alat artikulasi

Upload: vivi-ivy-lieu

Post on 02-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Alat Artikulasi

TRANSCRIPT

  • PKP 3107Alat Artikulasi

  • Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut:

  • 1Bibir atas11Tengah lidah2Bibir bawah12Belakang lidah3Gigi atas13Akar lidah4Gigi bawah14Epiglotis5Gusi15Pita suara 6Lelangit keras16Rongga tekak7Lelangit lembut17Rongga Hidung8Anak tekak18Rongga mulut9Hujung lidah19Rahang 10Hadapan lidah20Tenggorok

  • Lidah

    Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan bunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini

  • Gigi

    Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dan kebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilanbunyi. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi.

  • Bibir Atas dan Bibir Bawah

    Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya,untuk menghasilkan bunyib, wdan v. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udarayang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya,udara disekat di bibir

  • Gusi

    Gusi merupakan bahagian yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan

  • Dapatkan maklumat tentang fungsi alat artikulasi yang lain dalam nota fonetik dan fonologi