amalan pengurusan dan penyelenggaraan bengkel dalam
TRANSCRIPT
AMALAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BENGKEL
DALAM KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
DI 12 BUAH SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PERLIS
ZAINOL BIN ABDUN @ MOHAMED
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
AMALAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BENGKEL
DALAM KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
DI 12 BUAH SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PERLIS
ZAINOL BIN ABDUN @ MOHAMED
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
v
DEDIKASI
بسم اهللا الرحمن الرحيم
Buat arwah abah dan ibu yang telah ke rahmatullah semoga Allah mencucuri
rahmat ke atas rohnya.
Untuk Baba dan Mama Mertua,
Tuan Haji Abdul Hamid Bin Haji Abdul Rahman
Puan Hjh. Puteh Binti Abdul Rahman
Serta
Isteriku Yang Tersayang ... ’Awatif Binti Haji Abdul Hamid
Anakanda Tersayang ... ’Alia Zhafira Binti Zainol
Ahli-ahli keluarga yang tercinta
Iringan Doa Restu Serta Segala Pengorbanan Dari Kalian Semua Adalah
Merupakan Azimat Utama Dalam Mengharungi Cabaran di Sepanjang Pengajian ini.
Semoga Apa Yang Dilakukan Akan DiRahmati Allah Hendaknya.
vi
PENGHARGAAN
بسم اهللا الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah
kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini bagi
memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi
kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih
juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat
dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan
ikhlas ini kepada penyelia, Dr. Yusof Bin Boon atas bimbingan dan nasihat yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak
pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Pengetua dan Guru-Guru Kemahiran Hidup
Bersepadu di sekolah-sekolah menengah negeri Perlis yang terlibat dalam
penyelidikan ini juga amat dihargai. Tidak lupa juga kepada individu yang terlibat
sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.
Akhir sekali buat ayahbonda mertua, isteri, anakanda dan keluarga serta
rakan-rakan tersayang, segala doa restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga
usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan dapat dimanfaatkan. Sekian, terima
kasih.
vii
ABSTRAK
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah mata pelajaran
berbentuk pra-vokasional yang dijalankan secara teori dan amali. Kerja-kerja amali
dijalankan di dalam bengkel yang telah disediakan di sekolah. Bengkel perlu sentiasa
kemas, teratur dan selesa agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan sempurna. Pengurusan bengkel seringkali menimbulkan masalah kepada
guru-guru KHB di sekolah. Seramai 63 orang responden yang mewakili keseluruhan
populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu
set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A, melibatkan latar
belakang responden dan bahagian B, melibatkan maklum balas responden terhadap
aspek yang dikaji. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dalam kajian rintis,
dan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.951. Analisis kajian dibuat
berdasarkan frekuensi, peratusan dan min serta data diproses dengan menggunakan
perisian SPSS (Statistical Package For Social Sciense) versi 15.0. Hasil dapatan
kajian daripada responden, mendapati nilai purata min terhadap kelima-lima
persoalan kajian adalah tinggi. Dapatan kajian mendapati guru-guru berkenaan
menghadapi pelbagai kekangan dan masalah dalam menguruskan bengkel seperti
beban tugas yang terlalu banyak, kesuntukan masa untuk mengurus dan
menyelenggara bengkel dan ketiadaan pembantu bengkel. Dapatan kajian ini amat
berguna dan berfaedah kepada guru-guru, sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengubah dan mengemaskini kepincangan
yang terdapat dalam pengurusan mata pelajaran KHB khususnya pengurusan sumber
manusia dan pengurusan bengkel KHB.
viii
ABSTRACT
Living Skills is a pre-vocational subject which conducted throuh theory and
practical. Practical activities are carried out in the school workshop. The workshop
must always be kept clean, tidy and comfortable so that the learning process will be
effective. Sometimes Living Skills teachers faced difficulties in managing and
maintaining the workshop. Respondents consist of 63 represent the population are
involved in this research. The instrument that is used for this study is a set of
questinaire is divided into two parts where the first part concern abaout respondent’
background, where as the second part focusing on respondents’ view to the research
aspect. Pilot test is used to ensure the reliability of the test, and the Alpha Cronbach
value for the test is 0.951. Analysis for the research is based in frequency,
percentage, and average. SPSS (Statistical Package For Social Sciense) software
version 15.0. I also used to processthe data collected. The result of the study shows
from the respondents to all five aspects that being studied with average for five
aspects shows a high value. The result showed that the Living Skills teachers are
currently facing some problems such as no workshop assistance, work overload and
insufficient time in managing and maintaining the workshop. The finding of the
research are beneficial for teachers, school, State Education Department and Ministry
of Educations so that they can improve the managing system in Living Skills.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI SIMBOL xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 8
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Terminologi 12
1.8.1 Kemahiran Hidup Bersepadu 13
1.8.2 Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 13
x
1.8.3 Guru Kemahiran Hidup Bersepadu 13
1.8.4 Pengurusan 14
1.8.5 Organisasi 14
1.8.6 Penyelenggaraan 14
1.8.7 Pengurusan Bengkel 14
1.8.8 Organisasi Bengkel atau Makmal 15
1.8.9 Sistem Menyimpan Alatan 15
1.8.10 Aset 15
1.8.11 Perolehan 15
1.8.12 Pembelian 16
1.8.13 Inventori 16
1.8.14 Pelupusan 16
1.9 Penutup 17
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu 18
2.2.1 Perubahan Dalam Edisi Penyemakan
Sukatan Pelajaran 19
2.2.2 Matlamat Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu 19
2.2.3 Kemahiran Teknologi, Kecenderungan
Mereka Cipta Dan Semangat
Keusahawanan 19
2.2.4 Perubahan Kandungan Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu 20
2.2.5 Organisasi Kandungan 21
2.3 Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 23
2.4 Organisasi dan Keselamatan Di Bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu 25
2.5 Pengurusan Alatan dan Bahan Di Bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu 29
xi
2.6 Masalah Guru Dalam Menguruskan Bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu 29
2.7 Analisa Peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah 30
2.8 Penutup 30
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 31
3.2 Prosedur Kajian 31
3.3 Reka Bentuk Kajian 32
3.4 Tempat Kajian 33
3.5 Populasi Kajian 34
3.6 Instrumen Kajian 34
3.7 Kajian Rintis 37
3.8 Analisis Data 39
3.9 Penutup 41
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Bahagian A : Analisa Latar Belakang Responden 42
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kelulusan
Akademik 43
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bidang
Pengkhususan 44
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempoh
Pengalaman Mengajar 44
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kursus-
Kursus Asas Pengurusan Dalam Kemahiran
Hidup Bersepadu Yang Pernah Dihadiri 45
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Jadual Waktu
Dalam Seminggu 46
xii
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Tugas-Tugas
Lain Yang Dijalankan 48
4.3 Bahagian B : Analisa Setiap Item Mengikut
Persoalan Kajian 49
4.3.1 Persoalan Kajian I 50
4.3.2 Persoalan Kajian II 53
4.3.3 Persoalan Kajian III 55
4.3.4 Persoalan Kajian IV 57
4.3.5 Persoalan Kajian V 60
4.4 Analisa Purata Min Keseluruhan Bagi Setiap
Persoalan Kajian 63
4.5 Penutup 64
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan Kajian 65
5.2.1 Bahagian A : Perbincangan Latar
Belakang Responden 66
5.2.2 Bahagian B : Perbincangan Lima
Persoalan Kajian 67
5.2.2.1 Pengetahuan Pengurusan
Organisasi dan Keselamatan
Bengkel KHB 67
5.2.2.2 Amalan Pengurusan Organisasi
dan Keselamatan Bengkel KHB 69
5.2.2.3 Pengetahuan Pengurusan dan
Penyelenggaraan Alatan dan
Bahan Di Bengkel KHB 70
5.2.2.4 Amalan Pengurusan dan
Penyelenggaran Alatan dan
Bahan Di Bengkel KHB 71
xiii
5.2.2.5 Masalah Guru KHB Dalam
Pengurusan dan Penyelenggaraan
Bengkel KHB 72
5.3 Rumusan 74
5.4 Cadangan 75
5.4.1 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 75
5.4.1.1 Jabatan Pelajaran Negeri Perlis 76
5.4.1.2 Pihak Pentadbiran Sekolah 78
5.4.1.3 Guru 78
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.5 Penutup 80
RUJUKAN 81 - 84
LAMPIRAN A – I 85 - 138
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Senarai Sekolah-Sekolah dan Populasi 34
3.2 Taburan Item Soalan Mengikut Persoalan
Kajian
36
3.3 Lima Nilai Skor Dengan Menggunakan Skala
Likert Bagi Mengukur Tahap Persetujuan
Responden
37
3.4 Pekali Alpha Cronbach 38
3.5 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik Mengikut
Persoalan Kajian
39
3.6 Pemeringkatan Skala Likert 41
3.7 Markat Skala Likert Tiga Mata 41
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.2 Taburan Responden Mengikut Kelulusan
Akademik
43
4.3 Taburan Responden Mengikut Bidang
Pengkhususan
44
4.4
Taburan Responden Mengikut Tempoh
Pengalaman Mengajar
45
4.5 Taburan Responden Mengikut Kursus-Kursus
Asas Pengurusan Dalam Kemahiran Hidup
Bersepadu Yang Pernah Dihadiri
45
4.6 Taburan Responden Mengikut Jadual Waktu
Mengajar Dalam Seminggu
47
4.7 Taburan Responden Mengikut Tugas-Tugas
Lain Yang Dijalankan
48
xv
4.8 Taburan Responden Mengikut Pengetahuan
Pengurusan Organisasi dan Keselamatan
Bengkel KHB
51
4.9 Taburan Responden Mengikut Amalan
Pengurusan Organisasi dan Keselamatan
Bengkel KHB
54
4.10 Taburan Responden Mengikut Pengetahuan
Pengurusan dan Penyelenggaraan Alatan dan
Bahan Di Bengkel
58
4.11 Taburan Responden Mengikut Amalan
Pengurusan dan Penyelenggaraan Alatan dan
Bahan Di Bengkel
60
4.12 Taburan Responden Mengikut Masalah Guru
Dalam Pengurusan dan Penyelenggaraan Alatan
dan Bahan Di Bengkel
61
4.13 Analisa Purata Min Keseluruhan Bagi Setiap
Persoalan Kajian
63
xvi
SENARAI SINGKATAN
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PMR - Peperiksaan Menengah Rendah
SPSS - Statistical Package for Sosial Science
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KH - Kemahiran Hidup
KMT - Kemahiran Manipultif Tambahan
KT - Kemahiran Teknikal
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
PTN - Pertanian
PK - Perdagangan dan Keusahawanan
RBT - Reka Bentuk dan Teknologi
RC - Reka Cipta Nafam - Pengurusan dan Penyelenggaraan Aset dan Fasiliti
Negara
xvii
SENARAI SIMBOL
N - Jumlah
ƒ - Frekuensi
% - Peratus
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 85
B Surat Akuan Pelajar 93
C Surat Kebenaran dari Kementerian
Pelajaran Malaysia, Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(EPRD)
94
D Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran
Negeri Perlis
95
E Senarai Nama Guru KHB Negeri Perlis 96
F Surat Kursus Pengurusan Bengkel Dan
Stok KHB
99
G Surat Bengkel Pengurusan Stok Baru dan
Pertandingan Bengkel KHB
100
H Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/1998 :
Alternatif Meringankan Beban Tugas Guru
Kemahiran Hidup Sekolah Menengah
101
I Analisis Kebolehpercayaan Alpha
Cronbach (Kajian Rintis)
109
J Analisa Bahagian A dan Bahagian B 123
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan satu elemen penting bagi menentukan hala tuju dan
corak masa hadapan sesebuah negara. Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun
yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020 (hasrat menjadi sebuah negara maju
mengikut acuan sendiri). Sehubungan dengan itu, Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 (Rancangan Malaysia Ke-9) yang telah
disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad
Badawi pada 16 Januari 2007 telah menggariskan salah satu agenda penting kerajaan
adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam
membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan
beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan
berkemahiran.
Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama berikuti :
i. Akses kepada pendidikan
ii. Ekuiti dalam pendidikan
iii. Kualiti dalam pendidikan
iv. Kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan
Berdasarkan teras utama ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang dan
melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat
pendidikan. Antaranya :
i. Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan
yang
seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
ii. Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar.
iii. Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat.
iv. Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf
dunia.
v. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
vi. Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa
(Sumber Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, 2007)
Di Malaysia, sejak 1970-an lagi telah terdapat beberapa pembaharuan dalam
kurikulum. Di antaranya ialah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR, 1983) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, 1989). Pembaharuan kurikulum
ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi yang
menyeluruh dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Dalam setiap sistem pendidikan, perubahan yang dimulakan itu perlu
memberi kesan positif. Tetapi ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kebanyakan
penyelidikan yang dilakukan dalam tahun 1960-an dan 1970-an menunjukkan
bahawa kegagalan dan perkembangan, penyerapan, pengedaran dan pelaksanaan
kurikulum baru adalah satu amalan yang biasa (Ramlah, 1992). Sistem pendidikan
sentiasa mengalami banyak perubahan. Inovasi diperkenalkan untuk menyelesaikan
masalah dan untuk memperbaiki amalan semasa serta mempertingkatkan kualiti
pendidikan di sekolah. Di Malaysia, pengenalan dan pelaksanaan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) 1987 merupakan dua inovasi utama di dalam pendidikan negara.
Perubahan-perubahan ini mempunyai pelbagai masalah baik dari segi penyebaran,
pembangunan dan proses pelaksanaannya (Zaidatul,1990). Ini berpunca daripada
proses pelaksanaan sesuatu inovasi yang melibatkan satu perubahan di dalam amalan
semasa.
Sesuatu pelaksanaan akan menjadi lebih rumit apabila sesuatu aspek inovasi
ditafsir secara berbeza-beza oleh pelbagai pihak yang melaksanakannya. Di dalam
bilik darjah, guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini kepada murid-murid. Mereka ini bertanggungjawab untuk
memperkenalkan inovasi dan kurikulum di sekolah. Untuk menjayakan sesuatu
inovasi dalam kurikulum, guru-guru ini seharusnya diberi pendedahan mengenai
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru untuk memenuhi kehendak inovasi
tersebut.
Kualiti guru-guru bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan dan
kemahiran mereka sendiri tetapi juga bergantung kepada darjah motivasi mereka
untuk menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut secara berkesan
(Sharifah, 1990). Untuk menguasai tahap kecekapan yang lebih tinggi mereka perlu
menjalani proses menambah, mendalami dan memahami dunia keguruan serta
menguasai pelbagai kemahiran melalui latihan-latihan yang dibentuk oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan berlakunya perubahan di dalam
masyarakat pada amnya dan bidang pendidikan khususnya, guru-guru perlu
mengemaskinikan tahap profesionalisme secara berterusan menerusi kursus-kursus
dalam perkhidmatan. Dengan cara ini guru-guru yang terlatih dapat bersaing seiring
dengan perubahan yang pesat dalam bidang pendidikan dan pembangunan. Mereka
akan merasa bahawa mereka dapat memberi sumbangan yang bermakna terhadap
matlamat pendidikan negara dengan menyumbangkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran kepada murid-murid di sekolah.
Rancangan KBSM merupakan satu langkah ke arah meningkatkan lagi mutu
pendidikan dengan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya ialah untuk melahirkan rakyat yang
dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara (Jaafar,
1995). Untuk melaksanakan rancangan tersebut, kurikulum KBSM diubah mengikut
kehendak negara. Antara pembaharuan-pembaharuan itu ialah pelaksanaan mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Mata pelajaran ini telah menggantikan
beberapa mata pelajaran elektif lain seperti Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Sains
Rumah Tangga dan Perdagangan.
Pada tahun 1989 mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan
sebagai menggantikan elektif seperti mata pelajaran Sains Pertanian, Seni
Perusahaan, Sains Rumah Tangga dan Perdagangan. Di dalam pendidikan
komprehensif yang diamalkan sejak tahun 1965 hingga sekarang, murid-murid hanya
perlu memilih salah satu daripada empat mata pelajaran elektif di peringkat sekolah
menengah rendah. Selain nama mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, elektif
atau pilihannya turut ditukar iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan A (Seni
Perusahaan), Pilihan B (Perdagangan), Pilihan C (Ekonomi Rumah Tangga) dan
Pilihan D (Pertanian).
Pada tahun 1992, perubahan sekali lagi dilakukan bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu yang menjadikan hanya tiga elektif sahaja iaitu Pilihan
1 Kemahiran Manipulatif Tambahan, Pilihan 2 Ekonomi Rumah Tangga dan Pilihan
3 Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.
Seiring perkembangan semasa, pada tahun 2004, perubahan dilakukan lagi
bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di mana tiga elektif yang sedia ada
ditambah kembali menjadi empat elektif, di samping penukaran nama Pilihan 1
Kemahiran Manipulatif Tambahan kepada Kemahiran Teknikal, Pilihan 2 Ekonomi
Rumah Tangga dan Pilihan 3 Pertanian dan Pilihan 4 Perdagangan dan
Keusahawanan.
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran tahun 2004, Kemahiran Hidup
Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali berunsurkan teknologi. Ia
ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Ia dirancang
sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti
negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif.
Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang
berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama
dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang
sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang
sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi
komunikasi maklumat.
Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan
semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan
warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran
kehidupan masa kini dan masa akan datang.
Perubahan yang dilakukan dalam edisi penyemakan pada tahun 2004 ini,
tidak merubahkan matlamat terdahulu dan kebanyakan objektif mata pelajaran
dikekalkan iaitu untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan
ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang
sentiasa berubah untuk kehidupan seharian.
Kurikulum ini masih mempunyai hala tuju ke arah memperkembangkan
kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan
semangat keusahawanan. Kemahiran asas sedemikian dapat digunakan sepenuhnya
untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani
kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan
sentiasa berubah.
Murid digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara
bijak, kreatif dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif da budaya kerja yang baik
diterapkan semasa murid menjalankan aktiviti amali demi meneruskan konsep
kesepaduan dalam mata pelajaran.
Perubahan dari segi kandungan memperlihatkan beberapa tajuk Kemahiran
Hidup Bersepadu disusun semula, digugurkan atau ditambah, dengan hasrat untuk
mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskinikan
kandungannya.
Dalam Kemahiran Hidup Bersepadu tumpuan diberi terhadap pembelajaran
melalui pengalaman. Mata pelajaran ini harus dikendalikan secara tidak langsung
semasa mengendalikan aktiviti amali yang menggabungjalinkan antara teori dan
amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah dan pelbagai disiplin dan tajuk harus
dititikberatkan. Sehubungan ini, dalam Kemahiran Hidup Bersepadu, pembelajaran
perniagaan dan keusahawanan perlu digabungjalinkan dengan pembelajaran reka
bentuk dan teknologi serta lain-lain bidang pilihan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu yang berbentuk amali, penggunaan bengkel dan bilik-bilik khas amat
diperlukan. Selain daripada itu, bengkel juga digunakan untuk menyimpan dan
menempatkan alatan tangan dan mesin serta bahan-bahan. Kesemua peralatan dan
bahan tersebut perlu disusun dan diselenggara dengan baik. Penyelenggaraan adalah
satu proses yang perlu dilakukan terhadap peralatan dan mesin bagi menentukan
jangka hayatnya selain daripada selamat digunakan (Yahya, 1989).
Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan
kelancaran perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk
mendapatkan suasana dan keadaan bengkel yang rapi,ceria dan harmonis, masa yang
lama diperlukan. Keadaan ini akan menyebabkan beban guru kemahiran Kemahiran
Hidup Bersepadu bertambah. Di samping itu juga, pengurusan bengkel merupakan
satu bidang yang perlu ditekankan kerana aktiviti-aktiviti pengurusan boleh
mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada perlaksanaan program dan
pengguna.
Di sekolah menengah, pengurusan bengkel dilakukan oleh guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pengurusan bengkel
dijalankan di samping tugas utama mereka iaitu mengajar. Guru juga perlu
menjalankan tugas-tugas lain selain daripada mengajar dan menguruskan bengkel.
Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang
meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas (seperti pendawaian,
pengudaraan dan perpaipan), penyusunan ruang untuk peralatan utama, penyusunan
perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan penggunaan
warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan alatan
dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancangan-
pembelian alat, pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan; kaedah
penyusunan dan penyimpanan alat; dan kawalan alatan). Tugas-tugas ini dijalankan
secara khusus sebagai satu profesion lain. Pengurusan bengkel memerlukan guru-
guru yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya
kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Guru Kemahiran Hidup Bersepadu menghadapi dan menangani berbagai
masalah dalam perlaksanaan program Kemahiran Hidup Bersepadu ini. Perkara ini
diakui oleh Wan Zahid (1990). Di antara masalah yang dihadapi ialah kekurangan
bilik darjah dan peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Tanggungjawab guru Kemahiran Hidup Bersepadu bukan setakat
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga melibatkan
tanggungjawab guru dalam pengendalian bengkel bagi memastikan prestasi pelajar-
pelajar meningkat serta cemerlang selaras dengan kehendak kerajaan menjadikan
Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.
Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelenggaraan Aset dan Fasiliti
Negara (Nafam) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi pada 14 Ogos 2007 disifatkan bahawa kerajaan memandang serius
ke arah usaha mengurangkan kos penyelenggaraan harta awam yang seterusnya akan
menentukan standard bagi pengurusan dan penyelenggaraan aset negara. Sepatutnya
wang yang dibazirkan dapat dijimatkan untuk pelbagai projek lain bagi manfaat
rakyat. Pelbagai usaha dan tindakan daripada pelbagai pihak perlu disepadukan bagi
menanganinya. Adalah diharapkan penubuhan jawatankuasa berkenaan akan dapat
membawa perubahan sikap dan minda rakyat untuk sama-sama memainkan
tanggungjawab memelihara aset negara.
Berdasarkan kepada tujuan penubuhan jawatankuasa berkenaan, semua pihak
yang terlibat dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-
sekolah perlulah mengambil iktibar dan panduan bagi memastikan pengurusan
bengkel dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya walaupun tidak melibatkan kos
penyelenggaraan yang besar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sekolah-sekolah yang dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-6 dan Ke-7 telah
disediakan dengan bilik-bilik dan bengkel-bengkel mengikut keperluan mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak
RM60.3 juta untuk menyediakan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu (Kerajaan
Malaysia, 1991).
Peruntukan yang besar ini seharusnya diguna, diselenggara dan dijaga dengan
cara maksimum supaya peruntukan tidak menjadi satu pembaziran. Ketiadaan
kakitangan yang khusus (Pembantu Bengkel atau Makmal) dalam bidang
pengurusan bengkel boleh menyebabkan pengurusan bengkel tidak sempurna dan
tidak terurus. Kita tidak menafikan guru-guru di bengkel yang bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas-tugas ini, iaitu menjalankan tugas pengurusan bengkel ini
dan mentadbir dengan penuh dedikasi, akan tetapi adalah dikhuatiri mereka ini
menjalankan tugas-tugas pengurusan dan mentadbir bengkel dengan kemampuan
yang minimum.
Guru Kemahiran Hidup Bersepadu tidak mempunyai kemampuan yang
maksimum untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut kerana sehingga
kini tiada kursus yang khusus untuk tujuan ini dilakukan. Proses penyelenggaraan di
bengkel perlu dilakukan oleh orang yang mahir dalam bidang tersebut, kerana
penyelenggaraan adalah segala bentuk aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk
memastikan peralatan, mesin, bahan dan bangunan itu sentiasa berada dalam keadaan
yang boleh digunakan dengan baik dan berkesan serta selamat (Yahya, 1989).
Pengurusan bengkel ini bukan sahaja melibatkan masa pengajaran dan
pembelajaran, bahkan tenaga pelajar-pelajar. Bebanan tugas ini sedikit-sebanyak
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya menimbulkan
ketidakpuasan bekerja. Ada yang terpaksa menggunaka masa di luar waktu
persekolahan yang kadangkala bertindan dengan aktiviti kokurikulum yang juga
dipertanggungjawabkan ke atas guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.3 Pernyataan Masalah
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini merupakan satu mata
pelajaran yang berasaskan kepada kerja amali, maka pengurusan bengkel yang
sistematik adalah sangat perlu supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan berkesan. Masalah yang berlaku di bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu mungkin disebabkan oleh keadaan bengkel yang tidak terurus dan ianya
juga mungkin disebabkan guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu
kurang pengetahuan atau berpengalaman dalam pengurusan dan penyelenggaraan
bengkel dengan sempurna.
Dalam hal ini beberapa pernyataan masalah perlu dikenal pasti dan
memerlukan jawapan melalui kajian ini. Seperti yang telah disarankan kebanyakan
guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dibebani dengan
tanggungjawab yang banyak. Di samping itu juga, terdapat guru-guru yang kurang
cekap atau kurang pengetahuan dalam pengurusan dan penyelenggaraan bengkel. Ini
terjadi disebabkan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mempunyai empat
komponen elektif yang terdiri daripada Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah
Tangga Pertanian serta Perdagangan dan Keusahawanan. Kemungkinan guru-guru
elektif Perdagangan dan Keusahawanan serta guru bukan opsyen yang mengajar
KHB sebagai contoh tidak didedahkan dengan kerja-kerja pengurusan dan mentadbir
bengkel dan juga alatan serta bahan. Kegagalan menguruskan bengkel dengan baik
dan sempurna boleh menyebabkan perencatan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran itu sendiri. Oleh itu bengkel perlu sentiasa bersih, kemas, teratur dan
selesa.
1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti : i. Pengetahuan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu berkaitan sistem
pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu
di sekolah.
ii. Amalan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu dalam melaksanakan sistem
pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu
di sekolah.
iii. Pengetahuan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu berkaitan aspek
pengurusan dan penyelenggaraan alatan dan bahan di dalam bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah.
iv. Amalan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu dalam melaksanakan aspek
pengurusan dan penyelenggaraan alatan dan bahan di dalam bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah.
v. Masalah pengurusan dan penyelenggaraan bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu di kalangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang diutarakan pengkaji adalah bertujuan untuk
mengetahui :
i. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengetahui sistem
pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu
di sekolah ?
ii. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu melaksanakan sistem
pengurusan organisasi dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu
di sekolah ?
iii. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengetahui pengurusan dan
penyelenggaraan alatan dan bahan di dalam bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu di sekolah ?
iv. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu melaksanakan pengurusan
dan penyelenggaraan alatan dan bahan di dalam bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu di sekolah ?
v. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu
dalam menguruskan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah ?