174129225 esei isu dalam pentaksiran
Post on 21-Dec-2015
87 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
3.0 BAGAIMANA KAEDAH PBS DINILAI
Pada tahun 2014, PMR 100 % akan ditambahbaik melalui pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dimulakan pada tahun 2014 bagi murid tingkatan 1.
Manakala pada tahun 2016, UPSR tidak lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja yang
digunakan sekarang 60 % malah digabungkan dengan pentaksiran berasaskan sekolah yang
terdiri daripada pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah sebanyak 40 %. Ini bererti sistem
peperiksaan pusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi merupakan penilaian tunggal dalam
menilai pencapaian murid menguasai pembelajaran yang diajar.
Rajah 3.1 : PMR 100% PBS
Sumber Rujukan : Kementerian Pelajaran Malaysia (2012)
Rajah 3.2 : UPSR 60 : 40 mulai 2016
Sumber rujukan : Kementerian Pelajaran Malaysia (2012)
Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran
Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan
dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian seseorang murid. Ia merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan Standard Prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-
tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Standard Prestasi ini memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh
dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.
Pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid yang lain tetapi
melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard yang
diberikan. Standard Prestasi ini juga dirangkumi oleh pernyataan standard, deskriptor, eviden dan
instrumen. Bahagian ini dilaporkan tentang pencapaian murid dan perkembangan dalam
pembelajaran. Rajah 3.1.1 merupakan pengkelasan antara bahagian eviden dan instrumen yang
diguna pakai oleh guru dalam melaksanakan PBS ini.
Jadual 3.1 : Eviden dan Instruman
BAND STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS INSTRUMEN
6
5
4
3
2
1
Pernyataan
bersifat generik
tentang aras
perkembangan
dalam
pembelajaran
(OM & OP)
Pernyataan
tentang apa yang
murid tahu dan
boleh buat
Penyataan
tentang
bagaimana
murid
menunjukkan
tahu dan boleh
buat
Alat untuk digunakan
untuk mentaksir
Paper & pensel
Pemerhatian
Kerja kursus
Buku skrap
Folio
ULBS
Ujian amali
Senarai semak
Soal selidik
Demo
Simulasi
dll
Sumber Rujukan : Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2011)
Dalam PBS ini, pencapaian murid dilaporkan berdasarkan kepada band dan bukan lagi
sebagai skor mentah seperti 70 % ataupun dalam gred A,B, C, D. Dengan itu, murid-murid
dinilai secara adil dan saksama berdasarkan dengan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan
potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Kaedah pelaksanaan PBS dinilai melalui
Standarp Prestasi yang ditetapkan seperti Jadual 3.1.
Jadual 3.1 : Kerangka Standard Prestasi
BAND STANDARD
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu
Kementerian Pelajaran Malaysia juga akan meningkatkan secara sistematik bilangan
peratusan soalan yang berkemahiran berfikir aras tinggi melalui PBS dan peperiksaan awam.
Soalan yang berasaskan Taksonomi Bloom ini akan menguji kemahiran melalui aplikasi, analisis
dan penilaian. Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi meramal
bentuk soalan dan topik yang akan diuji terhadap topik-topik tertentu malah murid akan dilatih
untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks
keperluan berdasarkan merujuk kepada Standard Prestasi yang ditetapkan. Format pentaksiran
yang baru ini membolehkan murid dinilai berdasarkan keberhasilan yang lebih luas dalam jangka
masa yang lebih panjang seperti yang di hasratkan oleh dasar Kementerian.
3.1 CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) baru diperkenalkan dalam sistem pentaksiran pendidikan
negara ini selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Sistem ini
dirangka oleh Kementerian Pendidikan dalam menilai prestasi pelajar berasaskan sekolah bagi
mengatasi sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. PBS dirancang, dibina,
ditadbirkan, diskor dan dilaporkan oleh guru yang telah ditetapkan oleh Lembaga peperiksaan
Malaysia (LPM). Perubahan kepada sistem pentaksiran ini memberikan cabaran yang besar
kepada banyak pihak terutamanya kepada para guru dalam melaksanakan penilaian kepada
pelajar.
Cabaran yang paling dilihat ialah daripada para guru yang memainkan peranan penting
dalam melaksanakan sistem pentaksiran yang baru ini. Kemahiran dan kesedian para guru dalam
melaksanakan PBS ini merupakan salah satu cabaran yang ditempuhi oleh kebanyakan guru
sekarang. Ini dapat dilihat daripada ketua pentadbiran sekolah iaitu guru besar atau pengetua
sekolah yang merupakan tonggak utama dalam pemantauan pelaksanaan di sekolah. Guru besar
sebagai pemimpin pentaksiran perlu ada kualiti diri dan ilmuan dalam bidang pentaksiran dengan
memahami maklumat dengan lebih jelas berkaitan pelaksanaan PBS. Mengetahui ilmu dalam
bidang pentaksiran ini termasuklah prinsip asas dalm pentaksiran pendidikan, pengendalian,
penentuan standard dan penggunaan fail pentaksiran. Ini dapat membantu para guru yang lain
dari semua aspek dalam melaksanakan pentaksiran di sekolah dan sekiranya tanggungjawab guru
besar sambil lewa tentang pelaksanaan ini, ini dapat menyumbang kepada guru-guru lain tidak
mampu melaksanakan dengan berkualiti. Menurut kajian Yusuf & Mohd Musa Shaharuddin
(2011), min keseluruhan iaitu sebanyak 4.179 bagi komponen tahap pemahaman berada tahap
tinggi yang mengambarkan guru besar sangat memahami pelaksanaan pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS). Namun masih terdapat segelintir guru besar yang tidak mengetahui ilmu dalam
bidang pentaksiran sekolah dan menyebabkan tidak memberi kerjasama dengan guru yang lain
contohnya guru besar tidak menyediakan peruntukan untuk membeli fail murid dan kelengkapan
sekolah. Oleh itu, guru besar memberi cabaran yang besar dalam tonggak pentaksiran sekolah
dan peranan guru besar amat diperlukan dengan merujuk pekeliling dan prosedur yang
ditetapkan.
Selain itu, guru kurang memahami mengenai cara melaksanakan pentaksiran seiring
dengan proses pengajaran dan pembelajaran melalui pentaksiran formatif. Hal ini demikian
kerana kesukaran guru membina dan menjalankan instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk
kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan guru menilai pencapaian murid
menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel. Walaupun terdapat cabaran kepada guru dalam
melaksanakan PBS ini, namun pelaksanaan PBS jelas dilakukan oleh sesetengah guru. Menurut
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan guru tidak akan terbeban
sekiranya memahami konsep perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Utusan
Malaysia (2012). Kenyataan Lembaga Peperiksaan menyebut daripada kajian soal selidik yang
dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara talian pada September lalu
mendapati 84.2 % daripada 46929 guru tingkatan 1 sekolah menengah seluruh negara memahami
konsep dan cara melaksanakan PBS. Manakala kira-kira 9006 atau 10 % guru tahun 1, 2, dan 3
sekolah rendah dan 7979 atau 17 % guru tingkatan 1 di sekolah menengah jelas tentang konsep
pentaksiran sekolah iaitu komponen akademik PBS.
Selain itu, guru akademik juga memainkan peranan penting dalam memastikan sistem
penilan yang berkesan di Malaysia. Semenjak PBS diperkenalkan di sekolah, terdapat pelbagai
reaksi dan pandangan yang telah diberikan oleh guru. Guru terasa tercabar dengan beban dengan
tugas yang terbeban. Ini disokong dengan kajian oleh Mohd Anuar & Khamsawati , kebanyakan
guru merasakan perubahan pendidikan telah tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
menghabiskan sukatan pelajaran dan pelaksanaan pentaksiran telah meningkatkan beban kerja
mereka. Peranan guru dalam melaksanakan PBS ini adalah membantu memperbaiki
pembelajaran murud berdasarkan maklumat yang diperolehi. guru juga bukan sahaja mengajar
tetapi juga melakukan kerja-kerja pentadbiran dan kokurikulum. Guru juga mentaksir dan
mengajar dalam masa yang sama. Ini adalah kerana PBS membuat penilain pada masa yang
sama untuk sepanjang tahun. Oleh itu, beban tugas guru ini akan dikurangkan melalui ucapan
Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan bahawa tugas pentadbiran guru akan diberi perhatian
segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam Berita
Semasa (2013).
3.2 KEKANGAN DAN MASALAH
Walaupun pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) ini baru diwujudkan , terdapat beberapa
masalah yang dihadapi oleh guru yang menjadi pentaksir dalam melaksanakan PBS di sekolah.
Antaranya ialah dari segi masa, guru berpendapat banyak pengurusan yang perlu dilakukan
seperti evidens murid dalam PBS yang dikatakan memakan masa yang banyak dan ruang besa
adalah perlu bagi memastikan penguasaan murid dalam pembelajaran direkodkan untuk melihat
pertumbuhan dan perkembangan murid sepanjang tempoh persekolahan. Penilaian PBS ini
memerlukan jangka masa yang panjang kerana ia berlaku sepanjang tahun dan secara berterusan.
Ianya berbeza dengan sistem penilaian yang berorientasikan peperiksaan bertulis yang hanya
dijalankan sekurang-kurangnya dua tahun sekali sahaja.
Permasalahan yang dihadapi juga iaitu tahap kepercayaan yang rendah. Keadaan ini
merujuk kepada pengukuran yang diukur oleh guru dalam mengukur aspek yang tertentu.
Apabila guru-guru diberi kebebasan untuk melakukan penilain secara sendiri, terdapat
kemungkinan instrumen yang diberikan oleh guru bukan opsyen mengajar Matematik tidak
memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan. Dengan ini juga berlaku bias dalam penilaian yang
merangkumi tiga aspek iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan. Melalui pemerhatian, setiap guru
berbeza pandangan terhadap murid-murid terutamanya apabila guru berada dalam keadaan emosi
menyebabkan guru menaksir murid tersebut dengan sambil lewa dan guru juga sukar
membezakan pelajar yang pura-pura fahan dengan pelajar yang dapat memahami apa yang
dipelajari. Pemerhatian guru adalah subjektif dan terdapat perbezaan antara pemerhatian setiap
guru di samping guru hanya menilai apa yang nampak pada mata kasar sahajar. Melalui lisan
pula, murid-murid kurang memberi respon kerana murid berasa bosan apabila diberikan soalan
yang berterusan dan soalan yang dijawab dengan beramai-ramai. Berdasarkan dari segi
penulisan, murid berada pada tahap yang berbeza dan penilain guru terhadap guru berbeza dan
skema jawapan tidak setara dengan guru yang lain. Secara tidak langsung, pencapaian murid-
murid tidak berkesan
Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi pengunaan teknologi telah
diciptakan bagi memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas pekeranian iaitu sistem
pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
Dan Kokurikulum (PAJSK) yang dibangukan untuk merekod , menyimpan dan melaporkan
perkembangan murid yang disimpan dan boleh dicetak sebagai laporan yang diperlukan. Namun
terdapat bebarapa masalah yang dihadapi dalam penggunaan teknologi ini iaitu sistem PBS tidak
mesra pengguna dan tidak sistematik dan menyebabkan masalah kelewatan dan data murid-
murid sehingga menjadi bebanan kepada guru-guru di Malaysia. Bagi sekolah di pedalaman
yang sukar mendapat akses internet, guru-guru terpaksa pergi ke kawasan bandar atau pekan
yang mempunyai akses internet untuk mengisi hasil pentaksiran yang dilkaukan secara manual.
Walaupun sistem ini diwujudkan untuk memudahkan kepada guru namun guru kurang
memahirkan diri dalam penggunakan teknologi. Melalui hasil kajian Abd Wahid & Yuszaida
Yusof (2011) menunjukkan masalah yang paling kerap dihadapi ialah guru kurang elemen dalam
kemahiran penggunaan teknologi dalam melaksanakan PBS ini. Dengan itu, permasalah ini dapat
dibaik pulihkan dengan tindakan yang sewajarnya dan tanggungjawab semua pihak harus
dititikberatkan dalam mewujudkan pencapaian pelajar lebih cemerlang.
3.3 LANGKAH PENYELESAIAN
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang
dianggap berkempuan menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi) dan pskimotor (jasmani)
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walaupun pentaksiran ini baru diwujudkan,
terdapat pelbagai inisiatif dan langkah penyelesaian dalam mengatasi permasalahan yang wujud.
Terdapat banyak pihak yang harus berganding bahu menyelesaikan permasalahan yang timbul
ini bagi mewujudkan sistem penilaian yang cemerlang di Malaysia.
Dalam mengatasi permasalah yang dirungkaikan oleh rungutan guru terhadap sistem
SPPBS yang merupakan masih baharu dibangunkan dan sudah tentu mengambil masa untuk
diadaptasikan tetapi mengakui ada ruang yang perlu ditambah baik. Pihak kerajaan bersedia
menambah baik sistem PBS dan kementerian sewajarnya meneliti pandangan serta cadangan
guru-guru dalam usaha menambah baik sistem PBS termasuk aspek yang menjadi bebanan
kepada tenaga pengajar melalui keratan akhbar Berita Harian (2012) . langkah ini adalah satu
langkah yang tepat diambil oleh pihak kerajaan dan penambaik sistem PBS ini haruslah
dilaksanakan dengan secepat mungkin kerana dalam beberapa tahun sahaja lagi peperiksaan
PMR akan menggunakan sistem PBS ini sepenuhnya. Apa yang paling penting, kemudahan
akses dilaksanakan di semua sekolah pedalaman supaya sistem ini boleh diakses tidak kira di
mana sahaja dengan secepat mungkin. Langkah interim yang bersifat sementara yang telah
diambil dengan menyediakan hosting khas yang berasingan bagi Sistem Pengurusan PBS dan
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Oleh itu, pihak kementerian sewajarnya memberikan
penelitian yang terbaik dalam melakukan penambahbaikan sistem pentaksiran ini.
Selain itu, pihak kerajaan harus memperbaiki cara pengurusan supaya lebih bersistematik.
Hal ini kerana pelaksanaan PBS ini telah menyebabkan golongan guru dan pihak pentadbir
mengalami beberapa kesulitan dalam menilai diri seseorang pelajar itu secara individu. Pihak
kerajaan seharusnya meneliti setiap pelaksanaan yang di lakukan bagi mengelakkan perkara yang
tidak di ingini berlaku pada kemudian hari kelak. Contohnya guru membuat kesilapan dalam
memasukkan data-data murid yang cemerlang dan tidak cemerlang. Ini menyebabkan pelajar itu,
mengalami masalah apabila keputusan yang di umumkan oleh pengetua menyatakan pelajar itu
gagal dalam akademik walaupun mempunyai sahsiah yang tinggi. Seterusnya penyelesaian
mengenai PBS ini ialah guru seharusnya bersikap bertanggungjawab dalam memastikan setiap
rekod pelajar itu di simpan dalam satu dokumen rasmi bagi membolehkan guru itu membuat
semakkan sekiranya berlaku penipuan dalam rekod pelajar. Ini kerana ada segelintir guru-guru
yang terlepas pandang mengenai PBS ini kerana guru terpaksa menilai pelajar yang ramai
sehingga menyebabkan guru itu mengalami pelbagai masalah. Ada guru yang sambil lewa
memasukkan data murid tanpa memeriksanya secara mendalam.
Guru-guru seharusnya di latih lebih mendalam dan menjalani kursus bagi melayakkan
guru memperolehi sijil pengesahan kelulusan bagi merekod pencapaian pelajar melalui sistem
PBS ini. Guru-guru yang lulus akan di berikan kuasa sepenuhnya oleh pihak pengetua bagi
menjalankan rekod penilaian murid dari segi akademik, sahsiah dan kokurikum. Guru-guru yang
tidak lulus dalam ujian merekod PBS ini tidak akan di berikan sijil malahan di kendaki
mengulangi ujian tersebut sehingga lulus dan membuat latihan insentif terhadap pelaksanaan
PBS. Melalui cara ini guru-guru akan berasa mudah sekiranya menjalani kursus yang diadakan
bagi pemantapan merekodkan sifat pelajar melalui PBS ini. Justeru itu, melalui kursus yang di
jalankan guru-guru akan lebih dapat mengetahui secara lebih mendalam cara pelaksanaan PBS
dengan berkesan tanpa ada berlaku keraguan dan persoalan yang timbul. Pihak pentadbir seperti
pengetua, guru besar dan guru penolong kanan seharusnya memikirkan cara yang berkesan bagi
melatih guru-guru ini supaya mahir lebih mendalam cara penggunaan PBS di peringkat sekolah
terutama cara merekod pencapaian seseorang pelajar tersebut.
Kesimpulannya, langkah kerajaan dibawah Kementerian Pelajaran untuk menambah baik
sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah wajar dilakukan dan kesemua pihak
sewajarnya memainkan peranan penting dalam pelaksanaan PBS bagi memantapkan pentaksiran
di sekolah tanpa ada halangan dan keraguan yang timbul.
RUJUKAN
Abd Wahid Mukhari & Yuszaida Yusof (2011). Tahap Kefahaman Kriteria Dan Masalah Guru
Terhadap Penilaian Dan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup (KT) Di Daerah
Segamat, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Anuar dan Khamsawati (Tahun Tidak Dinyatakan). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja
Kursus Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang. Skudai :
Universiti Teknologi Malaysia
Rungutan Guru Dikaji-TPM (2012, 5 Nov ). Berita harian
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Diperoleh April 3, 2013 daripada
http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html
Beban Tugas Guru Malaysia Semakin Bertambah? Benarkah? Senaraikan? Datuk Najib Mahu
Selesaikan (2013, 13 Feb ) daripada http://beritasemasa.com/beban-tugas-guru-malaysia
Yusuf Boon Dan Mohd Musa Shaharuddin (2011). Kepimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi,
Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia
Norizan abdul muhid diperoleh daripada April 3, 2013 daripada
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=257
%3Apentaksiran-secara-holistik&Itemid=1&lang=en
top related