10-15 minit. Setelah tiba
di sana, para peserta diberi masa 15 minit untuk menikmati pemandangan.
Setelah itu, ketua kampung memberi taklimat dan menceritakan sejarah Tok
Ham Village. Para peserta disajikan dengan makanan tradisi mereka. Sesi
bergotong-royong bermula dengan membahagikan 2 kumpulan; 1 kumpulan
kutip sampah sarap manakala 1 kumpulan lagi memulihkan system
pengairan sawah padi. Pihak kampung menyediakan makanan tengah hari
iaitu nasi kerabu. Keunikan nasi kerabu mereka adalah dialaskan dengan
menggunakan daun lotus. Pada waktu malam, aktiviti pertukaran budaya
antara 2 pihak. Dengan cara ini, 2 pihak dapat mengeratkan silaturahim dan
mengenali adat budaya masing-masing.
Hari Terakhir 22 April 2019 (Isnin):
Para peserta dibawa ke Samila Beach. Perjalanan mengambil masa selama
1 jam dari PSU. Keindahan Samila Beach amat cantik dan sesuai untuk
menenangkan fikiran. Pihak peserta dibawa ke Songkhla Old City di mana
keadaan bandar kelihatan sama seperti bandar di Pulau Pinang. Mereka
masih mengekalkan keunikan bangunan. Pihak PSU membawa para peserta
ke kedai yang menjadi tarikan para pelancong sekiranya datang ke Hatyai
iaitu Kai Tod Decha. Para peserta bergerak pulang ke Malaysia.