20070917080922topik 2 - perkembangan manusia
Post on 08-Apr-2018
324 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
1/35
OUM 17
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
PENGENALAN
Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah fokus kajian bidang psikologiperkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan
perkembangan manusia dan cuba mencari kaitannya dengan faktor-faktor yang
mempengaruhinya, iaitu baka dan persekitaran. Mereka sering mempersoalkan sama
ada baka atau persekitaran yang lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan
perkembangan manusia (nature versus nurture). Contohnya, seorang anak yang didera,
apabila dewasa kelak dia akan mendera anaknya. Adakah ini disebabkan persekitaran
(dia didera) atau baka dari bapanya (seorang pendera)? Bab ini akan membincangkanpengertian dan ciri-ciri perkembangan, teori-teori perkembangan dan kepentingan
pengetahuan ini kepada seorang guru.
OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. menerangkan pengertian perkembangan dan ciri-ciri utama perkembangan;
2. mengenal pasti ciri-ciri utama teori-teori perkembangan;
3. membezakan teori-teori yang relevan dan tidak relevan dalam tugas seharian;
4. menghuraikan perkembangan fizikal, mental dan emosi; dan
5. menjelaskan kepentingan pengetahuan psikologi perkembangan kepada guru.
2.1 PENGERTIAN PERKEMBANGAN MANUSIA
Pernahkah anda perhatikan perkembangan diri dan keluarga (anak-anak,
anak saudara, adik-beradik) dari kecil hingga ke dewasa? Apakah perubahan
yang dapat anda perhatikan dari segi fizikal, mental dan emosi?
Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini
tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal
(Atan Long, 1980). Contohnya, bayi yang baru lahir tidak dapat bertutur dan meminta apa
yang dikehendaki. Apabila sudah berumur satu tahun, dia mula berupaya menyebut satu
atau dua patah perkataan seperti ma..ma atau pa..pa. Dari keadaan tidak boleh bertutur
kepada boleh bertutur beberapa patah perkataan, nyatalah kanak-kanak ini telah mengalami
perkembangan.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
2/35
18 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
Berikut ialah beberapa pendapat tentang apakah perkembangan manusia:
Eggan dan Kauchak (1997)
.the concept of development, the orderly, durable changes in a learner resulting
from a combination of learning, experience, and maturation.
Jelasnya, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang
berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan
kematangan.
Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan
bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran
dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami
perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti,
sosioemosional dan kognitif serta bahasa.
Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif
serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Contohnya, Hadi, pelajar Tahun 2 tidak berupaya menyelesaikan masalah matematik yang
melibatkan konsep pecahan. Bagaimanapun, apabila berada dalam Tahun 3, Hadi telah
menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pecahan. Ini
menunjukkan wujudnya perubahan dari segi pemikiran dalam diri Hadi. Hadi telah mengalami
proses perkembangan.
Slavin (1997)
. Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of a lifetime.
Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif,tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa.
Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga
akhir hayat organisma.
2.2 PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
Dari segi definisi kamus, pertumbuhan dan perkembangan adalah hampir sama. Namun, dari
segi psikologi, kedua-duanya membawa makna yang berlainan. Berikut adalah perbezaan
antara pertumbuhan dan perkembangan.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
3/35
OUM 19
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
2.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGANMANUSIA
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia terdiri daripada dua, iaitu faktor
endogen (dalam individu) dan eksogen (luar individu).
Latihan 2.1
Baca situasi-situasi berikut dan kenal pasti yang manakah boleh
dikatakan perkembangan manusia.
Jadual 2.1: Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan
Fikirkan sejenak, apakah faktor endogen dan eksogen yang mungkin telah
mempengaruhi perkembangan diri anda atau seorang yang terdekat
dengan anda?
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia,
Projek Usaha Belajar Sendiri Ilmu Pendidikan, Kuala Lumpur, 1979
2.3.1 Faktor Endogen
Faktor endogen ialah faktor atau sifat yang dibawa oleh individu sejak dalam kandungan
hingga kelahiran. Faktor endogen merupakan faktor keturunan atau faktor pembawaan.
Individu terjadi apabila bertemunya ovum dari ibu dan sperma dari ayah. Maka, individu akan
mempunyai sifat-sifat ibu dan ayahnya.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
4/35
20 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
Faktor-faktor endogen adalah seperti berikut:
(a) Baka
Dari segi fizikal, individu akan mewarisi sifat-sifat fizikal ibu bapanya seperti tinggi, bentuk
badan, warna kulit, warna mata, warna rambut, temperamen dan sebagainya (Buss &
Plomin, 1997).
Terdapat kajian yang mendapati sebahagian kecacatan mental adalah diwarisi. Misalnya,
penyakit Tay-Sachs. Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya mati padaumur 3 atau 4 tahun kerana kegagalan badan mereka untuk memecahkan lemak.
Penyakit ini selalunya berlaku di kalangan orang Yahudi di Timur Eropah. Jika kedua-
dua ibu bapa membawa gen penyakit ini, anak mereka mempunyai peluang 25 peratus
menghidap penyakit ini. Penyakit-penyakit lain yang boleh diwarisi adalah seperti sindrom
Down, Phenylketonuria, Anemia Sel Sikel (Asmawati Desa, 1996).
Selain itu, terdapat juga kajian yang mendapati sahsiah adalah diwarisi dari ibu atau
ayah melalui baka (Bee, 1995). Beliau mengatakan bahawa temperamen, iaitu tret-tretpersonaliti adalah diwarisi dari ibu bapa dan akan berkekalan pada individu sepanjang
hayatnya. Dalam kajian mereka, Loehlin dan Plomin (1992) juga mendapati sebahagian
besar dimensi personaliti adalah disebabkan pewarisan baka, misalnya; personalitiekstrovert dan personaliti introvert (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2002).
Rajah 2.1: Faktor endogen dalam perkembangan manusia
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
5/35
OUM 21
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
Alfred Binet, Theodore dan Guiford mempercayai kecerdasan adalah diwarisi dan tidak
dapat dipertingkatkan melalui pengajaran (Borich & Tombari, 1997). Bagaimanapun,
Howard Gardner et al. (1996) tidak bersetuju dengan pendapat mereka dan beliau
mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran dan
memberi persekitaran yang kondusif untuk membolehkan pembelajaran berlaku.(b) Pemakanan
Pemakanan yang seimbang dan cukup merupakan satu keperluan bagi ibu dan fetusdalam kandungan. Zat makanan yang tidak mengcukupi akan menyebabkan kadar
perkembangan sel otak janin yang lambat. Saiz otak janin boleh menjadi kecil dan
perkembangan intelektual terbantut.
(c) Kesihatan Ibu
Ibu yang hamil harus menjaga kesihatannya dengan memakan makanan yang seimbangdan mengurangkan penggunaan gula dan garam untuk mengelakkan penyakit seperti
kencing manis dan darah tinggi serta preaklamsia (Shryock, 1991).
Selain itu, ibu juga harus menjalani pemeriksaan doktor mengikut jadual yang ditetapkan.Ibu juga harus menjaga kebersihan diri dan memakai pakaian yang longgar dan selesa
serta memakai kasut yang tidak bertumit atau bertumit rendah. Ibu juga perlu bersenam
dan mempunyai tidur yang mencukupi.
(d) Dadah dan Alkohol
Ibu yang hamil harus mengelakkan daripada mengambil dadah. Jika tidak, bayi yang
lahir akan cacat atau terencat akal. Pengambilan dadah seperti heroin, kokein dan
metadon juga boleh menyebabkan kecacatan kepada fetus. Pengambilan alkohol pula
akan menyebabkan bayi menghidapi fetal alcohol syndrome, iaitu jarak mata bayi lebar,
kepala kecil, jantung dan sendi-sendi tidak dapat berfungsi dengan betul, hiperaktif dan
sebagainya.
Ibu mengandung yang mengambil dadah thalidomide menyebabkan anaknya
dilahirkan dengan tangan yang cacat. Ini boleh mempengaruhi perkembangan anak
seterusnya.
Rajah 2.2: Kanak-kanak hasil dari dadah thalidomide
Sumber: Sigelmen C. K. (1999)
Lifespan Human Development. Brooks/ Cole Publishing Co.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
6/35
22 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
(e) Merokok
Jika ibu yang mengandung merokok, janin akan mengalami kekurangan oksigen kerana
pembuluh darah mengecut. Karbon monoksida yang disedut akan meningkatkankandungan karbon dalam hemoglobin ibu. Keadaan ini mengurangkan pengoksidaan
darah dan seterusnya janin akan mengalami kekurangan bekalan oksigen. Ini bolehmenyebabkan kecacatan otak dan ukuran lilitan kepala yang kurang (Miller, 1986).
(f) Faktor Rh darah
Apabila perempuan yang berdarah Rh negatif berkahwin dengan lelaki berdarah Rhpositif, biasanya anak yang dilahirkan adalah berdarah Rh positif. Semasa hamil, ibu
yang berdarah Rh negatif akan menghasilkan antibodi yang berupaya untuk
memusnahkan sel darah fetus yang mengalir melalui uri dan memasuki darah ibunya.Pada kehamilan pertama, tiada apa-apa yang serius berlaku. Tetapi pada kehamilan
yang kedua dan ketiga, mungkin terdapat antibodi yang cukup dalam darah ibu dan ia
akan memusnahkan sel darah fetus sehingga mengakibatkan anemia (penyakit kurang
sel darah merah). Sekiranya ibu tidak mendapat rawatan, dia mungkin akan mempunyai
seorang anak sahaja dan mengalami keguguran pada kehamilan yang kedua dan ketigasecara sengaja atau tidak.
(g) Kesan X-Ray
Kajian menunjukkan kesan X-Ray pada ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatanpada fetus yang dikandungnya. Selain itu, sinaran laser (untuk rawatan kanser) dan
radioaktif juga boleh menyebabkan kecacatan bayi.
(h) Emosi Ibu
Emosi seperti marah, kebimbangan dan kecemasan akan merangsangkan penghasilan
hormon adrenalin ibu dan menyebabkan darah daripada rahim mengalir ke anggotatubuh yang lain. Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada
janin.
(i) Umur Ibu
Umur ibu yang mengandung ada berkaitan dengan risiko kematian janin (Kessner, 1973).
Semakin muda umur ibu, semakin tinggi risiko mengalami keguguran, anak tidak cukup
bulan atau kematian anak. Ibu yang berumur antara 20 hingga 35 tahun merupakan
masa yang paling baik untuk melahirkan anak (Jas Laile Suzana Jaafar, 1996).
Ibu yang berumur 40 tahun pula mungkin mengalami keabnormalan kromosom dan
melahirkan bayi monggoloid atau bayi sindrom Down. Keabnormalan baka boleh
menghasilkan anak sindrom Turner dan sindrom Kleinfelter. Umur ayah juga
mempengaruhi bayi yang dilahirkan. Semakin tinggi umur ayah, semakin tinggi risikoberlakunya mutasi pada sperma yang boleh menyebabkan kelahiran bayi sindrom Down.
(j) Teratogenik dan Penyakit Ibu
Teratogen ialah sebarang bahan yang menyebabkan perubahan dalam kod genetik
menyebabkan keabnormalan. Ia adalah bahan dalam persekitaran dan bukan gen yang
diwarisi daripada ibu atau ayah. Ia boleh berbentuk fizikal seperti radiasi, jangkitan seperti
rubela dan bahan kimia seperti kortison dan tahlidomida.
Agen teratogenik boleh menghentikan penghasilan protein, gangguan kepada
perkembangan dan perkembangan yang tidak lengkap. Kehadiran bahan ini amat
berbahaya kepada fetus semasa pembentukan anggota badan fetus. Penyakit AIDS
juga boleh berpindah dari ibu ke fetus.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
7/35
OUM 23
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
2.3.2 Faktor Eksogen
Faktor eksogen merupakan faktor yang datang dari luar diri individu. Contohnya, pengalaman-
pengalaman, keluarga, persekitaran dan sekolah.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penjagaan semasa
mengandung atau prenatal care dan kesannya ke atas pertumbuhan
fetus, sila lawat laman web berikut:
www.nlm.nih.gov/medlineplus/prenatalcare.html
Rajah 2.3: Faktor-faktor eksogen
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
8/35
24 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
Faktor-faktor eksogen adalah seperti berikut:
(a) Pemakanan
Pemakanan yang berkhasiat adalah amat penting dalam pertumbuhan dan tumbesaran
kanak-kanak. Pemakanan yang sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan adalah susuibu. Susu ibu mengandungi segala khasiat dan membekalkan antibodi yang diperlukan
oleh bayi.
(b) Keluarga
Keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembanganseseorang individu. Ibu bapa mempengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak mereka.
Menurut Baumrind (1995), cara asuhan yang efektif ialah otoritatif, iaitu memberi
kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletak batasan yang perlu diikuti.
Ini kerana cara otoritatif dapat membentuk anak yang berdikari, berkendiri asertif, mudahberkawan, suka bekerjasama, tinggi harga diri dan orientasi pencapaian.
(c) Rakan Sebaya
Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula bersosial di luar rumah selaindaripada adik-beradiknya. Menurut Berk (1989), rakan sebaya ialah mereka yang sama
umur kronologi atau hampir sama umur dengan seseorang individu. Melalui rakan sebaya,
individu memperoleh kemahiran untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat. Individu
belajar menghormati hak individu lain, bekerjasama, mempelajari peranannya,
bertanggungjawab ke atas tugas yang diberikannya, mematuhi peraturan kumpulandalam usaha mewujudkan keharmonian dalam kumpulan. Individu mempelajari
kemahiran tersebut berperingkat-peringkat dan melalui permainan (Ramlah Jantan &
Mahani Razali, 2002).
(d) Sekolah
Sekolah merupakan agen sosialisasi yang lebih luas lingkungannya seperti rakan sebaya,
rakan lain umur dan jantina, guru dan sebagainya. Di sekolah individu boleh mempelajari
tentang norma dan peraturan dalam kumpulan yang besar, hampir sama dengan
masyarakat. Individu dapat belajar tentang nilai-nilai moral dengan lebih mendalam dan
cara bergaul dalam masyarakat. Individu akan memenuhi kehendak masyarakat denganmengamalkan tingkah laku yang baik dan mengetepikan yang buruk.
Rajah 2.4: Sekolah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan seseorang
Sumber: www.tutor.com.my/tutor/fokus/sribintang1.jpg
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
9/35
OUM 25
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
(e) Tempat Tinggal
Tempat tinggal merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perkembanganmanusia dari segi pembelajaran dan budaya atau gaya kehidupannya. Ini termasuklah
sistem moral dan nilai serta world view seseorang.
Secara amnya, tempat tinggal dibahagikan kepada tiga kawasan, iaitu bandar, luar
bandar dan pinggir bandar. Biasanya, individu yang tinggal di kawasan bandar adalah
lebih terbuka fikirannya, optimistik, bertenaga dan bercita-cita tinggi seperti inginmelanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Manakala individu di kawasan luar
bandar pula suka bekerjasama, hubungan yang lebih rapat dengan individu yang lain
dan mementingkan nilai-nilai murni. Individu di kawasan bandar adalah lebih individualistik
berbanding dengan individu kawasan luar bandar.
(f) Media Elektronik dan Sebaran Am
Pada masa kini, perhubungan manusia adalah tidak terbatas dengan kewujudan
komputer. Manusia dapat bertukar maklumat dan berkomunikasi melalui internet. Dengan
kata lain, manusia adalah lebih maju dalam perhubungan dan maklumat. Seorang individu
boleh terpengaruh dengan media elektronik ini seperti cara pergaulan, berpakaian,pemakanan dan sebagainya.
(g) Pusat Ibadat
Kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan tempat ibadat akan terdedah kepada
falsafah, ajaran-ajaran cara hidup dalam pembentukan nilai, moral, pergaulan dansebagainya. Misalnya, individu yang tinggal di Kelantan, yang dikenali sebagai serambi
Mekah, sangat kuat berpegang kepada agama Islam, melarang sama sekali remaja
berjudi atau minum arak.
(h) Persekitaran Dunia
Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh yang berlaku di seluruh dunia telah
menyedarkan kita untuk mewujudkan keamanan di seluruh dunia. Hasilnya, ialah individu
dan rakan sebaya yang prihatin mengutip derma untuk membantu mereka. Ini bermakna,
nilai individu telah meningkat ke tahap yang lebih tinggi dalam skala penaakulan moralKohlberg.
Latihan 2.2
Kelaskan penyataan yang diberi sebagai faktor endogen ataueksogen.
Berpandukan faktor-faktor endogen dan eksogen yang telah
dibincangkan, faktor manakah pada pendapat anda, mempunyai
pengaruh yang lebih kuat ke atas perkembangan anda? Fikirkan
mengapa dan berikan contoh situasi yang menonjolkan kesahihan
pendapat anda?
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
10/35
26 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
2.4 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
Perkembangan merupakan satu bidang yang luas.
Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut:
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
11/35
OUM 27
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
Perhatikan dan bincangkan ciri-ciri perkembangan yang dapat andalihat pada kanak-kanak berumur 3 tahun dari bangsa yang berlainan
seperti bangsa Melayu, Cina dan India.
2.5 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MANUSIA
Imbas kembali ke teori-teori yang telah dibincangkan dalam Bab 1. Cubafikirkan apakah pendekatan yang akan diambil oleh setiap teori dalammenerangkan proses perkembangan manusia.
2.5.1 Teori Psikoanalisis Sigmund Freud
Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Beliau
berasal dari Moravia, yang pada masa sekarang terkenal dengan nama Slovakia. Beliau
membentuk teori psikonalitik hasil dari pengalaman kerjanya dengan pesakit-pesakit mental.
Beliau merupakan seorang doktor pakar dalam bidang neurologi. Beliau menghabiskansebahagian besar hidupnya di Vienna sebelum berhijrah ke kota London disebabkan oleh
sentimen anti-Nazi. Hasil kajiannya, beliau telah menerbitkan sebuah buku yang terkenal,
iaitu The Interpretation of Dreams(1900) dan seterusnya kajian tentang analisis swadiri.
Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan
desakan naluri semula jadi (inborn drives). Berdasarkan pandangan ini, lahirlah konsep
antirasionalisme dalam segala gerak-geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak
rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia
sebagai individu, tidak dapat menentukan arah tujuan kehidupannya.
Freud percaya bahawa dalam diri manusia terdapat tiga alam kesedaran, iaitu alam sedar,
alam pra-sedar dan alam tidak sedar.
Alam sedarialah bahagian yang berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan ingatan. Pada
alam sedar ini, manusia menyedari dan boleh mengingati apa telah dan sedang dilakukannya.
Pada alam pra-sedar, manusia biasanya sukar menyedari sesuatu yang sudah berlaku, tetapi
boleh mengingatinya semula sekiranya diberi tumpuan dan renungan yang bersungguh-
sungguh. Alam ini termasuk pengalaman, ingatan persepsi dan perasaan.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
12/35
28 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
Alam tidak sedarpula merupakan bahagian yang terbesar dalam fikiran manusia. Ia merupakan
pendorong asas kepada tingkah laku manusia. Ia mengandungi kesemua naluri serta keinginan
manusia . Akibatnya, manusia akan bertindak dan menunjukkan tingkah laku yang sukar diterima
oleh orang ramai. Menurut Freud, ingatan tentang peristiwa lalu disimpan secara tidak sedar
dan dipengaruhi oleh faktor jantina. Jika terdapat gangguan, terutama tentang seksual akanmemberi kesan terhadap kehidupan remaja dan dewasa.
Rajah 2.5: Tiga alam kesedaran
Sumber: www.eastmangroup.com/graphics/images/iceberg.jpg
Seterusnya, Freud percaya bahawa perkembangan personaliti manusia terdiri dari tiga
elemen yang utama, iaitu id, ego dan superego.
(a) Id
Id ialah komponen biologi yang mementingkan keseronokan dan wujud sejak kita
dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semula jadi, satu elemen
yang diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejalabawah sedar dan ia merupakan satu tenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak rasional
dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan.
(b) Ego
Ego ialah komponen psikologikal yang mengutamakan realiti dan pemikiran logik. Ego
berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa kelahiran. Sebaliknya, ego berkembang
secara berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi,
inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan.
(c) Superego
Superego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah laku psikoanalisis.Superego lebih menyerupai hati nurani atau conscience seseorang individu. Ia mengawal
ego dan id. Superego ialah bahagian personaliti bermoral dan boleh berkembang secara
beransur-ansur oleh pengaruh persekitaranya. Ia melambangkan cabang moral dan
mewakili perkara yang individu percaya tidak patut dilakukan. Ia berfungsi mengawal
tingkah laku mengikut peraturan masyarakat dan penawaran ganjaran untuk tingkah
laku baik dan hukuman untuk tingkah laku buruk.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
13/35
OUM 29
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
Menurut Freud, apa yang dilalui pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan
pada peringkat berikutnya. Pengalaman-pengalaman yang berkaitan dengan trauma dan
konflik pada masa awal kanak-kanak mempunyai kesan jangka panjang yang akan
menyebabkan seseorang itu dikawal oleh sejenis daya secara senyap. Daya ini secara
perlahan-lahan akan mengundang perlakuan-perlakuan yang akan dipamerkan semasa
seseorang itu bergaul dalam masyarakat. Daya ini juga akan menyebabkan seseorang itu
dapat menyesuaikan diri dengan kenalan-kenalan yang didampinginya (Kassin, 1998).
Menurut Freud, proses perkembangan seseorang individu itu telah ditentukan. Setiap kanak-
kanak akan melalui lima peringkat perkembangan, iaitu peringkat oral, anal, falik, latensi dan
genital. Jadual 2.2 menunjukkan peringkat perkembangan individu mengikut teori Freud.
Jadual 2.2: Peringkat Perkembangan Mengikut Sigmund Freud
Setiap peringkat akan berlaku secara berurutan dan perkembangan yang berlaku dalamsetiap peringkat tersebut akan memberi kesan yang besar kepada pembentukan
personaliti seseorang.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut teori perkembangan Freud, sila
lawat laman web berikut:
http://childstudy.net/freud.html
http://classweb.gmu.edu/awinsler/ordp/theory.html
Apakah pendapat anda mengenai teori ini? Adakah anda bersetuju
dengannya? Mengapa?
Latihan 2.3
Menurut ahli psikoseksual Freud, falik merupakan peringkat paling
kritikal. Bincangkan mengapa?
Umur Peringkat
0-18 bulan Oral
2-4 tahun Anal
4-6 tahun Falik
6-12 tahun Latensi
12 tahun ke atas Genital
Berikan contoh dalam kehidupan anda di mana anda mengikut id, ego
dan superego anda.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
14/35
30 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
2.5.2 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Jean Piaget dilahirkan di Neuchatel (Switzerland) pada Ogos 1896 dan meninggal dunia
pada September 1980. Beliau merupakan seorang ahli psikologi kanak-kanak yang
terkenal. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam biologi tetapi setelah tamat pengajiannya,lebih berminat kepada psikologi. Berasaskan pemerhatian beliau yang sistematik ke
atas tiga orang anaknya, beliau mengaplikasi prinsip dan metod biologi dalam mengkaji
perkembangan manusia. Oleh itu, banyak istilah yang diperkenalkan oleh Piaget diambil
terus dari biologi.
Rajah 2.7: Jean Piaget
Menurut Piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui
empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting dalam membina kefahamantentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan kita
memisahkan antara idea yang utama dengan idea yang kurang penting dan kebolehan
kita untuk membandingkan satu idea dengan idea yang lain.
Selain itu, menurut Piaget, kita bukan sahaja mengorganisasikan segala pemerhatian
dan pengalaman kita, tetapi kita juga mengadaptasikan pemikiran kita dengan
memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu
perkara. Piaget (1954) percaya proses adaptasi dilakukan melalui dua cara, iaitu
melalui proses asimilasi dan proses akomodasi.
Asimilasi bermaksud menambah maklumat baru atau memperkaya struktur kognitif
sedia ada. Contohnya, Fatin nampak kucing dan diberitahu itulah kucing. Bila Fatinnampak arnab, Fatin sebut kucing. Inilah asimilasi, iaitu maklumat diserap tanpa dibuat
ubahsuai.
Akomodasi bermaksud mengubahsuai skemata sedia ada untuk memahami maklumat
baru. Dalam contoh di atas, sekiranya pada hari lain, bapa Fatin terdengar Fatin
menyebut kucing apabila melihat arnab, bapanya membetulkan keadaan. Bapa beritahuFatin bahawa itu adalah arnab sebab dia melompat, tidak mengiau dan makan karot.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
15/35
OUM 31
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
Apabila kanak-kanak mendapat maklumat baru, terjadi ketidakseimbangan(disequilibrium) dalam pemikirannya. Maka, untuk mendapat semula keseimbangan
(equilibrium), kanak-kanak perlu membuat organisasi atau adaptasi pada skemata
(struktur kognitif yang mengorganisasikan dan menginterpretasikan semua pengalaman
kita).
Rajah 2.6: Kanak-kanak dalam pandangan Piaget
Sumber:Sigelmen C.K. (1999) Life-span Human Development. Brooks/ Cole Publishing Co.
Piaget berpendapat bahawa kita melalui empat tahap perkembangan dalam proses memahami
dunia persekitaran. Setiap tahap berkait rapat dengan umur dan mengandungi perbezaan
cara berfikir seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2.3.
Jadual 2.3: Peringkat Perkembangan Kognitif Mengikut Jean Piaget
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
16/35
32 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
Cuba perhatikan kanak-kanak pada peringkat umur seperti yang diterangkan
oleh Piaget. Dapatkah anda perhatikan perbezaan yang dikemukakan oleh
Piaget pada setiap peringkat?
2.5.3 Teori Perkembangan Psikososial Erikson
Erik Erikson (1902-1994) merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu
teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa
kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan pengalaman kehidupannya
sendiri dan apa yang dipelajari dari Sigmund Freud dan Anna Freud. Teori beliau digelar
psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi
perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.
Rajah 2.8: Erik Erikson
Teori yang dikemukan oleh Erikson adalah berdasarkan lima prinsip, iaitu:
1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
2. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan
asas.
3. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.
4. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti di atasi sebelum individu dapat
berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya.
5. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangantahap yang berikutnya.
Jadual 2.4 mengilustrasikan tahap-tahap dan konflik perkembangan manusia berdasarkan
teori psikososial Erikson.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
17/35
OUM 33
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
Jadual 2.4: Tahap Perkembangan Manusia Berdasarka Teori Erikson
Sila rujuk laman web di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut teori
perkembangan Erikson:
http://www.ship.edu/~cgboeree/erikson.html
Pada tahap manakah anda dapati diri anda berada sekarang? Adakahanda sedang menghadapi konflik seperti yang dikemukakan oleh
Erikson?
Latihan 2.4
Jelaskan bagaimana anda, sebagai seorang guru, mengaplikasikan
teori psikososial Erikson dalam bilik darjah.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
18/35
34 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
2.5.4 Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial Kognitif
Teori behaviorisme merupakan teori yang menekankan tentang tingkah laku yang dapat dilihat
dan diukur. Menurut ahli-ahli psikologi behavioral, perubahan yang berlaku dalam diri seseorang
adalah disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejakdari dilahirkan sehingga sukar bagi kita untuk membezakan dan memisahkan antara
pembelajaran dengan tumbesaran kerana kedua-duanya saling berkaitan.
Ahli-ahli psikologi behaviorisme berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang
kita boleh lihat dan perhatikan. Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian boleh dibuat
terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku, kesimpulan apa yang sedang difikirkan dapat
dibuat. Ahli teori ini berpendapat tingkah laku melambangkan pembelajaran berulang dan
bagaimana proses pembelajaran berlaku. Terdapat tiga versi utama yang terlibat dengan
pendekatan behaviorisme ini, iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan Skinner
dan Teori Sosial Kognitif Bandura.
(a) Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Ivan P. Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik. Nama penuh beliau ialah
Ivan Petrovich Pavlov dan dilahirkan di Kyazan, Rusia pada tahun 1894. Beliau bergelar
profesor farmakologi dari St. Petersburg, Institute of Experimental Medicine pada tahun
1980 dan pada tahun 1904 telah menerima hadiah Nobel atas kajiannya dalam proses
penghadaman.Pada penghujung abad 1800an dan awal abad 1900an, Pavlov dan rakan-rakannya
telah mengkaji proses pencernaan dalam anjing. Dalam kajian ini, mereka memerhatikan
perubahan-perubahan dalam kadar penghasilan air liur haiwan tersebut. Hasil kajiannya
Pavlov telah mengemukakan konsep rangsangan dan gerak balas.
Rangsangan ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Gerak
balas ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Contohnya,
kebanyakan guru apabila mendengar loceng, perkara pertama yang akan dilakukanadalah keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-
bawa hingga ke rumah guru berkenaan. Apabila beliau mendengar bunyi loceng di rumah,
beliau akan keluar dari bilik dan memerhatikan ahli keluarganya. Dari pada contoh ini,bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan guru yang keluar dari
bilik adalah gerak balas.
Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat
kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melaluiperkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua
rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
Apakah yang anda ketahui atau ingat dari Bab 1 mengenai ketiga-tigaversi utama pendekatan behaviorisme ini?
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
19/35
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
20/35
36 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
Menurut Skinner, faktor ganjaran (peneguhan positif) dan dendaan (peneguhan negatif)
berperanan membentuk perkembangan individu. Contohnya, individu yang pemalu,
belajar menjadi pemalu hasil dari faktor pengalaman persekitaran di mana dia membesar.
Dengan mengubahsuai persekitaran yang dialaminya, seperti memberikan kata-kata
pujian selepas individu melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikansenyuman, menepuk bahu, memberi hadiah dan sebagainya, kita boleh membantu
mengurangkan sifat pemalu individu tersebut. Sebaliknya jika hukuman sering dikenakan,
tingkah laku yang tidak diingini itu (pemalu) mungkin akan berulang.
Adakah anda pernah melakukan seperti yang dilakukan oleh Skinner,
iaitu memberi peneguhan positif atau negatif kepada sesiapa dalam
kehidupan anda? Jika tidak, lakukan kajian anda sendiri (gunakan
peneguhan positif) dan perhatikan keputusannya.
Rajah 2.10: Bayi meniru mimik muka
(c) Teori Pembelajaran Sosial: Bandura (1977)
Teori pembelajaran sosial merupakan teori kognitif sosial (Bandura, 1986). Menurut teori
ini, kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ejen penentu
persekitaran. Teori pembelajaran sosial kognitif ini menekankan peranan kognitif dan
juga persekitaran dalam perkembangan.
Secara khusus, teori pembelajaran sosial ini mengatakan bahawa kebanyakan kelakuan
manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Melalui proses memerhati orang
lain, seseorang individu membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah
kesannya. Maklumat terkod ini bertindak sebagai panduan untuk tindakan. Oleh kerana manusia
boleh belajar daripada contoh sebelum melaksanakan sendiri kelakuan tersebut, mereka
terselamat daripada memerlukan percubaan dan kesilapan.
Seterusnya, mengikut teori ini manusia tidak semata-mata bertindak kepada pengaruh luaranseolah-olah mereka merupakan organisma yang tidak berfikir, tetapi sebenarnya memilih,
mengelola dan memindahkan stimuli yang meninggalkan kesan terhadap mereka.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
21/35
OUM 37
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
Menurut Bandura, kita boleh memahami proses peniruan melalui empat langkah, iaitu:
(i) Tumpuan
Kita harus memberi tumpuan (attention) kepada tingkah laku model untuk membolehkan
kita mempelajarinya. Bandura dan Walters (1963) dalam buku mereka Social Learning& Personality Development, menekankan bahawa hanya dengan memerhati orang lain
pembelajaran boleh berlaku. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk
kepada faktor seperti nilai, harga diri dan sikap yang dimiliki oleh model tersebut.
(ii) Penyimpanan
Kita bukan sahaja perlu memberi perhatian, tetapi kita juga harus mengenkod peristiwa
itu dalam sistem ingatan (retention). Ini membolehkan kita melakukan peristiwa itu kelakbila diperlukan atau diingini.
(iii) Mengingat
Setelah memerhati, kita juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau
menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkah laku (reproduction). Contohnya,
tingkah laku bermain ping pong dan menganyam ketupat. Bagi sesetengah tingkah laku,kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkah laku yang
telah diperhatikan. Contohnya, kanak-kanak berumur 2 tahun tidak boleh melakukan
tingkah laku seperti menganyam ketupat kerana kemahiran motornya belum sampai ketahap ini lagi.
(iv) Motivasi
Kita juga memerlukan motivasi (motivation) yang secukupnya untuk menghasilkan tingkah
laku yang tertentu. Contohnya, pemberian peneguhan akan merangsang dan
menyebabkan kita mempunyai sebab untuk melakukan tingkah laku tertentu dan
mempunyai keinginan untuk meniru.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teori pembelajaran
sosial Bandura, sila lawat laman web berikut:
http://tip.psychology.org/bandura.html
Bagaimanakah teori ini boleh memberi penjelasan mengenai isu-isu
merokok, bohsia dan gangsterisme antara kalangan remaja di negara
kita?
Latihan 2.5
Apakah kaitan antara keganasan di TV dan tingkah laku kanak-kanak?
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
22/35
38 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
Untuk mengetahui teori perapatan ini dengan lebih lanjut, sila lawat laman
web berikut:
http://mis.spps.org/counselors/development_attachment.html
Adakah anda mempunyai hubungan perapatan yang kuat (contohnya,
dengan ibu atau bapa, adik-beradik) semasa anda membesar?
Bagaimanakah hubungan ini telah memberi kesan kepada harga kendiri
anda?
2.5.5 Teori Ethologi Lorenz
Ethologi adalah satu kajian berhubung tingkah laku manusia dan binatang dalam
keadaan semula jadi. Ahli ethologi mengatakan bahawa evolusi dan faktor biologi
memainkan peranan penting dalam perkembangan manusia dan berpendapat bahawapengalaman awal individu adalah penting. Menurut ahli Ethologi seperti Lorenz (1965),
yang telah telah menjalankan kajian pemerhatian ke atas corak tingkah laku sekumpulananak angsa, mengatakan bahawa kita tidak akan memahami perkembangan kanak-
kanak sekiranya kita tidak memerhatikan tingkah laku kanak-kanak berkenaan dalam
persekitaran semula jadi mereka.
Teori ethologi ini seterusnya diaplikasi oleh John Bowlby (1969, 1989) dalam teori
perapatan atau Theory of Attachment. Menurut teori ini semua haiwan termasuk
manusia dilahirkan bersama-sama dengan program biologi yang boleh menghasilkan
beberapa isyarat tertentu yang boleh membawa kepada perkembangan tingkah laku
sosial tertentu seperti perapatan. Perapatan bermaksud kasih sayang yang kuat, yang
mengikat seseorang kepada seorang yang lain. Hubungan perapatan yang kuat semasa
kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu di mana individu tersebut akanmempunyai harga kendiri yang tinggi, merasa lebih cekap dan selamat dan merasa
diri mereka diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat berbanding dengan individu
yang mempunyai hubungan perapatan yang rendah.
Bagaimanapun, teori ethologi ini mendapat kritikan kerana ia terlalu menekan kepada
faktor biologi dan tidak menumpukan perhatian kepada faktor kognitif. Kajian yang dibuat
dalam teori ini juga lebih sesuai digeneralisasikan kepada haiwan berbanding denganmanusia.
2.5.6 Teori Perkembangan Ekologikal
Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaranke atas perkembangan organisma. Teori ini dikemukakan oleh Bronfenbrenner (1979)
yang melihat persekitaran ekologikal manusia berdasarkan hubungannya dengan
konteks di mana individu itu berinteraksi. Beliau membahagikan persekitaran ekologikaltersebut kepada 5 sistem, iaitu sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro
dan sistem krono. Sistem-sistem ini saling terangkum antara satu sama lain dengan
persekitaran yang paling dalam atau dekat sebagai tempat di mana individu ituberkembang.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
23/35
OUM 39
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
(a) Sistem Mikro
Sistem mikro ialah persekitaran yang paling hampir dengan individu. Sebagai contoh,
sistem mikro bagi kanak-kanak sekolah rendah ialah persekitaran rumah dan bilik
darjahnya.
(b) Sistem Meso
Sistem meso merujuk kepada hubungan antara individu dengan individu yang lain dalam
persekitaran di mana individu itu berkembang. Sebagai contoh, sistem meso bagi seorangdewasa ialah hubungan antara keluarga, kerja dan kehidupan sosial. Bagi seorang kanak-
kanak pula, sistem meso terdiri daripada hubungan antara rumah, sekolah dan jiran.
(c) Sistem Ekso
Sistem ekso merujuk kepada keadaan yang tidak melibatkan individu secara langsung,
tetapi peristiwa yang berlaku di dalam persekitaran ini mempengaruhi sistem individudan keluarga. Sebagai contoh, sistem ekso seorang pelajar sekolah termasuklah tempat
kerja ibu bapanya.
(d) Sistem Makro
Sistem makro ialah persekitaran yang abstrak dan merangkumi sistem kepercayaan
dan ideologi yang mendokong sesuatu budaya. Contohnya, budaya, perspektif dunia,
agama, sistem perundangan, sistem pendidikan dan keselamatan negara.
(e) Sistem Krono
Sistem krono merujuk kepada pola peristiwa dan transisi yang berlaku dalam persekitaranindividu di sepanjang hayatnya. Elemen masa memainkan peranan penting dalam sistem
ini.
2.5.7 Teori Perkembangan Arnold Gesell
Arnold Lucius Gesell (1880-1961) merupakan seorang ahli psikologi yang
mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang
individu. Beliau mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama
dalam menentukan proses pembelajaran. Kebolehan kanak-kanak akan muncul apabila
kanak-kanak sampai ke titik atau peringkat kematangan tertentu. Beliau berpendapat
semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu, oleh ituperkembangan tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Misalnya, semasa berumur
4 bulan, Ali telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya ialah duduk dan mula
belajar berdiri.
Gesell (1925) telah berjaya menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku
(perkembangan motor). Dua buah buku Gesell yang penting ialah An Atlas of Infant
Behavior(1934) dan Infant and Child in Culture of Today(1943). Buku-buku lain, The
First Five Years (1940), Children from 5-10 Years Old(1946) dan Adolescents (1956).
Apakah persekitaran ekologikal anda? Berikan contoh untuk setiap lima sistem.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
24/35
40 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
Gesell mempercayai yang perkembangan kanak-kanak banyak
dipengaruhi oleh baka. Cuba anda perhatikan tingkah laku adik-beradik
anda yang membesar bersama anda. Adakah tingkah laku anda denganmereka sama atau berlainan? Faktor manakah, baka atau persekitaran
yang memainkan peranan penting dalam perkembangan anda dan adik-beradik anda?
Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza antara seorang individu dengan individu lain.
Ini kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap individu. Menurut Gesell, kanak-
kanak sebelum berumur 2 tahun, tidak berkebolehan melukis bulatan dan garisan melintang.
Semasa berumur 2 hingga 4 tahun, mereka boleh melakukannya dengan mudah. Semasa
berumur 4 tahun, kanak-kanak belum berkebolehan menyalin rajah berlian.
Setiap kali seseorang kanak-kanak memasuki satu peringkat perkembangan baru (awal kanak-
kanak, pertengahan kanak-kanak dan sebagainya), dia akan menunjukkan tingkah laku yang
tidak stabil kerana dia perlu mempelajari kemahiran koordinasi fizikal, temperamen, intelektual
dan sikap. Beliau juga menegaskan lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan
tingkah laku dan aspek-aspek lain yang membawa kepada perkembangan seterusnya.
2.5.8 Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst
Robert J. Havighurst telah dilahirkan pada 5 Jun 1900. Beliau menerima ijazah Ph.D.
dalam bidang Kimia pada tahun 1924 daripada Universiti Ohio. Beliau telah mengubah
haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan
setelah menjadi guru Sains di Sekolah Menengah dan Maktab. Pada tahun 1974, beliau
telah diberi gelaran Professor Emiritus in Development and Education, iaitu pada tahun
beliau bersara atas sumbangannya yang banyak dalam pendidikan. Beliau telahmenghuraikan konsep tugas perkembangan dalam bukunya Human Development and
Education yang diterbitkan pada tahun 1953.
Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah
laku yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu
(Atan Long, 1980). Newman dan Newman (1999) berpendapat tugas perkembangan
ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu untuk
menambah penguasaan terhadap persekitaran.
Havighurst telah menyenaraikan 42 tugas perkembangan dalam kehidupan seseorang
individu (Newman & Newman, 1997). Robert Havighurst menekankan bahawa
perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.
Dalam kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus
memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh
masyarakat dan budaya di mana individu tersebut t inggal. Jika seseorang individu dapat
mencapai tugas-tugas perkembangan, dia akan berasa berjaya dan gembira.Sebaliknya jika dia gagal mencapai tugas perkembangan, dia akan berasa kecewa dan
menerima pandangan rendah daripada ibu bapa dan orang yang signifikan dalam
hidupnya.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
25/35
OUM 41
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
Bagaimanapun, tugas asas pada zaman ini berlainan daripada yang telah dikenal pastioleh Havighurst. Tugas perkembangan ini meliputi kemahiran yang dikuasai dari aspek
fizikal, kognitif sosial dan emosional. Contohnya, pada tahap sekolah rendah lagi kanak-
kanak perlu menguasai kemahiran memanipulasi komputer untuk termasuk di kalangan
murid cerdas. Konsep murid cerdas kini ini termasuk murid yang cerdas komputer.
Dari pengalaman anda, apakah perkembangan yang telah anda
perhatikan dalam bayi, kanak-kanak prasekolah, kanak-kanak sekolahdan remaja?
2.6 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK HINGGA REMAJA
2.6.1 Awal Kanak-kanak (0-6 Tahun)
(a) Perkembangan Fizikal dan Kognitif
Kanak-kanak pada tahap ini mengalami pertumbuhan lebih kurang 12 inci setiap tahun
dan berat badannya bertambah pada kadar 5 paun setahun. Saiz badan juga berubah
dengan bahagian kakinya mengalami pertumbuhan yang lebih cepat berbanding dengan
bahagian-bahagian lain. Apabila menjangkau umur 6 tahun, bahagian kaki meliputi 45%daripada panjang badannya. Pada permulaan tahap ini, kanak-kanak biasanya
mempunyai kesemua gigi susu. Pada akhir tahap ini, mereka akan mula mengalamikeguguran gigi susu. Panjang badan semasa lahir adalah lebih kurang empat kali ganda
panjang bahagian mukanya. Oleh itu, kepala bayi adalah besar secara relatif. Tetapi,
kepala bayi mengalami pertumbuhan yang lebih lambat daripada abdomen, tangan dankakinya.
Menurut Havighurst, kebanyakan kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 15 bulan
sudah boleh berjalan. Otot, tulang dan saraf di kaki dan badan telah mencapaiperkembangan yang sesuai. Setelah pandai berjalan, kanak-kanak itu akan belajar berlari
dan melompat. Dengan peningkatan umur, sistem penghadaman akan beransur-ansur
bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. Ketika lahir, urat saraf
dan otot alat-alat pertuturan sudah terbentuk. Semakin meningkat umurnya, kanak-kanakakan belajar menyebut bunyi dan berinteraksi dengan orang lain. Contohnya, ketika
umur 20-24 bulan, kanak-kanak boleh menggabungkan perkataan untuk menjadi suku
kata.
Pada bulan ketiga, otak bayi mula berkembang dari segi saiz. Ketika umur 3 bulan, bayi
mula memahami perkataan tertentu serta dapat menguasai pergerakan motor. Apabila
bayi mencapai umur 18 bulan, dia boleh menyebut beberapa perkataan yang mudah.
Ketika berumur 2 tahun, bayi mampu menggunakan perkataan sebagai simbol.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
26/35
42 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
Antara umur 2 hingga 4 tahun, urat saraf yang mengawal pembuangan air kecil akanberkembang dengan sempurna. Kanak-kanak akan belajar membuang air kecil dan air
besar pada masa dan tempat yang sesuai. Sejak awal lagi, kanak-kanak sedar tentang
perbezaan jantina manusia dan telah diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki atau
perempuan. Mereka juga sedar bahawa lelaki dan perempuan adalah berbeza dari segibentuk tubuh badan. Pada peringkat awal, kanak-kanak mula membentuk konsep-konsep
yang mudah. Semakin meningkat umurnya, dia akan belajar konsep-konsep yang lebih
abstrak.
Ketika mencapai umur 5 atau 6 tahun, mata kebanyakan kanak-kanak sudah bersedia
untuk membaca dan otak bersedia untuk menyimpan banyak perkataan. Kajian telah
menunjukkan kanak-kanak dari kelas pertengahan lebih cepat mencapai tugas
perkembangan untuk membaca berbanding dengan kanak-kanak dari kelas bawahan.
Ini adalah kerana kanak-kanak dari kelas pertengahan biasanya mendapat rangsangan
untuk membaca daripada ibu bapa mereka berbanding dengan kanak-kanak dari kelasbawahan.
Pada akhir umur 6 tahun, seorang kanak-kanak mula membentuk konsep tentang baik
dan buruk.
Dari umur 2 hingga 6 tahun, kanak-kanak berupaya melakukan perkara-perkara berikut:
Mula bertutur tetapi bersifat egosentrik, iaitu bercakap tentang diri sendiri.
Menggunakan simbol untuk mewakili pelbagai aspek alam sekitarnya.
Contohnya, dia boleh menggunakan perkataan bola untuk mewakili bola yang
sebenar walaupun bola itu tidak kelihatan.
Bagaimanapun, kanak-kanak peringkat ini belum dapat menguasai konsep
pengekalan dan transformasi.
Ketika mencapai umur 6 tahun, kanak-kanak gemar membuat sesuatu tetapi jarang
menyiapkannya.
Mempelajari banyak perkara terutamanya dalam bacaan dan kiraan.
Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget, kanak-kanak pada peringkat 0 hingga
2 tahun mengalami peringkat deria motor, iaitu kanak-kanak banyak menggunakan deria
motor seperti memegang dan menghisap untuk berinteraksi dan memahami alam
sekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak itu tidak mempunyai konsep kewujudan
objek. Ini bermakna apabila satu-satu objek yang telah dilihatnya disimpan, dia tidak
akan berusaha untuk mencarinya. Perkembangan intelek pada peringkat ini adalah cepat
tetapi keupayaan mental adalah terhad kepada objek yang dapat dilihat oleh kanak-kanak itu.
Menurut beliau, kanak-kanak mengalami peringkat praoperasi apabila berumur antara
2 hingga 7 tahun. Kanak-kanak itu mula menggunakan simbol untuk mewakili pelbagai
aspek persekitarannya tetapi belum berupaya untuk memanipulasinya secara mental.
Contohnya, dia boleh menggunakan perkataan buku untuk mewakili buku yang sebenarwalaupun tidak kelihatan. Kanak-kanak mula berbahasa tetapi pertuturannya bersifat
egosentrik, iaitu dia bercakap tentang diri sendiri. Dia juga tidak berminat untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Dia juga enggan menerima pendapat
orang lain.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
27/35
OUM 43
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
Selain itu, dia tidak boleh melakukan proses kebalikan seperti 2 + 3 = 5 dan 5 3 = 2.
Konsep pengekalan juga belum dikuasai. Contohnya, apabila dua cawan air yang
isipadunya sama dituangkan ke dalam dua bekas yang berbeza, iaitu sebuah yang
lebih tinggi dan sempit dan sebuah lagi bekas yang lebar dan pendek. Apabila disoalbekas manakah yang mengandungi lebih banyak air, kanak-kanak pada peringkat ini
akan mengatakan bekas yang tinggi dan sempit itu. Kanak-kanak juga tidak boleh
menggambarkan transformasi. Misalnya, apabila sebatang kayu yang berkeadaan tegakdiletakkan mendatar secara beransur-ansur, kanak-kanak tidak berupaya
membayangkan transformasi yang berlaku antara kedua-dua situasi itu.
Beberapa contoh pemikiran praoprerasi adalah seperti yang berikut:
Realisme
Kanak-kanak akan dapat membezakan dan menerima dunia yang sebenar. Mereka
dapat mengenal pasti dunia dalaman dan dunia luar.
Animisme
Kanak-kanak memberi nyawa atau sifat hidup kepada benda dan peristiwa.Contohnya, apabila seorang kanak-kanak melihat seutas rantai diputar dan
dikeluarkan, dia akan menganggap bahawa rantai itu boleh bergerak kerana ia
mahu bergerak.
Artifisialisme
Kanak-kanak mengaitkan manusia kepada semua benda yang wujud. Apabilaegosentrik mula berkurangan dengan peningkatan umur, kanak-kanak menjadi lebih
objektif dan mereka mengasimilasikan realiti objektif kepada struktur kognitif mereka.
Dua gelas yang sama besar Kandungan air dari gelas B dituang
diisi air yang sama banyak. kepada bekas lebar, iaitu bekas C.
Kanak-kanak yang belum menguasai konsep pengekalan bahan akan mengatakan isipadu air A
dan B adalah sama tetapi akan mengatakan isipadu C kurang dari A apabila air dituang ke bekas
C yang berlainan bentuknya.
Rajah 2.11: Pengekalan isipadu air
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
28/35
44 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
(b) Perkembangan Sosial dan Emosi
Menurut Teori Perkembangan Psikososial Erikson, bayi mula membentuk perasaan
percaya lawan tidak percaya sejak lahir sehingga umur 1 tahun. Perasaan percaya
pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat
penjagaan yang baik dari penjaganya terutama dari ibu. Sebaliknya, jika bayi tersebuttidak mendapat penjagaan yang sempurna akan wujud perasaan tidak mempercayai
orang lain pada tahap ini. Menurut beliau, sikap kepercayaan ini akan memudahkan
seseorang individu berhadapan dengan masalah dan mencari jalan penyelesaian. Inibermakna, cara penjagaan bayi oleh ibu bapa adalah amat penting dalam mempengaruhi
emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.
Tahap kedua adalah tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi, iaitu daripada umur
2 hingga 3 tahun. Kanak-kanak sudah mula mahu melakukan sesuatu perkara dengan
sendiri. Mereka mula belajar makan sendiri, memakai pakaian sendiri dan dapat dilatihke tandas. Pada tahap ini, mereka juga mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu
secara bebas tanpa bergantung pada orang lain. Situasi ini merupakan satu permulaan
kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Ibu bapa
perlu memberi galakan dan dorongan kepada kanak-kanak dan membantu mereka dalampenyelesaian sesuatu tugas. Kawalan yang ketat dan mengenakan dendaan jika kanak-
kanak tersebut melakukan kesalahan boleh menyebabkan timbul perasaan ragu-ragu
dalam diri kanak-kanak tersebut. Ini akan menjadikan mereka tidak gemar mencuba
sesuatu yang baru dan mencabar.
Pada tahap tiga, tahap inisiatiflawan rasa bersalah bermula dari umur 4 hingga 5 tahun,
kanak-kanak lebih terdedah kepada pelbagai cabaran kerana mereka mula berinteraksidan terdedah kepada persekitarannya. Mereka mengambil banyak inisiatif sendiri untuk
meneroka serta melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka.
Mereka juga akan cuba melakukan sesuatu perkara yang tidak setimpal dengan usianyaseperti cuba membantu ibunya memasak, membasuh dan sebagainya. Keadaan ini
adalah disebabkan oleh perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak telah bertambah.
Ibu bapa yang suka mengkritik atau mengenakan dendaan pada tingkah laku kanak-kanak yang disebabkan oleh perasaan ingin tahu menyebabkan kanak-kanak tersebut
mempunyai perasaan bersalah pada diri dan tidak berinisiatif dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut suka mengasingkan diri
dan menimbulkan masalah apabila kanak-kanak tersebut mula memasuki alam
persekolahan.
Kanak-kanak belajar membaca dan bertutur pada umur yang berbeza.
Adakah terdapat perbezaan dalam pertumbuhan kanak-kanak jika
mereka belajar membaca lebih lewat dari yang sebaya dengan mereka?
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
29/35
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
30/35
46 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
Dari segi kognitif, ciri-ciri perkembangan mental kanak-kanak berdasarkan Piaget adalah
seperti berikut:
Pemikiran kanak-kanak tidak lagi bersifat egosentrik, pandangan orang lain mula
diterima.
Ketika menyelesaikan suatu masalah, kanak-kanak akan mempertimbangkan
semua aspek masalah itu. Dengan kata lain, pemusatan perhatian mula
berkurangan.
Kanak-kanak mula memahami perkaitan antara dua situasi yang berkaitan.
Proses kebalikan mula difahami.
Pemikiran logik dapat diamalkan.
Konsep ruang, kelajuan, sebab-sebab dan waktu dapat dibentuk.
Operasi siri juga dapat dikuasai.
Memahami konsep pengekalan pepejal, isipadu dan ruang.
Kebolehan membuat penaakulan mula muncul.
Berupaya mengambarkan suatu situasi yang mudah, tidak perlu melakonkannya.
Berupaya duduk dan mendengar.
Berupaya menyiapkan tugasan jika diberi tanggung jawab.
Menunjukkan ketabahan hati dan lebih teliti apabila membuat sesuatu. Ketika
mencapai umur 8 tahun, naluri ingin tahu amat tinggi dan kanak-kanak ingin
memerhati interaksi orang dewasa.
Gemar memerhati perkara dan situasi yang baru.
Bersikap ingin menilai, iaitu gemar menilai perkara yang berlaku dan sebab-
sebabnya. Mula berminat terhadap perkara-perkara yang berlaku pada kanak-kanak dari
tempat yang lain.
Mula ingin mengambil tahu tentang peristiwa dan tokoh-tokoh sejarah.
(b) Perkembangan Sosial dan Emosi
Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun berada pada tahap perkembangan
psikososial Erikson yang keempat, iaitu tahap industri lawan rasa rendah diri. Kanak-
Kanak-kanak yang belum memperoleh konsep pengekalan bahan akan
mengatakan kumpulan guli B lebih banyak walaupun sebenarnya jumlah
guli A dan B sama banyak.
A B
Rajah 2.13: Pengekalan nombor atau bilangan
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
31/35
OUM 47
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
kanak mula memasuki alam persekolahan, iaitu berada di sekolah rendah. Pada tahap
ini, guru dan rakan sebaya mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas perkembangan
kanak-kanak tersebut kerana sebahagian besar masa kanak-kanak dihabiskan di sekolah
dan bermain bersama rakan-rakan. Pemikiran mereka mula mencapai operasi konkrit
dan berupaya membuat transformasi dan pertalian antara dua situasi yang berbezadan mula berfikiran logik. Sekiranya kanak-kanak ini diberi sesuatu tugasan atau aktiviti,
mereka akan melakukannya dengan penuh minat dan ketekunan.
Guru dan ibu bapa perlulah sentiasa memupuk dan membimbing kanak-kanak kerana
melalui cara ini akan dapat memupuk sikap rajin dalam diri kanak-kanak tersebut.
Sebaliknya, jika kanak-kanak sentiasa dimarahi dan dikritik dalam segala tugasan yang
diberikan atau kerja-kerja yang dihasilkan tidak dihargai, ini akan menyebabkan kanak-
kanak tersebut berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan pada kebolehan diri sendiri.
2.6.3 Tahap Remaja (13 21 Tahun)
(a) Perkembangan Fizikal dan Kognitif
Havighurst menyatakan bahawa remaja akan mencapai perhubungan baru dengan rakan
sebaya dari kedua-dua jantina, iaitu remaja itu akan belajar menganggap kanak-kanak
perempuan sebagai orang perempuan dan kanak-kanak lelaki sebagai orang lelaki.
Mereka akan belajar bertingkahlaku seperti orang dewasa ketika berada di kalangan
orang dewasa. Kaum remaja juga hendaklah menerima serta belajar peranan sosial
orang lelaki atau perempuan seperti mana yang diterima oleh masyarakat. Pencapaianakil baligh kaum remaja akan menyebabkannya mengalami perubahan bentuk badan.
Remaja hendaklah berbangga serta menggunakan tubuh badan dan melindunginya
secara berkesan.
Remaja sentiasa ingin mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa atau orang dewasa.
Oleh itu, mereka ingin membentuk kasih sayang terhadap ibu bapa atau membentuk
penghormatan terhadap orang dewasa tanpa bergantung kepada mereka. Tugasperkembangan ini berpunca daripada keinginan untuk menjadi orang dewasa dan
simbolnya ialah untuk memperoleh pendapatannya sendiri. Ini bermakna remaja itu
akan berusaha untuk mencari pekerjaan bagi menyara hidup dan tidak lagi bergantung
kepada ibu bapa.
Oleh itu, dapat dikatakan bahawa remaja ingin mencapai kebebasan ekonomi. Tugas
ini termasuklah penyusunan rancangan dan tenaga untuk mendapatkan sesuatu kerjaya.
Sejajar dengan keinginan mencapai kebebasan emosi dan ekonomi daripada ibu bapa,
remaja juga mempunyai keinginan untuk memikul tanggung jawab. Ini merupakan satu
persediaan ke arah memainkan peranan sebagai seorang dewasa.
Kematangan sistem saraf dan saiz otak yang sudah mencapai tahap dewasa
membolehkan remaja membentuk satu set nilai dan sistem etika yang akan dijadikanpanduan bagi tingkah lakunya. Dengan adanya sistem ini, remaja akan menjadi seorangwarganegara yang bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat dan negara.
Tugas perkembangan mengikut Havighurst ini adalah bertujuan untuk membentuk sikap
yang positif terhadap kehidupan keluarga dan mempunyai anak. Remaja perlu diajar
cara-cara menguruskan hal-hal rumah tangga serta mengasuh dan membimbing anakbagi menyediakan mereka untuk berkahwin dan berkeluarga.
Menurut Jean Piaget, pada peringkat ini pertumbuhan jasmani berlaku begitu cepatterutamanya pada peringkat pra-baligh (satu atau dua tahun sebelum datangnya haid
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
32/35
48 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
bagi budak perempuan). Ketika mencapai akil baligh, budak perempuan juga akan
menjalani perubahan tubuh badan dan pertumbuhan bulu di ketiak. Manakala bagi budaklelaki, pencapaian akil baligh disusuli dengan perubahan tubuh badan, pertumbuhan
tulang tangan dan kaki yang panjang serta kemunculan bulu di ketiak dan di atas bibir.
Budak lelaki akan mengalami pengeluaran air mani secara spontan pada waktu malam.Selain itu, mereka akan mengalami pecah suara.
Baligh merupakan tanda-tanda bermulanya kebolehan membiak, tetapi kematangan
sistem pembiakan memerlukan masa antara satu atau dua tahun lagi. Otot tubuh badan
lelaki bertambah tegang, keras dan pejal. Otot yang lebih kuat bagi kedua-dua lelaki
dan perempuan membolehkan mereka menyertai pelbagai permainan, sama ada di dalam
atau di luar sekolah.
Selepas baligh, pertumbuhan tubuh badan tidak begitu cepat lagi dan mula berkurangan.
Pusingan haid bagi budak perempuan dan pengeluaran sperma bagi lelaki yang
mencukupi akan menjadikan sistem pembiakan lebih stabil dan matang. Tubuh badan
bagi budak lelaki dan perempuan adalah hampir kepada saiz dewasa. Remaja lelaki
akan mengalami pertumbuhan yang akan berakhir pada tahap yang sama dengan
pertumbuhan remaja perempuan.
Kebanyakan remaja berasa bimbang akan ketinggian, berat dan bentuk badan mereka
apabila didapati pertumbuhan adalah kurang sempurna. Contohnya, badan yang terlalu
rendah, kurus atau kurang menarik. Keadaan ini lebih nyata di kalangan remajaperempuan berbanding dengan remaja lelaki. Remaja lelaki lebih mengutamakan saiz
badan yang tegap, kemahiran dan kekuatan.
Menurut Piaget, dari segi mental, remaja berupaya melakukan perkara-perkara berikut:
Menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak.
Mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri.
Mengaplikasi prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah.
Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah.
Skemata atau struktur mental akan bertambah.
Dapat melihat kaitan antara situasi-situasi yang relevan ketika menyelesaikanmasalah tertentu.
Remaja tidak lagi bersikap autoritarian tentang pendapatnya. Sebaliknya, dia sanggupduduk, dengar dan sedia menerima pandangan orang lain. Selain itu, remaja juga
berupaya menerima satu set kepercayaan dan nilai tentang manusia dan masyarakat.
Ideologi ini akan membantu remaja membentuk falsafah hidupnya.
Mereka juga dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk. Akibatnya,
mereka akan berasa kecewa apabila melihat ketidakadilan dan kekejaman yang berlaku
di dunia sekeliling mereka. Menurut Piaget juga, remaja mula mengamalkan norma dannilai yang pernah dipelajari daripada ibu bapa, guru dan pendidikan agama.
(b) Perkembangan Sosial dan Emosi
Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan sosial semasa remaja memberi kesan terhadap
kesihatan mental remaja. Remaja biasanya akan berhadapan dengan beberapa masalah
seperti, keliru dengan peranan dan tanggung jawab diri, sering merasa diri
disalahfahamkan dan dipersalahkan, merasa diri dilayan secara tidak adil, kesunyian,
sukar memahami emosi dan susah membuat keputusan.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
33/35
OUM 49
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
Berdasarkan Erikson, remaja termasuk dalam tahap keempat dalam perkembangan
psikososial Erikson iaitu tahap identiti lawan kekeliruan peranan (role confusion). Padatahap ini, remaja akan cuba berusaha mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap
dunia mereka. Remaja akan cuba mencari identiti dirinya dan cuba mencari jawapan
kepada persoalan Siapa aku? Mereka juga akan memikirkan diri mereka sebagai bakalteman hidup, ibu bapa dan ahli masyarakat. Usaha remaja mencari identiti mungkin
akan bertambah sukar dengan terdapatnya pelbagai pilihan yang mungkin. Sekiranya,
usaha mereka ini gagal, mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka dalam
masyarakat.
Remaja juga sangat memerlukan agar kehadirannya diterima oleh orang-orang yang
ada dalam lingkungannya, di rumah, di sekolah ataupun dalam masyarakat di mana dia
tinggal. Rasa diterima kehadirannya oleh semua pihak ini menyebabkan remaja merasa
aman, kerana dia merasa bahawa ada dukungan dan perhatian terhadap dirinya. Perkara
ini merupakan motivasi yang baik bagi diri remaja untuk lebih berjaya dalam menghadapi
kehidupannya.
Penyesuaian diri dengan orang lain dan lingkungan sangat diperlukan oleh setiap orang,
terutama dalam usia remaja. Remaja yang mampu menyesuaikan diri dengan oranglain dan lingkungannya mempunyai ciri-ciri antara lain; suka bekerjasama dengan oranglain, simpati, mudah akrab, disiplin dan lain-lain. Sebaliknya, bagi remaja yang tidak
mampu menyesuaikan dirinya dengan orang lain atau lingkungannya mempunyai ciri-
ciri seperti suka menonjolkan diri, menipu, suka bermusuhan, egoistik, merendahkanorang lain, buruk sangka dan sebagainya.
Rumuskan peringkat perkembangan untuk perkembangan fizikal, kognitif,
sosial dan emosional.
Peringkat Fizikal Kognitif Sosial
dan Emosional
Awal kanak-
kanak
(0-6 tahun)
Pertengahan
kanak-kanak
(7-12 tahun)
Remaja
(13-21 tahun)
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
34/35
50 OUM
PERKEMBANGAN MANUSIA TOPIK 2
2.7 IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KEPADA GURU
Mengikut Kalat (1999), ahli psikologi bukanlah terdiri daripada mereka yang membuat kajian
tentang bagaimana menguasai pemikiran orang lain atau menipu orang lain tetapi psikologi
adalah ilmu yang cuba memahami kenapa individu bertingkahlaku sedemikian, membantuindividu lebih memahami diri mereka sendiri, membantu individu memperbaiki diri sendiri
supaya dapat mencapai matlamat atau cita-cita mereka dalam kehidupan.
Sehubungan dengan pendapat beliau, bolehlah dirumuskan bahawa faedah ilmu psikologi
perkembangan kepada para pendidik atau bakal pendidik ialah untuk membolehkan mereka
lebih memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian, membantu pelajar memahami
diri mereka sendiri, membantu pendidik merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang
sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat
mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
Pendidik juga dapat meramalkan tingkah laku pelajar, kegemaran pelajar dan apa yang tidak
disenangi pada peringkat umur tertentu. Dengan adanya pengetahuan psikologi, pendidikdapat merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam usaha mengawal tingkah
laku dan memotivasi pelajar supaya rajin belajar.
Melalui kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, pendidik dapat mengetahui
tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, pendidik
dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan
pelajar.
Guru akan lebih prihatin kepada individu yang lambat pembelajarannya dan akan lebih sabar
dalam membimbing kanak-kanak itu dalam pengajaran dan pembelajaran sebab mereka
menyedari aspek kecerdasan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
Guru akan dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap
pertumbuhan dan perkembangan murid-murid. Pelajar-pelajar yang belum sampai tahap
kesediaannya tidak boleh dipaksa. Pelajar-pelajar yang belum bersedia itu, bolehlah diberi
aktiviti pembelajaran yang lebih mudah atau asas dan latih tubi. Pelajar-pelajar yang lambat
perkembangannya boleh diberi aktiviti pemulihan, sementara pelajar-pelajar yang lebih cepat
pembelajarannya boleh diberi aktiviti pengayaan. Oleh itu guru perlu menyediakan bahan
yang berlainan mengikut kesesuaian pelajar.
Guru juga boleh menjalankan kajian dengan memberi ujian-ujian mudah dan merancang
cara atau membuat intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran murid. Untuk
memastikan keberkesanan kaedah yang dijalankan oleh guru dia perlu membuat rekod prestasi
dan rekod profil pelajar. Beliau juga perlu membina ujian formatif dan sumatif untuk mengenal
pasti kemajuan pelajarnya.
Guru juga dapat memberitahu ibu bapa tentang keadaan pelajar dan menjelaskan faktor-
faktor yang mungkin menyebabkan perkara ini berlaku. Sehubungan dengan itu guru dapat
berbincang dengan ibu bapa tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk sama-
sama mengatasi masalah pelajar tersebut.
-
8/7/2019 20070917080922Topik 2 - Perkembangan Manusia
35/35
TOPIK 2 PERKEMBANGAN MANUSIA
RUMUSAN
Bab ini telah membincangkan ciri-ciri utama beberapa teori perkembangan manusia seperti
Teori Kognitif Piaget, Teori Psikoanalitik Freud dan Teori Psikososial Erikson. Setiap teori
mempunyai kelebihannya tersendiri dalam menerangkan perkembangan manusia. Berasaskanteori perkembangan ini, perkembangan manusia dari segi fizikal, mental dan emosi turut
dibincangkan. Akhir sekali implikasi teori perkembangan ke atas guru turut dijelaskan. Dalam
bab seterusnya, psikologi akan dibincangkan secara khusus, iaitu psikologi pembelajaran.
GLOSARI
Alam sedar Alam yang berhubungan dengan pemikiran, perasaan dan ingatan
Alam pra sedar Alam ini termasuk pemngalan, ingatan persepsi dan perasaan
Pertumbuhan Perkataan ini merangkumi tiga aspek, yakni jasmani, mental, sosialdan emosi. Kempat empat aspek ini memainkan peranan penting dalam
pertumbuhan seseorang.
Perkembangan Seperti pertumbunhan, perkembangan juga tergolong dalam empat
aspek, yakni jasmani, mental, sosial dan emosi. Seseorang ini
perkembang dengan pesat dan menjadi mahir melalui keempat aspekini.
UJIAN 1
Bincang secara kritis konsep perkembangan dan ciri-ciri utama perkembangan. Apakah ciri
ciri utama teori perkembangan?
UJIAN 2
Menurut ahli psikoseksual Freud, falik merupakan peringkat paling kritikal. Bincangkan
mengapa.
top related