alatan tangan

30
ALATAN TANGAN

Upload: joanna-king

Post on 21-Jun-2015

499 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alatan tangan

ALATAN TANGAN

Page 2: Alatan tangan

Penggunaan alatan tangan yang betul adalah penting untuk menghasilkan projek yang baik.

Alatan tangan yang digunakan seharusnya dalam keadaan yang baik, tajam, dan sempurna.

Pastikan alatan tangan yang digunakan dibersihkan dan disimpan dengan baik selepas digunakan.

Pengetahuan mengenai alatan tangan yang sesuai dan cara penggunaan yang betul perlu diketahui sebelum kerja baik pulih enjin dijalankan atau dilakukan.

Page 3: Alatan tangan

Terdapat pelbagai alatan tangan yang akan selalu dijumpa dan digunakan di bengkel. Antara alatan tangan tersebut adalah :

1. Sepana

2. Soket

3. Pemutar skru

4. Tangkai

5. Tolok perasa

Page 4: Alatan tangan

Sepana Sepana hujung terbuka Sepana gelang Sepana gabung Sepana boleh laras

Soket Soket enam segi/heksagon Soket heksagon gabung/12 poin Soket oktagon/8 poin Soket fleks Soket dalam

Page 5: Alatan tangan

Tangkai Tangkai pelaju Tangkai hayun Tangkai T Tangkai L Tangkai gear sala Tangkai daya kilas

Pemutar skru Pemutar skru kontot / bonggol

Pemutar skru mata rataPemutar skru mata Phillips

Page 6: Alatan tangan

Tolok perasaTolok perasa bilah sempitTolok perasa dawai

Page 7: Alatan tangan

Sepana digunakan : Melonggar atau mengetatkan bol, nat,

dan skru tudung berkepala heksagon. Saiz sepana ditentukan oleh jarak bukaan rahang atau diameter gelangnya.

Bagi sepana hujung terbuka, saiznya ditentukan dengan jarak antara rahang.

Bagi sepana gelang, saiznya akan ditentukan dengan diameter gelang

Page 8: Alatan tangan

Sepana hujung terbuka Kedua-dua rahang terbuka dengan saiz

yang berlainan. Sesuai digunakan apabila sepana

gelang tidak dapat digunakan. Saiz sepana hujung terbuka ditentukan oleh bukaan rahangnya.

Page 9: Alatan tangan

Sepana Gelang Kedua-dua hujungnya mempunyai soket

gelang yang berlainan saiz, cengkamannya lebih kuat dan tidak mudah tergelincir semasa mengetat atau melonggarkan nat. Saiznya ditentukan oleh diameter dalam gelang.

Digunakan pada ruang yang sempit apabila soket tidak boleh digunakan.

Page 10: Alatan tangan

Sepana Gabung Sepana ini adalah gabungan sepana

hujung terbuka di satu hujung dan soket gelang di hujung yang lain yang berbentuk gelang dalam saiz yang sama.

Penggunaan sepana ini adalah sama dengan penggunaan sepana gelang dan sepana hujung terbuka.

Menjimatkan masa kerana tidak perlu menukar sepana semasa menjalankan satu projek.

Page 11: Alatan tangan

Sepana Boleh Laras Mempunyai satu rahang bergerak dan

boleh dilaraskan kepada pelbagai saiz bol dan nat yang hendak diketatkan atau dilonggarkan.

Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan bol dan nat yang bersaiz ganjil.

Digunakan apabila ketiadaan sepana lain.

Page 12: Alatan tangan

Soket mempunyai ciri yang sama dengan sepana gelang tetapi tidak mempunyai tangkai tetap.

Soket adalah alat yang paling selamat digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan bol, skru tudung kepala heksagon dan nat.

Soket digunakan bersama dengan tangkai.

Soket boleh didapati dalam beberapa bentuk ,jenis dan saiz. Saiz soket ditentukan oleh diameter dalam soket.

Page 13: Alatan tangan

Jenis-jenis soket Soket enam segi / heksagon Mempunyai enam poin Digunakan untuk mengetatkan bol dan

nat yang bersaiz kecil Mudah menghapuskan dan membulatkan

sanding nat Soket heksagon gabung /12 poin Digunakan untuk melonggarkan dan

mengetatkan bol dan nat yang bersaiz besar

Mudah tergelincir dan membulatkan serta menghauskan sanding nat.

Page 14: Alatan tangan

Soket oktagon /8 poino Soket ini mempunyai 8 poin.o Digunakan untuk melonggarkan dan

mengetatkan bol dan nat segi empat sahaja.

Soket fleks1. Soket jenis ini mempunyai sendi yang

boleh digerakkan atau sendi rencam.2. Soket ini digunakan untuk

melonggarkan dan mengetatkan bol dan nat di bahagian dalam enjin.

Page 15: Alatan tangan

Soket dalam lebih panjang binaannya daripada soket heksagon. Soket dalam sesuai digunakan untuk membuka atau memasang palam pencucuh.

Digunakan pada bol dan nat yang panjang.

Page 16: Alatan tangan

Pemutar skru digunakan untuk memasang dan mengeluarkan skru.

Saiz pemutar skru ditentukan oleh panjang bahagian batangnya.

Biasanya, jenis pemutar skru digunakan di makmal enjin.

Bahagian hujung pemutar skru biasanya rata atau daripada jenis Phillips

Page 17: Alatan tangan

Jenis-jenis pemutar skru Pemutar skru kontot/ bonggol Digunakan untuk memutar skru pada

ruangan yang sempit dan terhad. Mempunyai batang yang pendek / kontot Saiznya ditentukan oleh panjang

batangnya.

Page 18: Alatan tangan

Pemutar skru mata rata Mempunyai mata rata Digunakan untuk memutar skru jenis

kepala beralur lurus

Pemutar skru mata Phillips Mempunyai mata bersilang atau

berpangkah Dapat digunakan pada skru jenis kepala

Phillips sahaja.

Page 19: Alatan tangan

Tangkai Tangkai digunakan bersama soket.

Setiap tangkai mempunyai penyuai segi empat sama untuk disuaikan dengan lubang segi empat sama soket.

Tangkai berfungsi memusingkan soket sama ada melonggar atau mengetatkan bol, nat dan skru berkepala heksagon.

Terdapat pelbagai jenis tangkai mengikut kesesuaian keadaan dan fungsi.

Page 20: Alatan tangan

Tangkai Pelaju Digunakan untuk mengetatkan bol dan

nat dengan pantas. Daya ketat nat tidak begitu kuat jika

menggunakan tangkai pelaju.

Page 21: Alatan tangan

Tangkai Hayun Mempunyai tangkai yang panjang. Digunakan apabila pengetatan yang

lebih kuat diperlukan Mempunyai sendi supaya dapat

menukarkan arah tanpa mengangkat soket daripada nat.

Page 22: Alatan tangan

Tangkai T Mempunyai kepala tangkai T boleh

dialihkan sepanjang tangkai. Digunakan untuk mendapatkan dan

memberikan daya pusingan yang lebih kuat

Ia juga boleh digunakan untuk hulu hayun.

Penyuai segi empat dipasang pada kepala yang boleh diubah kedudukannya.

Page 23: Alatan tangan

Tangkai L Mempunyai hujung seperti L Digunakan secara meluas untuk

melonggarkan atau mengetatkan bol, nat, dan skru tudung berkepala heksagon.

Memberikan daya tekanan yang kuat.

Page 24: Alatan tangan

Tangkai gear sala/ retchetMempunyai tuil retchet yang

menentukan arah pusingan iaitu dipusingkan 1 hala sahaja.

Membolehkan soket dipusingkan 1 arah sama ada membuka atau mengetatkan nat dengan cepat tanpa perlu mengangkat soket daripada nat.

Sesuai digunakan di ruang atau tempat yang sempit dan terhad.

Page 25: Alatan tangan

Tangkai daya kilas(Perengkuh daya kilas)

Mempunyai tanda skala/ skala senggatan yang menunjukan kadar tekanan yang diperlukan atau menunjukkan nilai daya kilas yang digunakan.

Digunakan untuk mengetatkan bol dan nat pada tekanan daya kilas yang ditentukan oleh pembuat enjin.

Daya kilas ini disukat dalam ukuran paun-kaki.

Page 26: Alatan tangan

Tolok Perasa digunakan untuk mengukur pelbagai kelegaan tapet, kelegaan poin alat sentuh dan celahan palam pencucuh.

Tolok perasa terdapat dalam bentuk set. Setiap set mempunyai banyak bilah

daun atau batang keluli dalam ketebalan yang berbeza.

Tiap-tiap bilah daun atau batang keluli dilabelkan dengan nombor yang berbeza mengikut ketebalan masing-masing.

Page 27: Alatan tangan

Angka ini menunjukkan ukuran celahan seperti dalam contoh di bawah.

Angka Ukuran

0.8 0.08mm

15 0.15mm

39 0.39mm

40 0.40mm

PerhatianGunakan tolok perasa dengan berhati-hati supaya bilahnya tidak rosak.Minyakkan bilah tolok perasa ketika menyimpannya untuk mencegahnya daripada berkarat.

Page 28: Alatan tangan

Terdapat dua jenis tolok perasa, Tolok perasa bilah sempit Mempunyai bilah logam nipis yang

berlainan tebalnya dan ditanda dengan angka.

Mengukur kelegaan permukaan rata seperti kelegaan tapet dan kelegaan poin titik sesentuh.

Page 29: Alatan tangan

Tolok perasa dawai Mempunyai batang keluli yang

dinomborkan mengikut diameternya Mempunyai dawai-dawai bulat yang

bengkok pada bahagian hujungnya. Biasanya digunakan untuk memeriksa

celahan palam pencucuh Dawai ini mempunyai ukuran diameter

berbeza.

Page 30: Alatan tangan

SEKIAN…SEKIAN…

Teruskan Teruskan PerjuanganPerjuangan