amaran!!! - ajakrakan.comajakrakan.com/go/kastamfree.pdf · dan kajian penulis sendiri. anda...
TRANSCRIPT
-
1
-
Untuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan
dan kajian penulis sendiri. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-
mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda
yang baru sahaja tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian sebagai tips
untuk anda menghadapi temuduga dan bagi yang ingin menghadiri temuduga
mencari pekerjaan baru. E-book in juga sesuai untuk membantu anda supaya anda
mendapat gambaran keseluruhan temuduga dan situasi di dalam temuduga
tersebut. Oleh itu, diharap e-book Rahsia Bijak Temuduga ini akan dapat
membantu memberi keyakinan kepada diri anda.
Amaran!!!
E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara www.BijakTemuduga.com
Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-book ini kepada Pihak Lain.
Sebarang Kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Oleh itu, Anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin www.BijakTemuduga.com jika menerima e-book ini tanpa melalui laman web
www.BijakTemuduga.com
Tindakan Anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari
www.BijakTemuduga.com sahaja.
Jika Anda memilikinya secara tidak sah, saya tidak menghalalkan ilmu di dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.
Ditulis Oleh
http://www.BijakTemuduga.com
Disclaimer
2
-
Kenali Penulis
KES 1
Syed Faiz atau nama sebenar Syed Mohd Faiz merupakan
seorang bekas Jurutera Elektrik di salah sebuah syarikat
terkemuka di Malaysia. Beliau memulakan penulisan e-book
setelah menyedari akan kepentingan ilmu yang dapat
disampaikan kepada pembaca dengan cara yang mudah
dan cepat serta sejajar dengan perkembangan teknologi di
Malaysia sekarang.
Beliau meminati penulisan ebook ini kerana beliau dapat
menyampaikan informasi yang amat berguna selama tempoh
beliau berkhidmat sebagai Jurutera kepada pembaca yang
memerlukan pengetahuan tentang kerjaya. Melalui ebook ini juga beliau dapat
membantu pembaca menyelesaikan masalah takut, gentar, was-was dan kurang
keyakinan diri untuk hadir ke temuduga.
Kini beliau mempunyai syarikat InfoKerjaya Resources untuk menyalurkan informasi
kepada pembaca tentang kerjaya di Malaysia. Ebook kedua beliau Rahsia Bijak
Temuduga ini setelah ebook Rahsia Resume Kerja bakal membantu pembaca
membuka minda tentang strategi hadir ke temuduga serta bagaimana membina
keyakinan diri bagi berhadapan dengan panel temuduga dan menjawab soalan
dengan lebih bijak.
Beberapa trik dan helah yang dimainkan semasa temuduga, pengalaman beliau
dan soalan-soalan yang disediakan dalam ebook ini diyakini pasti membantu
pembaca. Temuramah yang dilakukan bersama panel temuduga dikongsikan
dalam ebook ini bagi membantu semua pembaca yang bakal menghadapi
temuduga supaya lebih bersedia daripada segi fizikal dan mental.
Bijak Temuduga
Jawatan Pegawai Hidupan Liar
3
-
Alhamdulillah cik Faiz..Saya dah berjaya hadapi temuduga tadi.
Ada 2 orang penemuduga. Kedua-duanya lelaki. Seorang dari SPA dan
seorang dari PERHILITAN. Alhamdulillah, kedua-duanya sangat mesra
sehingga hilang sedikit gemuruh saya. Soalan yang ditanya kebanyakannya
lebih kepada memberi pendapat dan memerlukan kemahiran berfikir. Ada
soalan yang saya boleh jawab dan ada juga yang saya terpaksa kata "Maaf
tuan. Saya kurang pasti. Tapi saya akan cuba jawab."
Sebelum sesi temuduga dimulakan, panel dari SPA cuba untuk
menghilangkan rasa gementar saya dengan berbual secara santai. Selepas
dia bertanya adakah saya sudah bersedia, barulah dia memulakan soalan.
Soalan dari panel SPA :
1. Sila perkenalkan diri. Nyatakan sekali pendidikan dan pengalaman
kerja.
2. Memandangkan saya ahli Persatuan Penulis Perlis, beliau bertanya
apa aktiviti yang saya pernah sertai.
3. Apa isu semasa yang Siti ada terbaca?.(Saya nyatakan tentang Bajet
2013)
4. Apa maksud GTP? Apa usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan?
5. Kenapa minat jawatan ini?
6. Antara skop tugas Pegawai Hidupan Liar adalah memberi kesedaran
kepada orang ramai tentang kepentingan konservasi hidupan liar.
Bagaimana cara untuk menyampaikan ceramah kesedaran kepada
golongan ulama? Elemen apakah yang perlu dinyatakan?
7. Bagaimana dengan Bahasa Inggeris Siti? Baik atau tidak?
Soalan dari panel PERHILITAN :
1) Berapa bahagian yang terdapat dalam Jabatan Perhilitan?. Sila
nyatakan tetapi tidak perlu hurai.
2) Bahagian mana yang Siti minat dan kenapa?
3) Sekiranya Siti ditugaskan untuk mengetuai inventori mengenai
mamalia kecil di hutan, apa persediaan yang perlu dilakukan?
4
-
KES 2
4) Siti membuat Projek Akhir Tahun di pesisir pantai (FYP saya berkaitan
belangkas). Bolehkah Siti sesuaikan diri membuat tugasan di hutan?.
5) Soalan terakhir dari panel SPA sebelum tamat sesi - Apa harapan Siti?
Apa yang ingin Siti katakan sebelum keluar?
Temuduga dijalankan dalam Bahasa Malaysia. Itu sahaja yang dapat saya
kongsikan. Ada soalan yang saya ingat-ingat lupa. Apa-apa pun saya nak
berterima kasih kepada cik Faiz sebab banyak tolong saya. Saya amat
hargai segala tips dari cik Faiz.
Ulasan Penulis : Untuk jawatan ini, dikongsikan oleh calon yang hadir ke
temuduga kerajaan. Anda boleh lihat bentuk soalan yang ditanya adalah
melibatkan pengetahuan tentang jawatan yang dimohon dan tentang diri
calon. Lihat dan bandingkan dengan soalan jawatan swasta, ia tidak
banyak perbezaanya.
Jawatan Penolong Akauntan W27
1. Nyatakan di antara tugas-tugas seorang penolong akauntan.
2. Nyatakan Visi, Misi dan Objektif Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
3. Siapakah Akauntan Negara Malaysia sekarang?
4. Nyatakan kuasa Akauntan Negara.
5. Kamu ada melawati Portal utama ANM? Nyatakan secara ringkas apa
yang terdapat pada laman tersebut?
6. Namakan Akauntan Pertama Malaysia.
7. Apa dia Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan?
8. Nyatakan Asas Perakaunan yang digunakpakai bagi
memperakaunkan akaun Kerajaan Persekutuan.
9. Apa yujuan Piawaian Perakauanan Kerajaan (PPK)
10. Nyatakan perbezaan Akaun dan Audit
11. Apa yang dimaksudkan dengan Wang Tidak Dituntut?
12. Nyatakan Etika Kerja Akauntan Negara Malaysia
13. Nyatakan tujuan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan
Negeri (SPEKS)
14. Bermula 1 Januari 2012, Caruman KWSP oleh majikan telah diselaras.
Berapa perastuskah caruman tersebut?
5
-
KES 3 2
15. Apa yang dianggap sebagai ASET di dalam Penyata Kewangan?
16. Apa erti Kumpulan Wang Disatukan?
17. Debit dan Kredit. Jiika di dalam penyata kewangan, Tunai terletak di
bahagian?
18. Apa yang dimaksudkan dengan Akaun Terakru? Adakah Penyata
Kewangan Kerajaan menggunakan Akaun Terakru?
19. Apa yang dimaksudkan dengan Aset Kerajaan di dalam Penyata
Kewangan?
20. Nyatakan dengan terperinci kandungan Akaun Hasil.
21. Jika anda terpilih dan menjadi Ketua dalam sebuah Unit, sebagai
orang baru bagaimanakah anda menghadapi kakitangan yang lebih
berumur dan berpengalaman dari anda?
22. Apakah yang anda lakukan sekiranya di bawah anda menegur
kesalahan anda?
23. Apa yang dimaksudkan dengan Susut Nilai Aset?
24. Apa yang kamu tahu tentang FRS?
25. Apa tujuan MASB dalam Perakaunan?
26. Sistem Perakaunan Micro. Apa faedahnya?
27. Terangkan secara ringkas mengenai Buku Tunai.
28. Nyatakan Badan yang mengurus Pencen Kakitangan Awam.
29. Nyatakan Tarikh Jabatan Akauntan Negara Malaysia melaksanakan
Asas Perakaunan Akruan.
30. Nyatakan Pecahan Akauan Amanah?
Ulasan Penulis : Kes 2 ini adalah berkaitan dengan 30 soalan tentang
temuduga jawatan Penolong Akauntan W27. Soalan-soalan ini adalah hasil
daripada kajian dan pengalaman beberapa orang calon yang telah
berjaya melepasi temuduga Penolong Akauntan.
Apa yang anda boleh lakukan adalah lihat kepada bentuk-bentuk soalan
yang ditanya. Kebanyakan soalan melibatkan pengetahuan tentang
jawatan itu sendiri dan tentang pengetahuan am anda terhadap jawatan
itu. Walaupun anda bakal menghadiri temuduga jawatan kerajaan yang
lain, ia pasti banyak berkisarkan tentang jawatan dan pengetahuan am
anda.Jadi saya amat sarankan untuk anda study terlebih dahulu skop
jawatan dan pengetahuan diluar jawatan tersebut. Rujuk kembali 30 soalan
ini dan anda pasti dapat ramalkan apakah jenis soalan yang bakal mereka
ajukan kepada anda mengikut jawatan yang anda mohon.
Jawatan Penolong Siasatan Jabatan SPRM
6
-
Salam.. Saya sbnrnya smenjak buat resume
baru hsil dr beli ebook tu, dpt offer keja dh
bnyk tp saya tolak sb saya xbrsedia lg.. Saya
masih mncr2, klau bleh saya nak keja dlm
kerajaan sb saya ditaja JPA msa blajr dlu.. Msa
tmuduga spa utk frst time dlu bulan 6 ritu,
wktu tu saya blm beli ebook, xtahu lg cara cam
mna, dn penemuduga tnya saya dgn soalan
neh ' xmahu smbung blajar ke? Mgkin sb dia
tgk cgpa saya..tp saya xtahu cara saya jwb tu
bnr ke x.. Bleh saya tahu pndpt encik klau saya
dtanya lg soalan brbentuk neh utk tmuduga
5/11 neh? Ape yg ptt saya jwb? Saya xnak
smbung lg sya nak keja dlu nti klau ada rezeki,
pluang baru insyaAllah la..bleh ke jwb mcm 2?
Yg kdua, saya tkut dtnya soalan mcm neh ' knp
msih blm bkerja? Saya xtahu nak jwb mcm
mna.. Mgkin org xfhm ape yg kita hadapi kan..
Jd saya mhn pndpt en supaya saya xtrslah jwb
nti..
Kmudian point kdua saya trkluar bhsa melayu
sikit jd dia kata truskan dlm bhsa
melayu..hehe:) Gugup utk bi.. Agak bnyk
soalan yg dtnya..
Kmudian dtnya siapa ketua sprm saya jwb dato
abu kassim b mohamed dn dmna sprm cwgan
d kedah, saya jwb d langkawi dn sp.. Dn dmana
cwgn negeri, tp saya xtahu jd saya jwb xtahu
kmudian dia beritahu saya..:) Saya juga dtnya
sukan apa yg msuk dn ceburi? Saya xjwb sperti
dlm borang d spa iaitu bola tmpr, bola bling,
hoki tp saya jwb badminton dn kerap brmain
dn aktif d politeknik dahulu.. Saya xsebut yg
tiga dlm borang tu sb itu peringkat sekolah dn
ada sijil dn yg badminton neh skdr d poli tp xda
sijil trtntu..jd dia kata, sayang kamu x nyatakan
dlm neh.. Tape ke encik? Hehe.. So far ok la..
Hrp2 brjaya lah..oh lupa, dia tnya saya dlm
bhsa inggeris satu soalan iaitu tntg pndekatan
utk diambil utk membanteras rasuah, tp saya
trkejut dgn soalan bhsa inggeris yg agak sukar
utk buat ayat jd saya cuma jwb mgkin bleh
buat seminar, ceramah, debate anti rasuah di
ipta/ipts..
Ya.. Dia tnya saya bleh brlakon x? Saya kata
bleh tp prlukan bimbingan.. Pastu trus dia
msuk pasal kelab mlm sgup x saya msuk, kna
bukak tudung sngup x sb nak wat risikan? Saya
jwb sngup. Dan dia kata btl ka? Saya kata ya tp
asalkn x brsalah.. Dia kata mcm neh encik
'baik, saya tuntut jnji kamu neh nti'.. Saya pn
hrp adalah rezeki..:)
Dan neh lah first time saya penah dgr
penemuduga kerajaan puji calon.. Pdhal
xpenah penemuduga akan puji calon malah
akan pressure lg nak tgk calon mcm mna tahan
ke x kan.. Saya dia kata 'dia kagum dgn saya' tp
saya trkejut jga sb saya rasa sya biasa2 ja dn
asa rendah dri sgt.. Ape2 pn saya hrp rezeki
saya adalah tp saya serahkan dn tawakal ja pd
Allah sb saya dh berusaha utk buat yg trbaik dr
yg sblmnya.. Dgn beli ebook neh, dgn usaha
buat name tag, pakai kot, study ape yg ptt, neh
suma adlah usaha jga sbnrnya..:)
Ya sgt menarik dn sgt mnguji saya.. Tp
alhmdulilah jga saya mampu jwb wlaupn
pening jga yg dlm bi tu..hehe.. Yg soalan tntg
apa yg sy fhm tntg rasuah, sya bri mkna, kesan
dr pngmbilan rasuah, dn bentuk
rasuah..wlaupn depa xtnya dgn detail tp sya
selitkn juga utk membuat mreka prcaya yg sya
tahu tntg tu..:) Yg seronoknya, apa yg ebook
encik sediakn soalan dn jwpn tu sebiji2
dtnya..dn soaln yg sya tnya pd encik mngenai
apa yg ptt saya jwb jika mreka tnya pd sya knp
msih blm bekerja dn alhmdulilah saya jwb
mngikut jwpn yg encik sarankan..:) Hehe
1
6
5
4
3
Ulasan Penulis : Secara keseluruhan, kisah ini adalah berdasarkan perbualan
saya dan seorang calon daripada sebelum temuduga sehinggalah tamat
7
-
1
2
3
4
5
6
temuduga jawatan Penolong Siasatan di jabatan Suruhanjaya Pencegah
Rasuah Malaysia (SPRM). Saya akan huraikan mengikut numbering yang
telah saya nomborkan seperti halaman sebelum ini.
Calon risau jika penemuduga menyoal tentang keinginan beliau
melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah kerana keputusannya agak
baik. Soalan kedua adalah tentang kerisauan beliau jika ditanya
soalan Mengapa masih belum bekerja?.
Perbualan dengan penemuduga bertukar kepada penggunaan
Bahasa Melayu.
Penemuduga menyoal tentang pengetahuan am tentang jawatan
dan soalan berkaitan calon.
1. Siapa Ketua SPRM?
2. Cawangan SPRM di Kedah? (Temuduga ini di Kedah)
3. Cawangan negeri SPRM di Kedah?
4. Sukan yang diceburi?
Perhatikan, butiran diri calon di dalam borang beliau
menyatakan bola tampar, bola jaring dan hoki tetapi
semasa temuduga beliau menjawab badminton.
Bermakna sambil mereka menyoal calon mereka
memerhatikan butiran diri calon seperti dalam borang.
5. Soalan dalam bahasa Inggeris tentang pendekatan yang
diambil untuk membanteras rasuah.
Penemuduga ingin melihat penguasaan anda dalam
bahasa Inggeris.
Penemuduga terus menguji calon dengan soalan kritikal tentang
persekitaran pekerjaan bertujuan ingin menguji tahap pemikiran calon
tersebut tentang sesuatu situasi.
1. Soalan tentang kebolehan berlakon. (Soalan ini adalah soalan
permulaan untuk mengaitkan calon dengan tugasan pada
soalan kedua)
2. Soalan tentang kesanggupan calon lakukan perkara di luar
jangkaan beliau untuk melakukan tugas. Mereka ingin melihat
kesungguhan calon terhadap jawatan yang dimohon.
Soalan seterusnya berkaitan dengan pengetahuan tentang rasuah.
Calon bersyukur dengan membuat persediaan awal beliau mampu
hadapi temuduga dengan lancar dan bertawakal.
8
-
Assalammualaikum Datuk, Tuan
(sambil memberikan senyuman yang paling hensem aku kat
dua-dua panel interview aku dan merenung anak mata depa
sambil menganggukkan kepala sket tatkala bersalaman.)
Apa khabar Datuk, Tuan?
(sambil senyum lagi)
Alhamdulillah sihat
(hahaha amek tips from jobs hunting strategies kat UTP! seblm
depa interview kita, baik kita interview depa dlu!)
TA : Sejuk tgn Encik Rahim?
(sambil mengurut-urut misai putihnya
yang tebal! seyes!)
Agak kuat aircond di luar tadi encik
(sambil memberikan senyuman yang
paling hensemnya)
DA : Encik Rahim pernah hadir
temuduga dgn saya ke sblm ni?
(soalan yang aku dah
jangka!) Pernah Datuk, bulan
12 lepas di sini Datuk.
KES 4 Jawatan Kerajaan : PTD 1
Aku masuk penuh tertib dan senyum xabes2 cam kerang busuk pastu terus
aku salam kedua-dua panel interview kat luar.
Aku tanya dulu
Mereka jwb
Penemuduga : (DA : Datuk Ahmad & TA : Tuan Ayouf)
dan aku terus memberikan fail-fail berisi sijil-sijil, degree holder, resume dan
beberapa dokumen penting yg telah disediakan oleh SPA semasa
mendaftar pukul 8 tadi.
Tiba-tiba:
Aku meminta izin utk duduk dan setelah diberi kebenaran, aku duduk kat
kerusi. (suasana dlm bilik interview ada 1 kerusi utk calon dan 2 buah meja
dan kerusi utk panel dan sebuah laptop. Bilik agak sederhana besar sesuai
utk interview session.)
Keadaan berlangsung lagi
9
-
DA : Jwtan apa tu? Penolong Pegawai Pendaftaran
Gred S27 Datuk.
DA : Yg tu pon kamu xlepas
ni mcmana pulak nak pg
tahap paling tinggi ni huh?
(saje psiko kot)
Betul Datuk, ia agak mengecewakan
sy juga ketika itu, tetapi sy percaya yg
rezeki sy belum smpai dan percaya
rezeki ada di mana-mana. Tetapi
Datuk juga yg mengatakan agak rugi
sy mempunyai ijazah dan diploma
yang cemerlang nak pegi kerja buat
i/c org awam. (Psiko Datuk tu balik.)
DA : Apa persediaan yang kamu
dah buat utk hari ni En. Rahim?
(pandang calon tu.)(sambil Tuan
Ayouf disebelah menyelak-
nyelak sijil-sijil aku satu persatu
dan ijazah aku.)
DA : Apa yang Encik Rahim
faham mengenai.(lebey
kurang la)
1) Berikan perbezaan antara kuasa-kuasa yang ada pada Kerajaan
Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
(pd aku agak susah sket coz aku tau PBT DBKL je so aku xdpt bg
cth lain. Tibe2 otak jadi tepu!)
2) Apa yang ada dlm Perlembagaan Persekutuan? (kacang!)
3) Apa yang dimaksudkan dengan seperation of powers?
(kacang!)
4) Apa kaitan antara PTD dgn Parlimen Malaysia?
(aku mengaku kantoi disini. Sebenarnya aku tau tapi aku terus
hurai tugas akhir PTD di parlimen iaitu sbg pegawai pemerhati.)
So, aku pon senaraikan sume persediaan yang aku dah buat dari A-Z
(kacang je soalan tu, dlm BM plak so aku hujah la panjang2.. hehe).
Datuk tu sambung soalan dia
(tanpa lihat resume aku dan sijil-sijil aku)..
Soalan-soalan yang diutarakan kat aku (panduan PENTING utk
semua calon yang bakal attend interview PTD plak nanti!)
10
-
DA : Jwpan yg diberikan En. Rahim td
tu kalau esei saya bg 10/100 je. Kalau
dlm esei, En.Rahim nak jwb soalan A tp
pg cerita utk esei B (smbil memandang
calon tu penuh makna.)
(terkedu!) Memandang
wajah Datuk dgn penuh
ihsan!
DA : (cuba menolong calon PTD
tu) Berapa bidang tugas PTD yg
En. Rahim tau?
8 Datuk (smbil
menyenaraikan 1 persatu)
DA : Hah! Itu yang sepatutnya En.
Rahim ckp awal2 tadi,
MENGGUBAL dasar kat Parlimen
kerajaan membuat undang-
undang bukan?
Bagaimana En.Rahim?
Maafkan saya Datuk,
saya cuba lagi sekali
(smbil memberikan hujah
barunye)
1. Encik Rahim minat apa? Ekonomi? Politik? General issues?
(so aku terus la jwb POLITIK sir! aku harap dia tanya pasal politik
Perak coz isu tu tgh hot gila skang, tapi)
2. Senaraikan dasar-dasar luar Presiden baru Amerika Syarikat
Barrack Obama (aku terus telan air liur! tapi gorenggggggggggg)
3. Pada pendapat aku, apa setiausaha negara US Hillary Clinton
buat kat China skang?(telan air liur lagi! tapi gorengggggggggg
dgn english tunggang-langgang.)
4. Apa pula yang bakal dibuat beliau (Hillary) di Middle East next
month?? (aku gorengggg dgn english aku yang dah mmg
*(&(*^*&%^!!!!)
Di sini, aku telah ditegur oleh Datuk (aku amek positif), beliau kata mcmni
Selesai dgn Datuk, Tuan Ayouf pulak menyoal akuAntara soalan Tuan
Ayouf (in English and his comm skills SUPERB! Excelolent english dia)
(Aku translate in Malay ye haha)
11
-
DA : Apa sumbangan yang boleh diberikan oleh
En.rahim sekiranya terpilih menjadi seorang PTD? (aku
dah prepare so aku terus jwb 5 points. Nampak Datuk
puas hati)
Mengapa saya harus pilih En. Rahim?
Ada apa-apa soalan utk kami?
Terima Kasih, itu saje
Terima Kasih Datuk, Tuan (smbil
salam kedua-dua panel dan
memberikan senyuman yang
penuh bermakna!)
Lepas tu, Datuk Ahmad tgk jam, beliau minta aku buat conclusion..
Calon PTD : (Jwb satu persatu dgn tertib tp byk goreng!)
Dan
Lastly, (aku keluar bilik dan tgk jam lebih kurang pkul 1.05 ptg! xsedar masa
berjalan!)
Aku mmg xberapa yakin boleh lepas tahap ni, AKU PERCAYA KALAU ADA
REZEKI, AKU JD PTD TAHUN NI, kalo tak aku cuba lagi TAHUN NI! tu pon kalau
lepas exam bulan lepas yg aku amek last month!
Kawan-kawan, doakan aku lepas Interview PTD dan dpt berkhidmat dgn
kerajaan as a PTD this year! nanti kalo aku jd PTD, meh aku sain luluskan ape
kontrak korg eh, anak2 nak biasiswa ke (ahaks!) tapi yg LEGAL je la! hehe
Sekian, terima kasih.
Salam Ukhwuah,
Ulasan Penulis : Ini adalah perkongsian pengalaman seorang calon
temuduga PTD. Beliau ditemuduga oleh 2 orang panel temuduga. Ada
unsur-unsur provokasi, soalan berkenaan pengetahuan tentang jawatan dan
beberapa ujian penggunaan bahasa Inggeris. Mereka menyola sambil
menyemak dokumen yang diberikan calon diawal temuduga berlangsung.
12
-
KES 5
Apa yang disarankan, anda siap sediakan dokumen seperti resume
beberapa helaian untuk standby jika penemuduga lebih daripada seorang.
Berikan kepada mereka setiap seorang berbanding hanya satu dokumen
dan mereka berkongsi. Ini lebih menampakkan anda lebih bersedia dengan
maklumat sebelum temuduga.(Semak ebook Rahsia Bijak Temuduga
Masanya Sudah Tiba ms 25)
Jawatan Kerajaan : PTD 2
Salam,
Meh sini nak share. Kadang-kadang bila fikir-fikir balik mcm nak tergelak pun
ada. Interview saya hari Khamis lepas di putrajaya. Dari mula lagi dah agak
kurang yakin dengan pakaian sendiri. Saya cuma berkurung dan pakai
tudung selendang lilit. Ada yang kata tak boleh selendang, seeloknya
tudung bawal.
Tapi tidak mengapaAda yang berkurung dan berblazer, bila ditegur
kurang sesuai, tak boleh terima. Ada juga berkasut tumit tinggi yang dahsyat
tapi entahmungkin soal jawab lagi penting.
Saya tunggu agak lama sebab lewat sikit. Tapi ya, bila ditemuduga, tell us
about yourself tu dah jadi soalan wajib. Kemudian tiba giliran panel kedua
utk mengaju soalan..
1. Gaji PTD lebih murah, tidak mengapa?
Saya terkantoi yang government tidak membenarkan side
business, in case gaji tak cukup.
2. Apa fungsi Parlimen?
3. Fungsi Kabinet.
4. Struktur pentadbiran Malaysia (Agong, etc)
5. Ciri-ciri utk dicalonkan sbg ADUN dan Ahli Dewan Undangan Rakyat
Yang ni saya tak dapat jawab
6. Bidang tugas PTD
7. Kalau ditempatkan di suatu daerah, apa tugas yg PTD harus buat?
8. Since saya background IT, maka ditanya lah apa PTD akan buat kalau
nak start bina sistem buat penggunasebelum design, apa suma
jenuh juga nak fikir tapi setelah teka-meneka, dapat pun jawapan
(Alhamdulillah)
9. Beza leadership dgn management.
10. Definisi Integriti.
13
-
..tu je yg saya ingat buat masa skrg.
Mcm-mcm..ikut panel. Ada bilik interview yg setiap calon di interview smp
sejam atau lebih! keluar bilik interview muka ketat, tension, merah padam
pun ada. saya jangka, baru lah BETUL bagaimana seorg diplomat harus
ditemuduga!
Apa-apa pun saya taknak fikir lagi apa yg dah lepas. Satu pengalaman yg
menarik. Tak saya nafikan blog ni ada bagi motivasi dan ada jugak buat
saya lagi takut lebih-lebih lagi bila dgr pengalaman org lain.
Alhamdulillah, saya dah lepas, tunggu result saja (yg saya jangkagagal) tp
tak mengapa.. satu pengalaman yg menarik.
P/S: Ada juga yg terus tanya: baca paper harini? jawab tak panel
sambung saya dah tau level awak kat mana..so, baca-baca lah ya
sementara tunggu turn tu takyah la sembang-sembang sgtbeli paper,
baca..jgn lupa baca doa selawat dan zikir. Moga dimurahkan rezeki,
dipermudahkan dan diberikan yg terbaik dari Allah SWT.
Good luck semua! Berkhidmat untuk Negara!
Ulasan Penulis : Pada permulaan calon agak risau tentang pakaian yang
beliau gunakan untuk ke temuduga. Beliau disoal tentang pengetahuan am
PTD dan beberapa soalan tentang jawatan. Anda boleh lihat aliran
penceritaan temuduga ini dan ambil point penting seperti pakaian yang
digunakan, pengetahuan semasa (seperti membaca surat khabar sebelum
temuduga atau pada hari temuduga) dan tentang skop jawatan yang
dimohon (persediaan untuk soalan pemikiran kritis dan kreatif).
14
-
Diagnosis dan Analisa
Jika anda perhatikan daripada 5 jawatan temuduga kerajaan ini,
kebanyakan soalan yang ditanya adalah berdasarkan :
Pengetahuan am tentang jawatan yang dimohon (cth: Nama pegawai atasan)
Pengetahuan tentang terma-terma yang terlibat dalam jawatan tersebut
(contoh : seperti jawatan Penolong Akauntan)
Pengetahuan semasa (maklumat semasa dalam surat khabar, berita, isu panas terkini dll)
Peribadi anda (tentang hobi, peribadi dan skil)
Kesanggupan anda bertindak diluar jangkaan (contoh : membuka tudung ketika bertugas - menguji kesungguhan
calon)
Meminta pendapat anda atau tindakan yang perlu anda lakukan
Cara anda berfikir tentang sesuatu isu
Bagi jawatan kerajaan, anda disarankan untuk memahami tentang jawatan
yang anda mohon, skop kerja, pengetahuan am yang berkaitan dengan
jawatan, mengenali organisasi jawatan tersebut dan isu semasa yang
sedang hangat diperkatakan (dalam media massa elektronik dan cetak).
Dinasihatkan untuk anda semak terlebih dahulu butiran diri yang telah anda
hantar kepada mereka sebelum hadir ke temuduga. Mereka mungkin telah
study tentang diri anda sebelum menyoal anda atau mereka menyoal anda
sambil merujuk dokumen lengkap anda. Berhati-hati supaya tidak kantoi
Soalan am yang lain saya amat sarankan untuk anda merujuk ebook 5 Hot
Pengalaman Temuduga Swasta. Himpunan soalan-soalan jenis ini amat
membantu anda supaya lebih bersedia. Jika mereka cuba untuk tembak
anda, anda sudah bersedia dengan perisai. Saya yakin anda mampu
lakukan dengan terbaik. Saya doakan anda berjaya! Peace
Selamat maju jaya!
- Penulis
15
-
RUJUKAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Terus buat tempahan di;
http://rujukankerjaya.com/temudugaKastam
-
Bacaan Lanjut Temuduga Kastam
http://rujukankerjaya.com/2014/soalan-temuduga-kerjaya-kastam
10