amanah ikhtiar malaysia

25
Amanah Ikhtiar Malaysia Share112 Amanah Ikhtiar Malaysia Pernahkan anda mendengar tentang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)? Amanah Ikhtiar Malaysia merupakan antara salah satu badan Amanah secara persendirian yang ditubuhkan mengikut undang-undang. Ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian Amanah Ikhtiar Malaysia serta didaftarkan di bawah Akta Amanah 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Badan amanah yang berusia kira-kira 24 tahun ini telah ditubuhkan secara bersamaoleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Kerajaan negeri Selangor serta disokong kuat oleh Pusat Pembangunan Asia Pasifik. Objektif atau tujuan utama badan amanah ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan serta secara langsung mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan cara pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar terhadap masyarakat-masyarakat miskin di kawasan luar bandar yang membolehkan pembiayaan terhadap sebarang kegiatan untuk menambahkan pendapatan sampingan. Ringkasan Sejarah Penubuhan Melihat kepada sejarah awal penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia, Prof Muhamad Yunus merupakan salah seorang yang bertanggungjawab sehingga tertubuhnya badan amanah ini. Usaha mulia beliau bermula daripada pengenalan

Upload: husna-yusof

Post on 25-Jul-2015

444 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amanah Ikhtiar Malaysia

Amanah Ikhtiar MalaysiaShare112

Amanah Ikhtiar Malaysia

Pernahkan anda mendengar tentang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)? Amanah Ikhtiar Malaysia merupakan antara salah satu badan Amanah secara persendirian yang ditubuhkan mengikut undang-undang. Ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian Amanah Ikhtiar Malaysia serta didaftarkan di bawah Akta Amanah 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Badan amanah yang berusia kira-kira 24 tahun ini telah ditubuhkan secara bersamaoleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Kerajaan negeri Selangor serta disokong kuat oleh Pusat Pembangunan Asia Pasifik. Objektif atau tujuan utama badan amanah ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan serta secara langsung mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan cara pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar terhadap masyarakat-masyarakat miskin di kawasan luar bandar yang membolehkan pembiayaan terhadap sebarang kegiatan untuk menambahkan pendapatan sampingan.

Ringkasan Sejarah Penubuhan

Melihat kepada sejarah awal penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia, Prof Muhamad Yunus merupakan salah seorang yang bertanggungjawab sehingga tertubuhnya badan amanah ini. Usaha mulia beliau bermula daripada pengenalan kredit mikro dalam membasmi kemiskinan di Bangladesh pada 1976 dan telah berkembang ke seluruh dunia. Projek ikhtiar merupakan antara projek asas atau projek awal yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Dasar (PPD) Universiti Sains Malaysia pada ketika itu untuk mendapatkan info-info berkaitan serta menguji pendekatan Bank Grameen (PBG) dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar yang ketika itu begitu tinggi dengan cara memberi hak kredit mikro kepada golongan miskin. Pemberian kredit mikro ini bertujuan untuk membantu usaha-usaha golongan-golongan miskin dalam meningkatkan

Page 2: Amanah Ikhtiar Malaysia

pendapatan harian mereka sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan.

Prof Muhamad Yunus yang bertugas sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong pada ketika itu, mengkaji dan mendapat kesimpulan bahawa golongan-golongan miskin amat kurang melibatkan diri dengan dunia perbankan. Ini disebabkan, mereka kekurangan modal dan amat sukar untuk meningkatkan taraf hidup mereka sekiranya hanya bergantung kepada pendapatan harian yang mereka perolehi. Maka, beliau mengetengahkan idea untuk memberi sumbangan berbentuk modal kepada golongan miskin agar dengan modal tersebut dapat memberi peluang kepada mereka untuk menambahkan pendapatan. Kronologi penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia mengambil masa bertahun-tahun lamanya dengan melalui Projek bank Grameen sehinggalah Amanah Ikhtiar Malaysia dapat berdiri sebagai satu badan amanah seperti yang ada pada hari ini dengan menjalankan usaha-usaha menarik keluar masyarakat luar bandar daripada masalah kemiskinan yang membelenggu kehidupan mereka.

Usaha murni seperti ini sewajarnya dipuji dan dihargai oleh kita semua. Peranan AIM bukan sahaja untuk membantu golongan-golongan miskin, malah secara tidak langsung dapat membantu menjana ekonomi negara kearah yang lebih baik. AIM meletakkan tiga objektif utama penubuhannya. Pertama, mengurangkan kemiskinan dalam kalangan isi rumah miskin dan termiskin di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan. Yang kedua, AIM mensasarkan untuk menyediakan kemudahankewanganberterusan kepada usahan-usahawan ikhtiar dan yang ketiga menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada isi rumah miskin, termiskin dan juga untuk usahawan-usahawan ikhtiar. Bagi memastikan objektif-objektif yang telah disasarkan itu dapat dilaksanakan, AIM menyediakan beberapa cara melalui dengan penyediaan produk-produk seperti pembiayaan modal, simpanan wajib serta Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat. Melihat kepada objektif-objektif penubuhan AIM, dapat dirumuskan bahawa konsep yang dibawa oleh Amanah Ikhtiar Malaysia adalah tidak jauh beza dengan konsep zakat yang diperkenalkan oleh Islam. Zakat bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Selain itu, pemberian zakat juga tidak hanya dalam bentuk kewangan semata-mata malah turut menyumbang barang-barang yang berbentuk fizikal seperti makanan iaitu beras dan sebagainya. Oleh itu, boleh dikatakan pendekatan atau konsep yang dibawa oleh AIM ini mirip kepada konsep zakat itu sendiri. Pastinya, usaha murni sebegini perlu untuk dikekalkan dan diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Page 3: Amanah Ikhtiar Malaysia

Produk-Produk Amanah Ikhtiar Malaysia

Setelah melalui perkembangan semasa, AIM kini menawarkan lima jenis produk dalam perkhidmatan mereka. Produk-produk tersebut adalah seperti Ikhtiar Rezeki, Ikhtiar Penyayang, Ihktiar Bestari, Ikhtiar Sejahtera dan Program Keewangan Mikro Bandar. Produk Iktiar Rezeki pula dipecahkan kepada empat jenis iaitu Ikhtiar Mesra, Ikhtiar Srikandi, Ikhtiar Wibawa, dan Ikhtiar Wawasan.

1. Ikhtiar Rezeki

1.1 Ikhtiar Mesra

Skim bantuan Ikhtiar Mesra merupakan asas kepada pembiayaan AIM. Had maksimum yang diletakkan bagi pembiayaan adalah sebanyak RM19.900 mengikut syarat-syarat yang tertentu dan tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah antara 25 minggu ke 150 minggu. Pembayaran balik perlu dilakukan secara mingguan dan caj sebanyak 10% dikenakan bagi tempoh pembayaran yang mengambil masa setahun manakala caj sebanyak 5% untuk pembayaran balik dalam jangka masa enam bulan.

1.2 Ikhtiar Srikandi

Berbeza dengan skim Ikhtiar Srikandi yang diperkenalkan untuk membantu ahli-ahli bagi mana-mana projek yang berpotensi tinggi dan berdaya maju. Apa yang penting, skim ini dapat memberi kemudahan kepada ahli-ahli atau Sahabat AIM untuk mendapatkan modal tambahan tanpa perlu berurusan dengan institusi kewanganyang lain. Antara kelebihan yang ditawarkan melalui Ikhtiar Srikandi adalah Sahabat AIM boleh membuat pinjaman lebih daripada sekali dalam satu tempoh walaupun pada ketika itu Sahabat AIM masih meminjam dengan AIM. Kelebihan yang sangat memudahkan para pelanggan dan lebih bersifat untuk membantu. Namun, had maksimum pinjaman, tempoh pembayaran balik serta caj yang dikenakan adalah sama dengan skim Ikhtiar Mesra.

1.3 Ikhtiar Wibawa

Bagi skim Ikhtiar Wibawa pula, atau juga dikenali sebagai Skim Ikhtiar Rezeki Wibawa (I-Wibawa) yang hanya ditawarkan kepada Sahabat AIM yang sedang mengambil skim Ikhtiar Mesra atau Ikhtiar Srikandi. Ikhtiar Wibawa adalah bertujuan untuk membantu Sahabat AIM yang memerlukan tambahan modal untuk menjalankan produk secara bermusim atau mana-mana peluang perniagaan yang datang dalam tempoh masa yang singkat. Had maksimum yang diletakkan untuk pembiayaan adalah sehingga RM5000 manakala tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah selama 6

Page 4: Amanah Ikhtiar Malaysia

bulan. Namun, Skim Ikhtiar Wibawa memberi peluang kepada pihak peminjam untuk membayar balik pinjaman sama ada secara mingguan, bulanan, ataupun sekaligus. Caj pengurusan yang dikenakan pula sama seperti Ikhtiar Mesra dan Ikhtiar Srikandi.

1.4 Ikhtiar Wawasan

Skim Ikhtiar Wawasan atau Skim Pembiayaan Ikhtiar Perusahaan Kecil diperkenalkan bagi tujuan menggalakkan Sahabat AIM menceburkan diri dalam perusahaan kecil dan sederhana. Kadar pinjaman yang dibenarkan adalah bermula dari RM20,000 sehingga RM50,000 iaitu had maksimum pembiayaan. Tempoh bagi pembayaran semula untuk pinjaman adalah di antara 25 minggu ke 250 minggu dan bayaran perlu dilakukan secara mingguan. Caj pengurusan yang dikenakan adalah 10% untuk tempoh setahun dan 5% bagi tempoh bayaran balik selama 6 bulan.

2.0 Ikhtiar Penyayang

Seperti yang dinyatakan tadi, antara skim yang turut diperkenalkan adalah Ikhtiar Penyayang. Ikhtiar Penyayang diperkenalkan untuk membantu Sahabat AIM yang mengalami kegagalan dalam projek atau perniagaan disebabkan faktor-faktor bencana alam seperti banjir, dan tanah runtuh selain juga disebabkan oleh faktor persekitaran ekonomi atau sosial. Skim ini ditawarkan bagi membantu mereka memulihkan semula projek yang gagal tersebut atau mungkin boleh memulakan projek baru yang lain. Keistimewaan Ikhtiar Penyayang ini adalah dengan adanya konsep penangguhanbayaran balik bagi skim-skim terdahulu yang telah dipinjam oleh Sahabat AIM dan Skim Pembiayaan Ikhtiar Penyayang ini boleh diproses seperti biasa. Akan tetapi sekiranya pihak peminjam berkeupayaan untuk membayar balik pinjaman kedua-dua skim secara serentak, maka penangguhan bayaran balik akan ditarik semula dan sekiranya peminjam masih tidak berkemampuan untuk melakukan sedemikian, maka bayaran balik untuk Ikhtiar Penyayang ini diutamakan. Kadar tertinggi pembiayaan yang dibenarkan adalah berjumlah RM5000 dan tempoh bayaran semula yang ditetapkan adalah dalam lingkungan 25 minggu ke 150 minggu. Caj pengurusan yang dikenakan adalah sama seperti skim-skim Ikhtiar yang lain.

3.0 Ikhtiar Bestari

Skim Ikhtiar Bestari pula dilihat lebih unik kerana bertujuan untuk membantu Sahabat AIM dalam membiayai kos pendidikan serta kemahiran yang ingin dipelajari. Layak untuk dipohon oleh kesemua Sahabat AIM yang telah mengambil Skim Ikhtiar Mesra dan menjelaskan pembayaran balik dalam tempoh 25 minggu. Kadar yang boleh dipohon adalah

Page 5: Amanah Ikhtiar Malaysia

mencecah sehingga RM5000. Pembayaran balik adalah secara mingguan dan perlu dilakukan dalam tempoh 6 bulan atau separuh daripada tempoh pembayaran balik Ikhtiar Mesra kali pertama. Skim ini dilihat sesuai untuk menampung kos pembelajaran terutama yang melibatkan pendidikan formal di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara. Namun, kos pendidikan bagi pembelajaran meningkatkan kemahiran juga boleh ditampung melalui skim Ikhtiar Bestari.

4.0 Ikhtiar Sejahtera

Selain itu, terdapat juga skim Ikhtiar Sejahtera yang bertanggungjawab untuk membiayai keperluan-keperluan semasa seperti pembelian rumah, tanah, mesin atau jentera pertanian, ibadah haji, kenduri kahwin, penebusan barang kemas dan bermacam-macam lagi dengan syarat tidak bertentangan dengan mana-mana hukum yang terdapat dalam Islam. Kadar pembiayaan terendah yang boleh dipohon adalah sekitar RM2000 manakala maksimumnya adalah sebanyak RM10,000. Pembayaran semula perlu dilakukan secara mingguan dalam jangka masa 25 minggu ke 150 minggu atau 3 tahun lebih. Skim Ikhtiar Sejahtera turut mengenakan syarat kepada Sahabat AIM iaitu perlu mempunyai rekod bersih dalam mana-mana skim Ikhtiar yang ditawarkan oleh AIM sekurang-kurangnya telah menggunakan skim Ikhtiar Mesra dan membuat pembayaran semula dalam tempoh 25 minggu.

5.0 Program Kewangan Mikro Bandar

Satu lagi produk penting yang ditawarkan oleh AIM adalah Program Kewangan Mikro Bandar. Skim ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana tidak memerlukan kepada cagaran dan penjamin serta turut mendapat sokongan yang padu daripada pihak kerajaan. Antara objektif diperkenalkan Program Kewangan Mikro Bandar adalah untuk menjana potensi untuk bekerja sendiri bagi golongan yang berpendapatan rendah. Selain itu, tujuannya adalah untuk menyebarkan lagi pendekatankewangan mikro AIM terhadap golongan miskin serta berpendapatan rendah di kawasan bandar. Pemohon yang layak adalah bagi mereka yang memiliki aset dengan nilai yang tidak melebihi RM50,000 serta berpendapatan bawah RM2000 sebulan. Terdapat juga syarat-syarat lain yang ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh para pemohon. Istimewanya, Program Kewangan Mikro Bandar ditawarkan secara berperingkat-peringkat.

Kesimpulannya, Amanah Ikhtiar Malaysia yang sudah menjangkau usia dua dekad ini dilihat telahberjaya dalam menghasilkan ramai usahawan-usahawan kecil sekaligus membawa masyarakat bandar dan luar bandar keluar daripadakelompok kemiskinan. Secara tidak langsung juga,

Page 6: Amanah Ikhtiar Malaysia

pendapatan negara menjadi bertambah meningkat. Kejayaan AIM boleh dilihat melalui bilangan Sahabat AIM yang kian bertambah dari hari ke hari. Kini jumlah Sahabat AIM adalah sebanyak 272,923 orang dan mempunyai 106 cawangan di seluruh Malaysia. Modal yang telah dikeluarkan sehingga kini juga telah mencecah sehingga RM5,353,371,013 dan masih mempunyai baki sebanyak RM959,481,088 dan statistikpembayaran balik juga adalah tinggi dengan purata sebanyak 99.49%. Terbukti betapa Amanah Ikhtiar Malaysia kini mempunyai peranan yang begitu besar dalam membasmi kemiskinan negara. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan dikembangkan lagi agar AIM terus menjadi pemangkin dalam misi membasmi kemiskinan penduduk-penduduk di Malaysia.

Program Pembangunan Perusahaan Luar Bandar Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah (KKLW) SPED

Objektif Skim

Meningkatkan bilangan pengusaha Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang;

Meningkatkan perusahaan yang diceburi oleh pengusaha Bumiputera luar bandar supaya lebih berdaya maju, berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai komitmen yang tinggi;

Menyediakan kemudahan pinjaman kepada pengusaha Bumiputera luar bandar bagi membantu memula dan meningkatkan bidang ekonomi di luar bandar;

Menyediakan skim pinjaman tanpa cagaran dengan kadar bayaran balik yang rendah; dan

Meningkatkan penglibatan pengusaha Bumiputera luar bandar dalam bidang-bidang ekonomi luar bandar yang lebih berpotensi dan berdaya maju bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dari kalangan penduduk luar bandar.

 

Agensi Pelaksana

Page 7: Amanah Ikhtiar Malaysia

Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) - bagi pembiayaan yang melibatkan industri pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan desa; dan

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (BKRM) - bagi pembiayaan yang melibatkan industri pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan desa.

 

Ciri – Ciri Skim

Konsep Pembiayaan

Pembiayaan berlandaskan konsep Syariah (Ijarah Thummalbai, Bai' Bithaman Ajil, Bai' Dayn dan Al Qardhul Hassan).

 

Tujuan Pembiayaan

Pembelian mesin/peralatan yang akan membantu memajukan perniagaan/perusahaan yang diceburi;

Pinjaman modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah; dan

Pinjaman untuk mengubahsuai atau menaik taraf premis perniagaan/perusahaan.

 

Had Pembiayaan

RM20,000.00 - RM250,0000.00 (bagi pengusaha yang telah beroperasi kurang dari 3 tahun);

RM250,000.00 - RM500,000.00 (bagi pengusaha yang beroperasi lebih dari 3 tahun); dan 

Pembiayaan dibenarkan sebanyak 3 kali dengan syarat :

i. Tidak melebihi had maksimum kelayakan pemohon;ii. Permohonan selepas tempoh satu tahun daripada kelulusan pinjaman pertama atau kedua; iii. Perniagaan beroperasi baik dan menunjukkan prestasi meningkat; daniv. Pinjaman pertama dan kedua tiada tunggakan dan dibayar mengikut jadual.

 

Tempoh Bayaran Balik Pinjaman

Page 8: Amanah Ikhtiar Malaysia

3 hingga 5 tahun (pinjaman RM250,000.00 ke bawah); dan

5 hingga 7 tahun ( (pinjaman RM250,000.00 - RM500,000.00).

 

Tempoh Pernafasan (Grace Period)

Bayaran pokok selama 6 bulan mulai dari tarikh pengeluaran pinjaman.

Pemberian Geran

Pemberian geran akan dipertimbangkan kepada peminjam yang mendapat pembiayaan RM250,000.00 ke bawah dan memenuhi kriteria seperti berikut:

Telah menjelaskan bayaran balik pinjaman sebanyak 70%; Tiada tunggakan dan bayaran balik pinjaman tidak melewati tarikh yang ditetapkan; Prestasi perniagaan yang baik selepas pembiayaan SPED; dan Pemberian geran adalah terhad kepada pinjaman SPED yang pertama sahaja.

 

Kadar Bayaran Perkhidmatan

5% setahun berasaskan baki pinjaman.

 

Skop Pembiayaan

Industri Pembuatan Pertanian Komersial Industri Perkhidmatan Pelancongan Desa

 

Pinjaman Yang Tidak Dibiayai

Perusahaan/perniagaan bidangan besar seperti projek cari gali petroleum/galian, projek perumahan dan perhotelan;

Pembelian aset tetap untuk tujuan dijual semula atau untuk disewakan seperti pembelian tapak perusahaan/tanah, kedai dan kilang/bengkel dan kenderaan;

Pembelian kenderaan-kenderaan untuk tujuan pengangkutan awam;

Pinjaman untuk membayar hutang;

Pinjaman bagi tujuan penternakan ayam;

Page 9: Amanah Ikhtiar Malaysia

Pinjaman untuk membina bangunan perniagaan / perusahaan yang baru; dan

Aktiviti di luar syariah dan di luar skop pembiayaan.

 

Syarat – Syarat Memohon

Perniagaan / Perusahaan dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera;

Perniagaan / Perusahaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia;

Keutamaan kepada perusahaan/perniagaan bertempat di luar bandar;

Pengusaha menjalankan perniagaan/perusahaan sepenuh masa;

Premis perniagaan berasingan daripada premis kediaman;

Pengusaha atau syarikat yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank atau institusi kewangan serta lain-lain dana Kerajaan melebihi RM250,000.00. Walau bagaimanapun, SPED boleh membiayai sekiranya pinjaman tersebut telah selesai dibayar sekurang-kurangnya 75%;

Menepati peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan termasuk Kod Amalan Kebersihan Makanan dan Pembuangan Sisa Industri, Akta pencemaran Alam Sekitar dan sebagainya.

Perniagaan yang dijalankan adalah berdaya maju; dan

Had umur peminjam tidak melebihi 60 tahun.

 

Cagaran

Mesin/peralatan yang dibiayai diberi berdasarkan perjanjian dan mesin/peralatan akan menjadi cagaran kepada peminjam.

 

Insurans

Peminjam dikehendaki mengambil polisi insurans ke atas mesin/peralatan bagi sepanjang tempoh pinjaman; dan

Bagi pinjaman bukan mesin, syarat mengambil polisi insurans akan ditentukan mengikut keperluan seperti insurans nyawa.

 

Page 10: Amanah Ikhtiar Malaysia

Kos Setem Dan Guaman

Agensi Pelaksana akan mengenakan pembayaran cukai setem atas Surat Perjanjian atau dokumen lain dan bayaran guaman yang berkaitan berdasarkan kadar yang standard dan munasabah; dan

Syarat-syarat tambahan lain yang dikenakan dari semasa ke semasa.

 

Pengeluaran Wang Pembiayaan

Agensi Pelaksana akan mengeluarkan pinjaman setelah peraturan-peraturan dan syarat-syarat berikut dipatuhi:

Menyempurnakan Surat Perjanjian Pinjaman;

Mengemukakan invois-invois pembelian dan sebagainya yang sah dibuat atas nama bank;

Menerima tawaran beserta syarat-syarat dan peraturan dinyatakan di dalam seperti mana yang Surat Tawaran;

Mengesah penerimaan mesin/peralatan melalui dokumen Certificate of Acceptance and Satisfaction;.

Mengemukakan nota/polisi insurans Comprehensive/ All Risk;.

Mengemukakan bayaran guaman dan kos yang berkaitan di dalam penyediaan, pendaftaran, duti stem dan perbelanjaan lain ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan; dan

Mematuhi lain-lain syarat kelulusan.

 

Jawatankuasa Pelaksanaan Skim

Permohonan diproses melalui 2 peringkat Jawatankuasa :

Jawatankuasa Penilai Teknikal – diurus setiakan oleh Bank; dan Jawatankuasa Tertinggi SPED – diurus setiakan oleh Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilaya

Page 11: Amanah Ikhtiar Malaysia

SKIM PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT (K'JAAN & SWASTA)

Jumaat, 28 Mei 2010

BANK : BANK RAKYAT (PEKERJA KERAJAAN,BADAN BERKANUN & SWASTA)KUALA LUMPUR & SELANGOR SAHAJA

$ BOLEH PINJAM MAKSIMUM RM200,000.$ Bayaran balik 1 tahun - 20 tahun.$ Interest dari serendah 3.25% maximun 5.2%

$ TANPA PENJAMIN.$ Proses kelulusan dalam masa 5 - 10 hari bekerja.$ Potongan Biro Angkasa untuk {Kakitangan Kerajaan & Badan Berkanun}.$ Potongan Gaji Majikan (PGM) untuk {Pekerja Swasta}.

$ BLACKLIST,CTOS,CCRIS boleh MEMOHON.

$ Gaji Minimum RM1,000 ke atas.$ Bersih Pinjaman Tinggi.

KELAYAKKAN:

KAKITANGAN KERAJAAN & BADAN BERKANUN.1. Jawatan Tetap.2. Pekerja Kontrak:$ Bekerja lebih daripada 5 bulan.

PEKERJA SWASTA.1. Untuk Syarikat SDN.BHD mestilah: $ Panel Kepada Bank Rakyat & {tanya dengan HR syarikat}.$ Boleh buat Potongan Gaji Majikan (PGM) {tanya dengan HR syarikat}.2. Untuk Syarikat BERHAD mestilah:$ Dapatkan kebenaran daripada HR untuk membuat Potongan Gaji Majikan (PGM)3. Gaji Minimum RM1,000 keatas.4. Jawatan Tetap.5. Pekerja Kontrak bekerja lebih 1 tahun.

NOTIS:$ Pekerja bank-bank tempatan layak memohon dengan syarat telah menjadi ahli KOBANK

Page 12: Amanah Ikhtiar Malaysia

Pajak Gadai-i Ar-Rahnu Genius

Produk ini menggunakan konsep upah simpan bulanan. Pelanggan membayar upah simpan pada setiap bulan mengikut jumlah yang ditetapkan sepanjang tempoh pembiayaan. Pelanggan menikmati keuntungan atas akaun simpanan.

Kategori Pelanggan

1. Individu2. Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara Malaysia3. Berumur tidak kurang 18 tahun4. Pemastautin tetap5. Tidak muflis

Had Pinjaman

Minimum : RM3,000.00 – Maksimum : RM50,000.00

Margin Pinjaman

Sehingga 70% daripada nilai marhun tertakluk kepada had pinjaman

Tempoh Gadaian/Pinjaman

Tempoh maksimum : 3 tahun

Syarat-syarat pinjaman

Wajib membuka akaun simpanan khas di Bank Rakyat(selain akaun tabungan)

Kadar Upah Simpan

Upah simpan dikira berdasrakan nilai marhun dan tempoh bulan gadaian ditebus. Kadar upah simpan adalah seperti berikut:

RM0.75 bagi setiap RM100.00 nilai marhun

PengeluaranPengeluaran pinjaman akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan khas yang dibuka

Kebaikan Skim ini1. Baki simpanan di dalam akaun tersebut akan diberi    keuntungan2. Pengeluaran boleh dibuat dimana-mana ATM dan transaksi tersebut boleh dibuat pada

Page 13: Amanah Ikhtiar Malaysia

bila-bila masa3. Bayaran boleh dibuat dimana-mana CDM dan transaksi tersebut boleh dibuat pada bila-bila masa

abung Ekonomi BeliaShare

Tabung Ekonomi Belia diletakkan di bawah Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia dan diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Tabung ini bermatlamat untuk memberi bantuan berbentuk pinjaman perniagaan kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan dana pinjaman serta melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan pinjaman dan membuat kutipan semula.

Kelayakan dan Syarat Pinjaman

Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman daripada Tabung Ekonomi Belia adalah seperti berikut:

Warganegara yang menetap di Malaysia dan berumur antara 18 – 40 tahun. Minima umur pemohon adalah 18 tahun dan maksima sebelum mencapai umur 41 tahun semasa mendaftar secara atas talian ataupun manual

Telah mendaftar sebagai pemohon sama ada pendaftaran secara atas talian melalui laman sesawang portal Majlis Penggalakan Ekonomi Belia atau mengisi borang secara manual.

Telah lulus saringan Kementerian Belia dan Sukan bagi :

Page 14: Amanah Ikhtiar Malaysia

i. Ujian Minat Kerjaya dan Kecenderungan Keusahawananii. Kursus Asas Perniagaan khusus bagi pemohon yang baru

memulakan perniagaaniii. Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan

Tujuan permohonan adalah untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.

Permohonan pinjaman adalah secara individu dan perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.

Hanya seorang sahaja di antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.

Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang atau perhutangan

Mengemukakan dua 2 orang penjamin. Syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut :

i. Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga. ii. Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap termasuk elaun-elaun

tetap dengan syarat tidak kurang daripada RM 1000.00 sebulan.iii. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan

perhutangan atau seumpamanya.iv. Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan

Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjaminv. Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin

lebih dari dua 2 orang peminjam dalam satu-satu masa.

Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan melalui institusi kewangan yang dilantik.

Hanya satu pinjaman Skim Belia Negara atau SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.

 

Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan mempuyai ciri-ciri berikut adalah dikecualikan daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.

i. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan. Maka, tidak perlu untuk mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.

ii. Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah Kementerian Belia

Page 15: Amanah Ikhtiar Malaysia

dan Sukan atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.

iii. Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.

iv. Mempunyai kelulusan peringkat diploma atau ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma atau ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.

v. Telah mengikuti program inkubator anjuran oleh mana-mana agensi kerajaan.

Syarat-syarat yang ditetapkan ini bertujuan untuk memastikan mereka yang mahu mendapatkan pinjaman benar-benar serius untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan apabila pihak Kementerian Belia dan Sukan memberi kelulusan. Kesemua syarat-syarat ini digariskan juga untuk memastikan golongan belia yang layak benar-benar boleh memberi pulangan yang berbaloi dengan bantuan melalui Tabung Ekonomi Belia yang telah diberikan.

Jenis dan Ciri-Ciri Skim

1.0 Skim Belia Niaga (SBN)

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah dilantik sebagai institusi kewangan bagi menyelia Skim Belia Negara ini. Skop projek yang dibenarkan dibawah skim ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

Perkhidmatan

i. Kedai gunting rambut ii. Salun kecantikan dan spa

iii. Klinik iv. Farmasi v. Perlancongan

vi. Kedai runcit vii. Mencuci kenderaan

viii. Solekan dan andaman ix. Bengkel kenderaan motor dan motosikal x. Fotografi dan video

xi. Kimpalan xii. Membaiki radio, televisyen, telefon bimbit dan alat elektronik

xiii. Pusat tuisyen xiv. Kedai makan dan restoran xv. Pengiklanan dan percetakan

Page 16: Amanah Ikhtiar Malaysia

xvi. Perkhidmatan profesional xvii. Kedai elektrik

xviii. Kedai perabot xix. Kedai tayar xx. Kedai alat ganti

 

Pembuatan

i. Kraf tangan ii. Pakaian

iii. Anyaman dan produk warisan seperti labu sayung, tembaga dan batik

 

Perniagaan ICT

i. Kedai internet dan pusat latihanii. Kedai fotokopi, alat tulis dan pembayaran bil

 

Kiosk atau Gerai atau Pasar Malam atau Penjaja

i. Burgerii. Yong Tau Fu

iii. Jagungiv. Ais krim serta van atau lori atau motor bergerak v. Stokis dan francais dengan tidak termasuk kos pembiayaan untuk

membeli premis perniagaan serta modal kerja untuk kontraktor vi. Perniagaan berkonsepkan jualan langsung

 

2.0 Skim Belia Tani (SBT)

Bagi Skim Belia Tani pula, Kementerian Belia dan Sukan telah melantik Bank Pertanian Malaysia sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memberi pembiayaan melalui skim ini. SBT dikhususkan untuk apa-apa aktiviti atau perniagaan yang berorientasikan pertanian. Ini bertujuan untuk membuka minat golongan belia supaya menceburi bidang pertanian selaras dengan hasrat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu yang memperkenalkan konsep pertanian suatu

Page 17: Amanah Ikhtiar Malaysia

perniagaan. Maka, pihak kerajaan mengambil inisiatif ini untuk memastikan golongan belia diberi peluang memajukan sektor pertanian negara.

Antara skop projek di bawah Skim Belia Tani adalah :

Pengeluaran tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran, bauh-buahan, bunga-bungaan dan juga herba.

Ternakan haiwan seperti lembu pedaging, lembu tenusu, kambing pedaging, kambing tenusu, biri-biri dan ternakan puyuh .

Perikanan iaitu ternakan air tawar dan ternakan udang dalam kolam atau sangkar.

Ternakan lebah madu dan industri asas tani iaitu seperti kek, pastri, roti, biskut, makanan sejuk beku, makanan berproses seperti jeruk, sos, kicap, makanan tradisional seperti baulu dan kerepek dan makanan ringan atau snek.

Perkhidmatan tani yang meliputi bengkel jentera pertanian, kedai racun kawalan musuh dan perosak termasuk baja dan alat pertanian, perkhidmatan profesional, sewaan jentera pertanian, nurseri bunga-bungaan, buah-buahan dan lanskap.

Perkhidmatan tani ini adalah tidak termasuk pembiayaan untuk tanaman kekal seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak dan buah-buahan tempatan yang lain juga kos untuk membeli tanah dan premis perniagaan, modal kerja untuk kontrak tani dan apa-apa perniagaan berkonsepkan jualan langsung.

Ciri-Ciri Skim

1.0 Institusi Kewangan yang Dilantik

Institusi kewangan yang dilantik adalah bertanggungjawab sebagai pengurus dana bagi Skim Belia Negara dan Skim Belia Tani dan bank-bank yang terlibat ialah :

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia untuk Skim Belia Niaga (SBN) Bank Pertanian Malaysia untuk Skim Belia Tani (SBT)

2.0 Had Pinjaman

Had pinjaman yang telah dipersetujui antara Kementerian Belia dan Sukan dengan pihak bank bagi kedua-dua skim adalah dari nilai minima RM5,000.00 sehingga maksima RM50,000.00.

3.0 Kadar Bayaran

Page 18: Amanah Ikhtiar Malaysia

Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan bagi kedua-dua skim SBN dan SBT adalah empat 4% setahun dengan berdasarkan kepada baki pinjaman.

4.0 Yuran Proses

Yuran proses akan dikena dan ditetapkan oleh kedua-dua institusi kewangan iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan Bank Pertanian Malaysia yang telah dilantik oleh KBS.

5.0 Kos Guaman Dan Insurans

Segala kos guaman bagi penyediaan surat cara pinjaman dan insurans akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak peminjam dan bukan di bawah kuasa pihak bank atau Kementerian Belia dan Sukan.

6.0 Pengeluaran Pinjaman

Pengeluaran pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik akan dibuat berdasarkan keperluan peminjam dan dibuat secara sekaligus atau berperingkat-peringkat.

7.0 Kutipan Bayaran Balik Pinjaman

Kutipan bayaran balik pinjaman akan dilakukan menerusi institusi kewangan yang dilantik dan tempoh bayaran balik pertama pinjaman dibuat mengikut ketetapan oleh institusi kewangan yang dilantik.

8.0 Tempoh Pinjaman

Had maksimun yang telah ditetapkan untuk tempoh bayaran semula pinjaman bagi kedua-dua Skim Belia Negara dan Skim Belia Tani adalah sehingga 7 tahun.

Bagi mereka-mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Tabung Ekonomi Belia ini, pendaftaran perlulah dilakukan terlebih dahulu melalui laman sesawan portal MPEB atau secara manual dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan Daerah dan menghantar semula borang yang telah lengkap diisi ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Daerah. Setiap permohonan yang dihantar akan mengambil masa lebih kurang 2 bulan setengah untuk diproses secara teliti dan keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas itu.

Harapan Kerajaan

Page 19: Amanah Ikhtiar Malaysia

Apa yang pasti, pihak kerajaan pada hari ini begitu giat menjalankan usaha untuk membantu golongan belia melalui program-program keusahawanan. Ini kerana, bidang keusahawanan dilihat sebagai satu bidang yang dapat memberi pulangan lumayan kepada para usahawan sekiranya diusahakan dengan cara yang betul dan bijak. Pihak kerajaan juga telah memperuntukkan jutaan ringgit bagi memastikan ada peluang yang dibuka untuk golongan belia pada hari ini mencuba nasib dalam aktiviti perniagaan.

Langkah yang diambil oleh kerajaan ini juga adalah salah satu cara untuk menyelamatkan golongan belia daripada krisis pengangguran yang begitu hebat melanda negara. Selain itu, Tabung Ekonomi Belia juga memberi ruang kepada para belia melakukan aktiviti yang lebih berfaedah dan dapat memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu golongan belia dan pihak kerajaan. Berapa ramai pada hari ini remaja dan belia yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti merempit, penyalahgunaan dadah, masalah pembuangan bayi, pergaulan bebas, dan kebejatan akhlak.

Melihat akan hal inilah, kerajaan memutuskan untuk memberi sesuatu yang berharga dan boleh mendatangkan manfaat bukan hanya kepada golongan belia. Golongan belia seharusnya sedar dan mengambil peluang keemasan ini untuk memajukan diri dan juga keluarga yang secara tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan juga negara. Apa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan ini tidak mendatangkan kerugian sekiranya digunakan dengan baik dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar memberi pembiayaan, pihak kerajaan terutama Kementerian Belia dan Sukan melalui Skim Tabung Ekonomi Belia sedia memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para belia yang berminat untuk menceburi lapangan perniagaan. Oleh itu, diharapkan agar usaha pihak kerajaan untuk menyelamat dan mengangkat golongan belia ke satu tahap yang lebih cemerlang disambut baik oleh semua pihak terutama golongan belia. Semoga bidang keusahawanan terus menjadi pilihan para belia negara.