147275666-kelas-inklusif.docx
Post on 14-Apr-2018
228 Views
Preview:
TRANSCRIPT
7/27/2019 147275666-Kelas-inklusif.docx
http://slidepdf.com/reader/full/147275666-kelas-inklusifdocx 1/6
zainol abidin bin musa/skr2013/nota/rujukan epic /saidi
Kelas inklusif
PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH
PEMBELAJARAN.
Perlaksanaan program ini dijalankan dengan cara:
1. Program Percantuman.
Dimana pelajar pendidikan khas akan belajar didalam persekitaran kanak-kanak normal.
Tetapi pelajar hanya belajar dalam kelas khas
sahaja. Mereka borkongsi mengunakan segala kemuadahan sekolah.
4.2 Program Inklusif Sepenuhnya
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepadamurid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid
normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua
Pengarah Pendidikan. 1996)
Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan
khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat
di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar
berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek
kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuanmenjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang
menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)
Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan
istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program
Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Norani, 1980)
Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluankhas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya
semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu
mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Deno (1970), telah menghasilkan sebuahmodel tahap perkhidmatan pendidikan khas yang berupaya menampung tujuh pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan pelajar-pelajar seperti yang dicadangkan.
3. Program Pendidikan Separa Inklusif (Intergrasi)
7/27/2019 147275666-Kelas-inklusif.docx
http://slidepdf.com/reader/full/147275666-kelas-inklusifdocx 2/6
zainol abidin bin musa/skr2013/nota/rujukan epic /saidi
Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata
pelajaran tertentu yang sama dengan kanak-kanak normal, dilaksanakan kepada pelajar yang
berkeupayaan di Sekolah Menengah Seri Kota adalah berbentuk
1. Integrasi Sosial
Integrasi Akedemik (Kepada yang mempunyai kemajuan)Intergrasi Kemudahan Fizikal Sekolah
4.3.1. Rasional Pendidikan Spara Inklusif (INTERGRASI)
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikanyang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mereka hanya
sekadar kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu
program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan
mengambilkira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya kelas, teknik mengajar, bantuankepakaran dan penglibatan masyarakat. Dengan ini diharapkan pendidikan inklusifkan akan
dapat:
o Pengongsian kemudahan serta alat-alat dengan sepenuhnya.
o Peluang berinteraksi yang lebih positif antara pelajar-pelajar berkepeluan khasdengan pelajar-pelajar normal.
o Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil
o Pengagihan sumber yang lebih meluas.
o Pengurangan masalah tempat bagi pelajar-pelajar yang berkepeluan khas.
o Pemberian peluang untuk pelajar-pelajar berkepeluan khas menyesuaikan diri di
dalam masyarakat
o Pengalak kewujudan masyarakat penyayang yang dihasratkan di dalam wawasan.
4.3.1.2 Matlamat Pendidikan Spara Inklusif (Integrasi)
o Pendidikan spara inklusif menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-
pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar
normal.
o Akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek
kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengantujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota
masyarakat yang menyumbang.
7/27/2019 147275666-Kelas-inklusif.docx
http://slidepdf.com/reader/full/147275666-kelas-inklusifdocx 3/6
zainol abidin bin musa/skr2013/nota/rujukan epic /saidi
o Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan
melengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahiran-
kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yangmenyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani,
emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi
satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
KELAS INKLUSIF DI SK JELAI 1 (FELDA)
Latar Belakang
Pendidikan Inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan seperti
Slow Learner, terencat akal ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya supaya
dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas
seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama dengan guru kelas khas bagimembolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain
mata pelajaran dengan lebih berkesan. Kelas Pendidikan Khas mempunyai seramai 43 orangmurid. Seorang murid difikirkan layak mengikuti Program Pendidikan Inklusif ini.
Rasional
Pendidikan Inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf
hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program
Inklusif akan dapat memastikan :
i. Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.
ii. Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain.
iii. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.
iv. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.
v. Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.
vi. Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak
lain.
Matlamat
Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanak-
kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada.Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek
kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya,
mampu berdikari dan berkeyakinan.
7/27/2019 147275666-Kelas-inklusif.docx
http://slidepdf.com/reader/full/147275666-kelas-inklusifdocx 4/6
zainol abidin bin musa/skr2013/nota/rujukan epic /saidi
Objektif
Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan
mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya
model-model rakan sebaya ( role model ).
Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, mereka
dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama.
Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong
dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Mereka juga dapat
belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan
kecacatan.
Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa
untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
Pada peringkat permulaan Pendidikan Inklusif dijalankan secara ‘Partikal Integration’ sahaja.Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak
pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sebagai guruintegrasi. Pilihan yang tepat ini sangaat penting dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif.
Pada tahun 2006 sebagai tahun permulaan, Program Pendidikan Inklusif ini dijalankan secara
‘Partikal Inclusion’. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini.
1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal yang
akan terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif.
2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan mengikutiProgram Pendidikan Inklusif.
3. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.
4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik darjah biasa.
5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan keperluan kanak-kanak khas ini.
7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.
8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa
mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.
9. Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan.
7/27/2019 147275666-Kelas-inklusif.docx
http://slidepdf.com/reader/full/147275666-kelas-inklusifdocx 5/6
zainol abidin bin musa/skr2013/nota/rujukan epic /saidi
10. Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara berperingkat-
peringkat.
Kelas ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid yang berpotensi untuk
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid akan di inklusifkan secara sepenuh
masa atau separa masa. Murid akan diinklusifkan di dalam kelas yang dirasakan sesuai dengankebolehan mereka. Sebagai contohnya Murid A, yang berusia 12 tahun tetapi mempunyai
kebolehan akademiknya searas tahun 5. Maka Murid A tadi akan diinklusifkan di kelas Tahun 5
dan akan mengambil peperiksaan UPSR apabila usianya 13 tahun. Murid-murid pendidikan khassekolah rendah yang berkemampuan belajar hendaklah diberikan peluang untuk menduduki
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walau bagaimanapun had umur untuk menduduki
peperiksaan berkenaan adalah sehingga 14 tahun sahaja.
Murid PPKI/BP yang di inklusifkan akan berada di kelas aliran perdana dan mengikuti jadual
pembelajaran mereka. Walau bagaimana pun murid akan sentiasa diambil perhatian oleh guru
Inklusif yang telah dilantik. Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif
bagi tujuan menyelia pelaksanaan program inklusif di sekolah. Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
N.Sembilan dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7 hari selepas keputusanrasmi UPSR diumumkan.
Jawatankuasa Program Inklusif
Pengerusi Pn Hjh Zaharah Bt Sarbini (Guru Besar) Naib
PengerusiPn Norrahmah Bt Hanafi (GPK PK)
PenyelarasPn Ku Mimi Khaimiza Bt Ku Md Ahir (Penyelaras
Kurikulum)Pen.
PenyelarasEn Rosli B Mohamad (Penyelaras HEM)
Setiausaha 1 Pn Siti Zakiah Bt Abd Rahman (Guru Inklusif)
Setiausaha 2 Pn Norasikin B. Supardi (PPM)AJK-AJK Pn Raja Rozidah Bt Raja Salim (Guru B.MelayuTahun5)
Pn Noradlina Yeow Bt Abdullah(Guru B. Inggeris Tahun 5)
En Mehad B Mahzan (Guru Science Tahun 5)Cik Siti Wahidah Bt Zabbri (Guru Mathematics Tahun 5)
Fail Program Inklusif
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program
Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail inimengandungi dokumen-dokumen seperti :
Jawatankuasa Program Inklusif,
Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,
Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
7/27/2019 147275666-Kelas-inklusif.docx
http://slidepdf.com/reader/full/147275666-kelas-inklusifdocx 6/6
zainol abidin bin musa/skr2013/nota/rujukan epic /saidi
Biodata murid yang diinklusifkan,
Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,
Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
Rekod prestasi murid,
Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
Tugas Guru Inklusif
1. Sebelum :
Jawatankuasa Program Inklusif di peringkat sekolah membuat
pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian olehguru kelas khas,
Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di aliran perdana yang terlibat,
Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga,
Berbincang dengan murid berkenaan,
Menyediakan Fail Program Inklusif bagi setiap murid yangdiinklusifkan,
Menyediakan jadual waktu kelas yang disesuaikan dengan kelas
inklusif.
2. Semasa :
Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai Guru Pendamping kepada
murid,
Membuat pemerhatian dari masa ke semasa,
Guru Pendamping mendapatkan maklum balas dan berbincang dengan
guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.
3. Selepas :
Guru Pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan
pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam RekodPrestasi Murid,
Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling
kepada murid,
Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu
bapa atau penjaga.
top related