amalan refleksi guru dalam pengajaran bahasa melayu komunikasi tinggi
DESCRIPTION
Sem 2/ 2012-PJJTRANSCRIPT
AMALAN REFLEKSI GURU DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
TINGGI
LATAR BELAKANG TAJUK
- Pendidikan adalah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). NKRA pendidikan merupakan landasan dan titik permulaan dalam usaha menambah baik prestasi pelajar dalam sistem pendidikan
peringkat sekolah secara menyeluruh, serta membolehkan mereka mendapat akses kepada
pendidikan yang berkualiti.
-Pemikiran reflektif melibatkan bahasa dan komunikasi. Kriteria ini digunakan menghubungkan pemikiran
reflektif dengan jurusan pendidikan tertentu. Manakala Calderhead dan Gates (1993) menegaskan bahawa
pengajaran reflektif adalah merupakan elemen yang amat kritis dalam perkembangan profesionalisme guru.
Pengajaran reflektif adalah suatu pendekatan untuk memperbaiki atau mempertingkatkan sistem
pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang prestasi pengajaran
mereka, dan menjadi kritis terhadap amalan pengajaran mereka dan bersedia untuk mengubah
demi untuk memperkemaskan lagi dirinya sebagai guru dan mempertingkatkan lagi prestasinya sebagi guru
yang cemerlang.
KONSEP DAN CIRI-CIRI-Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai
"active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi,
seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of
some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious" (pp. 100–101). Dengan erti kata lain,
seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan
yang nyata, koheren, tenang dan harmonis.
Kelebihan Amalan Refleksi dalam pengajaran Bahasa Melayu Komunikasi
Tinggi
-Membolehkan guru berfikiran analitik, kritis dan kreatif.
-Membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya.
-Membawa ke arah pertumbuhan profesionalisme.
- Mengubah tingkahlaku
Kekurangan Amalan Refleksi dalam pengajaran Bahasa Melayu Komunikasi
Tinggi
-Kurang menilai potensi pelajar kerana sibuk dengan urusan lain.
-Kurang persedian untuk mengajar.-Pengajaran kurang menarik.
-Kurang BBM
RUMUSAN- Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang
terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang-peluang bagi pengubahsuaian serta
mengemuka pandangan atau cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikut dapat dilaksakan dengan lebih sempurna dan terdapat penambahbaikan. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan
yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berbagai
pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan.
TERIMA KASIH