20 sifat wajib bagi allah
Post on 24-Dec-2015
346 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
20 Sifat Wajib
Bagi AllahNORHIDAYU BINTI YUSOPPISMP PENGAJIAN AGAMA
JANUARI 2012
9. ‘ilmu
8. Iradah
6. Wahdaniya
h
7. Qudrah
10. Hayat
WAHDANIYAH
Wahdaniyah ertinya Allah Maha Esa, tidak berbilang-bilang
jumlahnya. Esa Allah Ta’ala itu ialah pada Zat-Nya, Sifat-Nya dan Af’al-Nya. Allah itu Esa,
maka janganlah sekali-kali kita membayangkan atau
memikirkan bahawa ada tuhan yang lain selain daripada
Allah.
DALIL ‘AQLI DAN NAQLI
• Dalil Aqli:
• Jika Allah tidak esa, maka perbuatan Allah juga tidak esa ; ada kalanya bekerjasama dan ada kalanya tidak bekerjasama. Jika bekerjasama seumpamanya Tuhan pertama membuat langit dan Tuhan kedua membuat bumi akan nyatalah sifat lemah pada Tuhan kerana ia perlu saling menolong. Jika tidak bekerjasama, tentu ketika itu ada Tuhan yang berkuasa dan ada Tuhan yang lemah. Maka logik akal tidak dapat menerima adanya Tuhan yang lemah, dan jelaslah Allah Maha Esa pada zat, sifat dan perbuatannya.
• Dalil Naqli:
• Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Surah Al-Baqarah ayat 163
Qudrah
Qudrat ertinya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Hanya Allah yang berkuasa, sedangkan selain Allah
sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan.
Kekuasaan Allah mutlak milik-Nya. Kekuasaan Allah itu bukan
datangnya kemudian, tetapi sudah ada semenjak zaman Azali
lagi, iaitu sebelum adanya sesuatu selain daripada Alah
s.w.t.
QUDRAH ALLAH TA’ALA DAN QUDRAH MANUSIA
Qudrah Allah Qudrah manusia
1. Qadim lagi azali 1. Baharu
2. Hakiki 2. Ikhtiari
3. Memberi kesan atau bekas 3. Tidak memberi kesan atau bekas
4. Bersendiri 4. Berharap pada yang lain
5. Tiada batasan 5. Ada batasan.
• Dalil Naqli:
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata
kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah ia”.
(Surah Yassin: 82)
• Pada sifat Qudrat, Allah Ta’ala Maha Kuasa mengadakan dan meniadakan sesuatu mumkin, dan bagi Qudrat itu beberapa ta’alluq (menuntut sifat akan satu pekerjaan lain daripada menuntut di Zat-Nya), iaini beberapa tugas.
*mumkin – perkara yang boleh ada dan boleh tiada (yang boleh berubah-ubah) iaitu segala sifat yang bersifat baharu meliputi alam insan, haiwan, tumbuh- tumbuhan dan alam ghaib.
PENGERTIAN TA’ALLUQ
Ta’alluq ialah sifat yang menuntut serta melazimkan suatu yang lain selain
daripada sifat itu ada pada zat Allah Ta’ala. Sedangkan sifat yang tidak
berta’alluq beerti sifat yang tidak menuntut serta melazimkan suatu yang lain
selain sifat itu ada pada zat Allah Ta’ala.
Sifat yang tidak berta’alluq bererti sifat yang tidak menuntut serta melazimkan suatu yang lain selain sifat itu ada pada
zat Allah Ta’ala.
Suatu yang lain dalam pengertian sifat berta’alluq ialah perkara- perkara yang
wajib, yang mustahil dan yang harus.
Perkara yang dita’alluq oleh Qudrat dan Iradat ialah kepada yang mumkin sahaja, dan bukan kepada perkara yang wajib
dan mustahil.
Qudrah, Iradah, ‘Ilmu,Sama’, Basar dan Kalam kecuali
hayat
MumkinatYang Wajib,
Mustahil, dan Harus
Berta’alluq kepada zat Allah Ta’ala dan
selainnya : ‘Ilmu, Kalam, Sama’ dan
Basar
Berta’alluq kepada selain Allah Ta’ala : Qudrah dan Iradah
MaujudatBerta’all
uq kepada
Tempat Ta’alluq
Sifat Ma’ani yang
berta’alluq
Jenis ta’alluq
sifat Qudrah
Ta’alluq Tanjizi Hadis
Ta’alluq Qabdhah
Ta’alluq Suluhi Qadim
Iaitu wajar (patut dan layak) pada azali Allah mengadakan perkara mumkin atau meniadakannya.
Iaitu terlaksana mumkin dengan maksud mengadakan perkara mumkin atau meniadakan dengan benar (bil-fi’li). Berdasarkan ta’alluq ini perkara mumkin boleh wujud atau tidak dengan Qudrah Allah.
Iaitu dalam genggaman atau kuasa mutlak Allah
Ta’ala. Jika ia berkehendak
menggalakkan adanya sesuatu mumkin, maka
kekallah adanya atau sebaliknya
IradatAllah mempunyai sifat Iradat, iaitu
berkehendak, maksudnya bahawa Allah dalam menciptakan
segala sesuatu berpedoman kepada kehendak-Nya. Begitulah alam semesta ini terjadi, kerana Qudrat dan Iradat Allah, diatas Kekuasaan dan Kehendak Allah s.w.t. dan tidak ada batasannya
dan tidak dapat dilukiskan melalui fikiran manusia tentang
keinginan Allah.
Dan Iradat itu ialah satu sifat yang sedia kala pada Zat Allah. Dengan sifat Iradat,
Allah Ta’ala mengkehendaki dan menentukan mumkin dengan setengah-
setengah barang yang harus atas mumkin.
Manusia juga mempunyai kehendak, namun tidak semua kehendak itu tercapai. Hanya
apabila kehendak itu diizinkan Allah dengan arahan-Nya baru lah kehendak manusia menjadi
kenyataan.
TA’ALLUQ IRADAH
• Sifat Iradah (berkehendak) berta’alluq kepada segala perkara mumkin secara ta’alluq Takhsis iaitu Iradah Allah Ta’ala menentukan perkara mumkin berkenaan sifat, masa, tempat pihak dan kadar yang harus atasnya.
• Ta’aluq Iradah Allah menyeluruh pada semua perkara mumkin, termasuklah segala kejahatan dan kekejian, berpandukan firman Allah :
Surah Al-An’am 6:125
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah kepadanya nescaya Ia
melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya nescaya Ia menjadikan dadanya sesak
sempit, sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan
susah payahnya)
Jenis ta’alluq
sifat Iradah
Ta’alluq Tanjizi Qadim
Ta’alluq Tanjizi Hadith
Ta’alluq Suluhi Qadim
Iaitu wajar (patut dan layak) pada azali Allah menentukan perkara mumkin dengan segala perkara yang harus atas mumkin daripada ada dan tiada, dan juga menentukan segala sifat, masa, tempat, pihak dan kadarnya
Pelaksanaan pada azali dengan Iradah Allah bagi menentukan perkara mumkin dengan perkara yang harus baginya iaitu al Mumkinat al-Mutaqabilat. (perkara-perkara harus yang berlawanan)
Iaitu ketentuan yang nyata pada hari sebenar terjadinya perkara mumkin dengan Qudrah dan Iradah Allah. Ketentuan ini terletak nasib manusia yang akhir sekali tentang perkara yang berhubung dengan hidupnya
IlmuAllah bersifat ilmu, ertinya
bahawa Allah Maha Mengetahui. Allah memiliki
pengetahuan dan mengetahui akan segala
sesuatu, yang sudah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku, baik di
langit, dibumi mahupun yang diantaranya, dan segala sesuatu yang diciptakan-
Nya.
TA’ALLUQ ILMU
Sifat ilmu berta’alluq kepada segala yang wajib, yang mustahil dan harus secara ta’alluq Inkisyaf iaitu telus
dan menyeluruh segala maklumat. Jelasnya, tidak ada sesuatu perkara pun daripada perkara wajib,
mustahil dan harus tidak diketahui oleh Allah
Firman Allah :• Surah al-Talaq 65:12
Sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu Nya akan tiap-tiap
sesuatu
JENIS TA’ALLUQ ‘ILMU
Terlaksana pada azali, bahawa Allah mengetahuisegala perkara yang wajib (zat-Nya dan sifatsifatNya), mengetahui segala yang mustahil
seperti adanya sekutu atau rakan kongsi bagiNya dan mengetahui segala yang harus samaada yang tela ada, yang akan diadakan dan
yangtiada dan akan ditiadakan.
Tanjizi Qadim :
HayatHayat iaitu hidup, dan
mustahil bagi-Nya mempunyai sifat binasa yang sama dengan makhluk. Sifat
hidup Allah ini tidak sama sebagaimana dengan
kehidupan alam, seperti manusia, malaikat haiwan
dan makhluk-makhluk yang lainnya.
Hayat
Sama’
Qudrah
Iradah
Kalam
‘Ilmu
Basar
DALIL ‘AQLI DAN NAQLI
• ‘Aqli:Jika Allah tidak bersifat dengan sifat Qudrah, Iradah ,
ilmu dan hayat, maka tentulah alam ini dan segala yang baharu
(makhluk) tidak ada. Hendak dikatakan tiada alam ini mustahil kerana
alam ini telah ada. Maka pastilah dengan logik akal Allah bersifat
dengan keempat-empat sifat tersebut kerana dengan sifat itu,
Allah dapatmenciptakan alam ini.
Naqli :
Surah Al-Baqarah 2:255
“Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang tetap hidup yang kekal selama-lamanya”
Rujukan
• Modul Pengajian Akidah PIM3112(PPG)• Tauhid – Benteng Penyelamat ummah• Sifat 20 – Ke arah memahami Aqidah Ahli
Sunah Wal-Jamaah
top related