16551533 asgn education paper jenisjenis model menangani masalah tingkah laku
Post on 26-Jul-2015
205 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Jenis-jenis Model yang digunakan untuk menangani masalah tingkah laku David oleh Mr. Robert.
Carta pai yang menunjukkan jenis-jenis Model yang diaplikasi dalam menangani kes masalah tingkah laku David.
Model Kounin
Model Disiplin Tegas (Asertif)
Model Skinner
Model Akibat Logikal Dreikurs
Model Pengurusan Kelompok ( Kounin)
Model Pengurusan Kelompok atau Model Kounin dipelopori oleh Jacob Kounin.
Jacob Kounin merupakan seorang teoris dalam pengurusan bilik darjah. Dalam Model
Kounin terdapat dua entiti utama iaitu
a) Disiplin
b) Pengajaran
Disiplin di sini membawa maksud usaha guru untuk mengekalkan tingkah
laku yang baik dalam bilik darjah. Manakala, pengajaran pula bererti usaha membantu
pelajar memperoleh maklumat dan kemahiran. Kounin telah berusaha dengan cuba
untuk mengubah corak pemikiran dengan mengintegrasi nilai pengajaran dan disiplin.
Kounin terkenal dengan Konsep Kesan Riak. Ia berpunca daripada satu
peristiwa yang berlaku semasa beliau mengajar Ilmu Kesihatan.
Situasi :
Seorang pelajar yang duduk di belakang membaca surat khabar semasa
Kounin sedang mengajar di depan kelas. Surat khabar itu telah dibentangkan
sepenuhnya sehingga dia tidak dapat melihat muka beliau. Tindakan yang telah diambil
oleh Kounin ialah untuk meminta pelajar tersebut untuk berhenti membaca surat khabar
dan tumpukan perhatian dalam kelas. Apabila pelajar tersebut akur dengan arahan
beliau secara automatiknya segelintir pelajar lain yang turut tidak menumpukan
perhatian dalam kelas mula mengikuti pelajaran hari tersebut. Sebelum itu, mereka
sedang bercakap dengan rakan, mengedar nota dan sebagainya. Melalui tindakan
pelajar dalam kelas itu, Kounin mengetahui bahawa bukan cara guru bertindak sebagai
reaksi tetapi cara guru untuk menangani sesuatu masalah tingkah laku yang
mencetuskan reaksi positif atau negatif dalam diri pelajar.
Cara Cikgu Robert mengamalkan Model Kounin
Cikgu Robert juga mengendalikan teori bersatu padu atau kerjasama dalam kelas
matematiknya. Cikgu Robert selalu berwaspada bunyi bising yang
dilakukan oleh David dalam bilik darjah.
Teknik-teknik Pengurusan Bilik Darjah oleh Kounin
Teknik Huraian Ringkas Tindakan Guru
“With-itness” Kebolehan guru
mengetahui apa yang
sedang dilakukan oleh
semua murid pada setiap
masa.
Peka terhadap bunyi dalam bilik
darjah.
Susun kerusi dan meja murid
supaya tiada yang terselindung.
Semasa member bimbingan
peribadi, pastikan tidak
membelakangkan murid yang
lain.
Maklumkan apabila mengesan
salah laku yang timbul agar
dapat mengawalnya sebelum
bertambah buruk.
Bertindak-tindih Kebolehan guru untuk
menangani dengan
berkesan dua peristiwa
pada satu masa yang
sama.
Sambil menumpukan perhatian
kepada satu kumpulan, guru
perlu juga prihatin terhadap apa
yang berlaku di sekeliling,
misalnya: gerak-geri murid yang
duduk di barisan belakang.
Kelicinan Kebolehan guru untuk Membuat perancangan awal agar
membuat peralihan licin
antara dua aktiviti
pembelajaran.
dapat mengawal berlakunya
perkara-perkara ynag tidak
berkaitan.
Tidak mengganggu murid yang
sedang membuat kerja.
Bantu murid yang menghadapi
masalah.
Momentum Kebolehan guru
memastikan pembelajaran
berlaku pada kadar yang
stabil.
Tidak mengulang konsep kecil
yang telah difahami.
Betulkan kesilapan murid tanpa
membibir, kemudian teruskan
dengan pengajaran lanjut.
Benarkan murid bergerak dari
satu aktiviti lain tanpa dipaksa
untuk menunggu murid yang
agak lambat.
Kepekaan
Kelompok
Kebolehan guru untuk
mengekalkan penglibatan
aktif murid dan
mewujudkan minat
mereka.
Kemukakan soalan setelah
pastikan tumpuan semua murid.
Wujudkan minat murid melalui
soalan yang bercorak suspens.
Minta seluruh kelas menjawab
bersama-sama.
Mengelilingi kelas sambil minta
murid tunjukkan hasil kerja
masing.
Minta seorang murid menjawab
sambil memandang ke arah
murid yang lain.
Teknik-teknik dalam Model Kounin
Penilaian Terhadap Kekuatan dan Kelemahan Kelompok Kounin
KEKUATAN
KELEMAHAN
KEKUATAN
Menitik beratkan variasi dari segi strategi dan teknik pengajaran yang
dapat mengekalkan minat dan semangat murid untuk belajar.
Agak sukar untuk guru permulaan mengawal gerak-geri murid dengan rapi agar mengambil tindakan serta-
merta terhadap sebarang tingkah laku yang timbul.
KELEMAHAN
KEKUATAN
Fokus terhadap pengurusan kelompok mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Tidak mementingkan atribut guru seperti
beramah mesra, sabar, prihatin dan sebagainya.
KELEMAHAN
Pengenalan
Tidak berunsurkan hukuman yang hanya
berkesan dalam jangka masa yang singkat.
Agak mencabar bagi guru yang perlu mengambil tindakan terhadap dua
atau lebih kelompok pada satu masa yang sama.
Model-model Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah adalah amat penting agar focus dan matlamat pelajar tidak
tersasar dari pengajaran dan pembelajaran. Menurut pentadbir sekolah dan guru-
guru, pengurusan bilik darjah adalah sinonim dengan pengawalan disiplin.
Menurut American Heritage Dictionary of
English Language,
Perkataan ‘Disiplin’ merujuk kepada
mencegah atau menghukum salah laku
yang timbul .
Disiplin juga bermaksud ‘latihan yang
dijangkakan menghasilkan watak yang
khusus atau pola tingkah laku.
Disiplin ialah peraturan yang dibentuk
mengekalkan kawalan bilik darjah yang
baik.
Merupakan usaha guru dalam
membantu murid-murid berkelakuan
baik.
Disiplin ialah hukuman yang
bertujuan
membetulkan/melatih tingkah
laku yang terkawal lanjutan
Model-model pengurusan bilik darjah ini diutarakan oleh ahli-ahli teoris, para
pendidik dan pengamal. Ia dirangka berasaskan darjat kawalan yang berbeza iaitu
daripada kawalan kendiri.
Perspektif mengenai Pengurusan Bilik Darjah.
Fokus Utama: 4 Model yang mengandungi unsur disiplin.
Pengurusan bilik darjah adalah satu disiplin. Contoh: Dari tahun 1970-1980 guru-guru perlu memastikan keselamatan bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem. Contoh: Guru merangka satu pelan pencegahan berbanding dengan menyediakan satu senarai tindak balas bagi menagani masalah tingkah laku yang timbul.
Pengurusan bilik darjah sebagai satu pengajaran. Contoh: Pembentukan pengawalan tingkah laku murid-murid mewujudkan peluang , memupuk hubungan guru-murid serta kawalan kendiri murid.
Terdapat 5 model dalam pengurusan bilik darjah
Model Pengurusan Behavioral/ Modifikasi Tingkah laku Skinner
Model Disiplin Asertif Canter
Model Akibat Logikal Dreikurs
Model Disiplin Bilik Darjah Positif Jones
Persamaan antara 4 Model
Guru bertanggungjawab untuk mengekalkan kawalan bilik darjah.
Disiplin mendahului pengajaran perlu wujud konsekuen bagi tingkah
laku yang kurang sesuai.
7 Model Lain yang berkaitan Dengan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Pelajar
MODIFIKASI TINGKAH LAKU
SKINNER
MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER
MODEL PENGURUSAN
KELOMPOK KOUNIN
TERAPI REALITI GLASSER
MODEL AKIBAT LOGIKAL
DREIKURS
Teori-teori lain yang boleh dikaitkan:
Model Terapi Realiti
Disiplin dengan Digniti Curwin &
Mendler
Melangkah Disiplin Kohn
Program Organisasi Bilik
Darjah& Pengurusan
Everston
Model Disiplin Dalaman Coloroso
Model Aliran Kemahiran
Goldstein& Mc Ginnis
Model Penyelesaian
Konflik & Mediasi Rakan
Sebaya
1. Teori Psikososial Erik Erikson
Teori Psikososial Erik Erikson
-Regulasi dan Kompetensi Emosi
Teori Perkembangan
Moral Piaget
Teori Perkembangan Moral Lawrence
KohlbergPra Konvensional
i) orientasi kepatuhan dan
hukumanii) orientasi
jangkaan individu
Teori Trait Gordon Apport
Teori Trait Raymond Catell
Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu –
individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personality seseorang kanak-
kanak dibentuk hasil daripada perkembagan psikososial ini. Kejayaan atau kegagalan
menyelesaian krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri
seseorang individu dan dalam kes ini ialah David. Pada tahap 4th Standard David
berada dalam peringkat Industri lawan rasa rendah diri. Kegagalan David untuk
menyiapkan kerja rumah dan menyusahkan pelajar lain menyebabkan David tidak
disenangi oleh rakan sekelas dan gurunya Cikgu Robert. Walaupun masalah rendah diri
tidak begitu menonjol dalam situasi ini namun kita boleh lihat bahawa ketidakupayaan
David dalam membentuk hubungan psikososial yang baik dengan rakan sekelas. Ini
sekaligus membawa kepada masalah tingkah laku dalam diri David.
Regulasi Emosi ialah cara yang berkesan untuk mengawal ledakan emosi
supaya individu boleh mengawal diri dalam suatu keadaan. Di bawah adalah beberapa
idea yang dikemukakan oleh Carolyn Saarni (Santrock, 2007) bagi mengatasi masalah
emosi yang dialami oleh David, En. Robert dan rakan sekelas David.
Kemahiran Contoh
1. Kesedaran emosi diri sendiri. Boleh membezakan emosi diri dalam
pelbagai keadaan.
Contoh 1: Cikgu Robert harus
mempraktikkan diri untuk bersabar dan
tidak cepat naik angin semasa berada
dalam kelas.
Contoh 2: David memberitahu bahawa
segalanya adalah kerana kesilapannya
dan dia berjanji untuk insaf tetapi gagal
melakukannya. Tetapi, dia masih
mengulangi kesilapannya selepas
beberapa hari dia bertaubat.
2. Mengenalpasti emosi orang lain. Memahami keadaan emosi orang lain.
Contoh 1: Kegagalan David tidak
berkerjasama dalam kumpulan telah
mengurangkan prestasi keseluruhan
kumpulannya.
Contoh 2: David juga mengganggu
pelajar-pelajar lain semasa mereka
membuat aktiviti kumpulan.
3. Menggunakan perkataan-
perkataan yang menggambarkan
emosi yang releven dengan
situasi yang dihadapi.
Menggunakan perkataan yang
menggambarkan emosi dalam situasi
tertentu dengan tepat dan sesuai.
Contoh : Jika David tidak mahu rakan-
rakan sekelasnya memandang rendah
terhadap David, Cikgu Robert meminta dia
mengubah sikapnya.
4. Berempati dan simpati dengan
keadaan yang dialami oleh orang
lain.
Sensitif terhadap perasaan orang lain
yang sedang kecewa atau terduka.
Contoh 1: Cikgu Robert harus
membincangkan dan menerangkan salah
anggapan David itu dengan jelas dan pada
masa yang sama beliau harus memastikan
David tidak berasa terancam.
Contoh 2: Secara tidak langsung tingkah
laku David telah menunjukan bahawa dia
tidak menyukai Cikgu Robert dan rakan
sekelas barunya. David seharusnya
memahami kekecewaan Cikgu Robert dan
rakan sekelasnya disebabkan oleh
tindakannya.
5. Menyedari bahawa emosi
dalaman tidak semestinya diluah
secara luaran.
Seseorang yang sedang marah tidak
semestinya menunjukkan kemarahan
secara fizikal.
Contoh 1: Cikgu Robert mengunci tangan
David dan memaksanya pergi ke bilik guru
besar bersama dengannya
Contoh 2: Pada suatu hari, Cikgu Robert
tidak membenarkan David keluar pada
waktu rehat kerana dia tidak menyiapkan
kerja rumah yang diberi olehnya.
6. Mengawal emosi negatif dengan
meregulasikan emosi tersebut.
Mengawal marah dengan meninggalkan
situasi yang menyebabkan emosi
tersebut atau fikirkan atau berkongsi
perkara-perkara yang boleh meredakan
perasaan marah.
Contoh 1 : Semasa berbincang dengan
Cikgu Robert secara peribadi dalam bilik
darjahnya yang kosong, David
memberitahu tentang sebab-sebab David
berkelakuan kurang senonoh dalam bilik
darjahnya.
7. Sedar tentang keupayaan emosi
yang dapat mempengaruhi
sesuatu hubungan.
Menunjukkan kemarahan kepada
seseorang rakan yang boleh
menjejaskan persahabatan dan nama
baik.
Contoh 1: Kegagalan David tidak
berkerjasama dalam kumpulan telah
mengurangkan prestasi keseluruhan
kumpulannya.
Contoh 2: Apabila rakan sekelas David
ingin membantunya, dia menghancurkan
usaha mereka.
Contoh 3: David juga mengganggu
pelajar-pelajar lain semasa mereka
membuat aktiviti kumpulan.
Contoh 4: David menghentam barang-
barangnya ke atas meja sehingga
pensilnya melantun ke arah dinding
semasa aktiviti kumpulan Matematik.
Teori Perkembangan Moral Piaget
Teori Perkembangan mengkaji pemikiran kanak-kanak dalam menaakul dan
memberi hujah terhadap persoalan yang terlibat dengan moral. Kanak-kanak melalui 3
peringkat dalam pemikiran moral:
i) Umur 4-7 tahun (Peringkat moral heteronomus)
Tahap ini merupakan peringkat perkembangan moral. Masalah –masalah
yang dihadapi oleh David pada tahap ini tidak dinyatakan dalam petikan.
Namun, tindakan negatif David mungkin berpunca daripada peringkat
moral heteronomus. Peringkat ini boleh dinilai melalui akibat sesuatu
tindakan.
ii) Umur 7-10 tahun (Peringkat transisi)
Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada
ciri-ciri peringkat seterusnya.
iii) 10 tahun ke atas
Mula menyedari peraturan dan undang-undang dicipta oleh manusia dan
bukan sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan
niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral
berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkah
laku. David berada peringkat ini. Dia sudah mula memberi masalah
kepada rakan sekelas dan Cikgu Robert hanya untuk menarik perhatian
mereka.
Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg
Kohlberg berpendapat,
Penaakulan moral berkait rapat dengan perkembangan
kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang
tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin
kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral
seseorang.
Teori Trait Gordon Allport
Menurut Allport, personaliti merupakan satu organisasi dinamik seseorang
individu yang menentukan kebolehan penyesuain yang unik terhadap persekitaran.
Beliau berpendapat manusia mempunyai trait dan sifat-sifat tertentu. Oleh itu, beliau
mengklasifikasikan trait manusia kepada 3 jenis iaitu
a) Trait Kardinal
b) Trait Pusat
c) Trait Sekunder
Trait Kardinal
Memperlihatkan individu mengorganisasikan keseluruhan dirinya.Contoh: David mahukan perhatian Cikgu Robert. Oleh itu, dia sering membuat bising tanpa menghiraukan perasaan orang lain.
Trait Pusat
Kesabaran, kejujuran, kemurungan dan ketegasan yang hanya berpengaruh terhadap beberapa situasi yang terhad.Cth: Robert telah mengheret David ke bilik pengetua dan menempatkan David di meja pelajar dalam bilik pengetua dan menasihatinya.
Trait Sekunder
Sifat yang mengawal perlakuan manusia secara spesifik dan tidak begitu ketara. Hanya beberapa rangsangan sahaja yang menonjolkan trait ini.Cth: Keadaan berubah setelah Robert menasihati David. David menunjukkan sedikit perubahan dalam tingkah lakunya dan memperbaiki prestasi pembelajarannya.
Teori Trait Raymond Catell
Cartell menyifatkan personaliti manusia sebagai gabungan beberapa trait yang
khusus yang berupaya menghasilkan sifat serta tingkah laku. Personaliti merupakan
sesuatu yang berupaya menghasilkan sifat serta tingkah laku yang konsisten.
Personaliti merupakan sesuatu yang membenarkan kita membuat ramalan apa yang
akan dilakukan oleh seseorang dalam sesuatu situasi.
Cartell telah menghasilkan 16 PF (Personality Factor), yang mewakili personaliti
dan dinamakan sebagai trait sumber. Trait Sumber merupakan sifat-sifat yang tidak
dapat dilihat secara jelas tetapi boleh dikenal pasti melalui kaedah analisi faktor, iaitu
data-data yang diambil melalui soal selidik,pemerhatian dan soalan objektif.
Trait-trait ini saling berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan
tingkah laku yang dapat diperhatikan dan dinamakan trait permukaan. Trait permukaan
adalah suatu sifat yang dapat dikenal pasti tingkah laku manusia secara langsung.
Misalnya, trait pemarah dan berdendam. David berkonsep ‘saya hanya penting bila
saya menyakitkan orang lain.” Inilah sebab utama David mencuri jam tangan Bob.
Model Pengurusan Bilik Darjah dan Prinsip-prinsip yang ada di dalamnya
Model Disiplin Dalaman Colorso, Model Aliran Kemahiran Goldstein dan
McGinnis dan Model Penyelesaian Konflik dan Mediasi Rakan Sebaya Bodine dan
Crawford. Model-model ini berpegang kepada prinsip-prinsip:
Persamaan Prinsip-prinsip dalam Model Disiplin Dalaman Colorso, Model Aliran Kemahiran Goldstein dan McGinnis
dan Model Penyelesaian Konflik dan Mediasi Rakan Sebaya Bodine dan Crawford.
Pemupukan kemahiran tingkah
laku dan sosial yang wajar dapat membantu murid-murid membentuk
interksi positif sepanjang hayat.
Jikalau keganasan boleh
dipelajari, ia pasti boleh dihapuskan.
Pencegahan keganasan dalam kalangan murid
melalui pembentukan kepercayaan,
sikap dan tingkah laku.
Modifikasi Tingkah laku Skinner
Suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi
prinsip-prinsip pelaziman. Peneguhan positif dan peneguhan negatif. Tingkah laku yang
baik boleh dimajukan dengan menggunakan peneguhan.
Dalam Situasi yang dikemukakan dalam Stealing Time:
Contohnya, Robert boleh menggunakan kaedah Token
Economy untuk memajukan prestasi David.
Selain itu, Robert perlu mencari jalan penyelesaian yang
betul bagi mengatasi tingkah laku David yang tidak diingini.
Tetapi, Robert tidak mempedulikan sikap David pada awal
dan hanya suruh dia duduk di belakang kelas semasa dia buat bising.
Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali
sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan
tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan
kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini
berbentuk ganjaran material, kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negative adalah
Menurut ahli Behavioris
rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang
diingini. Contohnya,
Situasi 1: Cikgu Robert menahan David daripada keluar rehat kerana tidak menyiapkan
kerja yang diberikan. Tindakan ini memberi kesan ke atas David di mana dia telah
meluahkan perasaannya terhadap rakan sekelasnya kepada Cikgu Robert.
Situasi 2: Cikgu Robert mara ke meja David dan menjerit padanya sambil mengatakan
“ ini bukan apa yang kita lakukan di sini, kamu juga tidak diharapkan di sini dan cukup
apa yang kamu telah lakukan selama ini’’. Beliau juga memberikan denda pada David
melalui mengheret David ke pejabat pengetua dan menempatkannya di meja pelajar
yang terdapat di pejabat tersebut. Perbuatan Cikgu Robert ini tidak mengeluarkan hasil
sebenarnya. David hanya mendengar cakap Cikgu Robert untuk tempoh yang singkat
sahaja; selepas itu David kembali berkelakuan seperti dahulu. Dalam kes ini peneguhan
negatif tidak memberi kesan sama sekali.
Modifikasi Tingkah Laku Skinner memberi kesimpulan bahawa sesetengah
tingkah laku memerlukan pengukuhan secara berperingkat- peringkat, manakala ada
yang Berjaya membentuk tingkah laku sama ada baik atau buruk, wajar atau tidak wajar
boleh dipelajari dan dikekalkan melalui pengukuhan. Dengan kata lain, tingkah laku
dilazimkan oleh konsekuen yang timbul: ia akan bertambah teguh jika pengukuhan
diberikan Dengan serta merta dan sebaliknya akan menjadi lemah jika pengukuhan
tidak diberikan.
Modifikasi Tingkah Laku Skinner dapat membantu Masalah David sekiranya Cikgu
Robert mengaplikasinya dalam cara-cara berikut:
Cikgu Robert perlu mengenal pasti terlebih dahulu masalah yang dihadapi oleh
David dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya.
Selain itu, Cikgu Robert perlu menjelaskan tentang akibat yang akan dia terima
atas sikap yang tidak diingininya pada David.
Selain itu, Cikgu Robert tidak harus selalu mendenda David malah mendorong
dia dan memberi peneguhan positif atau peneguhan negatif.
Kekuatan dan Kelemahan Model Modifikasi Tingkah Laku
Kekuatan
Strategi- strategi modifikasi tingkah laku mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana telah melalui penyelidikan secara meluas serta sering disokong sebagai strategi disiplin yang berkesan.Penggunaan strategi modifikasi tingkah laku mendesak guru menjadikan lebih sedar serta peka tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah.Program modifikasi tingkah laku memastikan agar guru menjadi lebih tekal dari segi penyelesaian masalah disiplin dalam bilik darjah.
Kelemahan
Memanipulasi murid untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran yang dijanjikan; bukan kerana kepuasan intrinsik.Agak merbahaya jika digunakan oleh guru yang kurang peka dan tidak beretika; boleh menimbulkan rasa benci dalam murid terhadap sekolah.Ganjaran bagi seorang murid mungkin merupakan hukuman bagi murid yang lain; agak sukar mengenalpasti ganjaran yang selaras dengan keperluan murid.
Model Disiplin Asertif Canter
‘Assertiveness skills allow you to communicate to students that you
are serious about teaching and about maintaining a classroom in which
everyone’s rights are respected’
(Carolyn M.Evertson, Edmund T.Emmer, Murray E.Worsham:153).
Pada pandangan ketiga-tiga orang di atas ini, Model Disiplin Asertif
membantu guru mengajar dan menguruskan bilik darjah secara efektif sekaligus
memastikan setiap murid dihormati di dalam kelas tersebut. Model Disiplin Asertif telah
dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976.
Cikgu Robert telah menggunakan Model Disiplin Asertif canter bagi menangani
kes David ini. Menurut Marlene Canter, “guru mempunyai hak untuk menentukan dan
mengamalkan peraturan dan mengarahkan murid untuk mematuhinya”.
Model ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri. Pertamanya adalah guru harus
memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Tanggungjawab merupakan nadi
disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain itu guru
harus merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid
mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.
Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter,
“guru asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah”. Pada pandangan mereka
jika mereka ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan mereka
hendaklah sentiasa bersifat tegas . Perbuatan mereka ini memberi rasa tidak tidak
selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka.
Perkara inilah berlaku pada David. Cikgu Robert juga bersifat asertif kerana
menganggap David sebagai pesalah; perbuatan beliau ini telah menimbulkan rasa tidak
puas hati pada David. Mengikut Disiplin Asertif Canter, guru berkuasa menetapkan
peraturan bilik darjah. Cikgu Robert telah mengikut ciri disiplin asertif ini apabila beliau
menetapkan peraturan dalam kelas beliau, tetapi David menganggap perbuatan cikgu
Robert ini sebagai merebut kuasa dengan diri dia. Hal ini memang terbukti apabila
Cikgu Robert berkata, ‘Saya yang berkuasa di kelas itu dan semua akan mengikut cara
saya. Ini kerana cara saya dapat memanfaatkan pelajar lain di kelas tersebut’. Di sini
jelas terbukti bahawa Cikgu Robert mengamalkan Disiplin Asertif Canter. Masalah
hanya muncul apabila David salah anggap perbuatan Cikgu Robert yang menetapkan
peraturan kelas dengan sistematik.
Bagi mengelakkan masalah ini daripada berterusan Cikgu Robert boleh
Cuba kekalkan persekitaran pembelajaran yang positif.
Alihkan fokus David ke tempat lain. Penyediaan ABM yang menarik.
Usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari tingkah lakunya.
Bertenang dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin.
Ciri-ciri guru asertif
Guru asertif percaya bilik darjah di bawah kawalan guru yang tegas adalah yang
terbaik untuk murid-murid mereka.
Dengan adanya disiplin asertif, interaksi di antara guru dengan murid adalah
positif dan secara berhormat apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang
sesuai dalm bilik darjah.
Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak
menggunakan stail kasar, menyindir, ataupun bermusuhan.
Guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap
dengan hormatnya kepada mereka, dan melayani setiap individu secara adil.
Ciri- ciri guru Asertif yang ditonjolkan oleh Cikgu Robert
Akibatnya dia dapat mengendalikan kelas dengan baik dan pelajar dia pun tahu
bagaimana hendak berkelakuan dalam bilik darjah
setiap masa.
Contohnya, Robert kukuh
dalam hal disiplin tetapi dengan
menurut peraturan yang adil.
Robert mendapati bahawa pelajarnya
lama-kelamaan menurut apa yang
dia mahu. Ini kerana dari pandangan
beliau, jikalau dia jujur dengan
pelajarnya, mereka pun akan jujur dengan dia.
Kekuatan dan kelemahan Model Disiplin Asertif
Memanfaatkan guru . Sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan diluluskan oleh pihak pentadbir, guru hanya perlu merujuk maklumat yang sedia ada untuk menangani masalah tingkah laku.
Tindakan ke atas tingkah laku murid dan bukan ke atas wataknya. Apabila peraturan dilanggar, guru kuatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif.
Kekuatan
Kejayaan mencegah murid daripada melakukan salah laku tidak boleh dianggap kebersanan program disiplin. Murid perlu diajar tentang kepentingan berkelakuan baik.
Mewujudkan persekitaran yang bersifat autoritarian di mana pelajar hanya akur kepada kehendak guru. Murid perlu bertanggungjawab atas sebarang salah laku yang timbul.
Kelemahan
Model Akibat Logikal Dreikurs
Model Akibat Logikal telah dikemukakan oleh Dreikurs. Model ini juga dikenali
sebagai Model Disiplin Sosial. Model ini dibentuk berasaskan empat premis asas Teori
Sosial Adler:
Fokus utama Dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat
demokratik dan murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin mengawal suasana
dalam bilik darjah tidak seharusnya menggunakan hukuman.
1. Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka
ialah ingin dimiliki atau menjadi ahli/anggota sesuatu
kelompok.
2. Kesemua tingkah laku adalah bersebab.
3. Manusia ialah organisma yang berupaya membuat
keputusan.
4. Realiti dipersepsikan oleh manusia. Oleh itu, boleh
berlaku salah tanggapan ataupun bias.
Menurut Dreikurs lagi,
“masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdiri terdorong oleh motif-motif murid seperti:
( i ) inginkan perhatian
(ii) menggunakan kuasa
(iii) membalas dendam
(iv) memaparkan kekurangan
Sekiranya motif inginkan perhatian dipenuhi, maka motif-motif lain tidak akan timbul”.
Oleh itu, adalah sangat penting bagi guru membantu murid-murid memahami
motif masing-masing dalam usaha membasmikan tingkah laku bermasalah. Bagi
menyelesaikan masalah tersebut, mereka perlu mengetahui pengurusan tingkah laku
bermasalah berkesan apabila mereka menerima akibat logikal yang setimpal dengan
tingkah laku tersebut.
Individu yang bertingkah laku buruk adalah akibat kekurangan keperluan
kepunyaan dalaman dan memberi sumbangan kepada sesuatu kumpulan sosial
yang berinteraksi dengannya.
Untuk memenuhi kekurangan keperluanya, individu itu akan berusaha untuk
menggunakan tingkah laku yang tidak diingni untuk mencapai matlamatnya.
Sebab pertama individu bertingkah laku buruk ialah keperluan perhatian.
Menyelesaikan masalah dengan Teori Akibat Logikal Dreikurs.
Contohnya, David mengganggu pelajar lain dan membuat bising dalam kelas untuk menunjukkan bahawa dia tidak minat dengan kelas Cikgu Roberts.
Tetapi Cikgu Roberts berfikir bahawa David berkelakuan kurang baik kerana dia cuba memperoleh kembali perhatian sesuai bagi dia yang diproleh
dalam kelas pelajaran khas
Cikgu Robert menjelaskan pada David akibat sikap dia pada diri sendiri dan juga pelajar lain dalam kelas itu.
Semasa berbincang dengan David secara peribadi dalam bilik darjahnya yang kosong, Cikgu Robert mendapat tahu tentang sebab-sebab David berkelakuan
kurang baik dalam bilik darjahnya.
Kekuatan dan kekurangan Model Akibat Logikal Dreikurs
K e ku a t a
n1 .
M e mu p u k a u t on o m i
d i m a n
a m u r i
d b e r t an g g un g j aw a b a t a s
t i n d ak a n d a n
p i l i h an
m e r ek a .2 .
M e wu j u d k
a n p e r se k i t a
r a n p e mb e l a ja r a n y a n g k o n d
u s i f m e l a l
u i k o m
u n i k as i
y a n g t e r b u
k a d a n
s a l i ng
h o r ma t -
m e ng h o rm a t i
a n t a ra
s a t u s a m
a l a i n .
K e ku r an g a
n1 .
A g a k s u k a
r u n t u
k g u r u
p e r mu l a a
n m e n
g e n al
p a s t i s e r t a m e m
a h am i
m o t i f m u r i
d -m u r i
d m e l ak u k a
n s a l a h l a k u .
2 . A g a k s u k a
r u n t u
k m e n
g e n al p a s t i a k i b a
t l o g i k
a l y a n g s e t i m
p a l d e n g
a n s a l a h
l a k u t e r t en t u .
K e k u a t a n d a n k e k u r a n g a n
M o d e l A k i b a t L o g i k a l
D r e i k u r s
Model Terapi Realiti Glasser
Pada tahun 1965, Glasser telah mengemukakan Terapi Realiti. Beliau telah
mencabar persepsi umum yang menyatakan bahawa motivasi intrinsik yang
menggerakkan tingkah laku murid dan bukannya motivasi ekstrinsik.
3 Prinsip Terapi Realiti :
T e ra p i
R e al i t i
G l as s e r
( P r in s i p
1 )
S e ti a p i n d iv i du b e rt a ng gu ng j aw ab a t as t i n gk a h l a ku m as i ng -m as i ng . T i ng k ah l a ku t i d ak b o le h d i an gg ap s e ba ga i h a si l m as y ar a ka t , w a ri s an a t au m as a l a mp au s e se o ra ng .
T e ra p i
R e al i t i
G l as s e r
( P r in s i p
2 )
S e ti a p i n d iv i du b e ru pa y a u n tu k b e ru ba h d an h i du p s e ca r a b e rk e sa n s e ki r an y a d i be r i ka n b i mb i ng an d an s o ko ng an .
T e ra p i
R e al i t i
G l as s e r
( P r in s i p
3 )
S e ti a p i n d iv i du b e rt i n gk a h l a ku m en g ik u t c a ra t e r te n tu a ga r d ap a t m em be n tu k p e rs e ki t a ra n m en g ik u t k e he nd a k m as i ng -m as i ng .
C o nt o h
A p l ik a s i P r i n
s i p 1
d a l am
K e s D a v i
d
P a da w a kt u p e pe r i ks a an D a vi d t e l ah m em bu a t b i s in g d a n m en g ga n gg u p e la j a r- p e la j a r l a i n d a n a k hi r n ya d i a t e l ah d i ha mb a t k e lu a r d a r i k e la s . D a vi d h a ru s b e r ta n gg u ng j aw ab a t as t i n da k an n ya d a n t i d ak b o le h m en y al a hk a n r a ka n -r a ka n s e ke l as n ya m em an d an g r e nd a h a t as p e rb u at a nn y a.
C o nt o h
A p l ik a s i P r i n
s i p 2
d a l am
K e s D a v i
d
D a vi d m em be r i ta h u b a ha wa s e ga l an y a a d al a h k e ra n a k e s il a pa n ny a d a n d i a b e r ja n j i u n tu k i n sa f t e t ap i g a ga l m e la k uk a nn y a. T e ta p i , d a la m k e s i n i D a vi d t i d ak b e ru b ah .
C o nt o h
A p l ik a s i P r i n
s i p 3
d a l am
K e s D a v i
d
D a vi d m en g he n ta m b a ra n g-b a ra n gn y a k e a t as m e ja s e hi n gg a p e ns i l ny a m e la n tu n k e a r ah d i nd i ng s em as a a k t iv i t i k um pu l an M a te ma t i k. I n i a d al a h c a ra D a vi d u n tu k m en a r ik p e rh a t ia n C i kg u R ob e r t d a n r a ka n s e ke l as n ya .
Kekuatan dan kekurangan Terapi Realiti Glasser
Kekuatan
Terapi Glasser
Penekanan terhadap disiplin kendiri berbanding dengan hukuman.Pelan Pengurusan bilik darjah 10- langkah yang bersistematik dan berstruktur dapat memanfaatkan guru.Menitikberatkan suasana positif serta saling percaya- mempercayai antara guru dan murid.
Kelemahan Teori
Glasser
Kekeliruan timbul akibat nama yang berubah-ubah. Terapi Realiti diubahsuai menjadi Teori Kawalan, kemudian dikenali sebagai Teori Pilihan.Pelan pengurusan bilik darjah 10- langkah tidak dapat membantu murid yang mempunyai sejarah penderaan, kemurungan atau kecacatan behaviorial.Bukan semua murid berupaya untuk menyelesaikan masalah tingkah laku masing-masing disebabkan mereka belum mencapai kematangan emosi, psikologi atau perkembangan.
top related