amalan kepimpinan instruksional- samsudin said

21
AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENJANA INOVASI DAN TRANSFORMASI SEKOLAH: MUDAH, PRAKTIKAL DAN EFEKTIF Oleh Samsudin Bin Said Pengetua SMK Sultan Abd Samad, Banting Selangor Darul Ehsan ABSTRAK Bermula tahun 2010, saya mula bertugas di SMK Sultan Abdul Samad, Telok Datok Banting, Selangor . Saya mendapati sekolah ini mempunyai beberapa aspek pengurusan, budaya kerja, budaya disiplin pelajar serta keadaan persekitaran yang kurang memuaskan. Prestasi akademiknya adalah sangat rendah, sehingga pada tahun 2010, sekolah ini telah diletakkan dalam banda 6 oleh pihak NKRA. Langkah pertama yang saya jalankan ialah membuat anilisis SWOT dan mengadakan perbincangan dengan semua pihak untuk mendapatkan maklumat tepat bagi membuat perancangan pembangunan sekolah secara menyeluruh. Pembangunan sekolah secara menyeluruh ini, saya namakan sebagai program transformasi sekolah secara holistik meliputi aspek persekitaran dan fizikal sekolah, profesionalisma guru, instruksional, pembangunan budaya penyayang, disiplin pelajar serta aspek perancangan semula bidang iaitu akademik, HEM dan kokurikulum. Beberapa program inovasi telah dijalankan bermula awal tahun 2010. Hasilnya pada tahun 2011, sekolah ini telah menunjukkan perubahan yang drastik dari segi disiplin, budaya belajar, instruksional guru dan persekitaran fizikal secara keseluruhannya. Keputusan peperiksaan tahun 2010 telah meningkat dengan baik sehingga sekolah ini telah berjaya mencapai band 5. Pada tahun 2011, prestasi akademik telah bertambah baik, di mana ia telah mendapat anugerah peningkatan prestasi SPM tertinggi peringkat negeri. Terakhir, sekolah ini telah diberitahu dicalonkan untuk menerima tawaran baru bagi kategori lonjakan prestasi peperiksaan awam tahun 2011.

Upload: aziz-bakar

Post on 21-Jan-2016

211 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kepimpinan

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENJANA INOVASI DAN TRANSFORMASI SEKOLAH: MUDAH, PRAKTIKAL DAN EFEKTIF

Oleh Samsudin Bin Said

Pengetua SMK Sultan Abd Samad, Banting

Selangor Darul Ehsan

ABSTRAK

Bermula tahun 2010, saya mula bertugas di SMK Sultan Abdul Samad, Telok

Datok Banting, Selangor . Saya mendapati sekolah ini mempunyai beberapa

aspek pengurusan, budaya kerja, budaya disiplin pelajar serta keadaan

persekitaran yang kurang memuaskan. Prestasi akademiknya adalah sangat

rendah, sehingga pada tahun 2010, sekolah ini telah diletakkan dalam banda 6

oleh pihak NKRA. Langkah pertama yang saya jalankan ialah membuat anilisis

SWOT dan mengadakan perbincangan dengan semua pihak untuk mendapatkan

maklumat tepat bagi membuat perancangan pembangunan sekolah secara

menyeluruh. Pembangunan sekolah secara menyeluruh ini, saya namakan

sebagai program transformasi sekolah secara holistik meliputi aspek

persekitaran dan fizikal sekolah, profesionalisma guru, instruksional,

pembangunan budaya penyayang, disiplin pelajar serta aspek perancangan

semula bidang iaitu akademik, HEM dan kokurikulum. Beberapa program inovasi

telah dijalankan bermula awal tahun 2010. Hasilnya pada tahun 2011, sekolah

ini telah menunjukkan perubahan yang drastik dari segi disiplin, budaya belajar,

instruksional guru dan persekitaran fizikal secara keseluruhannya. Keputusan

peperiksaan tahun 2010 telah meningkat dengan baik sehingga sekolah ini telah

berjaya mencapai band 5. Pada tahun 2011, prestasi akademik telah bertambah

baik, di mana ia telah mendapat anugerah peningkatan prestasi SPM tertinggi

peringkat negeri. Terakhir, sekolah ini telah diberitahu dicalonkan untuk

menerima tawaran baru bagi kategori lonjakan prestasi peperiksaan awam tahun

2011.

Page 2: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

1. Latarbelakang Pengetua

Nama : SHAMSUDDIN BIN SAID Pengalaman bertugas:

BIL. JAWATAN TEMPAT BERTUGAS TEMPOH

1. Guru Penolong SMK Telok Datok, Banting 25.4.83-15.4.89

2. Nazir Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,

KPM

16.4.89-31.8.94

3. Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor 1.9.94-31.4.96

4. Kaunselor Pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang 1.5.96-31.3.99

5. PK Pentadbiran SMK Methodist, Banting 1.4.99-15.1.07

6. PK Pentadbiran SMK Jugra, Banting 16.1.07-

29.12.09

7. Pengetua SMK Sultan Abdul Samad, Banting 30.12.09-

Sekarang

2. Kejayaan dan Pencapaian Utama Amalan Kepimpinan Instruksional, bermula 4.1. 2010 hingga Mei 2012. Pada tahun 2009 sekolah ini berada pada band 6, pada tahun 2010 pada band

5, pada tahun 2011 ,GPS bagi keputusan SPM di tempat ke 5 daripada 16 buah

sekolah menengah di daerah Kuala Langat. Pada tahun 2010 , 87 orang pelajar

manakala pada 2011 seramai 40 orang pelajar gagal menguasai 3M berjaya

menguasai kemahiran 3M dalam tempoh 4 bulan melalui kelas intervensi. Model kelas

intervensi di sekolah ini telah dijadikan contoh pelaksanaan program intervensi di

sekolah-sekolah menengah di Negeri Selangor. Sementara itu, amalan kajian tindakan

yang dijalankan pada tahun 2010 dan 2011 untuk menyelesaikan masalah 3M telah

Page 3: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

diamalkan oleh semua guru dan pelajar kelas peperiksaan untuk meningkatkan prestasi

mulai 2012.

Sistem sekolah sesi ke 3 telah mendapat pengiktirafan dari pihak IAB apabila kami

telah dijemput untuk membentangkannya dalam kolokium kajian tindakan

kebangsaan pada tahun 2011. Pihak sekolah ini juga telah dijemput berkongsi

pengalaman dengan sekolah-sekolah Program SIP (School Improvement Program)

Zon Utara pada tahun 2012.

Selain itu, Pengetua juga telah di beri penghormatan untuk membentangkan

perkongsian pintar transformasi sekolah dengan seluruh ahli Majlis Pengetua Sekolah

Menengah Malaysia (MPSM) Pulau Pinang dan Pengetua/Guru Besar/PPD Negeri

Perlis pada tahun 2012. Pada tahun ini juga sekolah kami juga turut menerima

kunjungan daripada beberapa buah sekolah menengah lain yang berminat mendengar

dan berkongsi pengalaman berkaitan program transformasi yang berjalan di sekolah ini.

Profil Sekolah

1. Nama dan alamat sekolah SMK SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK 42700 BANTING, SELANGOR

2. Kod sekolah BEB 1070 3. Gred sekolah A ( luar bandar ) 4. Jenis sekolah Smk harian ( dua sesi) 5. Bilangan guru 78 orang (lelaki = 16 perempuan= 62 ) 6. Bilangan staf 9 orang

6. Bilangan murid 1132 orang ( 85 % bm, 15 % b/p)

Sejarah dan latar belakang sekolah

Kronologi Peristiwa

TAHUN

1. Diasaskan sebagai secondary continuition school 1962

Page 4: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

2. Mempunyai bangunan sendiri, iaitu 4 blok 1964

3. Dimulakan comprehensive education system 1965

4. Dipanggil Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Telok Datok

1969

5. Dipanggil Sekolah Sultan Abdul Samad, Telok Datok 1972

6. Dipanggil SMK Sultan Abdul Samad, Telok Datok (Gred A) 1994

7. Akan dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional, KPM, iaitu sekolah harian pertama di naik taraf di bawah transformasi pendidikan vokasional.

Mulai 2013

Kepentingan Kepimpinan Instruksional dalam Organisasi Sekolah.

Memandangkan sekolah adalah sebuah institusi yang berfungsi untuk membentuk dan

menghasilkan pelajar ke arah kemenjadian sahsiah, akademik dan bakat serta

kepimpinan, maka model dan amalan kepemimpinan sekolah perlulah benar-benar

sesuai dan selari dengan fungsinya yang subjektif. Oleh itu, kepimpinan instruksional

perlu menjadi teras dan perlu dikuasai dengan terbaik oleh setiap orang pemimpin

sekolah khususnya Pengetua dan Guru Besar. Malah ia perlu di fahami dengan jelas

oleh penggubal dasar, pegawai profesional di semua peingkat dan institusi latihan

pendidikan. Saya sangat percaya dan telah mempraktikkannya selama 2 tahun di SMK

Sultan Abdul Samad, Telok Datok, Banting. Ternyata melalui pengalaman sekolah ini,

terbukti bahawa pengetua mampu merubah sebuah sekolah dalam jangka masa tidak

sampai dua tahun. Transformasi ini telah merubah sebuah sekolah yang berprestasi

rendah, bermasalah disiplin, motivasi guru sangat rendah, sebuah sekolah yang

dianggap gagal oleh masyarakat sehingga menjadi sebuah sekolah yang Berjaya dalam

pelbagai aspek. Sekolah ini kini mempunyai budaya kreativiti, menjadi pilihan ibu bapa,

Page 5: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

menjadi penanda arasan pengurusan, budaya disiplin, budaya kerja guru dan program-

program inovasi di peringkat negeri dan kebangsaan. Rumusannya di sini, walaupun

ada orang mengatakan pemimpin atau pengetua itu penting dalam menjana

kecemerlangan sekolah, tetapi percayalah apa yang lebih penting dari itu ialah

bagaimanakah stail dan jenis kepimpinan yang kita diamalkan serta sejauhmanakah

kita dapat mengoptimumkan dan menerapkan nilai-nilai kepimpinan itu dalam budaya

kerja warga sekolah kita adalah penentu utama pembangunan sebuah sekolah yang

berkarektor.

Halangan utama kebanyakan pemimpin sekolah atau Pengetua ialah pertama; kita

kurang yakin kepada potensi diri sendiri, guru-guru, pelajar dan kemudahan yang sedia

ada.Sebagai contohnya ada yang berkata ‘ saya tak mampu membuat seperti dia, di

sekolah saya tidak ada guru yang mahir pemulihan untuk mengajar pelajar yang tidak

menguasai 3M, pelajar saya masih lagi tidak menguasai 3M dan sekolah saya ini

sekolah lama’ dan sebagainya”. Jadi, dalam soal ini, kita mestilah ketepikan dahulu

halangan pemikiran itu dan cuba kita tanya apakah sikap, cara berfikir, visi, misi, daya

kepimpinan kita telah kita perbetulkan dan optimumkan. Kalau kita katak, kita telah

memperbetulkan dan optimumkan semuanya itu, persoalannya mana analisis SWOT,

SKT/KPI, kepimpinan dan pengetahuan, perancangan, pelan tindakan, sistem,

pendekatan, kajian tindakan, senarai semak, keteladan, pasukan, a kreativiti, inovasi,

bimbingan, perkongsian, budaya kerja, budaya penyayang, tindakan, buku rekod

mengajar, buku latihan, buku catatan, pencerapa, program, nilai-nilai murni,

penghargaan, mana pengagihan tugas, mana motivasi, prioriti, teknologi, komitmen,

instrument pengurusan, budaya disiplin, budaya belajar, budaya bilik darjah, budaya

Page 6: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

sekolah, budaya penyelenggaraan, analisis, post-mortem, rekod, dokumentasi,

transformasi dan semua pertanyaan itu merumuskan di manakah kepimpinan

instruksional kita.

Pada masa ini,sekolah ini telah menghasilkan guru model dalam semua aspek

khususnya pengajaran. Hampirke semua pencerapan pembelajaran dan pengajaran

biasa serta juga ‘lesson study’ pada tahun 2012 ini, bukan sahaja dirakamkan dalam

bentuk gambar tetapi juga dalam bentuk video dan dikongsi di laman ‘face book’ guru

serta dikongsi dalam ‘you tube’ termasuk P&P Pengetua sendiri. Hari ini juga, kami

telah menjadikan hampir semua pelajar-pelajar kami sebagai pelajar contoh atau

model dari segi sahsiah walaupun rata-rata mereka mempunyai asas akademik yang

lemah dari sekolah rendah.

Kepimpinan dan Kepimpinan Instruksional di SMKSAS.

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada ‘pimpin’.Pimpin bererti bimbing, pandu,

atau tunjuk.Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan

menuju ke suatu tempat.Kepimpinan membawa erti ‘keupayaan sebagai pemimpin,

daya serang pemimpin (Kamus Dewan 1994). Kepimpinan juga boleh dimaksudkan

sebagai kebolehan mempengaruhi orang lain untuk melaksanakan sesuatu tugas bagi

mencapai matlamat. Manakala instruksional boleh di definisikan sebagai ‘the act of

instructing (to teach, to educate, to impart knowledge or information) or teaching’.

Oleh itu, kepimpinan instruksional boleh didefinisikan sebagai ‘gabungan penyeliaan,

pembangunan staf dan perkembangan kurikulum’ (Blasé, 1998). Manakala pendapat

lain pula mengatakan bahawa kepimpinaan instruksional ialah ‘gelagat secara langsung

Page 7: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

atau tidak langsung yang mempengaruhi pendekatan guru mengajar dan menghasilkan

pembelajaran murid serta peningkatan potensi’ (Gupton, 2003). Manakala Hussien

(1989) mengatakan bahawa kepimpinan instruksional sebagai ‘usaha yang diambil

oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk

memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan

matlamat sekolah’.

Persoalan dan isu yang sering dibangkitkan ialah sejauhmanakah pemimpin sekolah

atau Pengetua memberi penekanan dan peruntukan masa yang banyak kepada

kepimpinan instruksional secara langsung.Dapatan dari pihak JNMK, KPM dan kajian-

kajian yang dijalankan di peringkat negeri mendapati bahawa ada kalangan Pengetua

kurang memberi perhatian terhadap instruksional secara langsung.Berdasarkan

pengalaman saya, kita bukan sahaja perlu memberi perhatian atau tanggungjawab

langsung tentang kepimpinan instruksional ini, tetapi juga memberi perhatian secara

tidak langsung atau menegaskan tentang instruksional atau pembelajaran dan

pengajaran ini dalam semua aspek serta aktiviti di peringkat sekolah. Unsur-unsur

tentang instruksional ini misalnya perlu di selitkan atau digabungjalinkan dalam ucapan

harian, doa, aktiviti kokurikulum, program pembangunan disiplin dan sebagainya.

Proses penggabungjalinan dan penerapan ini penting bagi membolehkan perkara yang

dianggapkan sukar sama ada oleh guru, pelajar dan ibu bapa, iaitu kecemerlangan

akademik itu akan menjadi fokus, tanggungjawab dan amalan penting oleh semua

pihak. Dengan cara ini, pembangunan sekolah menjadi lebih holistic dan wujudnya

budaya sosial dan belajar yang kondusif sama ada di dalam bilik darjah, luar bilik darjah

atau di rumah.

Page 8: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

Sebagai pemimpin sekolah, pengetua terpaksa memberi focus pada pembelajaran dan

pengajaran. Penyelidikan sekolah telah menunjukkan bahawa pengetua sekolah boleh

membawa perubahan yang mendadak tentang produktivi sekolah. Pengetua

melakukannya melalaui peranannya sebagai pemimpin instruksional di sekolah.

Pengalaman Pengetua Sewaktu Memulakan Tugas di SMKSAS.

Setiba di sekolah pada hari tersebut adalah merupakan hari pendaftaran pelajar

Tingkatan 1 . Seterusnya pada hari yang sama, saya terus mengendalikan mesyuarat

guru sehingga hamper tiba waktu makan tengahari. Kemudiannya saya telah

mengadakan perbincangan khas dengan barisan pentadbir selama satu jam. Pada

minggu pertama bertugas, saya telah meninjau persekitaran , bilik-bilik darjah dan

memerhati budaya sekolah. Seterusnya saya membuat analisis prestasi akademik,

sahsiah dan kokurikulum dan mengkaji semula perancangan program-program

sekolah. Seterusnya saya telah mendapatkan maklumat dari pentadbir serta guru-guru

dan menetapkan keperluan dan prioriti baru untuk sekolah kami.

Berdasarkan kepada maklumat awal satu analisis SWOT telah dibuat untuk

mendapatkan data dan gambaran sebenar tentang tahap sekolah. Analisis rekod

menunjukkan bahawa tahap pencapaian akademik adalah sangat rendah sama ada

secara bandingan dengan sekolah-sekolah lain di daerah Kuala Langat ( pencapaian

kuantiti, kualiti dan GPS bagi peperiksaan SPM/PMR). Daripada enam belas buah

sekolah menengah, SMKSAS berada pada kedudukan ke empat belas atau tiga belas.

Status sekolah berasaskan ‘ranking’ NKRA pada tahun 2009 ialah pada band 6.

Page 9: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

Isu kedua, ialah berkaitan tahap disiplin pelajar dan masalah vandalisma pelajar. Kes

terakhir tahun 2009, iaitu yang berlaku pada bulan November telah melibatkan

pergaduhan pelajar tingkatan 4 yang mana seorang pelajar Melayu Tingkatan 4 telah

dipukul dengan kerusi plastik oleh seorang pelajar India menyebabkan pelajar tersebut

luka di kepala. Seorang guru perempuan yang sedang mengandung secara kebetulan

lalu di kelas tersebut dan cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut telah dipukul juga

dengan kerusi plastik dan telah terkena pada kandungan. Kes ini telah dilaporkan

kepada polis, di mana seorang pelajar telah ditangkap polis, manakala pelajar yang

luka dan guru perempuan tersebut telah dihantar ke hospital.

Berhubung dengan vandalisme pula, sebanyak 140 keping siling di enam buah bilik-bilik

darjah di blok ‘D’ telah dirosakkan dengan menggunakan berbagai cara. Sejumlah RM

4,000.00 telah dibelanjakan oleh pihak PIBG untuk membaikinya segera pada awal

Oktober, manakala sebanyak RM2000.00 digunakan untuk membaiki kerosakan tandas

dan pintu-pintu kelas pada minggu pertama dan kedua 2010.

Berdasarkan kepada situasi tersebut, saya mendapati bahawa budaya belajar dalam

kalangan murid-murid khususnya di bilik darjah hampir tidak berkesan langsung

khususnya bagi kelas pelajar sederhana dan lemah. Daripada dapatan tersebut satu

kertas cadangan telah dibuat dengan diberikan nama program transformasi sekolah.

Komponen utama dalam transformasi sekolah ialah membangunkan budaya disiplin

berasaskan pendekatan budaya penyayang dan tindakan disiplin semerta,

pembangunan program instruksional berasaskan kepimpinan instruksional dan program

pemulihan 3M serta pendekatan penyelesaian masalah secara kreatif dan inovasi,

termasuk penggunaan kajian tindakan.

Page 10: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

Hasilnya dalam masa empat bulan pertama, semua masalah kerosakan kemudahan

asas termasuk vandalisme telah dipulihkan. Pada masa yang sama aspek

pembangunan kesedaran dan budaya sahsiah diberi penekanan utama seperti konsep

amalkan 5 perkara sebelum tiba 1 perkara, program 3S 1L berkonsepkan budaya

penyayang di mana Pengetua dan guru-guru adalah sebagai ibu dan ayah dan pelajar

adalah anak mereka sewaktu di sekolah. Program budaya bilik darjah dan kelas 3M ini

telah mula menguba sikap dan budaya sekolah sehingga pada pertengahan tahun

2010, suasana sekolah menjadi lebih konsdusif dan pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan berkesan. Masalah disiplin menurun secara drastik dan sudah mula ramai ibu

bapa memohon untuk memasukkan anak-anak mereka ke SMKSAS. Mulai tahun

2011, pihak PPD Kuala Langat mula menghadkan permohonan untuk pertukaran

masuk pelajar ke SMKSAS dan ibubapa perlu mendapatkan persetujuan pengetua

terlebih dahulu untuk mengelakkan kepadatan pelajar dalam satu-satu kelas.

Page 11: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

Amalan kepimpinan instruksional Model SMKSAS(Hasil kajian tindakan)

SWOT (HOLISTIK) Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman

DASAR DAN ARAH TUJU Visi, Misi,Matlamat,

Objektif, SKT/KPI (P. Strat.)

AMALAN/PELAKSANAANKonsep, Pendekatan, Ciri KI:

Aktiviti/Program, Budaya, Pengurusandan Persekitaran

(Pengetua, Pentadbir, Guru & Pelajar)

IMPAK/PENCAPAIANPost-Mortem, Laporan

& Dokumentasi

AMALAN KEPIMPINAN

INSTRUKSIONAL

Berdasarkan kepada model di atas, proses perubahan dan pembangunan instruksional

di semua peringkat pelaksanaan adalah bermula dengan analisis SWOT, sebelum

dirangka arah tuju atau dirangka program transformasi atau dijana idea baru atau

dirangka pelan tindakan atau pendekatan. Proses pelaksanaan idea atau

program/aktiviti menggunakan pendekatan kajian tindakan. Pendekatan ini didapati

sangat sesuai dan dapat menyelesaikan masalah dengan baik kerana ia membolehkan

perubahan dan kajian semula terhadap sebarang tindakan itu secara berterusan. Ini

dapat mengatasi sebarang kelemahan dalam sesuatu jangka masa pelaksanaan yang

ditetapkan.

Melalui model SMKSAS ini juga, proses pelaksanaan sesuatu program instruksional itu

dibuat dalam satu bentuk pusingan atau kitaran berterusan. Sesuatu program atau

Page 12: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

sistem itu akan terus menerus dilakukan penambahbaikan melalui kitaran kedua, ketiga

dan seterusnya. Inilah yang menjadi faktor kenapa proses penambah baikan sekolah

atau peningkatan prestasi akademik itu dapat berlaku dalam tempoh masa yang singkat

dan mencapai lonjakan saujana (rujuk model di atas).

Kepentingan Model SMKSAS Ke Arah Transformasi Instruksional Berkesan

Antara elemen-elemen utama yang member kesan besar terhadap pembelajaran dan

budaya sekolah ini ialah;

i. Idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam menangani masalah

ii. Berasaskan nilai – teras profesional, etika kerja KPM, tonggak 12

iii. Membangunkan budaya profesionalisme: - Membangunkan model kepimpinan ikutan

- Meningkatkan penyatuan kepakaran - Mempertemukan persamaan fikiran/amalan - Mempertemukan matlamat ‘state holder’ - Kepimpinan yang jelas dan telus Proses Transformasi Sekolah

Doa/Niat/keinginan

Visi/Misi/SKT/KPI

Tunjuk teladan/terap dalam kerja harian

Bina pasukan dan kerjasama

Doa, usaha dan komitmen semua pihak

Page 13: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

Kenapa amalan kepimpinan instruksional mudah dilaksanakan ?

i. Pengetua adalah pemimpin kurikulum dan instruksional ii. Pengetua diberi mandat dan kuasa merencana kejayaan iii. Sekolah mempunyai sumber melaksanakan perancangan iv. Pengetua ada pengalaman luas dan peluang mencetus idea mengubah

sikap, nilai dan amalan guru yang ramai

Bagaimana Kepimpinan Instruksional model SMKSAS dilakasanakan ?

i. Penjanaan idea kreatif dan inovatif ii. Merentas bidang pengurusan iii. Gabung jalin dengan aktiviti/tugasan rutin iv. Membina tanggapan dan kepercayaan warga v. Penyerapan dan penerapan dalam budaya kerja

Instrumen pelaksanaan kepimpinan instruksional model SMKSAS

i. AnalisisSWOT ii. Sistem perancangan SKT/KPI iii. Sistem pengelolaan – tindakan & pimpinan iv. Sistem pengawalan/pemantauan v. Sistem penilaian/penambahbaikan vi. Sistem pelaporan/dokumentasi vii. Sistem penghargaan/kebajikan

Page 14: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

Transformasi Berasaskan Sistem Pembelajaran dan Pengajaran:

BENTANGKAN LADAP

RAKAM/VIDEO AKTIVITI

MODEL PENCERAPAN

MODEL LAT. & BUKU LATIHAN MURID

MODEL P&P, ‘LESSON STUDY’

TEORI DAN AMALI

MODEL PENULISAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

MODEL P & P :1.PER. MENGAJAR2.P & P BILIK DARJAH3.B. LATIHAN MURID4.PENCERAPAN P&P

SEDIAKAN SKT/KPI

RUJUK SUMBER KUASA

JELAS VISI, MISI & DASARRUJUKAN GURU

INPUT PROSES IMPAK 1 & 2

BUDAYA PROFESIONAL

MOTIVASI GURU

IKUTAN GURU

P & P BERJALAN BAIK

PENCERAPAN EFEKTIF

AMALAN ‘LESSON STUDY’

LATIHAN MURID BAIK

PERIKSA BUKU BERTULIS

BUDAYA B. DAR. BAIK

TINDAKAN KERJA BAIK

Transfromasi Berasaskan Nilai-nilai Professionalisme Pihak Pentadbir, Guru dan Staf:

PROFESIONAL:1. PENTADBIR2. GURU3. STAF LAIN

ORIENTASI ARAH TUJU

ANALISIS SWOT

KAJIAN KEPERLUANGURU MODEL

INPUT PROSES IMPAK 1 & 2

RANGKA SISTEM & BUDAYA KERJA

KETELADAN & BIM. INSTRUKSIONAL

UTAMA TUGAS

ETIKA DAN PERATURAN

PERANCANGAN SISTEMATIK

SUMBER KUASA

KOMITMENKERJASAMA

POSITIF & PRO AKTIF

KREATIF & INOVATIF

KUALITI KERJA

AMANAH/INTEGRITI

TERIMA PERUBAHAN

UKHWAH & MESRA

KEPUASAN KERJA

PENINGKATAN ILMU

TANGGUNGJAWAB

Page 15: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

Transformasi Berasaskan Pelaksanaan Program-program Kurikulum:

PROGRAM:1.KURIKULUM2.PEMB.PELAJAR3.SOKONG KHAS

TETAPKAN ARAH TUJU

ANALISIS SWOT

KAJIAN KEPERLUANSKT/KPI (GURU & PELAJAR)

INPUT PROSES IMPAK 1 & 2

JAWATANKUASA & FUNGSI

PERANCANGAN

MOTIVASI B. IBUNDA

PELAKSANAAN

KEPEMINPINAN

PENILAIAN

PERAN. STRATEGIK

HARI PERUBAHAN

BICARA AKADEMIK

KAJIAN TINDAKAN

NOTA PETA MINDA

BUDAYA 3S 1L(MESRA)

HARI GRADUASI

KELAS PECUTAN AWAL & AKHIR

PEMBELAJARAN KENDIRI

PELAPORAN & DOKUMENTASI

BUDAYA NILAI & BELAJAR

Berasaskan Pencapaian Pelajar UPSR rendah, 80 % SJK(C)/(T) dan 35 %-

BM:

Page 16: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

PENGHARGAAN

RANGKA STRATEGI

SET NILAI BARU

KAUNSELING

PELAJAR:1.UPSR RENDAH2.80% SJK(C)/(T)3.35% MASALAH

BM

INPUT PROSES IMPAK 1 & 2

ORIENTASI ARAH TUJU

ANALISIS SWOT

KAJIAN KEPERLUAN

TERAP NILAI BARU

MOTIVASI & CONTOH

HARGA DIRI

PEMBELAJARAN KENDIRI

SIFAR PONTENG

CATATAN KENDIRI

LATIHAN BANYAK

TERIMA KASIH BANYAK

SIMPAN SUARA

POST-MORTEM KENDIRI

YA-BASMILAH(AKU STAR)

JAYAKAN MBMMBI

5 TERAS NILAI KENDIRI

SAYA ANAK GURU

MODEL PELAJAR

Berasaskan Input Fizikal dan ICT/Media Baru:

NILAI TAMBAH

PENAMBAHBAIKAN

PEMANTAUAN

PENGGUNAAN

PENJAGAAN

BAIKPULIH

ORIENTASI ARAH TUJU

KAJIAN KEPERLUAN

ANALISIS SWOT

FIZIKAL & ICT:1.PONDOK, KANTIN,SS,ICT,KOMPUTER

2.PERSEKITARANSELESA

INPUT PROSES IMPAK 1 & 2

SELESA DIGUNAKAN

BERSIH DAN NYAMAN

BERKEADAAN BAIK

BERINFORMASI

PELBAGAI GUNA

TERJAGA DAN BERGUNA

MEMBANTU P & P

CERIA DAN TENTERAM

MENGGALAK KREATIVITI

MENGGALAK INOVASI

MENGGALAK MOTIVASI

MUDAH AKSES/CAPAI

Page 17: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

RUMUSAN

BIL. AMALAN KREATIVITI DAN INOVASI di SMKSAS PENCAPAIAN KPI/ IMPAK

1. Doa hati ayah/guru (dimulakan tahun 2010) Perubahan sikap dan budaya hormat serta nilai-nilai murni yang ketara.

2. Kelas intervensi kemahiran asas 3M dan pengukuhan 3M model SMKSAS (tahun 2010, 2011 dan 2012)

Semua pelajar tidak kuasai 3M telah boleh kuasai 3M dan dijadikan contoh JPNS

3. Budaya kajian tindakan guru dan pelajar (2010,2011 dan mulai 2012 semua guru dan pelajar)

Dibentang peringkat kebangsaan (IAB)

4. Sistem sekolah sesi ke 3 (11.30 pg – 1.20 ptg, bagi pelajar sesi petang datang awal). Dimulakan tahun 2011.

Dibentangkan peringkat kebangsaan(IAB) dan tanda aras SM Daerah Klang

5. Budaya 3S 1L dan sekolah penyayang (dimulakan tahun 2010, 2011 dan dimantapkan 2012)

Pencalonan amalan terbaik pemimpin sekolah JPNS

6. Ilmu cahaya fajar (kelas 7.00 pg – 7.40 pg). Bermula pada tahun 2011 hingga kini

Nilai & budaya ilmu serta menggerakkan budaya belajar yang unggul.

7. Kelas pecutan awal (Jan – P. Percubaan, dimulakan tahun 2011 hingga kini)

Lonjakan PMR/SPM

8. Kelas pecutan akhir ( lepas percubaan – PMR/SPM, dimulakan tahun 2011 hingga kini)

Lonjakan PMR/SPM

9. Pusat pembelajaran umum (kantin dinaiktaraf dan ditukar fungsi untuk aktiviti pembelajaran dan relief). Mulakan tahun 2011 dan dilengkapkan 2012.

Menjadi tanda aras sekolah luar yang membuat lawatan.

10. Open library (perpustakaan terbuka atau anjung

bestari) terletak di dalam pusat pembelajaran umum (PPU). Dimulakan tahun 2011.

Menarik perhatian pelajar untuk menggunakan dengan lebih terbuka dan santai.

11. Relief berpusat ( di PPU, 1 guru 2/3/4 kelas). Dimulakan tahun 2012

Sifar kelas tanpa guru dan pembelajaran menyeronokan.

12. Program guru muda (membantu guru relief untuk mengelolakan aktiviti P & P mengikut tugasan yang diberikan oleh guru. Dimulakan tahun 2012

Rancangan pengajaran guru tidak tertinggal.

13. Hari instruksional (dimulakan tahun 2012), berasaskan pelaksanaan dan pelancaran aktiviti kurikulum seperti pencerapan, pengajaran lesson study, pemeriksaan buku latihan, budaya bilik darjah, pedagogi model

Peningkatan kualiti instruksional, motivasi guru, budaya dokumentasi video / you tube (media baru)

Page 18: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

kognitif dan aktiviti LADAP berkaitan instruksional.

14. Pedagogi model kognitif dan pendekatan pengajaran berasaskan kaedah ‘lesson study’ untuk semua guru dan semua mata pelajaran (dimulakan tahun 2011)

Meningkatkan kualiti P&P dan minat pelajar untuk mengikuti pengajaran guru khususnya bagi pelajar lemah.

15 Guru Model – wujud hasil daripada pembangunan sistem dan pendekatan inovasi dalam amalan kepimpinan instruksional (bermula tahun 2010)

SKT/KPI tercapai seperti yang ditetapkan dan wujudnya budaya P&P yang berkualiti.

16. Program budaya bilik darjah (displin dan belajar). Dimulakan tahun 2010

P&P guru dapat dijalankan dengan berkesan kerana tiada gangguan disiplin

17. Program motivasi bahasa ibunda (kerohanian). Dimulakan tahun 2010.

Pembangunan kecemerlangan sahsiah yang cepat.

19. Hari perubahan diri – konsep kesedaran kepentingan menambahbaik diri dan sikap, menggunakan instrumen catatan harian (borang semak nilai kendiri). Dimulakan tahun 2010

Pelajar mempunyai gagasan yang jelas dan dapat menilai tahap SKT/KPI kendiri

20. Progaram jaminan kualiti (guru dan pelajar) melalui

penyediaan SKT/KPI secara konstruktif dan menyeluruh. Dimulakan tahun 2011

Peningkatan kualiti dan pengurusan kerja serta pencapaian SKT

21. Hari graduasi SPM – terima slip SPM secara formal pakai jubah akademik. Dimulakan tahun 2011 dan tahun 2012.

Membentuk minat dan motivasi kepada pelajar lain

22. Nota ulangkaji peta minda (dimulakan tahun 2012) Kaedah ulangkaji efektif dan cepat. Pelajar dapat mengingat pelajar dengan lebih baik.

23. Program perancangan strategik akademik (dimulakan tahun 2010 hingga kini)

Pelaksanaan aktiviti akademik dapat dijalankan secara sistematik dan mengikut takwim.

24. Konsep 5 teras nilai-nilai kendiri utama. Program ini melatih pelajar berkongsi visi dan misi sekolah khususnya berkaitan disiplin yang sangat memberi kesan kepada program akademik. Dimulakan tahun 2010 hingga kini

Pencapaian sifar salahlaku 5 disiplin utama(bergaduh, melawan guru, mencuri, merokok dan merosak harta benda sekolah).

25. Post-mortem kendiri ( guru dan pelajar) – dibuat setiap kali lepas ujian dan peperiksaan dalaman dengan penglibatan Pengetua, PK akademik dan kaunselor (dengan merujuk kepada SKT/KPI). Dimulakan tahun 2011

Pelajar menyiapkan sendiri analisis dan post-mortem ujian / peperiksaan dalaman

Page 19: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

26. Catatan kendiri (dibuat secara harian berhubung dengan aspek disiplin, latihan/kerja rumah, NILAM dan budaya belajar bilik darjah (guna format khas). Dimulaka tahun 2012

Pelajar lebih bertanggungjawab dan tahu tugas atau peranan mereka.

27. Latihan banyak dan latihan kendiri. Pelajar telah

menetapkan perancangan dan target latihan yang hendak dibuat setiap minggu dengan bimbingan. Dimulakan tahun 2011 dan 2012

Meningkatkan bilangan latihan yang dibuat oleh pelajar selain daripada yang diberikan oleh guru.

28. Sifar ponteng. Setiap pelajar membuat rekod kehadiran mereka setiap hadir dalam buku catatan kendiri dan menentukan ia memberi surat penjelasan atau surat doktor apabila tidak hadir bersebab. Dimulakan tahun 2012

Membentuk nilai tanggungjawab untuk hadir sekolah dan mengemukakan surat pengesahan apabila tidak hadir.

29. Amalan ‘simpan suara’, iatu bercakap dengan perlahan semasa dalam kelas atau semasa mengikuti sesuatu majlis rasmi melalui konsep ‘simpan suara’. Dimulakan tahun 2010

Berjaya menjadikan bilik darjah terkawal dan senyap dan ini membolehkan P&P dijalankan dengan berkesan.

30. Konsep Pengetua/guru dan pelajar adalah ibu bapa – anak di dalam kawasan sekolah.Menjadikan persekitaran sosial sekolah kondusif dan mesra. Dimulakan tahun 2010

Berjaya mewujudkan konsep kekeluargaan dan budaya penyayang.

31. Konsep terima kasih banyak-banyak Cikgu. Pelajar bukan sahaja mengamalkan budaya memberi ucapan terima kasih apabila guru hendak meninggalkan kelas, tetapi perlu ditambah dengan perkataan ‘banyak’(mulai tahun 2012)

Semua pelajar telah mengamalkan termasuk semasa di luar kelas. Kesannya komitmen dan motivasi guru meningkat.

32.. Program YA – BASMILAH. Satu konsep di mana jika pelajar itu boleh membaca, menulis, memahami dan membuat latihan yang mencukupi atau banyak. Pelajar itu mesti boleh lulus termasuk pelajar sederhana atau lemah.

Pelajar bermotivasi dan bersemangat untuk melakukan yang terbaik kerana telah memahami bahawa tiada sebab mengapa mereka gagal.

CABARAN

Page 20: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

Cabaran utama ialah tanggapan bahawa aktiviti p & p adalah sesuatu yang

menjadi perkara lazim atau ‘routine’ maka tiada inovasi yang perlu berlaku.

Namun begitu dengan pembinaan budaya kerja positif dan usaha membina

budaya kerja berkualiti, pemikiran itu dapat dibendung.

Cabaran kedua merubah paradigma guru-guru untuk meyakini bahawa setiap

murid boleh diajar. Inilah halangan perubahan dan inovasi dalam instruksional

yang besar. Saya menegaskan bahawa kita hendaklah melihat bahawa masalah

tersebut adalah satu anugerah berbentuk cabaran dan kita perlu mencari idea

atau usaha bagaimana menukarkan masalah kepada peluang. Pemimpin

sekolah atau guru-guru perlu harus ingat bahawa kita mempunyai kuasa ikhtisas

dan profesional. Hasilnya ,program kelas pemulihan atau intervensi SMKSAS

telah diangkat menjadi program Jabatan Pelajaran Negeri Selangor pada tahun

2012. Pada tahun 2012 ini, SMKSAS telah bebas sepenuhnya dari masalah

pelajar tidak menguasai 3M.

KESIMPULAN

Amalan kepimpinan instruksional yang dilaksanakan di SMK Sultan Abdul

Samad Banting telah menjadi pemangkin kepada transformasi sekolah dari segi

pencapaian akademik. Sekolah ini telah berada dalam band 6 pada tahun 2010

telah melalui pelbagai proses transformasi dalam setiap aspek dari pentadbiran

sehinggalah ke bilik darjah. Hasil dari pelbagai program yang kreatif dan inovatif

telah melionjakkan sekolah ini ke band 5 pada tahun 2011.

RUJUKAN

Page 21: Amalan Kepimpinan Instruksional- Samsudin Said

Ahmad Atory Hussien, Pengurusan Organisasi, Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1996

Ee Ah Meng, Bimbingan dan Kaunseling Jilid 2, Penerbit Fajar Bakti,

KualaLumpur, 1998

Ibrahim Mamat, Kepimpinan Sekolah: Teori dan Praktis, Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur, 1996

Leith, K.A, The move toward transformational leadership, Educational

Leadership, 1992 Mumtaz Begum Abdul Kadir, Kualiti Dalam Pengurusan Sumber Manusia

Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.