amalan bulan rejab

9
Amalan Bulan Rejab Sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:"Lakukanlah apa sahaja amalan yang termampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu" . Rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan Islam yang mempunyai banyak fadhilatnya. Syeikh Abu Bakar al Warraq berkata mengenainya. "Rejab adalah bulan menanam, Sya'ban adalah bulan menyiram dan Ramadan pula adalah bulan menuai. Sesiapa yang tidak menanam atau tidak menjaga dengan baik tanamannya akan menyesal pada hari menuai". Oleh kerana itu sebahagian ulama menyatakan bahawa bulan Rejab adalah bulan untuk memperbanyakkan istifar, manakala Sya'ban ialah bulan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan Ramadan pula ialah bulan memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Diantaranya ialah: 1.Berdoa sepanjang bulan Rejab Digalakkan dibaca pada bulan Rejab doa yang diriwayatkan daripada Anas r.a: Bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah s.a.w berdoa yang bermaksud "Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan". 2.Beristigfar Sabda rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang melazimi istighfar, maka Allah mengurniakan untuknya daripada setiap kesedihan akan kejayaan,daripada kesempitan akan jalan keluar dan Allah mencurahkan rezeki yang tidak disangka- sangka kepadanya". Maksudnya: "Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkau

Upload: ain-nsf

Post on 27-Dec-2015

275 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan Bulan Rejab

Amalan Bulan Rejab

Sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:"Lakukanlah apa sahaja amalan yang termampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu".Rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan Islam yang mempunyai banyak fadhilatnya. Syeikh Abu Bakar al Warraq berkata mengenainya. "Rejab adalah bulan menanam, Sya'ban adalah bulan menyiram dan Ramadan pula adalah bulan menuai. Sesiapa yang tidak menanam atau tidak menjaga dengan baik tanamannya akan menyesal pada hari menuai". Oleh kerana itu sebahagian ulama menyatakan bahawa bulan Rejab adalah bulan untuk memperbanyakkan istifar, manakala Sya'ban ialah bulan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan Ramadan pula ialah bulan memperbanyakkan bacaan Al-Quran.Diantaranya ialah:

1.Berdoa sepanjang bulan RejabDigalakkan dibaca pada bulan Rejab doa yang diriwayatkan daripada Anas r.a: Bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah s.a.w berdoa yang bermaksud "Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan".

2.Beristigfar Sabda rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang melazimi istighfar, maka Allah mengurniakan untuknya daripada setiap kesedihan akan kejayaan,daripada kesempitan akan jalan keluar dan Allah mencurahkan rezeki yang tidak disangka-sangka kepadanya".

Maksudnya: "Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkau Engkau."(Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323)

Page 2: Amalan Bulan Rejab

3.Membaca Surah Al Ikhlas setiap hari pada bulan RejabFadhilat: Syeikh al Hannati berkata: "Sesiapa yang membaca surah al Ikhlas pada setiap hari dalam bulan Rejab iaitu pada setiap hari sebanyak sekali, maka seolah-olah segala isi tujuh petala langit dan bumi berhimpun sambil membawa pena emas untuk menulis segala pahala orang yang membacanya di atas kertas-kertas yang dibawa oleh 10 ribu ekor unta.

4.Bertasbih1-10 Rejab sebanyak 100kali (Subhanallahil hayil Qayyum) "Maha Suci Allah Yang Maha Hidup dan Berdiri dengan sendiri.

11-20 Rejab sebanyak 100kali (Subhanallahil ahadis sa'mad) " Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat".

21-30 Rejab sebanyak 100kali (Subhanallah hirraufi)  " Maha Suci Allah Yang Maha Penyayang".

5.Berdoa pada malam 27 Rejab  

6.Membaca "Ahmadu rasulullah,Muhammadur rasulullah"

(Ahmad adalah utusan Allah, Muhammad adalah utusan Allah.)menurut  Syeikh Ali al Ajhuri bahawa sesiapa membacanya sebanyak 35 kali pada hari Jumaat terakhir bulan Rejab, ketika khatib berada di atas mimbar, maka tidak akan terputus rezkinya dari dalam tangannya pada tahun itu.-Pertikkan dari buku Amalan Bulan Rejab-

Page 3: Amalan Bulan Rejab

Doa Membayar Hutang by zahidana in amalan, Uncategorized Label:doa membayar hutang, zikir bebas hutang

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim …

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita hajatkan akan tercapai dalam waktu yang singkat tetapi ada yang mengambil masa. Walaupun begitu kita digalakkan terus berdoa setelah kita berusaha dan berdoa itu sebagai tanda kita merendah diri dan tunduk kepada Allah untuk memohon pertolongan kepada Allah. Berikut ini diturunkan doa mudah membayar hutang bagi yang berhutang. Insya-Allah dan moga-moga akan segera dapat dibayar/ dilunaskan.Bacalah surah Alfatihah dan dilanjutkan dengan surah Yasin …

Dilanjutkan dengan …

“Allahumma radini bi qada’ika wa barik li fima quddira hatta la uhibba ta’jila ma akhkharta wala ta’khira ma ajjalt“Ertinya : “Ya Allah, semoga Engkau merelakan aku dengan ketetapan-Mu,

berkahilah aku pada apa yang Engkau takdirkan, sehingga aku tidak senang

menyegerakan apa yang Engkau akhirkan, dan mengakhirkan apa yang

Engkau segerakan” .

Lalu bacalah tasbih dibawah ini sebanyak kita mampu membacanya …

Page 4: Amalan Bulan Rejab

“Subhanal munaffisi ‘an kulli madyun, subhanal muffariji ‘an kulli mahzun, subhana man kana amruhu bainal kafi wan-nun, subhana man iza arada syai’an ay yaqula lahu kun fayakun, ya mufarizal humumi wa ya hayyu ya qayyu-mu salli wa sallim ‘ala sayyidina Muhammadiw wa’ala alihi wa sahbihi ajmain”Ertinya:

“Maha Suci Dzat yang menghilangkan dari setiap orang yang berHutang. Maha Suci Dzat yang membuka dari setiap orang yang kesusahan. Maha Suci Dzat yang urusannya diantara Kaf dan Nun. Maha Suci Dzat yang keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu , hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka jadilah ia. Wahai pembuka kesulitan (kesusahan) , Wahai Dzat Yang Lagi Hidup lagi berdiri Sendiri. Limpahkanlah rahmat dan keselamatan kepada Junjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta seluruh keluarga dan para sahabatnya”Semoga membantu dan Allah meredoi kita semua, sehingga Insya-Allah

hutang dapat mudah terbayar dengan cepat. Aamiin ya Rabbal Alamin …

Wallahua’lam bish Shawwab ….

Rate this:

Page 5: Amalan Bulan Rejab
Page 6: Amalan Bulan Rejab
Page 7: Amalan Bulan Rejab
Page 8: Amalan Bulan Rejab
Page 9: Amalan Bulan Rejab