1. tujuan - webapp2.risda.gov.mywebapp2.risda.gov.my/e-estet/reports/manualestet.pdf · menu...
Post on 18-Aug-2019
225 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 1 RISDA
1. TUJUAN
Sistem Maklumat Estet Online atau lebih dikenali sebagai e-Estet
merupakan sistem yang dibangunkan bagi kegunaan peserta-peserta
Estet yang telah berdaftar dengan Bahagian Estet, RISDA. Ianya
merupakan sistem yang mudah digunakan dan ramah pengguna.
Sistem ini juga akan menggantikan kaedah penghantaran borang-
borang tuntutan wang ses oleh peserta-peserta Estet RISDA yang
dilakukan secara manual sebelum ini.
Dengan kemudahan ICT yang ada di RISDA, adalah menjadi harapan
pihak pengurusan RISDA agar proses pembayaran tuntutan wang ses
oleh peserta-peserta Estet akan dapat di lakukan dengan lebih cepat,
cekap dan efektif. Melaluinya peserta boleh mengakses sistem ini dari
mana-mana tempat melalui pelbagai medium teknologi yang ada
menerusi capaian internet.
2. LATAR BELAKANG
Sistem Maklumat Estet Online atau e-Estet dibangunkan oleh
Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat RISDA Kuala Lumpur.
Ianya akan menggantikan Sistem Maklumat Estet (SME) yang telah
lama digunakan sejak tahun 1998 lagi yang mana sistem lama ini
hanya menggunakan “local environment” dan menggunakan
pangkalan data Microsoft Foxpro. Walaubagaimanapun , Sistem
Maklumat Estet(SME) ini telah berupaya memproses dan
menyelesaikan tuntutan wang ses peserta estet di antara RM10 – 14
juta setahun.
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 2 RISDA
Pihak Pengurusan RISDA telah merumuskan agar sistem SME di
gantikan dengan sistem yang baru dan lebih merangkumi keperluan-
keperluan berdasarkan senario dan perkembangan teknologi semasa.
Maka hasilnya, lahirlah Sistem Maklumat Estet Online atau e-Estet
yang berorientasikan “Web Based” dan lebih “graphical” dan ianya
lebih mudah dikendalikan. e-Estet dibangunkan menggunakan
perisian Microsfot Visual Studio 2008 yang merangkumi ASP.Net dan
VB.Net dan menggunakan MS SQL Server 2005 sebagai pangkalan
data.
3. LOGIN SISTEM
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 3 RISDA
KETERANGAN
i. Taipkan www2.risda.gov.my/e-estet di dalam kotak bar alamat
(address bar).
ii. Masukkan nama / user name iaitu No RIB di dalam kotak yang
disediakan.
iii. Masukkan katalaluan/ password di dalam kotak yang disediakan.
Default password ialah “1234” tetapi pengguna boleh menukarkan
password selepas berjaya login ke dalam sistem ini.
iv. Klik pada butang “MASUK”
v. Sekiranya memasukkan nama atau katalaluan yang salah, satu
mesej akan dipaparkan seperti berikut:-
vi. Sila masukkan semula nama dan katalaluan dengan betul.
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 4 RISDA
4. MENU PILIHAN: UTAMA ->HALAMAN UTAMA
KETERANGAN
i. Sekiranya pengguna berjaya login ke dalam sistem ini, pengguna
akan di bawa ke halaman utama seperti mana yang tertera di atas.
ii. Di bahagian kiri adalah menu-menu pilihan. Klik mana-mana menu
yang pengguna inginkan.
iii. Di bawah menu pilihan adalah paparan nama-nama staf Unit Estet
yang boleh dihubungi.
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 5 RISDA
5. MENU PILIHAN : –> TUKAR KATA LALUAN
KETERANGAN
i. Masukkan katalaluan yang lama di dalam kotak pertama.
ii. Masukkan katalaluan yang baru di dalam kotak kedua.
iii. Masukkan katalaluan yang baru SEKALI LAGI di dalam kotak ketiga.
iv. Klik butang “TUKAR”.
v. Satu kotak mesej akan dipaparkan seperti berikut:-
vi. Klik butang “OK” sekiranya pengguna ingin meneruskan proses atau
klik butang “Cancel” sekiranya pengguna ingin membatalkan proses
ini.
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 6 RISDA
vii. Sekiranya pengguna klik butang “OK” kotak mesej berikut akan
dipaparkan:-
viii. Satu kotak mesej “ Maklumat Kata laluan Berjaya Dikemaskini”
akan dipaparkan.
ix. Mesej “DATA SEPADAN” juga akan dipaparkan di sebelah ruangan
kotak yang pertama bermaksud katalaluan lama yang dimasukkan
adalah betul.
x. Mesej “KATALALUAN PENGGUNA TELAH DIPINDA” juga akan
dipaparkan di sebelah butang “HANTAR”.
xi. Sekiranya maklumat yang dimasukkan TIDAK BETUL, mesej akan
memaparkan maklumat berikut setelah pengguna menekan butang
“TUKAR”.
xii. Sila masukkan semula katalaluan yang lama dengan betul.
xiii. Sekiranya pengguna memasukkan maklumat yang tidak tepat, kotak
mesej berikut akan dipaparkan:-
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 7 RISDA
xiv. Sila masukkan semula katalaluan yang baru dengan betul.
6. MENU PILIHAN : TUNTUTAN ONLINE -> TUNTUTAN ONLINE
i. Pertama kali pengguna menggunakan menu ini, paparan seperti di
bawah akan kelihatan.
ii. Ruangan NO RIB akan memaparkan No RIB yang telah di login tadi.
iii. Pilih sukutahun di ruangan “Tuntutan Bagi Suku Tahun Ke” untuk
memilih sukutahun yang dikehendaki.
iv. Klik butang “OK”.
v. Sistem akan mencari maklumat estet berdasarkan No RIB dan
sukutahun yang dimasukkan.
vi. Sekiranya maklumat dijumpai, sistem akan memaparkan semua
maklumat berkaitan nama estet, bayaran terakhir, proses setakat,
alamat estet, maklumat-maklumat RIB 3 dan RIB 7 sepertimana yang
tertera di bawah.
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 8 RISDA
vii. Maklumat estet dipaparkan dan pengguna tidak dibenarkan membuat
pindaan.
viii. Satu mesej akan dipaparkan seperti berikut:
ix. Sekiranya mesej berikut dipaparkan;
Bermaksud tuntutan ini telah dikemukakan kepada Unit Estet.
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 9 RISDA
x. Sekiranya maklumat yang dicari tidak dijumpai, sistem akan
mengatakan bahawa permohonan tersebut belum pernah dibuat dan
ianya merupakan data baru. Mesej seperti di bawah akan dipaparkan.
Pengguna perlu memasukkan data yang baru.
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 10 RISDA
xi. Klik butang “SIMPAN” sekiranya pengguna ingin menyimpan
maklumat yang telah dimasukkan.
xii. Mesej berikut akan dipaparkan :-
xiii. Klik pada butang “OK” untuk menyimpan maklumat.
xiv. Mesej berikut akan dipaparkan:-
xv. Sekiranya pengguna ingin membuat pindaan, klik semula pada suku
tahun yang baru dimasukkan tadi dan klik butang “OK”.
xvi. Sistem akan memaparkan satu mesej di bawah sekiranya maklumat
yang dijumpai masih disimpan dan belum “Confirm” untuk menghantar
maklumat tersebut ke Unit Estet. Pada masa yang sama sistem akan
memaparkan kesemua data yang telah pun diisi sebelum ini.
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 12 RISDA
xvii. Setelah maklumat dipinda, klik butang “KEMASKINI”.
xviii. Mesej berikut akan dipaparkan:-
xix. Klik butang “OK” untuk kemaskini maklumat
xx. Mesej berikut akan dipaparkan.
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 13 RISDA
xxi. Sekiranya pengguna telah pasti untuk menghantar maklumat yang
telah dimasukkan, klik butang “HANTAR” seperti di atas.
xxii. Mesej berikut akan dipaparkan :-
xxiii. Klik butang “OK” untuk meneruskan proses hantar atau Klik butang
“CANCEL” untuk batalkan proses ini.
xxiv. Sistem akan memaparkan notis seperti berikut:-
xxv. Klik pada butang “Tutup” dan sistem akan kembali kepada paparan
awal.
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 14 RISDA
7. MENU PILIHAN : MUAT TURUN->CETAK BORANG
i. Pengguna juga boleh muat turun borang-borang seperti yang tertera di
menu muat turun.
ii. Klik pada pautan borang-borang yang terdapat di sebelah kanan. Sistem
akan memuat turun borang-borang tersebut seperti contoh di bawah.
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 15 RISDA
iii. Klik butang “OK” dan borang tersebut akan dipaparkan.
iv. Bagi cetakan tuntutan yang telah dibayar , klik pada pautan “Tuntutan
Online (Bayaran telah dibuat)”.
v. Paparan seperti di bawah akan tertera. Masukkan sukutahun yang
hendak dicetak.
vi. Klik butang “OK”
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 16 RISDA
vii. Sistem akan memaparkan maklumat-maklumat nama estet, bayaran
terakhir, proses setakat, alamat estet dan jumlah telah dibayar.
viii. Klik butang “Cetak Laporan”.
ix. Untuk mencetak, klik pada ikon berikut:-
x. Satu paparan “Print Option” akan tertera.
xi. Klik butang “OK” sekiranya ingin mencetak laporan.
MANUAL PENGGUNA e-ESTET
Muka Surat 18 RISDA
8. MENU PILIHAN : LOG KELUAR->KELUAR ONLINE
Adalah disarankan kepada semua pengguna yang mengguna kan sistem
online untuk keluar dari sistem online mengikut tertib. Pengguna tidak
digalakkan keluar dari sistem dengan mengklik pada tpengguna X yang
terdapat di sebelah kanan hujung atas skrin.
i. Klik pada butang “KELUAR” seperti mana yang terdapat dalam
contoh di bawah.
top related