amali 4 ujian bakat
TRANSCRIPT
BMM 3103- PENTAKSIRAN BAHASA
MELAYU SEKOLAH RENDAH
Ujian Bakat
MOHAMAD LUQMAN BIN MAT RANI
MUHAMMAD NUR IRSYAD BIN MIOR ISA
IZZATILFARAH BINTI MAMAD NOR
WAN NUR AFIQAH BINTI WAN RUSTAM
Definisi:
• Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti
membuat telahan tentang bakat atau
keistimewaan yang dimiliki oleh murid.
Tujuan:
• Memberikan maklumat asas untuk
membuat telahan tentang prestasi masa
depan seseorang pelajar dalam sesuatu
bidang.
• Memilih calon yang sesuai dengan tugas
tertentu, kemasukan ke program latihan,
permohinan biasiswa dan sebagainya.
• Digunakan untuk meramal pencapaian
murid pada masa akan datang.
• Sesuai untuk mengetahui keistimewaan dan
potensi murid dalam sesuatu bidang.
• Mengelompokkan individu dalam kumpulan
tertentu mengikut kebolehannya.
• Ujian ini juga dibentuk untuk mengukurprestasi yang mungkin dicapai oleh muriddalam pelajaran atau bahasa asing yang akan dipelajari.
• Ujian bakat ini biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungibeberapa unsur-unsur bahasa seperti:
i. Fonetik
ii. Tatabahasa
iii. kosa kata
• Murid-murid akan melakukan berbagai-
bagai aktiviti bahasa dalam ujian ini.
• Antaranya ialah:
i. Meniru penyebutan bunyi-bunyi
ii. Mengubah bentuk atau struktur sesuatu
bahasa
iii. Menentukan makna berdasarkan konteks
dan sebagainya.
Jenis-jenis ujian:
• Ujian bakat dapat dibahagikan kepada
dua iaitu:
- Ujian bakat berasaskan kajian secara besar-
besaran
- Ujian bakat yang berasaskan tujuan sesuatu
ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu.
(bertujuan untuk memberikan maklumat asas
untuk membuat telahan tentang prestasi masa
depan seseorang murid dalam sesuatu
bidang).
Contoh ujian bakat:
• Ujian Kemasukan Ke Maktab
Perguruan (UKELP).
• Ujian permohonan biasiswa
• Ujian kemasukan ke universiti.
• ujian kemahiran bahasa (mendengar,
bertutur, membaca dan menulis).
Alat penilaian untuk ujian bakat.
Contoh: Ujian Kemahiran Lisan(Bercerita)
Kisah
Semut
dengan
Belalang
Pada suatu petang, sekumpulan semut
berkumpul untuk mengadakan
mesyuarat. Mereka berbincang
tentang persediaan untuk menghadapi
musim sejuk.
“Kita perlu bekerja lebih keras kali
ini bagi memastikan bekalan makanan
kita mencukupi sepanjang musim
sejuk nanti” kata ketua semut.
Semua semut bersetuju dengan
cadangan tersebut. Mereka tidak
Keesokan pagi semut-semut itu keluar
mencari makanan. Makanan yang
ditemui dikumpul dan dibawa balik
ke sarang dengan menggunakan daun.
Semut-semut betina pula akan
menyusun makanan itu ke dalam
sarang mereka. semut- semut itu
bekerja keras mengumpul makanan.
Mereka memulakan kerja dari awal
pagi hingga ke petang. Mereka hanya
akan berhenti rehat sekiranya berasa
penat.
Banyak makanan yang berjaya
dikumpul hasil daripada kerjasama
mereka. Pada suatu hari, semasa
semut-semut itu sedang bekerja,
tiba-tiba mereka terdengar nyanyian
dari sebuah taman berhampiran.
Kelihatan beberapa ekor belalang
sedang menyanyi dan menari dengan
gembiranya. Belalang-belalang itu
menegur semut-semut yang sedang
bekerja.
“Apakah yang sedang kamu lakukan?”.
“Kami sedang mengumpul makanan
sebagai bekalan untuk musim sejuk
nanti” jawab semut.
“Musim sejuk? Sekarang masih musim
panas, kenapa perlu bersusah untuk
mengumpul makanan? Lagipun musim
sejuk lambat lagi. Makanan pun
senang diperolehi di mana-mana.
Sekarang waktu untuk bergembira.
Marilah berhibur bersama kami”
kata belalang-belalang itu sambil
mentertawakan semut-semut.
Akhirnya musim sejuk pun tiba. Kali
ini musim sejuk tiba lebih awal.
Semut-semut itu tidak berasa
bimbang kerana mereka mempunyai
bekalan makanan yang mencukupi.
Namun begitu, belalang-belalang
berasa sedih dan lapar.
Mereka gagal mencari makanan. Jadi
mereka pun pergi ke sarang
semut. “Tolong berikan kami
makanan. Kami kelaparan dan
kesejukan,” rayu belalang.
Semut-semut itu menjemput tetamu
mereka masuk. “Sudah tentu kami
akan bantu kamu. Lihatlah semua
makanan ini hasil usaha kami yang
kamu ketawakan dulu,” kata semut
sambil menunjukkan bekalan
makanan yang berjaya mereka
kumpul semasa musim panas lalu.
Borang penilaian
Nama murid : …………………………………………………
Tahun : ………………………………………………………...
Tarikh : ………………………………………………………….
Skor/
Dimensi1 2 3 4 Catatan
Ekspresi dan nada suara
Gerak badan
Kelancaran
Kadar kelajuan
1 2 3 4
Lemah Sederhana Baik Cemerlang
Sekian, terima kasih…