2 rumah semaian
Post on 21-Dec-2015
176 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
2 – Rumah Semaian Benih Cili & Timun
Rumah Semaian Benih Cili & Timun
Maklumat :
Jenis kayu: (1” x 1” ), (1” x 1”), (0.5” x 0.5”)dan (1” x 0.5”) Bumbung: Plastik Lutsinar Tebal Dinding: Jaring Besi dan Jaring PVC@Serangga Tapak : Jaring Besi Takungan : Tapak rumah Kucing
Alhamdulillah sekarang saya telah mempunyai 2 buah rumah semaian benih mini berkapasiti 4 tray semaian. Dengan kos kayu yang agak mahal pada ketika ini, saya banyak menggunakan kayu-kayu terpakai yang ada di rumah dan selebihnya saya beli. Jenis kayu yang saya gunakan adalah dari pelbagai jenis. Untuk bumbung, saya gunakan plastik tebal lutsinar sebagai atap kerana separuh cahaya UV matahari dapat menembusi dan mengenai kepada anak benih. Manakala dinding nya dan tapak tray rumah semaian saya menggunakan jaring besi dan dilapis dengan jaring PVC. Penjagaan anak pokok di dalam rumah semaian adalah amat penting kerana anak pokok sensitif kepada keadaan yang amat panas yang boleh membuatkan pokok layu serta mengelakkan dari serangan serangga (belalang) dan penyakit kulat jika terdedah kepada cuaca hujan panas. Rumah Semaian pokok cili diperlukan untuk masa sebulan sebelum anak pokok yang sudah matang boleh dipindahkan ke dalam polibeg manakala pokok timun hanya 7 hari diperlukan. Berikut adalah gambar rumah semaian yang berjaya disiapkan.
top related