1. garis panduan pelaksanaan internship - pelajar ppg 2011
Post on 10-Feb-2016
274 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAJADUAL KERJA PENYELIAAN INTERNSHIP
(30.3.2015 hingga 24.04.2015)
Minggu Dan
Tarikh
Aktiviti dan TindakanCatatan
PELAJAR MENTOR PENGURUSSEKOLAH
Minggu 130.03.201
503.04.201
5
- PERANCANGAN AKTIVITI / PROJEK
- Berbincang dengan mentor dan pengurus sekolah
-
Bimbingan
Memberi kerjasama
Minggu 206.04.201
510.04.201
5
- PERANCANGAN AKTIVITI / PROJEKmenyediakan kertas cadangan projek
BimbinganMemantau perancangan projek
Pemantauan IPGK
Minggu 313.04.201
517.04.201
5
- PELAKSANAAN AKTIVITI / PROJEK Bimbingan
Memantau pelaksanaan projek
PemantauanIPGK
Pencalonan kes lemah/gagal
Minggu 420.04.201
524.04.201
5
- PENILAIAN AKTIVITI / PROJEKmenyediakan laporanbertulis
PENILAIANBERSAMA
PENILAIAN BERSAMA
Pemantauan IPGK
Nota :1. Buku rekod mengajar dan semua penyediaan bahan berkaitan pelaksanaan
Internship WAJIB ditulis tangan.2. LAPORAN BERTULIS (8 – 10 muka surat) dibenarkan ditaip dengan kemas.3. Pengurus sekolah dan mentor hendaklah menggunakan Borang PR3 semasa
membuatpenilaian bersama
4. Pelajar dikehendaki menghantar satu salinan laporan yang telah disemak oleh Mentor ke Unit Praktikum.
1
PISMP AMBILAN JUN 2011(MOD
PJJ)Kumpulan PPG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA GARIS PANDUAN RINGKAS PELAKSANAAN INTERNSHIPPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
PISMP AMBILAN JUN 2011 (MOD PJJ)Kumpulan PPGTEMPOH : 30 MAC 2015 HINGGA 24 APRIL 2015 (4 MINGGU)
1. KONSEPInternship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berinovasi.
2. OBJEKTIFMelalui program internship, pelajar akan dapat:
i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.
iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi.
v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.
vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran serta projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang berterusan.
vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.
3. PROSEDUR PELAKSANAAN
i. Tempoh
Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu dengan peruntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8.
ii. Penempatan Internship
Pelajar wajib menjalani Internship di sekolah rendah sahaja.
iii. Bilangan Waktu Mengajar
2
Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah rendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah.
Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolah rendah seperti PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2 - 4 waktu seminggu di sekolah rendah.
iv. Mata Pelajaran
Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja di samping melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship.
v. Taklimat Internship
Pelajar wajib menghadiri taklimat Internship yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK.
vi. Portfolio
Pelajar mesti menyediakan portfolio Internship (rujuk Lampiran 3).
4. PROJEK INTERNSHIP
i. Pelajar wajib melaksanakan satu (1) projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projek tersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 20 – 30 minit (satu waktu)
ii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan inovasi tersebut dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
iii. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaan sendiri.
iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif, strategi dan pelan tindakan projek inovasi.
v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan projek inovasi dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, penulisan perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome, aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi.
vi. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 – 10 muka surat (tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya) mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan (rujuk Lampiran 1).
vii. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio internship berserta rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah diserahkan kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) minggu selepas tamat Internship untuk dinilai.
5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
(i) Pelajar
i. Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK.
ii. Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif Internship.3
iii. Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM):
i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakan Internship
ii. mentor yang telah dilantik oleh pengurusan sekolah berkenaan
iv. Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan sebelum menjalani Internship.
v. Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untuk mencapai
persetujuan bersama tentang projek inovasi yang akan dilaksanakan.
vi. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru/pegawai dan staf sokongan.
vii. Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan sekolah.
viii.Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. Pelajar kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk sesi persekolahan dalam seminggu.
ix. Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/bertugas.
x. Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship kepada Unit Praktikum IPGK.
xi. Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara individu. Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan mata pelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam masa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak memplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan.
Contoh Projek Inovasi dalam PdP:i. Kaedah Baca Cepat Dalam Pengajaran Jawi (bidang Pendidikan Islam)ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik)iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)
xii. Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projek inovasi tersebut berdurasi selama 20-30 minit (1 waktu) dalam bentuk cakera padat (CD) beserta RPH perlu disediakan untuk tujuan penilaian. (Pelajar dinasihatkan membuat salinan rakaman dalam fail peribadi)
xiii.Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi antaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepada mentor/penilai
xiv.Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksi pada setiap minggu sepanjang tempoh Internship berpandukan format yang ditetapkan. (rujuk Lampiran 2 dan 2a).
xv. Pelajar kategori PPPBS yang bertugas sebagai guru di sekolah rendah perlu menghantar rakaman video, RPH dan portfolio internship untuk dinilai oleh mentor yang dilantik oleh pihak sekolah dalam tempoh satu (1) minggu setelah tamat internship. Seterusnya bahan-bahan yang telah dinilai oleh mentor perlu di hantar ke Unit Praktikum IPGK untuk proses penilaian oleh pensyarah selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas tamat Internship.
xvi.Pelajar kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM pula rakaman video, RPH dan portfolio internship perlu menghantar terus ke Unit Praktikum IPG untuk proses penilaian oleh pensyarah dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship.
4
5. PROJEK/AKTIVITI INTERNSHIP
Pelajar dikehendaki memilih mana-mana projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Contoh projek/aktiviti yang boleh dilaksanakan:
i. Melaksanakan tugas sebagai guru kelasi. Menguruskan perhimpunan mingguanii. Merancang dan mengelolakan pertandingan peringkat sekolahiii. Merancang dan menguruskan program motivasi peringkat sekolahiv. Merancang dan mengelolakan projek/aktiviti keceriaan dan kebajikan komuniti
sekolahv. Merancang dan menguruskan pertandingan sukanvi. Merancang dan menguruskan aktiviti unit beruniformvii. Merancang dan menguruskan pelaksanaan kursus dalaman untuk warga sekolah
6. PENILAIAN INTERNSHIPPenilaian prestasi pelajar dalam Internship dibuat oleh pengurus sekolah dan Mentor pada minggu akhir berasaskan kepada komponen-komponen yang dinyatakan dalam Jadual 6.1
Komponen Penilaian Rujukan Wajaran
1. Kemahiran interpersonal dan intrapersonal
Pengurus sekolah dan Mentor 10%
2. Perancangan projek/aktiviti Porfolio Internship 10%
3. Pelaksanaan projek/aktiviti Portfolio Internship 30%
4. Penilaian projek/aktiviti Portfolio Internship 10%
5. Jurnal reflektif Portfolio Internship 10%
6. Sikap dan sahsiah Pengurus sekolah dan Mentor 30%
Jumlah 100%
Jadual 6.1: Komponen Penilaian Internship
7. SYARAT PELANTIKAN MENTORa) Mentor yang dilantik hendaklah mengajar opsyen yang sama dengan guru pelatih
dan telah disahkan dalam jawatan.b) Mentor tidak dibenarkan membimbing 3 orang guru pelatih.c) Bagi mana-mana sekolah yang ditempatkan 3 orang guru pelatih IPGKG, pihak sekolah
boleh melantik 2 orang Mentor.
5
SEGALA URUSAN SURAT-MENYURAT HENDAKLAH DIALAMATKAN KE :-
PengarahInstitut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti surat 10491,88805 Kota Kinabalu
Sabah.(u.p. Ketua Unit Praktikum)
LAMPIRAN 1
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP( Laporan antara 8-10 muka surat)
NAMA PELAJAR :…….………………………………………………………………………..…………………
PROGRAM :………………..……………………………………………………………………………….
NAMA SEKOLAH :……………………………..………………………………………………………………….
NAMA PROJEK/AKTIVITI:……………………………………………………………………………………………….
TEMPOH PELAKSANAAN:……………………………………………………………………………………………….
OBJEKTIF :
1) ..……………………………………………………………………………..…………………………..
2) ……………………………………………………………………………………………..…………….
3) ……………………………………………………………………………………………………………
4) …...………………………………………………………………………………………………………
STRATEGI PELAKSANAAN:
1) ……………………………………………………………………………………………………………
2) ……………………………………………………………………………………………………………
3) ……………………………………………………………………………………………………………
6
REFLEKSI:1) Kekuatan Projek/Aktiviti
2) Kelemahan Projek/Aktiviti :
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
KESIMPULAN :………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
LAMPIRAN 2
PENULISAN REFLEKSI
Definisi Refleksi:
Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)
Amalan refleksi merupakan pelakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.
Tujuan Refleksi:
Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.
Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.
Memperkembang keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.
Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan.
Ciri-ciri Refleksi:
Bermula dengan mengingat kembali
Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu
Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)
Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif7
Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam Internship
Merupakan proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh pelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkat kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah:
1. Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan:
Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai ?
Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?
Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut ?
Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?
2. Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 2A
LAMPIRAN 2A
CATATAN REFLEKSI( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokus:
2. Analisis isu / perkara yang difokus:
2.1 Kekuatan:
2.2 Kelemahan:
8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
BORANG PENILAIAN INTERNSHIP
3. Cadangan penambahbaikan:
(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)
Perhatian: Borang ini digunakan untuk penilaian internship yang perlu dilengkapkan oleh Mentor dan Pengurus Sekolah.
Nama Pelajar : _________________________________________________ No. K.P.: _______________________
Ambilan: _________________________ Major :_______________________ Elektif :_________________________ (bulan – tahun)
Sekolah : _______________________________________________________________________________________
Rumusan untuk Internship
Petunjuk TahapTahap 1 : Terdapat banyak kelemahan Tahap 2 : Terdapat beberapa kelemahanTahap 3 : Pencapaian sederhana Tahap 4 : Baik dalam banyak aspekTahap 5 : Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek
KRITERIA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAPTahap Peratus 10% Peratus 30%
12345
0.0 – 2.93.0 – 3.94.0 – 6.46.5 – 7.9
8.0 – 10.0
0.0 – 5.9 6.0 – 11.912.0 – 19.419.5 – 23.924.0 – 30.0
9
IPGKG- 39
BORANG PR3
IPGKG- 39INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
BORANG PENILAIAN INTERNSHIP
Arahan: Sila bulatkan angka yang berkenaan
Aspek Tahap Ulasan
A. INTERPERSONAL & INTRAPERSONAL (10 markah)
1 2 3 4 5
- Komunikasi- Hubungan dengan murid- Hubungan dengan kakitangan sekolah- Hubungan dengan ibu bapa dan masyarakat
setempat(Rujuk Portfolio Internship)
Markah A =
__________
B. PERANCANGAN PROJEK/AKTIVITI (10 markah)20
1 2 3 4 5
- Pelan tindakan disediakan - Matlamat jelas dan sesuai- Menyatakan dengan jelas pihak terlibat- Tempoh masa pelaksanaan projek/aktiviti sesuai
(Rujuk perancangan)
Markah B =
__________
C. PELAKSANAAN PROJEK/AKTIVITI (30 markah)20
1 2 3 4 5
- Mengikut jadual perancangan Markah C = - Penglibatan aktif peserta - Pengendalian projek/aktiviti lancar - Maklum balas/komen peserta __________
10
D. PENILAIAN PROJEK/AKTIVITI (10 markah)20
1 2 3 4 5
- Menyediakan laporan projek/aktiviti - Cadangan penambahbaikan Markah D = - Laporan akhir pelaksanaan projek/aktiviti
__________
E. JURNAL REFLEKTIF (10 markah)
1 2 3 4 5
- Mengenal pasti masalah - Mengenal pasti punca masalah - Merancang strategi penyelesaian masalah Markah E = - Melaksanakan strategi penyelesaian masalah - Penilaian kendiri dan rumusan __________
Aspek Tahap Ulasan
F. SIKAP DAN SAHSIAH (30 markah)
1 2 3 4 5
- Mempunyai matlamat - Bermotivasi tinggi- berusaha mencapai matlamat- Berfikiran terbuka- dengar pandangan orang lain- Mampu mempengaruhi dan memimpin orang Markah F = berusaha mencapai matlamat- Mampu menyelesaikan masalah (Rujuk Portfolio Internship) __________
Jumlah Keseluruhan Markah = (A + B + C + D + E +F ) = _________%
11
RUMUSAN KESELURUHAN
Tandatangan Mentor Tandatangan Guru Besar dan Cop
_____________________________________ _______________________________________( ) ( )
Tarikh: _________________________
LAMPIRAN 3A
PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR3)
1. Borang PR3 digunakan untuk membuat penilaian Internship.
2. Pengurus sekolah dan guru pembimbing perlu membuat perbincangan sebelum membuat rumusan dan penilaian pada borang PR3.
3. Lapan komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuat rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar.
4. Borang rumusan PR3 ini tidak boleh diberikan kepada pelajar.
A. INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL
12
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Tidak ada komitmen dalam menjalankan tugas.
Tidak ada usaha untuk mewujudkan hubungan dengan kanak-kanak, kakitangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Semangat bekerja dan komitmen kurang ketara, menghadapi masalah memilih pendekatan profesional, sukar menerima teguran, menghadapi kesulitan berhubung dengan rakan-rakan secara sosial dan profesional.
Ada masalah hubungan dengan kanak-kanak, kakitangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Ada tanda-tanda minat dan komitmen; menunjukkan kesanggupan untuk menyesuaikan diri dengan rakan, kanak-kanak, kakitangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Kadang kala menghadapi kesukaran dengan rakan, kanak-kanak, kaki tangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Menunjukkan keupayaan profesional yang baik selaras dengan peranannya.
Dapat menyesuaikan diri dengan rakan, kanak-kanak, kaki tangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Menampilkan sifat-sifat profesional yang amat baik, mudah diterima sebagai rakan sejawat, kakitangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Berjaya menarik minat kanak-kanak. Memiliki semangat dan komitmen kerja yang amat tinggi.
B. PERANCANGAN PROJEK/AKTIVITI
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Perancangan projek/aktiviti tidak jelas, tidak teratur, strategi tidak sesuai, tidak ada sumber rujukan, persembahan sangat lemah
Perancangan projek/aktiviti kurang jelas, kurang teratur, strategi kurang sesuai, sumber rujukan sangat terhad, persembahan lemah
Perancangan projek/aktiviti jelas, tetapi kurang teratur, strategi sesuai, sumber rujukan terhad, persembahan mengikut format
Perancangan projek/aktiviti jelas dan teratur, strategi sesuai, sumber rujukan sesuai dengan tajuk, persembahan mengikut format
Perancangan projek/aktiviti sangat jelas dan teratur, strategi sesuai, sumber rujukan pelbagai dan sesuai dengan tajuk, persembahan kreatif dan mengikut format
C. PELAKSANAAN PROJEK/AKTIVITI
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Tidak jelas, tidak teratur, tidak mengikut jadual perancangan.
Kurang jelas, kurang teratur,mengikut jadual perancangan.
Jelas, tetapi kurang teratur,mengikut jadual perancangan.
Jelas dan teratur,mengikut jadual perancangan.
Sangat jelas dan teratur,mengikut jadual perancangan.
D. PENILAIAN PROJEK/AKTIVITI
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
Tidak jelas, tidak teratur menyediakan laporan projek/aktiviti
Cadangan penambahbaikanLaporan akhir pelaksanaan projek/aktiviti
Kurang jelas, kurang teratur menyediakan laporan projek/aktiviti
Cadangan penambahbaikanLaporan akhir pelaksanaan projek/aktiviti
Jelas, tetapi kurang teratur menyediakan laporan projek/aktiviti
Cadangan penambahbaikanLaporan akhir pelaksanaan projek/aktiviti
Jelas dan teratur teratur menyediakan laporan projek/aktiviti
Cadangan penambahbaikanLaporan akhir pelaksanaan projek/aktiviti
Sangat jelas dan teratur menyediakan laporan projek/aktiviti
Cadangan penambahbaikanLaporan akhir pelaksanaan projek/aktiviti
E. CATATAN REFLEKTIF
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
13
Kurang berusaha untuk menilai diri
Tidak dapat menghubung kaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang telah diambil.
Tidak menunjukkan usaha untuk merancang dan membuat tindakan susulan.
Ada usaha untuk menilai kekuatan dan kelemahan diri, tetapi tidak dapat menghubug kaitkan sebab dan akibat tentang tindakan yang telah diambil.
Kurang mengaitkan situasi dan pengalaman untuk membuat inferens.
Sentiasa berusaha menilai kekuatan dan kelemahan diri.
Dapat menghubungkait sebab dan akibat yang telah diambil.
Dapat mengaitkan situasi dan pengalaman untuk membuat inferens.
Berjaya menilai kekuatan dan kelemahan diri.
Dapat menghubungkait sebab dan akibat tentang tindakan yang diambil
Dapat mengaitkan sebab dan akibat untuk membuat inferens.
Dapat meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti, seterusnya merancang langkah susulan.
Sangat berjaya menilai kekuatan dan kelemahan diri.
Dapat menghubungkait sebab dan akibat tentang tindakan yang diambil
Dapat mengaitkan sebab dan akibat untuk membuat inferens.
Dapat meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti, seterusnya merancang langkah susulan.
F. SIKAP DAN SAHSIAH
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5
a. Penampilan Diri
Pakaian tidak sesuai dengan profesion dan tempat.
Tidak berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi.
Pakaian kurang sesuai dengan profesion dan tempat.
Kurang berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi.
Berpakaian kemas, bersopan santun, berbudi bahasa.
Cuba berusaha untuk menimbulkan suasana mesra dan menyenangkan dalam kalangan murid.
Berpakaian kemas, berbudi bahasa, sopan santun, memiliki sifat mesra dan mempunyai perawakan dan kewibawaan sebagai seorang guru.
Menunjukkan keyakinan diri dalam segala perlakuan. Mesra dan memiliki sifat kecindan serta dapat menimbulkan kesan yang menyenangkan.
Bersopan santun, berbudi bahasa dan berwibawa sebagai seorang guru.
Amat berjaya di dalam menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi
b. Keprihatinan
Tidak prihatin terhadap keperluan murid yang berbeza dan bermasalah
Kurang peka terhadap keperluan murid dan kurang berusaha untuk menangani masalah
Peka terhadap keperluan murid dan berusaha menangani masalah
Menunjukkan sifat-sifat kemanusiaan, peka, mesra dan sabar terhadap masalah dan keperluan murid.
Amat prihatin dan menunjukkan sifat kemanusiaan seperti peka, mesra, bertimbang rasa, sabar, empati dan akrab serta mengambil berat terhadap masalah, kepentingan, kebajikan dan keselamatan murid.
Dapat mengambil tindakan yang amat sesuai dengan masalah yang dihadapi.
14
c. Pekerti
Tidak dapat menyesuaikan tingkah laku sebagai seorang guru.
Sukar menyesuaikan tingkah laku sebagai seorang guru.
Berbudi bahasa dan tahu menyesuaikan tingkah laku sebagai seorang guru
Berpekerti terpuji, luhur dan bersifat mulia sebagai model kepada guru di sekolah.
Sentiasa menunjukkan budi pekerti yang luhur, terpuji, berbudi bahasa serta dapat menyesuaikan tingkahlaku sebagai seorang guru
Amat sesuai sebagai model kepada murid
d. Sifat Profesional
Tidak memperlihatkan ciri-ciri profesionalisme seperti bertanggungjawab, beriltizam, dedikasi, sanggup berkorban masa, menyumbang idea.
Menyediakan persediaan mengajar yang tidak kemas
Kurang mempunyai kesedaran ciri-ciri profesional.
Menyediakan persediaan mengajar yang kurang kemas
Mengamalkan ciri-ciri profesional, bersemangat, iltizam, menyumbang idea dan pandangan.
Menyediakan persediaan mengajar yang kemas
Sedia berkorban masa dan tenaga
Menunjukkan tanggungjawab dan iltizam
Bekerja sebagai anggota profesional dalam pasukan sekolah.
Menyediakan persediaan mengajar yang kemas
Sedia berkorban masa dan tenaga dalam melaksanakan tugas
Sentiasa menunjukkan tanggungjawab dan iltizam yang tinggi
Bekerja dengan bersungguh-sungguh sebagai anggota profesional dalam pasukan sekolah.
Menyediakan persediaan mengajar yang amat kemas dan teratur
LAMPIRAN 4
GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR
1. Pendahuluan
Pementoran ialah satu program sokongan untuk peningkatan profesional guru-guru. Pendedahan melalui program ini membolehkan guru mengukur kemampuan refleksi secara praktik. Hal ini akan menjadikan mereka lebih prihatin terhadap keperluan penilaian kendiri ke atas kemahiran dan sikap yang ada pada diri masing-masing. Pendekatan ini akan dapat membantu peningkatan dalam proses pencerapan klinikal dan penilaian kendiri di kalangan guru pembimbing dan pelajar. Oleh itu, guru pembimbing merupakan kumpulan sokongan
15
yang perlu membimbing pelajar menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman masing-masing secara bersama.
2. Objektif
I.1 Membentuk asas pementoran untuk memberi sokongan semasa amalan profesional.
2.2 Membentuk permuafakatan dan perkongsian pintar antara sekolah dan institut perguruan.
3. Tanggungjawab Mentor
3.1 Rancangan Pembinaan Individu (Individual Development Plan)
Kaunseling dan bimbingan yang spesifik diperlukan daripada guru pembimbing bagi tujuan pembinaan pengalaman dan mengukuhkan kecekapan pelajar.
3.2 Mentoring dan Maklum Balas
Guru pembimbing mesti berperanan secara aktif dalam memantau kemajuan dan prestasi pelajar (mentee). Sesi maklum balas dan refleksi yang lebih konsisten perlu diadakan bagi merenung dan mengkaji semula Rancangan Pembinaan Individu. Pemerhatian klinikal hendaklah sentiasa dijalankan dan penilaian formatif diambil kira dalam setiap perbincangan.
3.3 Penasihat Strategi Kerjaya
Guru pembimbing memberi bimbingan secara umum yang berkaitan dengan peluang-peluang yang ada dalam organisasi dan latar belakang kerjaya serta syarat yang diperlukan untuk meningkatkan potensi dan prestasi seseorang pelajar. Guru pembimbing dengan pengalaman yang luas tentang sejarah dan budaya persekitaran sekolah merupakan individu yang paling layak untuk membantu pelajar belajar mengenai kehidupan di sekolah dan dalam blilik darjah.
3.4 Pembimbing dalam Bilik Darjah
Mentor ini akan dilihat sebagai seorang pembimbing, model, pemberi penjelasan dan memberi “resipi” untuk membantu para pelajar. Dengan bimbingan melalui latihan-latihan yang lebih praktikal dan sistematik pelajar akan belajar mengambil alih tugas dan tanggungjawab guru bilik darjah. Mentoring akhirnya menggerakkan pelajar ke arah suatu kefahaman yang lebih mendalam mengenai cara mengajar supaya dapat dipastikan yang pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah. Cara ini mereka akan dipandu ke arah perubahan, pertumbuhaan dan perkembangan sebagai seorang guru.
3.5 Sponsoring dan Pengantaraan
Guru pembimbing merupakan penyedia hala tuju dan membantu menyusun tugasan membina secara berterusan dan mempromosikan tanggungjawab. Sebarang perhubungan yang saling menyokong memerlukan perhatian yang aktif oleh kedua pihak. Pelajar perlu mendapatkan bimbingan, nasihat, bersikap terbuka kepada sebarang pandangan dan cadangan guru pembimbing di samping sentiasa bersedia berkongsi masalah dan maklumat secara profesional.
4. Prinsip Bimbingan
4.1 Mendengar lebih daripada bercakap.
4.2 Mencelah hanya apabila perlu.
4.3 Kolaboratif (membangkitkan isu dan mengembangkan daya penyelesaian masalah)
4.4 Komitmen kepada perkembangan berterusan.
16
4.5 Belajar mengajar menerusi inkuiri penemuan dan refleksi.
4.6 Menggunakan pengalaman mengajar pelajar.
4.7 Bersifat menyokong dan bukan menyerah.
4.8 Kesedaran dan amalan nilai-nilai asas (amanah, kasih sayang, kerajinan dll).
17
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
KOTA KINABALU, SABAH
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
AMBILAN JANUARI 2011
LAPORAN INTERNSHIP
(07 JULAI 2014 – 08 OGOS 2014)
NAMA PELAJAR : NO. KAD PENGENALAN : KUMPULAN / UNIT : NAMA SEKOLAH : NAMA MENTOR :
18
BORANG KEHADIRAN INTERNSHIP – BULAN JULAI / OGOS 2014 Borang K NAMA SEKOLAH: ..................................................................................................
ALAMAT: ............................................................................................................................... No. Telefon: ..............................PERHATIAN: Sila tanda kehadiran dengan tanda ( / ) di dalam ruang yang berkenaan.
TARIKH / HARIBULAN PERSEKOLAHANMINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5
BIL NAMA MAJOR1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
CATATAN : .........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Tandatangan Pelajar : Tandatangan Guru Besar:
..............................................................( )
Tarikh:
.......................................................................( )
Tarikh:
19
LAM-PT05-11PISMP AMBILAN JANUARI 2011 - INTERNSHIP
Setiap cuti mestilah disertakan dengan salinan surat akuan doktor (MC) atau surat kebenaran
20
top related