amanat presiden angkasa kursus induksi koperasi...
TRANSCRIPT
1
AMANAT
PRESIDEN ANGKASA
KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI
BARU ANGKASA TERENGGANU
2 Ogos 2018 (Khamis)
Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu
2
Bismillahhirrahmanirrahim,
Assalamulaikum WBT dan Salam
Sejahtera.
Terima Kasih Pengacara Majlis
3
Yang Berbahagia
Tuan Hj. Mohamed Yusoff,
Pengerusi Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Negeri
Terengganu
4
Yang Berusaha
Barisan Ahli Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Negeri
Terengganu
Pegawai-pegawai ANGKASA Pusat
dan ANGKASA Negeri Terengganu
5
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang
dihormati sekalian.
1. Terima kasih kepada para
pemimpin koperasi yang dapat
melapangkan masa untuk hadir
pada hari ini, untuk bersama-sama
mengikuti Kursus Induksi menjadi ahli
6
ANGKASA anjuran JPAN
Terengganu.
2. Melalui majlis ini, tuan-tuan
dan puan-puan yang mewakili
koperasi boleh mengetahui lebih
lanjut peranan yang dimainkan
ANGKASA dalam membantu
7
koperasi dan komuniti untuk
menjadi penyumbang ekonomi
kepada negara.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
8
3. Pada 13 Julai 2012 Deklarasi
Putrajaya telah diadakan antara
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM), Maktab Koperasi Malaysia
(MKM) dan ANGKASA.
4. Tujuan utama deklarasi ini
diadakan untuk mengoptimumkan
9
sumber kewangan dan sumber
manusia bagi memastikan tiada
pertindihan atau duplikasi kerja
semasa melaksanakan
tanggungjawab membangunkan
koperasi di Malaysia.
10
5. Hasil deklarasi ini, ANGKASA
telah diberikan tanggungjawab
besar untuk merangsang dan
membangunkan perniagaan
koperasi.
6. Selain itu, ANGKASA diiktiraf
sebagai badan apeks yang
11
mewakili gerakan koperasi serta
berperanan untuk menyebarkan
kefahaman jati diri dan
pengukuhan nilai serta prinsip
koperasi. Tanggungjawab untuk
merangsang dan membangunkan
perniagaan koperasi merupakan
12
satu cabaran yang besar kepada
ANGKASA.
7. Oleh sebab itu, pada
kesempatan ini, suka untuk saya
memaklumkan kepada tuan-tuan
dan puan-puan tentang Dasar
Koperasi Negara, Cooperative
13
Tranformation Programme (CTP) dan
Pelan Strategik ANGKASA yang
akan memacu gerakan koperasi
negara untuk merangsang koperasi
terlibat dalam bidang perniagaan
berimpak tinggi.
14
8. Untuk makluman semua,
sektor koperasi akan menjadi
penyumbang ekonomi yang
berkesan kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) Malaysia
menjelang tahun 2020.
15
9. Mengikut perangkaan terkini
(sehingga Disember 2017) oleh SKM,
bilangan koperasi telah meningkat
kepada lebih 13,800 buah koperasi
di seluruh negara yang melibatkan
jumlah keanggotaan individu
seramai 6.553 juta orang.
16
10. Manakala modal syer pula
berjumlah RM14.348 billion dan aset
sebanyak RM139.676 billion yang
menjana perolehan sehingga
RM40.241 billion .
11. Angka ini secara tidak
langsung menggambarkan
17
besarnya sumbangan sektor
koperasi kepada ekonomi negara
walaupun jika mengikut peratusan
hanya mewakili 4 atau 5 peratus
sahaja sumbangan terhadap KDNK
negara yang berjumlah kira-kira
lebih RM1.1 trillion pada tahun 2015.
18
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
12. Sektor koperasi mampu
menjadi sektor ketiga sekiranya satu
program tranformasi dilaksanakan
dengan mampan dan berkesan.
19
13. Pada pandangan saya,
koperasi yang ditubuhkan mestilah
telah menetapkan apakah fungsi
sebenar yang ingin diceburi.
14. Koperasi juga perlu
mengikuti perkembangan ekonomi
negara secara lebih dekat dengan
20
melihat penunjuk-penunjuk indeks
ekonomi yang dikeluarkan oleh
Bank Negara, Kementerian
Kewangan dan agensi-agensi yang
berkaitan lainnya.
15. Jika diteliti, dari segi dasar,
melihat secara perspektif makro,
21
sektor koperasi mesti menjadi
penyumbang yang berkesan
kepada pembangunan ekonomi
negara.
16. Manakala jika dilihat dari
perspektif mikro, koperasi boleh
menjadi penjana pertumbuhan
22
ekonomi, menjadi entiti perniagaan
yang kompetitif, mampu untuk
menjadi organisasi bantu diri yang
efektif dan peka serta proaktif
terhadap persekitaran.
17. Melalui kesepakatan dan
penyatuan yang utuh, koperasi dan
23
ANGKASA boleh merealisasikan
hasrat untuk bersama-sama
menjadi pemain dan kuasa utama
dalam menentukan corak ekonomi
negara menjelang tahun 2020.
18. Langkah pertama yang boleh
dilakukan ialah dengan
24
memberikan sokongan dan
kepercayaan kepada ANGKASA.
19. Sekali lagi, saya
mengucapkan terima kasih kepada
tuan-tuan dan puan-puan yang
menghadiri Kursus Induksi Koperasi
25
Anggota Baru ANGKASA yang
dianjurkan pada kali ini.
20. Terima kasih juga kepada
Jawatankuasa Perhubungan
ANGKASA Negeri yang memberikan
kerjasama dalam menganjurkan
majlis ini.
26
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik wal hidayah,
Assalamualaikum w.b.t.